assigment pkesihatan

Click here to load reader

Post on 30-Jun-2015

158 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

2.Keselamatan kesihatan persekitaran amat berkait rapat dengan sejauh mana kita berupaya mengawal kadar pencemaran alam sekitar.Oleh yang demikian kita perlu terlebih dahulu memahami dan dapat mengenal pasti apakah dia pencemaran. Bincang dan kenal pasti punca-punca pencemaran yang memberikan kesan serta memudaratkan persekitaran. PENGENALAN Mahukan kehidupan lestari? Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semulajadi ,hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.Dengan kata lain ,kita perlu menjadi seorang rakyat yang proaktif.Walaubagaimanpun ,untuk mencapai hidup yang lebih lestari pada hari ini bukannya sesuatu yang mudah.Komponen politik,ekonomi tidak dapat dipisahkan.Kebanyakkan masalah dunia hari ini adalah akibat kemiskinan ,penduduk yang terlalu ramai , penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan persekitaran. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adala h suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan ).Pengotoran alam perbuatan

mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.Takrifan pencemaran yang lebih spesifik menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat Fizik, Kimia,Biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan ,keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain. JENIS-JENIS PENCEMARAN Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang terjadi di Malaysia.Antaranya ialah: 1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut 4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah 6.Pencemaran haba 7Pencemaran sungai dan kolam Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu. b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut. Pencemaran udara Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri . Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaa n. Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara. Pencemaran air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Antara punca-punca pencemaran air ialah: a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air. c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan pembangunan industri. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar . 3. Pencemaran laut Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya. b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut. c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai. 4.Pencemaran tanah Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah: a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan

ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan. Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang. 5.Pencemaran bunyi Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan. Antara punca-punca pencemaran ini ialah: a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi. Kesimpulan Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia

juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya. Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini. Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi

akan di panjangkan usianya. Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah: a.Pameran b.Kempen-kempen c.Pertandingan d.Projek Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebabsebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai. D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya. 1.Pendidikan Kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkan segala aspek yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian .Pelbagai aktiviti dan medium boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan kepentingan kesihatan di dalam kehidupan . Berdasarkan kenyataan ini, bincangkan aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat.Nyatakan juga contoh contoh yang sesuai. PENGENALAN Perkara pertama yang timbul di fikiran bila kita cedera atau sakit ialah mencari ubat untuk melegakan masalah atau simptom tersebut.Hanya sebilangan dari kita yang serius memikirkan tabiat gaya hidup yang kurang baik berkemungkinan menjadi punca di sebalik masalah. Berat badan berlebihan boleh menjadi punca sakit lutut, sakit pinggul, tekanan darah tinggi, diabetes, asid berlebihan dan lesu. Merokok punca meningkatnya risiko tekanan darah tinggi, penyakit jantung, emphysema dan kanser paru-paru. Tabiat makan yang kurang baik punca kepada kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes. Kurang aktiviti fizikal

(senaman) boleh membawa kepada osteoporosis, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, fungsi imun berkurangan dan meningkatkan tekanan (stress). Bila seseorang datang berjumpa doktor, biasanya mereka akan diberi ubat dan kurang perhatian diberikan kepada punca sebenar di sebalik gaya hidup.. Dr Mark Nelson melaporkan dalam American Journal of Hypertension, iaitu sebanyak 42% pesakit hypertension boleh meninggalkan ubat jika mereka menukar gaya hidup yang mudah. Bukti perubatan semakin jelas menunjukkan kepada kita bahawa penyakit jantung, kanser, diabetes, peningkatan kolestrol, osteoporosis dan beberapa penyakit lain boleh dicegah atau diterbalikkan (reversed) dengan gaya hidup yang sihat. Namun, masih terdapat kekeliruan yang ketara di antara kesihatan dan ubat pencegahan (preventice medicine). Setiap individu yang membuat keputusan untuk menukar gaya hidup akan mendapat informasi yang mengelirukan dan bercanggah. Amat mengecewakan bagi mereka yang meluangkan masa dan usaha untuk cuba belajar apa yang mereka perlu buat bagi mencapai matlamat ini. Di Amerika, ramai yang menunjukkan minat yang mendalam berkaitan diet (pemakanan) dan kesihatan, dan harapan untuk mendapatkan panduan bagi pemakanan dan senaman yang semakin hari semakin canggih. Dengan hanya sedikit galakan, lebih kurang 80% pesakit memilih untuk menukar gaya hidup yang sihat yang mungkin dapat merawat punca sebenar masalah kesihatan atau melindungi kesihatan mereka. Namun, pihak yang pesakit perlukan untuk nasihat dan panduan ialah doktor, tetapi biasanya kurang pengetahuan mengenai peranan diet, senaman dan pemakanan tambahan dalam mencegah dan merawat penyakit.Di Malaysia Pendidikan Kesihatan belum begitu difahami jadi nampaknya kerajaan Malaysia perlu memperhebatkan aktiviti untuk menyedarkan masyarakatnya.Sebelum pergi jauh lagi ada baiknya kita lihat definisi Pendidikan Kesihatan . DEFINISI Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan penga laman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman , sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.Objektif utama pendidikan Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui :

* Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka. *Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut. *Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan. MenurutWHO Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. Kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan social,emosi,mental,spiritual,dan kecergasan biological individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R. ,1968).

MEDIUM UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa langkah untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan pendidikan kesihatan di kalangan warganegara.Antara medium yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan ialah menyalurkannya di sekolah , di akhbar,di televisyen dan di internet. a) Di sekolah: Antara program yang dijalankan di sekolah ialah Kelab Doktor Muda.Doktor Muda merupakan Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah. Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah. Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda. SEJARAH Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya. Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991. Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehingga tahun 2004, hanya negeri-negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah dan Selangor melaksanakan program doktor muda di sekolah rendah. Sebanyak 347 buah sekolah rendah di negeri-negeri berkenaan terlibat melaksanakan program doktor muda.

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan program doktor muda dengan melibatkan sebanyak 735 buah sekolah. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda. Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah. Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan program Doktor Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor Muda. PENGASAS Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat sekolah rendahmerupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang. Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994. Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada murid dan sekolah. Justeru program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti kokurikulumdi sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda. Berpegang kepada prinsip bahawa membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanakkanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolahsekolah rendah. Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.

OBJEKTIF 1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat : i. Mengamalkan cara hidup sihat ii.Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. iii.Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah. AKTIVITI DOKTOR MUDA i. Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya. ii. Membimbing ke arah cara hidup sihat. iii. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. iv. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatankesihatan sekolah. v. Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan. vi.Merawat kecederaan ringan. vii.Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah: i. ii. Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.

iii. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Murid belajar menghargai kesihatan. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah. Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. Sekolah bersih Sekolah bebas Aedes Imej sekolah meningkat

Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda. Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (edisi ketiga, 2008).

Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (Edisi 3, 2008)

Modul Untuk Pengajar Program Doktor Muda. (Edisi 1.)

Modul Program Doktor Muda Sekolah Rendah (Edisi 2, 2003)

b)Di televisyen: Kementerian Kesihatan telah menjadikan televisyen sebagai medium untuk menyebarkan maklumat kesihatan .Jika kita lihat banyak info kesihatan seperti penyakit H1N1,Denggi,Influenza,Bahaya Me rokok , Kanser,HIV/AIDS ,Amalkan Cara Hidup Sihat,diabetes,darah tinggi, kanser disebarluaskan melalui televisyen. Pada tahun 2010 Unit Pendidikan Dan Promosi Kesihatan hebat untuk mempromosikan Sihat Sepanjang Hayat dan penekanan serta fokus terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka.Ini juga menegaskan bahawa masyarakat boleh diperkasa untuk mengambil tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan supaya mereka dapat pertukaran tingkahlaku positif kearah membentuk komuniti yang mengamalkan cara hidup sihat melalui Kesihatan Tanggungjawab Bersama.Objektif khusus untuk promosi ini adalah untuk: i.Menyebarkan maklumat kesihatan yang tepat,wajar,sesuai,berinovasi,seimbang serta kena pada waktunya. ii.Membina keupayaan individu,keluarga dan komuniti supaya dapat bertindak terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan dalam komuniti. iii.Meningkatka kerjasama dengan agensi-agensi bukan kerajaan dan swasta dalam merancang dan melaksanakan aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti. iv.Mengamalkan pertukaran tingkahlaku positif masyarakat kea rah amalan cara hidup sihat melalui pemakanan sihat,aktiviti fizikal ,tidak merokok,kurangkan stress dan sihat tanpa alkohol.

c) Di internet Internet adalah merupakan medium yang paling poular digunakan dewasa ini untuk menyampaikan maklumat.Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan berbuat demikian selari dengan perkembangan di hujung jari.Masyarakat bebas meneroka informasi di internet kerana terdapat banyak info mengenai pendidikan kesihatan dipromosikan di internet.Kebanyakkan hospital kerajaan mempunyai portal mereka sendiri jadi pengguna boleh mengakses apa yang ingin diketahui mengenai kesihatan.Antara laman web yang boleh dilayari untuk mendapatkan maklumat tentang pendidikan kesihatan ialah:

i.http://www.infosihat.gov.my.khas/PK ii.http://www.prostar.gov.my/aktiviti-BM.htm iii.http://.moh.gov.my/modules/xt-conteudo/print . Sememangnya internet patut dijadikan medium untuk menyebarkan maklumat Pendidikan Kesihatan kepada manusia sejagat.

UNIT PROMOSI KESIHATAN PENGENALAN Di Pejabat Negeri dan Daerah, aktiviti pendidikan kesihatan adalah merupakan perkhidmatan sokongan bagi semua program program kesihatan, perubatan dan pergigian. Aktiviti ini diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen pendidikan kesihatan di dalam program program tersebut di bawah Kementerian Kesihatan.

OBJEKTIF Objektif utama pendidikan kesihatan adalah ditumpukan kepada mencapai perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi usaha usaha dan masyarakat melalui : a) menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepenting kesihatan dan untuk an bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri. b) meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memudah penerimaan langkah langkah tersebut. c) menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan betul. AKTIVITI Membantu dalam melancarkan beberapa kempen dan promosi kesihatan, disamping pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan secara routine yang dijalankan oleh kakitangan kesihatan. Unit Pendidikan Kesihatan terlibat secara langsung atau secara memberi input dalam menjayakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan dan pelancaran hari-hari Kesihatan Khas.

Aktiviti Kesihatan & Pameran Latihan/Kursus Bagi Peringkat Negeri, selain daripada Latihan Fasilitator untuk Kempen Cara Hidup Sihat , lain-lain latihan/kursus yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan juga diberikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri sebagai penceramah jemputan untuk program-program kesihatan lain.

Penebitan Bahan Pendidikan Di Peringkat Negeri Dalam bentuk bahan cetak dan bukan cetak, Unit Pendidikan Kesihatan Negeri telah menerbitkan 29 jenis bahan cetakan seperti poster/risalah/buku kecil/poster/pameran (dalam set) mengikut tajuk-tajuk tertentu dan 46 jenis bahan-bahan bukan cetak seperti kolateral, rakaman video, salinan video, pita kaset dan lain-lain. Unit Pendidikan Kesihatan Negeri juga menerima bahan-bahan pendidikan kesihatan daripada Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi di Kementerian Kesihatan dan juga tempat-tempat lain. Aktiviti Media Massa Unit Pendidikan Kesihatan Negeri telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri (RTM) untuk menyiarkan maklumat kesihatan untuk pendengar radio melalui Radio 3. Sebanyak 45 ceramah kesihatan melalui siaran tempatan telah diadakan. Di samping itu, pihak RTM juga membantu Jabatan Kesihatan Negeri untuk siaran Pengumuman Awam mengenai maklumat kesihatan secara 'ad-hoc' dari semasa ke semasa seperti untuk tujuan Kempen Kesihatan, kejadian wabak penyakit, aktiviti promosi kesihatan dan sebagainya.