assigment hrm proton
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN
TAJUK
M/S
1. PENGENALAN 2
2. KENAL PASTI MASALAH YANG BERLAKU 9
3. PUNCA UTAMA TERJADI MASALAH KRITIKAL 13
4. KESAN YANG BERLAKU KEPADA PEKERJA 16
DAN ORGANISASI.
5. CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH KRITIKAL 19
6. RUJUKAN 22
1

BAB 1
PENGENALAN
2

DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)
Pengurusan Sumber Manusia merupakan suatu aktiviti dalam sesebuah
organisasi sama ada yang berorientasikan perniagaan atau perkhidmatan sama ada ia
kecil atau besar.Tujuan pengurusan sumber manusia ialah memastikan bahawa orang
yang diambil bekerja oleh sesebuah organisasi mereka berupaya menjadi penyumbang
kepada pencapaian matlamat organisasi.
Pengurusan Sumber Manusia (PSM) adalah satu siri aktiviti dan keputusan
yang dibuat oleh semua pengurus untuk membantu para pekerja melaksanakan tugas
di samping mencapai objektif mereka dan objektif organisasi. Ada kepercayaan yang
mengatakan PSM bertujuan mempertingkatkan komitmen pekerja kepada majikan dan
bertujuan mengurangkan peluang wujudnya persatuan pekerja.
KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Sejajar dengan perkembangan skop pengurusan sumber manusia, kepentingan
terhadap bidang ini juga semakin meluas bukan hanya untuk pengambilan pekerja dan
menguruskan rekod-rekod perkhidmatan tetapi pada masa kini kepentingannya
semakin ketara berdasarkan permasalahan yang timbul dalam dunia pekerjaan hari ini
lebih rumit.
Masalah dalam dunia pekerjaan hari ini seperti masalah ketidakhadiran
pekerja, lantik henti yang tinggi, disiplin yang rendah, pertikaian perusahaan dan
kebajikan pekerja memerlukan kepada suatu bentuk pengurusan yang cekap untuk
mengendalikannya. Perubahan persekitaran dan peningkatan pengaruh luaran
terhadap organisasi seperti penggubalan undang-undang dan peraturan serta
perubahan pasaran buruh juga menyebabkan pengurusan sumber manusia semakin
diperlukan.
3

Manakala pasaran buruh juga sentiasa berubah yang mana pada masa kini
tenaga buruh wanita serta buruh asing semakin bertambah. Oleh itu pengurusan
tentang kebajikan para pekerja yang pelbagai ini perlu diberi perhatian oleh
organisasi. Di antara objektif berkenaan ialah :
Berusaha menarik tenaga kerja yang dedikasi dan berkebolehan
supaya usaha mencapai matlamat organisasi dapat dicapai dengan
jayanya.
Pembentukan satu set polisi pengurusan sumber manusia yang jelas
supaya dapat meningkatkan penggunaan sumber manusia secara
optimum.
Mengintegrasikan polisi pengurusan sumber manusia dengan
objektif organisasi supaya ia seiring dengan matlamat utama
organisasi.
Memastikan dan meningkatkan kualiti tenaga kerja melalui latihan-
latihan dan pendidikan.
EMPAT PENDEKATAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Pendekatan Sumber Manusia.
Bidang Pengurusan Sumber Manusia ialah bidang yang melibatkan
pengurusan tenaga manusia. Oleh itu, kepentingan pekerja sebagai individu yang
mempunyai maruah, perasaan dan keinginan tidak boleh diketepikan. Hanya dengan
memberi perhatian kepada kehendak pekerja sesebuah organisasi itu dapat
berkembang dengan sejahtera. Sekiranya aspek kemanusiaan ini diabaikan kesannya
mungkin akan membawa kerugian yang besar kepada organisasi.
4

2.Pendekatan pengurusan.
Pengurusan Sumber Manusia pada hakikatnya adalah tanggungjawab semua
pengurus di dalam organisasi. Peranan jabatan pengurusan sumber manusia adalah
untuk membantu para pengurus dalam melakukan tugas ini. Setiap pengurus
bertanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti pekerja dan menjaga kebajikan
mereka.
3.Pendekatan Sistem
Tugas pengurusan sumber manusia adalah untuk menyumbang kepada
pencapaian organisasi. Ia tidak wujud dan berfungsi bersendirian. Fungsi sumber
manusia ialah satu bahagian daripada sistem yang menyeluruh dan ia bermakna
bahawa setiap fungsi sumber manusia perlu mempunyai dasar-dasar dalaman yang
mantap. Dalam hal ini sekiranya pihak pengurusan berpegang kepada satu sikap,
maka semua dasar, tindak tanduk, serta struktur mestilah menggambarkan pegangan
kepada sikap ini.
4.Pendekatan Tindak Dahulu.
Satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber manusia
adalah dengan mengambil pendekatan tindak dahulu. Pendekatan in berbeza dengan
pendekatan tindak balas yang bertindak hanya selepas sesuatu masalah timbul.
Dengan pendekatan tindak dahulu, pihak pengurusan akan bersedia untuk menghadapi
masalah dan dengan ini, dapat mengurangkan kesan negatif yang mungkin timbul.
5

CONTOH CARTA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA.
Carta di atas menunjukkan kepada kita tentang perjalanan di dalam
pengurusan sumber manusia di sesebuah organisasi besar seperti Proton Edar Sdn
Bhd (PESB). Dengan adanya carta ini ia dapat menjadi panduan kepada pengurusan
syarikat dan pekerja untuk merujuk setiap permasalahan yang berlaku di tempat kerja
mengikut undang-undang dan saluran yang betul.
6

Pengenalan Proton Edar Sdn Bhd (PESB)
Profil Syarikat
USPD adalah sebuah syarikat automobil Malaysia yang pertama dan
di tubuhkan tahun 1985. USPD merupakan pengabungan antara syarikat Proton
Holding dengan DRB Hicom pada tahun yang sama dengan penubuhannya dan
dikenali dengan nama USPD.
Pada tahun 2000 USPD telah menukar nama syarikat kepada Proton Edar Sdn
Bhd ini kerana ia telah menjadi syarikat milik penuh PROTON HOLDING dan
pada awal penubuhan ia telah berpusat di Jalan Ipoh Kuala Lumpur dan merupakan
ibu pejabat utama bagi Proton.
Kini ia mempunyai 30 cawangan di setiap negeri dan terbahagi kepada 6 pusat utama iaitu :-
Central Region 1 = 5 buah cawangan
Central Region 2 = 4 buah cawangan
Northern Region = 7 buah cawangan
Southern Region = 5 buah cawangan
East Cost = 3 buah cawangan
East Malaysia = 6 buah cawangan
Proton Edar Sdn Bhd kini telah membuka ibu pejabat yang baru bertempat di KM
33.8 , Westbound Shah Alam Expressway, 47600 Subang Jaya, Selangor. Ia
merupakan sebuah pusat utama bagi segala urusan yang berkaitan dengan pembuatan
, pengedaran, pembaikkan, pembelian dan sebagainya yang berkaitan dengan kereta
buatan Malaysia seperti Proton Exora, Proton Gen 2, Proton Wira, Proton Savy,
Proton Satria, Proton Iswara, Proton Saga dan Proton Pesona.
7

Proton Edar Sdn Bhd diketuai oleh Datuk Syed Zainal Bin Syed Tahir yang
merupakan pengarah utama bagi syarikat automobil ini. Beliau telah memegang
jawatan ini sejak dari tahun 2008 sehingga sekarang dan telah menyumbangkan
banyak pembaharuan kepada pembangunan Proton .
Proton Edar Sdn Bhd telah mengamalkan kod etika dan peraturan pekerja
di dalam setiap pengurusan syarikat bagi memastikan segala perjalanan syarikat
berjalan denganlancar serta megikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Proton mempunyai visi iaitu ‘Untuk menjadi
pilihan yang pertama dalam segala khidmat dan produk kereta buatan Malaysia’
PESB juga menitikberatkan tentang hal ehwal pekerjanya dengan
menguatkuasakan segala peraturan dan displin untuk memastikan segala perjalanan
syarikat dan pengeluaran berfungsi dengan baik. Kerana itu fungsi PSM amat penting
bagi perlaksanaan sesuatu perkara yang berkaitan dengan syarikat dan pekerja agar
kerjasama dapat dilaksanakan.
8

BAB 2
KENAL PASTI MASALAH KRITIKAL YANG BERLAKU DI
DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAGI SESEBUAH
ORGANISASI.
9

Didalam Pengurusan Sumber Manusia sesebuah organisasi besar seperti
PESB , ia juga menghadapi beberapa masalah dalaman yang berkaitan dengan
pekerja di syarikat. PESB juga telah menyenaraikan beberapa kesalahan atau salah
laku sama ada ia kecil atau besar di dalam kod etika syarikatnya. Sebagai contoh
kesalahan yang telah disenaraikan di dalam kod etika PESB iaitu :-
Senarai Kesalahan Atau Salah Laku Kecil Tetapi Ianya Tidak Terhad
i. Kelewatan atau ketidaktepatan waktu kerja
ii. Kerosakan harta benda syarikat walaupun kecil kerana cuai.
iii. Melanggar peraturan keselamatan yang tidak menyebabkan kerosakan kepada
harta syarikat atau penderitaan manusia.
iv. Meninggalkan tempat kerja sekejap sahaja tanpa sebarang sebab atau
kebenaran dari pihak syarikat.
v. Kegagalan untuk memakai pakaian seragam yang disediakan oleh syarikat
semasa bekerja.
Senarai Kesalahan Besar Atau Salah Laku Besar
i. Penyertaan dalam mogok yang menyalahi undang-undang buruh atau
bersubahat ,menghasut atau bertindak untuk mencapai maksud itu.
ii. Dengan sengaja melengah-lengahkan kerja atau berpura-pura sakit untuk
mengelak diri daripada bertugas atau menghasut mana-mana pihak berbuat
demikian.
iii. Kecurian ,penipuan atau kecurangan yang berkaitan dengan perniagaan atau
harta yang diamanahkan kepada syarikat.
iv. Mengambil atau memberikan rasuah,sogokan atau menerima hadiah yang
10

berbentuk wang tunai atau barang-barang dari saudara-mara atau rakan-rakan.
v. Memalsukan atau memusnahkan rekod syarikat
vi. Merusuh,berkelakuan tidak senonoh atau sumbang,berjudi,peras ugut atau
melakukan gangguan seksual di dalam perkarangan pejabat.
vii. Disabitkan atau didapati bersalah terhadap sebarang kesalahan jenayah yang
boleh didaftarkan oleh Mahkamah Majistret,Mahkamah Seksyen atau
Mahkamah Tinggi.
viii. Memandu kenderaan syarikat tanpa kebenaran atau menggunakannya bagi
tujuan lain.
ix. Mengubah harta syarikat tanpa kebenaran daripada syarikat atau pegawai yang
bertauliah.
Terdapat beberapa isu atau masalah kritikal yang dihadapi oleh PSM bagi
sesebuah organisasi seperti PESB sehingga menjejaskan produktiviti syarikat dengan
seriusnya. Diantara permasalahan yang berlaku adalah seperti berikut:-
I. Ketidakhadiran ke tempat kerja
- Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih
dahulu atau tanpa sebarang sebab yang munasabah boleh menyebabkan
seseorang pekerja dikenakan tindakan tatatertib.
II. Penyalahgunaan Dadah
- Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa
dadah berbahaya kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh pegawai
perubatan atau doktor yang bertauliah.
III. Di penjarakan
11

- Seseorang pekerja yang dipenjarakan tidak kira berapa lama tempoh
berada di penjara diatas sebarang kesalahan yang berkaitan dengan
jenayah boleh dibuang kerja oleh pihak syarikat.
Segala kesalahan yang disenaraikan di atas dapat dilihat boleh menjejaskan
prestasi dan produktiviti PESB sebagai sebuah syarikat otomobil koporat di Malaysia.
Ini adalah kerana kesalahan seperti ketidakhadiran ke tempat kerja ,penyalahgunaan
dadah dan dipenjarakan merupakan masalah salah laku yang paling berat.
Sebagai contoh, jika pekerja PESB sering tidak hadirkan diri ke tempat kerja
ia akan menjejaskan segala proses pemasaran dan penjualan diperingkat pusat jualan.
Ini akan mendatangkan kerugian kepada pihak PESB sendiri amnya kerana setiap
pembelian mempunyai tarikh penghantaran yang telah ditetapkan. Para pelanggan
juga akan merasai seperti ditipu kerana kenderaan yang dibeli tidak sampai
tepat pada waktunya walaupun pinjaman sudah lama diluluskan oleh pihak
perbankan.
Begitu juga dengan masalah penyalahgunaan kuasa di kalangan pegawai,
kerana dengan pengaruh ekonomi pegawai-pegawai yang diberi kepercayaan untuk
memantau, memilih dan memastikan tahap kualiti sesuatu standard menjadi korup dan
akibatnya terjadilah kes-kes dimana pelangan akan menerima kenderaan mereka
dibawah paras piawaian sebenar. Apabila ini berlaku maka syarikat akan menanggung
pelbagai masalah seperti :-
1. Peningkatan kos untuk tujuan baik pulih.
2. Mendapat pandangan negatif dan akibatnya PROTON akan kehilangan
pelanggan.
12

3. Penurunan pengeluaran kerana segala urusan terhenti akibat dari
siasatan dalaman bagi memastikan tiada penyelewengan dari syarikat
pembekal.
Masalah penyalahgunaan dadah juga mengancam kestabilan dan merencatkan
proses kerja sehingga mereka mengabaikan keselamatan diri sendiri dan pekerja lain.
Ini adalah kerana di PESB terdapat banyak proses-proses yang rumit dan ia
memerlukan perhatian yang lebih dari pekerja ketika melakukan kerja penghantaran
dan penyerahan kenderaan kepada pelangan..
Manakala bagi permasaalan sebegini akan menjejaskan prestasi PESB sebagai
syarikat koporat yang berpengaruh di seluruh rantau Malaysia. Ia juga akan
memberikan satu gambaran yang negatif kepada PESB sebagai sebuah syarikat
automobil gergasi di Malaysia khususnya.
Pihak majikan seharusnya memandang serius kes yang disebutkan diatas
dengan mengambil pendekatan yang berlainan seperti memeriksa rekod kesihatan,
memeriksa rekod bekerja dan mereka yang memberikan masalah ini biasanya
mempunyai rekod yang buruk. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kepuasan
bekerja adalah berkait rapat dengan kehadiran pekerja,ini bermakna majikan mestilah
cuba mengekalkan suasana bekerja yang positif kepada pekerja.
Oleh itu pihak majikan perlu prihatin dengan suasana persekitaran di tempat
kerja agar segala masalah ini dapat dikekang dengan lebih awal dan sistematik.
Supaya semua pihak yang terlibat berpuashati dengan setiap perkara yang berlaku di
tempat kerja amnya.
13

BAB 3
PUNCA UTAMA YANG MENJADI PENYEBAB BERLAKUNYA
MASALAH KRITIKAL TERSEBUT.
14

Punca utama yang menjadi penyebab berlakunya masalah kritikal adalah
kerana sikap pekerja itu sendiri yang kurang mengambil berat dengan setiap pekerjaan
yang dilakukan tanpa memikirkan risiko atau kesan akibat perbuatan mereka kepada
syarikat. Malah tidak mustahil juga pihak majikan atau syarikat menjadi punca utama
berlakunya permasalahan ini kerana ketidakpuasan hati pekerja itu sendiri diatas
tindakan yang dilakukan oleh pihak majikan atau syarikat.
Apabila masalah ini timbul, prestasi pekerja dan syarikat akan turut terjejas
kerana pihak syarikat perlu meyelesaikan permasalahan dalaman yang berlaku
sebelum memulakan perniagaan. Manakala pekerja pula perlu memberikan peluang
kepada majikan atau syarikat untuk mengetahui permasalahan yang berlaku di
syarikat.
Pihak majikan atau syarikat tidak sepatutnya hanya memikirkan keuntungan
semata-mata sehingga kebajikan pekerja terabai dan pekerja akan berasa tertekan
apabila pihak majikan memaksa pekerja bekerja lebih masa untuk mencapai sasaran
pengeluaran syarikat sehingga gaji pekerja tidak dinaikkan atau bayaran kerja lebih
masa agak rendah dari sepatutnya.
Apabila penindasan ini berlaku di tempat kerja, pekerja pasti akan membantah
dengan setiap tindakan majikan maka terjadilah perkara salah laku seperti mogok
kerana pekerja tidak berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh majikan kepada
mereka. Bagi mengelakkan berlakunya perkara seperti itu, pihak majikan perlu lebih
prihatin dengan setiap kehendak atau keperluan pekerja mereka kerana pekerja adalah
15

aset syarikat dan bukan hamba abdi syarikat.
Pekerja juga perlu prihatin dengan setiap tugas yang diberikan agar kerja dapat
dilakukan dengan sempurna dan ia akan membuatkan pihak majikan berpuashati
terhadap prestasi kerja pekerja mereka. Apabila suasana ini dapat diwujudkan maka,
segala permasalahan yang berlaku dapat dikurang ke tahap yang minima. Oleh itu
dapat dilihat bahawa punca utama segala permasalahan ini adalah datangnya dari
kedua-dua belah pihak iaitu pihak majikan dan pihak pekerja.
PSM sebagai nadi utama kepada syarikat dan ia juga merupakan orang tengah
antara pekerja dan majikan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di
syarikat secara amnya.Dengan wujudnya PSM pada sesebuah organisasi besar seperti
PESB segala permasalahan dapat ditangani dengan sebaik mungkin.Maka prestasi
PESB tidak akan terjejas apabila terdapatnya kerjasama antara majikan dan pekerja
di dalam syarikat dengan bantuan dari PSM itu sendiri.
Wujudnya kod etika perniagaan yang diguna pakai oleh PESB, ia menjadi
panduan dikalangan pekerja dan juga majikan itu sendiri tentang peraturan yang telah
dipersetujui bersama.PSM juga memainkan peranan yang penting di dalam kod etika
perniagaan tersebut jika terdapat sebarang pindaan atau perubahan yang dipersetujui
oleh pihak syarikat dan pekerja.
16

BAB 4
KESAN-KESAN YANG BERLAKUDARI MASALAH KRITIKAL
TERSEBUT TERHADAP ORGANISASI ATAU PEKERJA
17

Displin atau tatatertib pekerja merujuk kepada kepatuhan pekerja pada dasar-
dasar, peraturan dan prosedur organisasi bagi tujuan menjaga ketenteraman di tempat
kerja agar piawaian dan objektif syarikat dapat dicapai. Tujuan utama sistem displin
adalah untuk memastikan tingkah laku para pekerja tidak bercanggah dengan
matlamat syarikat. Tindakan ini merupakan hukuman yang majikan kenakan terhadap
pekerja dengan sebab prestasi tidak memuaskan atau tidak mencapai piawaian yang
dikehendaki kerana terbabit dengan salah laku.
1. Kesan kepada organisasi PESB
Prestasi syarikat akan merosot kerana syarikat menghadapi
masalah dengan displin para pekerja yang teruk.
Pelanggan akan hilang keyakinan terhadap syarikat apabila setiap
penghantaran atau hasil pengeluaran sering mengalami
penangguhan yang lama.
Hasil pengeluaran syarikat juga akan berkurangan dan syarikat
berkemungkinan mengalami kerugian jika permasalahan ini tidak
dibendung.
Keyakinan para pelabur juga akan berkurangan berikutan PESB
mengalami permasalahan dalaman.
2. Kesan kepada pekerja
Majikan atau pihak syarikat akan hilang keyakinan terhadap
pekerja yang sering melakukan salah laku.18

Prestasi pekerja itu sendiri akan menurun dan ini akan
menyebabkan produktivi tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Pekerja akan sukar mendapat pekerjaan yang lain di tempat lain
jika masih berterusan bersikap demikian.
Pekerja tidak dapat menunjukkan prestasi yang bagus jika tidak
mengambil berat tentang pekerjaan dan tingkah laku.
Oleh itu majikan harus menyediakan prosedur yang berketepatan dengan
kemahuan pekerja dan syarikat agar dapat menangani masalah displin dengan cara
yang adil dan berkesan. Bagi memastikan prosedur displin dikuti dengan sempurna, ia
haruslah diterangkan kepada pekerja tentang peraturan syarikat sebelum mereka
memulakan pekerjaan atau sebagai contoh semasa proses temuduga dijalankan.
Pelbagai prinsip dan garis panduan tentang displin perlu dititikberatkan di dalam
pentadbiran sesebuah organisasi besar seperti PESB.
19

BAB 5
CADANGAN PENYELESAIAN YANG SESUAI BAGI
MENGATASI MASALAH INI
20

Cadangan penyelesaian bagi mengatasi masalah kritikal.
Pemilihan pekerja oleh PSM perlu lebih teliti dan terbuka lebih-lebih lagi
pemilihan kretiria yang dipelukan untuk menjalankan tanggungjawab selaku
pegawai yang bakal membawa hala tuju sesebuah jabatan dalam PESB.
PESB perlu lebih bertolak ansur dengan setiap kehendak
atau tuntutan pekerja agar ia tidak menjejaskan ekonomi syarikat.
Pekerja perlu ada kesedaran dalam diri untuk menjalankan kerja dengan lebih
tekun dan sistematik.
Pekerja perlu lebih prihatin dengan keadaan persekitaran di tempat kerja
dengan sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
majikan.
Sebagai majikan yang prihatin dan bertanggungjawab adalah perlu PESB
memberikan imbuhan atau saguhati kepada pekerja yang cemerlang dalam
pekerjaan.
Menyediakan segala kemudahan pasarana seperti surau, kantin dan sebagainya
untuk kemudahan para pekerja tanpa perlu keluar dari kawasan kilang atau
tempat kerja.
PESB haruslah menetapkan peraturan yang jelas dan mesti diterangkan
kepada para pekerja tentang peraturan syarikat dan pemantauan berterusan
21

perlu dilakukan dari masa ke semasa.
Pihak majikan perlu menyiasat dengan lebih terperinci dan teliti jika ada
pekerja yang melanggar peraturan syarikat sebelum sebarang tindakan displin
di ambil ke atas pekerja tersebut.
Pertambahan jumlah pekerja dalam sesebuah organisasi moden juga
mempengaruhi pertumbuhan dan kepentingan sumber manusia. Ramai majikan harus
sedar tentang kepentingan fungsi pengurusan sumber manusia kepada organisasi
bukan sahaja dapat meringankan tugas pengurus dari menyimpan rekod dan menolong
mereka menggunakan kakitangan dengan sebaik mungkin dan menjaga kepentingan
pekerja.
Dalam perkembangan dunia pekerjaan ini,pekerja menjadi semakin berani
menyuarakan pendapat dan menuntut hak-hak mereka. Ini terutama berlaku dalam
arus perubahan yang mendadak dalam kepesatan perindustrian menyebabkan para
majikan harus memberikan lebih tumpuan terhadap keinginan pekerja sekiranya
mereka mahu memastikan objektif organisasi tercapai.
Kesimpulan yang dapat dihuraikan disini adalah betapa pentingnya pihak
majikan dan pekerja bekerjasama bagi memastikan segala objektif yang ingin dicapai
menuju ke matlamat yang di inginkan di dalam sesebuah organisasi seperti PESB itu
sendiri. Dengan ini segala permasalahan yang berlaku pasti dapat diselesaikan dengan
sebaik mungkin.
22

BAB 6
RUJUKAN
23

BAHAN RUJUKAN
a. http://www.pesb.org
b. http://www.khazanah.com.my
c. http://www.similarbase.com/definisi.html
d. http://www.proton.com.my
e. Nota-nota dari Penyarah.
24