Transcript
Page 1: assigment pkesihatan

2.Keselamatan kesihatan persekitaran amat berkait rapat dengan sejauh mana kita berupaya

mengawal kadar pencemaran alam sekitar.Oleh yang demikian kita perlu terlebih dahulu

memahami dan dapat mengenal pasti apakah dia pencemaran.

Bincang dan kenal pasti punca-punca pencemaran yang memberikan kesan serta

memudaratkan persekitaran.

PENGENALAN

Mahukan kehidupan lestari? Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi lebih celik alam

sekitar, belajar daripada alam semulajadi ,hidup dengan lebih sederhana dan menjadi seorang

rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.Dengan kata lain ,kita perlu menjadi

seorang rakyat yang proaktif.Walaubagaimanpun ,untuk mencapai hidup yang lebih lestari

pada hari ini bukannya sesuatu yang mudah.Komponen politik,ekonomi tidak dapat

dipisahkan.Kebanyakkan masalah dunia hari ini adalah akibat kemiskinan ,penduduk yang

terlalu ramai , penyakit dan konflik yang mempunyai kepentingan persekitaran.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu

perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan ).Pengotoran alam perbuatan mencemarkan

kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.Takrifan pencemaran yang lebih spesifik

menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengatakan bahawa pencemaran adalah

sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat Fizik,

Kimia,Biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan

berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada

kesihatan ,keselamatan atau kebajikan awam atau organism-organisma lain.

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang terjadi di Malaysia.Antaranya ialah:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

Page 2: assigment pkesihatan

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau

pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran

itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu

menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu

bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia yang berbeza memberikan

paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap makhluk hidup

adalah berbeza.

Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit

ppm(bahagian bahan kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar

lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran

tersebut.

Pencemaran udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna

pada tahun 2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan

sebanyak 933,000 tan setahun.

Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen

jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan

pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta

benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon

Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa

campuran bahan-bahan ini.

 

Page 3: assigment pkesihatan

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan

industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan

mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali

ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang

dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan

ozon.

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari

pembuangan gas karbon dioksida pada kenderaan.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen

jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan

pembakaran sampah sarap.

Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia

itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang

mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak

terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna

sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila

digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan

pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air

boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan

pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang

tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos

pelupusan.

Page 4: assigment pkesihatan

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak

individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah

kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan

seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini

boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku.

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak

dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh

membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia

yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak

sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

 

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran

kawasan pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah

membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang

umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa

kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat

serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan

manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca

kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.

Page 5: assigment pkesihatan

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling

utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan

banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya

fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

3. Pencemaran laut

 Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.

b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.

c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu

membunuh burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.

d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk

pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan

organik seperti nutrien,bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar

pantai.

4.Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga

terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan

buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar

organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa

kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca

pencemaran tanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan

menarik dan indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan

tersebut,bertujuan kononnya untuk menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan

Page 6: assigment pkesihatan

ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan

berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua

tempat telah dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam

ini.Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan

kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan

hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan

dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,

pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang

berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan

kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah tanah dan

menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari

tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari

udara tetapi merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan

pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar

contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan

banjir.

Page 7: assigment pkesihatan

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

5.Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi

dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat

bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi

lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini

datangnya daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan

pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak

pencemaran bunyi.

Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai

bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia

Page 8: assigment pkesihatan

juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau

perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik

menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan telah

mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat punca-punca

lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan

udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak

mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat

pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI  MODEN

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat

penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin  untuk

membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti

surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula.

Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa

pepejal yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan

kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan

tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

digunakan untuk menghasilkan metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada

ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa

plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat

mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan

manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha

yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden

jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam

sekitar.

Page 9: assigment pkesihatan

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh

kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang

bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.

Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif

diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar

tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka

sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak

bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia.

Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga

dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi

Persekitaran.

Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa.

Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah,

televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan

kempen dan ceramah. 

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar

dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah

tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan

patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh

pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.

Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan

nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan.

Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran.

Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang

mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang

mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan

yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun

serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi

Page 10: assigment pkesihatan

akan di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a.Pameran

b.Kempen-kempen

c.Pertandingan

d.Projek  Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu

pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam

seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-

sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar

pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah

dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran

juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar

masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat

digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah

sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat

memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.

Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam

sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran

yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan

pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung

juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,

membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan

mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat

,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk

mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan

sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan

tentang kepentingan sungai.

Page 11: assigment pkesihatan

C.PERTANDINGAN

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan

dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta

akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat

pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah

pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.

Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja

memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang

ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak

juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara

pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu

pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran.

Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran

ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3

dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

1.Pendidikan Kesihatan dalam masyarakat bertujuan untuk membantu individu dalam

masyarakat mengaplikasikan prinsip-prinsip kesihatan yang betul dan mengamalkan segala

aspek yang betul dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan seharian .Pelbagai

aktiviti dan medium boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat

berkaitan dengan kepentingan kesihatan di dalam kehidupan .

Berdasarkan kenyataan ini, bincangkan aktiviti dan medium yang boleh digunakan untuk

menyampaikan maklumat pendidikan kesihatan kepada masyarakat.Nyatakan juga contoh –

contoh yang sesuai.

PENGENALAN

Perkara pertama yang timbul di fikiran bila kita cedera atau sakit ialah mencari ubat untuk

melegakan masalah atau simptom tersebut.Hanya sebilangan dari kita yang serius

memikirkan tabiat gaya hidup yang kurang baik berkemungkinan menjadi punca di sebalik

masalah. Berat badan berlebihan boleh menjadi punca sakit lutut, sakit pinggul, tekanan

darah tinggi, diabetes, asid berlebihan dan lesu. Merokok punca meningkatnya risiko tekanan

darah tinggi, penyakit jantung, emphysema dan kanser paru-paru. Tabiat makan yang kurang

baik punca kepada kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan diabetes. Kurang aktiviti fizikal

Page 12: assigment pkesihatan

(senaman) boleh membawa kepada osteoporosis, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi,

fungsi imun berkurangan dan meningkatkan tekanan (stress). Bila seseorang datang berjumpa

doktor, biasanya mereka akan diberi ubat dan kurang perhatian diberikan kepada punca

sebenar di sebalik gaya hidup.. Dr Mark Nelson melaporkan dalam American Journal of

Hypertension, iaitu sebanyak 42% pesakit hypertension boleh meninggalkan ubat jika mereka

menukar gaya hidup yang mudah. Bukti perubatan semakin jelas menunjukkan kepada kita

bahawa penyakit jantung, kanser, diabetes, peningkatan kolestrol, osteoporosis dan beberapa

penyakit lain boleh dicegah atau diterbalikkan (reversed) dengan gaya hidup yang sihat.

Namun, masih terdapat kekeliruan yang ketara di antara kesihatan dan ubat pencegahan

(preventice medicine). Setiap individu yang membuat keputusan untuk menukar gaya hidup

akan mendapat informasi yang mengelirukan dan bercanggah. Amat mengecewakan bagi

mereka yang meluangkan masa dan usaha untuk cuba belajar apa yang mereka perlu buat

bagi mencapai matlamat ini.

Di Amerika, ramai yang menunjukkan minat yang mendalam berkaitan diet (pemakanan) dan

kesihatan, dan harapan untuk mendapatkan panduan bagi pemakanan dan senaman yang

semakin hari semakin canggih. Dengan hanya sedikit galakan, lebih kurang 80% pesakit

memilih untuk menukar gaya hidup yang sihat yang mungkin dapat merawat punca sebenar

masalah kesihatan atau melindungi kesihatan mereka.

Namun, pihak yang pesakit perlukan untuk nasihat dan panduan ialah doktor, tetapi biasanya

kurang pengetahuan mengenai peranan diet, senaman dan pemakanan tambahan dalam

mencegah dan merawat penyakit.Di Malaysia Pendidikan Kesihatan belum begitu difahami

jadi nampaknya kerajaan Malaysia perlu memperhebatkan aktiviti untuk menyedarkan

masyarakatnya.Sebelum pergi jauh lagi ada baiknya kita lihat definisi Pendidikan Kesihatan .

DEFINISI

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman

bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman , sikap dan amalan berhubung dengan

kesihatan individu, keluarga dan komuniti.Objektif utama pendidikan Kesihatan adalah

ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu

dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui :

Page 13: assigment pkesihatan

* Menanam minat di kalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk

bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka.

*Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi

kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan

kaedah tersebut.

*Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk

meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan.

MenurutWHO –Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial

dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. Kesihatan adalah kualiti

hidup yang melibatkan social,emosi,mental,spiritual,dan kecergasan biological individu hasil

daripada adaptasi individu terhadap persekitaran (Dubos R. ,1968).

Page 14: assigment pkesihatan

 MEDIUM UNTUK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT

Kerajaan khasnya Kementerian Kesihatan telah mengambil beberapa langkah untuk

menyebarkan maklumat tentang kepentingan pendidikan kesihatan di kalangan

warganegara.Antara medium yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan ialah

menyalurkannya di sekolah , di akhbar,di televisyen dan di internet.

a) Di sekolah:

Antara program yang dijalankan di sekolah ialah Kelab Doktor Muda.Doktor Muda merupakan Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

SEJARAH

Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya.

Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.

Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehingga tahun 2004, hanya negeri-negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah dan Selangor melaksanakan program doktor muda di sekolah rendah. Sebanyak 347 buah sekolah rendah di negeri-negeri berkenaan terlibat melaksanakan program doktor muda.

Page 15: assigment pkesihatan

Walau bagaimanapun, bermula tahun 2006, semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah melaksanakan program doktor muda dengan melibatkan sebanyak 735 buah sekolah.

Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

Penerimaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satu pengiktirafan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang sememangnya telah terbukti membawa faedah dan kebaikan kepada murid sekolah.

Pada Disember 2007, sejumlah 826 buah sekolah telah melaksanakan program Doktor Muda dengan penglibatan seramai 21,907 orang Doktor Muda.

PENGASAS

Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di peringkat sekolah rendahmerupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.

Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan (Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.

Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada murid dan sekolah. Justeru program ini dari tahun ke tahun telah berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti kokurikulumdi

sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.

Berpegang kepada prinsip bahawa membentuk tabiat kesihatan yang baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa, Tuan Haji Abdul Jabar sentiasa menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.

Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan Kali Kedua tahun 2006.

Page 16: assigment pkesihatan

OBJEKTIF

1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :

i. Mengamalkan cara hidup sihat

ii.Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke

arah mengamalkan cara hidup sihat.

iii.Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti

kesihatan di sekolah.

Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.

AKTIVITI DOKTOR MUDA

i. Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya.

ii. Membimbing ke arah cara hidup sihat.

iii. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.

iv. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti

perkhidmatankesihatan sekolah.

v. Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan.

vi.Merawat kecederaan ringan.

vii.Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan

FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA

Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:

i. Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.

ii. Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.

Page 17: assigment pkesihatan

iii. Murid belajar menghargai kesihatan.

i. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.ii. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.

iii. Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah. iv. Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.v. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.

vi. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.

vii. Sekolah bersih viii. Sekolah bebas Aedes

ix. Imej sekolah meningkat

Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan sebagai panduan dan rujukan kepada Guru Penasihat dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda. Modul Latihan terkini yang dihasilkan adalah Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (edisi ketiga, 2008).

Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah (Edisi 3, 2008)

Modul Untuk Pengajar Program Doktor Muda.

(Edisi 1.)

Modul Program Doktor Muda Sekolah Rendah

(Edisi 2, 2003)

b)Di televisyen:

Page 18: assigment pkesihatan

Kementerian Kesihatan telah menjadikan televisyen sebagai medium untuk menyebarkan

maklumat kesihatan .Jika kita lihat banyak info kesihatan seperti penyakit

H1N1,Denggi,Influenza,Bahaya Me rokok , Kanser,HIV/AIDS ,Amalkan Cara Hidup

Sihat,diabetes,darah tinggi, kanser disebarluaskan melalui televisyen. Pada tahun 2010 Unit

Pendidikan Dan Promosi Kesihatan hebat untuk mempromosikan “Sihat Sepanjang Hayat”

dan penekanan serta fokus terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat

Malaysia untuk mempromosikan kesihatan mereka.Ini juga menegaskan bahawa masyarakat

boleh diperkasa untuk mengambil tindakan terhadap penentu-penentu kesihatan supaya

mereka dapat pertukaran tingkahlaku positif kearah membentuk komuniti yang

mengamalkan cara hidup sihat melalui “Kesihatan Tanggungjawab Bersama”.Objektif

khusus untuk promosi ini adalah untuk:

i.Menyebarkan maklumat kesihatan yang tepat,wajar,sesuai,berinovasi,seimbang serta kena

pada waktunya.

ii.Membina keupayaan individu,keluarga dan komuniti supaya dapat bertindak terhadap

faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan dalam komuniti.

iii.Meningkatka kerjasama dengan agensi-agensi bukan kerajaan dan swasta dalam

merancang dan melaksanakan aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti.

iv.Mengamalkan pertukaran tingkahlaku positif masyarakat kea rah amalan cara hidup sihat

melalui pemakanan sihat,aktiviti fizikal ,tidak merokok,kurangkan stress dan sihat tanpa

alkohol.

c) Di internet

Internet adalah merupakan medium yang paling poular digunakan dewasa ini untuk

menyampaikan maklumat.Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan berbuat demikian selari

dengan perkembangan di hujung jari.Masyarakat bebas meneroka informasi di internet

kerana terdapat banyak info mengenai pendidikan kesihatan dipromosikan di

internet.Kebanyakkan hospital kerajaan mempunyai portal mereka sendiri jadi pengguna

boleh mengakses apa yang ingin diketahui mengenai kesihatan.Antara laman web yang boleh

dilayari untuk mendapatkan maklumat tentang pendidikan kesihatan ialah:

i.http://www.infosihat.gov.my.khas/PK

Page 19: assigment pkesihatan

ii.http://www.prostar.gov.my/aktiviti-BM.htm

iii.http://.moh.gov.my/modules/xt-conteudo/print .

Sememangnya internet patut dijadikan medium untuk menyebarkan maklumat Pendidikan

Kesihatan kepada manusia sejagat.

 

UNIT PROMOSI KESIHATAN

PENGENALAN

Page 20: assigment pkesihatan

Di Pejabat Negeri dan Daerah, aktiviti pendidikan kesihatan adalah merupakan perkhidmatan

sokongan bagi semua program – program kesihatan, perubatan dan pergigian. Aktiviti ini

diwujudkan untuk mengintegrasikan komponen pendidikan kesihatan di dalam program –

program tersebut di bawah Kementerian Kesihatan.

OBJEKTIF

Objektif utama pendidikan kesihatan adalah ditumpukan kepada mencapai perubahan sikap

dan tabiat untuk memperbaiki kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi usaha –

usaha dan masyarakat melalui :

a) menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk

bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.

b) meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah – langkah promosi

kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memudah penerimaan langkah

– langkah tersebut.

c) menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ada dan untuk meningkatkan

penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan betul.

AKTIVITI

Membantu dalam melancarkan beberapa kempen dan promosi kesihatan, disamping

pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan secara ‘routine’ yang dijalankan oleh

kakitangan kesihatan.

Unit Pendidikan Kesihatan terlibat secara langsung atau secara memberi input dalam

menjayakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan dan pelancaran hari-hari Kesihatan Khas.

Page 21: assigment pkesihatan

Aktiviti Kesihatan & Pameran

Latihan/Kursus

Bagi Peringkat Negeri, selain daripada Latihan Fasilitator untuk Kempen Cara Hidup Sihat ,

lain-lain latihan/kursus yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan juga diberikan oleh

Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri sebagai penceramah jemputan untuk program-program

kesihatan lain.

Penebitan Bahan Pendidikan Di Peringkat Negeri

Dalam bentuk bahan cetak dan bukan cetak, Unit Pendidikan Kesihatan Negeri telah

menerbitkan 29 jenis bahan cetakan seperti poster/risalah/buku kecil/poster/pameran (dalam

set) mengikut

tajuk-tajuk tertentu dan 46 jenis bahan-bahan bukan cetak seperti kolateral, rakaman video,

salinan video, pita kaset dan lain-lain. Unit Pendidikan Kesihatan Negeri juga menerima

bahan-bahan pendidikan kesihatan daripada Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi di

Kementerian Kesihatan dan juga tempat-tempat lain.

Aktiviti Media Massa

Unit Pendidikan Kesihatan Negeri telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri

(RTM) untuk menyiarkan maklumat kesihatan untuk pendengar radio melalui Radio 3.

Sebanyak 45 ceramah kesihatan melalui siaran tempatan telah diadakan. Di samping itu,

pihak RTM juga membantu Jabatan Kesihatan Negeri untuk siaran Pengumuman Awam

mengenai maklumat kesihatan secara 'ad-hoc' dari semasa ke semasa seperti untuk tujuan

Kempen Kesihatan, kejadian wabak penyakit, aktiviti promosi kesihatan dan sebagainya.

 

 

 

Page 22: assigment pkesihatan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Top Related