assigment 2_teori pilihan rasional

Upload: redlvf

Post on 16-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Assigment 2_teori Pilihan Rasional

TRANSCRIPT

TEORI PILIHAN RASIONALPENGENALANMenurut Joe A. 2008, teori pilihan rasional adalah berasal dari teori ekonomi neoklasik yang diasaskan oleh Adam Smith dan dibangunkan oleh ramai tokoh-tokoh ekonomi dimana teori ini diterapkan dalam sektor awam untuk melihat perkaitan antara ekonomi mikro dan politik dengan melihat kepada tindakan masyarakat, politik, perkhidmatan awam sebagai gambaran terhadap kepentingan peribadi dan pengguna. Teori ini juga dapat dikaitkan dengan teori utilitarian dan teori permainan yang dikatakan oleh Levi et al., 1990; Lindenberg, 2001. Dimana teori utilitarian melihat perkaitan antara pilihan individu dengan kebajikan sosial dengan pengurangan nilai-nilai moral bagi memenuhi kepusan diri manakalag Teori Permainan adalah teori dalam ekonomi yang digunakan untuk memodelkan pembuatan keputusan dan digunakan juga untuk melihat tindak balas antara unsur-unsur dalam ekologi.Friedman dan Hechter (1998), juga mengemukakan apa yang mereka sebut sebagai model skeletal berkaitan dengan teori pilihan rasionl. Dalam ekonomi, Teori Pilihan Rasional juga dikenali sebagai Teori Pilihan atau Teori Tindakan rasional yang merupakan satu rangka kerja untuk memahami secara rasmi model tingkah laku sosial dan ekonomi.

DEFINISIColeman dalam tulisan Ritzer (2008) mengatakan yang merupakan pengasas kepada Teori Pilihan Rasional juga berpendapat yang sama seperti Friedman dan Hechter bahawa teori pilihan rasional memusatkan perhatian pada dua unsur iaitu aktor (manusia) dan sumber daya. Kedua-dua unsur ini mempunyai hubungan dimana aktor tertarik kepada keberadaan sumber daya yang mewujudkan interaksi antara dua unusr tersebut. Aktor (manusia) yang mempunyai tujuan dan juga tindakan atau usaha untuk mencapai tujuan tersebut adalah ditentukan oleh nilai dan pilihan dimana aktor memainkan peranan yang utama manakala sumber daya pula mempunyai tarikan untuk menarik aktor tersebut dan mewujudkan satu interaksi yang mana kedua-dua unsur ini mempunyai tujuan untuk memaksimumkan kepentingan.Scott (2000), mengatakan bahawa pilihan rasional menjelaskan tentang fenomena sosial dengan mengambil kira kerasionalan yang dimiliki oleh seseorang individu dan tindakan-tindakan kolektif dapat memberikan pengaruh terhadap pilihan rasional seseorang individu.Friedman (1953) dalam teori yang disebutnya sebagai model kerangka teori pilihan rasional memusatkan perhatian pada aktor. Aktor dipandang sebagai manusia yang mempunyai tujuan dan tindakannya menjurus kepada usaha atau keupayaanuntuk mencapai tujuan tersebut.Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa teori pilihan rasional dapat digunakan secara meluas sebagai satu andaian mengenai tingkah laku individu dalam model mikroekonomi dan analisis. Tindakan yang dilakukan oleh individu adalah melalui perancangan dengan melihat kepada keutamaan atau kepentingan diri dalam membuat keputusan yang dipengaruhi oleh motivasi dalaman seseorang individu dengan mengambil kira nilai-nila dalam norma sosial.

ISU-ISU PENDIDIKAN MALAYSIATeori pilihan rasional dapat digunakan untuk mengkaji isu-isu semasa dalam pendidikan dan profesion keguruan dengan kepada melihat sebab pilihan dan tindakan yang dibuat oleh seseorang atau sekumpulan individu secara kolektif. Terdapat beberapa isu semasa dalam pendidikan yang boleh dikaitkan dengan teori pilihan rasional antaranya seperti isu PTPTN, system kouta dan meritokrasi, pendidikan percuma dan pemilihan jenis sekolah.

Isu PTPTN Penubuhan PTPTN merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang tercicir dalam mendapatkan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan oleh masalah kewangan. Bagi memenuhi hasrat ini, PTPTN diberikan tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang memasuki IPT dengan menyediakan dana pendidikan dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan pendidikan dan bantuan kewangan yang lain. Dalam hal ini, PTPTN merupakan sumber daya manakala peminjam pula merupakan actor. PTPTN bertujuan mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah manakala peminjam pula ingin memenuhi kepentingan iaitu untuk melanjutkan pelajaran. Dalam keadaan ini, peminjam mempunyai pilihan dalam memenuhi kepentingannya sama ada meminjam di PTPTN atau memilih untuk mendapatkan biasiswa daripada penaja-penaja lain.

Isu Kuota dan MeritokrasiDalam dasar pendidikan Malaysia, system kouta digunakan untuk menyediakan sejumlah peruntukan tempat kepada pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi khususnya di institusi pengajian tinggi awam. Sebagai contohKabinet telah memutuskan supaya kuota 10 peratus diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputra untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan mengikuti program matrikulasi (http://cmslib.uum.edu.my/blog/?p=435). Di bawah pelaksanaan dasar ini sebenarnya telah membataskan pilihan pelajar bukan bumiputera untuk melanjutkan pelajaran di IPTA.Pada 3 September 2001, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk melaksanakan sistem meritokrasi dalam menentukan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sistem yang mengambil kira merit atau tahap kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan utama iaitu SPM dan STPM itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pengambilan pelajar dari bidang sastera serta bidang sains dan teknologi.Sebelum ini kelayakan masuk para pelajar ke IPTA adalah menerusi kuota yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Jika dulu pencapaian pelajar Melayu ke IPTA melalui system kouta hanya sekadar 55 peratus, kini meningkat kepada kadar 68.9 peratus setelah dinilai melalui sistem meritokrasi iaitu untuk pengambilan pelajar IPTA bagi kemasukan Mei 2002.Pendekatan ini dilihat telah berjaya melahirkan pelajar Melayu yang lebih kompetitif untuk bersaing dengan kaum lain terutamanya dalam jurusan yang kritikal.Jelas menunjukkan pilihan yang dibuat oleh kerajaan dapat menjaga kepentingan secara kolektif. Maka dapat dilihat bahawa wajarlah system meritokrasi ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk memberi masa dan peluang kepada kerajaan dalam memberikan kemudahan seragam di seluruh pelusuk negara bagi mengelakkan keciciran pendidikan dan juga ketidakadilan social berlaku.

Latihan PerguruanDalam pemilihan bidang atau kos di peringkat pengajian tinggi, apabila ditanya apakah bidang yang dipilih oleh pelajar biasanya pelajar akan memilih bidang perguruan dimana pilihan yang dibuat ada yang atas dasar kepentingan sendiri dan ada juga yang di pengaruhi oleh keluarga. Memasuki progession perguruan sentiasa menjadi pilihan kerana anggapan bahawa jaminan kerjaya setelah selesai pengajian nanti. Namun, pada Disember tahun lalu seramai 5,000 graduan ISMP termasuk dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka. http://www.suaragenerasibaru.com/?p=9856 Artikel disiar pada 29/03/2012 - 6:12 pm oleh EDITOR.Keadaan ini mengakibatkan golongan ini terpaksa mencari laluan kerjaya selain daripada profesion keguruan. Ada diantara mereka yang terpaksa, menggangur dan bekerja di bidang yang lain seperti di sector binaan dan jabatan lain. Dalam hal seperti ini, pihak berwajib seperti BPG haruslah membuat pilihan rasional sama ada meneruskan pengambilan kemasukan guru baru ke pusat latihan perguruan ataupun membekukan pengambilan tersebut untuk memberi peluang penempatan kepada guru terlatih yang belum mendapat penempatan baru. Bagi para pelajar pula, mereka haruslah melihat peluang lain dalam pemilihan bidang di peringkat pengajian tinggi untuk dalam memenuhi kepentingan mereka.

Isu Pendidikan percuma Pendidikan percuma merupakan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang bermula diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelaksanaan pendidikan percuma diperingkat sekolah rendah dan menengah ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat menyekolahkan anak mereka sekurang-kurangnya sehingga tamat tingkatan 5. Bagi peringkat pengajian tinggi pula, kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020. Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan. Mohamed Khaled juga berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik. Jadi dari segi individu, amnya mereka yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi mereka harus membuat pilihan sama ada memilih untuk melanjutkan pelajaran di IPTS atau di IPTA untuk mencapai matlamat dan kepentingan diri. Kerajaan pula dari segi pilihan belum mampu melaksanakannya kerana pelaksanaannya memerlukan dana yang lebih besar dan pilihan ini melibatkan kepentingan lain iaitu institusi pengajian tinggi swasta. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/10/16/mstar_berita/20121016214353&sec=mstar_berita 3.6.2103. 11.40 pm

Pemilihan jenis sekolahIsu berkaitan dengan pemilihan jenis sekolah mungkin kurang mendapat perhatian awam, namun bagi ibu bapa tertentu yang mementingkan pendidikan anak-anak dan berkemampuan biasanya memilih untuk menyekolahkan anak mereka disekolah bermutu tinggi. Sekolah bermutu tinggi biasanya dikaitkan dengan kelengkapan segala keperluan asas dan sering menghasilkan keputusan peperiksaan yang baik serta mempunyai guru yang berpengalaman.Pada masa ini, hanya ada 20 sekolah yang memenuhi kriteria sekolah berprestasi tinggi yang antara lain ialah sekolah yang mendapat pencapaian akademik terbaik, dapat melahirkan personaliti unggul, merangkul anugerah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa serta mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi. Kesan daripada penempatan perumahan yang bertaburan di merata tempat dan pengaruh tempat kerja, ibu bapa membuat biasanya membuat pilihan menghantar anak mereka belajar di sekolah yang berdekatan bagi memudahkan anak-anak mereka berulang alik. Bagi ibu bapa seperti ini, sama ada sekolah itu baik atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama asalkan ia memudahkan urusan harian mereka yang bekerja. Dalam pemikiran mereka, asalkan anak dapat bersekolah sudah memadai. dan keutamaan lain seperti urusan menghantar atau mengambil anak dari sekolah tidak mengganggu urusan kerja harian mereka.Bagi sesetengah golongan berada, mereka membuat pilihan untuk menghantar anak mereka di sekolah swasta. Golongan ini mempunyai kuasa membuat pilihan yang lebih tinggi. Meskipun jauh dari rumah, anak mereka biasanya dihantar oleh pemandu. Walaupun kos persekolahan tinggi, mereka yakin, sekolah seperti itu menjanjikan mutu pelajaran yang baik sama seperti tingginya bayaran yuran yang dikenakan kepada anak mereka. Mereka sedar, untuk mendapat guru yang baik dan kemudahan pelajaran yang bermutu, tentulah ada kosnya. Disebabkan sekolah swasta adalah satu entiti perniagaan, mereka terpaksa menjaga mutu pelajaran anak-anak untuk memuaskan hati ibu bapa. Wang yang dibayar perlu setimpal dengan hasil yang mereka mahukan yang dinilai melalui pencapaian akademik yang diperolehi anak mereka nanti. Bagi sekolah swasta juga, memastikan imej baik sekolah terus dikekalkan bagi menjamin keyakinan berterusan ibu bapa bagi menjaga kepentingan sendiri. http://cmslib.uum.edu.my/blog/?p=435. 3.6.2013 11.56 pm

PERKAITAN DENGAN PROFESION KEGURUANMelalui definisi Teori pilihan rasional, teori ini dapat digunakan untuk melihat tindakan dan pilihan yang dilakukan oleh seseorang individu. Di peringkat sekolah, teori ini dapat digunakan untuk melihat permasalahan yang kebiasannya timbul. Antara masalah yang sering berlaku di peringkat sekolah ialah seperti masalah ketepatan masa pelajar datang ke sekolah, salah laku seperti ponteng kelas dan bergaduh serta pemilihan aliran yang salah di peringkat menengah atas. Masalah-masalah seperti ini jika dilihat dari aspek teori pilihan rasional, segala tindakan yang dibuat oleh pelajar adalah atas pilihan sendiri. Pelajar biasanya dipengaruhi oleh emosi dimana tindakan untuk memenuhi kepentingan diri seperti mendapatkan hiburan dan melakukan salah laku lain bukan berdasarkan fikiran yang rasional. Selain daripada itu, pelajar juga pada masa kini tahu akan batasan tindakan yang boleh dilakukan kepad pelajar sekiranya pelajar melakukan sesuatu kesalahan. Di peringkat ini, guru telah kehilangan autoriti dalam pengendalian sesetengah masalah. Namun demikian, seperti dalam teori rasional, wujud halangan dalam pilihan rasional dimana keputusan tindakan dan pilihan yang rasional haruslah mengambil kira nilai dan norma dalam masyarakat yakni yang menjadi sekatan kepada pilihan dan keputusan yang menyimpang. Di peringkat sekolah, sekatan formal melalui budaya dan peraturan sekolah menjadi sekatan dan panduan kepada tindakan dan pilihan pelajar agar dapat membuat pilihan yang rasional dalam setiap tindakan. Di sini, peranan dan tanggungjawab guru amat penting dengan menjadi pemandu arah kepada pelajar agar dapat membuat pilihan yang rasional dalam mencapai matlamat pelajar tersebut.Di peringkat guru itu sendiri pula, wujud masalah yang melibatkan kerjaya seperti kekangan masa, bebanan kerja, etika pemakaian, kehadiran dan masalah menolak tugas. Kekangan masa seperti pelaksanaan aktiviti kokurikulum pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah kini menjadi masalah yang dihadapi oleh guru. Pelaksanakan aktiviti kokurikulum pada hujung minggu merupakan masalah yang dihadapi oleh guru-guru, kini mereka terpaksa mengorbankan masa hujung minggu mereka yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga masing-masing. Di peringkat sekolah, ada pentadbir yang tidak melihat cara bagi mengatasi permasalahan ini, tetapi sebenarnya keputusan dan pilihan secara kolektif boleh dilakukan seperti pelaksanaan aktiviti kokurikulum diluar waktu persekolahan.Bebanan kerja perkeranian yang dipikul oleh guru juga menyebabkan guru terpaksa membahagikan masa sehingga mengganggu waktu pengajaran kerana terpaksa menyelesaikan tugas perkeranian yang lain. Adakalanya ada guru yang terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan pelbagai tugas yang dipikul. Bagi mengatasi permasalahan seperti ini, aplikasi teori pilihan rasional amat berguna kerana dalam membuat pilihan yang rasional ianya melibatkan perancangan dan juga strategi dimana segala keputusan yang dibuat haruslah melihat kepada keutamaan sesuatu perkara. Begitu juga dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, segala keputusan rutin guru seperti pemilihan jenis ujian, masa ujian, markah yang hendak diberi, tugasan dan kaedah penyampaian harus lah dirancang bukan hanya bagi memenuhi kepentingan guru seperti menghabiskan silibus mata pelajaran tetapi juga dengan melihat kepentingan pelajar itu sendiri. Dari segi kaedah penyampaian pengajaran sebagai contohnya haruslah berdasarkan kepada kepentingan kolektif iaitu tidak hanya memenuhi keperluan atau kepentingan seorang pelajar tetapi juga kepada semua pelajar dalam kelas.Bagi pentadbir pula, masalah yang selalu dilihat adalah dari segi agihan tugas yang tidak adil kepada guru, pemberian insentif yang pilih kasih, dan masalah kesesuaian kepimpinan. Pengagihan tugas kepada kakitangan sekolah seharusnya melihat dahulu kepada kebolehan seseorang individu itu bagi membolehkan tugas tersebut dilaksanakan sebaik mungkin seterusnya menjaga kebajikan kakitangan agar tidak terbeban denga tugas yang tidak mampu pikul. Sebagai contoh, agihan subjek yang diajar di sekolah biasanya tidak mengikut bidang yang dipelajari di peringkat pengajian tinggi. Ini merupakan satu pembaziran dari aspek kemahiran dan juga kepakaran yang dimiliki oleh guru tersebut seterusnya menjadi kerugian kepada pihak sekolah dan juga pelajar. Agihan mata pelajaran yang diajar seharusnya melihat kepada bidang kepakaran yang dimiliki dahulu kemudian pengisian kepada mata pelajaran yang lain. Isu pemberian insentif yang pilih kasih juga menjadi isu di peringkat sekolah, anugerah perkhidmatan cemerlang setiap tahun yang diberikan seharusnya berdasarkan kepada hasil kerja bukannya berlndaskan kepada kekananan dalam perjawatan disekolah. Di sini, pihak pentadbir haruslah membuat pilihan yang rasional dalam memilih kakitangan yang sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.Selain itu, gaya kepimpinan pentadbir juga amat penting dalam memimpin sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan biasanya berlainan di setiap sekolah, ada pentadbir yang menggunakan kepimpinan jenis autokratik iaitu memegang sepenuhnya kuasa dan tidak memberi peluang kepada kakitangan dalam membuat pilihan atau keputusan dan ada juga yang lebih kepada demokrasi iaitu sentiasa mengambil kira pendapat dan cadangan pihak lain dengan tujuan untuk memberi pilihan dan mendapatkan keputusan secara kolektif bagi menjaga kepentingan bersama.Namun demikian, gaya kepimpinan pentadbir seharusnya perlu mengikut keadaan dan situasi semasa sesebuah sekolah tersebut. Kemahiran membuat pilihan rasional dalam penggunaan gaya kepimpinan akan dapat membantu pentadbir mewujudkan iklim sekolah yang harmoni untuk semua warga sekolah.

RUMUSANKesimpulannya, teori pilihan rasional adalah teori yang mementingkan perancangan dan strategi dalam membuat pilihan yang rasional. Teori ini juga dapat digunakan untuk memahami sebab daripada tindakan dan juga keputusan yang dilakukan sama ada oleh seseorang individu, kumpulan atau masyarakat. Dengan erti kata lain, teori ini dapat juga digunakan untuk memahami sebab kepada tindakan atau tingkalaku yang ditunjukkan oleh seseorang individu itu.Pengaplikasian teori ini dalam memahami tindakan dan keputusan yang dibuat oleh individu, kumpulan individu atau kerajaan berkaitan dengan isu-isu pendidikan dan juga profesion yang diceburi iaitu guru secara amnya dapat membantu dalam mendapatkan keputusan dan juga pilihan yang rasional seterusnya dapat memenuhi kepentingan individu dan juga kepentingan kolektif.

RUJUKAN (2005). Encyclopedia of social theory. In G. Ritzer (Ed.), California 91320: Sage Publications, Inc..Coleman, James S.Foundations of Social Theory. Cambridge, Massachusetts: Belknap Press of Harvard University Press.Ritzer, George. 1996.Sociological Theory. New York: McGraw-Hill.Roemer, John E. 1988.Free to Lose: An Introduction to Marxist Economic Philosophy. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press.Rule, James B. 1997.Theory and Progress in Social Science. Cambridge: Cambridge University Press.Coleman, James S. Asas Teori Sosial. Cambridge, Massachusetts: Belknap Akhbar Harvard University Press.Ritzer, George. 1996. Teori Sosiologi. New York: McGraw-Hill.Roemer, John E. 1988. Percuma untuk Kurangkan: Pengenalan kepada Falsafah Ekonomi Marxsis. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press.Peraturan, James B. 1997. Teori dan Kemajuan dalam Sains Sosial. Cambridge: Cambridge University Press.Waters, Malcolm. 1994. Teori Sosiologi moden. London: Sage Publications.Wright, Erik Olin. 1985. Kelas. London: Verso.

(http://www.google.co.id/url?sa=t&rct=j&q=makalah%20teori%20pilihan%20rasional&source=web&cd=1&ved=0CBwQFjAA&url=http%3A%2F%2Fisjd.pdii.lipi.go.id%2Fadmin%2Fjurnal%2F372088191.pdf&ei=RRSVUO3HFInprAf4joFg&usg=AFQjCNFK3s09GC4JN3mSzE56sEIrD2peeQ, diakses 29 Oktober 2012)internet ( dalam artikel online) International Encyclopedia of The Social Sciences- 2nd edition. (2012). Rational Choice Theory p. 74-76. (online). (http://www.umsl.edu/~keelr/3210/resources/RationalChoiceTheory_rok.pdf, diakses 11 Desember 2012)

Scott, John. (2000). Rational choice Theory. Dalam Understanding Contemporary Society: Theories of The Present, Sage Publication. (online). (http://www.google.co.id/url?sa=t&rct=j&q=rational%20choice%20theory%20sociology&source=web&cd=6&cad=rja&ved=0CFwQFjAF&url=http%3A%2F%2Fwww.soc.iastate.edu%2Fsapp%2Fsoc401rationalchoice.pdf&ei=ijK0UIeuO8OOrges9ICwBw&usg=AFQjCNGkCOAPGtqLS3sbNs7ffwCcZSeaOA, diakses 27 November 2012)

For The Sage Encyclopedia of Political TheoryRobert Adcock ed. (GWU) Project begun: 8/8/08 Draft as of November 25, 2008: text (7340 words) + biblio (1400 words) Criticisms and comments encouraged. RATIONAL CHOICE THEORY Joe A. Oppenheimer, professorDepartment of Government and Politics University of Maryland, College Park, MD [email protected]