assigment pengajian malaysia tugasan 4

Download Assigment Pengajian Malaysia Tugasan 4

If you can't read please download the document

Upload: luqman

Post on 09-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kerja sekolah

TRANSCRIPT

Pada pendapat anda, adakah rakyat di Malaysia mengamalkan intergrasi nasional?Ya. Pada pendapat saya, rakyat di Malaysia mengamalkan intergrasi nasional tersebut contohnya guru.Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah pasti akan menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam hidup mereka. Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun semangat perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya keranamurid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak persekolahan yang sama.

Nyatakan tahap-tahap intergrasi yang wujud di Malaysia?Tahap-tahap intergrasi yang wujud di Malaysia ialah Tahap Segregasi,Akomodasi,Akulturasi,Asimilasi dan Amalgamasi.

Huraikan, berikan contoh dan formula yang menunjukkan tahap-tahap tersebut.

Tahap SegregasiSegregasi adalah merujuk kepada proses atau suasana pengasingan dan juga pemisahan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya (seperti dasar aparthied di Afrika).Contohnya. Orang Melayu, cina dan India hidup terpisah kerana berbeza perkerjaan. Orang Melayu berkerja sebagai nelayan dan petani, maka tempat tinggal mereke adalah di kampung-kampung pedalaman dan pesisir pantai . Orang cina pula berkerja sebagai peniaga dan pedagang serta pelombong dan kebanyakan mereka tinggal si pinggir bandar dan kawasan bandar, manakala kebanyakan orang India bekerja sebagai buruh dan penoreh getah yang tempattinggal mereka kebanyakannya tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang.Formula bagi konsep segregasi ini ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya tembok pemisah antara etnik-etnik.

AkomodasiAkomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma &nilai kumpulan etnik yang lain tetapi pada masa yang sama tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing(Pluralisme).Dalam konteks negara Malaysia,masyarakat Melayu,Cina,India,Sikh dan lain lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup masing-masing.Formula bagi konsep ini ialah akomodasi ialah A + B + C = A + B + C

AsimilasiProses Asimilasi adalah merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu yang datang dari etnik dan kebudayaan yang berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan.Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan secara berlainan, akhirnya bersatu dlm kesatuan sosial serta budaya yang sama.Umumnya kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudahdiasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar.Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.Contohnya Di Thailand, orang Melayu mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dengan amalan & cara hidup orang Thailand.Formula untuk konsep ini ialah A + B + C = A (dominan).

AmalgamasiSatu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semuaentiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.Contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialahperkahwinan campur antara Orang cina dan india, Melayu dan cina, India dan melayu, Melayu dan orang eropah dan sebagaunya. Wajah pan asian merupakan ras yang popular di rantau asia dan Malaysia . Ada juga yang mengaitkan anak hasil perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi , cerdik , berpenampilan menarik dan sebagainya.Formula bagi konsep amalgamasi ini ialah A + B + C = D(kelompok baru)

AkulturasiSuatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari budaya yang lain . Walaupun sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya etnik lain, ia tidak menyebabkan kehiangan identiti asal kaum atau etnik yang menerimanya. Keadaan ini dapat dilihat dari segi makanan pakaian dan sebagainya.Contohnya yang berlaku di Malaysiaialah pemberian duit raya oleh Orang Melatyu semasa hari raya (budaya pemberian ang oau ialah buadaya masyarakat cina). Begitu juga budaya pemakaian tali leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia sedangkan pemakaian tali leher ialah budaya orang barat. Formula bagi konsep akulturasi ini ialah Abc + Bac + Cab.