assigment kaunseling

Click here to load reader

Post on 20-Jun-2015

770 views

Category:

Education

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan dari lecturer..

TRANSCRIPT

  • 1. SESI KAUNSELING BIMBINGAN DAN KAUNSELING DTM303 Oleh : Fazalika Binti Mohd Yatim A1202107

2. DEFINISI KAUNSELING Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela kaunseling (PERKAMA) 3. DEFINISI NASIHAT Zuraidah (1994) menyatakan memberi nasihat adalah strategi untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ia merupakan satu cara yang mudah bagi mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi. Mengikut Kamus Dewan (1994 ) nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. 4. KLIEN NAMA : Norlela Binti Zakaria UMUR : 24 Tahun MASALAH : 1. Tidak bersefahaman dengan kakak yang ketiga. 2. Sering bergaduh kerana masalah yang kecil. 3. Tidak mempunyai toleransi antara adik beradik. 4. Dikongkong oleh kakak yang ketiga. 5. PUNCA MASALAH 1. Klien sering bergaduh dengan kakaknya yang ketiga kerana hal yang kecil seperti klien tidak mengemas rumah kakaknya. Walaupun sudah dikemas, kakaknya masih tidak berpuashati terhadap hasil kerja klien. 6. SESI KAUNSELING ANTARA KAUNSELOR DAN KLIEN 7. 2. Sebelum kejadian pergaduhan ini, kakaknya sering mengongkong klien seperti klien ingin menyambung pengajian tetapi kakaknya tersebut yang menentukan jurusan yang klien perlu ambil. 3. Tidak ada persefahaman antara klien dan kakaknya. Mereka tidak sependapat dan sering bertengkar jika klien tidak mahu menurut segala permintaan daripada kakaknya. 4. Tiada toleransi dan sikap bertolak ansur sesama mereka, malah masing-masing mempunyai sikap keras kepala dan mengikut kehendak masing- masing. 8. KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Kemahiran prafrasa Maklumkan yang kaunselor mendengar dan mengikuti segala perluahan klien. Jelaskan apa yang diperkatakan oleh klien. Tentukan kesahihan maklumat. Bantu klien untuk bercakap lebih spesifik mengenai sesuatu isu. Bantu klien dari mengulangi apa yang telah dinyatakan. 9. Kemahiran Mendengar Merupakan kemahiran yang paling asas dan penting dalam kaunseling Panduan mendengar yang berkesan Seboleh mungkin kekalkan tumpuan mata Gunakan pendengaran yang aktif Tidak buat penilaian dan hukuman Fikir dan fahami apa yang diperkatakan 10. C A R A M E N G A T A S I M A S A L A H K L I E N Jalan penyelesaian yang disarankan oleh kaunselor : 1. Klien perlu cari masa yang sesuai untuk bersama kakaknya berbincang secara baik tentang masalah ini. 2. Klien perlu meluahkan perasaannya kepada kakak klien secara baik untuk mengelakkan daripada berlaku pertengkaran. 11. 3. Klien perlu bertukar pendapat dengan kakaknya jika ada masalah seperti pemilihan keperluan atau kehendak klien. 4. Klien harus berfikiran terbuka agar tidak cepat melatah ketika dimarahi kakaknya. 5. Klien harus membuat keputusan sendiri. Apabila perkara itu dirasakan tidak serasi dengan pendirian klien, maka pertahankan dan suarakan hak klien sendiri. 12. REFLEKSI KAUNSELOR - Berdasarkan perbualan antara kaunselor dan klien yang berlaku tersebut, klien mempunyai masalah dengan kakaknya yang nombor tiga. Klien selalu memendam hasrat kerana menghormati keputusan kakaknya. Kakaknya sering marah klien dan ingin klien mengikuti segala permintaan kakaknya.