assigment 1

18
EVOLUSI PEMIKIRAN PENGURUSAN 1.0 ZAMAN PROTO SEJARAH Kajian arkeologi membuktikan bahawa tamadun yang terawal di India iailah Tamadun lembah Sungai Indus. Tamadun ini juga dikenali sebagai Kebudayaan Harappa (Basham, 1969:15). Istilah Harappa merujuk kepada salah satu daripada dua Bandar utama yang terkenal di lembah Indus. Menurut Farmer ,L.,at al. (1977) ,tamadun ini bermula pada tahun 2350 S.M dan berakhir pada tahun 1750 S.M. dari segi lokasinya, Lembah Sungai Indus, terletak di bahagian barat laut India dan Pakistan. Lokasi ini dikelilingi oleh Pantai Makran dan pergunungan Baluchistan di Barat, Punjab dang gurun Rajasthan di Timur dan Wilayah Kutch Kathiawar dan Gujerat di Tenggara. Di situlah terletaknya dua buah Bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Menurut Farmer ,L.,at al. (1977) ,Di samping itu juga terdapat lebih 70 buah petempatan yang meliputi kawasan seluas setengah juta batu persegi

Upload: samsul793341

Post on 27-Jan-2016

296 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Revolusi Pemikiran Presaintifik

TRANSCRIPT

Page 1: ASSIGMENT 1

EVOLUSI PEMIKIRAN PENGURUSAN

1.0 ZAMAN PROTO SEJARAH

Kajian arkeologi membuktikan bahawa tamadun yang terawal di India iailah Tamadun

lembah Sungai Indus. Tamadun ini juga dikenali sebagai Kebudayaan Harappa (Basham,

1969:15). Istilah Harappa merujuk kepada salah satu daripada dua Bandar utama yang terkenal di

lembah Indus. Menurut Farmer ,L.,at al. (1977) ,tamadun ini bermula pada tahun 2350 S.M dan

berakhir pada tahun 1750 S.M. dari segi lokasinya, Lembah Sungai Indus, terletak di bahagian

barat laut India dan Pakistan. Lokasi ini dikelilingi oleh Pantai Makran dan pergunungan

Baluchistan di Barat, Punjab dang gurun Rajasthan di Timur dan Wilayah Kutch Kathiawar dan

Gujerat di Tenggara. Di situlah terletaknya dua buah Bandar utama iaitu Mohenjo-Daro dan

Harappa. Menurut Farmer ,L.,at al. (1977) ,Di samping itu juga terdapat lebih 70 buah

petempatan yang meliputi kawasan seluas setengah juta batu persegi

Zaman proto-sejarah di India bermula lebih kurang pada tahun 3,000SM di Lembah

Sungai Indus. Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa (di daerah

Page 2: ASSIGMENT 1

Montgomery, Punjab) yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjo-daro (di daerah Larkana,

Sind) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Sungai Indus telah mencapai suatu

tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi. Di

Mesopotamia, dijumpai barang-barang buatan Harappa (2,400-2,300SM) dan mi membuktikan

serta menyakinkan kita tentang perdagangan antarabangsa yang telah berlangsung ketika itu

antara dua kawasan peradaban. Budaya Lembah Sungai Indus meliputi kawasan Punjab, Sind,

utara Rajasthan dan kawasan Kathiawar di barat India. Penemuan-penemuan arkeologi di

Harappa, Mohenjo- daro, Lothal, Kalibangan dan Dholavira di Lembah Sungai Indus

menunjukkan bahawa India (tamadun Indus) juga merupakan perintis dalam pembentukan

peradaban-peradaban dunia seiring dengan kemunculan tamadun Mesopotamia (Sumeria),

tamadun Mesir dan tamadun Cina.

Melalui kaedah arkeologi, carigali-carigali menunjukkan bahawa penduduk Lembah Sungai

Indus memiliki kemahiran dalam perancangan bandar dan peraturan kesihatan. Mengenai

perancangan bandar, kota-kota itu mempunyai jalan yang lebar (9-34 kaki) dan lurus serta

panjangnya setengah batu untuk digunakan bagi trafik beroda dan orang jalan kaki. Jalan-jalan

ini pula mengandungi lorong-lorong yang penuh sesak dengan rumah-rumah. Setiap lorong

mempunyai kolam awam dan kebanyakan rumah mempunyai kolam dan tempat mandinya

tersendiri. Kota mempunyai sistem saluran yang sungguh tersusun. Bangunan-bangunan

perusahaan dan perdagangan serta rumah-rumah tukang, pekedai dan rumah-rumah orang kaya

boleh diasingkan dari runtuhan itu. Rumah-rumah dibina dengan batu bata yang dibakar dan asas

bangunan dibina di bawah tanah. Perancangan bandar yang rapi, bekalan air yang mencukupi

dan sistem saluran yang baik memungkinkan kita membuat andaian bahawa wujudnya

kewibawaan sivik yang tinggi. Ini juga terlihat pada tiang- tiang lampu di jalan raya dan sampah

sarap seperti tembikar yang pecah dijumpai dalam lubang jauh dari kota. Mengenai

penduduknya, ujian-ujian terhadap penemuan tengkorak manusia membuktikan wujudnya empat

jenis ras di Mohenjo-daro dan dapat disimpulkan penduduknya merupakan masyarakat

kosmopolitan. Penemuan-penemuan seni ukir juga menunjukkan pergaulan atau interaksi antara

pelbagai bangsa.

Page 3: ASSIGMENT 1

Penemuan alatan membajak yang banyak menunjukkan aktiviti pertanian 2iusahakan secara

besar-besaran. Gandum, beras dan barii dijumpai dari runtuhan dan daging lembu, kambing, ikan

dan sebagainya merupakan bahan- bahan makanan. Hanya menerusi penemuan patung-patung,

mohor-mohor, tangkal dan dari objek-objek kecil dapat kita menemui unsur-unsur budaya lmbah

Sungai Indus. Beberapa patung yang ditemui di Lembah Sungai Indus menggambarkan konsep

Dewi Ibu dan Dewa Shiva diamalkan. Dewa Shiva nisembah bukan sahaja dalam bentuk patung

tetapi juga dalam bentuk lingo, (si mbol rakaman cahaya agung).

Dari mohor-mohor terdapat tanda-tanda kapal tanpa tiang kapal dengan kelasi yang

menunjukkan penduduk Mohenjo-daro biasa mengenali kapal-kapal dan benda-benda yang sama

dijumpai di Mesopotamia yang memungkinkan kita membuat kesimpulan tentang hubungan

rapat dengan luar negeri. Mohor-mohor juga menggambarkan tulisan-tulisan Indus yang

disifatkan sebagai logosillabik piktograf). Mereka menggunakan beberapa simbol untuk

menandakan burung, manusia, ikan dan sebagainya. Contohnya seperti menandakan sikat,

menandakan daun, menandakan ikan atau bintang dan sebagainya.

Mohenjo-daro adalah salah satu situs dari sisa-sisa permukiman terbesar dari Kebudayaan Lembah Sungai Indus, yang terletak di propinsi Sind, Pakistan. Dibangun pada sekitar tahun 2600 SM, kota ini adalah salah satu permukiman kota pertama di dunia, bersamaan dengan peradaban Mesir Kuno, Mesopotamia dan Yunani Kuno. Reruntuhan bersejarah ini dimasukkan oleh UNESCO ke dalam Situs Warisan Dunia. Arti dari Mohenjo-daro adalah “Bukit orang mati”. Seringakali kota tua ini disebut dengan “Metropolis Kuno di Lembah Indus”.Mohenjo-daro terletak di Distrik Larkana sekitar 28 km dari Larkana and 107 km dari sukkur. 27o 19‘ 30.36“ Bujur Utara and 68o 08‘ 08.77” Bujur Timur.

Benda-benda yang ditemukan: huruf, bangunan, perhiasan, alat rumah tangga, permainan anak-anak yang sudah dihiasi berbagai seni gambar dan seni ukir yang indah, mereka telah mengenal biantang: gajah, unta, kerbau, anjing. Berdasarkan benda-benda yang ditemukan di Mohenjodaro, maka dapat disimpulkan bahwa peradaban Lembah Sungai Indus di Mohenjodaro sudah sangat tinggi.

Menurut penentuan karbon 14, keberadaan kedua kota ini seharusnya adalah antara tahun 2000 hingga 3000 sebelum masehi, lagi pula kota Harappa mengekskavasi perkakas batu 10 ribu tahun lampau. Luasnya kurang lebih 25 km persegi.

Page 4: ASSIGMENT 1

Harappa ialah sebuah kota di Punjab, timur laut Pakistan sekitar 35 km tenggara Sahiwal. Kota ini terletak di bantaran bekas Sungai Ravi. Munculnya peradaban Harappa lebih awal dibanding kitab Veda, saat itu bangsa Arya belum sampai India. Waktunya adalah tahun 2500 sebelum masehi, bangsa Troya mendirikan kota Harappa dan Mohenjondaro serta kota megah lainnya didaerah aliran sungai India. Kota modernnya terletak di sebelah kota kuno ini, yang dihuni antara tahun 3300 hingga 1600 SM. Di kota ini banyak ditemukan relik dari masa Budaya Indus, yang juga terkenal sebagai budaya Harappa. Harappa memiliki lay-out kota yang sangat canggih.

Benda-benda yang ditemukan: arca-arca, patung (terra cotta) yang diukir seperti bentuk wanita telanjang dengan dada terbuka. Ukiran itu member makna bahwa ibu merupaka sumber kehidupan; alat dapur dari tanah liat, periuk belanga, pembakaran dari batu keras (masih kuat sampai sekarang); sebuah patung pohon disamping dewa (gambaran kesucian pohon bodhi tempat Sidharta menerima wahyu) beberapa ratus tahun kemudian; arca-arca yang melukiskan lembu yang menyerang harimau; lembu yang bertanduk, sebagai gambaran bahwa mereka sangat mensucikan binatang. Hal ini tampak ketika masyarakat India mensucikan sapi sampai sekarang.

Masyarakat yang bermukim di kedua kota kuno ini diketahui telah mengenal sistem saluran air bawah tanah yang sempurna dengan menggunakan bata. Puing-puing menunjukkan Mohenjodaro dan Harappa merupakan sebuah kota yang mempunyai rancangan bangunan di sekeliling ruang lingkup tertentu, kurang lebih menggunakan bahan yang sama, segalanya sangat teratur, bahwa pada 3000 SM, orang-orang membangun kota dengan skala yang sedemikian memperlihatkan tingginya peradaban mereka.

Jalan-jalannya lurus sehingga membentuk blok-blok pemukiman berbentuk segi empat. Sudah ada sistem pembuangan sampah dan air limbah. Inilah kota pertama yang menujukan tanda-tanda pembangunan yang berencana. Barat kota adalah pusat religius, politik, dan pendidikan. Petani tinggal di luar tembok kota dekat perladangan. Kelompok miskin menempati pinggir kota tetapi masih berada di dalam tembok. Pedagang dan seniman tinggal di dekat pusat kota, sedangkan bangsawan, agamawan, dan punggawa kerajaan menempati wilayah pusat.

Puing-puing menunjukkan Harappa merupakan sebuah kota yang mempunyai rancangan bangunan disekeliling ruang lingkup tertentu, kurang lebih menggunakan bahan yang sama, segalanya sangat teratur, bahwa pada tahun 3000 sebelum masehi, orang-orang membangun kota dengan skala yang sedemikian, memperlihatkan tingginya peradaban mereka. Kedua kota ini hilang pada tahun 1750 sebelum masehi, kira-kira dalam waktu 1000 tahun kebelakang, didaerah aliran sungai India tidak pernah ada lagi kota

Page 5: ASSIGMENT 1

yang demikian megahnya, namun pada 500 tahun lampau, ketika bangsa Arya datang menginvasi, kebudayaan Harappa sudah merosot.

1.0 PENGURUSAN PRESAINTIFIK

Ilmu pengurusan telah muncul setelah negara-negara Eropah Barat dan Amerika dilanda revolusi

perindustrian sekitar awal abad ke-20. Terdapat dua orang tokoh yang meng :

1.      Robert Owen ( 1771 – 1858 )

Pada tahun 1800, Robert Owen telah bekerja sebagai pengurus permintalan kapas di New

Lanark, Scotlandia. Pada masa itu, keadaan dan hidup para pekerjanya sangat buruk dan daif.

Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur lima atau enam tahun dan

waktu bekerja adalah tiga belas jam sehari. Beliau tidak pernah mengatakan bahawa berjuang

untuk melakukan perubahan ke atas dasar kemanusiaan semata-mata. Beliau berpendapat

Page 6: ASSIGMENT 1

bahawa dengan memperbaiki keadaan pekerja maka pengeluaran dan keuntungan dengan

sendirinya akan meningkat.

Owen menekankan faktor yang terbaik dalam menanamkan modal adalah pada pekerja.

Beliau telah menumpukan perhatiannya pada penggunaan faktor produktiviti tenaga kerja.

Di samping melakukan penambahbaikan yang menyeluruh , Owen menetapkan sejumlah

prosedur kerja khusus yang membawa peningkatan produktiviti. Sebagai contoh, pekerjaan

seorang pekerja dinilai secara terbuka setiap hari. Owen percaya bahawa penilaian terbuka ini

bukan hanya membolehkan para pengurus mengetahui permasalahan, tetapi juga memberikan

kebanggaan dan mendorong persaingan secara sihat. Dalam organisasi kita masa kini, kebiasaan

memfokuskan angka-angka jualan dan pengeluaran adalah berdasarkan pada prinsip psikologi

yang sama.

Itulah pemikiran pengurusan presaintifik daripada Robert Owen. Daripada pengalaman

beliau sebagai seorang pengurus , Owen mampu memberikan sumbangan bagi perkembangan

pemikiran pengurusan yang sistematik dan mampu menyelesaikan masalah pengurusan di

sekitarnya.

2.      Charles Babbage ( 1792 – 1871 )

Charles Babbage adalah seorang Profesor Matematik dari Inggeris yang menaruh

minatnya dalam bidang pengurusan. Charles Babbage telah mengembangkan ciptaan mesin kira-

Page 7: ASSIGMENT 1

kira (calculator) sejak tahun 19600-an lagi. Beliau telah memajukan bidang perkomputeran

dalam bidang hardware dengan penemuan sebuah difference engine dalam perkiraan matematik.

Fokus dan minatnya dalam bidang pengurusan ini lebih terarah dalam hal pembahagian

kerja (devision of labour), yang mempunyai beberapa elemen , iaitu :

a. Waktu yang diperlukan untuk belajar dari pengalaman-pengalaman yang baru.

b. Berlaku pembaziran waktu apabila seseorang pekerja berpindah daripada satu pekerjaan

ke pekerjaan lain dan kemudian dapat menyesuaikan kembali pada pekerjaan barunya

sehingga dapat meningkatkan mutu dan keterampilan untuk menjadi pakar dalam

pekerjaannya itu

c.    Kecekapan akan bertambah kerana seseorang pekerja bekerja terus menerus dalam

tugasnya.

d. Pekerja menjadi pakar kerana tertumpu pada satu bidang pekerjaan sahaja.

Charles Babbage memiliki konsep pemikiran yang berbeza dengan prinsip-prinsip

pengurusan Robert Owen. Beliau berpendapat bahawa dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip

ilmiah pada proses kerja dapat meningkatkan produktiviti dari segi sumber tenaga kerja dan

menurunkan kos pengeluaran. Keadaan ini dijanakan kecekapan dan pengalaman terhadap suatu

bidang oleh setiap pekerja sehingga pekerjaan tersebut dapat dilakukan secara efektif dan

berkesan..

2.1 PENGURUSAN SAINTIFIK

Pengurusan saintifik merupakan pendekatan yang menekankan kajian saintifik bagi

meningkatkan kecekapan pekerja dan meningkatkan produktiviti organisasi. Setiap organisasi

sememangnya mementingkan pengeluaran. Setiap organisasi pula berusaha mengenal pasti cara-

cara meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan pembaziran. Di sini kita akan

membincangkan beberapa penyumbang tokoh terawal dalam pendekatan pengurusan ini seperti

Frederick Winslow Taylor, Frank dan Lilian Gilbreth dan Henry L. Gantt.

Page 8: ASSIGMENT 1

2.1.1 Frederick Winslow Taylor (1856-1915)

Teori ini dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor (1856-1915) yang terkenal dengan teknik

pengurusan saintifik. Beliau juga digelar “ Bapa Pengurusan Saintifik”. Beliau berasal dari

Amerika Syarikat. Beliau mula bekerja dalam industri besi sebagai perintis mesin dan

berjaya menjadi Pengurus Besar untuk Syarikat Besi Bethlehem pada tahun 1898. Teori

beliau adalah untuk mengkaji perhubungan di antara pekerja dan tugas yang dibentuk untuk

dilaksanakan oleh pekerja tersebut. Beliau perupakan pengurus pengeluaran yang

kemudiannya menjadi perunding dan mengajar pengurus-pengurus lain bagaimana untuk

melaksanakan teknik pengurusan saintifik.

Taylor percaya bahawa jika masa dan usaha yang dilakukan oleh pekerja dalam

pengeluaran seunit barangan dapat dikurangkan dengan meningkatkan pengkhususan dan

pembahagian kerja maka proses pengeluaran akan menjadi bertambah cekap.Beliau

menjelaskan bahawa bidang pengurusan perlu dilihat sebagai suatu bidang sains yang

mempunyai sistem organisasi yang baik dan prinsip-prinsip pengurusan yang tetap dan jelas,

bukannya sekadar bergantung pada pengamalan idea-idea yang kurang mantap. Beliau juga

percaya pekerja yang cekap akan membantu meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.

Antara pendapat lain Taylor, objektif utama pengurusan adalah untuk memaksimumkan

kekayaan majikan yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja. Sekiranya

Page 9: ASSIGMENT 1

pengurusan dapat ditingkatkan , pekerja harus diberikan ganjaran ataupun bonus. Untuk

tujuan ini, beliau telah memperkenalkan kaedah pembayaran upah mengikut jumlah keluaran

atau kadar-keluaran. Taylor juga menekankan konsep kepentingan dua pihak iaitu antara

majikan dan juga pekerja.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan dan pemerhatian yang dilakukan, beliau telah

mengenalpasti empat prinsip dalam meningkatkan kecekapan di tempat kerja:

Prinsip 1 : Mengkaji cara bagaimana pekerja bekerja dan mencari jalan cara yang

terbaik dalam melaksanakan tugas tersebut.

Untuk mencari cara terbaik yang boleh digunakan dalam melaksanakan tugas, Taylor

mengkaji beberapa cara bagaimana pekerja melaksanakan tugas. Salah satu kaedah yang

digunakan ialah kajian “time and motion study” di mana masa melaksanakan kerja akan

direkodkan dan cara melaksanakan kerja tersebut juga akan diperhatikan. Dengan cara itu

beliau dapat mencari cara yang terbaik dengan masa yang paling singkat.

Prinsip 2 : Pengkhususan kerja

Setelah mendapat cara yang terbaik dalam melaksanakan tugas, Taylor menekankan pula

kepada pengkhususan kerja di mana kerja-kerja dibahagikan dan setiap pekerja akan

melaksanakan kerja yang lebih sedikit dan lebih rutin. Kaedah ini banyak digunakan dalam

industri pembuatan dan pengeluaran.

Prinsip 3 : Pengambilan pekerja yang mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam

melaksanakan tugas.

Bagi meningkatkan pengkhususan kerja, Taylor percaya pekerja mestilah memahami

tugas yang akan mereka lakukan dan perlu dilatih untuk melaksanakan tugas tersebut.

Pekerja-pekerja yang tidak berkemampuan akan ditukarkan kepada kerja-kerja yang mampu

dilaksanakan oleh mereka.

Prinsip 4 - Sistem pembayaran gaji yang adil

Page 10: ASSIGMENT 1

Untuk menggalakkan pekerja bekerja pada prestasi yang paling tinggi, Taylor

mencadangkan supaya pekerja diberi insentif yang lebih baik. Mereka sepatutnya diberi

bonus dan sedikit imbuhan jika dapat menunjukkan prestasi yang baik.

Prinsip Pengurusan Saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor telah membawa kejayaan

yang memberangsangkan iaitu apabila Schmidt, seorang pekerja pengangkat besi berjaya

mengangkat 47.5 tan besi sehari berbanding dengan 12.5 tan sehari semasa beliau mula-mula

bekerja dahulu. Keupayaan Schmidt untuk mengangkat prestasi kerjanya hampir 300% kali

ganda didorong oleh pengamalan 4 prinsip Pengurusan Saintifik dan kaedah uapah mengikut

kadar –keluaran yang dinyatakan sebelum ini.

2.1.2 Frank Bunker Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924)

Pengikut kepada idea pengurusan saintifik yang diperkenalkan oleh Taylor merupakan

pasangan suami isteri Frank dan Lilian. Sejarah Frank Gilbreth bermula dengan kerjayanya

sebagai penyusun bata. Beliau mempunyai perniagaannya sendiri. Manakala Lilian Gilbreth

adalah isteri beliau yang merupakan pakar dalam bidang psikologi industri. Pasangan ini

telah menjalankan kajian mengenai pergerakan semasa bekerja. Mereka menganggap

pergerakan semasa bekerja akan mengganggu tumpuan seseorang terhadap kerjanya.

Frank dan Lilian telah mencadangkan suatu idea yang hampir sama dengan idea yang

dikemukakan oleh Taylor bagi meningkatkan kecekapan pekerja. Mereka turut memberi

Page 11: ASSIGMENT 1

sumbangan terhadap pergerakan kerja dalam kajian “time and motion study". Kajian

pergerakan menekankan kepada aspek pengurangan pergerakan kerja kepada pergerakan

yang paling asas. Tujuan mereka adalah untuk:

a. menganalisa setiap pergerakan yang dilakukan oleh pekerja dalam melaksanakan satu-

satu tugasan dan masa yang di ambil.

b. mencari cara yang terbaik untuk melaksanakan tugas tersebut dan membuang mana-mana

pergerakan yang tidak diperlukan supaya tugas dapat dibuat dengan lebih cekap dengan

masa dan tenaga yang lebih kurang.

Di samping kajian kepada pergerakan kerja, pasangan Gilbreth juga mengkaji mengenai

keletihan di tempat kerja. Mereka mendapati ciri-ciri fizikal di tempat kerja boleh menyumbang

kepada tekanan kerja dan seterusnya menyebabkan keletihan dan ini akan mempengaruhi

prestasi. Kajian yang dilakukan oleh pasangan ini telah memberi kesan yang besar kepada bidang

pengurusan terutama dalam industri pengilangan. Sebagai contoh kilang pemasangan kereta di

mana pekerja dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu seperti pemasangan tayar, tingkap,

peralatan, badan, kusyen dan sebagainya. Setiap pekerja akan mengkhusus kepada kerja masing-

masing dan mereka akan mahir dalam bidang tersebut dan masa juga akan dijimatkan.

2.1.3 Hendry Laurance Gantt (1861-1919)

Gantt merupakan rakan kerja Taylor di Syarikat Besi Bethlehem. Beliau kurang setuju

dengan idea Taylor kerana hanya memberi perhatian secara individu dan bukannya dalam

usaha menggalakkan peningkatan produktiviti dalam kalangan pekerja. Akhirnya, Gantt telah

Page 12: ASSIGMENT 1

memperkenalkan suatu sistem pembayaran upah yang membolehkan pekerja menerima upah

harian jika mereka dapat menghasilkan jumlah keluaran minimum yang telah ditetapkan. Ini

bermakna pekerja yang menghasilkan jumlah keluaran melebihi jumlah minimum yang

ditetapkan adalah layak diberikan bonus. Antara cetusan ideanya adalah :

a. Kerjasama antara pengurus dan pekerja untuk mencapai tujuan bersama.

b. Mengadakan pendekatan ilmiah terhadap sumber tenaga kerja.

c. Membayar upah pekerja dengan menggunakan sistem bonus.

d. Penggunaan arahan kerja yang terperinci dan jelas.

Idea Gantt ini mulai mendapat sambutan apabila memperkenalkan Carta Gantt. Carta

Gantt merupakan suatu alat perancangan masa bagi melaksanakan projek-projek

pembangunan. Carta ini dapat digunakan untuk membandingkan jumlah masa yang telah

dirancang untuk menyempurnakan sesuatu aktiviti dengan jumlah masa yang sebenar yang

diambil untuk menyempurnakan aktiviti tersebut.

BIBLIOGRAFI

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_perkembangan_komputer

Sumber: http://kafeilmu.com/charles-babbage-1792-1871-seri-tokoh-menejemen/