kh assigment

Download KH Assigment

Post on 08-Jan-2016

263 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu matapelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sesebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawanan yang pesat pada masa ini. Oleh itu, usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini, tumpuan diberi kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsur-unsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubahsuai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Melalui mata pelajaran ini juga sikap positif dalam kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu, KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERBEZAAN ANTARA KURIKULUM KHSR (KBSR) DAN RBT (KSSR)

PERSAMAAN ANTARA KURIKULUM KHSR (KBSR) DAN RBT (KSSR)

1.0 BANDING BEZA ANTARA KURIKULUM KHSR (KBSR) DAN RBT (KSSR)

Reformasi pendidikan membawa maksud sistem pendidikan yang sedia ada dengan tujuan menjadikannya lebih mantap dan sempurna. Reformasi pendidikan ini melibatkan perubahan dasar, matlamat dan sistem pendidikan termasuk kurikulumnya. Menurut teori kurikulum budaya dan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang maka kurikulum perlu diubah agar dapat merentasi masa dan sesuai dengan konteks sosial, politik dan ekonomi semasa. Kurikulum perlu sentiasa diperhalusi atau diperbaharui untuk membolehkan apa jua ilmu pengetahuan dapat diajar kepada kanak-kanak sebagai latihan pembinaan disiplin dan keupayaan menaakul.Perubahan terkini terhadap kurikulum KHSR bermula pada tahun 2011, apabila bermulanya sukatan pelajaran baru iaitu KSSR. Menurut sukatan baru ini matapelajaran kemahiran hidup sekolah rendah (KHSR) telah pun berubah kepada reka bentuk dan teknologi (RBT). Sukatan pelajaran KHSR yang baru telah menambaik beberapa topik atau fokus yang berkaitan seperti ketukangan, keusahawanan serta pengurusan diri dan keluarga. Inovasi terhadap kurikulum KHSR dilakukan dengan memperkenalkan aktiviti amali yang berunsurkan teknologi.Inovasi terhadap kurikulum matapelajaran ini dilakukan dengan tumpuan utamanya adalah kepada penguasaan kemahiran dalam bidang Reka Bentuk Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. KHSR telah diterapkan atau dimasukkan dengan satu matapelajaran yang dapat memberi kemahiran kepada murid-murid iaitu RBT. Selain itu, ia membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasakan kepada idea-idea yang kreatif. Kurikulum KHSR turut diperbaharui dengan memasukan pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi membentuk minda kreatif dan inovatif. Perbandingan kandungan sukatan pelajaran dapat dibuat berdasarkan matlamat, objektif, penekanan dan kaedah pembelajaran dan pengajaran, perubahan tajuk serta kajian masa depan. Jadual berikut akan menjelaskan perbandingan antara matapelajaran KHSR dan RBT.

1.1 JADUAL PERBANDINGAN PERBEZAAN

MATLAMAT

KBSRKSSR

-Bertujuan membolehkan murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi keusahawanan dan aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga dan mereka cipta. -Bertujuan membolehkan murid memperoleh pengetahuan, menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk dan mengamalkan asas keusahawanan serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF

KBSRKSSR

1.Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek 2.Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk 3.Membuka dan memasang produk untuk mengenal pasti fungsi komponen 4.Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam 5.Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul6.Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari 7.Menghasilkan projek elektrik 8.Menyenggaraan alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya 9. Menghasilkan tanaman hiasan 10.Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual 11.Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan 12.Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik 13.Mengira harga jualan dan untung 14.Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.1.Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.2.Menguasai proses mereka bentuk untuk menghasilkan produk.3.Mengetahui teknologi dalam bidang teknikal, teknologi pertanian dan sains rumahtangga.4.Berkemahiran memilih bahan, alatan, mesin dan perisian serta menggunakannya dengan teknik yang betul dan beretika.5.Melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan perkakasan.6.Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk berkualiti 7.Menggunakan TMK dan mengaplikasi asas keusahawanan.8.Berkemahiran menjana idea untuk menyelesaikan masalah.

PENEKANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KHSRRBT

Membuat lakaran bentuk bentuk asas Mereka bentuk dan penghasilan projek Mengenalpasti dan membezakan litar elektrik Menyenggara dan membaik pulih alatan Menghasilkan tumbuhan hiasan Mengusaha perniagaan barang Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Menyampaikan pengetahuan secara bersepadu dengan aktiviti yang hendak dijalankan kepada murid.

Membuat lakaran projek Mereka bentuk dan menghasilkan projek Membuat penyambungan litar elektrik dan elektronik Mengaplikasi kaedah penanaman Menghasilkan artikel Menyediakan sajian Menyelenggara peralatan Mempraktikkan budaya keusahawanan Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran terkini yang hendak dikuasai.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KHSRRBT

Kaedah-kaedah digunakan ikut kesesuaian keadaan. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakan pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah-kaedah digunakan mengikut kesesuaian aktiviti pembelajaran. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakan pembelajaran yang lebih interaktif

Tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjauan dan lawatan Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pembelajaran, kemudahan prasarana, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid.

PERUBAHAN TAJUK PEMBELAJARAN

KAJIAN MASA DEPAN

KHSRRBT

Unsur penting harus diserapkan untuk merangsang daya intelek dan keupayaan murid dalam menghasilkan produk yang bermanfaat dan memberi sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan. Sebagai salah satu unsur penting untuk merangsang daya intelek murid bagi menghasilkan produk yang bermanfaat terhadap perkembangan individu. Sebagai contoh, semasa proses mereka bentuk murid mengkaji keadaan sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya dapat menghasilkan produk. Selain itu murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk baharu mereka pada masa hadapan.

PERSAMAAN

KHSRRBT

PERUNTUKAN MASADua waktu seminggu dan dijalankan secara waktu berkembar (60 minit).

MATA PELAJARANMata pelajaran RBT dan TMK merupakan dua mata pelajaran baharu yang masing masing mengantikan mata pelajaran Kemahiran hidup sekolah rendah (KHRS) dan program ICT Literacy (ICTL) for Primary Schools.

TAHAPTahap II Tahun 4, 5 dan 6

2.0 PENGURUSAN BENGKEL

Pengurusan bengkel yang sistematik amat diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup supaya dapat melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Keadaan ini menyebabkan beban guru Kemahiran Hidup Bersepadu bertambah. Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna. Dengan pengurusan yang baik dapat mewujudkan keadaan yang harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru dan pelajar. Pentadbiran yang baik juga dapat menghasilkan satu organisasi kerja yang mudah dijalankan serta terkawal. Ia juga dapat mengemaskini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal bengkel bagi tujuan penyenggaraan dan penyelenggaraan.Satu organisasi pengurusan yang baik amat diperlukan untuk menyeleras dan melaksanakan urusan-urusan mengikut bidang kuasa tertentu begi menjamin kelancaran proses P&P yang merangkumi teori dan amali ini berjalan dengan sistematik, selamat dan memberangsangkan. Panel pengurusan dan pentadbiran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah diagihkan kepada 3 organisasi iaitu:-

2.1 REKA BENTUK BENGKEL Pengurusan PelajarPanitia Sturuktur Organisasi

Bengkel yang menarik dan tersusun dapat membantu murid dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua peralatan mencukupi dan suasana dalam bengkel adalah kondusif. Setiap sekolah mempunyai reka bentuk bengkel yang berbeza mengikut kreativiti guru panitia kemahiran hidup di sekolah masing-masing. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan bengkel itu sendiri. Guru yang berjaya menguruskan bengkel kemahiran hidup dengan berkesan dapat memastikan objektif pengajaran tercapai. Namun beberapa ciri yang perlu ada dalam menguruskan reka bentuk bengkel kemahiran hidup ini supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bengkel. Antara ciri yang perlu diambil kira adalah seperti berikut:-

PELAN LANTAI BENGKEL Pelan lantai proses Pelan lantai produk Pelan lantai gabungan

KEMUDAHAN PENGAJARAN Dilengkapi dengan ruang tunjuk cara dan pengajaran.

BUNYI Digalakkan menggunakan bengkel kalis bunyi bagi mengelakkan kebisingan. Tahap kebisingan bengkel yang dibenarkan ialah tidak lebih dari 150 dB. Namun, kebisingan 90 dB semala 8 jam boleh mengakibatkan hilang pendengaran.

WARNA Penggunaan warna yang sesuai di lantai bagi mengurangkan silauan. Menggunakan warna yang cerah supaya bengkel tidak kelihatan suram dan gelap.

Penambahan sumber cahaya dalaman, lampu dibuka ketika pengajaran dan kerja amali dijalankan. Buka tingkap bagi menjimatkan kos.PENCAHAYAAN

Mesin ditempatkan berhampiran dengan sumber bekalan. Sistem saliran air di singki yang baik dan sempurna. Pengudaraan yang baik supaya bengkel tidak mengumpul haba dan mendapat udara asli.KEBERSIHAN

Ciri-ciri tersebut dapat membantu guru dalam menguruskan bengkel kemahiran. Untuk menghasilkan bengkel yang menarik guru panitia boleh meminta bantuan daripada guru lain dan boleh melantik murid sebagai ketua bengkel untuk menceriakan bengkel kemahiran hidup sekolah. Contoh gambar bengkel di bawah mempunyai susun atur yang baik dan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan.

SUSUN ATUR PERABOT YANG RAPI DAN LALUAN YANG SELAMAT DAN SELESA

PENGGUNAAN WARNA YANG CERAH DAN CERIA MEMBANTU PENCAHAYAAN

2.2 ORGANISASI2.2.1. STRTUKTUR ORGANISASI GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN

KETUA PANITIA

GURU KEMAHIRAN HIDUP

RAJAH 1 STRUKTUR ORGANISASI ADALAH SEPERTI DALAM RAJAH 1

2.3 PERANAN PANITIAPanitia Kemahiran Hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran KH. Ketua penitia bertanggungjawab mengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di antara tanggungjawab ketua panitia adalah menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester, membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan dan membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan. Di samping itu, ketua panitia juga bertanggungjawab untuk mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keslamatan bengkel kepada guru-guru KH. Selain itu, ketua panita juga perlu menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini, menjalankan mensyuarat panitia serta menguruskan sesi perkembangan staf. Pada masa yang sama ketua panitia juga harus menyediakan peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar serta memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat. Panitia juga bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar menurut strktur organisasi bengkel.

2.3 CARTA ORGANISASI BENGKEL

Ketua Kebersihan

Ketua Projek

FormenKetuaPenolong Formen

Ketua Alatan

Ketua Keselamatan

Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan, bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik. Struktur organisasi bengkel diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas. Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.2.4 TUGAS PELAJAR

Para pelajar akan dilantik untuk memegang beberapa jawatan penting di dalam bengkel. Antara jawatan yang dipegang oleh pelajar ialah ketua formen, penolong formen, ketua kebersihan, ketua alatan, ketua projek dan ketua keselamatan. Deskripsi tugas bagi setiap jawatan adalah seperti berikut:-

i. KETUA FORMEN DAN PENOLONG

Ketua formen bertindak sebagai ketua kelas dan tanggungjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup. Ketua formen juga harus memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Dia juga harus melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang dan sebagainya. Manakala, penolong formen akan mengambil ahli tanggungjawab ketua formen semasa dia tidak hadir atau terlibat dengan urusan lain.

ii. KETUA KEBERSIHAN

Ketua kebersihan bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya empat atau lima orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuang sampah dari tong sampah dan sebagainya. Dia juga perlu memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir dari masa ke semasa serta harus melaporkan kepada ketua formen berkenaan kerja-kerja pemberihan yang dibuat.

iii. KETUA ALATAN

Ketua Alatan bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya mengagihkan alatan kepada pelajar-pelajar, memungut semula alatan dan meletakkannya pada arak panel alatan dan melaporkan kepada ketua formen jika terdapat alatan yang rosak, patah ataupun hilang dan sebagainya.

iv. KETUA PROJEK

Ketua Projek bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi mengedarkan bahan projek kepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan. Dia juga perlu memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula ke dalam rak projek atau almari atau tempat penyimpanan projek belum siap serta harus melaporkan kepada ketua formen jika terdapat projek yang rosak, pecah ataupun yang hilang.

v. KETUA KESELAMATAN

Ketua Keselamatan bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya bagi memastikan bengkel dalam keadaan selamat. Dia juga bertanggungjawab untuk memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup, plag kuasa dimatikan dan ditanggalkan dari soket. Dia juga harus melaporkan kepada ketua formen jika terdapat tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik. Ketua keselamatan juga harus memastikan pili air ditutup ketat.

3.0 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila berada dalam bengkel. Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri, alat dan perkakas boleh mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan harta benda malah kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, semua orang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja. Sesuatu kemalangan boleh berpunca dari keadaan tempat kerja yang tidak sesuai dan tidak selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat amatlah penting untuk mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan. 3.1 PERATURAN KESELAMATAN

Setiap bengkel mesti mempunyai peraturan keselamatan sebagai panduan dan peringatan kepada pekerja. Kegagalan mematuhi peraturan keselamatan boleh mengakibatkan kehilangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Biasanya peraturan keselamatan telah menyatakan perkara yang dilarang dilakukan dalam bengkel terutamanya yang melibatkan penggunaan elektrik. Tujuan utama mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti di bengkel adalah untuk mengelakkan kemalangan dan menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid. Ia juga akan membantu guru dalam memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya semasa menjalankan kerja praktis. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, peraturan keselamatan am, peraturan keselamatan diri dan peraturan keselamatan alatan dan bahan.

i. PERATURAN KESELAMATAN AM

Mendapatkan kebenaran guru : keluar & masuk bengkel. Buka semua tingkap dan pintu semasa P&P KH berjalan. Melabelkan semua alatan dan bahan. Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan. Membersihkan meja dan bengkel setelah selesai aktiviti. Memastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan baik.

ii. PERATURAN KESELAMATAN DIRI

Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa. Memakai apron, kasut, baju berlengan pendek dan mengikat rambut. Menggunakan alat perlindungan diri seperti gogal, sarung tangan, mask dan penutup telinga jika perlu. Jangan bermain atau bergurau senda semasa berada di bengkel. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan. Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas aktiviti di bengkel. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

iii. PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DALAM BENGKEL:

Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul. Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan. Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat. Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.

3.2 ALATAN KESELAMATAN

3.3 TATACARA PAKAIAN KESELAMATAN

CONTOH PAKAIAN YANG SESUAI

Terdapat beberapa tatacara pemakaian ketika berada dalam bengkel KH. Antaranya adalah murid-murid harus berbaju lengan pendek atau pun murid yang bajunya berlengan panjang dikehendaki melipat lengannya supaya tidak ganggu. Murid-murid juga harus menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju. Murid-murid juga wajib memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan seperti jatuh akibat tergelincir dan sebagainya. Murid-murid juga perlu memakai alat pelindung seperti gogal dan apron dalam kerja-kerja tertentu. Pelajar perempuan yang berambut panjang harus mengikatnya dengan kemas. Setiap pelajar perlu mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel.

3.4 ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam pelbagai jenis dan bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca kebakaran. Anda perlu mengetahui cara menggunakan setiap jenis alat pemadam api jika berlaku kebakaran.

JENIS PEMADAM API, KEGUNAAN DAN CARA PENGGUNAANNYA. Jadual di atas menunujukkan jenis pemadam api dan kegunaanya. Pertamanya adalah jenis pemadam api Kelas A iaitu jenis air biasanya digunakan untuk memadam kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kayu, kain dan kertas. Jenis kedua adalah pemadam api Kelas B dan ianya adalah Jenis Buih. Jenis ini digunakan untuk memadam kebakaran yang melibatkan bahan cecair dan gas mudah terbakar seperti minyak, cat, varnish, gas asli dan gas asetilena. Seterusnya adalah jenis pemadam api Kelas C yang merupakan jenis Jenis Karbon Dioksida dan jenis ini pula digunakan untuk memadam kebakaran yang berpunca dari arus elektrik seperti papan transformer, peralatan kuasa elktrik, gas dan wap. Terakhir adalah jenis pemadam api Kelas D yang merupakan Jenis Serbuk Kering. Jenis ini pula digunakan untuk memadam kebakaran yang melibatakan bahan logam dan bukan logam seperti kalium, magnesium, natrium, titanium dan kebakaran yang boleh dipadamkan oleh pemadam api kelas A, B dan C. Seseorang guru KH harus mengetahui jenis dan cara untuk menggunakan semua jenis alat pemadam api supaya dapat diguna pada masa kecemasan. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan alat pemadam api. Pertama sekali kita harus mengeluarkan pin picu dan harus halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api. Seterusnya harus tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

3.5 PERTOLONGAN CEMAS

Definisi pertolongan cemas adalah rawatan pertama diberi kepada pesakit atau mangsa kemalangan. Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau pesakit mendapat ratawatan dari doktor. Matlamat utama pertolongan cemas adalah untuk menyelamat nyawa murid atau seseorang bagi mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk dan bagi mengurangkan kesakitan serta sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

3.5.1 JENIS-JENIS LUKA A) LUKA-LUKA KECIL

Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatannya adalah membersihkan tangan dengan sabun. Tidak boleh sentuh luka dengan tangan kotor.Seterusnya, perlu cuci luka dari tempat luka kearah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. Seterusnya, harus keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. Akhirnya lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. Harus menggunakan pembalut untuk memegang plaster.

B) LUKA KECIL YANG ADA BENDA ASING.Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah rawatannya adalah seperti membersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. Keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril. Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek. Menututup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.

PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas sangat penting ketika memberi pertolongan kepada mangsa. Setiap orang perlu mengetahui nama peralatan dan ubatan yang terdapat dalam perti pertolongan cemas. Ubatan yang disimpan di dalam peti ini hendaklah dilebelkan nama, jenis serta kegunaannya. Peti tersebut tidak harus dikunci dan hendaklah diperiksa dari masa ke semasa. Bagi memastikan kandungannya cukup serta dalam keadaan yang sempurna.

3.6 PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN

Rekod kemalangan mengandungi maklumat kecederaan atau kemalangan yang berlaku di bengkel Kemahiran Hidup. Rekod kemalangan dapat membantu guru untuk mempertingkatkan pengurusan bengkel untuk memastikan kemalangan yang sama tidak berulang pada masa akan datang serta menjadi sumber rujukan kepada pihak tertentu jika memerlukan siasatan lanjut sebagai bukti untuk menentukan sama ada langkah-langkah pencengahan kemalangan yang diamalkan berkesan mahupun tidak.

3.7 PROSEDUR TINDAKAN KEMALANGANBerikut adalah langkah-langkah keselamtan yang boleh dilakukan semasa bekerja untuk mengelak kemalangan berlaku :-a) Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja yang tajam semasa ia sedang beroperasi.b) Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna.c) Matikan suiz kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan.d) Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci.e) Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin.f) Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban melampau yang boleh mengakibatkan kebakaran.g) Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.

4.0 PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah pengurusan bengkel di sekolah. Sumber-sumber kewangan perlu dicatat dan setiap perolehan atau belian juga perlu di kemaskini bagi memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami sebarang keraguan. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam pengurusan kewangan adalah seperti berikut :-

4.1 PUNCA KEWANGAN

Pihak pengurusan sekolah boleh mendapatkan sumber kewangan daripada tiga sumber utama seperti rajah di atas iaitu daripada kerajaan, ibu bapa atau murid dan orang awam. Kerajaan

Yuran pengajian yang dibayar oleh setiap murid.

Bantuan atau peruntukan yang diberikan yang diberikan oleh kerajaan seperti peruntukan mata pelajaran, Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa daripada Bank/Yayasan, Yuran Peperiksaan dan lain-lain.Ibu bapa/Pelajar

Wang yang diterima daripada orang awam termasuklah derma serta pungutan yang dibenarkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk menambah tabungan sekolah.Orang Awam

Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. Ia juga perlu menjadi panduan guru untuk merancang perbelanjaan dan pengiraan kos yang meliputi perancangan kemudahan pembelajaran jangka pendek dan jangka panjang.

4.2 PENGURUSAN PEROLEHAN

Satu proses untuk memperolehi input-input diperlukan oleh organisasi dengan cekap dan menguntungkan hasil output yang berkualiti bagi memenuhi keperluaan pelanggan. Input-input ini terdiri daripada:-a) Bekalanb) Perkhidmatanc) KerjaKonsep pengurusan perolehan pula meliputi :-a) Berasaskan 6Bb) Kualiti yang betul c) Kuantiti yang betul d) Masa yang betule) Pembekal yang betulf) Tempat yang betul g) Harga yang betul

Setelah memahami konsep peroleh dengan jelas, seorang pengurus harus mengetahui kaedah peroleh bagi memastikan bahan yang diinginkan mudah diperoleh. Antara kaedahnya ialah:-

AMAUN PEROLEHANTINDAKAN

Kurang RM 100.00Gunakan panjar wang runcit (Petty Cash)

Kurang RM 10,000.00 setahunPembelian runcit melalui pembekal tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Melebihi RM 10,000.00 dan kurang dari RM 20,000.00 setahunPembelian runcit daripada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Pembelian bernilai RM 20,000.00 hingga Rm 50,000.00 setahunMempelawa sebut harga sekurang-kurangnya daripada 5 pembekal berdaftar

Pembelian melebihi RM 50,000.00 setahunTender terbuka

KESIMPULAN

Bengkel yang cemerlang haruslah mempunyai pengurusan dan organisasi yang baik dan sistematik untuk mencapai matlamat tertentu. Bengkel Kemahiran Hidup di sekolah adalah satu institusi kecil dalam kawasan sekolah yang memerlukan pengurusan yang berkesan. Sebagai guru yang menjalankan kerja-kerja amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mempunyai pengetahuan tentang pengurusan dan penyelenggaraan di bengkel Kemahiran Hidup. Aspek kerjasama atau kolaboratif amatlah penting dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup bagi memastikan pengurusan dapat dilaksanakan bagi mewujudkan bengkel Kemahiran Hidup yang kondusif dan selesa. Sikap tolong-menolong antara guru Kemahiran Hidup semasa mengendalikan pengurusan bengkel secara kolaboratif mampu merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan daya intelek (JERIS).

REFLEKSI

Saya bernama Dharshinah a/p Kannappan telah menjalankan Tugasan Projek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3173E) pada jangka masa pendek. Tugasan projek ini adalah tugasan individu. Tajuk tugasan ini adalah berkaitan dengan tajuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan Reka Bentuk Teknologi. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah memperolehi banyak faedah yang berguna untuk diri saya sebagai bakal guru dan juga dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.Kerja projek ini dikategorikan kepada beberapa tugasan kecil. Kerja kursus ini harus dijalankan secara individu sepenuhnya. Sebagai tugasan pertama saya dikehendaki menghuraikan sistem kurikulum dan perancangan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di Malaysia. Seterusnya, saya juga harus menjelaskan tentang skop organisasi dan pengurusan bengkel dari aspek pengurusan bengkel, pengurusan keselamatan dan pengurusan kewangan. Tugasan ini harus diselesaikan dengan merujuk membaca dan membuat ringkasan daripada pelbagai sumber maklumat.Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapati bahawa saya mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan utama saya semasa membuat tugasan ini adalah pensyarah saya iaitu, Puan Siti Khamariah binti Rizuwan yang amat membimbing saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Beliau telah memberi penerangan yang lebih terperinci dan penerangannya amat membantu saya. Beliau juga menggalakkan saya untuk mencari dan merancang awal maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja projek saya. Kaedah ini amat membantu saya untuk berfikir secara mendalam dan keratif serta dapat memantapkan lagi idea-idea saya. Kekuatan diri saya yang lain ialah kefahaman yang jelas tentang tajuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan Reka Bentuk Teknologi supaya dapat diaplikasikan dalam tugasan projek ini dengan betul. Saya dapat membanding dan menghuraikan sistem kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan Reka Bentuk Teknologi. Di samping itu, saya juga dapat menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk merancang, membina dan mereka bentuk Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR). Saya juga dapat menjelaskan skop organisai dan pengurusan bengkel selepas menganalisis maklumat yang telah diperoleh daripada pelbagai sumber. Selain daripada itu, saya juga dapat mengaplikasikan pengurusan keselamatan bengkel. Saya juga dapat menghuraikan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan. Setelah siap membuat tugasan ini, saya mendapati bahawa kerja kursus ini sangat bermakna kepada diri saya kerana selepas ini saya sebagai guru generasi baru akan meneruskan kesinambungan guru-guru yang terdahulu. Rentetan itu, saya perlu bertindak secara kreatif untuk mempelbagaikan aktiviti Pengajaran dan pembelajaran dalam semua matapelajaran khususnya dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Akhir sekali, saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masa. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Aatok. (Sabtu Mei, 2013). Nota Kemahiran Hidup. Retrieved from http://nota-sekolah.blogspot.com/2013/05/bab-1-organisasi-bengkel-dan.htmlKemahiran Hidup Bersepadu. (n.d.). Retrieved from http://salmiahjaba.com/kemahiran-hidup-bersepadu/Keselamatan di dalam bengkel. (Jumaat Julai, 2012). Retrieved from http://mayrbt3119.blogspot.com/2012/07/keselamatan-di-dalam-bengkel-makmal.htmlModel OUM HBL1103. (n.d.).Norliayana. (Khamis Jun, 2012). Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan . Retrieved from http://norliayanazamat.blogspot.com/2012/06/nota-teras-khb.htmlOrganisasi Bengkel dan Keselamatan. (Sabtu Oktober, 2009). Retrieved from http://khmegahria.blogspot.com/2009/10/nota-tingkatan-1-bab-1-organisasi.html