assigment pra
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER : JANUARI/2011
KOD KURSUS : HBPS 2203
TAJUK KURSUS:PENILAIAN DAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
NAME : ROKINAH BTE ASAH
NRIC : 71092212511402
TEL. NO : 012-8658809
E mel : [email protected]
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KAMPUS TAWAU
Isi Kandungan Muka Surat
a. Pengenalan 1
b. Penilaiaan Formatif 2
c. Penilaian Sumatif 3
d. Pemilihan Penilaian Untuk Kanak-Kanak PraSekolah 4
e. Apakah Senarai Semak 4
f. Rekod Anekdot 5 - 6
g. Rekod Berterusan 6 - 9
h. Pemilihan Penilaian Kaedah formatif dan Pencapaiannya 10 -13
i. Penutup 14
j. Rujukan 15
Pengenalan
Pendidikan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun telah
mula ditekankan.Kanak –kanak merupakan individu yang menjadi tunggak generasi akan
datang.Oleh itu mereka perlu diberi didikan sejak dari peringkat kecil lagi.Seorang kanak-kanak
perkembangan yang berbeza-beza.Santrock 2008 dalam Haliza Hamzah dan N.Samuel
mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi,kognitif,sosiemosi individu
bermula diperingkat percambahan sehingga keakhir hayat.Menurutd Dr.Ragbir Kaur
perkembangan sebagai perubahan-perubahan yang sisitematik yang berterusan dalam diri
seseorang daripada ia lahir hingga akhri kehidupan atau kematian.Perubahan adalah perubahan
kualatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia.Mengikut Mok Soon Sang(2009)
perkembangan merupakan satu proses berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat matang.
Pencapaian setiap kanak-kanak telah bermula dalam lingkungan umur empat hingga
enam tahun apabila dia telah berada dalam alam persekolahan.Untuk menentukan perkembangan
seseorang kanak-kanak itu maka penilaian merupakan aspek penting yang harus diberi
penekanan oleh guru prasekolah.Pencapaian setiap seorang kanak-kanak boleh dinilai atau
diukur melalui pemerhatian seorang guru didalam kelas.Untuk itu penilaian amat penilaian amat
penting dalam mengukur setiap kebolehan mereka.Penilaian adala bermakna kita mengumpul
maklumat.Menurut Stufflebean (1977) penilaian adalah proses mengenalpasti,memperolehi dan
menyediakan maklumat yang berkenaan.Penilaian adalah bermaksud proses dimana seseorang
atau guru mengumpul maklumat untuk mengesan kemajuan seseorang kanak-kanak.Apabila
seseorang kanak-kanak telah berada didalam persekitaran sekolah tentulah guru memainkan
penting membentuk kanak-kanak itu menjadi seseorang yang seimbang dari segi perkembangan
bahasa,kognitiif,sosioemosi.fizikal dan estetika serta pendidikan agama.Pendidikan Prasekolah
menekan bahawa penilaian adalah sebahagaian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan
dijalankan secara berterusan.Ianya adalah proses maklumat tentang perkembangan dan
kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.Penilaian merupakan cara menentukan
serta mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan
dipertingkatkan.Penilaian juga merupakan satu proses yang berterusan sistematik untuk
mengumpul dan menganalis data bagi menentukan sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
tercapai.Guru akhirnya dapat membuat analisis,andaian,pertimbangan serta keputusan bagi
mengesan setiap kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran. 1
Apabila seseorang guru menjalankan penilaian ,ini membolehkan guru dapat mengambil
tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperbaiki kelemahan yang
ada bagi kanak-kanak.Terdapat dua jenis penilaian utama yang selalu digunakan untuk menilai
dan penilaian sumatif.Kedua-dua penilaian ini sama pentingnya dalam mengukur setiap
Penilaian Formatif
Penilaian formatif satu merupakan salah satu ujian yang dijalankan secara
berterusan.Ujian dijalankan sebagai cara untuk mendapatkan maklumat serta data.Penilaian
memerlukan perhatian utama dari guru penilai utama.Guru memainkan peranan utama dalam
menilai tahap I kebolehan murid.Penilaian formatif menggunakan kaedah kaedah seperti senarai
semak,rekod anekdot,rekod berterusan dan lain-lain rekod lagi.Seorang guru prasekolah
merupakan individu yang paling rapat dan banyak memahami diri kanak-kanak apabila kanak-
kanak berada disekolah .Pelbagai cara diambil untuk menilai kanak-kanak di kelas dan ianya
dari cara kanak-kanak berkominikasi,melalui hasil kerja,tingkahlaku,perbualan antara guru dan
kanak-kanak berkenaan.Penilaian formatif merupakan sejenis penilaian yang memerlukan
pemerhatian utama daripada guru ,dimana setiap topik yang diajar memerlukan penguasaan
daripada kanak-kanak iaitu setiap topic hendaklah diberi tumpuan utama sebelum berpindah
Penilaian guru menetapkan kanak-kanak akan diperhati dari pelbagai perkembangannya
untuk memudahkan guru menentukan pencapaian mereka daripada pelbagai aspek penting dan
idukelemahan yang ada.Pada asasnya penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki
pengajaran kanak,membantu kanak-kanak menguasai sesuatu topikmemperbaiki cara guru itu
mengajar berdasarkan keperluan untuk kanak-kanak dan mencari cara atau pendekatan yang
lebih mudah difahami oleh kanak-kanak.
2
Oleh itu penilaian formatif merupakan penilaian yang amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang membolehkan guru memberi tindakan susulan dan guru dapat memperbaiki
kelemahan yang ada sama bagi diri guru sendiri dan kanak-kanak.
Penilaian Sumatif
Penilaian Sumatif merupakan penilaian yang menekankan atau menentukan pencapaian
kanak-kanak pada akhir sesuatu penggal persekolahan.Penilaian Sumatif lebih menumpukan
tahap penguasaan kanak-kanak dalam satu-satu topik pembelajaran.Penilaian akan ditentukan
dengan memastikan setiap objektif objektif dalam sesuatu tajuk pengajaran dan pembelajaran
dapat dikuasai.Pemberian grid atau ganjaran akan di diberi berdasarkan markah yang
diperolehi.Penilaian Sumatif merupakan kaedah yang dijalankan untuk memudahkan setiap topik
selesai diajar dan memudahkan guru untuk membuat penilaian.Penilaian di peringkat prasekolah
merupakan cara untuk menentukan murid telah dapat menguasai setiap perkembangan.
Pemilihan Penilaian Untuk Kanak-kanak Prasekolah.
Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun adalah mereka amat
memerlukan perhatian apabila telah memasuki alam persekolahan.Apabila berada di sesebuah
kelas prasekolah tentu guru atau rakan-rakan menjadi role model yang akan diikuti atau
dicontohi oleh kanak-kanak berkenaan.Oleh itu guru memainkan peranan utama dalam
pembentukan sahsiah setiap kanak-kanak.Kanak-kanak adalah individu memerlukan tunjukajar
yang utama dan pada peringkat ini mereka amat berminat untuk mempelajari sesuatu yang baru
dalam diri mereka.Untuk itu kanak-kanak dikelas prasekolah atau kelas tadika memerlukan
tumpuan sepenuhnya oleh guru.Oleh itu pemilihan penilaian formatif amat sesuai dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas prasekolah.
Oleh itu apabila membincangkan tentang penilaian yang sesuai dilakukan disesebuah kelas
prasekolah ,melalui pengalaman selama beberapa tahun mengajar di kelas prasekolah,jelas
menunjukkan bahawa penilaian formatif merupakan penilaian yang sesuai serta berkesan untuk
seseorang guru dapat menilai tahap kebolehan,kelemahan yang ada pada setiap kanak- kanak.
3
Penilaian formatif membolehkan seorang guru mengesan memerhati
sikap ,tabiat,kelebihan,kelemahan yang ada pada setiap kanak-kanak supaya dari penilaian itu
mereka iaitu kanak-kanak dapat dinilai tahap kebolehan dan setiap kelemahan akan cuba
diperbaiki. Penilaian formatif biasanya menggunakan kaedah kaedah yang sesuai untuk kanak-
kanak contohnya melalui senarai semak,rekod anekdot ,rekod berterusan dan lain-lain.
Apakah itu Senarai semak
Senarai semak merupaka sesuatu borang yang disediakan bagi setiap pelajar dan
disertakan dengan item -item yang sesuai untuk menilai perkembangan dari segi
pengetahuan,kemahiran,sikap dan kebolehan .Senarai item akan menentukan tentang apakah
tingkah laku yang berlaku,tingkah laku dapat diperhatikan dan kekerapan tingkah laku itu
berlaku .
Contoh Borang Senarai Semak
Komponen: Bahasa dan Komunikasi
Nama Murid:…………………………… Kelas………………….
Arahan: Sila tandakan (/) dalama petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid
sudah menunjukkan kebolehannya.Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran itu
4
Hasil Pembelajaran Ulasan/Tarikh Ulasan/Tarikh Ulasan/Tarikh
Kemahiran Bertutur
1.Berinteraksi dengan mesra
- Berbual menggunakan
bahasa yang mudah dan
sebutan yang betul
-Tidak ramai
kawan
Sudah boleh
berbual semasa
berkongsi barang
Sudah ramai
kawan
2. Berinteraksi secara
sopan dan bertatasusila
Apabila
disoal,boleh
menjawab dengan
satu dua patah
perkataan
Sudah mula
menggunakan
ucapan terima
kasih dan tolong
Yakin apabila
bercakap
Sebutan jelas
3.Mengikut giliran Boleh menunggu
giliran untuk
bercakap
4.Mengikut peringkat umur Becakap
menggunakan
lebih daripada satu
ayat mudah
Rekod Anekdot
Kaedah penilaian menggunakan Rekod Anekdot adalah merupakan satu peristiwa yang
dicatat oleh guru melalui pemerhatian tentang tingkah laku yang berlainan dari sikap kanak-
kanak –kanak berkenaan dan dianggap istimewa,atau tingkah laku yang dianggap penting,unik
duntuk direkodkan.Apabila melakukan pemerhatian hendaklah melakukan penilaian dengan
mengambil kira perkara-perkara berikut:
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang
Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan.
Mengenalpasti peristiwa itu penting dan berkaitrapat dengan aspek perkembangan murid
Penulisan adalah menggambarkan tentang perkembangan bahasa,kemahiran
menyelesaikan masalah serta sesuatu peristiwa yang menarik.
5
Rekod Anekdot
Nama Murid : Nuraqilah Farwijah Bte Mohd Saiful Lizan
Umur : 5 tahun
Tarikh : 14 Februari 2010
Masa : 10 Pagi
Nama Guru : Puan Rokinah As
Catatan Ulasan
Selepas mengikuti sesi bercerita bersama guru
Noraqilah ,Grace,Nuraliah ,Nurdini,Fairus sedang
membilik semula buku cerita yang digunakan guru
untuk bercerita dan tiba-tiba Nuraqilah membaca
sedikit baris ayat Anak ayam itu
makan .Grace ,Nuraliah,Nurdini serta Fairus rakan
kepada Nuraqilah merasa terpegun dan Grace
memuji Pandai SI aqilah membaca.Guru yang
melihat keadaan itu memuji Nuraqilah kerana boleh
membaca dengan baik.
Nuraqilah merupakan anak tunggal didalam
keluarga dan menuraut ibunya dia merupakan
seorang kanak-kanak yang rajin,suka mencuba dan
selalu meminta ibu atau bapanya nmembeli buku
bacaan yang mudah .Nuraqilah kanak-kanak yang
amat berminat dengan bahan bacaan.
Rekod Berterusan
Rekod Berterusan merupakan catatan yang dilakukan oleh guru.Pada kebiasaannya penilaian
dibuat keatas individu atau kumpulan kanak-kanak .Pemerhatian yang dilakukan adalah secara
berterusan dan mengambil masa yang singkat iaitu dalam tempoh 5-10 minit.Setiap
perlakuan,tingkahlaku juga akan direkod.
6
Contoh Rekod Berterusan
Nama : Nuryanie bte Azri
Umur : 6 Tahun
Tarikh : 12 .10.2010
Masa : 10.00 – 10.10 pagi
Nama Guru : Puan Rokinah Asah
Permerhatian Ulasan
Nuryanie,Surinah,Elmah,Norazlina,Farah
merupakan rakan yang amat rapat dan mereka
sedang mebuat bangunan menggunakan blok-blok
kayu.Kelihatan ramai kanak-kanak lain sedang
cuba mengambil blok itu.
Nuryanie : Jangan ambil blok tu kami ambil
dulu tu.
Farah : Cantik nya bangunan kamu tu
Yanie kata Farah pada Yanie.
Surinah : Apa tu Yanie
Nuryanie :Mari kita buat sama-sama
Nurazlina : Tolong saya buat yang ni Yanie,
Farah.
Nuryanie mempunyai cirri cirri yang
tegas,berdikari.
Mempunyai perasaan suka menolong
Melahirkan idea yang kreatif boleh mencipta
bangunan menggunakan blok
7
Penilaian yang dijalankan menggunakan kaedah-kaedah yang diterangkan jelas menunjukkan
pada kita pemerhatian didalam kelas oleh guru tentulah dapat mengesan dengan tepat .Selain
penilaian menggunakan kaedah Senarai Semak,Rekod Anekdot,Rekod Berterusan cara lain yang
boleh diguanakan dari penilaian formatif adalah dengan menggunakan hasil kerja murid,buku
latihan atau sesi soal jawab didalam kelas.Untuk melaksanakan penilaian yang dimaksudkan juga
memerlukan langkah-langkah penting dalam proses perlaksanaan penilaian.
Untuk mendapat kesan penilaian yang baik seorang guru itu hendaklah membuat perancangan
yang teliti iaitu
Merancang
Mengenal pasti kanak-kanak yang dipilih pada satu-satu masa.
Guru memilih pembelajaran yang sesuai dan mmeberi tumpuan pada topik berkenaan.
Guru hendaklah memastikan apa yang hendak diperhatikan.
Cara merkod dan masa untuk membuat pemerhatian.
Membina item
Pemilihan item yang dipilih adalah menekankan kepada pelbagai perkara utama tujuan
penilaian,boleh diukur dengan tepat,menggunakan item item yang sesuai mengikut urutan.
Melaksanakan Penilaian
Penilaiaan adalah melalui pemerhatian dan seterusnya direkod dengan tepat,membuat senarai
semak.Perlaksanaan penilaian adalah dilakukan melalui tingkah laku kanak-kanak,perbualan dan
berdasarkan hasil kerja kanak-kanak.Pemerhatian yang dilakukan didalam atau diluar kelas boleh
dilakukan semasa aktiviti bermain pondok-pondok bersama rakan,bermain bongkah
kayu,bermain di taman permainan ,menyelesaikan masalah bersama rakan dan membuat kolaj
dalam kumpulan.
8
Untuk menjalankan pemerhatian melalui perbualan ianya boleh dilakukan melalui perbualan
atau interaksi antara murid dengan guru,perbualan antara murid,interaksi murid dengan
bahan,main peranan dalam sesi bercerita,nyanyian,hafazan serta bacaan.Manakala penilaian
melalui hasil kerja murid adalah melalui lukisan,tulisan,kraftangan,buku skrap dan lain-lain.
Setelah meneliti setiap cara penilaian,cara perlaksanaan dan cara penyimpanan rekod jelas
menunjukkan bahawa penilaian amat penting dalam aspek perkembangan
bahasa,kognitif,perkembangan sosioemosi,perkembangan fizikal ,kreativiti dan
estitika.Perkembangan yang amat penting dalam proses penilaian adalah perkembangan bahasa
dan perkembangan kognitif
Perkembangan Bahasa
Perkembangan kanak-kanak adalah amat utama dan perkembangan bahasa dan komunikasi
merupakan kemampuan menerima,memahami dan melahirkan semula.Kemampuan ini
berkembang beransur-ansur mengikut masa dan berkait antara satu sama lain.Seorang guru perlu
memahami perkembangan bahasa dan komunikasi .Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak
adalah cara berkomunikasi yang digunakan oleh guru dan kanak-kanak di prasekolah.Kemahiran
bahasa dan komunikasi adalah nadi utama dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak.Kemahiran utama dalam kemahiran berbahasa iaitu mendengar,bertutur,membaca dan
menulis.
Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif adalah proses untuk memahami,mengalami dan
mengetahui.Komponen perkembangan kognitif merupakan salah satu focus utama dalam
pendidikan awal kanak-kanak.Ianya sebenarnya merupakan penguasaan asas terhadap sains dan
matematik.Kemahiran kognitif adalah terdiri dari pengelasan,konsep ruang,konsep
nombor.Manakala konsep bagi proses sains membolehkan murid berinteraksi dengan bahan dan
fenomena alam
9
Pemilihan Penilaian Formatif Dan Kesannya Dalam Mengukur Pencapaian Kanak-kanak.
Penilaian Formatif yang dijalankan dikelas prasekolah amat bersesuaian kerana seorang guru
dapat mengesan pencapaian kanak-kanak didalam didikannya.Memerhati kanak-kanak secara
keseluruhannya didalam sebuah kelas prasekolah membolehkan guru dapat mengesan corak
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dijalankan berdasarkan tahap kebolehan kanak-
kanak.Apabila seorang kanak-kanak dinilai dengan pelbagai cara seperti melalui senarai semak
contohnya akan memberi peluang kepada guru untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang ada
pada setiap kanak-kanak,Penilaian menggunakan kaedah rekod anekdot pula dapat memberi
peluang pada kanak-kanak menunjukan sesuatu keistimewaan dalam dirinya.Kanak-kanak akan
lebih berkeyakinan serta berketrampilan dalam menonjolkan diri.Untuk melahirkan kanak-kanak
yang aktif dalam nyanyian contohnya guru akan melakukan aktiviti nyanyian secara individu
dan cara itu membolehkan pelajar yang berkebolehan dapat dikesan.Untuk melahirkan kanak-
kanak yang boleh membaca sajak ,hafazan cara untuk mengesannya melalui cara yang sama.
Hasil temu bual dengan kanak-kanak,ibubapa kanak-kanak juga membolehkan pengesanan
kebolehan yang ada pada diri kanak-kanak itu.Oleh itu aspek perkembangan bahasa dan kognitif
harus diberi perhatian Penilaian untuk aspek perkembangan bahasa membolehkan guru boleh
mengesan kanak-kanak yang mempunyai masalah sebutan iaitu melalui cara bertutur.Apabila
setiap kelemahan dari pelbagai masalah yang dihadapi oleh sebahagian dari kanak-kanak,maka
guru dapat memperbaiki cara pengajaran dan pembelajaran.Selain itu setelah kanak-kanak dapat
dikesan terutama dalam aspek pertuturan guru akan berhubang dengan ibubapa pelajar berkenaan
untuk sama-sama berusaha membaiki dan mempertingkat keupayaan untuk kanak-kanak ini
menjadi lebih baik.Selaian itu melalui hasil pemerhatian melalui soal jawab,bacaan juga
membolehkan guru mempelbagaikan cara untuk memudahkan kanak-kanak lebih berminat
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bagi aspek perkembangan kognitif pula penilaian adalah membolehkan pengesanan awal
dari aspek pengelasan,seriasi,padanan,konsep nombor,operasi nombor,pengukuran,perbandingan
ramalan ,penyelesaian masalah,konsep masa dan konsep ruang.Di sini jelas menunjukkan betapa
pentingnya aspek perkembangan kognitif diberi perhatian dalam membuat penilaian
10
.Perkembangan kognitif pada masa kita dikaitkan dengan awal matematik dan awal
sains.Keupayaan kanak-kanak dalam mempertingkat diri melalui penilaian dengan menekankan
konsep nombor serta operasi nombor.Pemilihan rekod penilaian formatif yang pelbagai
memboleh guru akan menentukan tahap kebolehan kanak-kanak.Pemerhatian terhadap kanak-
kanak dapat dilihat melalui satu contoh Rekod Pentaksiran Prasekolah berbentuk Senarai
Semak untuk kedua-dua perkembangan iaitu perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif.
Contoh Rekod Pentaksiran dan Senarai untuk komponen Bahasa dan Komponen Kognitif.
REKOD PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
SK PEKAN SEMPORNA 11,
PETI SURAT 319,91308 SEMPORNA 11
NAMA :
KELAS :
UMUR :
CITA-CITA :
11
SENARAI SEMAK
KOMPONEN BAHASA
KEMAHIRA
N
HASIL PEMBELAJARAN Menguasai Tarikh
/Tarikh
Ulasan/
Tarikh
Ulasan/
Tarikh
catatan
1.Mendengar Murid boleh
-Mengecam pelbagai bunyi
-Membezakan pelbagai bunyi
-Mengulas apa yang didengar
-Melakukan tindakbalas
2.Bertutur Murid boleh
-Bertutur dengan betul
-sebutan
-Intonasi
-jed
Bertutur dengan lancar
3.Membaca Murid boleh
Membaca dengan
betul
-sebutan,intonasi,jeda
dan nada
Membaca dengan lancar
4.Menulis Murid boleh
-Menulis secara mekanis
- Menulis dengan kemas
12
KOMPONEN KOGNITF
Kemahiran Hasil pembelajaran Menguasai Ulasan/
Tarikh
Ulasan/
Tarikh
Catatan
1.Pengelasan Murid boleh:-Mengelas objek dengan betul-Menyatakan tindakan dengan betul
2.Seriasi Murid boleh-Menyusun objek mengikut seriasi
3.Padanan Murid boleh-Memadan objek dengan betul
4.Konsep Nombor
Murid boleh-Membilang nombor 1 hingga 50-Memadan simbol dengan objek-Membina siri nombor
5.Operasi nombor
Murid boleh-Mengira menggunakan operasi tambah-Mengira menggunakan operasi tolak
6.Pengukuran Murid boleh-Mengukur objek- Merekod hasil pengukuran-Melapor
7. Ramalan Murid boleh-Membuat andaian-Ujikaji
8.Konsep masa Murid boleh-Menyatakan sesuatu urutan mengikut masa-Membuat sesuatu urutan mengikut masa
9.Konsep Ruang
Murid boleh-Menyatakan kedudukan objek dalam ruang-Membina penghubung-Membuat lingkungan-Mereka bentuk pola
10.Penyelesain Masalah
Murid boleh-Memberi cadangan yang kreatif-Membuat keputu
13
Berdasarkan kepada senarai semak yang disediakan jelas menunjukkan bagaimana
penekanan yang diberikan bagi aspek perkembangan bahasa dan kognitif adalah amat penting
untuk meningkatkan tahap kebolehan kanak-kanak dalam perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran mereka.Pemilihan penilaian formatif memudahkan guru
memperbaiki setiap kelemahan yang dihadapinya dalam penyediaan alat-alat mengajar,lembaran
kerja yang sesuai,peralatan seperti kad imbasan ,kad bergambar dan lain-lain.Untuk itu guru
akan memastikan apakah keperluan utama uyang boleh menarik minat pelajara terhadap aktivit-
aktivit didalam sesebuah kelas prasekolah.Selain guru ,ibubapa juga akan melihat setiap
kebolehan dan kelemahan yang ada pada diri anak mereka,Penglibatan ibubapa dalam hal-hal di
kelas prasekolah membolehkan mereka dapat mengesan ,membantu guru dengan menyumbang
idea bagi menceriakan lagi prasekolah tempat anak mereka belajar.Peningkatan seseorang kanak-
kanak akan menjadi baik jika ada kerjasama dari ibubapa iaitu sentiasa memantau kebolehan
anak mereka.Untuk itu apabila kerjasama erat telah berlaku tentulah setiap penilaian dapat
dijalankan dengan sebaiknya.
Kesimpulan
Perkembangan seseorang kanak-kanak adalah menjadi pendorong untuk mereka menjadi
generasi yang cemerlang pada masa depan .Oleh itu aspek penilaian yang diadakan pada setiap
kelas prasekolah amat penting untuk kemajuan sesebuah kelas prasekolah.Setiap penilaian yang
diadakan di kelas prasekolah amat penting bagi murid serta guru sendiri .Ini disebabkan guru
akan sentiasa memberi yang terbaik untu kanak-kanak dibawa kawalan.Kanak-kanak adalah
individu yang amat unik dan menjadi tugas penting bagi guru,ibubapa,kominiti masyarakat
bersama-sama memberi sumbangan yang sebaiknya untuk memajukan sesebuah kelas prasekolah
itu .-Untuk itu tindakan susulan amat penting untuk membaiki setiap kelemahan untuk
menjadikan kanak-kanak individu yang berketrampilan dalam semua aspek.
2.615 patah perkataan
14
RUJUKAN
Dr Mariani Md Nor dan Hamidah Sulaiman,HBPS 2203 Penilaian Dan Kemajuan Kanak
kanak,2009
Putri Zabariah,Bustam Kamri,Raja Hamizah,Tadika Berkualiti,PTS Professional,2007.
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia,2003.
http//aacaanjip,bravehost,com/14 minggu/03aUjian Formatif,Sumatif
http://impreschoolteacha,blogspot.com/2008/12/perkembangan bahasa
http://luthfis.wordpresss.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan kognitif
http://penilaiancomputer.blogspm/2010/10/defini-pentaksiran
15