refleksi assigment

2
REFLEKSI Sepanjang saya menjalankan Kerja Kursus Psikologi Pendidikan ini, saya berasa sangat bimbang kerana saya belum pernah membuat tugasan seperti ini. Tetapi saya mesti mencuba untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya kerana ini merupakan cabaran baru kepada saya. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mendapati bahawa amat sukar untuk melakukan tugasan tanpa menemui sumber serta bukti yang kukuh. Selain itu, sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak kekangan yang saya harus lalui. Antaranya seperti masa serta tugasan-tugasan dari mata pelajaran yang lain. Namun, kekangan ini saya anggap sebagai cabaran yang harus saya tempuh dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui pelaksanan tugasan ini, saya juga dapat mempelajari bahawa saya seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer. Hal ini adalah kerana segala amali dan tugasan yang diberi perlu dilaksanakan menggunakan komputer. Dengan berakhirnya tugasan ini, ia memberikan satu pengalaman baru kepada saya sebagai seorang pelajar. Saya juga menyedari bahawa ketelitian dan ketekunan perlu ada dalam diri untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Oleh yang demikian, saya berharap agar saya dapat menerapkan sikap teliti 24

Upload: leto-manai-penang

Post on 16-Feb-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI assigment

REFLEKSI

Sepanjang saya menjalankan Kerja Kursus Psikologi Pendidikan ini, saya berasa

sangat bimbang kerana saya belum pernah membuat tugasan seperti ini. Tetapi saya

mesti mencuba untuk melakukan tugasan ini dengan jayanya kerana ini merupakan

cabaran baru kepada saya. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mendapati bahawa

amat sukar untuk melakukan tugasan tanpa menemui sumber serta bukti yang kukuh.

Selain itu, sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak kekangan yang saya

harus lalui. Antaranya seperti masa serta tugasan-tugasan dari mata pelajaran yang

lain. Namun, kekangan ini saya anggap sebagai cabaran yang harus saya tempuh

dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui pelaksanan tugasan ini, saya juga dapat

mempelajari bahawa saya seharusnya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

penggunaan komputer. Hal ini adalah kerana segala amali dan tugasan yang diberi

perlu dilaksanakan menggunakan komputer.

Dengan berakhirnya tugasan ini, ia memberikan satu pengalaman baru kepada

saya sebagai seorang pelajar. Saya juga menyedari bahawa ketelitian dan ketekunan

perlu ada dalam diri untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Oleh yang

demikian, saya berharap agar saya dapat menerapkan sikap teliti dan tekun dalam diri

saya untuk memudahkan saya membuat tugasan yang akan datang.

CAROLINE ENA ANGKI

KOHORT 6B

24