assigment brick

30
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM DCC 1023 CIVIL ENGINEERING MATERIALS ( BRICK ) ASSIGNMENT 1 NAMA KUMPULAN : MUHAMMAD HAIRUL BIN RAMLI (06DKA14F2050) MUHAMMAD FAKHRUL HELMI BIN SHAHRIN AZALI (06DKA14F2051) IZATUL FITRI BINTI AZIZ (06DKA14F2052) MUHAMAD DYNIEL BIN SAIPOLBAHRI (06DKA14F2053) SITI AZELA BINTI MAZLAN ( 06DKA14F2054 ) NAMA PENSYARAH : ENCIK AZMI ABU BAKAR

Upload: ela

Post on 16-Jan-2016

189 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BATA

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Brick

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DCC 1023

CIVIL ENGINEERING MATERIALS

( BRICK )

ASSIGNMENT 1

NAMA KUMPULAN :

MUHAMMAD HAIRUL BIN RAMLI

(06DKA14F2050)

MUHAMMAD FAKHRUL HELMI BIN SHAHRIN AZALI

(06DKA14F2051)

IZATUL FITRI BINTI AZIZ

(06DKA14F2052)

MUHAMAD DYNIEL BIN SAIPOLBAHRI

(06DKA14F2053)

SITI AZELA BINTI MAZLAN

( 06DKA14F2054 )

NAMA PENSYARAH : ENCIK AZMI ABU BAKAR

TARIKH TERIMA TUGASAN : 13 JANUARI 2015

TARIKH HANTAR TUGASAN : 27 JANUARI 2015

Page 2: Assigment Brick

TOPIK 1 : BATA

BIL ISI KANDUNGAN

1. JENIS JENIS BATA DAN UKURAN

2. BAHAGIAN DAN DIMENSI BATA

3. PERBEZAAN JENIS JENIS BATA

4. JENIS JENIS BATA POTONG

PENGENALAN

Page 3: Assigment Brick

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.

Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah ukuran dan saiznya tidak berubah dari dulu.

Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

Rajah 1: Dimensi Bata

JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA

Page 4: Assigment Brick

Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

1.Bata tanah liat

Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya  berdaya menghasilkan bata biasa. Bata muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah liat juga dihasilkan dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu (rujuk rajah 10).

    i. Bata Biasa

Bata jenis ini tidak mempunyai kemasan tertentu di atas permukaannya.

Biasanya digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang akan ditutupi dengan lapisan lepa, atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.

  ii. Bata Muka

Page 5: Assigment Brick

Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya, sama ada bertekstur, licin atau berpasir. Warnanya adalah segaya atau berwarna-warni.

Bata ini digunakan untuk dinding muka supaya kelihatan cantik dan sifatnya hendaklah lasak terhadap cuaca.

BataMuka

Gambarajah : Jenis bata muka elok (tanah liat)

Page 6: Assigment Brick

 

Gambarajah 10: blok konkrit dan jubin 1994

  iii. Bata Kejuruteraan

Page 7: Assigment Brick

Bata kejuruteraan ialah bata yang padat

Kegunaan :

-Tembok penahan

-Dinding atau tembok-sambut yang

-Menanggung beban

-Tembok-landas dan tembok-sambut jambatan

-Pembentungan bata

-Bentuk-bentuk dinding lain yang mungkin terdedah kepada tindakan asid dan hakisan

       2. BATA TAHAN API

Page 8: Assigment Brick

      Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong, dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan

       Bata ini dibuat daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.

Bata Tahan Api

 3. BATU BATA PASIR KAPUR (KALSIUM SILIKAT)

    Bata ini diperbuat daripada bahan campuran kapur dengan pasir dan sedikit air

    Antara kegunaan bata ini ialah:

    Sesuai digunakan dalam kerja yang memerlukan kuatan yang tinggi atau sentiasa terendam di dalam air

    Bata bangunan bagi kerja memagar disebelah luar

    Bata yang diikat dengan motar

4.Bata simen

Page 9: Assigment Brick

Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

5.Blok Simen

Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi harganya dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x 1000mm adalah sama dengan mengikat 6 bata biasa.

Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan, konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau enam kali tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok berongga.

* Blok Padu

Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara. Bahan padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75 % isipadu blok dari dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).

*Blok Berongga

Blok ini  mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isipadu bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi keseluruhanya.

*Blok Bersel

Page 10: Assigment Brick

Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya diterapkan dengan menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata menghala ketas untuk menerima motar dengan senang.

Page 11: Assigment Brick

Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Saiz Blok

Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya mengikut yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok dalam

Page 12: Assigment Brick

kumpulan A dan B boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja.

Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok

Blok Panjang x Tinggi (mm)(saiz kerja)

Tebal (mm)

(Saiz Kerja)

A (ketumpatan : >1500kg/m3) 390 x 90

390 x 190

440 x 225

75,90,100,140,190

140,190

75,90,100,140,190,215

B (ketumpatan:

<1500kg m="m" span="span">3)

390 x 90

390 x 190

75, 90,100,140,190

C (ketumpatan : <1500kg m="m" span="span">3)

440 x 190

440 x 215

440 x 290

590 x 190

590 x 215

390 x 190

440 x 190

440 x 215

440 x 290

590 x 190

590 x 215

75,90,100,140,215

60,75

Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau syal yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya. Ketumpatanya kurang

Page 13: Assigment Brick

daripada 1500 kg/m3 . Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai digunakan untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan.

Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang mempunyai ketumpatan melebihi 1500kg/m3. Blok ini sesuai digunakan untuk membina tembok-tembok yang bermuka elok jika sambungannya dikemaskan dengan betul.

Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebatan yang baik. Blok ini dihasilkan daripada simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium). Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung dalam simen menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan udara. Ini menghasilkan banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ringan berpenebatan baik. Selain dari blok-blok yang tersebut diatas, blok yang berudara juga dihasilkan dengan berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam

pembinaan lubang udara tembok.

Page 14: Assigment Brick

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.:

Persediaan tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.

Membentuk bata

Terdapat tiga kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai bata buatan tangan dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

*PEMOTONGAN DENGAN DAWAI :

-TANAH LIAT DIMASUKKAN KE MESIN .-BENTUK SEGIEMPAT TEPAT BERUKURAN MUKA SISI BATA 240 mm X 125 mm YG PANJANG-IA MELALUI PENGGULING ( ROLLER) KE RANGKA BERDAWAI.-APABILA KEPINGAN TADI DITOLAK MASUK, DAWAI AKAN MEMOTONGNYA MENJADI BATA MENTAH.

*PENEKANAN DENGAN MESIN :

-TANAH LIAT BERKEADAAN PLASTIK SEPARA KERING ATAUPON PLASTIK KERAS-SECARA AUTOMATIK, TANAH LIAT DIMASUKKAN KE DALAM ACUAN DI PANGGIL (RECTANGULAR METAL DIE BOXES)-KEMUDIAN ACUAN INI DITEKAN UNTUK PROSES PEMADATANKAEDAH LAIN YG TURUT DIGUNAKAN IALAH DENGAN MENERAP BATA KE BAWAH DENGAN TEKANAN TINGGI -HASILNYA BATA MENTAH YANG SERAGAM

Page 15: Assigment Brick

*PEMBENTUKAN DENGAN TANGAN :

-MENGGUNAKAN ACUAN DARIPADA KAYU YANG DILAPIKKAN DENGAN LOGAM-ACUAN ADA DUA JENIS :*ACUAN TERBUKA ATAS DAN BAWAH*ACUAN TERBUKA ATAS SAHAJA-TANAH LIAT DIISI KE DALAM ACUAN LALU DIPADATKAN DAN DIPOTONG DIBAHAGIAN YANG BERLEBIHAN-HASILNYA PERMUKAAN YANG BAIK DAN LICIN

Pengeringan

Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran

Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau. Relau yang sering digunakan ialah :

1. Relau tunggal

2. relau bersambung ( tanur Hoffman )

3. relau terowong ( berterusan )

4. relau curam

   

Page 16: Assigment Brick

CIRI – CIRI BATA :

BATA KERAT DAWAI :

*Tidak mempunyai lekuk (frog)

*Mempunyai garis bucu yg tajam, jelas dan lurus tetapi biasanya bergerigi kerana kesan pemotongan

*Kesan keratan dawai dapat dilihat pada muka bata

• BATA TEKANAN MESIN

*Mempunyai satu atau dua lekuk. Biasanya ia mempunyai dua lekok

*Saiz dan bentuknya sebenar (tepat), tajam, lurus dan tidak putus

*Lebih berat berbanding bata kerat dawai

BATA BUATAN TANGAN :

*Ia mengandungi satu lekok

*Bentuk dan saiznya tidak sebenar dan seragam

*Lekok bata buatan tangan tidak seragam , garis bucu tidak tajam, kurang jelas dan tidak lurus

*Mempunyai warna dan tekstur yg menarik dan sesuai dijadikan bata muka.

Page 17: Assigment Brick

• Ujian Batu Bata

– tujuan untuk menentukan kualiti bata.

– Ujian-ujiannya: Ujian Mampatan, Ujian Penyerapan air Ujian penentuan garam-garam terlarut, Ujian pemeroian.

– Ujian Pemampatan: menggunakan mesin pemampat konkrit tetapi diapitkan dengan dua keping papan plywood.

– Ujian Penyerapan air : dilakukan ujian vakum atau pendidihan dalam air selama 5 jam.Peratus serapan air terhadap berat kering batu bata dikira - biasanya 3 -30%

– Ujian Garam terlarut: dilakukan analisis kimia.

– Ujian Pemeroian: menganalisis garam terhablur di permukaan sampel. Iaitu dengan membungkus sampel kecuali satu permukaan terdedah. Telungkupkan kelalang berisi air suling ke permukaan selama 24 jam, kemudian alih kelalang dan biarkan permukaan kering sendiri dalam makmal selama beberapa hari. Kemudian periksa permukaan dan kira peratusan garam terperoi di permukaan.

– Tiada - tiada kelihatan garam

– Sedikit - sehingga 10% luas permukaan bata ditutupi garam.

– Sederhana - 10% -50% luas permukaan ditutupi oleh garam.

– Tinggi - lebih 50% luas permukaan ditutupi oleh garam.

Page 18: Assigment Brick

KEGUNAAN –JENIS-JENIS BATA POTONG

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.

mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya berterusan ( tidak berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah ( rajah 13 ). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok

Page 19: Assigment Brick

setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata:

Page 20: Assigment Brick

Bahagian dan ukuran bata

Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).

Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)

Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)

Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

Aris/Segi Bata.

Tepi pepenjuru bata.

Page 21: Assigment Brick

  Istilah-istilah Dalam Kerja Bata

Di bawah ini terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kerja bata :

Sambungan Datar

Bata ini disambung secara mendatar atau mengufuk. Biasanya bagi ikatan sisi bata, ikatan kapala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

Sambungan Tegak

Merupakan susunan bata yang diikat secara menegak dan berselang antara satu sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat pada struktur binaan pada tiang lurus.

Sambungan Tindih

Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata. Lihat rajah 13. Sambungan ini terdapat pada tembok L dan juga T.

Quoin/Pepenjuru

Sambungan ini berbentuk L dan biasanya dibuat sebagai tiang dan tepi bangunan. Sambungan batanya disusun secara berselang-seli atau bertindih antara satu sama lain.

Page 22: Assigment Brick

Hujung Terhenti

Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan ( disiapkan untuk secara menegak ) ini adalah berlainan dengan tembok yang bersudut. Di mana hujungnya berakhir dengan keadaan yang lurus serta tiada pembinaan lain lagi selepasnya.

Gerigi

Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

Pepara

Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu dengan ikatan kepala bata dan menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai. Sambungan ini biasanya dibuat di atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di atas kerangka pintu atau tingkap.