assigment bmm3114

Click here to load reader

Post on 26-Nov-2015

272 views

Category:

Documents

13 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan KKP BMM 3114

TRANSCRIPT

KEBUDAYAAN MELAYU

BMM 3114KEBUDAYAAN MELAYU

1.0 KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT, KEBUDAYAAN MELAYUBudaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pembelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi itu merupakan budaya. Berdasarkan rujukan beberapa buah buku, didapati definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana antropologi budaya seperti A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn yang pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya.Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Manakala, berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat (2010) pula, mendefinisikan bahawa budaya itu adalah sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya.Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.Budaya (culture) secara takrifannya diertikan sebagai cara hidup yang diamalkan secara berterusan dalam tempoh masa yang panjang sehingga amalan itu wujud dalam pemikiran separa sedar (sub-consciousmind) dan seterusnya menjadi asas untuk membeza seseorang dengan yang lainnya(Hofstede, 1980; 1991).

Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya pula sebagai"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity.Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"

Seterusnya, pengertian masyarakat pula turut boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut contohnya dalam penggunaan harian, masyarakat diklasifikasikan sebagai kelompok individu.Secara umumnya pula, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakatmembawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil juga merupakan anggota sesebuah masyarakat.

Vatoni LV (2012), dalam sebuah laman sesawang ada menyatakan kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Menurutnya lagi, Melville J. Herskovits danBronislaw Malinowskimengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri.MenurutEdward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

Justeru, didapati budaya masyarakat melayuialah cara hidup bangsa melayu yang meliputi perkembangan sahsiah, budi, akal, daya, semangat,usaha, nilai dan tindakan dari aspek lahiriah dan juga aspek batiniah. Malah, budaya ini telah meresap masuk ke dalam pemikiran separa sedar bangsa melayu dan akhirnya menjadi tatacara hidup dan amalan orang melayu. Oleh yang demikian, secara tidak langsung, budaya inilah yang menjadi identiti kita dan seterusnya dapat membezakan kita dengan bangsa lain.

1.1 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Politik.Dalam satu laman sesawang yang ditulis oleh Arif Hertanto, belia telah menulis pendapat-pendapat daripada beberapa orang tokoh tentang definisi budaya politik.Menurut Almond dan Verba, budaya dari sudut politik merupakan sikap orientasi yang khas dari warga Negara terhadap sistem politik.Manakala, Samuel Beer pula mentafsirkan budaya dari sudut politik sebagai nilai-nilai keyakinan dan sikap-sikap emosi tentang bagaimana pemerintahan seharusnya dilaksanakan dan tentang apa yang harus dilaksanakan oleh pemerintah.Rusardi Kantaprawira pula mendefinisikan budaya politik sebagai persepsi manusia, pola sikapnya terhadap berbagai-bagai masalah politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses kegiatan politik masyarakat mahupun pemerintahan.Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan di Negara ini.Di Negara kita dapat lihat kepelbagaian politik di Negara ini yang merangkumi pelbagai kaum.Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan Negara ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin mengikut pelbagai kaum.Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih mempunya nilai-nilai patriotisme, hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama lain.Namun begitu, pengaruh penjajah sebelum ini telah menhyebabkan kita mengamalkan pemerintahan dan pentadbiran demokrasi.

1.2 Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial.Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial.Antaranya ialah agama dan kepercayaan.Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam.Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut.Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat.Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan.Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu.Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system).Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.Seterusnya, kebudayaan melayu juga boleh dilihat dari sudut kesenian.Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain.Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

2.3Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Ekonomi.Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.Budaya malayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang dijalankan masyarakat melayu di Negara ini.Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan.Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran.Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan melayu, terutamanya orang Cina.Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat.Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada universiti di dalam mahu pun di luar negara.

2.0 BENTUK DAN JENIS BAHAN SASTERA YANG DIANALISIS

2.1 ManteraManteraadalah rangkaian kata yang mengandungi rima danirama yang dianggap mempunyai kekuatan atau kuasa ghaib. Manterabiasanya diucapkan oleh seorang bomoh atau pawang dan berfungsi untukmelawan atau menandingi kekuatan kuasa ghaib. Dalam erti kata lain, ungkapan kata-kata yang digunakan oleh pawang atau bomoh ini sering digunakan dalam upacara-upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan pendinding keselamatan daripada segala bencana. Malah, mantera juga turut digunakan dalam upacara-upacara ritual, pemujaan kepada penung