assigment hafazan

of 36/36
[HAFAZAN AL-QURAN] EDU3106 PENDAHULUAN ~ 1 ~

Post on 01-Oct-2015

197 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kaedah dalam pengajaran hafazanCara pelaksanaan pengajaran hafazan

TRANSCRIPT

hafazan al-quran

[hafazan al-quran]EDU3106

[hafazan al-quran]PQE 3034E

PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan kitab suci yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantara malaikat Jibril a.s yang menjadi rujukan serta panduan hidup kepada seluruh umat manusia. Al-Quran merupakan sumber rujukan utama ajaran Islam yang mengandungi pelbagai cabang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan hukum-hakam, aqidah, syariah dan juga akhlak. Mereka yang menghafaz Al-Quran dijanjikan dengan pelbagai ganjaran oleh Allah s.w.t semasa mereka didunia lagi. Ayat-ayat Al-Quran yang mereka hafaz inilah yang akan memberikan syafaat kepada mereka di hari akhirat kelak. Sememanganya begitu besar nikmat dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang berpegang dan mengamalkan isi kandungan yang terdapat pada Al-Quran. Oleh yang demikian, kesedaran kepada generasi muda ini perlu dipupuk semenjak mereka dibangku sekolah lagi agar minat yang mendalam dapat diterbitkan dalam jiwa anak muda ini. Peranan guru sememangnya amat besar dalam usaha untuk menerbitkan minat murid dalam pembelajaran ayat hafazan. Menurut Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad dan Kasnani Ab. Karim (2000:34) proses hafazan mengandungi tiga peringkat. Pertama peringkat perolehan, kedua ialah peringkat pengekalan dan ketiga peringkat perolehan kembali. Peringkat perolehan melibatkan memberikan perhatian kepada rangsangan dan mengekodkan ke dalam ingatan. Pengekalan merupakan peringkat hafazan di mana maklumat disimpan dan perolehan kembali iaitu proses mengeluar maklumat daripada simpanan apabila diperlukan.Kaedah Hafazan" bermaksud satu sistem atau cara bersistematik dan berkesan yang digunakan oleh para hafiz dalam proses penghafazan al-Quran. Kaedah tersebut digunakan samaada kaedah semasa menghafaz, kaedah mengulang-ulang hafazan dan kaedah mengekalan hafazan.Pengajaran yang berkesan adalah hasil usaha seorang guru yang berjaya dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemilihan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai adalah penting untuk menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam yang lengkap dan berkesan terutamanya dalam pembelajaran ayat hafazan. Pemilihan kaedah yang betul umpamanya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kelancaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian seorang guru. Ini bertepatan dengan aspek pemilihan kaedah yang ditegaskan oleh al-Syaibani (1979) iaitu tiada satu metode pengajaran yang berguna untuk semua tujuan pendidikan dan semua mata pelajaran. Begitu juga, tiada pengkaedahan yang lebih baik bagi semua pendidik dalam semua keadaan dan suasana. Guru boleh memilih metode yang sesuai dalam tujuan pendidikan yang ingin dicapainya atau pelajaran yang ingin diajar; serta tahap perkembangan, kematangan dan kecerdasan pelajar-pelajar.Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran menjadi satu faktor penting kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan kepada murid selain daripada bakat dan pengalaman seseorang guru dalam sesuatu bidang pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Keperluan kepada kepelbagaian kaedah dapat menarik minat murid kepada sesuatu mata pelajaran sehingga mampu mendorong mereka untuk terus berusaha meningkatkan potensi diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang pembelajaran.

KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT HAFAZAN

2.0KAEDAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AYAT HAFAZAN

a) Kaedah Talaqqi MusyafahahTalaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secarabersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakanbibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedahmempelajari bacaan Al-Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang pertama. Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya.Kemudian, Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat-ayat tersebut kepada para sahabat baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya. Menurut Abdul Halim al-Muhammady (1983), Rasulullah s.a.w, para sahabat dan Tabiin mengajar dan mempelajari al-Quran secara talaqqi dan musyafahah serta menyeluruh, meliputi aspek-aspek membaca, menulis, menghafaz, memahami dan mengamal.Kaedah ini boleh di aplikasikan di dalam kelas dengan cara memberikancontoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaanguru secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorangmurid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, guru boleh memperdengarkanbacaan ayat ayat Al-Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain. Carta ayat-ayat Al-Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila dan sebagainya.Antara kekuatan kaedah ini adalah kaedah ini amat berkesan jika kita ingin mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum-hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Selain itu, melalui penggunaan kaedah ini pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas. Talaqqi bererti berjumpa atau berhadapan manakala musafahah bererti, melihat gerak bibir guru. Apabila mengajar hafazan, guru hendaklah berhadapan dengan murid samada seorang dengan seorang atau seorang guru dengan beberapa murid. Ianya amat berkesan bagi menilai murid mana yang mempunyai daya ingatan yang kuat atau sebaliknya. Melalui cara ini, guru dapat memperbaiki setiap kesilapan murid yang mana seterusnya guru dapat membantu mana-mana murid yang memerlukan bimbingan. Ketika berhadapan, guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir. Aktiviti sedemikian bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul dihadapan murid supaya murid dapat mencontohi sebutan guru itu berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru juga akan mengulang-ulang sebutan huruf atau kalimah ayat-ayat al-Quran dengan meminta murid memerhatikan gerak bibirnya. Kemudian guru akan meminta murid menyebutnya dengan guru membetulkan sebutan tersebut. Pengulangan sedemikian amat berkesan kepada murid-murid.Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah secara menyeluruh bertepatan dengan pandangan Abu Najihat (2002) dan Abu al-Fida (2006) yang menjelaskan bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang asas di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang telah dilaksanakan oleh Jibrail a.s dan Rasulullah s.a.w di dalam menghafaz al-Quran semasa penurunan wahyu (Abu Najihat, 2002; Abu al-Fida, 2006). Schunk (1996) juga memperjelaskan bahawa ingatan akan kukuh dan menjadi ingatan jangka panjang apabila ia dilatih secara berterusan. Dalam pelaksanaan kaedah pengajaran tahfiz, guru kurang menitik beratkan kaedah membaca bacaan contoh kepada pelajar, menyemak bacaan pelajar sebelum dihafaz, memastikan pelajar agar melakukan takrarsehingga dihafaz dan menjelaskan kefahaman ayat membantu dalam mengh afaz ayat al-Quran. Kaedah ini telah diperjelaskan oleh Abu Najihat (2002) dengan menyatakan bahawa guru berperanan memastikan bacaan pelajar dan memperbetulkan bacaan pelajar. Manakala pelajar berperanan mencontohi bacaan guru danmemperdengarkan bacaannya kepada guru. Selepas melakukan amalan takrar pelajar dikehendaki memperdengarkan hafazannya di hadapan guru untuk memastikan kesahihan hafazannya (Abu Najihat 2002).

b) Kaedah TasmikTasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan murid. Kaedah tasmik melibatkan guru dengan murid di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian murid dalam penguasaan bacaan dan hafazan al Quran. Kaedah ini dilaksanakan dengan memberikan tugas menghafaz ayat tertentu kepada murid di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid dikehendaki untuk membaca ayat al-Quran yang dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan bacaan murid. Selepas itu, murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.Tujuan utamakaedah ini digunakan adalah untuk menguji tahap pencapaian setiap murid dalam penguasaan bacaan dan hafazan al-Quran. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir-gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Murid yang telah menghafaz ayat yang ditetapkan akan dicatat pada buku rekod guru manakala murid yang belum menghafaz diminta untuk menghafaznya. Setiap guru yang mengendalikan pengajaran Al-Quran terutamanya ayat hafazan perlu megetahui dan memahami panduan dan teknik menghafaz Al-Quran dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil seperti yang diharapkan. Kaedah tasmik juga merupakan kaedah yang utama untuk menilai bacaan dan hafazan serta mengukuhkan kekuatan hafazan (Abu al-Wafa, 1999; Abu Najihat, 2002; Abu al-Fida, 2006).Antara kekuatan mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran ialah guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat disamping dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan. Guru juga dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid serta mengesan kelemahan bacaan setiap murid. Antara teknik menghafaz al-Quran yang boleh dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam kelas ialah dengan membaca ayat yang hendak dihafaz dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan (tartil). Jika ayat yang hendak dihafaz panjang, ambil sebahagianya sahaja iaitu dengan membahagikan ayat tersebut kepada beberapa potongan ayat tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut. Kemudian baca dan ulang-ulang beberapa kali sehingga lancar. Setelah lancar membaca ayat berkenaan, baca ayat tersebut dengan lebih cepat (Tadwir). Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir dan cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan. Setelah ayat tersebut dapat diingat tanpa melihat mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut langkah-langkah di atas.

c) Kaedah Tikrar (ulangan) Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi. Pendekatan kaedah ini adalah dengan melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali. Maksud kaedah tikrar atau mengulang-ulang ialah pengulangan yang dibuat oleh murid untuk mengekal dan mengukuhkannya dalam ingatan. Ini bertujuan bagi mengekalkan hafazan tersebut supaya tidak lupa atau hilang dari ingatan (Abdullah al-Qari: 1995). Dalam satu kajiannya, Prof. W.C.F. Krueger telah menggunakan kaedah mengulang-ulang bacaan sebelum menghafaz ke atas sekumpulan murid. Hasil kajian menunjukkan bahawa semakin banyak merekamengulang-ulang bacaan, semakin banyak yang mereka hafaz. Implikasi daripada kajian tersebut, jikalau kita hendak menghafaz sesuatu maklumat, kita mesti terus mengulang-ulangnya. Kekerapan mengulang-ulang bacaan bergantung kepada kekuatan daya ingatan mereka masing-masing. Bagi seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat, masa yang digunakan untuk mengulang adalah sedikit berbanding dengan mereka yang mempunyai ingatan yang lemah. Untuk melaksanakan kaedah ini, guru terlebih dahulu perlu membaca ayat berkenaan kamudian barulah semua murid akan mengikuti bacaan guru. Guru juga boleh meminta seorang murid untuk membaca ayat tersebut dan diikuti oleh murid-murid lain secara kelas. Seterusnya, murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca, sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, kaedah hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya iaberkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satuayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya.Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al-Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,rakam suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum anda membetulkan kesilapan tersebut.Antara kekuatan kaedah ini adalah guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid. Sebagai contohnya ketepatan sebutan mahraj bagi setiap huruf yang di baca oleh murid. Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan. Guru secara tidak langsung dapat membuat penilaian dan memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid mereka. Malahan, dengan mengaplikasikan kaedah ini keyakinan murid dapat dipertingkatkan kerana kaedah tikrar ini dapat meningkatkan daya ingatan murid disamping melancarkan bacaan murid semasa tasmik dijalankan.

d) Kaedah Soal JawabKaedah soal jawab adalah kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini merupakan interaksi dua hala yang melibatkan murid dan guru yang memberi kesan positif terhadap kefahaman murid terhadap topik atau muridan yang dimuridi kerana mereka berpeluang menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tajuk muridan. Kaedah ini telah lama diaplikasikan dalam Pendidikan Islam. Kaedah ini meransang pemikiran murid melalui soalan-soalan yang diutarakan oleh guru. Soalan-soalan yang diberikan oleh guru ialah sebahagian daripada interaksi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini menggalakkan murid menggunakan kemahiran berfikir serta memberi tumpuan terhadap muridan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan murid berfikir tentang perkara-perkara di luar pembelajaran. Dalam pengajaran tilawah al Quran, guru boleh menggunakan kaedah ini dalam bahagian hafazan surah. Guru boleh menyoal murid tentang cara bacaan dan hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dimuridi. Sebelum menyoal murid, guru perlu memberikan masa kepada murid untuk membaca dan menghafaz ayat dengan betul. Bagi murid yang lemah, guru boleh memberi penerangan tentang hukum tajwid dan cara bacaan terlebih dahulu.

e) Kaedah SabaqMelalui kaedah ini murid akan memperdengarkan bacaan baru yang dihafaznya kepada guru dan juga rakan-rakannya yang lain. Kebiasaannya murid akan menghafaz satu hingga dua muka surat sehari. Guru akan mencatatkan dalam sebuah buku catatan jumlah bilangan ayat hafazan yang telah dihafaz oleh seseorang pelajar pada hari tersebut beserta dengan tarikh pada hari tersebut.Bagi murid yang belum khatam menghafaz 30 juzuk, mereka dikehendaki menghafaz ayat baru (sabaq) selepas selesai membaca surah Yasin selepas waktu Subuh sehinggalah jam 7.30 pagi. Selepas makan pagi, pelajar akan membaca sabaq pada bahagian belakang sebanyak satu juzuk bermula pukul 8.30 hingga 11.00 pagi.

f) Cuba JayaUntuk melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad iaitu diantara 10 hingga 15 minit untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru akan meminta murid itu untuk cuba menghafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah iniboleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu.

g) Kaedah MendengarMendengar merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat penting. Menurut Gamal Abdul Nasir (2003) kaedah mendengar adalah sebagai perkara yang mesti ada pada setiapmurid. Kerana mendengarmampu meningkatkan tahap penguasaan yang betuldalam teknik menghafal. Kaedah ini juga disebut sebagai talqin, iaitu dengan cara guru membaca setiappotongan ayat kemudian dibaca atau diikuti oleh murid dengan cara betul dan tepat. Setiap bacaan itu diperhatikan dan dipantausehinggamurid mampumenyebutdanmenghafaz dengan baik. Khalid Ahmad (2007) menyatakan kaedah mendengar ini boleh melibatkan beberapa aspek yang penting seperti kecerdasan otak, pancaindera, kerja deras, kesegaran jasmani, masalah mengantuk, masalah lesu fikiran dan juga keadaan persekitaran tempat belajar. Kesemua aspek ini memainkan peranan yang penting didalam pembelajaran. Dalam aspek otak dan pancaindera merupakan aspek utama dalam memberi perhatian terhadap mendengar. Otak yang baik mampu memberi perhatian yang baik terhadap mendengar apa yang diucapkan oleh gurunya. Manakala aspek pancainderan pula, mata memerhati dan telinga mendengar apa yangdiucapkan dan diperkatakan oleh gurunya. Dalam menghafaz al-Quran, otak yang kosong iaitu tidak ada gangguan luar mampu memberi ingatan yang cepat dalam menghafaz setiap perkataan dengan cepat. Aspek penumpuan iaitu mata mampu member gambaran apa yang diucapkan oleh gurunya dengan melihat gerak geri bibir apa yang diucapkan oleh gurunya (Khalid Ahmad, 2007).

h) Kaedah Membaca.Menurut Rubiah Aksiah dan Ong Yea Ying (2006), kaedah membaca yang efektif ialah dengan membaca dan memahami apa yang dibaca. Setiap orang yang ingin menghafal harus memahami dengan baik dan teratur apa yang dihafal. Sesetengah murid mempunyaigaya dancara tersendiri dalam membaca. Begitu juga di dalam kaedah hafazan yang mempunyai gaya dan bentuk hafalan yang tersendiri. Kaedah membaca yang kuat ada sesetengah orang mampu melakukan dengan begitu kerana mereka beranggapan mudah dan cepat faham dan ada juga sesetengah orang membaca secara perlahan. Sebagaimana di dalam kaeadah hafazan,kaedah membaca Al-Quran iniboleh dilakukan dengan pelbagai cara. Dalam kaedah membaca ini, ianya juga boleh dilakukan dengan cara membaca secara kuat dan perlahan. Semuanya bergantung kepada kemahiran menghafal sama ada cara manayang sesuai baginya.

i) Kaedah Mengekalkan Hafazan (Muraj'aah/I'adah)Kaedah ini merupakan peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan dalam ingatan. Kaedah ini digunakan apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan iaitu pada set induksi. Pengekalan ini adalah amat penting dan menjadi kewajipan supaya ia menjaga dan memelihara hafazannya agar terus kekal dalam ingatan murid. Ada dua bentuk pengekalan yang dilakukan bagi memastikan murid tidak lupa iaitu pertama, mengulang ayat hafazan bersama orang lain. Pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada bacaan salah seorang di antara mereka, rakannya dapat membetulkan bacaan tersebut. Kedua, murid dinasihatkan agar selalu membaca ayat yang dihafaz didalam bacaan dalam solat. Hal ini kerana membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang murid perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan melapangkan waktu yang panjang. Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasa membaca di dalam solat. Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat lancar.

j) KaedahBeransur-AnsurMenurut Gamal Zakaria (2002)prosesberansur-ansurdalampengajaranal-Quran ini bermaksud pembelajaran yang dimulai dahulu dengan ayat-ayat yang pendek dari al-Quran sehingga menguasai dengan mengenal huruf-huruf, baris, tanda baca, hukum mad dan sebagainya. Selepas itu barulah diikuti dengan surah yang panjang dan selanjutnya.Seorang guru tidak boleh terus memindahkan murid dari ayat ke ayat yang lain,kecuali setelah mereka betul-betul menguasai tajwid dan tulisan ayat tersebut. Langkah ini adalah untuk tidak membuatkan murid terkejar-kejar dalam menguasai tajwid dan tulisan sesuatu ayat. Jika ini berlaku, kemungkinan seseorang murid akan kehilangan input yang mereka dapat daripada ayat yang pertama kerana ingin mengejar dan mengingat pula ayat yang kedua.Walaupun begitu, ayat atau surah yang hendak di hafal oleh murid hendaklah disempurnakan dan dilancarkanbacaannya terlebih dahulu sebelummenghafal. Kelancaran dan kesempurnaan ini adalah merangkumi bacaan tajwid yang betul. Sebagai contoh jika hendak hafal sesuatu ayat maka mulakan dari ayat yang mudah dan seterusnya ayat panjang. Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. Kita perlu memastikan tidak mula menghafaz ayat yang seterusnya sebelum bacaan awal betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan murid mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan murid akan bercelaru dan bercampur aduk dengan hafalan ayat-ayat yang lain.

k) Kaedah PengamalanMenurut Abdul Hafiz bin Abdullah et. al. (2003)cara yang boleh diamalkan ialah membaca ayat-ayat yang telah kita hafaz dalam solat-solat yang kita lakukan. Banyakkan solat sunat atau membaca surah yang dihafal dalam solat-solat fardhu yang dilakukan seharian sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz bertepatan seperti apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah dihafaz ke dalam amalan harian kita. Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat sudah tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang. Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan fokus yang tinggi dan serius dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang penghafaz perlulah membuat pengulangan bacaan yang teratur dan meluangkan waktu yang agak panjang. Oleh yang demikian, langkah ini akan membolehkan pelajar mengetahui kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang hendak dibaca semasamembacanya di dalam solat. Apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang lancar. Bagi golongan murid yang sentiasa bersosial, mereka boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. Sebagai contohnya ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. Secara tidak langsung kita dapat mengisi masa terluang kita dengan perkara yang lebih berfaedah. Hal ini akan menambahkan lagi keupayaan seseorang dalam hafalan untuk mengingati ayat-ayat hafazan tersebut dengan cepat dan seterusnya terlekat pada fikiran.l) Kaedah Kefahaman dan PenulisanKaedah kefahaman yang telah dihuraikan secara terperinci oleh Ahwani (1955), As-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida (2006) dengan menyatakan bahawa kaedah kefahaman merupakan kaedah yang membantu dalam menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan memahami maksud ayat dan makna kalimat murid akan dapat menumpukan perhatian terhadap ayat yang dihafaz semasa amalan takrar dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan dalam membaca ayat al-Quran. Kaedah penulisan dalam hafazan boleh mengukuhkan hafazan tetapi kaedah ini kurang disarankan pada ayat-ayat yang susah dan kurang memberi keyakinan kepada murid bahawa kaedah penulisan boleh mengelakkan daripada mudah terlupa. Ini dibuktikan dengan kaedah penulisan dan kaedah memahami ayat berada pada tahap sederhana. Menurut Al-Qabisi (1955), Muhammad Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999) dan Abu al-Fida (2006), kaedah penulisan merupakan kaedah sokongan yang membantu dan mengukuhkan hafazan al-Quran. Ini adalah kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan dalam menghafaz al-Quran akan mengukuhkan ingatan murid terutama pada ayat yang susah dan ayat mutasyabihat. Kaedah penulisan ini juga boleh dilakukan berulang-ulang kali untuk memantapkan hafazan dan mengelakkan hafazan daripada mudah terlupa. Ini dibuktikan oleh Abdul Hafiz et al. (2003) dengan menegaskan bahawa kaedah penulisan merupakan kaedah yang mempunyai keberkesanan yang tinggi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

j) Kaedah PeneranganManakala kaedah menerangkan makna kalimah, menghuraikan maksud ayat, menerangkan asbab nuzul ayat, menghuraikan kefahaman ayat dan melakukan penilaian melalui penulisan amat kurang diberi perhatian oleh guru sedangkan kaedah tersebut telah ditegaskan oleh Abu al-Wafa (1999) dengan memperjelaskan bahawa dengan mengetahui makna ayat yang dihafaz dan mengetahui asbab nuzul akan membantu pelajar dalam menghafaz dan meyakinkan ingatan. Dalam kajian Misnan (2003) beliau menegaskan bahawa pelajar yang cemerlang di dalam hafazan al-Quran adalah murid yang memahami terjemahan ayat al-quran, memahami maksud cerita al-quran dan mengaitkan kefahaman serta analisis dari ayat yang dihafaz.

k) KaedahHattawiyyahKaedah Hattawiyyah, iaitu kaedah yang bertujuan untuk memudahkan murid dapat membaca al-Quran serta menghafalnya. Kaedah Hattawiyyah telah berkembang di wilayah Riau, Indonesia yang diasaskan oleh Dr. Mohd Hatta Osman yang merupakan seorang pegawai Jabatan Agama Tempatan di sana. Kaedah ini mula diasaskan bagi membebaskan buta huruf al-Quran dalam kalangan kanak-kanak di sana. Tempoh yang diambil untuk seseorang itu dapat membaca al-Quran dan menghafalnya adalah selama empat atau lima jama sahaja, atau 6 kali belajar. Kaedah ini sangat sesuai, ringkas dan praktikal untuk dilaksanakan bagi mengurangkan masalah tidak kemampuan murid membaca al-Quran tetapi dengan syarat mereka sudah lancar membaca rumi. Kaedah ini mula berkembang di Malaysia secara meluas melalui guru-guru dari Indonesia yang terlibat dalam bidang pengajaran al-Quran. Ia juga dikembangkan oleh pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia. ( Adel M.Abdul Aziz:2006). Kaedah ini iaitu dengan guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf hijaiyyah kepada huruf latin seperti huruf kepada huruf m, huruf kepada huruf tdan seterusnya. Walaupun begitu, kaedah ini sangatmemerlukan bimbingan yang terus agar murid tidak terpesong apabilamembacaal-Quranapabilaayat-ayat al-Quran yang mengandungi tanwin, sabdu dan panjang pendek.

PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN AYAT HAFAZAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0 PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN AYAT HAFAZAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a) Talaqqi dan Musafahah. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kaedah Talaqqi Musahah ini amat penting dan menjadi asas kepada pengajaran al-Quran samada bacaan atau hafazan. Untuk melaksanakan kaedah ini, guru terlebih dahulu perlu memperdengarkan bacaan surah al-Quran samada dari bacaan guru sendiri atau melalui kaset rakaman. Cara bacaan perlulah bersesuaian dengan tahap murid sekiranya guru menggunakan kaset. Jangan memilih kaset agak laju bacaannya, seelok-eloknya guru sendiri yang merakamkan suaranya di kaset agar sesuai dengan murid. Masa yang diperuntukkan untuk memperdengarakan ayat al-Quran ini ialah selama tujuh hingga ke lapan minit secara latih tubi berulang-ulang kali agar ianya tidak mengambil masa bagi langkah-langkah lain yang dirancang agar tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran guru kerana gagal mengurus masa dengan baik. Langkah seterusnya yang perlu diambil oleh guru ialah dengan mempamerkan ayat-ayat tersebut dalam bentuk keseluruhan dengan menggunakan kad carta, LCD atau kad manila. Kemudian guru akan memperdengarkan contoh bacaan kepada murid sambil murid mendengar dengan penuh perhatian. Selepas itu, guru akan meminta murid untuk mengikut bacaan guru yang telah diperdengarkan kepada mereka sebentar tadi. Guru kemudiannya meminta murid membaca secara kelas, kumpulan dan individu. Guru menggunakan kaedah latih tubi dimana potongan kalimah-kalimah dari ayat-ayat tertentu ditampal dihadapan kelas.Guru menyebut berulang kali dan murid juga mengikut bacaan guru berulang kali hingga dapat diingati. Sebutan secara hafazan digunakan iaitu guru menutup kalimah-kalimah yang dipamerkan dan meminta murid menyebut satu persatu tampa melihatnya.Kalimah-kalimah tersebut mestilah disusun mengukut urutan asal surah yang hendak dihafaz. Guru perlu mengukuhkan hafazan murid dengan kaedah kuiz atau permainan. Guru perlu bijak memainkan peranan agar aktiviti hafazan tidak membosankan murid. Permainan secara menyusun semula atau menampal semula adalah antara aktiviti yang dapat merangsang minda dan menyeronokkan murid. Guru menyediakan kad-kad kalimah dan menyelerakkannya seterusnya meminta murid dari kumpulan-kumpulan berbeza untuk menyusunnya dan menampalkannya di hadapan kelas. Murid perlu menyusun kalimah-kalimah agar menjadi ayat yang lengkap dan sempurna.

b) Kaedah TasmikUntuk melaksanakan kaedah ini, guru perlu mendengar dan meneliti bacaan ayat yang telah dihafaz oleh murid dengan suara yang kuat (jahar) atau nyaring dihadapan guru samada secara kumpulan atau individu bergilir-gilir. Kedudukan guru adalah berhampiran dengan murid iaitu dalam keadaan berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara murid menyebut kalimah atau ayat yang dibaca dengan betul. Kemudian guru akan mendengar bacaan atau hafazan murid dengan teliti supaya dapat mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam bacaannya. Guru juga boleh meminta murid untuk membaca secara kumpulan kecil atau individu untuk memudahkan tugas mentasmik murid dijalankan. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid tersebut. Untuk menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

c) Kaedah Tikrar (Latih Tubi)Untuk melaksanakan kaedah tikrar, guru terlebih dahulu perlu menampal kad-kad perkataan atau menggunakan LCD untuk menayangkan bahan yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari di hadapan kelas. Guru perlu membaca ayat tersebut sebanyak tiga kali dan mengulang-ulangnya sambil meminta murid untuk mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian barulah murid mengikut bacaan guru.Guru juga boleh meminta murid untuk mengulang bacaan guru sebanyak tiga kali secara kelas dan kumpulan. Untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran hafazan yang dilaksanakan, guru boleh memperdengarkan bacaan al-Quran oleh qari yang terkenal daripada cakera padat. Untuk melakukan penilaian, guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan murid kemudian guru akan memperdengarkan semula bacaan tersebut kepada murid. Langkah seterusnya yang dilaksanakan oleh guru ialah dengan membetulkan kesalahan murid dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.

d) Kaedah Soal JawabGuru mempamerkan carta yang mengandungi ayat yang akan dihafaz oleh murid di papan tulis. Kemudian guru akan meminta murid membaca secara senyap. Kemudian guru akan membaca ayat dengan kuat dan meminta semua murid mengikut bacaan guru. Guru mengulang beberapa kali ayat tersebut dan meminta murid mengikut bacaan guru secara kumpulan. Guru meminta murid mengecam kalimah dan potongan ayat supaya murid mudah mengingat untuk aktiviti menghafaz ayat. Guru akan bersoal-jawab tentang ayat hafazan dari segi menyambung ayat yang dibaca. Guru membaca permulaan ayat dan meminta murid menyambung ayat tersebut. Untuk menarik minat murid, guru menyoal murid yang paling cepat menghafaz ayat. Guru perlu memastikan semua murid dapat menghafaz ayat yang diminta dengan betul.

REFLEKSI

4.0REFLEKSI

SYAHRUL HANIFF BIN SARMAN(920623-10-5143)

Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas rahmat yang dilimpahkan atas nikmat kesihatan dan kesempatan untuk menyelesaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ini. Serta tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga juga para sahabat baginda yang mulia. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini iaitu Ustaz Mohd Daud bin Mohamad dalam usaha untuk membantu kami memahami setiap apa yang terkandung dalam kursus PQE 3034E (Hafazan Al-Quran) ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, semua sahabat serta individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana turut sama memberi dorongan dan idea kepada saya. Terima kasih diucapkan..Melalui tugasan ini, pelbagai input baru telah berjaya saya perolehi. Percambahan pemikiran yang saya rasakan terbatas sebelum melaksanakan tugasan ini, mampu menjalar kepada tahap pemikiran yang kreatif serta kritis dalam menjana penghasilan tugasan yang lebih cemerlang. Tugasan ini meminta saya untuk membincangkan kaedah yang sesuai dan berkesan serta cara guru menerapkan kaedah tersebut dan pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai ayat hafazan dengan baik. Pelbagai kaedah telah diketengahkan oleh saya dalam penulisan kerja kursus ini. Antaranya ialah talaqqi musyafahah, kaedah tasmik, kaedah tikrar dan lain-lain lagi. Setiap daripada kaedah tersebut saya perjelaskn satu persatu berdasarkan kepada maklumat yang telah diperolehi.Namun begitu, untuk menyelesaikan tugasan ini sememangnya bukan mudah bagi diri saya. Saya perlu bijak menguruskan masa saya dengan pelbagai tugasan yang lain. Hal ini kerana, dalam tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaiikan tugasan kerja kursus ini, saya sedang menjalani praktikum. Tempoh ini sememangnya begitu mencabar bagi diri saya dengan bebanan tugas untuk menyiapkan persediaan mengajar. Namun begitu, saya berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan tugasan ini kerana saya anggap ia adalah lumrah kepada diri saya yang bergelar sebagai penuntut ilmu.Antara kebaikan yang saya peroleh hasil kerja kursus ini ialah memupuk sikap bersungguh-sungguh dalam diri saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna. Selain itu, hasil daripada tugasan ini adalah mengeratkan hubungan persahabatan semasa pelaksanaan tugasan ini, kami sering bertukar-tukar idea dan saling memberikan sokongan antara satu sama lain serta bertanya sekira ada bahagian yang tidak difahami. Tidak hairanlah jika tugasan ini berjaya saya sempurnakan dengan jayanya, kerana perumpamaan Melayu yang berbunyi, seperti aur dengan tebing, dapat disamakan dengan ukhwah antara kami yang saling bantu membantu antara satu sama lain sehingga terhasilnya tugasan kali ini dengan jayanya. Akhir sekali, sebagai bakal pendidik, saya harus menguasai pelbagai perkara yang berkaitan dengan ilmu pendidikan terutamanya strategi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan mencapai objektif yang ditetapkan. Saya berharap ilmu yang saya perolehi ini akan dapat diterapkan pada masa yang akan datang. Semoga hasil tugasan yang kami jalankan ini mampu menjana kecemerlangan saya dan rakan-rakan sebagai bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Sekian,terima kasih.

BIBLIOGRAFI

5.0BIBLIOGRAFI

Buku:-1. Ahmad Mohd Salleh (2004), Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd.2. Ahmad Mohd Salleh (2011), Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.3. Hassan Langgulung (1995), Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma, Shah Alam, Hizmi Publication.4. Mok Song Sang dan Lee Shok Mee (1991), pedagogi 3 bahagian A Pengajaran dan Persediaan Mengajar, KualaLumpur, Kumpulan Budiman.

INTERNET1. Kaedah Tasmi', Kaedah Tikrar, Dan Talaqqi Musyafahah, Mohamad Syahmi bin Harun (2011) http://smilegivechance.blogspot.com/2011/06/kaedah-tasmi-kaedah-tikrar-dan-talaqqi.html. Telah diakses pada 4/08/2014.2. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Sek Rendah, Noor Azlinda (2012),http://naa87.blogspot.com/2012/06/5-kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html. Telah diakses pada 4/08/2014.3. http://ojie.um.edu.my/filebank/published_article/4846/Article_3_Vol_1_Issue_1.pdf. Telah diakses pada 15/08/2014.4. 4.Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al-Quran. Noorhayati (2012) 5. http://www.slideshare.net/noor_hayati74/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran-tilawah-al-quran. Telah diakses pada 5/08/2014.6. Hafazan, Roslizam (2010) http://www.slideshare.net/noor_hayati74/kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran-tilawah-al-quran. Telah diakses pada 5/08/2014.

LAMPIRAN

~ 1 ~

~ 26 ~