assigment pantun

of 22 /22
1.0 PENGENALAN Pantun merupakan salah satu puisi lama . Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. 2.0 FORMAT PANTUN Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua 1 ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Author: sorfina-ina

Post on 25-Jul-2015

103 views

Category:

Documents


1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Pantun merupakan salah satu puisi lama .Pantun adalah genre kesusasteraan

tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. 2.0 FORMAT PANTUN Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat. Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula ialah maksud atau isi pantun. Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

1

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

. Banyak udang banyak garamBanyak orang banyak ragam

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja. Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias. 3.0 KANDUNGAN PANTUN MELAYU Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.

2

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a .

Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.Contoh pantun yang baik : Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/, be/nang/,

Bu/li/-bu/li/

ber/ta/li/

Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/, A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/. 4.0 CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris diZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

3

bawah)

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b . bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

5.0 JENIS-JENIS PANTUN Pantun terdiri daripada banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat .Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat", "agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Contoh-contoh pantunJenis Pantun : Dua Kerat Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Kelip-kelip disangka api, Kalau api di mana puntungnya; Hilang ghaib disangka mati, Kalau mati di mana kuburnya? Orang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang Burung merbuk membuat sarang, Anak enggang meniti di paya; Tembaga buruk di mata orang, Intan berkarang di hati saya. Air melurut ke tepian mandi, Kembang berseri bunga

Jenis Pantun : Empat Kerat - Teka-teki Fungsi : Untuk berseronok dan menduga kebolehan dalam berfikir Jenis Pantun Fungsi hiburan : Empat Kerat - Jenaka : Semata-mata untuk

Jenis Pantun Sayang

: Empat Kerat - Kasih

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Nasihat

4

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

senduduk; Elok diturut resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana bahasa. Payang retak tali bersimpul, Kendi lokan airnya tumpah; Hidup tidak kerana kaul, Mati bukan kerana sumpah. Pungut teritip di tiang batu, Batu pecah dilanda karang; Beginilah nasib dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan di tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Gesek biola tiup serunai, Sayu dara berhati walang; Putih mata si burung punai, Kayu ara ditunggu helang.

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Budi

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Nasib

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Perantau

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Adat

Jenis Pantun Kepahlawanan

: Empat Kerat -

Jenis Pantun

: Empat Kerat - Peribahasa

Jenis Pantun Ibarat

: Empat Kerat - Kiasdan

Jenis Pantun Jenis Pantun kanak Fungsi

: Empat Kerat - Agama : Empat Kerat - Kanak: Lagu sedih dan bersuka-

Letak bunga di atas dulang, Sisipkan daun hiasan tepinya; Banyak berdoa selepas sembahyang, Mohon diampun dosa di dunia. Anak rusa nani, Baru kembang ekor; Apa dosa kami,

5

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

ria

Lalu tidak tegur.

6.0 TEMA PANTUN Terdapat banyak tema dalam pantun. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan. Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undangundang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari kemudian. Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat. Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan

6

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

sindirannya di dalamnya.

7.0 FUNGSI PANTUN Fungsi pantun dalam masyarakat melayu Pantun melayu digunakan untuk memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan.Pantun juga dijadikan bahan sindiran atau tempelak jika berlaku kepincangan dalam sesuatu perkara.. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias, sesetengahnya dalam nada bergurau. Untuk muda mudi juga pantun dijadikan sebagai bahan untuk melepaskan rindu dan kasih sayang.Selain itu pantun juga dijadikan bahan untuk menyatakan penghargaan atau pun terima kasih kepada seseorang.Dalam upacara-upacara pantun juga dijadikan bahan untuk pertandingan mencabar ketangkasan fikiran.Kebiasaanya pada zaman dahulu pantun dijadikan bahan hiburan atau jenaka setelah seharian

bekerja,melepaskan penat dengan melafazkan pantun. Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara Pantun tersebar luas melalui pelbagai media seperti lirik lagu, majlis-majlis dan pelbagai upacara, misalnya majlis perkahwinan. Pantun juga berkembang mekar di laman internet (ada pantun net) dan berbalas pantun dari seluruh dunia. Mengikut Muhammad Haji Salleh (2006) terdapat kekreatifan baru dunia pantun dalam bentuk bercetak, lisan (radio), visual (televisyen) dan dunia siber termasuk di internet dan yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas atau sms di seluruh dunia. Pantun juga dijadikankan bahan untuk pertandingan antara kelas, antara sekolah dan antara negeri. Malah pertandingan pantun di Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan turut ditaja oleh pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka , RTM, Berita Harian. Pantun bukan sahaja hidup dalam majalah ilmiah sahaja, seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-majalah jenaka dan komik seperti Ujang dan Din Lawak. Pantun juga menjadi media iklan,

7

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

misalnya

8.0 KELOMPOK PANTUN 8.1 PANTUN KANAK-KANAK Pergi hutan menunggang kuda, Hendak menangkap si burung merbah; Kalau ilmu tiada di dada, Hidup kita menjadi susah.

Pergi belayar ke kuala Deli, Singgah sekejap di Tanjung Sepat ; Bacalah buku dengan teliti, Barulah ilmu akan melekat.

Budak-budak bermain gasing, Bermain gasing di tengah panas; Di dalam kelas janganlah bising, Supaya ilmu terang dan jelas.

8

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Sakit sungguh terkena sembilu, Sakit lagi di sengat haruan; Membaca buku janganlah jemu, Agar senang pada masa hadapan,

Ikan gelama ikan keli, Masak lemak tiada berbaki; Berbuat jahat jangan sekali, Apatah lagi hasad dengki.

8.2 PANTUN REMAJA

Cantik sungguh bunga di taman, Bunga Anggerik bunga Dahlia; Jasa ibu bapa di lupa jangan, Supaya diri dipandang mulia.

Pergi memburu waktu cuti, Panah terkena si anak rusa;

9

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Amalkan hidup hormat-menghormati, Berbudi baik berbuat jasa.

Mudik ke hulu dengan perahu. Pergi ke pecan beli gaharu; Wahai kawan janganlah jemu, Menuntut ilmu hingga maju.

Mengail ikan di tepi lombong, Dapat seekor ikan haruan; Jauhkan amalan bersikap sombong, Kelak nanti dibenci kawan.

Berzikir diri pengubat hati, Itulah amalan sebagai bekalan; Jangan syaitan menguasai diri, Hancur badan rosak masa depan.

8.3 PANTUN DEWASA Hang Tuah Hang Jebat gagah perkasa, Bertambah hebat apabila berdiri;

10

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Warnakan kehidupan dengan berjasa, Kepada bangsa dan juga pertiwi.

Pak Hamid gembala biri, Sambil duduk makan nangka; Kalau berkasih jagalah diri, Jangan sampai diri terleka.

Cantik sungguh raja sehari, Duduk bersanding atas pelamin; Kalau awak masih sendiri, Izinkan saya menjadi teman.

Ayam dimasak bersama halia, Bertambah enak ditambah perisa; Ziarah menziarah amalan mulia, Eratkan hubungan sepanjang masa.

Pergi seberang naik sampan, Beli pisang simpan dalam raga; Adab sopan menjadi bualan,

11

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Itulah amalan yang perlu dijaga.

8.4 PANTUN GURU NKRA transformasi kerajaan Membuat guru gundah gulana Profesor kami Rasid Jamian Penghibur hati dikala duka

Assigment dibuat biarlah cepat, Kerja sekolah tak kurang hebat; Bebanan guru semakin berat, Boleh gila kalau tak kuat.

Mengajar murid biarlah berjaya, Itulah dia profesion guru; Etika ini sangatlah mulia, lahirkan pelajar cintakan ilmu.

Pendidikan sekarang amatlah mencabar, Silap haribulan nama terpampang;

12

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Sebagai murid janganlah kurang ajar, Supaya senang di masa akan dating.

Kerja guru semakin terasa, Objektif sebenar ke mana tuju; Wahai profesor bersemangat waja, Markah diberi jangan diragu.

8.5 PANTUN IBU BAPA

Pergi pekan makan laksa, Balik rumah masak kari; Jangan biar ibu terasa, Kelak hari terseksa diri.

Dari kecil sehingalah dewasa, Ibu bapa tempat bermanja; Sentiasalah kita hidup berjasa, Supaya kita senang sentiasa.

13

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Ikan keli di masak gulai, Di makan bersama lauk gelama; Sejak kecil kita di belai, itulah dia perkara utama.

Makan sireh dengan pinang, Beli pinang dikedai Isa; kasih ibu tiada penghujung, menjadi sanjungan setiap masa.

Ulam pegaga tumbuh melata, Tumbuh bersama si daun rumput; Penat lelah tidaklah terkira, Demi anak sedia berkhidmat.

8.6 PANTUN NENEK Tarian zapin tarian tradisi, menjadi tinggalan warisan zaman; Jagalah nenek selagi disisi,

14

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

Hidup diberkati sepanjang zaman.

Rambut hitam nampak muda, Duduk bersimpuh macam anak dara; Wahai nenek apa petua, Sehingga kini nampak ceria.

Pakai baju nyonya Melaka, Pakai bersama kain songket; Cerita nenek pengubat mata, Jika dri terasa penat.

Rumah kayu beratap rumbia, Dindingnya pula berkayu jati; Wahai adik-adik janganlah lupa, Kasih nenek sepenuh hati.

Pokok Meranti tumbuhya tinggi, Tumbuh meliar di hutan jati, Datuk dan nenek mesra sekali; Itulah contoh cinta sejati.

15

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

9.0 Kesimpulan Pantun merupakan salah satu puisi lama yang unik dan mempunyai keunikkannya sendiri.Pantun merupakan tinggalan tradisi yang begitu unik. Pantun mempunyai nilai yang amat tinggi bagi masyarakat Melayu. Keindahan pantun dalam mengungkapkan seribu satu macam maksud menjadi lambang ketekalan minda yang amat kreatif. Penggunaan pantun sebagai bahan kritik sosial secara tidak langsung menunjukkan bahawa pemikiran masyarakat Melayu dalam mengadaptasi alam sekeliling bagi menyampaikan maksud ataupun meluahkan perasaan menjadi cerminan jiwa dan raga masyarakat Melayu itu sendiri. Pentingnya menjaga keharmonian diperlihatkan dalam pemilihan kata setiap pantun yang dicipta. Bukan sahaja maksud yang terhasil dalam pantun menjadi inti, tetapi juga perkataan yang digunakan sebagai pembayang juga mengandungi makna yang mendalam. Sifat pantun yang banyak memperlihatkan kesopanan dan ketelitian pemakainya dalam meluahkan perasaan amat menarik untuk dibincangkan. Jangkauan akal fikiran yang merenung dan mencerna segala bentuk kehidupan dalam lagu dan irama pantun melambangkan pesona jiwa dan kehalusan minda masyarakat Melayu dalam menjaga air muka dan juga sebagai satu senjata untuk menangkis sebarang perbuatan secara lembut dan harmonis. Perkara-perkara seperti inilah yang perlu dijaga dan dikekalkan dalam jiwa masyarakat Melayu supaya kesopanan dan kelembutan yang selama ini menjadi amalan akan terus berkekalan dalam jiwa generasi hari ini. Generasi muda mempunyai pemikiran yang lebih kepada straight to the point, ataupun lebih berterus terang dalam mengungkapkan atau meluahkan maksud, sama ada dalam pantun mahupun dalam bahasa seharian. Ini terjadi akibat daripada pengaruh globalisasi yang semakin merubah jiwa dan perasaan masyarakat Melayu hari ini. Perubahan masa bukanlah satu alasan untuk generasi hari ini merosakkan dan memperlecehkan keindahan dan kehalusan pantun. Sepatutnya perlu ada kesedaran yang lebih mendalam dalam kalangan generasi hari ini untuk memelihara kesopanan dan kehalusan budi bahasa yang terpancar dalam pantun. Adat muda semestinya ada bentuk-bentuk yang baru, tetapi janganlah sehingga mengetepikan khazanah

16

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

lama yang ternyata indah dan halus. Membentuk masyarakat yang maju dan bersopan santun serta berbudi bahasa menjadi tanggungjawab bersama yang akan memastikan Melayu mempunyai jati diri dan wawasan dalam dunia globalisasi hari ini.

BIBLIOGRAFI .

Alias Yunos. 1966.Pantun Melayu Sastera Rakyat : Penerbitan Federal Berhad Daillie, Francois-Rene. 1988. Alam Pantun Melayu: Studies on the Malay Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Bakar. 1983. Kumpulan Pantun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Ahmad. 1994. Pantoum: Suatu Singgahan Dalam Perjalanan Seni Melayu, Kesusasteraan Bandingan Sebagai Satu Disiplin. Ed. Abdul Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Latif Abu Bakar.2004. Pantun Dan Ungkapan Indah Adat Perkahwinan Melayu:Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA)

17

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344

18

ZAINI BT.ARIFFIN NO IC 710913115344