assigment agama.docx

of 38 /38
PIK210W PENDIDIKAN ISLAM ISIKANDUNGAN MUKASURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 Definisi Integriti 3 3.0 Definasi akauntabiliti 4 4.0 Isu guru melanggar integriti dan akauntabiliti 5 4.1 Punca guru melanggar intergriti dan akauntabiliti 9 5.0 Implikasi guru melanggar integriti dan akauntabiliti 11 6.0 Cara mengatasi guru melanggar integriti dan akauntabliliti 13 7.0 RUMUSAN 16 8.0 RUJUKAN 17 9.0 LAMPIRAN 18 1

Upload: wawa81

Post on 16-Nov-2015

290 views

Category:

Documents


6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Akauntabiliti dan Integriti seorang guru

PIK210W PENDIDIKAN ISLAM

ISIKANDUNGANMUKASURAT1.0 PENGENALAN22.0 Definisi Integriti33.0 Definasi akauntabiliti44.0 Isu guru melanggar integriti dan akauntabiliti54.1 Punca gurumelanggar intergriti dan akauntabiliti 95.0 Implikasi guru melanggar integriti dan akauntabiliti 116.0 Cara mengatasi guru melanggar integriti dan akauntabliliti 137.0 RUMUSAN 168.0 RUJUKAN179.0LAMPIRAN18

1.0 Pengenalan Akauntabiliti mempunyai kaitan dengan integriti. Ia adalah satu konsep dalam etika yang mempunyai beberapa maksud. Ia selalunya digunakan sinonim dengan konsep kebertanggungjawaban, tanggungjawab, kebolehpersalahan, lialibiliti, dan terma-terma lain. Ia boleh dikaitkan dengan ekspektasi seperti penyerahan tugas tertentu yang diamanahkan yang mesti ditunaikan. Ia juga berkait rapat dengan tanggungjawab individu atau organisasi dalam pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu.

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Ia bertujuan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi, amanah dan beretika. Komitmen Islam kepada urus tadbir terbaik yang adil dan berakauntabiliti adalah bukti kepada contoh-contoh itu. Kita perlu mengambil berat dan komited kepada agenda memantapkan integriti dan memerangi rasuah pada semua peringkat. Kuasa politik boleh digunakan untuk memerangi peluang-peluang rasuah dan penerapan etika dan integriti dalam masyarakat.

Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti. Antaranya: Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008). Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi.

Dalam Tekad 2008 kerajaan telah mensasarkan usaha-usaha berikut dalam peningkatan integriti kakitangan awam iaitu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Rancangan Malaysia ke-9 yang diumumkan oleh kerajaan mempunyai berbagai matlamat dan sasaran.

Di antara tumpuan yang diberikan juga ialah kepada pembangunan dan kemantapan modal insan. Kerajaan dijangka akan terus menumpukan perhatian kepada kemajuan modal insan dan keutamaan kepada rakyat dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Modal insan merupakan satu elemen penting dalam sesebuah tamadun dan pembangunan negara. Kekuatan pengetahuan, ekonomi dan kemahiran merupakan salah satu asas penting dalam kecemerlangan negara. Modal insan merupakan penggerak kepada kemajuan masyarakat dan agama.

2.0 Definisi IntergritiSelain daripada akhlak, satu lagi konsep penting dalam Islam ialah amanah atau lebih dikenali sekarang ini sebagai integriti. Integriti berasal daripada kalimah integer yang bermaksud kesempurnaan dan keseluruhan. Dari segi istilah, integriti ialah nilai pegangan, maruah, etika baik dalam melaksanakan sesuatu yang sahih dan benar. Ia juga berkait rapat dengan kejujuran, kebolehpercayaan, keadilan, kawalan diri, nilai moral positif, kekuatan aqidah dan spiritual

Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etikan dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan itu, intergriti guru sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama, telus, berkecuali dan kebolehpercayaan. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan media massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata, gangguan seksual kepada murid, guru pecah amanah dan guru sering mengambil cuti sakit palsu.

Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan penuh komited

3.0 Definisi akauntailiti

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang iaitu terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Pengukuhan akauntabiliti boleh dilakukan melalui usaha untuk mengawal hawa dan nafsu serakah materialistik dan eksplisit. meminggirkan budaya hedonisme, menyucikan hati agar menjadi bersih daripada sebarang noda dan daki, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa yang sejati, mempunyai sifat ihsan dan jatidiri, serta memantapkan aqidah Ilahi dan akhlak terpuji, sayangkan negara, tinggi semangat patriotik dan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara agar lebih cemerlang, gemilang lagi terbilang.

Akauntabiliti mempunyai kaitan dengan integriti. Ia adalah satu konsep dalam etika yang mempunyai beberapa maksud. Ia selalunya digunakan sinonim dengan konsep kebertanggungjawaban, tanggungjawab, kebolehpersalahan, lialibiliti, dan terma-terma lain. Ia boleh dikaitkan dengan ekspektasi seperti penyerahan tugas tertentu yang diamanahkan yang mesti ditunaikan. Ia juga berkait rapat dengan tanggungjawab individu atau organisasi dalam pelaksanaan fungsi-fungsi tertentu

Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap guru melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh guru itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja yang dapat membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika keguruan yang sering dilaporkan di dada akhbar dan media massa yang lain.

Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan yang melanggar etika keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru. Sebagai seorang guru kita perlu mempunyai akauntabiliti dan integriti terhadap profesion kerana ia akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati segala yang diamanahkan, maka semua warga guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh kmoited. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap diri sendiri, pelajar, ibu bapa dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

4.0Isu guru yang melanggar Integriti dan akauntabilitiDalam era globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu tersebut (Syed Ismailetc., 2010:24). Menurut Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dengan erti kata lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau tatakelakuan penjawat awam supaya berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik mengikut kewajiban dan tanggungjawab moral mengikut profesion tersebut. Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan yang menyenaraikan prinsip-prinsip tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar profesional menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja terlatih tertakluk kepada kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagai panduan tingkah laku setiap ahli, bidang pendidikan juga tidak terlepas dari membina kod etikanya sendiri. Tahun demi tahun, jumlah bilangan guru di seluruh Negara meningkat dan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan ini sebagai profesion yang profesional, sebuah Etika Profesion Perguruan telah dicadangkan oleh Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang menjawat di sekolah perlu mematuhinya yang mana etika kerja guru diwujudkan adalah untuk memastikan guru akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia.

Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan adalah seperti yang disenaraikan dalam karya Syed Ismail,etc.(2010:46-47):i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruanii. guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupaya yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruaniii. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya

Begitulah suaranya antara kandungan Etika Profesion Perguruan yang mengingatkan guru kita agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa memberi perkhidmatan pendidikan di Negara kita. Tetapi sehinggakan hari ini, berita-berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang masih lagi kedengaran. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah pada zaman kini tidak menyedari keruntuhan akhlak di kalangan profesion ini sehinggakan mencalar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita?

Profession perguruan sangat dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Guru bertanggungjawab dalam memimpin dan membantu masyarakat terutamanya dalam membentuk sahsiah pelajar.Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika seseorang individu itu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan.

Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."

Namun, dewasa ini acap kali kita dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru. Antaranya ialah guru memukul pelajar, guru mencabul pelajar, guru ponteng sekolah dan sebagainya.Antara contoh isu yang pernah timbul adalah di mana empat orang pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sitiawan, Perak didakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh guru mereka hanya kerana mereka tidak membawa buku sekolah. Mangsa dua lelaki dan dua perempuan masing-masing pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua itu cedera di bahagian badan, pinggang, perut dan dagu akibat perbuatan guru tersebut.

Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramaitidak percaya kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang dikemukakan sebelum ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion Perguruan adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan ini menjelaskan bahawa setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan adalah mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan agar tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang sepatutnya membawa tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika seorang guru gagal untuk menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej guru seluruh Negara akan dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam peranan sebagai pengganti ibu bapa di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki yang dianalisis dalam sumber artikel telah membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat profesional guru dan ini sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita.

4.1 Punca guru melanggar integriti dan akauntabiliti seorang guru

Jika diteliti, apakah sebenarnya sebab-sebab yang menyebabkan berlaku kes salah laku di kalangan guru? Pada pendapat penulis, senario ini berlaku dengan antara sebabnya ialah guru terbabit kurang menghayati dan memahami kandungan yang tertera dalam kod Etika Profesion Perguruan.Sesungguhnya, kod etika yang disediakan dapat dijadikan suatu garis panduan kepada para guru di Negara kita tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila diri individu itu telah menceburi profesion perguruan. Ini bermakna jika guru yang terbabit dengan kes salah laku dapat menghayati dan memahami peraturan-peraturan yang disenarai dalam kod Etika Profesion Perguruan, maka, beliau akan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang kurang sesuai dilakukan sebagai seorang guru. Beliau juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk seorang guru yang buruk mampu mencemarkan nama seluruh ahli komuniti guru justeru berusaha untuk mengelakkan dirinya untuk terlibat dengan kes-kes salah laku. Natijahnya, penulis berasa bahawa salah satu sebab yang menyebabkan guru terbabit melibatkan diri dalam kes salah laku adalah berpunca daripada kekurangan pemahaman dan penghayatan keperluan mengikuti peraturan mengikut kod Etika Profesion Perguruan.

Selain itu, satu lagi punca yang mana mungkin secara tidak langsung telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Apakah sebab sebenar yang menyebabkan guru-guru di Malaysia mengambil sikap tidak acuh kepada kod Etika Profeion Perguruan? Mungkin kita perlu berhenti untuk menilai dan mempersoalkan keberkesanan kursus dan latihan yang diberikan kepada guru mengenai kod etika serta kepentingan mematuhi kod etika guru tersebut. Pada pendapat saya, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang sama kritikal dalam menyebarkan pemikiran mengenai kepentingan guru mematuhi kod etika kerja. Namun, realitinya, kursus dan latihan serta bengkel berkenaan kod etika profesion guru masih lagi kurang dan tidak memadai untuk memberi pendedahan yang tegas kepada guru-guru di Negara kita mengenai kepentingan menjaga tingkah laku mereka berdasarkan tatatertib etika. Rumusnya, penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang berkesan akan menyebabkan berlakunya kes salah laku di kalangan guru.

Pada masa yang sama, saya berpendapat bahawa kes guru terlibat dalam kes salah laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih dikenali sebagai stres. Kyriacou (2000) menjelaskan stres guru sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Stres juga didefinisikan sebagai tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Sebenarnya, setiap individu mengalami kelima-lima jenis stres yang disenaraikan, apa yang membezakan adalah kekerapan dan tahap keseriusan tekanan emosi tersebut kepada setiap individu, menurut Noriati A. Rahid,etc.(2010:67).

Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke-21 ini, guru di sekolah bukan sahaja menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal pengajaran dan pembelajaran di sekolah,malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam proses menjalankan tugas dan tanggungjawab, guru kian menghadapi halangan, kesuntukan masa, perselisihan faham antara guru justeru tekanan emosi sememangnya berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi.

Dalam kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah mengalami tekanan emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia bertindak terpesong daripada etika kerjaya sebagai seorang guru. Stres yang hasil daripada tekanan kerjaya berkaitan yang menyebabkannya mengalami kekangan dalam menyelesaikan ketidak-seimbangan yang berlaku dalam dirinya. Kita faham bahawa kecelaruan dalam diri seseorang akan membawa kepada tindakan yang berada pada luar jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan personaliti asalnya, dimana guru terbabit mungkin mencabul murid perempuan berkaitan walapun dirinya sendiri tidak sedar bahawa dia sedang melakukan salah laku terhadap muridnya.

4.0 Implikasi guru melanggar intergriti dan akauntabiliti seorang guru

Isu yang terbaru ialah keocoran kertas soalan sains dan bahasa inggeris upsr, ia bukan saja mengganggu emosi calon UPSR, ibu bapa dan guru, malah menyebabkan satu pembaziran wang negara kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos kepada pegawai peperiksaan yang bertugas.

Apabila berlaku soal kebocoran soalan peperiksaan, persoalan akauntabiliti dan integriti ditimbulkan. Walaupun negara mempunyai undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, nilai murni dalaman itu perlu ada. Bagi soal integriti pula, sememangnya hendak kaitkan dengan nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Sewajibnya orang yang dipertanggungjawabkan (yang mana berkaitan dalam penyediaan, penyaringan, penjagaan, pemeriksaan terhadap soalan peperiksaan nasional dan berkaitan) hendaklah mengamalkan prinsip tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.

Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismailetc.(2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus untuk terbabit dalam salah laku?

Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut sumber pada tahun 2014, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,756 buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang membabitkan diri dalam kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.

Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis bukuMedia is the Messagemenjelaskan bahawa media lebih berkesan dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang berperanan dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan, sejauh itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya pada masyarakat itu, ditentukan oleh media itu sendiri.

Maka dalam konteks ini, masyarakat yang menerima maklumat secara cepat dan meluas secara tidak langsung akan dipengaruhi oleh kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes jenayah dan salah laku berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan di media massa, sedikit sebanyak ianya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada persepsi yang baik, kepada yang sebaliknya.

Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan etika keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang serius oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian dan organisasi di sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk mengangkat dan meningkatkan semula martabat profesion perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari.

6.0 Cara mengatasi guru yang melanggar integriti dan akauntabiliti

Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu yang tertuduh tersebut.

Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya.Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkel menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadirole modelkepada murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang didapati terbabit dengan kesalahan.

Kita dididik agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini menyebabkan kita jarang mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun, sebagai rakan sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah berusaha mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.

Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed Ismail,etc.(2010:56), kita perlu sama-sama menjaga nama baik profesion perguruan supaya pelanggan danstakeholderkita berasa berpuas hati dan kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed Ismail,etc., 2010:57) Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar.

Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku. Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerima nasihat amat membantu dalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius sehinggakan didakwa.

Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa A man is known by the company he keeps. Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh daripada teman-teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai sikap negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh malah model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah untuk mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.7.0 Rumusan Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.

Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.

Menurut Baharin Abu,etc.telah mengunkapkan bahawa Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Semamangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakatyang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan kenyataan yang diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat.Perlu difahami dengan jelas bahawa, kerjaya guru bukanlah suatu kerjaya yang sembarangan. Ia merupakan ibadah yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan sebahagian daripada modal yang paling kukuh untuk menjadi syarat melangkahkan kaki ke dalam syurga yang dijanjikan kepada hamba Allah yang benar-benar layak atas amalan yang telah dilakukan.

Pendidik, kontribusinya kepada umat tidak dapat dikira dengan angka, tidak dapat diukur dengan nilaian manusia, sekalipun adanya anugerah-anugerah khusus yang diberikan. Dari hidup sehingga matinya pun, pahala kepada amal kebaikannya terus dikira, apabila ilmu yang telah dicurahkan kepada murid-murid dan segala kebaikannya kepada masyarakat dan umat terus dimanfaatkan.

7.0 Refleksi

Kini saya lebih memahami maksud integriti dan akauntabiliti bagi saya rasa bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih menjadi guru. Pekerjaan ini adalah pekerjaan yang paling mulia dimana mengajar ilmu kepada pelajar bagaimanapun jika tersalah langkah pekerjaan ini menyebabkan kita masuk neraka. Kita yang akan mencorakan anak didik kita dan sikap guru juga menjadi penyebab berlakunya sesuatu yang diluar jangkaan.

Oleh itu seboleh-bolehnya saya akan menjaga solat yang utama jika solat ditinggalkan tidak mustahil seorang guru itu tidak mempunyai integriti dan akauntabiliti. Insaalah dengan adanya minat yang mendalam sebagai guru saya tidak mungkin melangagar etika perguruan yang menyebabkan salah laku guru.

Sebagai seoarang guru juga kita perlu mempunyai sifat sabar terutama dalam menghadapi cabaran kerana allah tidak akan menguji hambanya sekiranya kita tidak mampu. Saya merasa sangat bersyukur kerana IPG Bahasa Melayu ini mengamalkan konsep integrity di mana amalaaan 5S diwajibkan di IPG. Selain itu juga minggu integrity diaadakan di IPG Bahasa Melayu untuk menerapkan kefahaman kami pelajar supaya faham dan tidak melakukan kesalahan.

Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''(HR Muslim). Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah".(HR Ibn Majah). Oleh yang demikian, seharusnya, seorang guru itu, memiliki sifat yang sebenar-benarnya selayak seperti seorang pendidik, mempunyai nilai dan sahsiah yang tinggi.

8.0Rujukan JURNALLula J. Henry., Kimberly G. Griffith., Fara M. Goulas.(2005). Perspectives on Sexual Misconduct by Educators: A Call to, Action and a Mandate for Reform and Solutions. National Forum of Teacher Education Journal-Electronic. Volume 16. Number 3E 2005-2006.Leah P. McCoy, 2008. Studies In Teaching 2008 Research Digest. Wake Forest University. Winston-Salem. NCRichard D. Shane. (2009). Teacher as Sexual Harassment Victims: The Inequitable Protctions of Title VII in Public Schools. University of Florida.LAMAN WEBUtusan Online. 2014. http//.www.utusanonline.com.myDilayar pada 20 Ogos 2014Berita harian Online. 2014. http//:www.bharian.com.myDilayar pada 20 Ogos 2014

9.0 Lampiran

Usah cepat buat andaianOleh Ruhaiza [email protected]

BARANGKALI, imej sistem pendidikan negara kian tercalar apabila pelbagai insiden memalukan dan memualkan sering terpampang di media massa.Dulu salah laku pelajar menjadi tajuk berita, kini guru pula seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan tidak masuk akal. Lebih memalukan apabila golongan dihormati dan disanjung itu terbabit pula dengan perbuatan mencemarkan maruah.Pastinya senario itu mengundang kemusykilan masyarakat, apakah yang sedang melanda institusi pendidikan negara hari ini hingga golongan guru hilang pertimbangan?Adakah perlakuan itu disebabkan tekanan kerja yang semakin bertambah hingga mereka 'terlanjur' perbuatan? Apakah mereka sememangnya 'gatal' dan mengambil kesempatan atau masyarakat hanya memperbesar-besarkan hal kecil yang boleh ditangani tanpa pembabitan orang luar?Kaunselor pakar, perunding dan pakar motivasi, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata jangan terburu-buru membuat andaian kepada guru bermasalah tanpa menimbangkan kemungkinan dan faktor hingga tercetusnya insiden.

Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah mengambil tindakan dan melemparkan pandangan negatif hanya memburukkan keadaan selain menimbulkan ketegangan hingga menjejaskan maruah atau masa depan guru terbabit."Belum tentu mereka bersalah biarpun tindakan sudah diambil. Inilah sikap buruk masyarakat kita yang mudah sangat meletakkan kesalahan tanpa usul periksa sekali gus mencalarkan nama baik sekolah, pelajar serta peribadi individu."Tindakan terburu-buru tidak profesional dalam menangani masalah malah menjadikannya sebagai tindakan pasif bagi individu lain. Justeru sebelum mengambil keputusan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan supaya pihak lain tidak teraniaya," katanya.Sejak akhir-akhir ini, media massa melaporkan masalah perlakuan guru yang dianggap bermasalah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat hingga mencetuskan kebimbangan semua pihak.Antaranya perlakuan guru yang suka menyentuh fizikal pelajar berlainan gender dengan menggunakan 'hukuman' sebagai alasan menghalalkan perbuatan. Ada juga menyentuh dengan alasan kasih sayang biarpun tidak perlu.Beliau berkata bagi mengelakkan kekeliruan, sama ada pelajar atau guru perlu tahu menggunakan hak masing-masing bukan menyalahgunakannya bagi tujuan tertentu."Selalunya insiden berlaku kerana pelajar berasakan hak peribadi dicabuli sementara guru beranggapan itu hak mereka untuk mendisiplinkan pelajar. Bila wujud kekeliruan, sudah tentu tercetusnya masalah."Sewajarnya kedua-dua pihak tahu batas-batas boleh digunakan bagi mengelakkan kontroversi. Sudah termaktub hanya atas sebab tertentu saja seseorang itu boleh disentuh, contohnya atas tujuan perubatan atau rawatan oleh mereka yang bertauliah seperti doktor."Jika semua pihak jelas mengenainya, sudah pasti tidak timbul isu begini. Sangat malang apabila guru dan pelajar terpaksa bertelingkah atau 'berperang' hanya kerana perkara boleh dielakkan," katanya.Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada guru suka mengambil kesempatan namun menganggapnya ia hanya kes terpencil.Guru terbabit katanya perlu mendapatkan rawatan psikologi bagi mengesan masalah supaya tidak bertambah kronik."Tidak dinafikan, ada guru suka menyentuh pelajar dan ini memang salah. Guru ini sebenarnya mungkin mengalami masalah emosi namun tidak mampu dikesan dengan mata kasar dan tekanan itu diterjemahkan dengan perlakuan."Guru berkenaan tidak rasa bersalah namun pelajar pula menjadi mangsa. Jika ini berlaku, pihak sekolah perlu mengambil tindakan tertentu supaya keadaan tidak bertambah melarat."Namun sebaiknya, biarlah hanya mereka yang terbabit saja mengetahui perkara ini supaya tidak memalukan mana - mana pihak. Yang dikesali apabila guru bermasalah, ia seperti diheboh-hebohkan hingga menjadi isu nasional sekali gus menyukarkan usaha sekolah menanganinya," katanya.Ditanya mengenai kaedah terbaik, beliau berkata sama ada guru, pelajar mahupun sekolah perlu menjadi erat dan saling menyayangi selain semua pihak perlu merendahkan ego masing -masing.Menurutnya, pertikaian yang berlaku hari ini disebabkan tiadanya elemen positif seperti kasih sayang, menghormati dan menghargai di kalangan warga sekolah hingga mencetuskan situasi 'hanya kau-aku'."Apabila elemen positif tidak dimasukkan dalam perhubungan, sudah tentu mereka semakin renggang. Guru hanya menjalankan tanggungjawabnya mengajar, pelajar pula menerima sementara sekolah asyik berkira mengenai pencapaian kecemerlangan hingga terlupa keperluan kasih sayang."Ini menjadikan setiap golongan hanya tertumpu pada komuniti tertentu saja sedangkan sekolah boleh diibaratkan sebagai keluarga besar yang boleh berkongsi susah senang. Jalinan kemesraan dan kasih sayang perlu disemai mengikut batas ditetapkan," katanya."Pelajar juga perlu tahu status dan pandai menjaga diri. Jika betul guru bersalah dan perlu diambil tindakan, lakukanlah mengikut pertimbangan akal bukan emosi semata-mata. Semua pihak ada hak yang perlu dipertahankan," katanya.

LANGGANI SEKARANGKOLUMNISSABTU, 13 SEPTEMBER 2014 @ 5:35 AMAkauntabiliti, integriti penjawat awam jadi taruhanOleh Ahmad Fauzi [email protected] dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)? Itu persoalan besar sehingga menyebabkan 472,853 calon terpaksa menduduki peperiksaan itu pada 30 September depan di seluruh negara. Terkesan juga kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan yang memohon maaf kepada calon dan ibu bapa gara-gara kebocoran itu.Akibat perbuatan pihak tertentu, ia bukan saja mengganggu emosi calon UPSR, ibu bapa dan guru, malah menyebabkan satu pembaziran wang negara kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan kos kepada pegawai peperiksaan yang bertugas.Apabila berlaku soal kebocoran soalan peperiksaan, persoalan akauntabiliti dan integriti ditimbulkan. Walaupun negara mempunyai undang-undang yang tegas di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, nilai murni dalaman itu perlu ada. Pembelajaran nilai murni selama ini pun diterapkan dalam UPSR itu sendiri dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan - Bahagian C.Abai nilai murniMengapa masih ada rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan nilai murni itu secara berterusan? Saban tahun rakyat mendengar cerita soalan bocor di sana sini, apatah lagi pada zaman teknologi maklumat, ia agak berleluasa penyebarannya dalam media sosial baru. Sebagai contoh berlaku pada 5 Disember 2013, polis mengesahkan tiada berlaku kebocoran soalan mata pelajaran Matematik kertas dua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mujurlah.Namun, antara paling diingati fenomena bocor soalan membabitkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1989, iaitu 25 tahun lalu yang memperlihatkan pelajar yang mengambil kertas wajib, Bahasa Melayu terpaksa mengambil kertas itu dua kali peperiksaan kerana soalan Kertas 1 Bahasa Melayu bocor. Riuh dan gamat ketika itu, malah penulis sendiri melalui pengalaman itu pada tahun berkenaan.Rasa perit dan hilang tumpuan agak terasa. Apatah lagi subjek Bahasa Melayu wajib lulus dalam SPM. Mujur masing-masing kuat semangat pada ketika usia 17 tahun dan diberikan kata-kata perangsang oleh guru. Itu pelajar sekolah menengah, tetapi yang berlaku sekarang ialah membabitkan pelajar berusia 12 tahun.Gara-gara soalan bocor, penulis membaca banyak komen yang tidak berpuas hati dan luahan perasaan menjadi viral dalam Facebook. Antaranya, ada dalam kalangan murid sudah hilangmoodkerana mereka telah merancang aktiviti pada cuti sekolah sebaik peperiksaan UPSR tamat. Ada pula yang geram dan marah kerana tarikh 30 September pula, banyak aktiviti bakal dilaksanakan di sekolah membabitkan pelajar Tahun Enam, malah ada yang mempersoalkan mengapa tiada set soalanback-uppeperiksaan nasional itu?Penulis tertarik dengan luahan seorang penganalisis pendidikan yang menyatakan UPSR itu hanyalah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Tujuannya bagi mengetahui sejauh manakah tahap penguasaan setiap murid dalam setiap subjek yang diuji itu selepas enam tahun melalui pembelajaran di sekolah rendah.Tidak dinafikan keputusan UPSR diambil kira dalam peluang kemasukan ke sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) serta sekolah tersohor pada peringkat negeri dan daerah, namun, ia bukan penghalang atau penyekat untuk murid melangkah masuk ke sekolah menengah.Kata penganalisis pendidikan itu, apa pun keputusan yang diperoleh dalam UPSR, hatta 5E atau 7E (bagi sekolah jenis kebangsaan) sekalipun, mereka tetap layak masuk ke sekolah menengah. Jadi, untuk apa dan mengapa ada orang begitu ghairah untuk membocorkan soalan UPSR?Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber awam.Bagi soal integriti pula, penulis sememangnya hendak kaitkan dengan nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan.Sewajibnya orang yang dipertanggungjawabkan (yang mana berkaitan dalam penyediaan, penyaringan, penjagaan, pemeriksaan terhadap soalan peperiksaan nasional dan berkaitan) hendaklah mengamalkan prinsip tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.Mudah berlaku salah lakuPrinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan setiap orang. Sekiranya prinsip ini tidak dititikberatkan dalam pengurusan, program dan kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku.Prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah keyakinan orang ramai, kebolehpercayaan tahap tinggi, kualiti dan imej sesuatu agensi kerajaan atau swasta.Penulis percaya ia juga menjadi pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang ramai ke atas apa jua perkhidmatan yang dilaksanakan seperti peperiksaan nasional UPSR ini.

LAMPIRAN

Guru didakwa tumbuk, tendang murid gara-gara tidak bawa buku sekolahAstro Awani|Kemas kini:Februari 14, 2014(Diterbitkan pada: Februari 14, 2014 15:10 MYT)

ACP Jaafar Baba - Foto Astro AWANIIPOH: Akibat tidak membawa buku sekolah, empat orang pelajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sitiawan, Perak didakwa telah ditumbuk dan ditendang oleh guru mereka.

Mangsa dua lelaki dan dua perempuan masing-masing pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua itu cedera di bahagian badan, pinggang, perut dan dagu akibat perbuatan guru tersebut.Pihak polis yang bertindak atas laporan mangsa telah merakam percakapan kesemua mangsa serta guru berusia tiga puluh empat tahun itu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Jaafar Baba memberitahu guru tersebut turut mempunyai kes yang sama pada Januari lalu namun perkara tersebut diselesaikan secara baik antara pihak sekolah, PIBG dan keluarga pelajar.

"Siasatan awal kita dapati kejadian ini ada kaitan dengan tidak membawa buku latihan. Yang satu lagi itu berkemungkinan berkaitan dengan perbuatan yang tidak sengaja dan sebagainya yang berkaitan dengan botol air,"

"Guru terbabit telah dipanggil semalam dan rakaman percakapan telah pun dibuat. Maknanya kita akan kumpul kesemua maklumat dan juga termasuklah laporan perbuatan ini dan kita akan panjangkan perkara ini kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan sewajarnya." katanya lagi.

Kesemua mangsa telah mendapat rawatan pesakit luar di hospital Seri Manjung.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di mana jika di bersabit kesalahan, guru tersebut bakal dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda RM2000 atau kedua-duanya sekali.

27