assigment kpr

22
1 1.0 TAJUK KAJIAN Mengatasi Kelemahan Pelajar 4p4 Menguasai Komsas Bagi Subjek Bahasa Melayu Menggunakan : Kaedah Kad Arahan 2.0 NAMA DAN AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menegah Taman Tasik, Ampang Selangor. Nama-nama Jawatankuasa adalah: 1. Hamidah Binti Misraini (L20101006003) 2. Noorul Huda Binti Hasan (L20101006005) 3. Nurul Asyikin Binti Yusuf (L20101006002) 4. Nurul Husna Binti Mohamad Akhir (L20101005980) 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN KOMSAS ialah singkatan bagi istilah Komponen wajib Kesusteraan Melayu yang merupakan sebahagian daripada subjek Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KOMSAS mengandungi Puisi Tradisional, Puisi Moden, Prosa Tradisional, Cerpen, Drama, dan Novel. Pada tahun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Antologi Teks Komponen Kesusteraan Melayu yang baru , bagi menggantikan KOMSAS lama yang telah diamalkan di sekolah sejak tahun 2000 hingga 2009. Bahan antologi ini merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan dan matlumat lain yang bertujuan untuk pembangunan diri dan pembentukan minda setiap murid. Melalui karya-karya ini murid dapat mengenal karya sastera negara, menggalakkan budaya membaca dan menjadi saluran bagi murid memahami budaya dan citarasa masyarakat negara ini. Matlamat utama subjek KOMSAS di sekolah adalah supaya murid dapat memupuk minat untuk mengembangkan bakat penulusan dan melahirkan idea mereka sendiri serta meningkatkan kemahiran berbahasa Malaysia.

Upload: kpm

Post on 20-Jul-2015

333 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment KPR

1

1.0 TAJUK KAJIAN

Mengatasi Kelemahan Pelajar 4p4 Menguasai Komsas Bagi Subjek Bahasa Melayu

Menggunakan : Kaedah Kad Arahan

2.0 NAMA DAN AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menegah Taman

Tasik, Ampang Selangor. Nama-nama Jawatankuasa adalah:

1. Hamidah Binti Misraini (L20101006003)

2. Noorul Huda Binti Hasan (L20101006005)

3. Nurul Asyikin Binti Yusuf (L20101006002)

4. Nurul Husna Binti Mohamad Akhir (L20101005980)

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

KOMSAS ialah singkatan bagi istilah Komponen wajib Kesusteraan Melayu yang

merupakan sebahagian daripada subjek Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). KOMSAS mengandungi Puisi Tradisional, Puisi Moden, Prosa

Tradisional, Cerpen, Drama, dan Novel. Pada tahun 2010, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menerbitkan Antologi Teks Komponen Kesusteraan Melayu yang baru ,

bagi menggantikan KOMSAS lama yang telah diamalkan di sekolah sejak tahun 2000

hingga 2009. Bahan antologi ini merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi

fakta, pengetahuan dan matlumat lain yang bertujuan untuk pembangunan diri dan

pembentukan minda setiap murid. Melalui karya-karya ini murid dapat mengenal karya

sastera negara, menggalakkan budaya membaca dan menjadi saluran bagi murid

memahami budaya dan citarasa masyarakat negara ini. Matlamat utama subjek KOMSAS

di sekolah adalah supaya murid dapat memupuk minat untuk mengembangkan bakat

penulusan dan melahirkan idea mereka sendiri serta meningkatkan kemahiran berbahasa

Malaysia.

Page 2: Assigment KPR

2

Novel merupakan kepada salah satu komponen KOMSAS yang penting untuk difahami

dan diingati bagi menjawab ujian penilaian Bahasa Melayu ( dalam Kertas II) di mana

bahagian soalan novel membawa markah keseluruhan yang agak tinggi. Sehubungan

dengan itu, sekiranya pelajar tidak dapat memahami dan mengingati watak-watak dan

jalan cerita dalam novel, pelajar akan menghadapi masalah untuk menjawab dengan baik

untuk ujian Kertas II. Antara tajuk-tajuk novel yang digunakan di sekolah di seluruh

Malaysia adalah Azfa Hanani, Papa-Akhirnya Kau Tewas Juga, Renyah dan Melunas

Rindu. Empat buah novel ini digunakan berbeza-beza mengikut kawasan negeri .

4.0 PERNYATAAN MASALAH

Melalui pemerhatian yang kami buat di dalam kelas 4P4, Sekolah Menengah Kebangsaan

Taman Tasik iaitu seramai 20 orang murid didapati menunjukkan sikap tidak minat untuk

mempelajari dan mengkaji novel Papa. Selain itu, melalui temubual yang kami jalankan

dengan Pn. Zubaidah bt Zubir selaku guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran

KOMSAS menyatakan bahawa pelajarnya tidak meminati untuk mempelajari setiap

komponen yang terkandung dalam KOMSAS iaitu salah satunya adalah novel.

Di samping itu, berdasarkan Penilaian Ujian Bulanan (Ogos 2010), didapati keputusan

mereka sangat tidak memuaskan dan kesemua mereka gagal dengan peratusan yang

sangat rendah. Markah yang paling tinggi adalah 35%, manakala paling rendah adalah

15%. Berdasarkan kertas jawapan mereka didapati kebanyakan pelajar tidak menjawab

bahagian D, iaitu novel KOMSAS.

Selain itu, kami juga telah membuat soal selidik ke atas pelajar 4P4 untuk mengetahui

maklumat berkaitan salah satu komponen sastera iaitu novel. Berdasarkan soal selidik

yang dijalankan, didapati kebanyakan pelajar khususnya yang berprestasi rendah,

memandang ringan akan perkara ini dan sesetengahnya pula mengandaikan Bahasa

Melayu mudah dan tidak perlu diberi tumpuan yang sungguh-sungguh. Selain itu, semua

pelajar mennyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari kandungan novel

dan sukar untuk memahami, membayangkan dan mengingati keadaan persekitaran yang

dimaksudkan di dalam elemen sastera tersebut.

Page 3: Assigment KPR

3

Hasil daripada temubual dengan cikgu Zubaidah binti Zubir iaitu guru Bahasa Melayu

yang mengajar kelas 4P4 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik mendapati

bahawa masalah yang dihadapi semasa proses p&p KOMSAS ialah murid sukar

memahami dan mengingat jalan cerita yang terdapat di dalam novel. Selain itu,

disebabkan oleh minat membaca dikalangan murid adalah kurang justeru, sukar bagi guru

tersebut untuk menarik perhatian semasa mengajar KOMSAS.

Berdasarkan permasalahan ini, telah menimbulkan minat kami sebagai penyelidik untuk

mengkaji cara mengatasi pelajar yang tidak minat belajar komponen sastera novel dan

cara terbaik yang dapat membantu pelajar untuk mengingati dan memahami setiap watak

dan jalan cerita yang terkandung di dalam novel dan seterusnya membantu pelajar dalam

menguasai ilmu sastera.

Kertas kerj ini akan mengutarakan beberapa cadangan kreativiti yang dapat diaplikasikan

dalam membuat perancangan dan pelaksanaan P&P untuk diteliti, diteladani ataupun

disesuaikan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya untuk meningkatkan

motivasi pelajar ke arah meminati dan mencintai bahasa Melayu dan seterusnya

memudahkan mereka untuk mengingati jalan cerita dan peranan setiap watak yang

terkandung di dalam novel . Sehubungan dengan itu, dapat meningkatkan pencapaian

mereka dalam subjek KOMSAS.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Memupuk minat pelajar terhadap setiap komponen yang terkandung dalam mata

pelajaran KOMSAS iaitu terutamanya novel dan seterusnya meningkatkan daya

kefahaman dan ingatan mereka terhadap kandungan di dalam novel dan seterusnya

meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran KOMSAS.

Page 4: Assigment KPR

4

Objektif Khusus

1. Menggunakan pelbagai kaedah adan strategi pengajaran agar dapat menarik minat

pelajar terhadap komponen yang terkandung dalam KOMSAS iaitu novel.

2. Mengelakkan kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran KOMSAS yang

lebih menarik dan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih berkesan.

3. Menyokong teras pembentukan individu dari segi pemupukan ilmu, kemahiran dan

nilai dan seterusnya dapat memperkukuh kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari

serta menguasai ilmu sastera.

4. Penerapan elemen-elemen dalam karya satera mampu menjadikan murid seorang

insan yang berfikir tentang kebaikan, kebenaran, kehalusan budi pekerti, kesantunan

bahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan seterusnya menghargai kehidupan dan

nilai kemanusiaan.

5. Mengemukakan pelbagai kaedah dan pendekatan dan teknik yang dapat digunakan

oleh guru semasa menjalankan P&P KOMSAS serta mengubah amalan guru atau

sikap guru kepada P&P yang lebih berkesan dan menyeronokkan.

6.0 METADOLOGI KAJIAN

6.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam perkembangan kajian tindakan terdapat beberapa model yang dikemukakan oleh

beberapa pengkaji seperti Stephen Kemmis, John Elliot, Dave Ebbutt, Jack Whitehead

dan lain-lain. Namun secara teorinya setiap model terdiri daripada beberapa konsep asas

yang sama iaitu pemerhatian; pengumpulan data; tindakan, dapatan dan refleksi. Dalam

proposal kajian tindakan ini model Somekh telah dipilih untuk melaksanakan tindakan.

Page 5: Assigment KPR

5

Rajah 1: Model Somekh (1989)

Kajian tindakan ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tidakan

seperti model berikut:

Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan Masalah

Langkah 2 - Mengumpul Data

Langkah 3 - Menganalisa Data

Langkah 4 - Perancangan Tindakan

Langkah 5 - Pelaksanaan Tindakan

Langkah 6 - Pemerhatian dan Menganalis Data

Langkah 7 - Refleksi dan Analisis

6.2 Sasaran Kajian

Kajian ini akan melibatkan seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4P4, SMK Taman Tasik

Ampang, iaitu terdiri daripada 9 pelajar perempuan dan 11 pelajar lelaki. Daripada 9

pelajar perempuan terdapat 2 orang pelajar Cina dan 2 pelajar India dan selebihnya

pelajar Melayu. Manakala pelajar lelaki pula terdiri daripada 2 orang pelajar Cina, 2

orang pelajar India dan bakinya adalah pelajar Melayu. Murid ini merupakan murid yang

sangat lemah dalam semua mata pelajaran dan tidak berminat untuk membaca.

Page 6: Assigment KPR

6

6.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian akan digunakan 4 kaedah pengumpulan data untuk menganalisis kajian;

Ujian Pertengahan Tahun 2010, pemerhatian, temubual dan soalselidik.

6.3.1 Analisis Ujian Pertengahan Tahun 2010 (rujuk lampiran)

Ujian Pertengahan Tahun telah diadakan dengan bantuan guru Bahasa Melayu

kelas 4P4 bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar sebelum kajian

tindakan diadakan. Soalan-soalan ujian adalah soalan esei untuk novel. Berikut

adalah maklumat tentang markah pelajar.

Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian pra pelajar-pelajar 4P4. Berdasarkan

maklumat yang diperoleh, didapati kesemua pelajar tidak lulus ujian, dengan

markah tertinggi hanya 35% dengan markah terendah 15%. Daripada analisis

ujian pra, didapati kebanyakan pelajar langsung tidak menjawab soalan dan hanya

meneka jawapan sahaja. Ini menunujukkan tindakan perlu dilakukan segera bagi

mengatasi masalah ini.

6.3.2 Soal Selidik (rujuk lampiran)

Borang soal selidik disediakan dan telah diedarkan kepada murid-murid sasaran

iaitu murid 4B4, seramai 20 orang untuk mengetahui maklumat yang berkaitan

dengan mata pelajaran KOMSAS terutamanya komponen novel serta sikap atau

gaya belajar mereka terhadap mata pelajaran KOMSAS. Borang ini diisi oleh

murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Page 7: Assigment KPR

7

Berdasarkan Jadual 1 iaitu jadual soal selidik berkaitan mata pelajaran KOMSAS

dan salah satu komponennya iaitu novel. Berdasarkan soal selidik yang

dijalankan, didapati 18 orang murid (90%) tidak meminati mata palajaran

KOMSAS dan tidak minat mempelajari komponen novel dalam KOMSAS. Selain

itu, hanya terdapat 3 oarang murid(15%) yang dapat memahami istilah yang

digunakan dalam jalan cerita novel ‘PAPA- Akhirnya Kau Tewas Juga’. Di

samping itu, 18 orang murid (90%) mudah lupa jalan dalam novel ini dan 15

oarang murid (75%) mengatakan bosan untuk belajar novel ini. Akhir sekali,

semua murid (100%) tidak berupaya untuk menjawab ujian KOMSAS (novel)

dalam masa yang ditetapkan.

6.3.3 Pemerhatian dalam proses P&P

Kami telah membuat pemerhatian selama 45minit ke atas pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas 4 Perdagangan 4, SMK Taman

Tasik. Kelas ini terdiri daripada pelajar yang tidak berminat untuk belajar dan

lemah dalam semua mata pelajaran. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun

Bahasa Melayu tahun 2010, menunjukkan bahawa hanya sepuluh orang pelajar

sahaja yang lulus dalam kelas tersebut. Daripada skor yang diperolehi, didapati

ramai pelajar mendapat markah yang rendah dalam komponen KOMSAS

berbanding bahagian lain seperti tatabahasa, rumusan, pemahaman dan

sebagainya. Guru Bahasa Melayu kelas tersebut juga memberitahu bahawa ramai

pelajar menjawab soalan dengan salah dan juga tidak menjawab langsung soalan

dalam bahagian tersebut. Sehubungan dengan itu, kami berminat untuk

menjalankan kajian tindakan dalam mengatasi kelemahan pelajar menguasai

KOMSAS kerana pelajar kelas 4P4 tidak dapat menjawab soalan KOMSAS

dengan baik.

Daripada pemerhatian kami, di awal pembelajaran kami mendapati ramai pelajar

memberi perhatian dengan mendengar penerangan guru dan mencatat nota

berkaitan. Setelah 15minit berlalu, kami mendapati ramai pelajar-pelajar kelihatan

seperti bosan untuk belajar subjek KOMSAS ini. Mereka menunjukkan tanda-

Page 8: Assigment KPR

8

tanda tidak berminat untuk belajar seperti bersembang dengan kawan, membuat

kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan mata pelajaran tersebut, mengganggu

rakan-rakan dan sebagainya. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh kaedah

pengajaran yang digunakan tidak menarik dan pelbagai menyebabkan pelajar

tidak berminat untuk memberi perhatian. Guru tersebut hanya mengajar

berpandukan buku dan mencatat isi-isi penting di papan hitam seperti biasa. Di

samping itu, guru tersebut juga menggunakan kaedah pantun tetapi peningkatan

dilihat adalah sangat rendah. Ini mungkin disebabkan kaedah yang diaplikasikan

tidak berkesan kerana pelajar enggan untuk memberi kerjasama kepada kaedah

yang digunakan. Mereka banyak bermain dan tidak serius apabila proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung menyebabkan pengajaran tidak

berkesan.

Untuk mempelajari KOMSAS ini, guru seharusnya melibatkan pelajar secara

aktif dalam pengajaran dan pembelajaran seperti melakonkan semula watak dalam

cerpen, menyanyi, dan sebagainya. Apabila pelajar melibatkan diri, mereka akan

mudah mengingat apa yang telah mereka lakukan semasa di dalam kelas

berbanding dengan hanya mendengar guru bercerita sahaja. Oleh itu, kami ingin

mencadangkan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

dengan kaedah biasa yang selalunya digunakan oleh guru iaitu kaedah kad arahan.

6.3.4 Temubual (rujuk lampiran)

Hasil daripada temubual dengan cikgu Zubaidah binti Zubir iaitu guru Bahasa

Melayu yang mengajar kelas 4P4 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik

mendapati bahawa masalah yang dihadapi semasa proses P&P KOMSAS ialah

murid sukar memahami dan mengingat jalan cerita yang terdapat di dalam novel.

Selain itu, disebabkan oleh minat membaca dikalangan murid adalah kurang

justeru, sukar bagi guru tersebut untuk menarik perhatian semasa mengajar

KOMSAS. Tindakan yang telah diambil oleh guru tersebut ialah dengan

mengarang pantun berdasarkan inti pati cerita dalam novel bagi memudahkan

murid mengingat jalan cerita novel tersebut. Di samping itu, bagi menarik

Page 9: Assigment KPR

9

perhatian murid, pertandingan mengarang pantun telah diadakan dan pantun yang

mempunyai banyak input tentang novel akan diberi ganjaran. Hasil daripada

tindakan tersebut didapati pencapaian murid meningkat di mana terdapat seorang

murid lulus di dalam subjek Bahasa Melayu dalam kelas tersebut pada penilaian

ujian bulanan Ogos/2010 berbanding semua murid gagal dalam penilaian ujian

bulanan Februari/2010. Walaupun terdapat peningkatan tetapi hasilnya masih lagi

tidak memuaskan. Kebanyakan murid meninggalkan soalan bahagian KOMSAS

kerana tidak faham dan ingat jalan cerita yang terdapat di dalam novel dan

mereka banyak memperoleh skor di bahagian penulisan berbanding KOMSAS.

6.4 Metod analisis

Terdapat dua metod analisis iaitu:

1) Ujian Pra dan Ujian Pos (rujuk lampiran)

2) Pemerhatian : Analisis secara perbincancangan tentang tindak balas pelajar semasa

pengajaran

7.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, oleh sebab itu tiada satu kaedah

mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. Guru harus mempelbagaikan kaedah dan

aktiviti pembelajaran supaya pelajar dapat belajar dengan berkesan. Ada tiga gaya

pembelajaran pelajar:

1. Gaya pembelajaran visual : pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan melihat:

a) huruf atau perkataan

b) benda, gambar atau gambarajah

c) demonstrasi, tindakan dan lakonan.

2. Gaya pembelajaran audio: pelajar dalam kumpulan ini suka dengan mendengar atau

bercakap seperti:

a) Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain

b) Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan

Page 10: Assigment KPR

10

3. Gaya Pembelajaran Kinestatik: pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan

membuat atau melakukan sesuatu seperti:

a) Menulis atau melukis sesuatu

b) Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi atau projek.

Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, guru harus

menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan ketiga-tiga gaya tersebut.

Kaedah pembelajaran yang dicadangkan ialah Kaedah pembelajaran yang dipilih

adalah pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Tiga kad tugasan yang dicadangkan

dalam kad arahan:

1. Muzium Lilin atau Main Peranan

2. Lirik Lagu

3. Peta lakaran

7.1 Muzium Lilin

Muzium Lilin merupakan satu situasi di mana kesemua watak-watak dalam suasana

berkenaan berada dalam keadaan kaku dan tidak bergerak seperti lilin sehinggalah

mereka diarahkan bergerak.

Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar dalam kumpulan berkenaan akan menjadi pelakon

kepada watak lilin. Ini bermakna, pelajar-pelajar terbabit akan memegang watak-

watak tertentu dalam babak berkenaan dan melakonkannya secara kaku dalam

beberapa tempoh tertentu berdasarkan arahan daripada pengarah (ketua kumpulan).

Ketua kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk menerangkan situasi berkenaan

kepada rakan sekelas diikuti oleh ahlinya untuk menerangkan secara teperinci

mengenai watak yang dipegang masing-masing.

7.2 Jangan Lupa Lirik

Kaedah pembelajaran menggunakan lirik lagu memerlukan usaha sama daripada

pelajar dan juga guru. Guru akan menghasilkan lirik lagu terlebih dahulu dan

memperkenalkan kepada pelajar. Seterusnya, pelajar akan menyanyikan lirik lagu

Page 11: Assigment KPR

11

tersebut mengikut lagu kesukaan mereka supaya mereka mudah mengingat fakta-

fakta dan isi penting.

Di dalam lirik lagu yang telah disediakan terdapat isi penting berkaitan dengan watak

dan perwatakan, persoalan, pengajaran dan nilai-nilai yang terdapat dalam novel.

Kami telah memilih novel “PAPA..kau tewas jua akhirnya” untuk diadaptasikan

dalam bentuk lirik lagu. Dalam novel tersebut, terdapat unsur nilai, pengajaran, tema

dan persoalan dan watak dan perwatakan, latar (masa, tempat, dan masyarakat) serta

gaya bahasa yang akan dibincangkan.

7.3 Leornado Da Vinci

Nama kaedah ini diambil sempena nama tokoh pelukis terkenal dengan lukisan

Monalisa iaitu Leornardo Da Vinci. Seperti nama yang telah diberikan kaedah ini

memerlukan pelajar melukis gambar mengenai watak-watak dan dan kemudian

menceritakan jalan cerita yang terdapat di dalam novel yang dibaca iaitu “

PAPA..Kau Tewas Jua Akhirnya”.

Kemudian pelajar membentangkannya di hadapan kelas. Setiap ahli kumpulan perlu

melibatkan diri dalam membentangkan tugasan

Akhir sekali guru akan memberi ulasan atau komen ke atas perbentangan tersebut.

8.0 PROSES PELAKSANAAN TINDAKAN

Sebagai langkah pertama dalam P&P, ialah memaklumkan kepada pelajar masalah yang

dikenal pasti dan menjelaskan kepada mereka kepentingan dan kelebihan sekiranya

mereka menggunakan kaedah pembelajaran Kad Arahan untuk mempelajari KOMSAS

(Komponen Kesusateraan Melayu).

Kemudian guru menerangkan konsep permainan Kad Arahan yang mengandungi

beberapa arahan iaitu Muzium Lilin (Lakonan), Leornado Da Vinci (Lakaran) dan Jangan

Lupa Lirik (Lirik Lagu)

Page 12: Assigment KPR

12

Aktiviti 1(Minggu Pertama)

Pada pengajaran dan pembelajaran guru mengarahkan murid membaca buku teks dan

buku rujukan terlebih dahulu.

Guru akan mengedarkan nota ringkasan guru untuk keseluruhan tugasan dalam Kad

Arahan

Pelajar akan membaca dan memahami nota tersebut untuk melaksanakan tugasan

masing-masing pada pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.

Aktiviti 2 (Minggu Kedua)

Guru mengarahkan murid membaca buku teks atau buku rujukan untuk kali kedua.

Guru akan mererangkan lebih lanjut fakta-fakta atau isi-isi kepada pelajar

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ketua kumpulan dilantik

Beberapa Kad Arahan diletakkan di atas meja guru, dan kemudian ketua kumpulan

yang telah dilantik akan mencabut kad arahan atau tugasan yang perlu dilaksanakan

oleh setiap kumpulan.

Setiap kumpulan diberikan masa untuk membincangkan tugasan mereka dan peranan

masing-masing untuk melaksanakan arahan tersebut.

Setelah selesai, setiap kumpulan yang diketuai ketua kumpulan akan membentangkan

dan melaksanakan tugasan mereka dalam Kad Arahan yang telah ditetapkan.

Rajah 1: Kad Arahan

Kad Arahan

Muzium Lilin Leornado

Da Vinci

Jangan Luipa Lirik

Lagu

Page 13: Assigment KPR

13

Rajah 2: Tindakan yang perlu diambil oleh guru (Minggu 1)

Rajah 3: Tindakan yang perlu diambil oleh pelajar (Minggu 2)

Ketua kumpulan dilantik untuk

mengambil Kad Arahan

tugasan

Ketua kumpulan berbincang dengan ahli kumpulan cara untuk

melaksanakan tugasan mereka

Ketua kumpulan dan ahli kumpulan membentang dan

melaksanakan tugasan mereka

Guru mengarahkan murid membaca buku teks dan buku

rujukan terlebih dahulu.

Guru akan mengedarkan nota ringkasan guru untuk keseluruhan

tugasan dalam Kad Arahan .

Pelajar akan membaca dan memahami nota tersebut untuk melaksanakan

tugasan masing-masing pada pengajaran dan pembelajaran berikutnya.

Page 14: Assigment KPR

14

8.1 Muzium Lilin (Main Peranan)

Contoh kad tugasan :

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Setelah ketua kumpulan menarik salah satu kad tugasan yang terletak di atas meja guru di

depan kelas, mereka dikehendaki melaksanakan tugasan iaitu “aksi-aksi kaku” freeze

movement bagi menggambarkan sesuatu peristiwa.

Mereka kemudian berbincang tentang satu gambaran yang paling sesuai bagi

menjelaskan babak yang dibaca. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk menjadi

pengarah dan memberikan penjelasan tentang babak atau senario yang telah dipilih.

Semasa pembentangan, ahli kumpulan diminta melakonkan aksi kaku bagi

menggambarkan senario tersebut.

Semasa menjelaskan tentang senario tersebut, ketua kumpulan perlu menerangkan

peranan setiap ahli kumpulannya dan mengapa mereka kelihatan seperti yang

digambarkan. Ketika penerangan ini setiap pelakon atau ahli kumpulan mesti

membekukan dirinya seperti patung lilin sehingga selesai penjelasan tersebut.

Setelah selesai penerangan ketua kumpulan, ahli kumpulan boleh bergerak daripada aksi

kaku (aksi kaku berakhir), kemudian setiap ahli bertanggungjawab menerangkan tentang

watak dan perwatakan yang dipegang masing-masing.

Tugasan 1 (Muzium Lilin @ Main Peranan)

Baca dengan teliti babak novel KOMSAs(PAPA… kau Tewas Jua

Akhirnya…. (m/s 145-146) Kumpulan anda dikehendaki

merangka satu gambaran yang menjelaskan peristiwa tersebut. Pilih beberapa orang ahli unntuk memainkan peranan mengikut

keperluan dalam bahagian tersebut untuk dilakonkan dalam lakon

kaku. Pilih seorang ketua untuk menjelaskan keseluruhan bahagian babak tersebut.

Page 15: Assigment KPR

15

Contoh penerangan oleh Ketua Kumpulan

“Ini adalah antara gambaran iaitu babak-babak akhir dalam novel “Papa…Kau Tewas Jua

Akhirnya”. Itu ialah Papa Julia (En. Jefri) dan Mama Julia (Intan Marliana), Julia, Aisyah

(isteri kedua papa) dan Mak Cik Noraini (pembantu rumah) (menunjuk kepada suasana

sedih yang menyelubungi papa, mama dan Julia). Mama terbaring kaku di atas katil,

sementara Julia sedang memangku kepala mama sambil menangis meratapi kematian mama,

papa pula sedang mengesat air mata dan Aisyah kelihatan berada dalam situasi kesedihan dan

serba salah dan sementara Mak Cik Noraini cuba sedang menenangkan Julia. (Ketua

kumpulan menerangkan serba sedikit kenapa peristiwa berlaku). Kemudian setelah

lakonan muzium lilin berakhir, setiap ahli kumpulan (pelakon-pelakon babak)

menerangkan tentang latar (masa, tempat, masyarakat) watak dan perwatakan, tema dan

persoalan, gaya bahasa serta nilai dan pengajaran yang didapati daripada novel.

8.2 Jangan Lupa Lirik

Arahan :

Berdasarkan lirik lagu yang telah diberikan, anda dikehendaki menyanyikan lagu

mengikut lagu kegemaran anda. Kemudian, anda dikehendaki untuk membincangkan

tentang Watak dan Perwatakan, Tema dan Persoalan, Nilai dan Pengajaran serta Gaya

Bahasa dalam novel “ PAPA ..Kau Tewas Jua Akhirnya..” berdasarkan lirik yang

tersebut. Semua ahli dikehendaki membuat pembentangan.

Julia gadis tinggal di bandar, Bijak gigih rajin usaha,

Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas pemaaf pula.

Page 16: Assigment KPR

16

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Selepas mencabut kad arahan, pelajar dikehendaki menyanyi mengikut lagu kesukaan

mereka (contohnya lagu Rasa Sayang Heh).

Pelajar dalam kumpulan tersebut akan berbincang mengenai arahan yang tertera

dalam kad arahan (soalan adalah berkaitan dengan gaya bahasa, latar (masa, tem,pat

dan masyarakat), watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran serta tema dan

persoalan.

Mereka dikehendaki untuk mencatat hasil perbincangan pada transparensi/powerpoint

untuk memudahkan proses pembentangan nanti.

Setiap ahli dalam kumpulan ‘Jangan Lupa Lirik’ dikehendaki mengambil bahagian

dalam pembentangan. Masa diperuntukkan adalah 30 minit.

Guru memberi komen tentang persembahan dan isi kandungan pembentangan serta

membuat kesimpulan tentang keseluruhan hasil tugasan dan aktiviti yang dijalankan.

Akhir sekali, semua pelajar di dalam kelas dikehendaki menyanyikan lagu yang telah

dipilih secara beramai-ramai dengan menggunakan lirik lagu mudah ingat tersebut.

Contoh penerangan berdasarkan lirik lagu tersebut:

Tema &

Persoalan

Julia gadis tinggal di bandar, Bijak gigih rajin usaha

Tabah cekal berani dicabar, Waspada tegas jujur ikhlas pula.

Watak dan

Perwatakan Latar &

Gaya Bahasa

Nilai & Pengajaran

Page 17: Assigment KPR

17

- Daripada lirik yang dikarang, pelajar boleh menentukan sendiri lagu yang ingin dinyanyikan

bergantung kepada kesukaan mereka (contohnya, lagu Rasa Sayang Heh)

- Berdasarkan lirik lagu tersebut, mereka dapat menjawab empat soalan berkaitan dengan novel

iaitu watak Julia, tema dan persoalan, nilai danm pengajaran yang terdapat dalam novel

tersebut. Cara ini dapat memudahkan pelajar untuk mengingat isi-isi penting yang terdapat

dalam novel tersebut dan seterusnya menerangkan dengan lebih mendalam .

Berikut adalah antara contoh jawapan yang sepatutnya diberikan oleh pelajar:

Watak & perwatakan utama

1) Julia seorang yang bijaksana/pintar

Contoh: Julia bijak dalam pelajarannya, walaupun terpaksa menjaga ibunya yang sakit

dan koma dia tetap berjaya melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA.

2) Julia seorang yang gigih, tekun dan rajin berusaha

Contoh: Julia gigih, tekun dan rajin berusaha untuk berjaya dalam pelajarannya sehingga

akhirnya dia dan berjaya dalam SPM.

3) Julia seorang yang tabah, cekal dan sabar mengharungi rintangan hidup.

Contoh: Julia pula tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian

adik kembarnya dan menjaga ibunya yang koma selama tiga tahun.

4) Julia seorang yang penyayang dan sanggup berkorban demi ibunya

Contoh: Julia sangat menyayangi papanya kerana dia membenarkan papanya berkahwin

lain demi kebahagian papanya. Julia juga sanggup menjaga ibunya yang koma kerana

sayangkan ibunya.

5) Julia seorang yang tegas / tetap pendirian.

Contoh:Walaupun papanya tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana

latar belakang dan keturunan Rasylan, namun Julia tetap jujur dan ikhlas meneruskan

persahabatannya dengan Rasylan.

Page 18: Assigment KPR

18

Contoh jawapan tentang persoalan

1) Kegigihan seorang wanita menghadapi cabaran.

Contoh: Julia gigih dan tekun dalam pelajarannya sehingga dia berjaya melanjutkan

pelajarannya dia matrikulasi UIA

2) Ketabahan dan kecekalan menghadapi masalah kehidupan.

Contoh: Julia tabah, cekal dan sabar mengharungi dugaan hidup selepas kematian adik

kembarnya dan redha dengan perkahwinan kedua papanya.

Contoh jawapan tentang nilai

1) Kebijaksanaan.

Contoh: Julia bijaksana dalam mengatasi kemelut yang dihadapi iaitu ibunya yang

terlantar koma, kematian adik kembarnya dan perkahwinan kedua papanya.

2) Kegigihan/ketekunan

Contoh: Julia gigih dan tekun untuk belajar walaupun menerima ujian dan dugaan.

3) Ketabahan/kecekalan

Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan dalam hidupnya iaitu ibunya yang terlantar

koma.

Contoh jawapan tentang pengajaran

1) Kita hendaklah menggunakan menyayangi ibu dan bapa

Contoh:Julia sanggup menjaga ibunya yang terlantar koma selama tiga tahun dan

membenarkan perkahwinan kedua papanya demi kasih sayangnya pada mama dan

papanya.

2) Kita mesti gigih/tekun berusaha demi mencapai kejayaan.

Contoh: Julia gigih tekun berusaha belajar untuk mencapai kejayaan walaupun menerima

ujian dalam hidup

Page 19: Assigment KPR

19

3) Kita hendaklah tabah/cekal menghadapi sebarang cabaran demi mencapai kejayaan.

Contoh: Julia tabah menghadapi rintangan untuk menjaga ibunya yang sakit

4) Kita mestilah ikhlas dalam bersahabat

Contoh: Julia ikhlas bersahabat dengan Rasylan walaupun mengetahui Rasylan adalah

anak luar nikah.

8.3 Leornado Da Vinci

Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan perlu

melantik seorang ketua dan setiap ketua perlu mencabut satu kad arahan.

Setiap kumpulan perlu berbincang dan melukis gambar watak-watak dan jalan cerita

yang terdapat pada kad arahan.

Pelajar perlu menerangkan gambar-gambar yang dilukis serta mengaitkan gambar-

gambar tersebut dengan watak dan perwatakan dalam novel “Papa-Akhirnya kau

Tewas Juga”.

Langkah 4 : Guru akan memberi ulasan dan komen ke atas perbentangan tersebut.

Contoh Kad Arahan:

Tugasan 1

Anda dikehendaki melukis watak-watak utama

danmenerangkan jalan cerita dalam novel

“Papa-Akhirnya Kau Tewas Juga” yang

bertemakan kasih-sayang antara ahli keluarga

dan membentangkan peranan –peranan yang

dimainkan oleh setiap watak.

Page 20: Assigment KPR

20

Cntoh Lukisan :

Contoh Jawapan :

Penerangan Watak dan Perwatakan

1. Papa

Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama

koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual

dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah

berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa

melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana

bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu

kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.

2. Mama

Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun

dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan

koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya

walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.

Page 21: Assigment KPR

21

3. Julia

Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan

Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.

9.0 KESIGNIFIKANAN KAJIAN.

Daripada proposal yang telah dicadangkan ini, guru-guru Bahasa Melayu dapat

menjadikannya sebagai salah satu cara untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan

kefahaman pelajar mengenai sesuatu yang dipelajari.

Selain itu, proposal ini juga dapat mengukuhkan daya ingatan setiap pelajar untuk

mengingat fakta-fakta dan isi-isi penting yang terdapat di dalam sesuatu topik. Di

samping itu, guru-guru dari sekolah lain juga boleh menjadikannya satu panduan untuk

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.

Justeru, ini adalah satu usaha untuk meningkatkan prestasi semua pelajar dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam bahagian KOMSAS.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN.

BIL

PECAHAN KEPALA

JUMLAH

1.0 1.1 Perjalanan RM 100.00

2.0 2.1 Bahan dan alatan bantuan mengajar RM 50.00

2.2 Percetakan soal selidik/ujian RM 10.00

2.3 Percetakan modul/ bahan pengajaran RM 20.00

2.4 Percetakan laporan kajian RM 10.00

3.0 3.1 Perbelanjaan mesyuarat RM 10.00

3.2 Hadiah RM 30.00

4.0 Jumlah RM 230.00

Page 22: Assigment KPR

22

11.0 JADUAL KERJA

PERKARA TARIKH

Mesyuarat Jawatankuasa 10/07/2010

Penulisan kertas kerja 15/07/2010

Mesyuarat perancangan 17/07/2010

Mesyuarat pembinaan ujian pra, pos, soal selidik 22/07/2010

Perlaksanaan ujian pra 01/10/2010

Memproses data ujian pra 03/10/2010

Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 07/10/2010

Analisis data ujian pra, dan pemerhatian 11/10/2010

Pelaksanaan Tindakan 13/10/2010

Perlaksanaan ujian pos 27/10/2010

Refleksi dan penilaian 29/10/2010

Penulisan laporan kajian 30/11/2010

Pemurnian laporan 31/10/2010