sce3143 assigment

38
SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT 2015 Penyiasatan Isu Sains, Teknologi dan Masyarakat Kemampanan Sumber Pengenalan Apakah yang dimaksudkan dengan kemampanan sumber? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan "mapan" bermaksud tidak berubah-ubah, sesuatu yang mantap atau sudah kukuh. "kemapanan" pula membawa maksud keadaan yang mapan. Manakala perkataan "sumber" pula membawa maksud asal, punca, permulaan. Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa kemampanan sumber adalah merujuk kepada usaha untuk memantapkan sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik- baiknya. Bumi kita merupakan satu tempat tinggal bagi jutaan makhluk hidup, termasuk manusia. Bumi kita diliputi dengan pelbagai sumber seperti tanah, air, udara, hidupan, bahan api fosil dan mineral. Kepelbagaian sumber daya mineral bumi dan produk-produk biosfer lainnya menjadi penyumbang terhadap penyediaan sumber daya untuk mendukung populasi manusia global. Di muka bumi ini terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan seperti air, matahari dan angin manakala sumber tenaga yang tidak boleh diganti adalah sumber

Upload: charles-koh

Post on 14-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tebaga yang boleh diperbaharui

TRANSCRIPT

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT2015

Penyiasatan Isu Sains, Teknologi dan MasyarakatKemampanan Sumber

Pengenalan

Apakah yang dimaksudkan dengan kemampanan sumber? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan "mapan" bermaksud tidak berubah-ubah, sesuatu yang mantap atau sudah kukuh. "kemapanan" pula membawa maksud keadaan yang mapan. Manakala perkataan "sumber" pula membawa maksud asal, punca, permulaan. Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa kemampanan sumber adalah merujuk kepada usaha untuk memantapkan sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.Bumi kita merupakan satu tempat tinggal bagi jutaan makhluk hidup, termasuk manusia. Bumi kita diliputi dengan pelbagai sumber seperti tanah, air, udara, hidupan, bahan api fosil dan mineral. Kepelbagaian sumber daya mineral bumi dan produk-produk biosfer lainnya menjadi penyumbang terhadap penyediaan sumber daya untuk mendukung populasi manusia global. Di muka bumi ini terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang boleh digantikan apabila telah habis digunakan seperti air, matahari dan angin manakala sumber tenaga yang tidak boleh diganti adalah sumber tenaga yang tidak boleh diganti apabila telah habis digunakan. Antara contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah petroleum, gas asli, arang batu dan tenaga nuklear. Walaubagaimanapun, semua wujudnya sumber-sumber di bumi ini merupakan hamba Allah di muka Bumi ini, dan kita bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara alam ini dengan sebaik mungkin agar ianya dapat menberi manfaat kepada kita dan seterusnya generasi akan datang supaya dapat menikmati kehidupan yang selesa dan harmonis.

Tenaga yang boleh diperbaharui

Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang berasal dari sumber-sumber alam atau didefinisikan sebagai tenaga yang boleh digantikan atau mengalami dicas semula apabila telah habis digunakan seperti cahaya matahari, angin, hujan, pasang surut , dan suhu bumi.Merujuk kepada sebuah jurnal akademik yang berjudul Renewable Energy telah merumuskan satu analisi data tentang jumlah penggunaan tenaga dunia mengikut sumber telah dibuat pada tahun 2010. Merujuk kepada data yang diperolehi, sekitar 16.7% dari pengambilan tenaga global berasal dari tenaga yang boleh diperbaharui, dengan 11.44% berasal dari tradisional Biojisim yang merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang paling biasa digunakan iaitu 53% yang terutama digunakan untuk pemanasan, dan 3.34% adalah dari pembangkit elektrik tenaga air diperbaharui. Penggunaan kuasa angin sebagai sumber tenaga turut mempunyai 3.05% daripada jumlah keseluruhan tenaga yang boleh diperbaharui .

Apabila kita merujuk laporan daripada U.S Energy Information Administration yang merupakan analisis data khas untuk peninjauan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui , didapati penggunaan tenaga biojisim telah luas digunakan sejak 2006 lagi dan meningkat sehingga 53% daripada jumlah peratusan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga kuasa hidro juga salah satu sumber kuasa tenaga yang biasa digunakan untuk menghasilkan sumber elektrik untuk kehidupan seharian. Peningkatan peratusan penggunaan sumber tenaga berasaskan kuasa angin telah membuktikan sumber kuasa angin semakin dititik beratkan.

Kehidupan manusia pada masa kini tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan teknologi seperti peralatan elektrik dan elektronik. Kebanyakan aktiviti dan kehidupan harian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Fenomena ini membuktikan bahawa kewujudan tenaga elektrik adalah penting dan memberikan impak terhadap kemudahan dan keselesaan manusia dalam menjalankan kerja-kerja harian.

Pada tahun 2012, penaburan teknologi sumber tenaga yang boleh diperbaharui semakin banyak dan secara luas digunakan di Eropah, Asia, dan Amerika Syarikat. Merujuk kepada U.S Energy Information Administration, Negara China, Negara Amerika Syarikat , Negara Germany dan Negara Spain merupakan negara terutama dalam penaburan teknologi menjana elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui. Isu sumber tenaga adalah salah satu cabaran yang perlu dititik beratkan dan sama sekali tidak perlu diabaikan kerana ia melibatkan kesejahteraan hidup manusia dan kemakmuran negara. Di negara Malaysia sahaja, lebih daripada 90 peratus tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini dijana hampir setiap hari bagi memenuhi kehendak pengguna dalam menjalani kehidupan seharian. Dua buah syarikat pembekal elektrik yang terbesar di Malaysia menggunakan teknologi penjanaan elektrik daripada logi hidroelektrik untuk menjana bekelan elektrik untuk dibekalkan ke seluruh Malaysia. Sumber rujukan : U.S Energy Information Administration

Jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui

Sumber- sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya. Sumber sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan bakar biojisim. Kebanyakan sumber sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.Tidak seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak menghasilkan secara langsung gas gas rumah hijau.

1) TENAGA SURIA / SOLAR (Solar Energy)

Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion billion tahun. Tenaga suria adalah sinaran sinaran Matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik. Tenaga matahari dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat di Malaysia.

1.1 Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam 2 cara: a) Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suriab) Loji Kuasa Suria

Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria

Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria ini menukarkan cahaya Matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.

Bagaimana Sel sel Suria Menghasilkan Elektrik

Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah zarah tenaga suria. Foton foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria. Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan tenaga untuk menjana elektrik.Apabila cukup cahaya Matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan. Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel sel pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus elektrik akan mengalir.

Loji Pengumpulan Kuasa Suria

Loji Pengumpulan Kuasa Suriamenjana elektrik dengan menggunakan haba daripadapengumpul terma suriauntuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.

Kegunaan Tenaga SuriaApabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk:

Memanaskan air digunakan di rumah, bangunan atau kolam renang Memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan bangunan lain. Kegunaan lampu tiang pada waktu malam di tepi jalan atau taman-taman rekreasi.

Kelebihan Penggunaan Tenaga Suria1. Manfaat utama tenaga solar adalah membantu memperlahankan dan mengurangkan pemanasan global (global warming). Isyarat kecemasan pemanasan global telah membimbangkan seluruh dunia kerana ia telah mengancam kehidupan masyarakat manusia, serta survival spesies yang tak terhitung jumlahnya. Bersyukurnya, prihatinan dan perkembangan teknologi negara maju membolehkan penyelidikan kepada sistem panel solar yang cekap mewujudkan elektrik tanpa menghasilkan pencemaran pemanasan global. Kuasa solar kini sangat jelas salah satu penyelesaian yang paling penting kepada krisis pemanasan global. 2. Kuasa solar merupakan salah satu cara menjimatkan wang anda dalam jangka masa yang panjang. Meletakkan panel PV solar di atas bumbung anda mungkin menjimatkan beratus-ratus ringgit dalam setahun. Jikalau sebuah keluarga di Malaysia mengantikan kuasa elektrik dengan tenaga solar akan menjimat RM300 setahun maka sepuluh ribu keluarga akan menjimatkan RM 30,000,000 kos perbelanjaan ke atas elektrik setahun. Ia bukan dilihat setakat penjimatan ke atas beratus-ratus ringgit oleh sesebuah keluarga sahaja malah memerangi pemanasan global dengan kuasa solar mungkin akan mengurangkah kesan ancaman pemanasan global dan penjimatan ini bukan setakat berbilion bahkan trillion dolar.3. Kuasa solar menyediakan kebolehpercayaan tenaga. Yang semakin meningkat dan suasana matahari adalah sangat konsisten. Di seluruh dunia, kita tahu bila ia akan naik dan set setiap hari, sepanjang tahun. Walaupun awan mungkin sedikit kurang diramal, kami juga mempunyai unjuran yang agak baik bermusim dan harian bagi jumlah cahaya matahari yang akan diterima di lokasi yang berbeza. Semua dalam semua, ini menjadikan tenaga solar merupakan sumber yang sangat dipercayai tenaga.4. Kuasa solar memberikan kebebasan tenaga. Sama seperti rangsangan keselamatan tenaga, kuasa solar menyediakan manfaat yang besar kemerdekaan tenaga. Sekali lagi, "bahan api" untuk panel solar tidak boleh dibeli atau dimonopoli. Ia adalah percuma untuk semua untuk digunakan. Sebaik sahaja anda mempunyai panel solar di atas bumbung anda, anda mempunyai sumber asasnya bebas elektrik yang semua anda. Ini adalah penting untuk individu, tetapi juga untuk bandar-bandar, daerah, negeri, negara, dan juga syarikat-syarikat. 5. Kuasa solar juga mewujudkan peluang pekerjaan. Sebagai sumber tenaga, kuasa solar adalah kuasa penghasilan kerja. Wang yang dilaburkan dalam kuasa solar mewujudkan dua hingga tiga kali lebih banyak peluang pekerjaan daripada wang yang dilaburkan dalam arang batu atau gas asli. 6. Tenaga solar adalah percuma Infinite. Setelah pemasangan permulaan danpenyelenggaraan, tenaga solar adalah seratus peratus percuma. Solar tidak memerlukan bahan-bahan mentah yang mahal dan berterusan seperti minyak atau arang batu, dan memerlukan operasi jauh lebih rendah buruh daripada pengeluaran kuasa konvensional.

Kelemahan tenaga suria ialah :Salah satu kelemahan tenaga suria adalah matahari tidak bersinar 24 jam sehari dan jumlah cahaya Matahari yang tiba di permukaan Bumi adalah tidak tetap. Ia bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. Disebabkan Matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga.Apabila matahari terbenam atau banyak teduh, panel PV solar berhenti menghasilkan elektrik. Jika kita perlu elektrik pada masa itu, kita perlu mendapatkannya daripada beberapa sumber lain. Dalam erti kata lain, kita tidak dapat 100% dikuasakan oleh panel solar.Pada masa ini, kami sudah tentu menggunakan elektrik lebih daripada di tengah-tengah malam, jadi permintaan elektrik adalah lebih besar daripada waktu pagi. Oleh itu kecekapan kuasa solar disimpan menjadi masalah yang harus diujikajikan.

2) TENAGA ANGIN (Wind Energy)

Callagheen Komuniti Dana Ladang Angin Geran 2015-2016.

Angin boleh ditakrifkan sebagai tenaga kinetik udara yang bergerak. Kewujudan angin adalah disebabkan oleh pemanasan tidak sekata oleh matahari ke atas atmosfera, ketaksekataan permukaan bumi, dan putaran bumi. Corak aliran angin adalah berubah-ubah berdasarkan oleh rupa bentuk bumi, komposisi air, dan perlindungan kehijauan bumi. Aliran angin atau dikategorikan sebagai tenaga gerak, apabila dikumpul dan mengerakan turbin angin moden, ia boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Bagaimana penjanaan tenaga angin? Istilah "tenaga angin" atau "kuasa angin" menggambarkan proses di mana angin yang digunakan untuk menjana tenaga mekanikal atau elektrik. Turbin angin menukarkan tenaga kinetik angin ke dalam kuasa mekanikal. Ini kuasa mekanikal boleh digunakan untuk tugas-tugas tertentu seperti pengisaran bijirin atau mengepam air dan juga penjana boleh mengubah kuasa mekanikal ini menjadi tenaga elektrik ke rumah-rumah kuasa, perniagaan, sekolah, dan sebagainya. Pada 2005, kapasitas generator tenaga-angin adalah 58.982 MW, hasil tersebut kurang dari 1% penggunaan listrik dunia. Meskipun masih berupa sumber energi listrik minor di kebanyakan negara, penghasilan tenaga angin lebih dari empat kali lipat antara 1999 dan 2005.

Turbin AnginTurbin angin adalah komponen penting dalam tenaga angin dan ia berupa seperti bilah kipas pesawat, putar di udara yang bergerak dan membekalkan kuasa penjana elektrik yang membekalkan arus elektrik.Terdapat dua jenis turbin angin iaitu turbin angin moden dan turbin angin tradisional. Turbin angin moden jatuh ke dalam dua kumpulan asas; pelbagai-paksi mendatar, seperti kincir angin tradisional ladang digunakan untuk mengepam air, dan reka bentuk paksi tegak, seperti model Darrieus gaya pengocok telur, dinamakan selepas pencipta Perancisnya. Kebanyakan turbin angin besar moden adalah turbin paksi melintang.

Kegunaan Tenaga Angin1. Tenaga Angin menjana elektrikAngin adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria kerana ia sentiasa bertiup. Tenaga kinetik angin akan berupaya memutarkan turbin angin dan membekalkan kuasa penjanaan bagi generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.

2. Tenaga Angin membantu dalam bidang pertanian.Turbin angin menukarkan tenaga kinetik angin ke dalam kuasa mekanikal. Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam air dari perigi menggunakankincir angin. Angin juga digunakan untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji jagung.

Kelebihan Tenaga AnginTenaga angin merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan ia tidak menyebabkan pencemaran, oleh itu ia merupakan tenaga alternatif kepada bahan bahan bakar fosil. Tenaga angin adalah bersih; loji kuasa angin atau dipanggil ladang janakuasa angin tidak menghasilkan sebarang pencemaran udara atau air kerana tiada bahan bakar yang dibakar untuk menghasilkan elektrik.

Kelemahan Menggunakan Tenaga Angin1. Perlu memilih kawasan yang sesuai untuk tenaga anginPenjanaan tenaga angin memerlukan tiupan angin yang kuat yang mampu menghasilkan daya tolakan yang dapat mengerakkan tubin angin. Faktor lokasi memainkan peranan dalam kecekapan dalam penjanaan tenaga angin. Secara asasnya, kelajuan angin bertambah apabila altitud (ketinggian) kawasan bertambah dan di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin. Kawasan yang paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin ialah seperti kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit bukau, kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara gunung ganang yang membentuk terusan angin.

2. Memberi kesan besar kepada populasi burung liar dan lanskapKesan alam sekitar yang paling besar dalam penggunaan mesin angin ialah ia memberi kesan negatif kepada populasi burung liar dan juga permandangan alam sekitar. Sesetengah orang permandangan bilah turbin angin yang bergemerlapan adalah sesuatu yang menyakitkan; tapi bagi yang lain, ia merupakan alternatif yang indah kepada stesen jana kuasa konvensional.

3) TENAGA KUASA HIDRO (Hydropower Energy)

Hydropower Energy Sarawak

Kuasa hidro atau kuasa air (berasal dari bahasa Yunani: , "air") adalah kuasa yang berpunca daripada tenaga kinetik jatuh air dan pengaliran air, yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai tujuan. Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia.Sejak zaman purba lagi, kuasa hidro dari pelbagai jenis watermills telah digunakan untuk pengairan dan operasi pelbagai peranti mekanikal, seperti gristmills, kilang papan, kilang tekstil, tukul perjalanan, kren dermaga, lif domestik, dan kilang-kilang bijih.Sejak awal abad ke-20, istilah kuasa hidro telah hampir-hampir khas digunakan untuk pembangunan moden kuasa hidroelektri. Kuasa hidro semakin diperkembangkan pada zaman ini keran ia adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Jenis kuasa hidro yang paling biasa adalah loji kuasa hidroelektrik yang menggunakan empangan di sebuah sungai untuk menyimpan air di dalam takungan. Air yang dikeluarkan dari takungan mengalir melalui turbin, berputar itu, yang seterusnya mengaktifkan generator untuk menghasilkan elektrik. Tetapi kuasa hidroelektrik tidak semestinya memerlukan empangan yang besar. Beberapa loji kuasa hidroelektrik hanya menggunakan terusan kecil untuk menyalurkan air sungai melalui turbin.

Kelebihan Tenaga Hidro

1. Pencemaran yang minimumTenaga hidro merupakan pembekal sumber elektrik yang terbesar di Negara Malaysia. Penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga hidro melibatkan pencemaran yang paling minimum dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijauan jika dibanding dengan sumber penjanaan yang tidak dapat diperbaharui.

2. Sumber air adalah percumaAir yang digunakan untuk menghasilkan kuasa hidro yang disimpang dalam loji yang mempunyai berjuta-juta tan air adalah disediakan percuma oleh alam semula jadi. Negara Malaysia terletak berhampiran dengan khatulistiwaamat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung, meskipun pada musim kemarau teruk dan mempunyai kelembapan yang tinggi danhujanyang banyak. Kesesuaian kedudukan geogradi Negara Malaysia mendorong perkembangan tenaga hidro di negara ini.

3. Sumber yang boleh diperbaharuiSumber tenaga hidro adalah berasaskan air dan air merupakan hadiah daripada Tuhan yang dibekalkan semula jadi yang tidak terhingga dan ia boleh digantikan selepas habis digunakan sumber bekalan air dalam loji kuasa hidro.

4. Tempat rekreasiDisebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air dan stesen janakuasa hidroelektrik mesti berada dekat dengan sumber air, maka kawasan empangan yang disimpan berjuta-jutan tan air jernih membolehkan ia menjadi suatu pemandangan yang cantik dan sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.

Kelemahan Tenaga Hidro

Terdapat banyak kelemahan kuasa hidroelektrik kerana yang ia tidak digunakan pada skala yang sangat besar di seluruh dunia Sebelum menggunakan sesuatu di peringkat industri, anda perlu mengambil kira kebaikan dan keburukan itu keburukan adalah:1. Pelepasan gas metana dan karbon dioksidaTakungan air untuk kuasa hidroelektrik mengeluarkan sejumlah besar karbon dioksida dan metana. Kawasan di sekitar empangan telah penuh dengan air. Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok dalam mereka mula reput dan mengurai dengan kaedah lain tanpa menggunakan oksigen. Jadi ini jenis penguraian tempat pembuangan sampah sejumlah besar gas metana dan karbon dioksida yang meningkatkan pencemaran.

2. Pemusnahan habitatUntuk membina pusat penjana tenaga hidro memerlukan pembentukan empangan yang besar dan hakikatnya telah mengorbankan tanah yang luas serta memusnahkan makhluk-makhluk hidup di sekeliling mereka. Selain itu, kehidupan penduduk tempatan seperti orang asli turut diganggu kerana manusia tidak boleh hidup di kawasan yang sering dilanda banjir dan tumbuhan akan dimusnahkan semasa pembebasan air daripada empangan. Penduduk yang tinggal berhampiran dan juga haiwan-haiwan liar turut terpaksa berpindah.

3. Kos yang tinggiWalaupun kos sumber air adalah percuma tetapi kos pengilangan dan membina empangan serta pemasangan turbin adalah sangat mahal dibandingkan dengan penjana kuasa elektrik dengan sumber lain. Banyak negara tidak menggunakan sumber alternatif tenaga ini dan lebih terdorong menggunakan kuasa nuclear yang melibatkan kos yang jauh mudah disbanding dengan kuasa hidro. Selain itu , Penyelenggaraannya juga sangat mahal.

4. Kesan ke atas pertanianMembuat empangan pada sungai memberi kesan kepada jumlah, kualiti dan suhu air yang mengalir di sungai yang mempunyai kesan yang drastik pada pertanian dan air minuman.

5. Pembunuhan ikanAir manakala mengalir melalui empangan mengumpul nitrogen yang boleh merosakkan dan juga membunuh ikan. Mereka juga boleh merosakkan pembiakan ikan itu menghapuskan seluruh spesies ikan.

4) TENAGA BIOJISIM (Biomass Energy)

Istilah "biomass" merujuk kepada bahan organik yang melibatkan proses penyimpanan tenaga melalui proses fotosintesis. Tenaga terdapat pada tumbuh-tumbuhan boleh dipindahkan melalui rangkaian makanan kepada haiwan dan bahan buangan mereka, dan bertukar bentuk tenaga untuk kegunaan manusia setiap hari. Biomass adalah salah satu sumber yang paling banyak dan yang digunakan dalam penjanaan tenaga dalam perkembangan sumber tenaga boleh diperbaharui di dunia dalam penjanaan elektrik. Secara umum, ia adalah bahan organik yang dihasilkan oleh fotosintesis cahaya. Bahan kimia (sebatian organik karbon) disimpan dan boleh digunakan untuk menjana tenaga. Biojisim yang paling biasa digunakan untuk tenaga adalah daripada pokok-pokok kayu. Kayu telah digunakan oleh manusia untuk menghasilkan tenaga untuk pemanasan dan memasak sejak zaman purba lagi.Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita boleh tanam semula banyak pokok dan tanaman selepas ia dituai, dan bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal - sampah. Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Kelebihan Tenaga Biomas1) Biomass digunakan sebagai bahan api yang mengurangkan keperluan untuk bahan api fosil untuk pengeluaran haba, wap dan elektrik untuk kegunaan kediaman, perindustrian dan pertanian.2) Biomass sentiasa ada dan boleh dihasilkan sebagai sumber yang boleh diperbaharui.3) bahan api Biomass dari sisa pertanian mungkin produk menengah yang menambah nilai kepada tanaman pertanian.4) Berkembang tanaman Biomass menghasilkan oksigen dan menggunakan karbon dioksida.5) Penggunaan bahan-bahan buangan mengurangkan pelupusan tapak pelupusan dan membuat lebih banyak ruang untuk segala sesuatu yang lain.6) Karbon Dioksida yang dibebaskan semasa bahan api biojisim dibakar, diambil oleh tumbuh-tumbuhan.7) Kurang wang dibelanjakan untuk minyak asing

Kelemahan Tenaga Biomas1) Ketidakcekapan dalam penghasilan tenaga berbanding dengan Bahan Api Fosil. Selain itu, etanol adalah berbahaya kepada pembakaran ke atas enjin dalam jangka masa panjang.2) Tanah yang digunakan untuk tanaman mungkin diperlukan untuk tujuan lain, seperti faming, pemuliharaan, perumahan, resort atau pertanian.3) Beberapa projek penukaran Biomass adalah daripada sisa haiwan dan adalah dalam bilangan yang kecil dan terhad.4) Kos penyelidikan yang tinggi diperlukan untuk mengurangkan kos pengeluaran bahan api Biomass .5) Punca utama pencemaran beberapa kes.

Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui

Tenaga wujud secara bebas dan semulajadi dalam alam semula jadi. Ada di antara tenaga wujud tak terhingga ( tenaga yang boleh diperbaharui ) , manakala ada tenaga mempunyai jumlah yang terhad atau mengambil berjuta-juta tahun untuk membentuk semula, dan akan habis satu hari (tenaga yang tidak boleh diperbaharui). Oleh itu, sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui boleh ditakrifkan sebagai satu sumber yang tidak memperbaharui dirinya pada kadar yang mencukupi untuk pengekstrakan ekonomi yang berterusan yang memanfaatkan manusia dari semasa ke semasa. Antara contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah petroleum, gas asli, arang batu dan tenaga nuklear.

Tenaga yang tidak boleh diperbaharuiGambar daripada : http://www.swiftutors.com/science/non-renewable-sources-of-energy.php

Kebanyakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah terdiri daripada bahan api fosil. Bahan api fosil terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta-juta tahun yang lalu. Sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tersimpan di bawah timbunan batuan dalam kerak bumi mengalami keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi dan menghasilkan petroleum, gas asli dan arang batu. Terdapat satu takungan yang besar di bawah tanah yang terdiri daripada sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui di seluruh dunia. Karbon merupakan elemen utama dalam bahan api fosil yang sesuai digunakan untuk menjana sumber tenaga.

Petroleum merupakan bahan api fosil dalam bentuk cecair. Ia juga dikenali sebagai minyak atau minyak mentah. Ia terbentuk daripada pereputan haiwan dan tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun yang lalu yang tinggal di dalam persekitaran air. Lebih daripada berjuta-juta tahun, reputan haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini ditutupi dengan lapisan pasir dan kelodak. Haba dan tekanan daripada lapisan-lapisan ini membantu ia berubah bentuk kepada minyak mentah. Minyak mentah adalah berbau, berwarna kuning ke hitam yang akan dikorek daripada takungan di dasar laut dan sesetengah di bawah tanah. Hasil daripada minyak mentah yang telah digerudi, ia mesti ditapis.

Petroleum menjadi salah satu aset sumber tenaga yang utama bagi negara kita. Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) yang bertindak sebagai jentera kerajaan mengendalikan semua hal yang berkaitan petroleum di negara kita. Hal ini demikian untuk memastikan sumber petroleum negara diurus dengan terancang. Hasil daripada petroleum membantu kita dalam banyak perkara. Minyak mentah hasil aktiviti cari gali dari dasar laut akan disalurkan ke permukaan dan loji penapisan serta akan mengalami proses penapisan dan pembakaran bagi menghasilkan produk-produk petroleum. Lebih separuh daripada petroleum akan ditukarkan kepada petrol. Petrol digunakan di dalam kenderaan untuk menggerakkan enjin. Selain petrol, produk petroleum yang lain adalah nafta, kerosin, diesel, minyak pelincir, parafin, minyak bahan api dan bitumen.

Kewujudan petroleum

Gambar daripada : http://www.scs.sk.ca/vol-old/HTT/Renewable/oil.htm

Perolehan PetroleumGambar daripada : http://www.foxoildrilling.com/contract-inquiries.html

Walau bagaimanapun, pembakaran petrol adalah berbahaya kepada alam sekitar. Ia melepaskan gas berbahaya dan asap ke udara yang kita sedut. Antara gas yang terhasil daripada pembakaran petroleum adalah karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, dan nitrogen dioksida. Terdapat juga kemungkinan tumpahan minyak. Jika ada masalah dengan jentera penggerudian, minyak yang boleh meletup di luar telaga dan melimpah ke dalam tanah atau laut yang mengelilingi. Tumpahan minyak adalah bencana alam sekitar, terutama tumpahan luar pesisir. Minyak terapung di air, jadi ia boleh kelihatan seperti makanan untuk ikan dan merosakkan bulu burung.

Gas asli juga merupakan bahan api fosil yang terperangkap di bawah tanah dalam takungan. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum. Komposisi juga hampir sama, sebatian hidrokarbon yang kebanyakannya terdiri daripada gas metana. Pencarian gas asli dimulakan dengan ahli geologi, yang mengkaji struktur dan proses Bumi. Gas asli digunakan untuk pemanasan dan memasak. Ia juga boleh dibakar untuk menghasilkan elektrik. Gas asli juga boleh bertukar menjadi bentuk cecair, yang dikenali sebagai gas asli cecair atau liquid natural gas (LNG). LNG lebih bersih dari mana-mana bahan api fosil yang lain. Gas asli cecair mengambil ruang yang kurang berbanding dalam bentuk gas. LNG mudah disimpan dan digunakan untuk tujuan yang berlainan. LNG juga boleh menjadi gantian untuk petrol. Gas asli adalah agak murah untuk dikeluarkan, dan adalah "bersih" bahan api fosil daripada petroleum atau arang batu. Apabila gas asli dibakar, ia hanya mengeluarkan karbon dioksida dan wap air. Ini adalah lebih sihat daripada pembakaran arang batu.

Walau bagaimanapun, mengekstrak gas asli boleh menyebabkan masalah alam sekitar. Keretakan batu boleh menyebabkan mini gempa bumi. Air tekanan tinggi dan bahan kimia yang mengalami tekanan di bawah tanah juga boleh bocor kepada lain-lain punca air. Sumber-sumber air, digunakan untuk minum atau mandi, boleh menjadi tercemar dan tidak selamat. Gas asli juga memberi kesan kepada alam sekitar apabila ia dihasilkan, disimpan dan diangkut. Disebabkan gas asli terdiri daripada metana yang tinggi kandungannya (gas rumah hijau yang lain), sedikit metana kadang kala boleh terlepas keluar ke atmosfera dari perigi, tangki simpanan dan saluran paip.

Arang batu juga sumber tenaga daripada bahan api fosil yang berbentuk pepejal. Arang batu ialah batuan mendapan berwarna hitam atau perang kehitaman yang mudah terbakar yang terdiri daripada karbon dan hidrokarbon. Arang batu digunakan untuk menjana elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim. Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal) yang menjana elektrik. Arang batu juga digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.

Arang BatuGambar daripada : http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/tenaga-nuklear-dan

Penggunaan arang batu boleh mendatangkan kesan buruk. Tanpa tindakan yang betul, perlombongan arang batu boleh memberi kesan negatif terhadap ekosistem dan kualiti air dan merubah landskap dan pemandangan. Pelombong arang batu juga terdedah kepada debu toksik dan menghadapi bahaya di dalam gua dan letupan di tempat kerja. Apabila arang batu dibakar, ia mengeluarkan banyak gas toksik dan bahan cemar ke atmosfera. Perlombongan arang batu juga boleh menyebabkan tanah untuk gua dalam dan mewujudkan api bawah tanah yang terbakar selama beberapa dekad pada satu masa.

Di samping itu, pembakaran bahan api fosil iaitu petroleum, gas asli dan arang batu dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia membawa kesan yang negatif seperti. Pembakaran bahan api fosil dalam penjanaan tenaga elektrik telah membebaskan asap yang mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara. Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-kenderaan bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia.

Selain itu, tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Walaupun tenaga nuklear itu sendiri merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui, bahan yang digunakan dalam loji kuasa nuklear tidak boleh diperbaharui. Tenaga nuklear menghasilkan tenaga yang kuat dalam nukleus, atau teras, daripada atom. Tenaga nuklear dibebaskan melalui pembelahan nuklear, proses di mana nukleus sesuatu atom berpecah. Loji kuasa nuklear adalah mesin kompleks yang boleh mengawal pembelahan nuklear untuk menghasilkan elektrik. Bahan yang paling sering digunakan dalam loji kuasa nuklear adalah uranium elemen. Walaupun uranium ditemui dalam batuan di seluruh dunia, loji kuasa nuklear biasanya menggunakan jenis yang sangat jarang berlaku uranium, U-235. Uranium adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Di Malaysia, nuklear berkembang apabila Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah singkatan kepada Training, Research, Isotope Production dan General Atomic. Pembinaan RTP yang dimulakan dalam bulan November 1981 ini bertujuan untuk membangunkan bidang latihan, penyelidikan dan pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia. RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan eksprimen dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan dalam pelbagai bidang sains nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran radiosotop untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi neutron dan penyerakan neutron sudut kecil (SANS).

Loji NukelarGambar daripada : http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/tenaga-nuklear-dan

Proses penjanaan elektrik dengan kuasa nuklearGambar daripada : http://www.howitworksdaily.com/is-nuclear-power-safe/

Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui oleh ramai pihak. Terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama loji tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa yang panjang.

Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.

Peranan kerajaan dan masyarakat adalah sangat penting bagi mengatasi masalah dan kesan-kesan negatif yang timbul akibat daripada penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Beberapa langkah pencegahan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah melalui pemasangan Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis perangkap habuk yang berupaya untuk memerangkap 99.7% habuk produk pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan Flue Gas Desulphurization (FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen jana kuasa bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada pembakaran arang batu, manakala penunu rendah NOx atau Low Nox Burner pula dapat digunakan bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida (NOx). Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti udara di kawasan yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu dilakukan supaya maklumat mengenai tahap kualiti udara dapat disalurkan secara berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap pencemaran udara berada pada paras yang telah ditetapkan.

Pada pandangan saya, bagi mengurangkan masalah pencemaran udara yang berlaku daripada pembakaran petrol, rakyat Malaysia perlu menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama berusaha menjimatkan penggunaan petrol. Antaranya adalah berkongsi kenderaan ke tempat kerja, menggunakan kenderaan awam yang telah disediakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Selain itu, penggunaan sumber-sumber alternatif yang dihasilkan daripada tenaga boleh diperbaharui juga boleh mengurangkan kesan negatif yang timbul daripada penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah tenaga solar, tenaga hidro, biojisim, hidrogen dan tenaga angin.

Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan sumber tenaga yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa depan.Pihak stesen jana kuasa juga perlulah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecekapan loji-loji penjanaan supaya dapat menjimatkan kos operasi lalu memberi keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggannya. Selain itu, pengguna-pengguna elektrik juga digalakkan meminimumkan penggunaan elektrik.

REFLEKSI :

Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita Cikgu Loh Leh Chiong kerana telah banyak memberi bimbingan dan dorongan membantu saya dalam penghasilan projek ini. Encik Loh juga telah member penerangan dan membincangkan tajuk-tajuk semasa di dalam kuliah SCE3143 agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja kursus ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah menggunakan segala peluang yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin. Saya juga ingin menyampaikan terima kasih kepada rakan-rakan saya sama ada dalam sesi perbincangan, pengumpulan data, memberi pandangan dan penghasilan projek, yang telah banyak memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Setelah menyiapkan tugasan projek ini, saya telah sedar akan kepentingan sikap kerjasama dan toleransi semasa melakukan sesuatu tugas. Tanpa sikap kerjasama dan toleransi, saya dan ahli kumpulan saya pasti tidak dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. SCE3143 merupakan satu subjek yang menarik dan begitu dekat kepada saya sebagai manusia di dunia ini dan juga pengajaran dan pembelajaran sains saya di sekolah. Subjek ini juga mefokuskan kajian tentang kesan sains dan teknologi kepada masyarakat. Skoh tajuk-tajuk sedemikian amat berguna dan memperkembangkan pengetahuan dan kefahaman saya dalam perkembangan sains dan teknologi dunia hari ini.Melalui tugasan projek yang dilaksanakan pada kursus ini, sedikit sebanyak saya mengetahui kemampanan sumber tenaga dan tenaga alternatif. Saya ingin bersyukur kepada Tuhan atas rekaan dan ciptaan tuhan atas alam semula jadi ini yang membekalkan sumber tenaga yang tidak terhingga untuk kegunaan manusia di dunia ini. Melalui tugasan ini, saya juga lebih memahami jenis-jenis kemampanan tenaga dengan lebih mendalam seperti tenaga solar, tenaga agin, tenaga hidro dan sebagainya.

Melalui tugasan ini juga , saya faham Tenaga alternatif masih bukan menjadi sumber tenaga utama. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah bergantung kepada sumber itu sendiri. Di negara Malaysia, potensi perkembangan teknologi tenaga yang diperbaharui masih pada bidang tenaga hidro. Pada pendapat saya, sumber-sumber bahan fosil lain negara akan habis pada satu hari nanti, oleh itu negara Malaysia perlu tingkatkan usaha dalam tenaga boleh diperbaharui dan penyelidikan dititik beratkan untuk pembangunan teknologi tenaga alternatif demi kepentingan dan kemajuan negara pada masa depan. Sekirannya bekalan tenaga daripada sesuatu sumber terputus, kita masih mempunyai sumber lain untuk menampungnya. Kesimpulannya, sumber alternatif ini mempunyai banyak kebaikan daripada keburukannya. Oleh itu, sumber alternatif ini perlu dijaga dan dipelopori oleh semua pihak untuk memastikan sumber bahan fosil dapat dikekalkan daripada mengalami kepupusan. Dengan itu, negara kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya Malaysia mempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yang diwujudkan. Akhir kata, pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus SCE3143 yang diberikan telah berjaya saya siapkan.

KOH ING TAI820818135897

Rujukan

Ambasht, R.S. & Ambast, P.K. (2005).Environment And Pollution. New Delhi: CBS Publishers & Distributors.

Choong, C.H., Quek, Y.H., Chla, L.T., Choo, Y.T. & Sivajolthi a/p V.Kathirasou.(1999). Biologi Fokus Jingga SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Gan, W.Y., Manoharan a/l Subramaniam & Azmah Bt. Rajion.(2011). Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya: Bakaprep Sdn. Bhd.

Hamidi Abdul Aziz. (2008). PencemaranBunyi (Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain.(2006). Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Harris, F. (2004).Global Environment Issues. England: John Wiley & Sons, Ltd.

Morgan, S.M. &Vesilind, P.A. (2004). Introduction to Environment Engineering. United State: Thomsom Brooks Cole.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1986). Penghijauan Sekolah.Petaling Jaya: World Wide Fund For Nature Malaysia.

Stidworthy, J. (1994). PencintaAlam. Shah Alam: Federal Publications Sdn .Bhd.

Sowry, J. (1982). Looking at Water. London: Batsford Academics and Educational Ltd. London.

Zaini Ujang. (2000). . Kuala Lumpur: Dewan BahasadanPustaka. Laman WebJenis-jenis Pencemaran Di Malaysia Tarikh: 20 Ogos 2013 http://www.jomria.com/2012/03/jom-ketahui-5-jenis-jenis-pencemaran.htmlTajuk: PencemaranTarikh: 22 Ogos 2013 Masa: 1200http://ingr97.wordpress.com/2011/09/10/pencemaran-alam-sekitar-buku-skrap/Tajuk: Isu-isu Pencemaran Air Di Malaysia Tarikh: 23 Ogos 2013 Masa: 1000http://guruselamanya.wordpress.com/2011/01/20/punca-punca-berlakunya-pencemaran-air/

Tajuk: Bahan Kimia Dalam Air Yang TercemarTarikh: 11 Sept 2013 Masa: 1632http://www.penapisrx-water.com/pencemaran-air-di-malaysia/Tajuk: BeritaMengenaiPuncaPencemaran Air Tarikh: 15 Sept 2013 Masa: 1209http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/570-punca-pencemaran-airTajuk: BeritaMengenai Cara Merawat Air Tarikh: 17 Sept 2013 Masa: 1430http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm