assigment 1 fonetik
TRANSCRIPT
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KOD KURSUS TL 1O303
FONETIK DAN FONOLOGI
FONETIK ARTIKULASI (PERSEPSI) Mekanisme Edaran Udara Yang Menghasilkan Bunyi
NAMA: JAFFAR BIN SAHADAN
NO. MATRIK: CT10210275
PROGRAM : PENGAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
NAMA PENSYARAH: PROF.MADYA DR HJ BAHAROM MOHAMAD
TARIKH SERAHAN: 03hb Jun 2011
KANDUNGAN
1 Pendahuluan m/s
Pengenalan
Objektif
Kaedah
Batasan
Definisi Konsep
1
4
4
4
2 Isi (1) Maksud Fonetik Secara Ilmiah Oleh Sarjana Bahasa
2.1 Apa itu Fonetik
2.2 Cabang dan aliran fonetik
2.3 Definisi Fonologi
6
6
7
3 Isi (2) Mekanisme Edaran Udara yang menghasilkan bunyi
3.1 Alat-alat Sebutan
3.1 Alat Artikulasi
3.2 Fungsi alat Artikulasi
8
11
12
4 Pengolongan Bunyi Bahasa Melayu 20
5 Penutup
Kesimpulan
Cadangan
24
24
24
BIBLIOGRAFI 25
LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keupayaan manusia untuk menuturkan ujaran atau bunyi yang dimaknakan oleh pendengar yang
menerima maksud yang diproses oleh otak sebenarnya adalah anugerah Allah swt yang teramat
bernilai. Sesiapa boleh dan dapat menuturkan ujaran kata dan memprosesnya tetapi kehendak
Allah adalah sebaliknya jika manusia yang istimewa diambil kira dalam prospek sedemikian.
Interaksi dua hala oleh penutur dan sipendengar memainkan peranan besar dalam interaksi atau
komunikasi dua hala berlangsung dengan mengambil kira aspek persekitaran di sekiling penutur.
Penuturan kata sipenutur dan interaksi balas sipendengar boleh dikaji secara saintifik.
Sebagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan disebaliknya. Ilmu khusus yang
mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa dikenali sebagai ilmu fonetik. Ilmu fonetik termasuk
dalam bidang ilmu linguistik. Jika mengikut urutan kajian ilmu linguistik, ilmu kajian tersebut
digambarkan seperti berikut:
Ilmu kajian mengikut urutan kajian:
1. Ilmu Fonetik
2. Ilmu Fonologi (Sistem bunyi)
3. Ilmu Morfologi (Sistem Kata)
4. Ilmu Sintaksis (Sistem Ayat)
5. Ilmu Semantik (Sistem Makna)
Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu ini juga
memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan
hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.
1
Sebagaimana akan diketahui ilmu fonetik itu sendiri amat kompleks kerana melibatkan
tiga jurusan ilmu kajian. Fonetik Artikulasi, fonetik Akustik dan fonetik Auditori. Fonetik
Artikulasi sendiri akan membincangkan bunyi bahasa yang terhasil dengan bantuan organ
dalaman, manakala fonetik akustik membincangkan peranan gelombang udara dan cara bunyi
dibawa ke pendengaran pendengar dan fonetik auditori menghuraikan bagaimana gelombang
bunyi diproses telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diterjemah menjadi bunyi-bunyi
amat bermakna. Beberapa orang ahli sarjana fonetik telah menghuraikan dengan jelas apa
sebenarnya ilmu fonetik. Antaranya Profesor Awang Had Salleh, Profesor Nik Safiah Karim dan
Wan Malini Ahmad dan Abdullah Hassan.
i. Profesor Awang Had Salleh
Ahli Pengkaji Bahasa ulung ini menyatakan bahawa; ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji
bunyi bahasa dari tiga segi bagaimana cara pengeluaran bunyi, daerah pengeluaran bunyi bahasa
dan sifat fizikal bunyi bahasa tersebut.
ii. Profesor Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad
Mereka bersetuju menyatakan ilmu fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang
dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Fonetik juga
dibahagikan kepada tiga cabang iaitu organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan
pendengaran (auditori).
iii. Abdullah Hassan
Abdullah Hassan menegaskan bahawa ilmu fonetik adalah kajian tentang bunyi bahasa dalam
pertuturan yang melibatkan tiga aspek iaitu membuat deskripsi, membuat pengkelasan klasifikasi
dan melakukan transkripsi. Pengkajian tentang bunyi bahasa, bunyi terlebih dahulu didengar atau
dirakam sebelum sebarang deskripsi dilakukan.Beliau juga menjelaskan bahawa Fonologi ialah
kajian terhadap bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
Seorang ahli fonetik Perancis bernama Bertil Malmberg (1968) mendefinisikan ilmu
fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi bahasa. Malberg menekankan fonetik ialah pengkajian
2
yang lebih memberatkan pelahiran bahasa bukan kandungannya. Ini menjelaskan betapa bernilai
bunyi-bunyi bahasa dan bukannya makna yang cuba disampaikan. Unit-unit yang digunakan
dalam bahasa ujaran ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang dibezakan oleh
telinga manusia tanpa rasa ragu-ragu.
Seterusnya Bertil Malmberg membahagikan ilmu fonetik kepada empat cabang. Ilmu
fonetik am, ilmu fonetik deskriptif, ilmu fonetik sejarah dan ilmu fonetik normatif;
Ilmu Fonetik am – pengkajian terhadap penghasilan bunyi-bunyi dan fungsi mekanisme ucapan.
Kajian menumpukan terhadap bunyi dihasilkan dan apakah organ yang terlibat dalam
penghasilan bunyi tersebut.
Ilmu Fonetik deskriptif – pengkajian terhadap kelainan bagi sesuatu bahasa tertentu atau
ringkasnya dialek. Mengkaji perbezaan dialek yang berbeza.
Ilmu Fonetik sejarah – pengkajian terhadap perubahan fonetik bagi sesuatu bahasa berdasarkan
sejarah bahasa tersebut. Fokus mencari kekerabatan bahasa yang mungkin berlaku akibat
perkembangan pergerakan masa.
Ilmu Fonetik normatif – pengkajian terhadap set rumus yang menentukan pengucapan yang betul
bagi sesuatu bahasa. Mengandaikan wujudnya norma atau pengucapan standard yang sahih
dalam kumpulan linguistik, negara, wilayah, unit budaya ataupun kumpulan sosial. Pengucapan
standard kemudian menjadi bahasa formal masyarakat tersebut.
Secara khusus dapat dikatakan ilmu fonetik adalah pengkajian bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh organ utama dalam tubuh semasa penghasilan bunyi dan dihantar ke otak
pendengar untuk dideskripsi. Namun begitu pengkajian ini banyak memberikan fokus bagaimana
sebenarnya bunyi itu terhasil melalui pita suara, melalui rongga, dan akhirnya dimuktamad
secara oral atau sengau/nasal. Iaitu keluar bunyi melalui rongga ke mulut atau rongga melalui
hidung.
3
Kaedah;
Pengkajian fonetik artikulasi ini memerlukan dapatan tepat dan terperinci berdasarkan maklumat
buku ilmiah bercorak kajian yang telah dijalankan oleh beberapa ahli bahasa yang terkenal.
Antaranya Profesor Awang Had Salleh, Abdullah Hasan dan Ainon Mohamad, Nor Hashimah
Jalaludin juga takrifan yang diberikan oleh Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Semua artikel
dan gambarajah yang diberikan merupakan elemen kajian yang jelas dan sahih daripada ahli
bahasa yang telah disebutkan. Oleh itu adalah menjadi harapan kita agar pengkajian begini akan
diterima dari semasa ke semasa oleh seluruh masrakat yang cintakan bahasa.
Batasan:
Sepanjang kajian ini dijalankan terdapat satu ruang kekangan untuk mendapat bahan secara tepat
terjemahan karya lingusitik tempatan berkaitan tajuk. Namun begitu bahan kajian yang
dihasilkan bukan secara tangkap muat. Kajian dipilih berdasarkan tema penulisan walaupun
dalam bahasa terjemahan atau karya luar dari negara Indonesia. Terdapat sedikit kekeliruan
bahasa berkenaan takrif yang cuba diberikan contohnya kata Velar maksudnya lelangit lembut.
Terjemahan sebegini yang melambatkan proses literasi bahasa disampaikan dan diproses sebagai
maklumat ke otak secepat mungkin.
1.2 Objektif Kajian
Secara am kajian ilmu fonetik akan memberikan gambaran jelas bahawa kajian bunyi bahasa
(fonologi) adalah dikaji bersama dengan Ilmu fonetik. Ilmu fonetik mengkaji bunyi yang terhasil
atau diujarkan oleh sesorang menggunakan organ-organ yang ada pada tubuh sesorang. Bunyi
diujarkan banyak bergantung dengan paru-paru, larings dan farings, epiglotis, rongga hidung dan
rongga mulut, cirri-ciri sepunya lelangit lembut, lelangit keras, dan bentuk bibir seseorang sama
ada hampar atau bundar. Elemen ini yang menentukan ujaraan bunyi vocal dan konsonan
seseorang dibunyikan seterusnya vocal dan konsonan bersatu menjadi bunyi-bunyi huruf, suku
kata dan perkataan yang dikenali sebagai fonik.
4
Kenyataan ini merujuk kepada keterangan David Abercombie di dalam karya Nor
Hashimah Jalaluddin (Asas Fonetik) yang menyatakan:
“ Ilmu fonetik ialah ilmu yang bersifat teknikal. Bahasa akan dilihat secara analitis”
Maksudnya semasa kita bernafas, udara tidak dikeluarkan secara terus menerus. Otot pernafasan
tegang dan kendur berulang kali dalam satu pernafasan yang panjang. Purata gerakan tegang
kendur otot pernafasan ialah lima kali dalam satu saat atau 300 kali dalam satu minit. Udara
dikeluarkan dari paru-paru dalam urutan hembusan. Setiap ketegangan dan hembusan yang
dihasilkan merupakan suku kata. Satu suku kata akan berdasarkan satu gerakan tegang dan
kendur ini. Satu suku kata bersamaan dengan satu gerakan ujaran. Nada nafas/ dada begitu
teratur, sistematik hingga boleh kita sebut sebagai nada. Satu saat mengandungi lima suku kata.
Kenyataan ini merupakan landasan bagi semua bunyi bahasa.
Abercrombie berpendapat lagi bahawa perlakuan ujaran sangat rencam, kerana selain
gerakan paru-paru ada pula gerakan lidah, gigi, lelangit lembut dan keras berturut-turut tidak
berhenti-henti. Kita mengusahakan pemecahan ujaran supaya dapat menganalisis bunyi bahasa
tersebut. Ujaran inilah dijadikan unsur-unsur asasi segmen. Usaha ini dikatakan sukar kerana:
(a) Gerakan bunyi bahasa sangat rencam. Banyak gerak-geri terlibat serentak
(b) Gerakan bunyi bahasa sangat laju. Lidah bergerak 720 kali dalam seminit.
Ini bermakna 12 kali bagi setiap saat.
(c) Gerakan bahasa sangat halus. Pemindahan lidah 2 atau 3 mm akan ditanggapi
sebagai bunyi lain oleh penutur bahasa.
(d) Gerakan bahasa selalu berterusan. Gerakan demi gerakan terus-menerus.
Hentian antara satu gerakan kepada gerakan lain tidak lama.
5
2. Takrifan Fonetik
2.1 Kamus Bahasa Melayu Terbitan Fajar Bakti Mentakrif fonetik sebagai kajian atau bidang
ilmu yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dalam pertuturan manusia dan simbol-simbol yang
digunakan untuk melambangkan bunyi-bunyi. Kamus Dewan pula mendefinisikan fonetik
sebagai ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Takrifan fonologi mengikut Kamus Dewan diertikan sebagai kajian tentang bunyi
sebutan dalam sesuatu bahasa (yang mana kata-kata daripada bahasa asing hendaklah
disesuaikan dengan sistem – Melayu). Manakala Drs Lutfi Abas dalam bukunya Deskriptif
dalam Nahu Bahasa Melayu mentakrifkan fonetik sebagai “segala bunyi bahasa yang diucapkan
atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bahasa, maupun bunyi marginal,
dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Drs Lutfi seterusnya
membahagikan fonetik kepada dua cabang iaitu Fonetik fisiologi dan fonetik Akustik. Fonetik
Fisiologi dibahagikan kepada dua iaitu Fonetik artikulasi dan Fonetik Penerima. Fonetik
artikulasi ialah mempelajari cara-cara mekanisme badan menghasilkan bunyi dan klasfikasi
bunyi berdasarkan atas artikulasi. Manakala fonetik penerima ialah mempelajari bagaimana
mekanisme telinga menerima bunyi. Fonetik akustik ialah mempelajari hakikat bunyi dan
klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.
2.2 Cabang dan Aliran fonetik
Ahli fonetik lebih cenderung untuk melihat bagaiman pergerakan udara digandingkan dengan
pergerakan organ-organ pertuturan dan koordinasi semua pergerakan ini sehingga terhasilnya
bunyi. Apa yang diperhatikan oleh ahli fonetik termasuklah pergerakan lidah, rahang, bibir dan
sebagainya. Ahli fonetik menggunakan X-ray bagi memastikan pergerakan ini, Mereka cuba
merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Alatan yang dinamakan
“laryngoscopic” digunakan untuk melihat pergerakan pita suara dan alatan “electromyography”
digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan
dengan penekanan otot pada tahap relevan dalam terusan ujaran. Inilah yang dinamakan bidang
fonetik artikulasi.
6
Ahli fonetik juga melibatkan minat dalam proses pendengaran. Ilmu ini tidak berkait
langsung dengan peranan fisiologi telinga atau aktiviti deria atau telinga dengan otak tetapi lebih
pada kepekaan mendengar. Kepekaan mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti otak.
Ahli fonetik memberi lebih tumpuan kepada kepekaan terhadap nada, kelantangan bunyi,
kepanjangan dan kualiti bunyi. Kaedah yang digunakan lebih mirip kepada percubaan psikologi.
Minat ahli fonetik yang nyata lebih kepada tindak balas pendengar untuk mengetahui rangsangan
fizikal yang didengari. Pengkajian ini dinamakan pengkajian fonetik auditori.
Pemahaman tehadap ilmu fonetik amat penting bagi memahami ilmu linguistik yang lain
terutama ilmu fonologi. Ilmu fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi
melibatkan proses lain seperti gelombang bunyi dan penangkapan serta pemprosesan bunyi.
Fonetik artikulasi sangat berkait rapat dengan ilmu fonetik akustik dan fonetik auditori.
2.3 Definisi Fonologi
Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa. Pengkajian yang dilakukan menunjukkan dua bahasa boleh
mempunyai dua inventori segmen fonetik yang sama tetapi mempunyai sistem fonologi yang
berbeza. Selain mengkaji struktur segmen fonetik dalam bahasa , fonologi juga bersangkutan
dengan fungsi segmen. Ini termasuk menentukan sama ada bunyi yang dikenal pasti ada
digunakan dalam perkataan seharian atau hanya terhad kepada stilistik ucapan seperti ucapan
puitis, lama (archaic) dan sebagainya. Fonologi juga berperanan untuk menganalisis pasangan
minimal antara perkataan, untuk mengetahui kekangan urutan fonologi, untuk menemukan
kesejagatan fonologi, mengkaji perubahan bunyi dan pemerolehan bahasa.
7
3.1 Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut:
Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan
di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah
artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Mekanisme Edaran udara yang menghasilkan bunyi:
Bunyi yang terhasil (ujaran) akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings, farings,
rongga mulut dan hidung. Alat tutur dalam mulut seperti lidah, rahang, gigi dan sebagainya juga
terlibat sama. Pergerakan awal bermula dari paru-paru apabila udara ditekan keluar. Udara akan
keluar melalui tenggorok (trakea) menuju ke arah larings seterusnya melalui farings. Di larings
terdapat pita suara. Udara akan melalui pita suara dan dapat menghasilkan pelbagai jenis bunyi.
Jika pita suara renggang, udara akan melepasinya dengan mudah dan terus menuju ke rongga
mulut atau pun rongga hidung.
8
Kadang-kadang pita suara berada dalam keadaan yang rapat. Apabila udara melepasi pita
suara yang rapat ini, pita suara akan bergetar dan akan menghasilkan bunyi-bunyi bersuara.
Kedudukan pita suara akan menentukan sama ada bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan itu
bersuara ataupun tidak. Udara yang melepasi kawasan ini bergerak melalui bahagian atas farings.
Bahagian atas farings ini dinamakan “terusan ujaran”. Antara rongga yang terlibat di dalam
terusan ujaran ini ialah farings, rongga mulut dan rongga hidung.
Farings mempunyai dua saluran iaitu satu saluran akan menyalur ke rongga mulut dan
satu lagi ke rongga hidung. Bunyi akan dikeluarkan sama ada melalui rongga mulut atau rongga
hidung. Bunyi yang dikeluarkan dari rongga mulut dikenali sebagai bunyi oral manakala bunyi
yang dikeluarakan dari rongga hidung dikenali sebagai bunyi nasal (sengau).
Seterusnya, dalam terusan ujaran terdapat alat-alat penting yang digunakan bagi
menghasilkan bunyi bahasa. Antaranya lidah, lelangit dan gusi. Alat-alat yang digunakan untuk
membentuk bunyi-bunyi dikenali sebagai artikulator. Artikulator yang dianggap berada di
bahagian bawah (seperti rahang bawah, gigi bawah, lidah) terusan ujaran selalunya bergerak
menuju ke bahagian atas terusan ujaran. Adalah dikatakan semua bahagian bawah terusan ujaran
dianggap lebih aktif dibandingkan dengan bahagian atas terusan ujaran.
Paru-paru umpamanya berfungsi untuk memindahkan oksigen ke dalam darah dan otot-
otot selain memproses udara. Pita suara pula mempunyai fungsi untuk menghalang apa sahaja
bentuk selain udara daripada memasuki paru-paru. Pita suara akan membantu individu
mengeluarkan makanan yang memasuki paru-paru (dengan cara tersedak) dan juga berkahak.
Ringkasnya apa sahaja bahan yang tidak diperlukan oleh paru-paru akan dibatukkan keluar.
Fungsi utama lidah adalah untuk menolak dan mengawal makanan dalam mulut agar dapat
dikunyah dan seterusnya membantu agar makanan dapat ditelan.
9
Rajah menunjukkan Organ Utama Yang Terlibat dalam Penghasilan Bunyi-Bunyi Bahasa
Kenali alatan Artikulasi
1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung 8. Anak tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
10
3.2. Alat-alat Artikulasi
Antara organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa ialah:
3.2.1. PARU-PARU
Kebanyakan bunyi dalam semua bahasa dihasilkan dengan udara dihembus keluar dari paru-
paru. Kedudukan paru-paru yang dilindungi oleh tulang rangka dan diampu di bahagian
bawahnya oleh diafragma. Pergerakan di antara tulang rangka dengan diafragmalah yang
menyebabkan udara keluar masuk ke paru-paru. Semasa menghembus udara keluar, paru-paru
ditekan dan mengecut. Apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang.
Ketika ujaran, penyedutan udara dipercepatkan dan penghembusan boleh diperlahankan.
Penghembusan udara boleh bertahan selama lapan atau sembilan kali lebih lama panjangnya
dibandingkan dengan penyedutan. Manusia tidak akan menyedut banyak udara ketika bercakap
tetapi berlainan pula ketika bernafas secara biasa. Semasa bernafas udara lebih banyak akan
disedut bagi tujuan pernafasan. Semasa ujaran yang kuat, udara ditolak keluar dengan lebih cepat
dengan tenaga yang kuat tetapi sekali lagi udara tidak semestinya dalam/ panjang dibandingkan
ketika pengujaran biasa.
Udara yang keluar semasa ujaran mempunyai tekanan. Tekanan bergantung kepada
ujaran suku kata yang dihasilkan. Biasanya tekanan menjadi lebih kuat jika suku kata itu berada
di tengah-tengah perkataan (praakhir) dibandingkan dengan di akhir kata.
Contoh: perkataan MAKANAN = MA + KAN + AN
Suku kata “KAN lebih lantang bunyinya dibandingkan dengan suku kata “MA atau AN”
3.2.2. LARINGS
Larings ialah kotak yang teguh. Larings terhasil daripada tulang-tulang rawan. Kedudukannya di
bahagian atas tenggorok (trakea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang
masuk atau keluar dari atau ke paru-paru akan melaluinya. Di sini letaknya kedudukan pita suara.
Pita suara mengandungi dua keeping otot dan tisu penyambung yang terbentang bertentangan
antara satu sama lain di bahagian atas tenggorok. Pita suara melekat pada tulang-tulang rawan
aritenoid.
11
Rajah menunjukkan rupa bentuk pita suara
Otot-otot di bahagian aritenoid boleh direnggang dan dirapatkan. Secara tidak langsung
pergerakan ini akan mempengaruhi pita suara untuk sama ada menjadi renggang ataupun rapat.
Kedudukan renggang dan rapatnya pita suara akan mempengaruhi bunyi-bunyi bersuara, tak
bersuara, bisik, serak dan bunyi hentian glotis.
3.2.3. FARINGS
Farings berbentuk seperti tiub, kemudian bercabang kepada dua:
i) ke rongga hidung
ii) ke rongga mulut
Farings bermula dari bahagian atas larings hingga ke bahagian akhir rongga hidung. Farings
bertindak sebagai bekas menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan
getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari pita suara dan terus-menerus hingga
ke bahagian atas farings.
12
Bentuk farings boleh berubah dalam dua keadaan:
a) dengan menaikkan larings. Ini akan menyebabkan ukuran tiub farings menjadi
pendek. Bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada pemendekan tiub farings akan
menjadi tidak begitu padu dan padat. Ini berlaku pada bunyi-bunyi bukan
pulmonik.
b) dengan menaikkan lelangit lembut. Ini juga akan memendekkan ukuran tiub
tersebut tetapi kali ini pemendekkan tiub berlaku dari bahagian atas. Pergerakan
ini akan menyebabkan udara tidak akan dapat melalui rongga hidung. Keadaan
ini memang kerap dilakukan semasa menghasilkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan
ialah bunyi oral.
3.2.4. EPIGLOTIS
Epiglotis ialah sekeping tisu yang berhampiran dengan akar lidah. Epiglotis akan menutup
bahagian atas larings semasa menelan dan menurunkan makanan ke saluran makanan. Epiglotis
tidak mempunyai sebarang fungsi dalam mengujarkan bunyi-bunyi bahasa.
3.2.5. RONGGA HIDUNG
Bentuk rongga hidung telah ditetapkan dan sumbangannya pada pengujaran hanyalah terhad
kepada menghasilkan bunyi-bunyi sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya
farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar
akan menghasilkan bunyi-bunyi sengau/nasal. Bunyi sengau akan terhasil apabila pada waktu
yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak
keluar, akan keluar melalui rongga hidung. Ada ketika apabila tidak berlaku sebarang sekatan di
13
rongga mulut dan velum masih belum diturunkan, maka bunyi-bunyi yang akan dihasilkan
adalah bunyi-bunyi yang dinasalkan. Dalam hal ini udara akan keluar melalui kedua-dua mulut
dan hidung. Contohnya bunyi-bunyi dalam dialek Kelantan.
3.2.6. RONGGA MULUT
Rongga ini dianggap bahagian /organ yang terpenting di bandingkan dengan rongga hidung dan
farings. Rongga ini boleh dipelbagaikan dimensi dan bentuknya. Ini disebabkan oleh sebahagian
besar darjah pergerakan rahang bawah, sebahagian besar darjah pergerakan bibir dan yang paling
penting sekali, lidah memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Lidah boleh
diibaratkan sinonim atau sama ertinya dengan bahasa. Rongga mulut dibumbungi oleh lelangit.
Rongga mulut berbentuk seolah-olah seperti gua. Struktur rongga mulut adalah seperti berikut:
i) di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Bahagian
hadapan ini dikenali sebagai lelangit keras.
ii) di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh bergerak-
gerak. Fungsinya adalah untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung.
Lelangit boleh dibahagikan kepada lelangit lembut (bahagian lembut yang bersempadan
dengan anak tekak), lelangit keras (bahagian yang tinggi dan melengkung) dan bahagian
gusi-gusi (batas alveolus/ alveolar ridge). Fungsi lelangit dalam pengujaran adalah
sebagai pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi.
Di dalam rongga mulut juga terdapat anak tekak. Anak tekak ialah daging lembut
yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit
lembut. Pergerakan rongga mulut turut dibantu oleh rahang. Rahang bawah boleh bergerak ke
atas dan ke bawah. Rahang dapat membantu mengurangkan dan menambah saiz rongga, dan
sangat berpengaruh memberikan kualiti bagi bunyi-bunyi yang terhasil.
14
Alat yang paling penting dalam rongga mulut ialah lidah. Lidah mengandungi seberkas otot yang
kompleks yang boleh bergerak dengan hebat sekali. Lidah dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit. Apabila kedudukan lidah di
tempat asal, bahagaian yang bertentangan dengan gigi-gusi dikenali sebagai daun lidah (blade),
yang bertentangan dengan lelangit keras dikenali sebagai depan lidah (front) sementara yang
bertentangan dengan lelangit lembut dikenali sebagai belakang lidah (back).
Rajah menunjukkan kedudukan Rongga Mulut dan Rongga Hidung Secara analitikal
15
1.BIBIR LUAR 2.BIBIR DALAM 3.GIGI 4.GIGI GUSI 5.BELAKANG GUSI 6.PRA LELANGIT 7. LELANGIT
8.LELANGIT LEMBUT 9.ANAK TEKAK 10. RONGGA TEKAK 11.PITA SUARA 12.EPIGLOTIS
13.AKAR LIDAH 14.BELAKANG LIDAH 15.TENGAH LIDAH 16.HADAPAN LIDAH 17.HUJUNG LIDAH
18.BAWAH LIDAH
Dua bahagian yang tidak bertentangan dengan lelangit ialah hujung lidah dan akar lidah.
Hujung lidah terletak pada daun lidah, iaitu di bahagian yang paling depan. Hujung lidah boleh
dikeluarkan melepasi bibir dan juga boleh menjejak lelangit sejauh sempadan lelangit keras dan
lembut. Hujung lidah boleh dilenturkan dengan mudah hingga mampu digetar-getarkan
mengenai gigi-gusi.
Contohnya bunyi / r /
Fungsi depan dan belakang lidah tidak sepenting hujung lidah. Pun begitu bahagian-
bahagian ini terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi vokal depan tinggi dan vokal belakang
tinggi.
Contohnya:
i) aku - / a / - lidah berkedudukan rendah.
/ ku / -belakang lidah naik hamper dengan lelngit lembut.
ii) api - / a / -lidah berkedudukan rendah.
/ pi / -depan lidah naik tinggi hampir mencecah lelangit keras.
Sisi lidah boleh memainkan peranan apabila disentuhkan dan direhatkan (diartikulasikan)
pada gigi gusi. Udara akan melepasi sisi lidah. Contohnya / l/. Lidah juga boleh berartikulasi
dengan gigi depan atau gigi kacip. Bahagian gigi lain tidak berfungsi. Kehilangan gigi akan
menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Bibir memainkan peranan yang sama penting dengan pergerakan lidah. Bibir boleh
bertaut ketat apabila menghasilkan bunyi-bunyi /p/ atau /m/. Bibir juga boleh bersentuh dengan
gigi atas bagi menghasilkan bunyi-bunyi bibir-gigi (labio dental). Kedua-dua ulas bibir boleh
16
dibentuk berdasarkan bunyi-bunyi. Ia boleh berbentuk bundar tertutup, contohnya buku. Ia juga
boleh berbentuk bundar terbuka, contohnya adoi. Bibir boleh berbentuk leper seperti bunyi ini.
Bibir berkeadaan neutral seperti dalam bunyi bawa. Bentuk-bentuk berbeza mempunyai
pengaruh yang kuat pada kualiti bunyi.
Hubungan antara bibir dengan lidah bukanlah hubungan yang mesti. Hubungan yang
mesti bermaksud tidak semestinya bunyi vokal depan tinggi sempit, contohnya / i / disebut
dengan bibir yang hampar. Boleh juga dihasilkan dengan bibir yang bundar. Begitu juga dengan
bunyi / u /. Tidak semestinya dihasilkan dengan bibir yang bundar tetapi boleh menggunakan
bibir yang hampar.
Banyak bahasa di dunia menaikkan depan lidah bagi bunyi-bunyi vokal tinggi dengan
menggunakan bibir yang sama ada bundar atau hampar. Ini berlaku terutama semasa
menghasilkan bunyi-bunyi vokal sekunder. Contohnya bahasa Perancis, Jerman, Swedish,
Danish, Norwegian dan sebagainya. Dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahsasa beberapa cirri
penting perlu diambil kira. Ini bagi memastikan organ-organ mana yang terlibat dalam waktu-
waktu yang relevan. Contohnya bunyi / s /, kita seharusnya dapat menyatakan:
i) udara yang keluar dari paru-paru adalah lebih cepat berbanding huruf / z /
ii) pita suara tidak bergetar
iii) velum dinaikkan bagi menutup udara daripada keluar melalui rongga hidung.
iv) daun lidah diletakkan hampir dengan gigi-gusi (alveolus) agar berlaku pergeseran
v) sisi lidah rapat dengan lelangit agar udara hanya boleh melepasi bahagian tengah lidah
vi) jarak antara hujung lidah dengan gigi adalah sempit
vii) lidah dalam keadaan neutral
Seterusnya elemen lain yang perlu diberi perhatian ialah menentukan udara yang keluar
semasa ujaran bunyi udara jenis egresif atau udara jenis ingresif: Udara Egresif bermaksud udara
17
yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi-bunyi bahasa manakal udara Ingresif
bermaksud udara yang disedut semasa menghasilkan bunyi-bunyi bukan pulmonik. Bunyi-bunyi
yang menggunakan tekanan udara yang kuat akan menghasilkan bunyi-bunyi fortis contohnya
huruf / s / sementara bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan tekanan udara yang perlahan
dinamakan lenis contohnya huruf / z /. Faktor lain yang perlu diambil kira termasuk kedudukan
pita suara dan velum. Bunyi bahasa juga akan ditentukan berdasarkan kedudukan pita suara
manakala bunyi oral atau nasal ditentukan oleh kedudukan velum.
Rajah menunjukkan cara-cara penghasilan Huruf Konsonan
18
Cara penyebutan
Dua bibir Gusi
Daerah Penyebutan
Gusi-lelangit keras
Lelangit keras
Lelangit lembut
Glotis
Letupan tak bersuara p t k
Letupan bersuara b d g
Letusan tak bersuara č
Letusan bersuara jˇ
Geseran (tak bersuara) f s h
Getaran r
Sisian l
Sengauan m n ŋ
Separuh vokal w y / j
19
Sebut bunyi huruf vokal – a, e, i, o, u (tunjukkan kad huruf/fonem dan gambar)
/a/ -- api /e/ -- emak/e/ -- ekor/i/ -- ibu
/o/ -- otak /u/ -- ubatBunyi huruf konsonan (tunjukkan kad huruf/fonem dan gambar)
/b/ -- /beh/ /c/ -- /ceh/ /d/ -- /deh//n/ -- /en/ /m/ -- /em/ /p/ -- /peh//s/ -- /sss/ /y/ -- /yeh/ /r/ -- /rrr//l/ -- /el/ /z/ -- /zzz/ /h/ -- /heh//w/ -- /weh/ /x/ -- /kx/ /q/ -- /qeh/
Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan
diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga
mulut .Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau
terhimpit. .Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi
yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan
dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu,
dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.
Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu,
terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vocal dan beralih kepada
bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi
vokal depan sempit [i].
Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[è] ela, semak, sate
[i] iring, kita, seri
[e] emak, betulTidak terdapat di hujung perkataan
[o] obor, botak, moto
[u] ular, sultan, saku
20
Konsonan asli bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.
Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s,
h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had,
beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah
satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan
melalui rongga mulut atau rongga hidung.
[p], [b], [t], [d],[k], [g], [c], [j], [s], [r], [l],[m], [n], [h], [y], [ɲ], [ŋ],[q], [w], [f], [z], [x], [q], [v]
Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau
perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada
empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang
berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m
adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.
Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu,
lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna ,
tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak
diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.
21
Suku Kata
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh
suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa
Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku
kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.
Beberapa jenis suku kata:
1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek
2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK + KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat
22
3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang
4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)
23
Penutup
Kajian Fonologi merupakan kajian ilmiah. Melalui kajian ini kita akan dapat memperluas ilmu
kajian kita dengan lebih mendalam tentang ilmu fonetik. Kajian ilmu fonetik pula tidak akan
lengkap jika kita mengkhusus secara terperinci kepada alatan artikulasi atau fonetik artikulasi.
Kita juga perlu melihat bagaimana ketiga-tiga cabang fonologi ini berkait rapat antara satu
dengan yang lain. Bagi hemah saya kajian fonetik artikulasi adalah umpama melihat satu
intepretasi dalam tiga siri yang mana fonetik artikulasi adalah siri pertama tersebut. Mengkaji
satu siri sahaja akan meletakkan diri kita di dalam keadaan kabur tentang konsep dan pengkajian
fonologi tersebut. Walaupun kajian berpusat kepada alatan artikulasi pembaca dan pengkaji perlu
memahami juga fonetik akustik dan fonetik auditori sebagai siri kedua dan ketiga perlambangan
cerita yang dimaksudkan.
Fonetik artikulasi mendomain sistem fonologi dan diletakkan dalam kajian awal fonologi
memandangkan domain artikulasi sebagai agen artikulator manusia. Manusia akan saling
melengkapi system bunyi jika agen-agen ini diguna pakai dalam sistem bacaan, pengajaran
sistem bunyi (fonik) pendidikan, dan pengesanan audio atau imbasan dan sistem keselamatan
yang diguna pakai hari ini. Oleh itu kajian ini memungkinkan sistem audio, akustik bunyi
mendapat tempat yang sewajarnya di mata masyarakat hari ini.
Cadangan
Saya sebagai pengkaji kecil bidang fonologi melihat betapa bidang kajian ini mempunyai
prospek yang luas dalam kajian sistem bunyi. Bunyi atau kata perkataan manusia memang telah
mempunyai standard tetapi pengukuran standard tersebut masih kurang. Ini disebabkan faktor
kajian bunyi bahasa memerlukan komitmen pengkaji bahasa yang tinggi dan juga kurangnya
penaja yang ingin menaja aktviti kajian sebegini. Kajian begini memang tidak bersifat komersial
tetapi nilai budaya bangsa, adat, susur galur bahasa akan hilang jika tiada manuskrip dipunyai
oleh setiap etnik bangsa yang ada di Malaysia. Jika diambil penyelidikan yang telah dibuat kita
dapati Bahasa Melayu sahaja ada dialek Riau, Johor, Minang dan sebagainya termasuk negeri
pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Mersing/ Johor. Adakah kita pasti suatu masa
kajian ini tidak diperlukan seperti kukuhnya istilah Lingua Franca untuk Gugusan Nusantara.
24
BIBLIOGRAFI
Fonetik Dan Fonologi – Siri Pengurusan dan Pembelajaran Bahasa MelayuProfesor Emeritus Dr Abdullah Hassan
Asas Fonetik – Dewan Bahasa dan Pustaka 2000Nor Hashimah Jalaluddin
Fonologi Generatif- Dewan Bahasa dan PustakaPenterjemah ; En Zaharani Ahamd/Nor Hashimah JalaludinDewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kamus Dewan Edisi Ke-Empat
Internet SearchKaedah Fonetik Dalam Pengajaran MembacaOleh Dr Yeo Kee JiarFakulti of Education 2009
Pengantar Linguistik UmumFerdinand De SaussureDewan Bahasa Dan Pustaka Penterjemah Ajid Che Kob
Pengantar Teori LinguistikIntroduction to Theoretical LinguisticsJohn Lyons PT Gramuda Pustaka Umum
Linguistik Deskriptif Dalam Nahu Bahasa MelayuDrs Lutfi Abbas MADewan Bahasa Dan Pustaka 1975
25
LAMPIRAN
Bahan rujukan yang digunakan untuk kajian Fonetik Artikulasi
26
Antara rujukan bahan bacaan yang digunakan dalam kajian
Pita Suara
26
Rajah menunjukkan bagaimana frekuensi suara/bunyi diukur
27
Rajah menunjukkan Bibir Bundar dan Bibir Hampar
Rajah menunjukkan organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa
28
Nama : Jaffar Bin Sahadan
Tarikh Lahir: 13hb Mei 1969
Kelulusan: STPM / Pengajian Melayu (Pengajian Sekolah Rendah)
Latar belakang: Merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik.
Latar keluarga yang sederhana, dan bekerja sebagai seorang guru. Mula berkhidmat di
Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Matahir pada tahun 1992 (Disember) dan kemudian
Berkhidmat di Sekolah Sungai Tongkang pada tahun 1997 hingga 2005 dan bertugas di
Sekolah Kebangsaan Luasong hingga kini.
Menjalani proses perguruan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit
Pada tahun 1990-1992 dalam bidang PSR Pengajian Melayu dan Lulus dalam Kepujian.
Berpengalaman mengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Pengayaan
Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Matematik.
Antara pencapaian : dianugerahkan Guru Cemerlang tahun 1997 dan 2005.
Aktif sebagai jurulatih sukan olahraga dan merupakan seorang pengadil bolasepak di
peringkat daerah dan sekolah MSS Sabah. Seorang pemain bolasepak PSKPP Daerah.