assigment sjh3109

Upload: kama-barhan

Post on 05-Nov-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assigment sjh3109

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untukmemastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandunganpengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

2.1 DEFINASI JADUAL SPESIFIKASI UJIANGuru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. . Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi Kandungan (menegak) dan paksi Aras Kemahiran (melintang).

Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

2.1.1 Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : langkah pembinaan JSU

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

2.1.2 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain

2.1.3 Penyedian Jadual Spesifikasi UjianJSU mengandungi maklumat tentang: Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

2.2 MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

MATA PELAJARAN:SEJARAHTAHUN:4TAJUK 4:KERAJAAN MELAYU AWAL

BILUNIT 7KERAJAAN MELAYU AWALKONSTRUKJUMLAH SOALAN

APANPEME

1.7.1Warisan Negara Saya//2

2.7.2Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal di Asia Tenggara//2

3.7.3Keunikan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal//2

4.7.4Laut Anugerah Tuhan//2

Jumlah22228

Konstruk : AP= Aplikasi, AN = Analisis, PE = Penilaian, ME = Mencipta

2.2.1Item Soalan Aplikas1)Gambarkan secara ringkas tentang ciri-ciri Kerajaan Melayu Awal yang terletak di persisiran pantai? __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2) Kemukakan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Kerajaan Melayu Awal?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.2.2ITEM SOALAN ANALISIS1)Bandingkan keadaan bentuk mula bumi antara laut dan selat ?_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2)Berikan sebab-sebab yang munasabah kenapa Selat Melaka menjadi laluan tumpuan pedagang asing ?__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.2.3ITEM SOALAN PENILAIAN1)Berikan pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya laluan Selat Melaka terdedah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya ?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2.2.4ITEM SOALAN MENCIPTA1) Buktikan mengapakah Kerajaan Melayu Awal menjadi pusat persinggahan pedagang asing ? _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2) Perincikan suasana kegiatan ekonomi Kerajaan Melayu Awal pada masa dahulu?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.3 CARA BAGAIMANA SOALAN BOLEH DIAPIKASIKAN DALAM BILIK DARJAH

Untuk membolehkan guru mengaplikasikan soalan yang dibuat di dalam bilik darjah dan memudahkan murid memahami topik serta menjawab soalan yang dibuat, saya telah menggunakan strategi perbincangan kumpulan (a group discussion strategy). Sesi pengajaran bagi strategi ini mengandungi langkah-langkah seperti berikut;i. Penyusunan kumpulanii. Penyediaan tugasaniii. Perbincanganiv. Persembahan hasilan Tumpuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar dalam kelas. Menolong pelajar berfikir dan kemahiran membuat keputusan di samping menggalakkan mereka mengeluar pendapat dan buah fikiran. Strategi ini tidak sesuai kepada pelajar peringkat rendah sebab kemahiran membuat keputusan diperlukan (level of reasoning). Kaedah ini juga berlaku dalam suasana yang bebas dalam persekitaran kelas.Langkah perlaksanaan strategi peringcangan di dalam kelas :i. Semasa sesi pengajaran, guru telah membahagikan murid kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada lima orang. ii. Kemudian guru telah member setiap subtopik kepada setiap kumpulan : Kumpulan A :Warisan Negara Saya Kumpulan B :Kedudukan Kejaraan-kerajaan Melayu Awal di Asia tenggara Kumpulan C :Keunikan Kerajaan-Kerajaan Melayu Awal Kumpulan D :Laut Anugerah Tuhaniii. Guru membekalkan kertas manila dan marker bewarna kepada setiap kumpulan.iv. Setiap kumpulan diminta berbincang tentang tentang topik yang diberi dan menulis maklumat yang telah dibincangkan di dalam kertas majung.v. Selepas membuat perbincangan dalam kumpulan, setiap kumpulan diminta membentangkan dapatan perbincangan mereka di hadapan kelas.vi. Selepas selesai pembentangan, sesi soal jawab dibuka.vii. Murid digalakkan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan topik yang dibentangkan. viii. Guru juga akan bertanya soalan yang hampir sama dengan soalan yang telah digubal oleh guru kepada pembentang.ix. Selepas selesai semua pembentangan dan sesi soal jawab dilaksanakan, semua murid diberi borang pengurusan grafik berdasarkan tajuk yang dibincangkan.x. Semua murid diminta menjawab soalan tersebut tanpa berbincang dengan rakan-rakan lain. Oleh itu, guru dapat mengesasn samada murid tersebut memahami atau tidak berkenaan topik yang dibentangkan oleh rakan mereka sebentar tadi. xi. Walaubagaimanapun, soalan sebenar yang telah digubal oleh guru akan digunakan untuk menguji murid-murid semasa Ujian Pencapaian Akhir Tahun Sekolah pada Bulan Oktober.

Antara suasana yang berlaku semasa proses pengajaran dan dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di dalam kelas tahun 4 Bijak.

Murid-murid berbincang untuk mencari bahan untuk membuat pembentangan.

Seorang murid bertanyakan soalan kepada ahli pembentangan

Murid-murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru

Buku teks Sejarah Tahun 4 yang digunakan oleh murid-murid semasa sesi PnP SENARAI BUKU YANG DIGUNAKAN OLEH GURU UNTUK MEMBUAT SOALAN PENGURUSAN GRAFIK

3.0 PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:1. Projek2. Kerja Kursus3. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)4. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)5. ModulMatlamat kurikulum bahasa sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Matlamat ini diukur di peringkat sekolah dalam bentuk Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah.Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang memberi penekanan yang serius terhadap kemahiran bahasa yang empat iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui instrumen ini kemahiran-kemahiran tersebut khasnya kemahiran mendengar dan bertutur dapat dipertingkat. Ini dapat melahirkan generasi yang celik bahasa Al-Quran dan mampu menggunakannya dalam komunikasi.Pendidikan Sejarah bermatlamat untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Sebahagian dari matlamat ini diukur dalam bentuk PBS apabila murid terlibat secara langsung dalam menghasilkan projek-projek kerja kursus Sejarah di sekolah yang mana, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.3.1 HIKAYAT HANG TUAHHikayat Hang Tuahialah sebuahepikkepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaanEmpayar Melaka. Hang Tuah merupakan seoranglaksamana serta pahlawanMelayuyang taat kepada rajanya terutama semasa pemerintahanSultan Mansur Shahdi Melaka padaabad ke-15. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar 1700 (Leiden manuscript Cod.Or.1762.) tetapi manuskrip lengkap adalah bertarikh 1849.[1]Pada masa pemudanya, Hang Tuah dan empat orang temannya, iaituHang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, serta Hang Lekiu, membunuh segerombolanlanundan dua orang lain yang mengamuk dan membuat kacau-bilau di dalam kampung. SiBendahara (sama denganPerdana Menteridalam istilah moden) Melaka nampak bakat mereka dan mengambil mereka bertugas di dalam istana. Hang Tuah dibabakkan dalamSejarah MelayudanHikayat Hang Tuah.Semasa bertugas dengan istana Melaka, Hang Tuah membunuh seorang pahlawanJawayang dikenali sebagaiTaming Sari. Taming Sari merupakan seorang anak buahEmpayar Majapahityang telah dihadiahkan dengan sebilahkeriskuno yang dipercayai boleh menyebabkan pemiliknya kebal. Keris itu dinamai "Taming Sari" sempena pemiliknya yang asal.Hang Tuah kemudian dituduh kerana berzinadengan dayang Sultan, dan suatu keputusan serta merta dibuat untuk menghukum mati laksamana yang tidak bersalah itu. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan, dan sebagai ganti, Hang Tuah dihantar ke suatu tempat yang terperincil oleh si Bendahara. Mempercayai bahawa Hang Tuah telah mati, Hang Jebat (menurutHikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurutSejarah Melayu), melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah, dan menyebabkan keadaan kelam-kabut di kalangan penduduk. Sultan Mansur Shah berasa sesal tentang hukuman mati Hang Tuah, kerana Hang Tuah merupakan orang tunggal yang berupaya membunuh Hang Jebat (atau Hang Kasturi).Akhirnya, si Bendahara memanggil balik Hang Tuah daripada persembunyiannya, dan diampun oleh Sultan. Selepas berlawan selama tujuh hari, Hang Tuah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat balik keris Taming Sarinya.Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncakGunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah terus hilang dan langsung tidak dinampak lagi. (Sila lihat rencanaPuteri Gunung Ledang.)Hang Tuah terkenal untuk pepatahnya, "Takkan Melayu Hilang di Dunia" Petikan itu merupakan sorakan yang termasyhur untuknasionalismeMelayu.

3.2 PROSES PENCARIAN MAKLUMAT

Maklumat yang tepat menjamin ketepatan keputusan dan keberkesanan tindakan. Tanpa maklumat tertentu sesetengah keputusan tidak dapat dibuat atau sekiranya dibuat, boleh membawa akibat yang buruk dan mengaibkan.Dalam dunia yang semakin berasaskan maklumat dan mengalami kebanjiran maklumat, kita harus bijak mencari jalan bagi mendapat maklumat yang tepat dan menggunakannya dengan berkesan.

Terdapat tiga kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini . Maklumat adalah seperti di bawah :1. Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.2. Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .3. Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah 4. Kaedah menemubual. Saya telah menemubual beberapa orang guru sejarah di sekolah rendah untuk mendapat makumat tentang Hikayat Hang Tuah.

3.3 MENGUMPUL DAN MENTAFSIR1. Menurut T. Iskandar (1970), Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh unsur-unsur mitos dan legenda yang penuh dengan kesaktian dan magis. Peristiwa-peristiwa yang terjalin di dalamnya mempunyai motif-motif yang jelas iaitu menunjukkan kebesaran Kerajaan Melayu Melaka dan kepahlwanan Hang Tuah sebagai wira Melayu.

2. Yusof Iskandar (1977) pula berpandapat bahawa Hikayat Hang Tuah merupakan puncak legenda bagi sastera klasik iaitu berikutan dengan beberapa kejayaan Hang Tuah kerana mengalahkan hulubalang Jawa dan dalam beberapa pertempuran yang lain. Ini merupakan suatu pengagungan keperibadian dan kepahlawanan bagi wira Melayu itu supaya dapat bersaing dengan kemasyhuran pahlawan Panji Jawa yang terkenal seperti Radin Inu. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat persamaan antara peristiwa-peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah dengan cerita panji Jawa.

3. Menurut C.C. Berg (1961) menyifatkan kejayaan Hang Tuah dalam setiap perlawanan atau pertempuran atau perkelahian sebagai suatu peristiwa yang menjadi legenda masyarakat Melayu. Hang Tuah adalah wira Melayu yang tidak pernah kecewa dalam sebarang pertempuran malah memiliki kepintaran dan daya fikir yang tinggi.

4. Para sarjana seperti Winstedt, Parnikel, Teeuw, T. Iskandar dan lain-lainnya menyimpulkan bahawa jalinan cerita Hikayat Hang Tuah yang penuh dengan mitos dan legenda adalah bertujuan untuk mengagungkan Hang Tuah sekaligus kerajaan Kerajaan Melayu Melaka dan menjadikan kedua-duanya sinonim.

5. Menurut Ibrahim Saad (1973), sebagai seorang hulubalang dan kemudiannya diberi gelaran laksamana Hang Tuah dapat dikatakan sebagai wira yang serba sempurna baik dari segi jasmani, rohani, pemikiran, tindakan dan cara dia berbudaya dengan orang lain.

6. Menurut teori Campbell (1970), watak seperti ini dikategorikan sebagai wira menang, dengan itu Hang Tuah juga merupakan seorang wira yang serba lengkap.

7. Hooykaas pula telah mensifatkan Hikayat Hang Tuah sebagai Malay Legendary Novel yang mempunyai unsur sejarah. Winstedt telah memasukkan Hikayat Hang Tuah dalam babak Malayo-Javanese Romance, kerana kata-nya, timbul-nya unsur-unsur hero dalam Hikayat Hang Tuah kerana dibina atas unsur-unsur hero dalam Hikayat Panji.

8. Mengikut Dr. A. Teeuw pula, Hikayat Hang Tuah adalah sebuah mitos. Kassim Ahmad yang pernah mengkaji Hang Tuah secara mendalam, meletakkan Hikayat Hang Tuah dalam golongan epos, kerana katanya dalam Hikayat Hang Tuah terdapat ciri epik sebab berdasarkan peri luas alam ceritanya, dan peri sifat kemanusiaannya.Pada asasnya kita bersetuju, bahawa Hang Tuah adalah manusia sejarah. Tetapi kita hanya dapat menilai Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah hasil sastera kerana Hikayat Hang Tuah tidak lain dan tidak bukan adalah sebuah literary writing atau literary creation yang dapat dinilai kerana memberi gambaran masyarakat zamannya.Watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah mestilah kita kaji dari segi perlambangannya. Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah bukanlah Hang Tuah biasa, tetapi Hang Tuah yang melambangkan umat dan bangsa Melayu dan kesanggupan umat Melayu zamannya.

3.4 MEREKOD FAKTA SEJARAHSultan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah.Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati.Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat.Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya. Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya.Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang. Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh. Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah "Tak Melayu hilang di dunia" yang bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini. "Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan dengan terperinci keadaan semasa sewaktu tersebut.

Hikayat Hang Tuah telah disifatkan oleh pengkaji sebagai menggambarkan tiga zaman yang ditempuhi oleh bangsa Melayu iaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya. Terdapat pertelingkahan mengenai sama ada Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan tempoh yang dirangkumi dalam Hikayat Hang Tuah agak lama. Selain itu terdapat pertelingkahan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah. Masalah ini bukannya satu masalah yang besar dan merupakan satu perkara biasa bagi tokoh silam, sama seperti permasalahan tokoh Raja Arthur atau, tokoh Robin Hood dalam legenda Inggris.

3.5 PENERAPAN UNSUR NILAI PATRIOTISME DALAM SEJARAH

Peranan guru tidak hanya menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran untuk dihafal atau diluahkan dalam peperiksaan, tetapi juga bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia di kalangan mereka. Guru tidak harus menjadi penyampai ilmu semata-mata, sebaliknya perlu turut membentuk jiwa dan nilai yang murni.Salah satu kaedah yang sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan murid-murid adalah kembali kepada sejarah. Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para pemimpin pada zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan kita kepada negara. Dengan mengetahui dan memahami sejarah akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tulen, jitu dan luhur kepada negara. Malaysia memerlukan semua rakyatnya berjiwa patriotik yang tulen, rakyat yang sayang, kasih,dan cinta kepada pemimpin serta negara. Dengan berbalik kepada sejarah pembinaan negara dan bangsa, rakyat Malaysia akan lebih mengenali dan memahami asal-usul bangsa.. Murid-murid bukan hanya mempelajari semangat nilai-nilai patriotisme daripada subjek sejarah yang di ajar secara fomal mengggunakan kurikulum sahaja. Kita tidak mahu mereka hanya membaca dan menghafal untuk lulus peperiksaan semata-mata yang akhirnya lupa dengan segera apa yang dihafal. Pembacaan sahaja tidak membuktikan individu tersebut kenal sejarah. Pendidikan secara tidak formal perludijalankansepanjang masa tanpa henti.Antaranya peranan guru untuk memupuk nilai patriotisme dalam diri pelajar ialah guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah. Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Melaka.Semasa lawatan guru boleh menerang dan menceritakan tentang Zaman kegemilangan Melaka semasa Hang Tuah menjadi laksamana Melaka. Guru juga boleh bercerita kepada murid-murid tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara.Selain itu, guru boleh membelikan buku, DVD dan sebagainya yang berkisar perjuangan Hang Tuah dan tokoh pada zaman dahulu serta isu-isu berkaitan patriotisme. Buku dan DVD ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar supaya murid-murid lebih seronok untuk mempelajari tentang Hang Tuah dan tokoh-tokoh sejarah yang telah berjuang mempertahankan tanah air pada zaman dahulu. Perkara ini sesuai dilakukan kepada murid-murid yang masih kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Secara tidak lansung mereka lebih berminat mempelajari sejarah dan nilai patrotisme dalam diri pelajar dapat dibentuk.Guru juga boleh mengajak murid-murid menyertai pelbagai seperti ucapan, pidato, bahas dan sebagainya. Pada bulan kemerdekaan, guru boleh menggalakkan murid menyertai sambutan hari kemerdekaan. Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik, tayangan filem berkaitan semangat patriotik tokoh-tokoh zaman dahulu yang bermati-matian berjuang untuk mempertahankan Negara daripada musuh yang ingin menawan Negara ini. Secara tdak lansung, guru berperanan untuk menyemai semangat patrotisme dalam kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.Media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. Guru boleh menayangkan atau mendengarkan rakaman di radio semasa waktu rehat di kantin atau perpustakaan atau dimana tempat yang menjadi tumpuan murid pada waktu rehat. Sambil mereka berehat, mereka dapat meningkatkan semangat patriotik apabila mereka melihat atau mendengar rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan Negara. Antara bahan yang boleh dipasang untuk tontonan murid-murid ialah filem Hang Tuah atau drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan Negara.Guru boleh mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Murid dapat mendengar sendiri cerita tentang tokoh-tokoh yang mempertahankan tanah air dari jemputan yang hadir.Guru juga boleh membuat pertandingan buku skrap berkaitan tokoh-tokoh semasa aktiviti Kelab dan Persatuan. Dengan cara ini, murid-murid akan berusaha mencari maklumat untuk memenangi pertandingan dan secara tidak lansung murid-murid didedahkan dengan semangat patriotik kerana mereka mengkaji sendiri tokoh-tokoh yang menentang penjahat demi menjaga keamanan tanah air.Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara penting untuk melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah, yang tidak mempersoalkan fakta sejarah negara atau generasi yang menghafal fakta sejarah semata mata untuk lulus peperiksaan peringkat sekolah tetapi gagal menghayati, mengambil pengajaran dan teladan apa yang tersirat daripada peristiwa yang berlaku. Kita perlu melahirkangenerasi yang memahami sejarah tempatan berpaksikan inisiatif untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa, seterusnya dapat memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme generasi muda akan datang. Kita bimbang tanpa pengetahuan sejarah, generasi muda tidak dapat menghayati apatah lagi mendukung semangatgagasan 1Malaysia dan pentingnya perpaduan antara kaum yang hanya dapat dibina berlandaskan keunggulan jati diri yang dipelajari melalui ilmu sejarah.

4.0 REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Illahi saya (Kamaliyah binti Barhanudin) telah berjaya menyiapkan Kerja Kursus untuk Matapelajaran Pentaksiran Dalam Pembelajaran Sejarah yang diberikan oleh Dr. Ahamad bin Rahim. Walaupun agak mencabar, dan terdapat banyak kekeliruan yang bermain di minda saya mengenai kerja kursus yang diberi memandangkan saya adalah guru sekolah menengah, kerana kajian yang perlu dilakukan adalah subjek Sejarah Sekolah Rendah, namun itu tidak menggoyangkan semangat saya untuk berusaha menyiapkan kerja kursus yang diberikan. Dr. Ahamad telah memberi penjelasan yang terperinci bagaimana cara untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Mujurlah tugasan yang diberikan ini secara berkumpulan. Dimana rakan-rakan sekumpulan saya merupakan guru sekolah rendah, jadi lebih mudah untuk mengumpulkan bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Sebaik sahaja saya mendapat tugasan untuk menyiapkan projek ini, saya terus mencari bahan-bahan melalui internet dan juga buku-buku yang berkaitan. Saya juga telah membuat surat kepada guru besar salah sebuah sekolah rendah yang berdekatan tempat tinggal saya untuk meminta kebenaran membuat kajian terhadap pengajaran subjek sejarah di sekolah beliau. Selepas mendapat persetujuan dari guru besar tersebut, saya telah mengadakan beberapa kali pertemuan dengan Puan Amnah binti Saabi iaitu guru Sejarah yang mengajar tahun empat untuk berbincang tentang tugasan yang telah diberikan ini.. Banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi semasa saya membuat perbincangan dengan guru tersebut. Beliau banyak menyumbangkan idea kepada saya sepanjang menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan ini. Saya juga sempat membuat pemerhatian semasa sesi pnp beliau dengan pelajar dari tahun lima bestari yang mempunyai 24 orang murid. Dari pemerhatian saya, seorang guru sejarah yang baik menaruh perhatian setiap percakapan dengan murid atau semasa sesi perbincangan dengan mereka. Dengan cara ini, ia dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran sejarah yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan potensi murid-murid itu sendiri. Walaubagaimanapun, atas permintaan beliau, beliau tidak mahu saya merakamkan video atau sebarang gambar semasa sesi temubual dan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Selepas itu, saya mengumpul semua bahan yang ada kaitan dengan tugasan yang diberikan. Saya melakukan perbincangan dengan rakan sekumpulan saya supaya tugasan yang diberikan dapat dihasilkan bermutu dan tidak menyimpang dari tajuk kajian yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Masalah yang ketara untuk menyiapkan tugasan berkumpulan ini ialah kami tidak dapat berjumpa secara terang-terang iaitu duduk semeja untuk berbincang kerana kami tidak tinggal di satu kawasan yang sama. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah mengsetkan masa untuk membuat perbincangan di dalam talian beberapa kali. Kami sering bertukar-tukar email untuk mengumpulkan bahan-bahan yang telah setiap dari kami perolehi. Dari bahan-bahan yang telah kami kumpulkan, kami dapat bertukar-tukar pendapat dan membuat perbincangan sehingga tugasan kami siap sepenuhnya.Melalui pembacaan saya sepanjang membuat tugasan ini, saya dapat mengetahui tentang pentingnya untuk membuat Jadual Spesifikasi Ujian sebelum soalan itu digubal. Malah saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang Hikayat Hang Tuah iaitu tokoh yang teah saya kaji.Selain itu, peranan guru tidak hanya menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran untuk dihafal atau diluahkan dalam peperiksaan, tetapi juga bertanggungjawab membentuk sahsiah serta akhlak mulia di kalangan mereka. Guru tidak harus menjadi penyampai ilmu semata-mata, sebaliknya perlu turut membentuk jiwa dan nilai yang murni. Dalam menyuburkan nilai-nilai patriotisme dalam diri pelajar, guru boleh menggunakan elemen sejarah sebagai medium. Hakikatnya manusia mudah lupa pada sejarah. Memang benar dari segi fizikalnya kita telah bebas dari penjajahan, namun bangsa Malaysia pada hari ini berhadapan dengan musuh yang menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kita sebenarnya telah berasa selesa dan enak dibuai mimpi. Namun jangan kita lupa kelekaan ini memberi peluang pada musuh negara menyerang secara senyap. Ibarat gunting dalam lipatan. Sebagai guru,kita harus menyedarkan pelajar mengenai keperitan dan perjuangan hidup dalam membebaskan tanahair dari cengkaman penjajah.

Selain itu guru boleh membimbing murid mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat dan harmonis, memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan, membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya dan bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk kemajuan bangsa dan negara.

Sebagai kesimpulannya, Malaysia memerlukan para guru yang memiliki sifat jati diri. Kita perlu sedar sesuatu bangsa itu tidak akan dimartabatkan di mata dunia tanpa memiliki sebuah negara merdeka. Jati diri boleh mempengaruhi perkembangan politik, ekonomi dan sosial. Oleh yang demikian kemajuan dan kemunduran sesebuah negara berkait rapat dengan jati diri. Sekaligus kita sebagai guru memainkan peranan utama dalam usaha membentuk semangat patrotisme di kalangan generasi akan datang.

5.0 BIBLIOGRAFI

1. Kassim Ahmad (ed. pelajar), (1991). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka2. Abdul Hamid (2004). Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional, Selangor: Pelanduk Publications3. Abu Hassan Sham (1975). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Berhad. 4. Abdul Halim Bandan (1994). Panduan Ulangkaji Komprehensif Sastera Karya Agung Hikayat Hang Tuah Untuk STPM. Kuala Lumpur: Jofri Print Sdn. Bhd. 5. Ahmad Sarji bin. Harun Mat Piah et al (2006) Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka6. herrypkn.blogspot.com/2012/08/semangat-kebangsaannasionalisme-dan.html7. www.slideshare.net/muhammadhaqimie3/hikayat-hang-tuah-244263498. www.slideshare.net/Fadzliaton/penilaian-berasaskan-sekolah-pbs9. www.slideshare.net/Didamin/hikayat-hang-tuah10. smsohhtb3.blogspot.com/

6.0 BORANG KOLABORASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : KAMALIYAH BINTI BARHANUDINNO. K/P : 811206-06-5328KUMPULAN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI ( RBT 2 )MATA PELAJARAN : PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH (SJH 3109)NAMA PENSYARAH : DR. AHAMAD BIN RAHIMTARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANT/TANGAN

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANT/TANGAN

7.0 LAMPIRAN

7.1CD PERSEMBAHAN POWER POINT KUMPULAN 4

7.2 HIKAYAT HANG TUAH

Hikayat Laksamana Hang Tuah ini telah melegenda di masyarakat Melayu baik itu di Semenanjung, Kepulauan Riau, maupunRiauDaratan. Banyak simpang siur cerita Hikayat Hang Tuah ini,antara sejarah dan mitos. Pada suatu ketika ada seorang pemuda yang bernama Hang Tuah, anak Hang Mahmud. Mereka bertempat tinggal di Sungai Duyung. Pada saat itu, semua orang di Sungai Duyung mendengar kabar teng Raja Bintan yang baik dan sopan kepada semua rakyatnya.Ketika Hang Mahmud mendengar kabar itu, Hang Mahmud berkata kepada istrinya yang bernama Dang Merdu,Ayo kita pergi ke Bintan, negri yang besar itu, apalagi kita ini orang yang yang miskin. Lebih baik kita pergi ke Bintan agar lebih mudah mencari pekerjaan.Lalu pada malam harinya, Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit. Cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah.Hang Mahmudpun terbangun dan mengangkat anaknya serta menciumnya. Seluruh tubuh Hang Tuah berbau seperti wangi-wangian. Siang harinya, Hang Mahmud pun menceritakan mimpinya kepada istri dan anaknya. Setelah mendengar kata suaminya, Dang Merdu pun langsung memandikan dan melulurkan anaknya.Setelah itu, ia memberikan anaknya itu kain,baju, dan ikat kepala serba putih. Lalu Dang Merdu member makan Hang Tuah nasi kunyit dan telur ayam, ibunya juga memanggil para pemuka agama untuk mendoakan selamatan untuk Hang Tuah. Setelah selesai dipeluknyalah anaknya itu.Lalu kata Hang Mahmud kepada istrinya,Adapun anak kita ini kita jaga baik-baik, jangan diberi main jauh-jauh.Keesokan harinya, seperti biasa Hang Tuah membelah kayu untuk persediaan.

Lalu ada pemberontak yang datang ke tengah pasar, banyak orang yang mati dan luka-luka. Orang-orang pemilik took meninggalkan tokonya dan melarikan diri ke kampong. Gemparlah negri Bintan itu dan terjadi kekacauan dimana-mana. Ada seorang yang sedang melarikan diri berkata kepada Hang Tuah, Hai, Hang Tuah, hendak matikah kau tidak mau masuk ke kampung.?Maka kata Hang Tuah sambil membelah kayu,Negri ini memiliki prajurit dan pegawai yang akan membunuh, ia pun akan mati olehnya.Waktu ia sedang berbicara ibunya melihat bahwa pemberontak itu menuju Hang Tuah samil menghunuskan kerisnya.

Maka ibunya berteriak dari atas toko, katanya,Hai, anakku, cepat lari ke atas toko!Hang Tuah mendengarkan kata ibunya, iapun langsung bangkit berdiri dan memegang kapaknya menunggu amarah pemberontak itu. Pemberontak itu datang ke hadapan Hang Tuah lalu menikamnya bertubi-tubi. Maka Hang Tuah pun Melompat dan mengelak dari tikaman orang itu. Hang Tuah lalu mengayunkan kapaknya ke kepala orang itu, lalu terbelalah kepala orang itu dan mati. Maka kata seorang anak yang menyaksikannya,Dia akan menjadi perwira besar di tanah Melayu ini.Terdengarlah berita itu oleh keempat kawannya, Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir, dan Hang Lekui.

Mereka pun langsung berlari-lari mendapatkan Hang Tuah. Hang Jebat dan Hang Kesturi bertanya kepadanya,Apakah benar engkau membunuh pemberontak dengan kapak? Hang Tuah pun tersenyum dan menjawab,Pemberontak itu tidak pantas dibunuh dengan keris, melainkan dengan kapak untuk kayu.Kemudian karena kejadian itu, baginda raja sangat mensyukuri adanya sang Hang Tuah. Jika ia tidak datang ke istana, pasti ia akan dipanggil oleh Sang Raja. Maka Tumenggung pun berdiskusi dengan pegawai-pegawai lain yang juga iri hati kepada Hang Tuah. Setelah diskusi itu, datanglah mereka ke hadapan Sang Raja.

Maka saat sang Baginda sedang duduk di tahtanya bersama para bawahannya, Tumenggung dan segala pegawai-pegawainya datang berlutut, lalu menyembah Sang Raja, Hormat tuanku, saya mohon ampun dan berkat, ada banyak berita tentang penghianatan yang sampai kepada saya. Berita-berita itu sudah lama saya dengar dari para pegawai-pegawai saya.Setelah Sang Baginda mendengar hal itu, maka Raja pun terkejut lalu bertanya, Hai kalian semua, apa saja yang telah kalian ketahui?Maka seluruh menteri-menteri itu menjawab, Hormat tuanku, pegawai saya yang hina tidak berani datang, tetapi dia yang berkuasa itulah yang melakukan hal ini.Maka Baginda bertitah, Hai Tumenggung, katakana saja, kita akan membalasanya.Maka Tumenggung menjawab, Hormat tuanku, saya mohon ampun dan berkat, untuk datang saja hamba takut, karena yang melakukan hal itu, tuan sangat menyukainya. Baiklah kalau tuan percaya pada perkataan saya, karena jika tidak, alangkah buruknya nama baik hamba, seolah-olah menjelek-jelekkan orang itu.

Setelah Baginda mendengar kata-kata Tumenggung yang sedemikian itu, maka Baginda bertitah, Siapakah orang itu, Sang Hang Tuah kah?Maka Tumenggung menjawab, Siapa lagi yang berani melakukannya selain Hang Tuah itu. Saat pegawai-pegawai hamba memberitahukan hal ini pada hamba, hamba sendiri juga tidak percaya, lalu hamba melihat Sang Tuah sedang berbicara dengan seorang perempuan di istana tuan ini. Perempuan tersebut bernama Dang Setia.

Hamba takut ia melakukan sesuatu pada perempuan itu, maka hamba dengan dikawal datang untuk mengawasi mereka.Setelah Baginda mendengar hal itu, murkalah ia, sampai mukanya berwarna merah padam. Lalu ia bertitah kepada para pegawai yang berhati jahat itu, Pergilah, singkirkanlah si durhaka itu!Maka Hang Tuah pun tidak pernah terdengar lagi di dalam negri itu, tetapi si Tuah tidak mati, karena si Tuah itu perwira besar, apalagi di menjadi wali Allah. Kabarnya sekarang ini Hang Tuah berada di puncak dulu Sungai Perak, di sana ia duduk menjadi raja segala Batak dan orang hutan. Sekarang pun raja ingin bertemu dengan seseorang, lalu ditanyainya orang itu dan ia berkata, Tidakkah tuan ingin mempunyai istri?Lalu jawabnya, Saya tidak ingin mempunyai istri lagi.Demikianlah cerita Hikayat Hang Tuah.

29