assigment psikologi

Click here to load reader

Post on 03-Jul-2015

1.810 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA)

(MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI: PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER: JANUARI (PERTAMA) / TAHUN: JANUARI 2011

KOD KURSUS: HBEF2103

TAJUK KURSUS: PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

840528126122001 840528126122 0166397787 [email protected] SHAH ALAM LEARNING CENTRE

PEGENALAN Salah satu cabaran guru yang amat besar sekali ialah pengurusan disiplin dan bilik darjah. Guru sentiasanya dihantui oleh soalan-soalan berkonflik seperti Adakah saya ataupun murid-murid saya memerlukan peraturan untuk mengawal disiplin? atauAdakah saya perlu menyediakan senarai konsekuen terhadap salah laku yang berlaku dalam bilik darjah ini? Sesetengah pentadbir dan guru berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah dan disiplin adalah sinonim. Golongan ini sentiasa mentakrifkan pengurusan bilik darjah sebagai kebolehan guru untuk (i) mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik semasa pengajaran dan pembelajaran, dan (ii) mengurangkan tingkah aku disruptif/mengganggu. Manakala, mereka yang cenderung kepada pendekatan pemusatan murid pula dilihat pengurusan bilik darjah sebagai satu persediaan murid-murid untuk kehidupan apabila mereka dewasa nanti. Kian lama disiplin dan pengurusan bilik darjah menjadi tajuk perbincangan hangat dalam kalangan para pendidik dan orang ramai. Perkara yang biasa menjadi isu ialah betapa serius masalah-masalah disiplin di sekolah hari ini. Apakah sekolah-sekolah masa kini jauh berbeza berbanding dengan sekolah-sekolah 10 atau 20 tahun yang lalu? Apakah kesan tingkah laku bermasalah ke atas pembelajaran murid-murid dan pengajaran guru dalam bilik darjah? Bab ini akan menghuraikan beberapa aspek berkaitan dengan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah bilik darjah termasuk konsep, jenis-jenis masalah disiplin tingkah laku bermasalah bilik darjah dan punca-punca tingkah laku bermasalah bilik darjah serta penyelesaian masalah-masalah pembelajaran tersebut.

2

BAHAGIAN 1: SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN Ramai guru yang melantangkan suara mereka untuk menyuruh murid-murid diam apabila masing-masing sibuk berbual ketika beliau sedang mengajar dan ketika keadaan kelas mula sukar dikawal. Murid-murid di dalam sesebuah kelas umumnya mempunyai pelbagai perbezaan latar belakang dan sikap yang tersendiri sama ada positif atau negatif. Perbezaan tersebut kadang kala membawa kepada masalah disiplin dan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara tingkah laku bermasalah yang menyebabkan masalah disiplin dan masalah pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: a) Tingkah laku distruktif Ciri-ciri murid distruktif secara lisan ialah member arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri murid yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh serta merosakkan harta benda sekolah. b) Tingkah laku disruptif tingkah laku murid disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal. c) d) Tidak minat belajar murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang Tingkah laku masalah bergantung murid tidak dapat berdikari sebaliknya amat lemah dan sering tidak membawa buku. bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Mereka juga cepat berputus asa membuat aktiviti di dalam dan luar kelas mahupun di rumah. Sering mengadu kepada guru dan menjerit ketika diganggu oleh rakan dan. e) Degil dan tidak menghiraukan arahan serta teguran guru sikap degil dan tidak menghiraukan arahan guru. Kalangan murid seperti ini kerap kali dilihat dalam bilik darjah. Mereka tidak takut dengan ketegasan guru. Sering melawan teguran guru dan memberi banyak alasan. 3

BAHAGIAN 2: HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN.

Tingkah Laku BermasalahMenurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku distruktif, tingkah laku disruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya yang mana akhirnya akan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Walau bagaimanapun, tingkah laku bermasalah yang merangkumi tingkah laku disruktif (anti sosial), distruptif (mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

4

Tidak Minat BelajarAntara cabaran utama yang dihadapi oleh Cikgu Aishah ketika mengajar Kelas 4 Melati ialah terdapat di kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang lemah dan sering tidak membawa buku. Dalam hal ini, Omardin Ashaari (1999) menyatakan bahawa biasanya murid yang lemah dalam pelajaran mempunyai hubung kait dengan soal minat, sikap, kaedah mengajar, kesihatan dan kelembapan pemikiran serta kesukaran murid mengikuti pengajaran guru. Justeru, guru hendaklah mengenalpasti murid yang mempunyai masalah tersebut dan bijak merancang serta mengambil kaedah dan strategi yang sesuai agar dalam masa yang sama tidak menjejaskan pembelajaran murid-murid yang sudah cekap dalam pelajaran. Di samping itu, guru juga seharusnya sentiasa memberi galakan dan rangsangan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada murid yang lemah sebagai motivasi agar mereka sedar dan berusaha meningkatkan tahap pembelajaran mereka. Jika tahap pembelajaran murid masih di tahap yang sangat lemah dan tidak mampu diatasi dengan melalui kaedah pemulihan yang dijalankan di dalam kelas, guru boleh mengadakan kelas pemulihan untuk memberi perhatian khusus kepada murid yang bermasalah tersebut agar mereka tidak keciciran sebaliknya mereka mampu mengikuti pembelajaran mengikut keupayaan mereka.

Tingkah Laku DistruktifMenurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat berbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah. Sikap agresif mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata. Pelaku juga 5

mungkin bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa tingkah laku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau fizikal yang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Dipercayai semua bahasa badan yang ditunjukkan oleh murid untuk kesemua tingkah laku yang distruktif dan agresif ini menunjukkan kemarahan, keberangan, kekecewaan, kehinaan atau sebagainya yang menyebabkan kelakuan distruktif . Ciri-ciri murid yang distruktif secara lisan ialah memberi arahan secara kasar kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri murid yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah, menggigit, merampas, melempar dan bergaduh. Contohnya di dalam Kelas 4 Uranus, Ammar Ehsan dan Abbas menunjukkan tingkah laku bermasalah disruktif apabila mereka saling bersaing dan bergaduh semata-mata untuk menarik perhatian guru. Tiwi Kamidin (2004) berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering berlaku dikalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku distruktif dikalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi. Sekiranya ia berlaku, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul bukan sahaja di dalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin berpunca daripada konflik keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran, keganasan yang dilihat daripada televisyen, bergaul dengan murid yang nakal yang bertujuan ingin mendapatkan perhatian.

6

Tingkah Laku DisruptifMenurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan atau fizikal. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakan perlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar. Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah lakudisruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada tingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Jenisjenis tingkah laku disruptif antaranya termas