assigment bmm 2014

of 23/23
20 ITEM UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN , 1. Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, --------dimarahi bapanya kerana bermain hujan. sehingga basah kuyup. A dia C mereka B beliau D kalian ARAS : PENGETAHUAN : 2. Pertandingan bercerita sekolah rendah negeri Selangor akan diadakan pada bulan hadapan. A di pada C dalam di B antara…di D di…di ARAS :KEFAHAMAN

Post on 27-Sep-2015

222 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

20 ITEM UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN, 1.

Sebaik-baik sahaja tiba di rumah, --------dimarahi bapanya kerana bermain hujan. sehingga basah kuyup.AdiaCmerekaBbeliauDkalian ARAS : PENGETAHUAN:

2. Pertandingan bercerita sekolah rendah negeri Selangor akan diadakan pada bulan hadapan.AdipadaCdalamdiBantaradiDdidi ARAS:KEFAHAMAN

3.

Pada Hari Raya ramai kaum lelaki memakai baju Melayu dan mereka kelihatan amat ______.AcantikChodohBtampan Dcomot ARAS :KEFAHAMAN

4. _____ Azim cacat anggota dia berazam untuk berjaya seperti orang lain.AWalaupuntetapiBBaikmahupunCBukan sahaja tetapi jugaDSedangkan inikan pulaARAS:KEFAHAMAN

5.

Semangat patriotisme Encik Lim semakin ______ menjelang Hari Kebangsaan.Aberapi-apiBberdegup-degapCberkobar-kobarDberkibar-kibar ARAS :PENGETAHUAN

6. Lapan rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam.AtingkatCpintuBpapanDpangsa ARAS :PENGETAHUAN

7.Suhaiza terkenang ____________________ orang tuanya yang masih berada di Makkah.AolehCakanBdenganDtentang ARAS :PENGETAHUAN

8 .Puan Aminah tidak suka akan rumah itu, ________________ dia bercadang untuk menjualnya.AwalhalCmakaBmalahanDsedangkan ARAS :KEFAHAMAN

Soalan 9 dan soalan 10.Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 9. A. Anak Pak Abu sudah besar.B. Keris panjang alat besar negara.C. Pak Mat sedang besar rumahnya.D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah. ARAS :APLIKASI

10. A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu.B. Jangan lalu di kawasan itu.C. Abu lalu bermain dengan kawannya.D. Siti ke dapur lalu menjerang air. ARAS :APLIKASI

11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga. A. Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu.B. Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami.C. Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami.D. Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu. ARAS :ANALISIS 12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur. A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan?B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan?D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut? ARAS :ANALISIS 13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja.C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira.D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya.ARAS :APLIKASI

14.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I. Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak.II. Bangunan yang cabang itu hampir roboh.III. Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara.IV. Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.A. I dan II sahaja.B. I dan IV sahaja.C. II dan IV sahaja.D. I, III dan IV sahajaARAS :ANALISIS

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.15 Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah fikiran buntu?AFikiran buntu berpunca daripada kelemahan otak.BKita tidak dapat berfikir dengan sempurna jika fikiran kita buntu.CKita hendaklah bertenang serta melakukan senaman kecil.DFikiran menjadi buntu jika kita terlalu banyak berfikir.ARAS :ANALISIS16.Dapatkah pasukan badminton Malaysia mengalahkan pasukan badminton Denmark?AKejayaan pasukan Malaysia bergantung pada kekuatan pemain perseorangan.BPasukan Malaysia pernah mengalahkan pasukan Denmark sebelum ini.CJika pemain Malaysia bermain dengan sungguh-sungguh, pasukan Denmark pasti dapat ditewaskan.DPemain Malaysia perlu bermain dengan yakin untuk mengalahkan pasukan Denmark. ARAS :ANALISIS

17. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.I Bariah sedang menanam sebatang pokok pisang di belakang rumahnya. II Kempen itu dapat menanam nilai kerjasama di kalangan penduduk.IIIPenduduk kampung menanam mayat bayi kembar itu di dalam satu lubang.IV Askar Israel menanam kepala mangsanya di dalam air.AI, II, dan III B I, III, dan IV C II, III, dan IV D I, II, III, dan IV ARAS :ANALISIS

18 .I Orang yang keras kepala macam Rusli itu memang patut dipulaukan. II Menurut kata orang tua-tua, kawasan ini agak keras.III Kuih itu agak keras kerana telah terlebih tepung.IV Rempuhan keras Jebat telah mencederakan Tuah.A I dan II B I, II, dan IV CI, III, dan IV D I, II, III, dan IVARAS :ANALISIS

19.ISepakan kencang Badrul telah menggegar jaring buat kedua kalinya.IIFendi suka bercakap kencang dengan orang tuanya.IIIAngin kencang diramalkan akan terus bertiup sehingga esok.IVBoon mengikat tali kasutnya dengan kencang. AI dan IIICII dan IVBII dan III DIII dan ARAS :ANALISIS

20. IMamat menutup botol itu dengan ketat untuk mengelakkannya dimasuki angin.IISemua baju yang dibelinya tahun lepas sudah ketat dan tidak boleh dipakai lagi.IIIPihak tentera Malaysia mengadakan kawalan ketat di perairan Malaysia.IVBas itu ketat dengan para penumpang yang ingin pergi ke pejabat.AI dan III BI, II, dan III CII, III, dan IV DI, II, III, dan IV ARAS :ANALISIS

Soalan 21 hingga 30Baca petikan syarahan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru besar, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian.Pentingnya Persatuan Pengguna Ditubuhkan di Sekolah begitulah tajuk syarahan saya pada pagi ini. Pengguna ialah golongan masyarakat yang sering tertindas oleh pengusaha dan para peniaga. Pengguna dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk meraih kekayaan. Kenaikan harga barangan sering dibebankan ke atas bahu pengguna. Pengguna dan pembangunan ekonomi bagai taut dengan umpan. Tiada umpan, taut tidak mengena. Begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, pengguna perlu mempunyai pengetahuan tentang hak-hak mereka sebagai pengguna.Di sinilah pentingnya satu persatuan yang dapat membimbing dan memberi pendidikan kepada para pelajar tentang hal ehwal pengguna.Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Persatuan pengguna di sekolah dapat melahirkan masyarakat pengguna yang bijaksana. Caranya ialah melatih mereka membuat keputusan dengan bijak, iaitu memilih sesuatu barangan yang mempunyai nilai yang sepadan dengan harganya. Oleh yang demikian, mereka tidak mudah terpedaya. Selain itu, pelajar yang menjadi ahli Persatuan Pengguna akan dapat dilatih menjadi pengguna yang berdisiplin, iaitu mereka berbelanja mengikut kemampuan mereka. Sikap yang demikian akan membantu pihak kerajaan membendung inflasi. Seperti yang kita maklum, negara kita pernah melaksanakan kempen Inflasi Sifar. Kempen ini bertujuan menyedarkan masyarakat akan kesan inflasi terhadap negara. Langkah sebegini amat perlu untuk mengawal kenaikan harga barangan. Dalam hal ini, Persatuan Pengguna dapat memainkan peranan yang penting dalam memupuk kesedaran pada peringkat akar umbi, iaitu di sekolah. Saya akhiri syarahan ini dengan slogan Pengguna Berpendidikan Teras Kemajuan.Sekian, terima kasih.

21.Mengapakah Persatuan Pengguna perlu ditubuhkan di sekolah?AUntuk melatih pelajar berjimat cermatBUntuk mengasuh pelajar membendung inflasiCUntuk memberi pendidikan kepenggunaan kepada pelajarDUntuk melatih pelajar membuat penilaian harga barang ARAS :PENILAIAN

22.Mengapakah pemidato mengatakan bahawa pengguna sering tertindas?AKerana pengguna sering terpedaya oleh jualan murahBKerana pengguna ialah tempat pengusaha mengaut untungCKerana pengguna tidak dapat dipisahkan daripada pengusahaDKerana pengguna sering menjadi mangsa kenaikan harga barang ARAS : PENILAIAN

23.Pilihan yang bijak menurut pemidato ialahApengguna yang pandai memilih barangan yang baik.Bpengguna yang bijak menawar harga barangan yang dibelinya.Cpengguna yang dapat menilai buatan barangan yang dbelinya.Dpengguna yang pandai menilai mutu dengan harga barangan. ARAS : SINTESIS24.Maksud bagai taut dengan umpan dalam petikan di atas ialahAsaling memerlukan.Bsaling berkaitan.Csaling bermusuhan.Dsaling membantu.ARAS : KAFAHAMAN25.Kenaikan harga hanya dapat dikawal jikaApengguna tidak berbelanja.Bpengguna bijak berbelanja.Cpengguna berbelanja pada hari sabtu sahaja.Dpengguna membeli barangan yang murah sahaja. ARAS : PENILAIAN

Soalan 26 hingga 30.Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Laporan Lawatan Rombongan Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan

Pada 3 Mac 2005, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Seri Andika, Grik, Perak telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Seramai 55 orang ahli rombongan yang menyertai rombongan ini. Mereka terdiri daripada tujuh orang guru lelaki, enam orang guru wanita, 15 orang murid murid perempuan, 22 orang murid lelaki, dan lima orang pekerja. Mereka tiba di perkarangan sekolah dengan sebuah bas sejam lewat dari masa yang dijadualkan mengikut surat yang dikirimkan seminggu sebelum tarikh lawatan.Kunjungan mereka disambut oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan, dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Selepas bersalaman, ahli rombongan dipersilakan ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat khas daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan berhubung pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar juga menyentuh tentang disiplin murid, hubungan ibu bapa serta kerjasama guru-guru yang telah menghasilkan kejayaan sekolah dalam peperiksaan UPSR selama tiga tahun berturut-turut.Selepas taklimat Guru Besar, mereka berpeluang mendengar ceramah strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, Matematik,dan Bahasa Inggeris oleh guru-guru berkenaan. Ahli rombongan berkesempatan berbincang dan mengetahui rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan. Mereka berada di Bilik Gerakan selama kira-kira dua jam. Selepas berbincang, mereka menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah.Sebaik sahaja selesai perbincangan, rombongan ini dibawa melawat pusat sumber, taman bacaan, laluan ilmu, dan melihat proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mereka telah diberi penerangan oleh guru pengiring.Selain itu, mereka mengambil kesempatan beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Kehadiran mereka di sekolah ini membanggakan pihak sekolah.Jam 1.30 petang, rombongan mereka pun berlepas pulang, iaitu setelah berada di sekolah ini kira-kira empat jam. Sebelum berpisah, wakil kedua-dua buah sekolah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan.

Yang menjalankan tugas,17 MAC 2014. Ismail (ISMAIL BIN ABDULLAH)Setiausaha Guru,Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan,Johor Bahru, Johor.

26 Bilakah Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan dimaklumkan tentang lawatan itu?A24 Februari 2004B25 Februari 2004C26 Februari 2004D27 Februari 2004 ARAS : APLIKASI

27.Mengapakah ahli rombongan itu dibawa ke Bilik Gerakan?AUntuk menikmati jamuan ringanBUntuk berkenal mesraCUntuk mendengar takllimatDUntuk bertukar-tukar hadiah ARAS : SINTESIS

28.Apakah yang mendorong Sekolah Kebangsaan Seri Andika mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sinar harapan?AKerjasama ibu bapaBKecemerlangan sekolahCKesungguhan murid-muridDMelihat kawasan sekitar sekolah ARAS : PENILAIAN

29.Tempat yang tidak dilawati oleh rombong- an Sekolah Seri Andika semasa lawatan itu ialahAbilik guru.Ctaman bacaan.Bperpustakaan.Dbilik darjah. ARAS : PENGETAHUAN

30.Apakah yang membanggakan pihak Sekolah Kebangsaan Sinar Harapan daripada lawatan itu?AMendapat penghormatanBDapat menyambut tetamuCDapat menyambung silaturrahimDMengetahui rahsia kejayaan sekolah ARAS : PENILAIAN

SOALAN SUBJEKTIFIsikan tempat kosong dengan kata perintah yang sesuai. harap tolongNsilajJanganUsah

1._____________________bermain di tepi longkang,larang Puan Nabila kepada anaknya.ARAS : APLIKASI2._____________________ awak sudi temankan saya makan di kantin , kata Linda kepada Hanis.ARAS :APLIKASI3.______________________ selalu menangguh kerja , pesan Mak Limah kepada cucunya.ARAS :APLIKASI4.Para hadirin, ______________________ masuk ke dalam dewan kerana majlis akan bermula sekejap lagi, kata Pengerusi Majlis.ARAS : APLIKASI5.Asif, ____________________ letakkan beg ayah di dalam bilik. Kata Encik Jamius.ARAS : APLIKASI

Tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.SOALAN 1Kamu baru menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan diumumkan pemidato terbaik. Tulis surat kepada sepupu kamu untuk menceritakan kejayaan kamu itu.ARAS :PENILAIAN

SOALAN 2Kamu sedang membeli-belah di sebuah pasar raya. Tiba-tiba kamu terdengar suara kanak-kanak menangis. Ceritakan peristiwa yang berlaku selepas itu.ARAS : SINTESIS

SOALAN 3Sikap ibu bapa mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka. Bincangkan penyataan ini.ARAS : PENILAIAN

SOALAN 4Kamu sidang pengarang majalah sekolah dan dikehendaki mewawancara guru yang paling lama bertugas di sekolah kamu. Tulis dialog antara kamu dengan guru tersebut.ARAS : SINTESISSOALAN 5Andaikan kamu pengerusi penduduk di sebuah taman perumahan. Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk meminta mereka membaik pulih taman permainan kanak-kanakARAS : ANALISISTUGASAN 1. ( i )Pentaksiran Bahasa Melayu sekolah Rendah merupakan subjek yang menfokuskan teknik-teknik dalam mengaplikasikan pengertian dan konsep pengujian, penilaian dan pengukuran.Pembelajaran matapelajaran ini juga menekankan tentang taksonomi Bloom dan juga Domain Krathwohl dalam pembinaan jadual spesifikasi ujian .Konsep pentaksiran.Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu produk proses pendidikan Mokhtar Ismail (1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukantahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu.Konsep PentaksiranKonsep pentaksiran terdiri daripada proses, maklumat penghakiman dan produkProses bermaksud langkah ataupun tindakan serta operasi yang di gunakan untuk mendapatkan hasil yang di kehendaki.Maklumat pula ialah bukti tantang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang di taksir.Aspek penghakiman pula ialah merupakan pertimbanagan tentang pencapaian pendidikan pelajar.Produk pula adalah melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi setelah menjalani proses pembelajaran.Konsep pengujian.Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard , atau set instrumen bagi mengukur sampel tingkah laku seseorang pelajar itu.Tujuan pengujian adalah untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai.Pengujian boleh dilaksanakan dengan mengadakan pemerhatian, ujian bertulis atau ujian lisan.Biasanya pengujian ini dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran yang di ajar oleh guru.Pengujian boleh dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu sebelum ,semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Ujian yang diberi sebelum pengajaran adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan dikenali sebagai ujian pra atau pre test. Manakala ujian yang diberi semasa pengajaran atau selepas pengajaran boleh diberi secara lisan atau bertulis . Ini bertujuan untuk mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar pelajar dan untuk mengetahui pemahaman mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran.Proses pengujian lazimnya bermula denqan peringkat persediaan diikuti dengan pelaksanaan ( pentadbiran ujian) dan akhir sekali dengan pemeriksaan skrip jawapan. Hasil daripada proses pengujian ini seseorang guru dapat mengetahui samada murid mereka telah menguasai kemahiran yang diajar.

Sebagai kesimpulannya pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang secara individu. Pemberian ujian merupakan satu set soalan yang berkehendakkan pelajar memberi set tindak balas atau respon. Pengukuran ujian hanya untuk mendapat markah sahaja.Konsep penilaianPenilaian di definisikan dengan banyak cara.Stufflebeam et al. (1971) menyatakan bahawa . accessment is the process of delineating, obtaining and providing useful information for judgements decision alternatives.Kenyataan beliau bermaksud penilaian adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbanagan dan seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum , semasa atau selepas pembelajaran. Penilaian juga boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.Menurut Gay ( 1985 ) penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisa data untuk menentukan sesuatu objektif yang telah ditetapkan tercapai. Proses ini akan membantu guru membuat pertimbangan atau keputusan dengan tepat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.Pophan ( 1975 ) pula menyatakan , penilaian yang sistematik harus mengandungi satu tafsiran yang berformat tentang nilai fonomena pendidikan. Penilaian pendidikan sebenanya mencakupi aspek aspek seperti hasil pembelajaraan, program pengajaran dan matlamat kearah usaha pengajaran yang dilakukan.Sebenarnya penilaian pelajar boleh dibuat dalam dua keadaan iaitu melalui keputusan ujian dan maklumat lain yang berkaitan dengan prestasi pelajar. Dan satu lagi penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian, tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata mata.

Rentetan di atas bermaksud , penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua duanya. Secara kualitatif , maklumat diperolehi melalui penilaian yang berbentuk angka dan maklumat ii boleh disusun , diskriminasikan dan diringkaskan.Penilaian diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat melalui pengukuran , untuk menetapkan sesuatu kriteria dan membuat pentaksiran atau pertimbangan tentang hasil pengukuran.Sebagai kesimpulannya , penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentafsir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Ia juga adalah proses yang menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat tafsiran dan keputusan.

Konsep pengukuranPengukuran pula ialah satu proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian individu.Pengukuran berfungsi untuk mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan proses pembelajaran murid-murid.Terdapat pelbagai cara yang di jalankan untuk memperoleh data kuantitatif itu.Pengukuran adalah lebih menfokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran sahaja.Hadil daripada proses pengukuran ini dapat menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran dapat di ukur..

Tugasan 1 ( ii )Terdapat perbezaan diantara pengujian, pengukuran dan penilaian .Perbezaan ini boleh dilihat daripada segi definisinya iaitu pengujian merupakan pengukuran perubahan tingkah laku, pengukuran adalah proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian individu manakala penilaian adalah proses mentaksir perubahan tingkah laku.Daripada segi fungsinya pula , pengujian adalah berfungsi untuk mengesan hasil pembelajaran itu sendiri, bagi pengukuran pula ia berfungsi untuk mengesan hasil pembelajaran, jenis-jenis kemahiran dan kemajuan murid-murid di dalam kelas.penilaian berfungsi untuk membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk pemulihan.Daripada segi cara perlaksanaan nya pula, pengujian di jalankan melalui soalan ujian yang di edarkan kepada murid.Pengukuran dapat di jalankan dengan pelbagai cara untuk memperoleh data kuantitatif.Penilaian dijalankan melalui ujian dan alat0alat lain seperti soal selidik.Pengujian dan pengukuran lebih menfokuskan kepada satu-satu unit pembelajaran sahaja manakala penilaian lebih menfokuskan kepada maklumat pengujian dan data kualitatif dan pemerhatian.Pengujian dapat menunjukkan pencapaian murid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran manakala pengukuran dapat menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang di ukur.Bagi penilaian pula ia dapat menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.Terdapat juga persamaan diantara ketiga tiga konsep ini iaitu kesemua pengujian, pengukuran dan penilaian akan dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pembelajaran.