assigment sept.docx
Embed Size (px)
DESCRIPTION
SEGAKTRANSCRIPT

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
PENGENALAN ‘ SEGAK ‘
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.
Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa
berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang dilaksanakan
dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut
norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini
dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008.
Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod
penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan
secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid
mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Definisi Kecergasan Fizikal
“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit
otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu
untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya
tahan, kemahiran dan sebagainya.”
Falls, 1980
1

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
Pengenalan :
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gopeng, Gopeng. Ujian ini telah
dilaksanakan terhadap murid Tahun Enam Ibnu Khaldun iaitu seramai 18 orang murid terdiri
daripada 10 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.
Matlamat Program SEGAK
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan
dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum
Objektif Program SEGAK
Objektif ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik,
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Prosedur Program SEGAK
Murid Tahun Enam perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal sperti yang telah dicadangkan
dalam buku panduan. Prosedur dan teknik ujian yang akan dilaksanakan adalah mengikut
peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan.
Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
Ujian ini dijalankan semasa waktu pengajaran Pendidikan Jasmani dan hasil ujian diperolehi
pada hari ujian ini dijalankan. Semua murid Tahun Enam telah dilatih secukupnya pada waktu
Pendidikan Jasmani sebelum ini iaitu selama sebulan. Murid akan melakukan ujian ini secara
individu. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum
melakukan ujian ini.
2

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Sebagai persedian awal, sebelum ujian ini dijalankan semua murid akan melakukan aktiviti
memanas badan. Ujian ini telah dilaksanakan mengikut urutan secara berterusan iaitu :
i. Naik Turun Bangku ( 3 minit )
ii. Tekan Tubi ( 1 minit )
iii. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
iv. Jangkauan Melunjur
Aktiviti Memanaskan Badan
Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian
kecergasan ini seperti; i. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki.
ii. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku
Di akhir ujian ini, semua murid akan melakukan aktiviti menyejukan badan sebelum dibenarkan
kembali ke bilik darjah. Di antara aktiviti memanaskan badan ialah :
i. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit.
ii. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.
Faktor-Faktor Keselamatan
Faktor keselamatan sebelum ujian ini dijalankan dititikberatkan bagi memastikan semua murid
dapat melaksanakan ujian SEGAK ini. Semua murid Tahun Enam perlu memakai pakaian
Pendidikan Jasmani. Murid yang akan dikecualikan menjalani ujian ini jika
i. disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;
ii. mengidap penyakit kronik,
iii. tidak sihat pada waktu ujian.
Alatan dan kawasan ujian juga dipastikan selamat serta sesuai dengan ujian yang hendak
dijalankan. Sepanjang ujian SEGAK ini dijalankan, guru akan mengawasi semua aktiviti yang
akan dilakukan oleh murid Tahun Enam ini
3

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Ukuran Antropometrik
Nama Ujian Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Objektif Menilai komposisi badan individu
Tahap Murid Tahun 6 Ibnu Khaldun
JantinaLelaki dan Perempuan
i. 11 murid lelakiii. 7 murid perempuan
Alatan dan kemudahan
i. Pengukur tinggiii. Penimbang berat
iii. Borang skor
Proseduri. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran
kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.ii. Rujuk jadual untuk mengenal pasti komposisi berat badan.
CatatanTiga orang murid lelaki tidak dibenarkan untuk menjalani ujian ini kerana kesihatan tidak mengizinkan dan telah mendapat rawatan di Klinik Kesihatan .
Formula BMI
Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)
Jadual BMI
Lelaki
Umur (Tahun)
Kurang berat NormalBerisiko Berat
BerlebihanBerat
berlebihan9 <14.0 14.0 - 18.6 >18.6 - 21.0 >21.010 <14.2 14.2 - 19.4 >19.4 - 22.2 >22.211 <14.6 14.6 - 20.2 >20.2 - 23.2 >23.212 <15.0 15.0 - 21.0 >21.0 - 24.2 >24.213 <15.4 15.4 - 21.8 >21.8 - 25.2 >25.214 <16.0 16.0 - 22.6 >22.6 - 26.0 >26.015 <16.6 16.6 - 23.4 >23.4 - 26.8 >26.816 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.617 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2
4

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Perempuan
Umur (Tahun)
Kurang berat NormalBerisiko Berat
BerlebihanBerat
berlebihan9 <14.8 14.8 - 19.2 >19.2 - 21.8 >21.810 <14.0 14.0 - 19.9 >19.9 - 22.9 >22.911 <14.4 14.4 - 20.8 >20.8 - 24.0 >24.012 <14.8 14.8 - 21.6 >21.6 - 25.2 >25.213 <15.3 15.3 - 22.5 >22.5 - 26.2 >26.214 <15.8 15.8 - 23.2 >23.2 - 27.2 >27.215 <16.3 16.3 - 24.0 >24.0 - 28.0 >28.016 <16.8 16.8 - 24.5 >24.5 - 28.8 >28.817 <17.3 17.3 - 25.2 >25.2 - 29.6 >29.6
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
Prinsip Latihan
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi
prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:
i. Prinsip tambah bebanan - Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara
beransur- ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan
ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.
ii. Prinsip perbezaan individu - Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru
harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.
iii. Prinsip kekhususan - Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan
keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.
iv. Prinsip kebolehbalikan - Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya
latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku
v. Prinsip kepelbagaian latihan - Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan
minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan rasa bosan atau tiada minat untuk
melakukan aktiviti tersebut
5

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Pelaporan
i. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
ii. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
iii. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.
Laporan Ujian SEGAK.
Bagi melapor dan menganalisis data yang diperoleh, maka daripada skor ujian,
guru akan mencari min, median, mod, sisihan piawai serta varian skor-skor kumpulan murid
yang telah menjalani ujian ini.
i. Apakah Min
Min ialah purata sesuatu set data ataupun skor. Min mudah dikira,sekiranya bilangan data
adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak. Min adalah satu kaedah yang selalu
digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata artimatik suatu set
pencerapan. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah
bilangan skor.
ii. Apakah Mod
Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam
keluk taburan sesuatu set data. Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak
terkumpul itu secara menaik atau menurun. iii. Apakah Median
Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di
tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik
atau menurun
iv. Apakah Sisihan Piawai
Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor.
• Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min.
• Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan.
• Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain (homogen).
• Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan.
• Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).
6

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
v. Apakah Varian.
Varian dianalisis bagi membuat inferen tentang sama ada sampel yang diambil daripada
populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita dapat membandingkan min
lebih daripada dua sampel. Ia juga adalah cara yang baik untuk menentukan ketepatan
min.
BIL JENIS UJIAN
TAHUN 5
PENGGAL 1 ( APRIL ) PENGGAL 2 ( OKT. )
Bil.Ulangan /Masa/Jarak Skor Bil.Ulangan /Masa/Jarak Skor
1 Naik Turun Bangku
2 Tekan Tubi
3 Ringkuk tubi Separa
4 Jangkauan Melunjur
JUMLAH SKOR
Gred Skala ( A/B/C/D )
INDEKS JISIM BADAN
Tarikh Ujian
Tandatangan Guru PJPK
ULASAN GURU
Analisis Data Skor Ujian SEGAK.
Data ini dianalisis setelah skor-skor diberikan kepada murid. Data ini diproses dan dianalisis
menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Berikut merupakan contoh borang ujian SEGAK
bagi sekolah rendah
7

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Berikut Merupakan Norma Skor Bagi Ujian SEGAK Murid Tahun 5.NORMA SKOR SEGAK
LELAKI 11 TAHUN
SKOR 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 78 ke atas79 hingga
101102 hingga
124125 hingga
147148 ke atas
Tekan Tubi 16 ke atas 13 hingga 15 9 hingga 12 7 hingga 8 6 ke bawah
Ringkuk Tubi Separa 19 ke atas 16 hingga 18 12 hingga 15 8 hingga 13 7 ke bawah
Jangkauan Melunjur 39 ke atas 32 hingga 38 25 hingga 31 18 hingga 24 17 ke bawah
NORMA SKOR SEGAK
PEREMPUAN 11 TAHUN
SKOR 5 4 3 2 1
Naik Turun Bangku 86 ke atas87 hingga
111112 hingga
136137 hingga
161162 ke atas
Tekan Tubi 21 ke atas 17 hingga 20 13 hingga 16 9 hingga 12 8 ke bawah
Ringkuk Tubi Separa 18 ke atas 15 hingga 17 11 hingga 14 8 hingga 10 7 ke bawah
Jangkauan Melunjur 36 ke atas 31 hingga 35 25 hingga 30 19 hingga 24 18 ke bawah
Ujian SEGAK yang dijalankan kepada murid Tahun 6 Ibnu Khaldun
8

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
UJIAN 1 : NAIK TURUN BANGKU
TAHAP : MURID TAHUN 6
TUJUAN : UNTUK MENILAI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN
ALATAN DAN KEMUDAHAN
i. Bangku – ketinggian 30.5 cm (1 kaki)
ii. Jam Randik
iii. Borang skor
iv. Rakaman metronome ( 96 detik)
v. Radio CD
Pengurusan dan organisasi
Aktiviti dijalankan secara berpasangan
Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat ( pastikan bangku tidak bergerak
semasa ujian dijalankan)
Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit
Prosedur
i. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
ii. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (mana yang sesuai)diletakkan di atas
bangku
iii. Penguji akan memberikan isyarat “mula”.
iv. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki
kiri turun, kemudian kaki kanan dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak
permukaan bangku
v. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96
detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti
vi. Selepas tamat aktiviti, murid akan duduk serta merta.
9

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
vii. Kadar nadi diambil selepas 5 saat tamat aktiviti.
viii. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid akan dibatalkan
10

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
UJIAN 2 : TEKAN TUBI (LELAKI)
: TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN)
TUJUAN : UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN
OTOT SERTA BAHU BADAN
TAHAP : MURID TAHUN 6
ALATAN DAN KEMUDAHAN
i. Kawasan lapang yang rata
ii. Span (5cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi)
iii. Jam randik
iv. Tilam senaman
Pengurusan dan Organisasi
Ujian dilaksanakan secara berpasangan
Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat
Prosedur
i. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang
lurus dan jari-jari kaki.
ii. Badan diluruskan (tekan tubi) -mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat
badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang.
iii. Badan diluruskan (tekan tubi suaian)
iv. Turunkan badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang
tingginya 10cm.
v. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu ulangan lakuan.
vi. Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit.
vii. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1-3.
viii. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil hanya setakat murid
berhenti.
ix.
11

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
x. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid gagal melakukan aktiviti dengan sempurna
mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.
12

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
UJIAN 3 : RINGKUK TUBI SEPARA
TUJUAN : UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT
ABDOMEN
TAHAP : MURID TAHUN 6
JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN
Alatan dan kemudahan
i. Pita lekat bersaiz 2.5 cmPita ukur
ii. Jam randik
iii. Metronome (50 detik seminit)
iv. Pelapik getah
v. Penanda 15 cm panjang
Pengurusan dan Organisasi
Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan
Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm.
Prosedur
i. Ujian dijalankan dengan murid mamakai kasut sukan yang sesuai.
ii. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh
lantai.Buka kaki seluas bahu.
iii. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari penanda pertama.
iv. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan
menggelongsor hingga menyentuh penanda kedua.
v. Bahagian bawah atau belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan
asal.
vi. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50
detik seminit selama 1 minit.
vii. Murid B akan mengambil skor dan ulangan murid A.
viii. Ujian akan ditamatkan sekiranya :
13

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Murid A berhenti melakukan ujian
Jari tidak menyentuh penanda kedua dan Tumit diangkat
Tidak mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.
14

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
UJIAN 4 : JANGKAUAN MELUNJUR
TUJUAN : UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG
BADAN, PAHA DAN PINGGUL.
TAHAP : MURID TAHUN 6
JANTINA : LELAKI DAN PEREMPUAN
ALATAN DAN KEMUDAHAN
i. Alat pengukur jangkauan
ii. Borang skor
Pengurusan dan organisasi
Gunakan alat pengukur jangkauan yang standard
Prosedur
i. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakan di belakang penanda 23 cm.
ii. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian.
iii. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakan tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari
tengah hendaklah sama.
iv. Dagu rapat ke dada.
v. Jangkauan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
vi. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap.
vii. Murid akan diberi 3 percubaan berturut-turut.
viii. Percubaan terbaik akan diambil kira.
ix. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
x. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.
15

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
16

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Data dan Analisis Ujian SEGAK Bagi Murid Lelaki
NAMA MURID
JANTINA
JENIS UJIAN DAN SKOR
IndeksJisim Badan (BMI)
Naik Turun
BangkuSkor
Tekan Tubi
SkorRingkuk
Tubi Separa
SkorJangkauan Melunjur
Skor
Azaman L 22 108 3 34 5 17 4 35 4
Razali L 16 180 1 30 5 18 4 30 3
Muqri L 18 126 2 37 5 30 5 26 3
Azhar L 15 120 3 30 5 28 5 43 5
Ramli L 16 108 3 37 5 23 5 37 4
Hairul L 16 85 4 31 5 25 5 32 4
Riezal L 18 120 3 32 5 21 5 39 5
Azizul L 17 174 1 30 5 25 5 36 4
AnalisisNaik Turun
BangkuTekan Tubi
Ringkuk Tubi Separa
Jangkauan Melunjur
Min 1 5 4 3
Mod 3 5 5 4
Median 3 5 5 4
Sisihan Piawai 1.2 0.0 0.5 0.7
Varian 1.3 0.0 0.3 0.5
17

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Data dan Analisis Ujian SEGAK Murid Perempuan
RESPONDEN JANTINA
JENIS UJIAN DAN SKOR
IndeksJisim Badan (BMI)
Naik Turun
BangkuSkor
Tekan Tubi
SkorRingkuk
Tubi Separa
SkorJangkauan Melunjur
Skor
Jamaliah P 22 114 3 25 5 22 5 27 3
Kamalia P 25 120 3 26 5 11 3 31 4
Azizah P 19 108 4 27 5 20 5 23 3
Qhalisha P 19 108 4 29 5 13 3 28 3
Roziah P 29 168 1 26 5 22 5 28 3
Aminah P 19 120 3 27 5 21 5 27 3
Huzaimah P 21 120 3 31 5 25 5 41 5
AnalisisNaik Turun
BangkuTekan Tubi
Ringkuk Tubi Separa
Jangkauan Melunjur
Min 1 5 5 3
Mod 3 5 5 3
Median 3 5 5 3
Sisihan Piawai 1.2 0.0 0.5 0.6
Varian 1.3 0.0 0.0 0.5
18

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Data Keseluruhan Ujian SEGAK
NAMA MURID JANTINA
JENIS UJIAN DAN SKOR
IndeksJisim Badan (BMI)
Naik Turun
BangkuSkor
Tekan Tubi
SkorRingkuk
Tubi Separa
SkorJangkauan Melunjur
Skor
Azaman L 22 108 3 34 5 17 4 35 4
Razali L 16 180 1 30 5 18 4 30 3
Muqri L 18 126 2 37 5 30 5 26 3
Azhar L 15 120 3 30 5 28 5 43 5
Ramli L 16 108 3 37 5 23 5 37 4
Hairul L 16 85 4 31 5 25 5 32 4
Riezal L 18 120 3 32 5 21 5 39 5
Jamaliah L 17 174 1 30 5 25 5 36 4
Kamalia P 22 114 3 25 5 22 5 27 3
Azizah P 25 120 3 26 5 11 3 31 4
Qhalisha P 19 108 4 27 5 20 5 23 3
Roziah P 19 108 4 29 5 13 3 28 3
Aminah P 29 168 1 26 5 22 5 28 3
Huzaimah P 19 120 3 27 5 21 5 27 3
Amalina P 21 120 3 31 5 25 5 41 5
AnalisisNaik Turun
BangkuTekan Tubi
Ringkuk Tubi Separa
Jangkauan Melunjur
Min 1 5 3 3
Mod 4 5 5 5
Median 3 5 5 4
Sisihan Piawai 0.5 0.0 0.9 0.8
Varian 0.4 0.0 0.6 0.6
19

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Rumusan Dan Dapatan Keseluruhan Ujian.
Daripada data yang telah dianalisis, didapati tidak terdapat perbezaan yang ketara antara skor
murid lelaki dan murid perempuan. Ini kerana jika dilihat daripada varian yang diperoleh hanya
sekitar 0.0 hingga 1.4 sahaja. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang ketara antara skor masing-
masing.
Analisis Ujian Naik Turun Bangku.
Ujian naik turun bangku ini adalah bertujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular
murid. Daripada analisis keseluruhan tersebut menampakkan min bagi ujian ini adalah 2. Ini
bermakna bahawa kebanyakan murid mempunyai daya tahan kardiovaskular yang rendah.
Berikut merupakan jadual tahap mengikut skor.
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI
5
Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal
dengan meneruskan latihan berkala
supaya tidak berlaku kebolehbalikan
Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali.
4
Kekalkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
3
Tingkatkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
2
Perlu mempertingkatkan kecergasan
fizikal. Dapatkan nasihat guru
Pendidikan Jasmani.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
1
Perlu menjalani latihan yang khusus
untuk membina kekuatan dan daya tahan
otot dengan bimbingan guru Pendidikan
Jasmani.
Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi
selama 5 minit setiap pagi dan petang.
Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.
20

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Analisis Ujian Tekan Tubi.
Min dan mod bagi ujian ini mendapat skor yang memberansangkan iaitu skor 5. Ini
menunjukkan bahawa majoriti murid mempunyai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot
tangan serta otot bahu yang baik. Berikut merupakan jadual tahap mengikut skor.
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI
5
Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal
dengan meneruskan latihan berkala
supaya tidak berlaku kebolehbalikan
Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali.
4
Kekalkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
3
Tingkatkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
2
Perlu mempertingkatkan kecergasan
fizikal. Dapatkan nasihat guru
Pendidikan Jasmani.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
1
Perlu menjalani latihan yang khusus
untuk membina kekuatan dan daya tahan
otot dengan bimbingan guru Pendidikan
Jasmani.
Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi
selama 5 minit setiap pagi dan petang.
Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.
21

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Analisis Ujian Ringkuk Tubi Separa
Hasil daripada analisis ini juga, didapati majoriti murid mendapat skor 5. Ini menunjukkan
bahawa mereka mempunyai daya tahan dan kekuatan otot abdomen yang amat baik. Ini juga
berkemungkinan daripada daripada indeks jisim badan (BMI) mereka juga rata-ratanya dan
boleh dikatakan majoriti mereka mempunyai berat badan yang ideal. Oleh yang demikian,
mereka juga mempunyai daya tahan dan kekuatan abdomen yang baik. Berikut merupakan ulasan
dan cadangan yang boleh diberikan kepada murid berdasarkan skor.
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI
5
Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal
dengan meneruskan latihan berkala
supaya tidak berlaku kebolehbalikan
Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali.
4
Kekalkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
3
Tingkatkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
2
Perlu mempertingkatkan kecergasan
fizikal. Dapatkan nasihat guru
Pendidikan Jasmani.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
1
Perlu menjalani latihan yang khusus
untuk membina kekuatan dan daya tahan
otot dengan bimbingan guru Pendidikan
Jasmani.
Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi
selama 5 minit setiap pagi dan petang.
Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.
22

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Analisis Ujian Jangkauan Melunjur.
Analisis min, median dan mod menampakkan skor 4. Ini bermakna murid-murid mempunyai
fleksibiliti dan kelenturan yang baik juga. Ini juga berkemungkinan mereka mempunyai BMI
yang ideal, maka kelenturan mereka juga baik. Berikut merupakan ulasan dan cadangan yang
diberikan kepada murid berdasarkan skor yang mereka perolehi
SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI
5
Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal
dengan meneruskan latihan berkala
supaya tidak berlaku kebolehbalikan
Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurang-
kurangnya 20 minit setiap kali.
4
Kekalkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
3
Tingkatkan kecergasan fizikal dengan
meneruskan latihan berkala dan
melakukan prinsip tambah bebanan.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
2
Perlu mempertingkatkan kecergasan
fizikal. Dapatkan nasihat guru
Pendidikan Jasmani.
Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali
1
Perlu menjalani latihan yang khusus
untuk membina kekuatan dan daya tahan
otot dengan bimbingan guru Pendidikan
Jasmani.
Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi
selama 5 minit setiap pagi dan petang.
Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.
23

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Cadangan Penambahbaikan Bagi Proses Pelaksanaan.
Sepanjang ujian SEGAK ini dijalnkan , terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti.
Antaranya adalah :
1. Didapati beberapa orang murid tidak melakukan aktiviti memanaskan badan dengan baik.
Ini menyebabkan mereka berkemungkinan mendapat kecederaan selepas ujian ini. Bagi
menambahbaik lagi, guru PJK seharusnya memastikan terlebih dahulu semua murid
melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum melakukan ujian. Aktiviti
memanas badan ini dilakukan secara berkumpulan. Jika didapati mereka tidak melakukan
aktiviti memanaskan badan dengan baik, maka mereka tidak dibenarkan melakukan ujian.
2. Dari aspek peralatan juga perlu ditambahbaik lagi. Ini kerana, semasa murid melakukan ujian
tekan tubi, mereka tidak disediakan dengan pelapik bagi melapik dan meletakkan lutut
(murid perempuan) semasa melakukan tekan tubi. Ini boleh menyebabkan kecederaan
berlaku pada murid.
3. Dari aspek murid sendiri, terdapat murid yang sukar untuk mengenalpasti nadi mereka
sendiri semasa melakukan ujian naik turun bangku. Ini menyebabkan mereka mungkin
tersilap mengira denyutan nadi mereka. Hal ini menyebabkan tahap keesahan dan
kebolehpercayaan ujian menjadi rendah.
4. Terdapat juga murid yang agak malu untuk melakukan item-item ujian ini. Terutamanya
murid-murid perempuan. Ini kerana mereka agak malu untuk melakukan aktiviti bersama-
sama dengan murid-murid lelaki. Ini mungkin kerana mereka tidak mahu diejek mahupun
ditertawakan oleh murid-murid lain. Cadangannya, pada masa akan datang, guru perlu
menjalankan ujian ini mengikut jantina. Sehari untuk murid lelaki dan keesokkannya untuk
murid perempuan pula. Ini penting kerana bagi meningkatkan tahap keesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu sendiri. Murid yang menjalankan ujian ini akan memberikan
komitmen dan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai skor dan tahap yang
lebih tinggi.
24

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
5. Perlu diwujudkan jawatankuasa yang dapat mengambil tindakan susulan selepas ujian ini
dijalankan. Contohnya, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu mengadakan post-
mortem bagi mengambil tindakan susulan kepada murid-murid yang didapati tidak
mencapai tahap yang diinginkan. Ini kerana pada lazimnya, selepas ujian ini dijalankan, skor
diambil dan disimpan begitu sahaja tanpa mengambil tindakan susulan kepada murid- murid
yang terlibat. Ini menampakkan bahawa ujian ini tidak memberi impak dan kesan yang
maksimum kepada murid seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara iaitu
melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4,087 patah perkataan
25

HBPE2203UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
HBPE 2203
UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTA SEPTEMBER / 2013
NAMA : AL HASSAN BIN ERON
NO. K/P : 631110-01-5483
NO. MATRIK : 631110015483001
26