assigment bangunan prasek

Upload: aleeya-izzaty

Post on 15-Jul-2015

109 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BANGUNAN

BANGUNANKami telah memilih untuk menggunakan sebuah rumah di Taman Desa Baiduri, Gerik. Rumah itu adalah kepunyaaan salah seorang rakan kongsi kami. Rumah ini adalah rumah teres setingkat, lot tepi yang mempunyai 3 bilik. Keluasannya tanah adalah 20 x 70 dan keluasan binaan adalah 20 x 45. Namun begitu, sedikit ubahsuai dan penambahan ruang telah dilakukan oleh tuan punya rumah membolehkan kami membuka dua buah kelas prasekolah dengan murid seramai 20 orang bagi satu kelas. Prasekolah kami ini mempunyai dua pintu utama iaitu pintu hadapan dan pintu belakang. Pintu hadapan adalah pintu masuk utama manakala pintu belakang hanya digunakan untuk keluar membuang sampah dan sebagai pintu kecemasan . Salah satu sebab kami memilih lokasi di sini adalah kerana lori sampah mengangkut sampah di bahagian belakang bangunan, tidak seperti sesetengah kawasan yang menyediakan tempat membuang sampah di hadapan bangunan. Kami berpendapat adalah lebih efektif terhadap kebersihan dan kekemasan apabila sampah di kumpulkan di belakang prasekolah, berbanding dikumpulkan di hadapan prasekolah. Kelas prasekolah ini mempunyai 3 bilik dan 3 ruang. Ruang pertama dan kedua akan dijadikan ruang belajar dimana proses pengajaran dan pembelajaran secara rasminya dilaksanakan di ruangan ini. Ruangan ketiga pula adalah ruang dapur yang akan digunakan oleh Pembantu Pengurusan murid menyediakan bahan masakan dan terdapat meja Jepun tempat murid-murid makan. Proses memasak akan di lakukan di luar bangunan bahagian belakang prasekolah yang disambung bahagian bumbungnya. Ini adalah untuk mengelakkan bau masakan masuk ke dalam bangunan. Oleh kerana tempat makan yang terhad dan hanya dapat menampung 20 murid untuk sekali makan, murid akan makan dalam dua giliran. Bilik Utama yang paling besar akan digunakan sebagai kelas belajar muzik dan seni untuk Tunjang Fizikal dan Estetika . Bilik ini akan dilengkapkan dengan sebuah key board atau piano kecil dan sebuah almari. Almari itu akan digunakan untuk

menyimpan peralatan muzik seperti alat genderang dan peralatan melukis seperti pelbagai jenis warna, berus warna, kertas lukisandan sebagainya. Ruangan ini tidak banyak perabut bagi memudahkan murid membuat aktiviti pergerakan dalam nyanyian dan muzik. Di bilik ini juga disediakan sebuah katil bagi menempatkan murid yang sakit. Selain itu, di ruangan ini juga diletakkan rak alat permainan untuk kanak-kanak bermain semasa rehat. Bilik kedua yang terletak di tengah dan bersaiz lebih kecil akan dijadikan sebagai pejabat. prasekolah Di dalam bilik ini akan diletakkan sebuah meja kerja dan kerusinya, dua buah kerusi untuk ibu bapa atau tetamu yang akan berjumpa dengan guru dan kabinet yang akan digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis fail yang berkaitan dengan prasekolah kami dan segala maklumat peribadi murid. Ini tidak termasuk Fail kerja murid. Fail kerja murid akan disimpan di ruang belajar utama. Di dalam bilik ini juga diletakkan meja mesyuarat. Mesyuarat AJK prasekolah dan mesyuarat AJK Permuafakatan prasekolah akan diadakan di bilik ini. Bilik ketiga pula akan kami jadikan stor iaitu tempat menyimpan bahan-bahan bantu mengajar dan akan disusun dengan kemas mengikut matapelajaran di dalam di dalam laci almari yang dilabelkan kandungannya agar proses mencari bahan lebih mudah dan menjimatkan masa. Bahan-bahan untuk aktiviti Fizikal seperti gelung rotan, pelbagai jenis bola, skital dan sebagainya akan disimpan di dalam bekas khas agar mudah diambil apabila diperlukan. Selain daripada itu, dibahagian dalam prasekolah ini pula terdapat 3 buah pintu keluar masuk ke bilik dan satu pintu bilik air dan dan dua pintu tandas untuk murid lelaki dan perempuan. Untuk mengelakkan masalah murid terlepas daripada pengawasan guru dan pembantu, pintu-pintu tersebut akan sentiasa ditutup. Sikap murid-murid kecil yang gemar bermain akan membawa mereka ke dalam bilik-bilik yang ada dan mungkin ada yang akan terkunci di dalam bilik-bilik tersebut. Prasekolah Permata Hati kami ini ,mempunyai jumlah tingkap yang sesuai untuk pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi. Di ruang ke dua lampu akan sentiasa

dinyalakan supaya ruang mendapat cahaya yang mencukupi kerana sekelilingnya tiada tingkap. Tingkap-tingkap ini adalah dari jenis naco dan tingkap kaca gelongsor berbingkai aluminium. Tingkap-tingkap ini juga dipasang jeriji besi untuk menjaga keselamatan dalam bangunan prasekolah. Jeriji besi di tingkap akan dipastikan mudah dibuka sebagai persediaan jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Contoh tingkap dan jeriji serta grill gate yang menjadi pilihan.

Begitu juga dengan pintu depan dan pintu belakang yang mempunyai grill gate. Grill gate yang sentiasa dikunci akan menjamin keselamatan murid-murid. Walaupun grill gate dikunci, pintu kayu akan sentiasa terbuka supaya udara boleh keluar masuk melaluinya. Ini adalah untuk menjamin pengudaraan dan pencahayaan yang baik di dalam prasekolah kami. Corak dan warna langsir yang menarik juga akan dipasang pada tingkap dan pintu prasekolah kami nanti.

Contoh corak langsir yang menjadi idaman kami. Warna cerah menjadi pilihan agar ruang kelihatan lebih luas. Untuk keselamatan murid-murid bangunan Prasekolah Permata Hati ini mempunyai pagar besi yang kukuh yang ditaman di atas dinding batu bata yang dibina setinggi dua meter. Pintu pagar juga adalah besar dan kukuh. Pintu pagar akan sentiasa ditutup dan dikunci untuk memastikan keselamatan murid terutama apabila menjalani aktiviti luar.

Pintu pagar akan sentiasa tertutup tetapi dipasang loceng untuk kemudahan. Semua longkang yang terdapat di kawasan prasekolah ini akan ditutup bagi mengelakkan murid terjatuh ke dalamnya. Beberapa alatan permainan akan diletakkan dibahagian lapang disebelah prasekolah. Alatan adalah seperti papan gelongsor, terowong dan alat untuk aktiviti memanjat. Kami tidak meletakkan buaian untuk mengelakkan kemalangan terlanggar buaian yang sedang diayun. Untuk menjadikan laman tersebut lebih menarik kami akan menanam atau meletakkan pokok-pokok hijau rendang yang selamat seperti tidak berduri, tidak beracun dan tidak mempunyai miang atau getah yang gatal. Sebuah kolam kecil akan dibina di bahagian hujung pagar dan direka lanskap yang menarik di sudut tersebut. Selain untuk aktiviti bermain air, kolam itu juga dapat digunakan untuk aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tema mingguan. kolam mini ini akan dibumbungi dengan bumbung berbentuk cendawan gergasi yang cantik. Sekeliling kolam ini juga akan dibina pagar agar murid tidak akan ke sini sesuka

hati mereka dan untuk mengelakkan kemalangan. Di sekeliling kolam ini akan dihiasi dengan batu-batu sungai dan pokok-pokok renek yang hijau . Air terjun juga akan dibina dan airnya akan mengalir ke dalam kolam. Kami harap kolam ini akan dapat memberikan suasana segar dan nyaman.

A

B

Corak dan warna pada cendawan A akan menghiasi rupabentuk cendawan B sebagai bumbung mini kolam Prasekolah Permata hati kami nanti. Semua punca elektrik akan dipastikan tidak mudah dicapai oleh murid-murid. Untuk mengelakkan kemalangan, lubang-lubang plag akan ditutup dengan penutup khas. Segala peralatan dapur dan peralatan tajam yang lain juga akan disimpan di dalam laci atau almari agar tidak mudah ditemui oleh murid-murid. Begitu juga dengan peralatan berat dan peralatan yang diperbuat daripada kaca, akan disimpan dengan rapi untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan terhadap kanak-kanak. Di bawah ini adalah spesifikasi bangunan Prasekolah Permata Hati . Kemasan Bangunan Dinding Spesifikasi Diperbuat daripada batu bata yang diperbuat daripada tanah liat yang tidak mudah terbakar.

Dinding luar dan dalam akan dicat dengan kombinasi warna yang cantik dan menarik, berbeza daripada dinding rumah kediaman.

Tiang Bumbung Siling Tingkap

Cat kedua-dua bahagian dinding adalah dari jenis yang tahan kulat dan diluluskan oleh SIRIM.

Diperbuat daripada jenis kayu yang bermutu tinggi. Asbestos free ceiling boards Tingkap kaca gelongsor berbingkai aluminium dan tingkap naco.

Pintu

Semua tingkap dipasang jeriji besi yang mudah dibuka oleh orang dewasa untuk aspek keselamatan.

Pintu masuk utama terdiri daripada pintu kayu dua daun pintu yang diperbuat daripada kayu bermutu tinggi.

Slinding door diperbuat daripada kaca bermutu tinggi untuk memudahkan kakitangan Prasekolah melihat keluar dan memastikan keadaan selamat semasa menerima kehadiran tetamu/ibu bapa kanak-kanak.

Slinding door akan dibuka sesekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk proses gantiudara yang lebih baik.

Lantai

Pintu-pintu bilik terdiri daripada pintu kayu yang bermutu. Pintu bilik air terdiri daripada pintu jenis PVC. Kesemua bahagian lantai menggunakan jubin seramik mengikut kesesuaian. Tekstur yang lebih kasar dipasang di dapur dan di bilik air agar tidak licin.

Bumbung Kunci

Bumbung diperbuat daripada tiles on tanalised wood Diperakui dan diluluskan oleh SIRIM.

Contoh pintu PVC

Contoh Pintu kayu sebagai pintu utama.

Contoh lantai seramik di ruang dapur.

Contoh lantai seramik di ruang belajar dan di dalam bilik.

Alat pemadam api akan di letakkan di ruang dapur dan ruang belajar.Ini adalah persediaan jika berlaku kebakaran. Begitu juga dengan peralatan pertolongan cemas atau peti kecemasan. Dua peti kecemasan akan disediakan iaitu di dapur dan di ruang rehat. Ini adalah untuk kemudahan kakitangan Prasekolah Permata Hati bertindakapabila berlaku kecederaan. Telefon juga akan disediakan untuk kemudahan para penjaga atau sesiapa yang berkenaan menghubungi pihak prasekolah. Begitu juga untuk sebaliknya. Kakitangan Prasekolah akan memastikan lantai prasekolah sentiasa kering dan bersih. Ini adalah untuk keselesaan dan keselamatan murid-murid. Saiz meja dan kerusi untuk murid-murid juga bersesuaian dengan mereka. Begitu juga dengan bentuk dan ketinggian perabut tersebut. Kesemua perabut tersebut mestilah mempunyai permukaan yang mudah dibersihkan dan terdiri daripada warna-warna yang menarik. Sebuah meja hanya akan diduduki oleh empat orang murid sahaja agar murid lebih selesa belajar terutama ketika aktiviti menulis.

Contoh meja dan kerusi belajar untuk murid-murid Prasekolah Permata Hati.

Meja makan ini akan diubahsuai menjadi meja Jepun kerana murid akan duduk di bawah semasa makan. Pelbagai warna meja akan disambung-sambung agar suasana semasa makan sentiasa ceria.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Prasekolah Permata Hati idaman kami ini hanya beroperasi berdasarkan kemudahan dan keluasan kawasan yang sesuai untuk jumlah murid tertentu sahaja. Prasekolah kami lebih menitik beratkan keselesaan murid dan kemampuan kami untuk memberi proses pengajaran dan pembelajaran yang sangat bermakna untuk muridmurid kami nanti. Agar operasi prasekolah ini dapat berjalan dengan lancar, kami juga akan menerima permohonan daripada penjaga yang mampu membayar yuran sepertimana yang telah kami tetapkan. Berikut adalah syarat-syarat kemasukan untuk mendaftarkan kanak-kanak di prasekolah ini. Terbuka kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 5 hingga 6 tahun pada 1 Januari setiap tahun. Kanak-kanak yang sihat fizikal dan mental. Maksima 40 orang murid bagi satu sessi persekolahan. Pendaftaran RM50.00 Mampu menjelaskan yuran bulanan sebanyak RM200.00. Warganegara Malaysia Warganegara asing dipertimbangkan.

Prasekolah Permata hati ini menetapkan peraturan untuk memakai pakaian seragam yang ditetapkan iaitu sepasang uniform dan sepasang pakaian sukan. Uniform untuk lelaki adalah kemeja lengan pendek dan berseluar slack panjang manakala untuk perempuan pula adalah blouse lengan hingga siku dan berseluar panjang slack. Pakaian sukan adalah baju T berlogo Prasekolah Permata hati dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan track bottom. Pakaian sukan ini akan dipakai dua kali seminggu untuk aktiviti perkembangan Fizikal dan Kesihatan. Pakaian seragam Prasekolah Permata Hati yang lengkap dengan kasut kanvas berwarna hitam akan menjadi pakaian khas untuk tiga hari lainnya.

Pakaian sukan yang akan kami tetapkan untuk murid-murid Prasekolah Permata Hati.

Cadangan uniform prasekolah Permata Hati

A

B

A adalah seluar slack untuk murid lelaki dan B adalah seluar slack untuk murid perempuan. Selain daripada peraturan mengenai pakaian dan yuran, kami juga menetapkan peraturan-peraturan semasa di dalam kelas. Peraturan ini diwujudkan untuk melatih murid-murid menjadi individu yang berdisplin, gemarkan kekemasan dan kebersihan dan mudah menerima dan mematuhi peraturan-peraturan yang terpaksa diikuti semasa di tempat atau situasi lain di luar waktu persekolahan nanti. Murid murid akan kerap diberitahu sebab-sebab peraturan perlu dipatuhi dan kesan jika peraturan tidak dipatuhi agar mereka dapat memahaminya di lain masa dan tempat nanti. Berikut adalah peraturan-peraturan yang akan ditetapkan di Prasekolah ini. Berbaris di luar kelas, berzikir munajat, menyanyikan lagu Negaraku dan negeri Perak , membaca doa diwaktu pagi, doa kepada kedua ibu bapa dan doa belajar sebelum masuk ke dalam kelas. Menyusun kasut di rak kasut yang disediakan semasa hendak masuk ke kelas. Diam dan memberi perhatian semasa guru mengajar dan memberi respon apabila perlu sahaja. Mengangkat tangan apabila hendak bercakap. Di larang menjerit atau memekek. Meminta izin guru atau Pembantu Pengurusan Murid jika hendak ke tandas.

Berbaris dan tidak berebut apabila hendak ke meja makan dan makan dengan tertib.

Membaca doa sebelum dan selepas makan. Meletakkan pinggan dan cawan yang telah digunakan ke dalam bekas yang telah disediakan.

Membantu mengemas meja makan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

Mengemas meja dan kawasan meja masing-masing apabila diarahkan oleh guru sebelum pulang.

Berbaris, membaca doa keluar kelas dan doa menaiki kenderaan dan bersalam dengan guru dan Pembantu pengurusan murid apabila hendak pulang.

Murid-murid yang melanggar peraturan akan dikenakan denda yang akan ditentukan oleh murid-murid sendiri semasa mesyuarat kelas. Oleh sebab kami bertiga sememangnya layak dan berpengalaman mengajar

murid-murid prasekolah jadi tenaga pengajar adalah terdiri daripada kami sendiri. Kami akan membahagikan masa mengajar mengikut subjek-subjek tertentu termasuklah subjek Agama Islam. Oleh kerana kami bertiga jadi kami hanya memerlukan seorang Pembantu pengurusan murid khasnya untuk memasak , menghidang makanan dan mencuci pinggan mangkuk sahaja manakala kerja- kerja lain akan kami uruskan bersama-sama. Pembantu pengurusan murid mestilah seorang yang pernah mengikuti kursus mengenai pendidikan kanak-kanak peringkat prasekolah. .

KEWANGAN

BELANJAWAN MENUBUHKAN PRASEKOLAH PERMATA HATI

MODAL BIL 1. 2 3 SUMBER KEWANGAN Simpanan Persendirian Sumbangan Kerajaan Pinjaman Bank Jumlah keseluruhan JUMLAH(RM) 150,000.00 10,000.00 200,000.00 360,000,00

SENARAI YURAN INDIVIDU BULAN JANUARI BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 * PERKARA Pendaftaran Buku latihan Lembaran kerja Aktiviti Konvokesyen Pakaian seragam Pakaian sukan Alat tulis Etika Takaful komputer/internet Yuran bulanan KESELURUHAN JUMLAH (RM) 50.00 10.00 10.00 20.00 10.00 50.00 50.00 10.00 10.00 10.00 200.00 430.00

ANGGARAN BAYARAN DITERIMA DALAM BULAN JANUARI RM 430 X 40 ORANG MURID = RM 17,200.00

PENDAPATAN KASAR BULANAN RM 200 X 40 ORANG MURID = RM 8000.00 ASET TETAP (Wang Modal) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 PERKARA Tanah dan bangunan Kerusi murid Meja murid Set meja guru Rak fail dan buku kabinet Rak permainan Almari White Board Set meja mesyuarat Peti sejuk Raga Besar Tong gas Rak pinggan mangkuk Set bekas makanan dan minuman 16 17 Meja makan(Jepun) Set peralatan permainan luar prasekolah KESELURUHAN 212,880.00 4 1 70 x 4 = 280.00 3000 x 1 = 3000.00 UNIT 1 40 10 3 2 2 1 4 2 1 1 1 2 1 1 JUMLAH(RM) 200,000.00 20 x 40 = 800.00 80 x 10 = 800.00 220 x 3 = 660.00 150 x 2 = 300.00 300 x 2 = 600.00 260 x 1 = 260.00 320 x 4 = 1280.00 270 x 2 = 540.00 700 x 1 = 700.00 2500 x 1 = 2500.00 350 x 1 = 350.00 80 x 2 = 160.00 100 x 1 = 100.00 550 x 1 = 550.00

PENTADBIRAN (Wang daripada pendapatan kasar bulanan) BIL 1 2 3 PERKARA Gaji guru (3 orang x 1500) JUMLAH(RM) 4500.00 800.00 600.00 5900.00

Gaji Pembantu Pengurusan Murid (1 orang x 800) Utiliti KESELURUHAN

PEMASARAN (Wang Modal) BIL 1 2 AKTIVITI PROMOSI Banner Brosur (500 keping x RM 0.50) KESELURUHAN JUMLAH (RM) 200.00 250.00 450.00

PRA-OPERASI (Wang Modal) BIL 1 2 PERKARA Pendaftaran Pengubahsuaian KESELURUHAN JUMLAH(RM) 50.00 30,000.00 30,050.00

OPERASI (Wang daripada pendapatan Kasar bulanan) BIL 1 PERKARA Bahan makanan kering dan basah (I kepala x RM 1.80 x 40 x min 20 hari belajar) 1440.00 JUMLAH(RM)

OPERASI (Wang Modal) BIL - Carta poket - Buku Besar BAHAN PENGAJARAN (2 unit x RM 50.00) (2 unit x RM 50.00) JUMLAH(RM) 100.00 100.00 80.00 50.00 45.00 24.00 2000.00 100.00 250.00 150.00 1500.00

- Buku cerita kanak-kanak (2 dozen x RM 40.00) - Buku kecil bergambar (1 dozen x RM 50.00)

- Buku Puisi kanak-kanak (1 dozen x RM 45.00) - Buku lagu kanak-kanak - komputer - cd,dvd - Pencetak - Blok-blok - alat (Pusat Kognitif) - alat (Pusat Pendidikan Islam) -alat (Pusat kreativiti dan estetika) ( 1 set x RM 400) (1 set x RM 1500) (4 unit x RM 6.00) (4 unit x RM 500.00) (2 unit x RM 50.00) (1 unit x RM 250.00) (1 set x RM 150.00) (1 set x RM 1500.00)

1500.00

400.00

KESELURUHAN

6299.00

RUMUSAN BELANJAWAN

Anggaran kasar belanjawan daripada wang modal : RM 250,000.00 PENDAPATAN KASAR Bulan Januari NILAI (RM) 17,200.00 Pentadbiran Makanan Bayaran pelbagai 230.00 5900.00 1440.00 TOLAK (RM) UNTUNG KASAR (RM) 17,200.00 7570.00 = 9630.00

Jumlah Lain-lain bulan (Purata setiap bulan hari persekolahan) 8000.00 Pentadbiran Makanan Jumlah

7570.00 5900.00 1440.00 7340.00 8000.00 7340.00 = 660.00

Keuntungan operasi setahun dianggarkan 9630 + (660 x 11 bulan belajar) berjumlah RM 16890.00. Berdasarkan jumlah tersebut, wang modal untuk menubuhkan prasekolah Permata Hati ini dianggarkan boleh diperolehi semula dalam tempoh lima belas tahun.

PERALATAN DAN SUMBER

PERALATAN DAN SUMBER Peralatan adalah perkara yang sangat penting dalam sesebuah prasekolah. Peralatan memainkan peranan yang sangat penting untuk memudahkan guru dan murid dalam menjayakan sesuatu sessi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu peralatan yang digunakan untuk memasak juga haruslah bersesuai dengan kuantiti makanan yang yang hendak dimasak. Begitu juga dengan peralatan untuk minuman murid semasa makan dan sepanjang berada di prasekolah tersebut. Untuk prasekolah Permata Hati ini, kebanyakkan peralatan memasak disumbangkan oleh kami sendiri. Untuk menjimatkan perbelanjaan, kami menggunakan peralatan peribadi kami untuk digunakan semasa menyediakan makanan. Begitu juga untuk lain-lain peralatan seperti keyboard, buku-buku cerita, almari dan meja yang masih elok tetapi tidak lagi kami perlukan akan kami sumbangkan kepada prasekolah kami ini. Sebagai bekas guru prasekolah, kami juga mempunyai bahan-bahan peribadi yang boleh dijadikan alat bantu mengajar yang juga boleh kami gunakan semasa mengajar di kelas prasekolah kami nanti. Contohnya berbagai jenis boneka yang dibuat sendiri, big book, set buku-buku dan vcd, alat-alat permainan kepunyaan anak-anak semasa mereka kecil dan sebagainya. Untuk perabut yang dibeli, kami akan pastikan saiz perabut untuk kegunaan kanak-kanak adalah bersesuaian dengan mereka. Meja dan kerusi bersaiz kecil dan rendah sesuai dengan ketinggian murid prasekolah. Begitu juga dengan rak barang permainan dan rak-rak buku. Ini adalah untuk memberi kemudahan kepada muridmurid ketika mengambil dan mengemas barang-barang tersebut . Saiz yang kecil juga akan menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif untuk kanak-kanak Prasekolah Permata hati ini. Namun begitu saiz almari dan kabinet di bilik stor adalah normal. Ini kerana bilik tersebut hanya digunakan oleh guru-guru dan pembantu pengurusan murid untuk mengambil dan menyimpan peralatan.

Meja Murid Kami memilih meja murid yang agak unik dan memberi lebih keselesaan kepada mereka. Satu meja akan di kongsi seramai empat orang murid. Meja ini berbentuk bulat tetapi terdapat empat bahagian melengkung ke dalam untuk kerusi murid. Ketiadaan bucu-bucu tajam dapat menjamin keselamatan murid-murid . Meja ini diperbuat daripada papan lapis berlamina dan bahan PVC yang dibenarkan. Permukaan meja ini diperbuat dari lapisan bahan kalis air(fomica) atau permukaan meja diperbuat daripada plastic (bahan polypropylene yang mempunyai ketebalan minimum 18 mm. Lebar meja ini adalah 1190 mm manakala ketinggiannya adalah 509 mm. Kaki meja dan rangka diperbuat daripada besi yang mempunyai garispusat 50mm dengan besi segiempat 25mm dan berwarna hitam.Berikut adalah contoh mejanya.

1190mm

509mm

Kerusi Murid Keseluruhan ketinggian kerusi pula adalah adalah 630 mm manakala tinggi tempat duduknya pula adalah330 mm. Saiz tempat duduk pula adalah adalah 400 mm x 390 mm. Kerusi tersebut diperbuat daripada plastik polyproplene atau HDPE. Kerusi ini mempunyai ciri-ciri keselamatan iaitu ringan dan tidak tajam di bahagian bucunya.

630 mm

330 mm

Meja Guru Untuk meja guru, kami memilih meja biasa yang digunakan untuk kegunaan guru. Panjang meja tersebut ialah 1200mm, lebarnya 680mm dan tingginya 760mm. Meja tersebut dilengkapi dengan dua laci berkunci menyimpan peralatan yang selalu guru perlukan seperti tack it, white board maker, magnet tag,pengepit carta dan sebagainya. Peralatan sebegini jika tidak disimpan dengan baik akan mudah hilang.

1200 mm

760 mm 680 mm

Kerusi Guru Kerusi guru pula diperbuat daripada keluli berketumpatan sederhana dan polypropylene foam. Saiznya adalah bersesuaian dengan meja . Ukurannya adalah 900 mm tinggi dan tinggi tempat duduknya adalah 400mm. ianya tidak terlalu berat dan selesa untuk guru.

900 mm

400 mm

Bangku Guru Bangku guru untuk aktiviti tertentu pula berukuran 410mm lebar dan 330mm tinggi. Ianya diperbuat daripada rotan dan berbentuk bulat yang menarik. Bangku ini dipilih kerana ia unik dan bolehdiletakkan kusyen di atasnya dan sangat selesa digunakan semasa aktiviti seperti bercerita, kuiz ,perbualan pagi dan sebagainya.

410mm

330mm

White Board Bahan-bahan untuk pengajaran guru pula dipilih berdasarkan keselesaan dan kesesuaian seperti esel yang bersaiz 1110mm lebar, 1220mm tinggi, 600mm bukaan kaki, lebar papan putih lembut (softboard) dan papan putih bermagnet 1100mm panjang, 580mm lebar. Papan putih bermagnet dan softboard dilengkapi dengan pemegang kertas disebelah atasnya. Ia juga mempunyai roda yang dilengkapi dengan pengunci dan tempat kotak alat tulis di bahagian bawahnya. Di bawah ini adalah contoh gambar esel yang akan kami gunakan.

whiteboard Rak Seterusnya adalah contoh-contoh perabut seperti rak untuk menyimpan fail-fail murid, buku-buku latihan , buku-buku bacaan murid, kad-kad bacaan serta bahan-bahan yang lain. Rak yang akan digunakan ialah rak sisi iaitu 1500mm panjang, 400mm lebar dan 1650mm tinggi. Rak ini mempunyai empat tingkat dan terdapat dua pintu kaca jenis gelongsor. Rak ini dipilih kerana ia mempunyai banyak ruang untuk menyimpan barang-barang dan mudah untuk melihat barang-barang yang disimpan di dalamnya. Contohnya adalah seperti di bawah.1500m

400mm 1650mm

Rak buku

Rak Peralatan ABM terbuka. Rak untuk peralatan ABM terbuka adalah berbeza dari segi rekabentuk. Rak ini adalah jenis terbuka beroda. Panjangnya adalah 1830mm, lebar 355mm dan berketinggian 760mm. Rak ini mempunyai tiga tingkat dengan ruang yan sama besar. Rodanya mempunyai pengunci untuk memastikan keselamatan kanak-kanak iaitu tidak bergerak apabila ditolak oleh kanak-kanak.1830mm

760mm

355mm

Rak peralatan terbuka

Rak Condong

Rak condong pula adalah khas untuk meletak buku-buku cerita yang berkulit keras dan bersaiz besar. Panjang rak tersebut adalah 1050mm, manakala lebar bahagian atas adalah 150 mm dan lebar bahagian bawahnya adalah 150mm dan 450mm. Tingginya pula adalah 1200 mm. Rak ini mempunyai tiga tingkat di bahagian hadapan dan dua tingkat di bahagian belakang dengan kekisi setinggi 80 mm di bahagian hujung. Rak ini dipilih kerana ianya dapat mempamerkan tajuk-tajuk buku dan mudah bagi kanak-kanak untuk mengambil dan menyimpannya semula.Berikut adalah contoh rak tersebut.

1050mm

1200mm

Meja makan Untuk perabut-perabut di dapur, kami juga mementingkan kebersihan dan keselamatan. Perabut yang kami pilih mestilah yang mudah dibersihkan dan mudah kering apabila basah atau terkena air. Memenuhi ciri-ciri tersebut, meja makan ini diperbuat daripada laminated wood yang tebalnya 18mm. Meja makan kanak-kanak ini tiap satunya bersaiz 1800mm(P) x 750mm(L) x 300mm(T). Untuk menambah keceriaan di meja makan, meja- meja ini akan dialas dengan pengalas yang mempunyai warna yang terang dan cantik.

1800mm 750mm

300mm

Kabinet Kabinet dapur terdiri daripada kabinet berbentuk L kerana ianya bersesuaian untuk ditempatkan di sudut dinding dapur dan secara tak langsung dapat menjimatkan ruang. Bahagian atas kabinet ini diliputi dengan jubin untuk kerja-kerja menyediakan bahan masakan. Kabinet ini mempunyai penutup seperti pintu agar segala peralatan dapur yang disimpan di dalamnya tidak kelihatan. Pintu yang tertutup akan mempengaruhi kekemasan dan kebersihan dapur. Ukurannya adalah seperti pada gambarajah di bawah.

Contoh cabinet L

Kabinet gantung Top hang Selain daripada kabinet bentuk L, kami juga mempunyai kabinet gantung. Kabinet ini digunakan untuk menyimpan peralatan pinggan mangkuk, cawan,gelas , sudu dan sebagainya.Ukurannya adalah seperti gambar di bawah.

PERALATAN LUAR PRASEKOLAH

Rak kasut Bagi peralatan luar prasekolah pula, antara peralatan yang kami sediakan adalah rak kasut. Kami membeli dua buah rak kasut yang berukuran panjang 1230mm, 300mm lebar dan 600mm tinggi. Rak kasut ini mempunyai dua tingkat dan setiap satunya dapat menampung jumlah kasut lebih daripada 20 pasang termasuklah kasut guru dan pembantu pengurusan murid. Rak kasut ini disediakan untuk memudahkan murid menyimpan kasut dengan kemas agar kasut tidak berselerak di hadapan kelas. Ini dapat juga dapat melatih murid mematuhi peraturan dan sukakan kekemasan. Berikut adalah gambar rak kasut tersebut.

1230mm

300mm

600mm

Gelongsor Antara peralatan luar yang kami sediakan untuk aktiviti luar adalah gelongsor. Gelongsor ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan dapat digunakan dengan selesa oleh murid-murid. Gelongsor ini diperbuat daripada paip keluli lembut. Tiang untuk permainan gelongsor di tanam sedalam 450mm dan dikonkrit. Ini adalah uintuk mematuhi syarat penyediaan peralatan permainan di prasekolah. Rubber tile juga akan diletakkan di bahagian hujung gelongsor dan di bahagian tangganya. Berikut adalah gambarajah gelongsor.

Jongkang-jongket Kami juga menyediakan alat permainan jongkang- jongket. Jongkang jongket ini juga mempunyai cirri-ciri keselamatan seperti pelananya yang diperbuat daripada HDPE, palangnya pula diperbuat daripada paip keluli lembut manakal akan terdapat penahan daripada rubber tile yang diletakkan di hujung kedua-dua bahagian jongkang-jongket untuk mengelakkan terjadinya hentakkan kuat. Jongkang jongket ini mempunyai ukuran panjang 3200mm.

3200mm

Rangka gayut Alat permainan rangka gayut juga diperbuat daripada paip keluli lembut. Ketinggiannya adalah 1000 mm. Rubber tile juga diletakkan diseluruh bahagian bawah rangka gayut ini sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kecederaan kerana rubber tile ini menyerap hentakan. Berikut adalah gambar rangka gayut.

1000mm

Terowong Alat permainan seterusnya adalah terowong.Ukuran panjang terowong adalah 2500mm. tiangnya dibina daripada paip keluli lembut manakan terowongnya dibina menggunakan HDPE. Di bahagian bawah kedua-dua hujung terowong juga diletakkan rubber tile untuk keselamatan kanak-kanak. Berikut adalah contoh gambar terowong .

Tiang gol bola keranjang Untuk latihan koordinasi mata dan tangan yang lebih mencabar, prasekolah kami menyediakan sebatang tiang gol bola keranjang. Keseluruhan tiang gol ini diperbuat daripada paip keluli lembut namun kami tetap akan membalutnya dengan lapisan span atau getah lembut di bahagian tengah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak sebagai langkah keselamatan. Tiang gol ini akan ditanam dan dikonkrit agar teguh untuk keselamatan kanak-kanak. Di bawah ini adalah contohnya.

Bekas permainan pasir dan air Peralatan seterusnya adalah bekas air dan pasir. Oleh kerana alat permainan ini amat berguna terutama untuk kemahiran sains dan teknologi, pengawasan semasa penggunaan amat penting. Untuk itu kami menggunakan bekas air dan pasir yang mempunyai penutup dan berbentuk kotak segiempat tepat. Penutup bekas ini hanya boleh dibuka oleh orang dewasa, jadi bermain air dan pasir tanpa pengawasan orang dewasa dapat dielakkan. Kedua-dua bekas ini diperbuat daripada HDPE dan tidak bertoksid. Ianya mempunyai lubang kecil bertutup dibahagian dalamnya untuk membuang air yang bertakung. Gambarajah di bawah adalah contohnya.

.