assigment puisi melayu individu

16
1 1.0 PENGENALAN Puisi Melayu Tradisional merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Puisi Melayu Tradisionl telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul Halim Ali (2004), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan. Puisi Melayu Tradisional juga salah satu tinggalan daripada nenek moyang yang sungguh tidak ternilai harganya kepada kita sekiranya ingin dihitung dengan kekayaan wang ringgit. Puisi Melayu Tradisional yang diolah dan yang dihasilkan mempunyai pelbagai maksud sekiranya maknanya diteliti secara mendalam dan terperinci. Sebagaimana diketahui umum bahawa masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan budaya mereka. Hal ini membolehkan setiap perkara yang dijalankan sepanjang kehidupan mereka adalah berlandaskan kepada peraturan pantang larang dan tradisi. Selain itu, ungkapan dalam pepatah melayu iaitu “biar mati anak jangan mati adat” merupakan ungkapan azimat yang menunjukkan adat memiliki darjat yang tinggi dalam kehidupan sehingga dibandingkan dengan anak sendiri yang lebih rendah tarafnya sehinggakan hendak dibandingkan dengan adat yang dijunjung tinggi. Dalam konteks ini, puisi Melayu itu sendiri sering dimasukkan dalam pelbagai aspek adat seperti adat perkahwinan, peminangan, merisik dan sebagainya. Puisi Melayu Tradisional seperti pantun sering digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu dan masih digunakan sehinggan kini dalam majlis-majlis tersebut. Dalam pada itu, gurindam juga sering digunakan dalam adat-adat seperti itu tetapi mengikut adat-adat dan peraturan masyarakat Melayu terdahulu. Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi. Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkayakan puisi Melayu sehingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Menurut Mohd Rosli Saludin (2000:112), bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang terdapat dalam Puisi Melayu Trasional

Upload: mesut-ozil

Post on 11-Apr-2016

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ckgu luffy

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Puisi Melayu Individu

1

1.0 PENGENALAN

Puisi Melayu Tradisional merupakan warisan bahasa Melayu yang sangat unik. Puisi Melayu Tradisionl telah pun muncul sebelum bermulanya sistem tulisan lagi. Menurut Abdul Halim Ali (2004), puisi bukan sahaja sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni, malah merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama dan ilmu pengasih, pertahanan, hiburan, dan juga kepercayaan.

Puisi Melayu Tradisional juga salah satu tinggalan daripada nenek moyang yang sungguh tidak ternilai harganya kepada kita sekiranya ingin dihitung dengan kekayaan wang ringgit. Puisi Melayu Tradisional yang diolah dan yang dihasilkan mempunyai pelbagai maksud sekiranya maknanya diteliti secara mendalam dan terperinci. Sebagaimana diketahui umum bahawa masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan budaya mereka. Hal ini membolehkan setiap perkara yang dijalankan sepanjang kehidupan mereka adalah berlandaskan kepada peraturan pantang larang dan tradisi.

Selain itu, ungkapan dalam pepatah melayu iaitu “biar mati anak jangan mati adat” merupakan ungkapan azimat yang menunjukkan adat memiliki darjat yang tinggi dalam kehidupan sehingga dibandingkan dengan anak sendiri yang lebih rendah tarafnya sehinggakan hendak dibandingkan dengan adat yang dijunjung tinggi. Dalam konteks ini, puisi Melayu itu sendiri sering dimasukkan dalam pelbagai aspek adat seperti adat perkahwinan, peminangan, merisik dan sebagainya. Puisi Melayu Tradisional seperti pantun sering digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu dan masih digunakan sehinggan kini dalam majlis-majlis tersebut. Dalam pada itu, gurindam juga sering digunakan dalam adat-adat seperti itu tetapi mengikut adat-adat dan peraturan masyarakat Melayu terdahulu.

Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi. Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkayakan puisi Melayu sehingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Menurut Mohd Rosli Saludin (2000:112), bentuk-bentuk dan jenis-jenis puisi yang terdapat dalam Puisi Melayu Trasional adalah seperti pantun, syair, gurindam, seloka, teromba, peribahasa berangkap, , talibun, mantera, nazam, rubai, qit’ah, masnawi, ghazal, zikir atau dikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait dan marhaban.

Puisi Melayu Tradisional mempunyai fungsi dan matlamat yang sama dari dahulu hingga kini, iaitu bermatlamatkan untuk mendidik, memberi pengajaran, nasihat, panduan dan bimbingan kepada semua lapisan masyarakat. Sebagai generasi pelapis warisan bangsa ini, amatlah wajar untuk kita terus menjunjung hasil-hasil karya kreatif cetusan idea nenek-nenek moyang kita dahulu kala. Usaha untuk memartabatkan Puisi Melayu Tradisional haruslah dilakukan secara menyeluruh dan bersepadu kerana disini menggambarkan betapa tingginya nilai jati diri masyarakat Melayu terhadap warisan bangsanya sendiri.

Page 2: Assigment Puisi Melayu Individu

2

2.0 OBJEKTIF

1. Mengenal pasti peranan gurindam dalam Majlis Pertunangan.2. Menganalisis sambutan atau penerimaan masyarakat terhadap penggunaan gurindam

dalam Majlis Pertunangan.3. Mengenal pasti gurindam sebagai alat untuk mengekalkan adat dan budaya masyarakat

Melayu Tradisional.

3.0 SOALAN KAJIAN

1. Apakah peranan gurindam dalam Majlis Pertunangan.2. Bagaimanakah sambutan atau penerimaan masyarakat terhadap penggunaan gurindam

dalam Majlis Pertunangan.3. Sejauahmanakah gurindam dapat dijadikan alat untuk mengekalkan adat masyarakat

Melayu Tradisional.

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat bahawa Puisi Melayu Tradisional banyak digunakan dalam majlis-majlis rasmi seperti gurindam yang digunakan dalam Majlis Pertunangan. Kajian ini juga dapat membantu dan memberi sumbangan kepada guru-guru dalam menyediakan bahan-bahan yang berkaitan sastera untuk di sumbangan dalam pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Selain itu, hasil kajian ini adalah untuk dijadikan panduan oleh para pengkaji yang seterusnya bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan maklumat terutamanya yang berkaitan dengan Puisi Melayu Tradisional. Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat yang berguna kepada masyarakat tentang puisi-puisi Melayu lama yang banyak digunakan oleh masyarakat terdahulu dalam sesuatu majlis rasmi. Hal ini adalah kerana, masyarakat Melayu harus mengekalkan tradesi masyarakat Melayu terutama puisi ia agar tidak lapuk ditelam zaman.

5.0 BATASAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dipilih adalah untuk mengkaji tentang satu puisi iaitu gurindam. Gurindam merupakan puisi yang kurang dijulang atau tidak diwarisi hasil karyanya pada masa kini. Kajian dilakukan terhadap puisi adalah kerana puisi merupakan karya sastera yang paling tua dan mempunyai banyak nilai, pengajaran serta keindahan-keindahan yang terdapat di dalamnya dan boleh dihayati oleh masyarakat. Saya melakukan kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan Peranan Gurindam dalam Majlis Perkahwinan. Buku yang digunakan sebagai rujukan dan focus kajian ialah “Buku Pantun dan Gurindam Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan”. Dalam buku ini, penulisan dan hasil karya puisi seperti gurindam telah dimuatkan semua yang berkaitan dengan penggunaan gurindam dalam Majlis Rasmi seperti  majlis menyambut pegawai baru, meraikan kenaikan pangkat, perpindahan, persaraan, pertunangan, pernikahan, ulang tahun perkahwinan, hari jadi, majlis ceramah, dan sebagainya. Dalam kajian

Page 3: Assigment Puisi Melayu Individu

3

ini, saya hanya menfokuskan kepada penggunaan gurindam dalam majlis pertunangan sahaja. Terdapat banyak contoh-contoh gurindam yang diselitkan dalam buku ini yang kebanyakannya merangkumi semua aspek yang berkaitan majlis pertunangan atau perkahwinan. Sehubungan dengan itu, ia dapat memudahkan saya mengkaji tentang gurindam kerana banyak gurindam-gurindam terkandung yang boleh dikaji. Gurindam yang terdapat dalam buku ini dapat disesuaikan dan diolah semula untuk digunakan dalam majlis pertunanagan.

Selain itu, terdapat juga buku rujukan sampingan yang digunakan iaitu “Sentuhan Rasa Dan Fikir Dalam Puisi Melayu Tradisional”,  “Puisi Melayu Tradisional”, “Mutiara Sastera Melayu Tradisional”. Kesemua buku rujukan ini digunakan untuk mengenal pasti pengertian puisi tradional, pengertian gurindam dan mengetahui tentang puisi tradisional secara mendalam. Rujukan terhadap buku-buku ini juga adalah bertujuan untuk menambah makumat dalam kajian.

6.0 PENDEKATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan kaedah kepustakaan. Kajian kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan seperti buku-buku ilmiah, jurnal, artikal dan laporan yang berkaitan dengan kajian. Penggunaan bahan-bahan tersebut adalah sebagai rujukan untuk membuat kajian. Selain itu, pendekatan kajian ini ialah pendekatan budaya. Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke satu generasi. Masyarakat Melayu Tradisional kini masih lagi mengamalkan budaya masyarakat Melayu dalam sesuatu majlis rasmi, contohnya majlis pertunangan yang menggunakan gurindam untuk mengekalkan adat dan budaya dalam majlis pertunangan mahu pun perkahwinan.

Page 4: Assigment Puisi Melayu Individu

4

7.0 DAPATAN KAJIAN

7.1 Definisi Gurindam

Terdapat banyak pandangan daripada orang-orang ternama tentang gurindam, antaranya Ismail Hamid (1989), berkata bahawa istilah gurindam adalah berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun ia berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu Tradisional, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuk yang tersendiri dan berlainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji, “…. adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.

Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sultan Takdir Alisjahbana (1954) menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku kata setiap baris itu tidak ditentukan dan rimanya juga tidak sama. Definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji dan Sultan Takdir Alisjahbana ialah hanya sekadar menyentuh tentang bentuk sahaja. Menurut Za’ba (1962), gurindam merupakan puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandungi fikiran yang bernas dan digubahakan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.

Menyentuh sedikit tentang ciri yang terdapat dalam gurindam, gurindam ialah sejenis puisi terikat dan ia mempunyai kaitan antara baris pertama dan baris kedua. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa persoalan, manakala dalam baris kedua terkandung jawapannya. Selain itu, tema gurindam biasanya berupa nasihat, pengajaran dan keagamaan. Rima akhir adalah biasanya sama dan dari segi jumlah perkataan dan suku kata setiap baris tidak dapat ditentukan atau bebas. Dalam pada itu, berdasarkan isi gurindam tersebut, ia dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Bahasa gurindam sentiasa padat dan bernas serta isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, gurau senda, kelakar dan sindiran yang menggelikan hati. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat menonjolkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal-hal yang berkaitan kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan sebagai media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis formal seperti majlis pertunangan dan perkahwinan.

7.2 Peranan Gurindam Dalam Majlis Pertunangan

Page 5: Assigment Puisi Melayu Individu

5

Sebelum kita menghayati contoh-contoh gurindam dalam majlis pertunangan, kita mesti tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan “pertunangan”. Pertunangan dalam Islam bererti kesepakatan peribadi dengan maksud untuk menikah antara lelaki muslim yang sesuai dengan perempuan muslim melalui walinya. Pertunangan ini bukanlah seperti nikah di mana kita memberitahu perkara ini kepada semua orang. Hal ini adalah kerana, bagi mengelakkan daripada timbulnya fitnah yang boleh memecah belahkan masyarakat. Melalui pertunangan ini juga ia tidak berlaku perubahan yang besar dalam kehidupan, dimana kita perlu menjalankan aktiviti harian seperti biasa, cuma apabila sudah bertunang ia tidak bermakana pasangan boleh mebuat perkara yang diingini sesuka hati, lagipun pasangan yang bertunang itu masih lagi bukan mahram. Dalam adat dan tradisi Melayu, dalam majlis pertunangan atau perkahwinan mereka akan mengikut adat dan peraturan. Mereka juga banyak menggunakan puisi-puisi Melayu antaranya adalah gurindam. Contohnya:

Gurindam Peminangan Untuk Pertunangan Anak Orang Kenamaan

Gurindam di bawah adalah gurindam yang disampaikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan dengan tujuan ingin meminang seseorang perempuan untuk dijadikan tunang. Pihak lelaki akan membaca gurindam ini di depan semua orang secara teratur dan betul. Hal ini adalah kerana, gurindam ini dibacakan kepada pihak perempuan untuk merendahkan diri kerana pihak perempuan statusnya jauh lebih tinggi daripada pihak lelaki. Bacakan gurindam ini dalam majlis meminang apabila keluarga pihak perempuan terdiri daripada keluarga diraja dan pihak lelaki yang datang meminang adalah daripada keluarga yang rendah. Selepas meminang dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berutunang maka maljis pertunangan turut dijalankan dengan diiringi oleh penggunaan gurindam sabagai alat terpenting dalam majlis tersebut. Gontonhya:

Kami busut, tuan gunung, Kami bukit, tuan banjaran.

Kami pulau, tuan benua, Kami belukar, tuan belantara. Kami kolam, tuan lautan, Kami pasir, tuan pantai.

Kami pipit, tuan geroda, Kami ular lidi, tuan ular naga. Berdiri tak sama tinggi, Duduk tak sama rendah,

Manakala dapat duduk sama….

Bacakan gurindam ini semasa merendahkan diri dihahadapan orang yang besar-besar. Sebagai contohnya, gadis yang dipinang itu anak orang yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam masyarakat seperti puteri sultan atau anak Perdana Menteri dan pasangannya hanya seorang anak guru sekolah rendah sahaja. Kita semua tahu bahawa, sebelum majlis pertunangan berlaku maka haruslah melalui proses peminangan terlebih dahulu. Jika sekiranya pihak perempuan atau pihak lelaki bersetuju dengan perjodohan itu maka akan berlaku proses

Page 6: Assigment Puisi Melayu Individu

6

pertunangan, namun jika salah satu pihak tidak bersetuju atau tidak menerima pinangan maka majlis pertunangan tidak boleh berlangsung. Hal ini merupakan adat-adat orang Melayu yang sudah sekian lama diamalkan sejak turun-temurun lagi.

Gurindam Peminangan Untuk Pertunangan Dengan Gadis Terpelajar

Bacakan gurindam dibawah ini apabila meminang anak gadis yang mempunyai perbezaan kelulusan atau pendidikan di mana kelulusan gadis itu lebih tinggi daripada kelulusan pihak lelaki. Contohnya, gadis yang dipinang untuk dijadikan tunang atau isteri itu memiliki ijazah Ph.D. Manakala pihak lelaki kelulusannya lebih rendah.

Kami kosong, tuan kitab, Kami jahil, tuan alim.

Kami murid, tuan guru, Kami seinci, tuan sehasta.

Kami dakwat setitik, Tuan dakwat semangkuk.

Kami baru membilang satu, Tuan sudah membilang sepuluh.

Kami baru di garis mula, Tuan sudah di garis penamat.

Kami baru mengenal muqaddam, Tuan sudah hafal Quran.

Berdiri tak sama tinggi, Duduk tak sama rendah,

Manakan dapat duduk bersama….

Perbezaan latar belakang antara lelaki dan perempuan sama ada dari segi kelulusan atau kerjaya, mestilah menghormati antara satu sama lain. Kedatangan pihak lelaki ke rumah pihak permpuan haruslah beradat dan menghormati gadis itu, namun gadis itu juga harus menghormati lelaki itu juga walaupun taraf pendidikan lelaki lebih rendah dari si gadis itu. Masyarakat Melayu haruslah menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat, darjat dan sebagainya.

Page 7: Assigment Puisi Melayu Individu

7

7.3 Sambutan atau Penerimaan Masyarakat Terhadap Penggunaan Gurindam dalam Majlis Pertunangan

Gurindam merupakan puisi Melayu Tradisional yang tidak diragui sifat keasliannya. Tidak ada bentuk sedemikian di dalam puisi-puisi bangsa-bangsa lain secara asli, melainkan dari Bangsa Melayu itu sendiri. Oleh itu, istilah gurindam yang kia gunakan sekarang adalah satu bentuk atau cara yang cukuo tersusun, teratur dan sistematik dalam usaha melahirkan maksud, pemikiran,idea dan gagasan. Masyarakat Melayu kini menyambut baik gurindam sebagai salah satu puisi Melayu yang kini telah digunakan secara meluas oleh orang Melayu dalm majlis-majlis rasmi, antaranya adalah pertunangan. Buktinya, bukan dalam majlis pertunangan sahaja diselitkan gurindam malah merangkumi semua aspek dalam usaha untuk menyatukan pasangan mengikut syariat Islam iaitu bermula dengan merisik, meminang, bertunang dan seterusnya berkahiwin.

Masyarakat Melayu menggunakan gurindam sebagai alat penyampai dalam majlis perkahwinan juga disebabkan oleh gurindam ini mempunyai pemikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa sesuai untuk majlis pertunangan atau perkahwinan iaitu berada dalam suasana bahagia bagi kedua-kedua pasangan tersebut. Dalam pada itu, gurindam ini juga dapat menambahkan lagi keceriaan majlis pertunangan dan menambah seri serta telah berjaya menjadi perkara yang menarik dan telah menimbulkan kesan yang berlainan dalam majlis tersebut. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu begitu menekankan penggunaan puisi gurindam dalam majlis-majlis sedemikian.

Ungkapan-ungkapan gurindam membawa nilai yang tinggi dalam kehidupan berbudaya. Budaya perkahwinan orang Melayu adalah berza dengan kaum-kaum lain. Dalam ungkapan gurindam terkandung nilai-nilai masyarakat yang berlandaskan agama dan kepercayaan yang diwarisi daripada generasi ke generasi. Contohnya, gurindam yang digunakan dalam majlis pertunangan telah menyebut tentang cara-cara untuk menyampaikan hajat, menyarung cicin dan sebagainya yang merupakan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dari dulu lagi. Masyarakat menerima gurindam untuk digunakan dalam maljis sebegini adalah kerana salah satunya ia dapat mengekalkan budaya orang Melayu.

Page 8: Assigment Puisi Melayu Individu

8

7.4 Gurindam Sebagai Alat Untuk Mengekalkan Adat Dan Budaya Masyarakat Melayu Tradisional

Berdasrakan isinya, gurindam dapat dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan dan pendidikan dan hiburan serta berfungsi sebagai salah satu alat untuk mengekalkan adat dan budaya masyarakat Melayu. Puisi Melayu tradisional seperti gurindam adalah warisan yang tiada nilainya kerana melambangkan pemikiran masyarakat Melayu yang sangat kreatif dalam menyampaikan panduan dan pengajaran. Panduan dan pendidikan yang terkandung dalam gurindam dapat menjadi kiasan kepada masyarakat agar mengekalkan adat dan budaya Masyarakat Melayu. Pelbagai pendekatan yang dilakukan oleh masyarakat bagi memastikan adat dan budaya masyarakat Melayu dapat diteruskan dan dijulang terutama berkaitan adat-adat dan budaya dalam majlis perutnangan dan perkahwinan.

Masyakat Melayu telah menerapkan gurindam dalam majlis-majlis tertentu dengan tujuan untuk dijadikan sebagai alat pendidikan untuk memartabatkan adat dan budaya. Gurindam yang digunakan dalam majlis pertunangan adalah untuk menceritakan tentang adat dan budaya pertunangan orang Melayu yang menjadi adat dan budaya yang diamalkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Dalam penyampaian tersebut, telah menceritakan banyak adat yang berkaitan dengan pertunangan salah satunya adat menyarung cicin, adat barang hantaran dan adat semasa makan. Dalam pada itu, adat-adat yang terkandung ini dapat dijadikan panduan kepada generasi-generasi yang akan datang agar mereka tahu bahawa masyarakat Melayu mempunyai nilai adat yang tinggi dan dapat menjadi ikutan sekaligus mengekalkannya.

Disini dapat dilihat betapa orang Melayu menitik beratkan soal penggunaan puisi yang menjadi warisan orang Melayu dalam majlis pertunangan supaya tidak hilang ditelan zaman. Hal ini juga adalah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dan generasi baru bagi meneruskan puisi ini sepanjang zaman yang diwarisi secara turun temurun oleh anak cucu kita. Banyak di antara anggota masyarakat yang sengaja membuat gurindam untuk memberi nasihat dan pengajaran kepada seluruh masyarakat Melayu agar sentiasa berpegang kepada adat dan budaya Melayu. Gurindam tetap sahaja banyak ditulis atau diucapkan sebagai salah satu saranan untuk menyampaikan nasihat tentang adat-adat dan budaya masyarakat Melayu. Pendidikan melalui gurindam adalah sangat unik kerana ia merupakan satu cara yang berlainan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat. Pengajaran ini mudah disampaikan oleh kerana gurindam mengandungi bahasa-bahasa yang indah dan gaya bahasa yang halus. Melalui bahasa berirama kita dapat kita dapat menyampaikan maksud dengan cara yang lebih berkesan.

Dengan adanya warisan turun-temurun, adat dan budaya dalam masyarakat Melayu akan terus dikekalkan dan berkembang. Penggunaan gurindam dalam majlis pertunangan dapat memberi pendidikan yang berguna kepada masyarakat tentang adat-adat dan budaya yang perlu dipatuhi. Oleh itu, sangatlah penting gurindam ini dimainkan dalam majlis sebegini agar dapat dijadikan rujukan oleh generasi baru yang mungkin kurang mengetahui tentang keindahan-keindahan puisi Melayu Tradisional dan ia lebih menarik jika digunakan dalam majlis-majlis tertentu terutama gurindam. Harapan agar adat dan budaya Melayu dapt diteruskan dan bukan berkaitan pertunangan atau perkahwinan sahaja malah seurluh adat dan budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Page 9: Assigment Puisi Melayu Individu

9

8.1 PANDANGAN ATAU CADANGAN

Pada pandangan saya, penggunaan gurindam dalam majlis pertunangan adalah sangat menarik dan berkesan. Bukan sahaja dalam proses untuk melancarkan majlis tersebut malah dapat memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu bahawa gurindam masih lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat. Mengekalkan puisi traisional Melayu adalah menjadi tanggungjawab kita semua kerana ini merupakan hak milik kita dan tidak ada tandingan dengan bangsa-bangsa lain. Disinilah kelebihan orang Melayu yang masih mempunyai warisan-warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang terdahulu. Jadi siapa lagi yang hendak memartabatkannya kalau bukan orang Melayu. Bukan gurindam sahaja, kita mempunyai banyak puisi-puisi yang indah seperti pantun, syair, seloka, teromba dan sebagainya yang harus kita pelihara. Malah kita juga perlu menggunakan puisi-puisi tersebut sebagai alat untuk menyampaikan pendidikan. Semoga selepas ini ada di antara kita yang dapat melahirkan penulis-penulis atau penghasilan karya-karya sastera yang baru terutama dalam golongan anak-anak muda.

Page 10: Assigment Puisi Melayu Individu

10

9.0 KESIMPULAN

Gurindam adalah puisi tradisional yang masih diguna pakai oleh masyarakat-masyarakat Melayu. Dalam kajian ini, puisi Melayu seperti gurindam adalah sebenarnya mempunyai peranan dalam majlis pertunangan. Penggunaannya juga adalah luas dan tidak terbatas asalkan mengikut adat dan peraturan yang telah ditetapkan seperti sedia ada. Bukan gurindam sahaja puisi yang digunakan dalam majlis perkahwinan, malah puisi tradisional seperti pantun, syair, teromba dan sebagainya juga sering digunakan untuk tujuan yang sama. Tetapi cara penggunaan dan penyampaiannya adalah berbeza dan setiap puisi mempunyai keindahan estetika masing-masing.

Penggunaan gurindam dalam majlis perkahwinan juga banyak memberi kelebihan kepada masyarakat sekeliling. Hal ini kerana, setiap adat dan perkara yang dilakukan oleh orang tua itu akan menjadi contoh dan ikutan oleh anak-anak muda yang sedang meningkat dewasa. Perkara ini harus diwarisi oleh anak cucu agar ia tidak hilang ditelam zaman dan perlu dikekealkan oleh generasi yang seterusnya. Gurindam memang sejak dahulu dan sekarang sebahagiannya dapat bertahan lama kerana masih ada orang Melayu yang mengamalkannya dalam majlis rasmi seperti pertunangan, perkahwinan dan sebagainya. Bukan dalam majlis rasmi sahaja ianya diamalkan, ada juga mengamalkannya untuk berjenaka dikala duku, berhibur dikala sunyi, bermain dikala sepi dan megangkat dikala jatuh.

Selain itu, gurindam-gurindam yang dikemukan sebagai contoh dalam majlis perkahwinan adalah mempunyai maksudnya yang tersendiri. Ianya hanya berkaitan dengan majlis pertunangan. Contoh-contoh yang dinyatakan adalah tepat dan sesuai, dan ianya dibaca atau dinyanyikan mengikut nada-nada yang telah ditetapkan. Seperti kita tahu, gurindam bukanlah asing lagi kerana ia sudah menjadi darah daging dalam kesusasteraan lisan dan tulisan. Anak-anak kecil Melayu dari kecil sudah pun didedahkan dengan karya-kaya tradisional. Tanpa disedari, bila usia mereka meningkat dewasa iaitu ke tahap mengenal kawan banyak karya yang wujub berbentuk puisi tradisional telah menpengaruhi mereka, bukan gurindam sahaja malah syair, pantun dan sebagainya.

Page 11: Assigment Puisi Melayu Individu

11

1.0 RUJUKAN

1. Sentuhan Rasa Dan Fikir Dalam Puisi Melayu Tradisional (Noriah Mohamed. 2006. 83. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Percetakan Watan Sdn. Bhd.).

2. Puisi Melayu Tradisional (Profesor Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin. 2014. 112. Institut Peradaban Melayu).

3. Pantun dan Gurindam Untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan (Abdullah Hassan, Aripin Said, Ainon Mohd. 2007. PTS Millennia Sdn. Bhd.).

4. Mutiara Sastera Melayu Tradisional (Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia. 2003. Dawama Sdn. Bhd.).

0197327267