assigment buku besar

Click here to load reader

Post on 14-Jun-2015

644 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Hai sahabat,Jantung merupakan organ yang sangatpenting yang dimiliki oleh manusia.Tahukah anda di mana letaknya jantung?Berapa saiz jantung anda?Apakah fungsi jantung?Dan bagaimana untuk menjaga jantung?Saiz jantung manusia lebih kurang sebesar genggaman tangan. Jantung adalah satu otot tunggalyang terletak di dalam rongga torak, di balik tulang dada. Struktur jantung berbelok ke bawah dansedikit ke arah kiri.Jantung hampir sepenuhnya diselubungi oleh paru-paru, namun tertutup oleh selaput gandayang bernama perikardium, yang melekat pada diafragma. Lapisan pertama melekat sangatrapat kepada jantung, manakala lapisan luarnya lebih longgar dan berair, untuk mengelakkangeseran antara organ dalam tubuh yang terjadi kerana kestabilan gerakan mengepam jantung.

2. Jantung dijaga di tempatnya oleh pembuluh-pembuluh darah yang meliputi kawasanjantung yang mendatar, seperti di dasar dandi samping. Dua garis pembelah (terbentukdaripada otot)pada lapisan luar jantung menunjukkan dimana dinding pemisah di antara serambi danbilik jantung.Jantung kita mula berdegup pada akhirminggu ketiga kita masih dalam peringkatfetus lagi. Ia terus menerus berdegup tanpahenti sehinggalah kita mati.Apakah jantung ini tidak penat bekerja ....? ?Pernahkah jantung ini berehat ....? ?Jika pernah, bila .....???Jantung juga seperti anggota badan yang lain, perlu rehat. Ia berehat pada waktu di antara duadenyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke badan.Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupunmenurun bergantung pada aktiviti seseorang.Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurunsewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidakaktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutanjantung akan menurun.Tahukah anda dari mana pula jantung mendapat tenaga untuk beroperasi?Jantung mendapatbekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya;sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta. 3. Pernahkah anda memeriksa tekanan darah anda?Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/80 mmHg, sebenarnya tekanan inidihasilkan oleh jantung sewaktu ia berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalammmHg) semasa jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 80 mmHg menggambarkantekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik).Angka bawah adalah lebih penting daripada angka atas. Ini disebabkan semakin tinggi angka inisemakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja ataubeban yang harus dipikul oleh jantung kita bagi memastikan bekalan darah sampai ke seluruhtubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnyamenjadi semakin keras. 4. Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaanluarnya dan endokardium di bahagian dalam.Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurangberoksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kayadengan oksigen dari paru-paru.Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah keseluruh bahagian tubuh.Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripadajantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripadaatrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalangaliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Padajantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar.Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium keventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelahkanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injapsemilunar mempunyai tiga bucu 5. Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh badan dan membersihkan badandaripada hasil metabolisme (karbondioksida).Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigendari seluruh tubuh dan mengepamnya ke dalam paru-paru, di mana darah akan mengambiloksigen dan membuang karbon dioksida. Jantung kemudian mengumpulkan darah yangberoksigen dari paru-paru dan mengepamnya kesaluran di seluruh badan.Ketika berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan mengisidarah ke dalam ventrikel kanan.Darah dari ventrikel kanan akan dipam melalui hujung pulmoner ke dalam arteri pulmonari darah(dipanggil diastol); selanjutnya jantung mengecut dan mengepam darah keluar dari ruang jantungdisebut sistol). Kedua-dua atrium mengendur dan mengecut bersama, dan kedua-dua ventrikeljuga mengendur dan mengecut sama.Darah yang kehabisan oksigen dan mengumpul banyak karbondioksida dari seluruh tubuhmengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kananterisi darah, ia akan menghalakan, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui saluranyang sangat kecil (kapilari) yang mengelilingi ruang udara di paru-paru, menyerap oksigen danmelepaskan karbon dioksida yang selanjutnya dihembuskan. 6. Darah yang banyak oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredarandarah diantara bahagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut peredaran pulmoner.Darah dalam atrium kiri akan dialir ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan mengepamdarah yang beroksigen ini melalui hujung aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalamtubuh). Darah beroksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting tubuh kita. Cuba anda bayangkan apayang akan terjadi kepada anda jika jantung anda mengalami kerosakan. Tentunya risiko yangamat berat terpaksa ditanggung. Maut!!!. Itulah pengakhirannya. Masalah jantung terbahagikepada dua iaitu penyakit jantung dan serangan jantung.Penyakit jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak dapat melaksanakantugasnya dengan baik. Hal ini disebabkan otot jantung yang lemah. Ini adalah kelainan bawaansejak lahir. Otot jantung yang lemah membuat pesakit tidak dapat melakukan aktiviti yangberlebihan dan jika ini berlaku ia akan menimbulkan rasa sakit di bahagian dada, dan kadangkalaboleh menyebabkan badan nampak kebiru-biruan. Pesakit lemah otot jantung ini mudahpengsan.Pesakit jantung juga berisiko tinggi mendapat serangan jantung.Serangan jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak berfungsi. Situasi inibiasanya berlaku mendadak, dan sering disebut kegagalan jantung untuk berfungsi.Penyebabnya adalah pelbagai, namun punca utama biasanya adalah disebabkan aliran darah keotot-otot jantung tersumbat. Ini seringkali disebut penyakit kardiovaskular.TEMPAT-TEMPAT NGERI PADA GANGGUAN JANTUNG 7. Apakah yang anda tahu tentang penyakit kardiovaskular?Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakitjantung (kardio) dan pembuluh darah (vascular). Ada tiga jenis penyakit kardiovaskular. Yaknipenyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vascular periferi.Penyakit jantung koroner adalah penyakit pembulur darah yang membekal jantung. Implikasinyatermasuk serangan jantung, sakit dada, dan degupan jantung tidak normalPotongan melintangarteri normalPengumpulan lemakpada dinding arteriKoyakan padadinding arteriPembuluh tersumbatoleh bekuan darah 8. Penyakit serebrovaskular juga merupakan penyakit pembuluh darah membekalkan darah keotak. Implikasinya meliputi stroke (kerosakan sel otak kerana kurangnya bekalan darah) dantransient ischaemic attack (kerosakan sementara pada penglihatan, kemampuan berbicara, rasaatau gerakan)Penyakit vascular periferi adalah penyakit pembuluh darah yang membekalkan darah ke tangandan kaki yang mengakibatkan rasa sakit sekali sekala serta kebas otot ketika melakukansenaman.Setelah mengetahui tentangbahaya penyakit ini, tentu andaakan berusaha untuk mengelakkan daripadanya. Oleh itu, adalah perlu bagi kita untukmengetahui apakah punca penyakit kardiovaskular ini.Serangan jantung dan stroke biasanya disebabkan oleh aterosklerosis (pengumpulan lemak)pada dinding arteri pembuluh darah yang membekalkan jantung dan otak. Tompokan lemak inilama kelamaan akan membesar dan menebal sehingga mempersempitkan arteri danmenghalang aliran darah. Akhirnya pembuluh darah akan mengeras dan bersifat kurang lentur.Gangguan kardiovaskular yang disebabkan aterosklerosis dikaitkan dengan pengurangan alirandarah kerana jantung dan otak tidak menerima bekalan darah yang cukup.Penyembatan aliran darah ini boleh mengakibatkan siri kardiovaskular yang lebih seriustermasuk serangan jantung dan stroke. 9. Adanya sumbatan darah juga bolehmenyebabkan rangkaian di arteri terkoyakyang kemudiannya membengkak dan bolehmenyebabkan seluruh darah sehinggamenyebabkan serangan jantung dan stroke.Selain itu terdapat juga faktor lain yangmenyebabkan seseorang berisiko mendapatpenyakit kardiovaskular ini. Faktor risiko initerbahagi kepada dua kumpulan, yang bolehkawal dan tidak dapat dikawal.80 peratus penyakit jantung koronari dan serebrokular disebabkan oleh faktor risiko yang bolehdikawal. Faktor risiko jantung yang boleh dikawal termasuk kadar kolesterol darah yang tinggi,hipertensi, diabetes mellitus, obesity dan gaya hidup kurang baik. Sementara faktor risiko yangtidak boleh dikawal termasuk usia, jantina, dan sejarah penyakit kardiovaskular d