assigment 1 sekolah dan masyarakat ( pendidikan moden dan tradisi)

12
Pendidikan Tradisi di Malaysia Sepanjang sejarahnya, alam Melayu memiliki ratusan kerajaan besar dan ribuan kerajaan kecil. Sebahagian daripada kerajaan ini juga pernah menjadi pusat keilmuan yang masyhur. Sebelum Islam merevolusikan ilmu di kalangan masyarakat Melayu dengan pendemokrasian ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan membangkitkan kesedaran kepentingan ilmu, telah lahirnya beberapa pusat keilmuan yang penting di alam Melayu. Antaranya ialah pusat keilmuan Buddha dan Hindu. Menjelang akhir abad ke-6 M, terdapat lebih 1000 rahib Buddha yang mempelajari teologi dan falsafah agama tersebut. Walaubagaimanapun, pusat keilmuan Buddha ini bersifat elit kerana hanya tertumpu kepada golongan pendeta dan rahib tetapi tidak pada masyarakat Melayu secara menyeluruh. Keadaan ini berlaku kerana pada ketika itu, ajaran agama Buddha dan Hindu di alam Melayu hanya diamalkan oleh golongan raja dan bangsawan sahaja, sebaliknya rakyat bawahan berketurunan Melayu masih kekal dengan kepercayaan animisme (kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib, roh- roh orang mati dan semangat alam sekitar seperti pokok, batu, sungai, laut dan lain-lain). Ledakan revolusi ilmu melanda alam Melayu apabila Islam datang sekitar kurun ke-13 di Tanah Melayu,Pasai, Maluku, Brunei dan Acheh. Keadaan ini berlaku disebabkan ajaran Islam yang amat mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam hidup untuk melahirkan insan yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Jabar (1992) menyatakan sejarah kegemilangan Islam memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Hasil daripada perkembangan Islam di alam Melayu, maka lahirlah kerajaan Melayu-Islam yang menjadi pusat keilmuan utama dalam bidang keagamaan secara khususnya. Tradisi keilmuan dalam tamadun Melayu banyak diasaskan oleh adanya tradisi pendidikan yang cemerlang dan tersusun yang telah wujud terutama sejak kedatangan Islam di alam Melayu. Peranan system pendidikan ini telah menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan hingga mencapai tahap tinggi dan melahirkan ramai golongan ulama dan cendiakwan Melayu yang ulung dan masyhur seperti Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji Munshi, Abdullah Munsyi dan lain-lain lagi. Bidang keilmuan yang berkembang ini melibatkan bidang-bidang keagamaan, kesusasteraan,

Upload: sueidah-abakar

Post on 26-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

Pendidikan Tradisi di Malaysia

Sepanjang sejarahnya, alam Melayu memiliki ratusan kerajaan besar dan ribuan kerajaan kecil. Sebahagian daripada kerajaan ini juga pernah menjadi pusat keilmuan yang masyhur. Sebelum Islam merevolusikan ilmu di kalangan masyarakat Melayu dengan pendemokrasian ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan membangkitkan kesedaran kepentingan ilmu, telah lahirnya beberapa pusat keilmuan yang penting di alam Melayu. Antaranya ialah pusat keilmuan Buddha dan Hindu. Menjelang akhir abad ke-6 M, terdapat lebih 1000 rahib Buddha yang mempelajari teologi dan falsafah agama tersebut. Walaubagaimanapun, pusat keilmuan Buddha ini bersifat elit kerana hanya tertumpu kepada golongan pendeta dan rahib tetapi tidak pada masyarakat Melayu secara menyeluruh. Keadaan ini berlaku kerana pada ketika itu, ajaran agama Buddha dan Hindu di alam Melayu hanya diamalkan oleh golongan raja dan bangsawan sahaja, sebaliknya rakyat bawahan berketurunan Melayu masih kekal dengan kepercayaan animisme (kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib, roh-roh orang mati dan semangat alam sekitar seperti pokok, batu, sungai, laut dan lain-lain). Ledakan revolusi ilmu melanda alam Melayu apabila Islam datang sekitar kurun ke-13 di Tanah Melayu,Pasai, Maluku, Brunei dan Acheh. Keadaan ini berlaku disebabkan ajaran Islam yang amat mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam hidup untuk melahirkan insan yang berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Jabar (1992) menyatakan sejarah kegemilangan Islam memperlihatkan bahawa tamadun keilmuan telah bertapak dalam sejarah keagungannya. Hasil daripada perkembangan Islam di alam Melayu, maka lahirlah kerajaan Melayu-Islam yang menjadi pusat keilmuan utama dalam bidang keagamaan secara khususnya.

Tradisi keilmuan dalam tamadun Melayu banyak diasaskan oleh adanya tradisi pendidikan yang cemerlang dan tersusun yang telah wujud terutama sejak kedatangan Islam di alam Melayu. Peranan system pendidikan ini telah menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan hingga mencapai tahap tinggi dan melahirkan ramai golongan ulama dan cendiakwan Melayu yang ulung dan masyhur seperti Hamzah Fansuri, Raja Ali Haji Munshi, Abdullah Munsyi dan lain-lain lagi. Bidang keilmuan yang berkembang ini melibatkan bidang-bidang keagamaan, kesusasteraan, kesenian, bahasa, ilmu perubatan, ilmu bumi, metafizik, matematik, astronomi, ilmu politi dan ilmu sosialogi.

Pada peringkat awal, pusat pendidikan adalah di istana. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pendidikan yang mendapat keutamaan adalah pendidikan Islam. Istana juga dijadikan perpustakaan, tempat pertejemahan kitab-kitab dan pusat penyalinan buku-buku berunsurkan keagamaan. Contohnya seperti buku-buku dan kitab-kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan al-Durr al-Manzum telah disimpan dan dijadikan bahan bacaan dan rujukan di istana sultan Melayu. Selain istana, terdapat tempat-tempat lain yang dijadikan sebagai pusat pengajian ilmu pengetahuan di Melaka seperti di rumah maulana, madrasah, surau, masjid dan lain-lain. Mengikut catatan Ibnu Batuta, seorang pengembara berbangsa Arab, istana sultan Pasai (merupakan negeri taklukan Melaka) merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang terunggul pada abad ke-14M. Perbincangan dan perdebatan berkaitan isu-isu agama Islam sering diadakan di istana pada ketika itu. Perbincangan ini turut disertai oleh para ulama dan raja Pasai iaitu Sultan Malik al-Zahir. Ibnu Batuta juga mengambarkan balai penghadapan istana sentiasa dikunjungi oleh ilmuan, sasterawan dan cendiakawan dari serata pelusuk dunia seperti dari Parsi dan Mekah. Peranan Pasai kemudiannya diperkukuhkan oleh Melaka apabila ia berkembang menjadi empayar besar dan menjadi pusat keilmuan serta penyebaran Islam dan perdagangan utama di alam Nusantara. Sementara itu, di Melaka istana menjadi tempat perbincangan ilmu agama dan pusat pengajian bagi putera-putera raja di seluruh alam Melayu. Ia juga berfungsi sebagai perpustakaan dan tempat

Page 2: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

penyalinan serta penterjemahan kitab-kitab keagamaan. Raja- raja Melayu seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Mahmud Shah pernah mempelajari ilmu agama di istana malahan pernah memerintahkan pegawai-pegawai kerajaan Melaka mendalami ilmu agama. Istana juga menyediakan pendidikan kepada anak-anak golongan bangsawan dan anak-anak pegawai atasan istana seprti anak Bendahara, Laksamana dan Syahbandar.

Gambar 1: Melaka pada kurun ke-15

Selepas kebangkitan Islam dan mengubah secara drastik sistem pendidikan dan penyebaran ilmu di Nusantara, tradisi keilmuan tidaklah terhenti disitu sahaja tetapi ianya disambung di seluruh alam Melayu melalui pelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang lebih berstruktur di negeri-negeri Melayu Tidak Besekutu, negeri-negeri Melayu Bersekutu dan negeri-negeri Selat. Di Tanah Melayu, sistem pendidikan Islam tradisi dijalankan melalui sekolah pondok, dan pengajian madrasah. Sepertimana tradisi pesantren di Acheh, pengajian pondok bergantung penuh kepada kebolehan dan karisma seorang guru dan ulama. Usaha penubuhan pondok dilakukan oleh para ulama Melayu yang telah pulang dari Negara Timur Tengah dan dari Pattani. Pendidikan pondok meliputi ilmu-ilmu keagamaan dan sejarah. Pondok-pondok juga memberi penekanan dalam ilmu fekah, nahu, pembacaan al-Quran dan penghayatan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Guru-guru yang mengajar di pondok tedak menerima bayaran gaji tetapi sebaliknya mereka menerima bayaran zakat dan sedekah daripada orang ramai dan ibubapa para pelajar. Seterusnya, para pelajar daripada lulusan pondok yang cemerlang boleh melanjtkan pelajaran mereka di Asia Tengan terutamanya Mekah. Di Terengganu, pengajian pondok diasaskan sejak kurun ke-17 oleh Syeikh Abdul Malik atau juga dikenali sebagai Tok Pulau Manis. Di Kelantan pula, pengajian pondok mula mengalami perkembangan pesat mulai awal kurun ke-20 iaitu sekitar tahun 1909. Antara ulama pondok yang terkenal di Kelantan ialah Haji Ahmad bin Muhammad Yusuf, Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh, Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali) dan ramai lagi. Antara pusat pengajian pondok yang terkenal adalah Pondok Slow Machang, Pondok Kubang Pasu, Pondok Sungai Budur, Pondok Kampung Banggul, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Bachok.

Gambar 2 : Tok Kenali

Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru apabila wujudnya gerakan pembaharuan di dunia Islam ketika itu terutamanya di Timur Tengah. Kemudiannya, lahirlah sistem pendidikan madrasah yang lebih sistematik dan lebih formal berbanding sekolah pondok. Sistem pengajian madrasah menawarkan sistem pembelajaran yang teratur dan berlangsung di bangunan-bangunan yang lebih baik. Dalam sistem madrasah, mata pelajaran Islam tidak lagi tertumpu kepada soal-soal ibadah dan tauhid sahaja tetapi lebih meyeluruh dengan memasukkan mata pelajaran lain seperti ilmu hisab, ilmu alam dan lain-lain lagi. Pada tahun 1906, sebuah madarasah yang pertama iaitu Madrasah al-Maisriyah di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang telah didirikan. Perkembangan madrasah juga berlaku dengan pesat di Johor dan mempunyai cirri-ciri yang unik kerana pendidikan

Page 3: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

agama yang berbentuk formal telah ditawarkan sejak abad ke-19 lagi di sini. Faktor lain yang menyumbang kepada perkembangan ini juga adalah kerana sejak tahun 1885 negeri Johor telah mempunyai sistem pentadbiran agama yang kemas apabila Jabatan Agama dimasukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Pendidikan agama yang formal bermula apabila Madrasah al-Attas, Johor Bahru ditubuhkan pada tahun 1913. Setelah itu, sekolah agama yang dinamakan Sekolah Al-Quran telah dibina pada tahun 1918. Namun, pada tahun 1920, nama itu ditukar kepada Sekolah Kitab sebelum pada tahun 1923, ia ditukar lagi kepada nama Sekolah Agama Johor. Tetapi, disebalik pembinaan banyak madrasah-madrasah di Tanah Melayu, terdapat ramai tokoh-tokoh yang menberi banyak sumbangan dan pembaharuan. Antaranya ialah Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Maghribi.

Selain sistem pondok dan madrasah, pendidikan terutama pendidikan Islam di Tanah Melayu juga dijalankan di rumah guru-guru. Kebanyakan rumah guru ini terdiri daripada rumah-rumah ulama yang sebahagian besarnya datang dari negeri-negeri arab, Parsi dan India. Kanak-kanak dihantar ke rumah guru untuk belajar mengaji al-Quran. Mereka juga diberi bimbingan melalui kitab-kitab usul Fiqah dan buku-buku hikayat. Pengajaran di rumah guru tidak terbatas pada golongan kanak-kanak saja, tetapi terdapat juga golongan dewasa yang datang ke rumah guru untuk belajar sesuatu ilmu yang selalunya guru tersebut pakar dalam bidang tersebut. Buku-buku yang digunakan dalam sistem pendidikan tradisional seperti di madrasah ini lebih dikenali sebagai Kitab Jawi atau Kitab Kuning. Seterusnya, Kitab Jawi dipanggil Kitab Kuning kerana kertas buku ini berwarna kuning. Secara umumnya, Kitab Jawi lebih dikenali sebagai buku yang berkaitan dengan ilmu keagamaan dan ia ditulis dengan menggunakan tangan, dan kemudiannya disalin semula oleh penyalin tertentu atau oleh para pelajar yang menggunakannya.

Pendidikan Moden di Malaysia

Apabila berlaku revolusi perindustrian , keperluan terhadap pendidikan yang lebih formal meningkat

dengan mendadak. Sepertimana yang diketahui adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-

19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan yang memberi impak yang

besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh

Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia termasuklah di Tanah Melayu melalui proses yang

dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam

sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-kota serta perkembangan

kepada pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang tertentu. Perkembangan pendidikan dan

pembentukan semula pendidikan di Malaysia selalunya dikriteriakan oleh usaha-usaha berterusan yang

dilakukan oleh kerajaan untuk mengadaptasikan pendidikan moden supaya selari dengan pembangunan

nasional negara kita. Kepentingan pembangunan dan pembentukan semula pendidikan negara selalunya

dikaitkan dengan perubahan pada kokurikulum yang menyediakan pendidikan untuk pembangunan

sumber manusia sebagai memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik sesabuah negara. Sistem

pendidikan kebangsaan di Malaysia adalah merupakan sistem yang diwarisi daripada kerajaan kolonial

British. Kini terdapat suatu sistem pendidikan moden dan formal yang cukup teratur di Malaysia dan

mempunyai 4 peringkat utama seperti pra-sekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan

seterusnya pengajian peringkat tinggi. Bagi pendidikan pra-sekolah yang dijalankan di sekolah tadika,

Page 4: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

pelajar yang diterima untuk belajar disini adalah merupakan kanak-kanak . Walaubagaimanpun,

pendidikan pra-sekolah adalah tidak wajib dalam pendidikan di Malaysia. Terdapat banyak program pra-

sekolah yang ditawarkan di Malaysia termasuklah daripada pihak kerajaan dan swasta. Program pra-

sekolah yang dijalankan oleh kerajaan adalah dikenali sebagai KEMAS dan dikawalselia oleh Jabatan

Kemajuan Masyarakat. Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali

sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan

awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui

Bermain’ yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.

Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis,

Mengira dan Menaakul).Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak

menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal

di sekolah rendah kelak. Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu

kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak

ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha

dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara

yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping

kerjasama erat dengan ibu bapa. Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan

1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Kanak-kanak yang belajar di

Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu

komunikasi, kerohanian,sikap dan nilai, serta kemanusian, ketrampilan diri, perkembangan fizikal dan

estetika,dan juga sains dan teknologi.

Selepas kanak-kanak tersebut mendapatkan pendidikan pra-sekolah, mereka akan dikehendaki meneruskan pembelajaran ke peringkat kedua dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan rendah. Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia bagi sekolah rendah. Tetapi mata pelajaran lain seperti matematik, sains, sivik dan kewarganegaraan, pendidikan seni, pendidikan jasmani kesihatan, dan kajian tempatan masih perlu dipelajari oleh murid walaupun ia bukanlah subjek teras dan wajib.Di Malaysia, sekolah rendah awam terbahagi kepada dua jenis, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Walaupun begitu, kurikulum di kedua-dua jenis sekolah rendah ini adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini hanyalah pada bahasa pengantar yang digunakan. Sebagai contoh Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan. Manakala Bahasa Tamil atau bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah rendah dinamakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Namun begitu bermulanya pada tahun 2012, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dimansuhkan dan digantikan dengan penilaian berterusan yang berpusat di sekolah oleh guru-guru. Selepas menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), para pelajar akan meneruskan pembelajaran ke peringkat ketiga dalam pendidikan Malaysia iaitu pendidikan menengah. Di Malaysia secara am-nya, sekolah menengah

Page 5: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Di kebanyakan sekolah menengah, Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran seperti Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual, Perdagangan, Ekonomi, dan Pendidikan Jasmani. Bagi subjek Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik Tambahan) bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Di Malaysia, para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Umur kemasukkan pelajar bagi pendidikan di sekolah menengah adalah di antara umur 13 hingga 17 tahun. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan mengambil masa selama satu tahun untuk dihabiskan. Terdapat 2 peperiksaan awam yang penting di peringkat pendidikan menengah iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah rendah), para pelajar akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdasarkan pencapaian PMR, mereka akan dikategorikan kepada Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai. Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik. Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. Sejak tahun 2006, para pelajar turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.

Kemudiannya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar di kolej-kolej matrikulasi , atau belajar di Tingkatan 6 di sekolah atau meneruskan pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik atau di Universiti Tempatan yang menawarkan program diploma. Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih susah daripada A-level kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa. Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM. Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama iaitu menentukan kelayakan seseorang untuk kemasukan ke universiti pengajian tinggi awam dan swasta. Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di universiti-universiti awam. Pemohon memerlukan kelayakan STPM, matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya, tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A dalam STPM.

Page 6: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan. Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT diterajui oleh Datuk Seri Nordin Khaled. Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri. Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia. Selain itu, terdapat juga Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan politeknik yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar

Pendidikan dan kumpulan etnik

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 54 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus. Masyarakat Malaysia yang terdiri dari bangsa Melayu, Cina, India, lain- lain etnik, dan beragama Islam, Buddha, Hindu, dan Kristian menjadi rujukan pihak pemerintah sebelum sesuatu dasar dirangka agar manfaat dan faedah dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat. Melalui pendidikan, nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek- aspek moral diterapkan kepada masyarakat yang bertujuan untuk melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik di mana ia penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Sistem persekolahan yang terbaik adalah sistem pesekolahan yang meliputi keseluruhan kehidupan masyarakat Malaysia, di mana ia tidak hanya terhenti apabila seseorang individu tamat persekolahan atau tamat pengajian di institusi- institusi pengajian tinggi, tetapi ia menjadi kesinambungan dalam kehidupan hingga ke hari tua dengan memberi sumbangan bagi memartabatkan bangsa dan negara. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan - terutama sistem persekolahan - tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan kerana British hanya mementingkan keuntungan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja (Ibrahim Saad, 1986). Semasa penjajahan British, pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah vernakular Tamil. Dan sekolah-sekolah ini kini telah dikenali sebagai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Kebangsaan dan lain-lain lagi.

a) Sekolah Etnik Tamil

Selepas menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786, Pihak British mula membawa para doktor, guru, polis dan tentera dari India untuk berkhidmat di Pulau Pinang. Pada tahum 1840-an pihak British membawa buruh India Selatan untuk berkhidmat di ladang tebu dan kopi. Pada tahun 1890-an penambahan dalam bilangan penduduk di ladang getah semakin bertambah. Pembancian penduduk pada tahun 1901

Page 7: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

menunjukkan seramai 115, 532 penduduk tamil di Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan sekolah tamil.Berdasarkan rekod, sekolah Tamil yang pertama di negeri perak ialah Sekolah Tamil Simpang Lima, berhampiran dengan Parit Buntar . Sekolah ini didirikan oleh beberapa orang India yang berminat dalam Bahasa Tamil.Seorang guru dan kira-kira 30 orang murid telah memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah atap pada tahun 1900. Sekolah ini telah dijadikan sebagai sekolah kerajaan pada tahun 1919. Sebagai contoh, di negeri Perak selain daripada sekolah aliran Tamil, sekolah aliran Telugu, Malayalam dan Punjabi juga pernah di tubuhkan. Kini hanya sekolah aliran Tamil sahaja beroperasi. Kini semua sekolah Tamil di negeri Perak adalah dianggap sebagai sekolah kerajaan bantuan model atau bantuan penuh. Tetapi semasa Kolonial, keadaan ini adalah berlainan. Kebanyakkan sekolah mendapat bantuan separuh sahaja.Hanya sebilangan sahaja yang akan menerima bantuan penuh untuk gaji guru, pentadbiran sekolah , pengurusan bangunan dan sebagainya. Kerajaan telah mengurusakan hal-hal gaji, pencen , pengambilan guru dan urusan pentadbiran lain bagi sekolah-sekolah ini. Sekolah-sekolah yang menerima bantuan penuh ini di namakan “Sekolah Tamil Kerajaan”. Pada permulaannya jumlah murid yang belajar bahasa tamil adalah sangat kurang. Semua sekolah rendah adalah berupa sekolah-sekolah “non – formal “.Oleh yang demikian , sekolah-sekolah ini tidak mempunyai sebarang sukatan pelajaran. Tujuan sekolah masa itu adalah hanya untuk memberi pengetahuan bahasa bagi tujuan pertuturan dan penulisan sahaja. Matematik juga diajar. Sukatan pelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah ini pada masa itu adalah berdasarkan pada sukatan pelajaran yang terdapat di India Selatan. Semua sukatan pelajaran itu mengandungi unsur dan latarbelakang India Selatan. Semua buku dikarang di India mengikut keadaan di situ. Sebelum Perang Jepun ( sebelum 1945 ) beberapa mata pelajaran telah diajar. Pelajaran Bahasa Tamil mengandungi bahagian nyanyian, cerita,puisi, bacaan dan bahasa. Pelajaran Ilmu Hisab juga diutamakan. Pelajaran Ilmu alam dikenalkan dengan tajuk “ Penghidupan Manusia di Dunia “.pelajaran-pelajaran seperti ilmu kesihatan ,kebun , pendidikan jasmani , lukisan dan pertukangan dan pengatahuan am juga di ajar. Selepas merdeka mata pelajaran sains telah diperkenalkan dengan tajuk “Pelajaran Alam Semulajadi “ dan sejarah tempatan juga diajar. Pada mulanya murid-murid menulis dengan jari petunjuk di atas tanah, dan ada kalanya jari itu akan berdarah akibat tekanan. Selepas itu penulisan atas papan batu diperkenalkan. Mereka menulis dengan mengunakan kalam. Murid-murid dibenarkan menulis dalam buku rampaian hanya selepas mahir menulis. Sebelum masuk belajar dalam darjah satu , murid-murid belajar dalam kelas-kelas “primary” .Murid-murid yang tamat darjah tiga boleh menulis bahasa Tamil dengan fasih tanpa kesalahan. Murid-murid yang tidak lulus peperiksaan akan ditahan dalam darjah yang sama, sehingga memperolehi kelulusan. Murid-murid yang cerdik juga diberi kenaikan darjah. Pada mulanya guru-guru besarlah yang menjalankan peperiksaan itu dengan soalan-soalan yang disediakan oleh mereka kemudian baru lah digantikan oleh guru-guru biasa. Selepas merdeka, sekolah tamil masih dibenarkan beroperasi, Cuma sukatan pelajaran mestilah mengikut ketetapan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dan menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah.

b) Sekolah Etnik Cina

Sejak awal abad ke-19, masyarakat Cina telah mempunyai sekolah di Malaysia. Masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan sejak dari dahulu lagi. Pada pandangan mereka, pendidikan dalam bahasa ibunda merupakan satu hak asasi manusia yang harus dipertahankan untuk mengekalkan budaya dan identiti etnik. SJK (C) telah diperkenalkan sejak tahun 1880 lagi. Oleh itu, Sekolah Konfusius Chung Hwa merupakan sekolah pertama yang dimiliki oleh masyarakat Cina yang didirikan pada tahun 1904. Walau bagaimanapun, perkembangan sekolah Cina telah terbantut pada awal penubuhannya kerana pada masa itu ekonomi Malaysia masih belum mantap. Tambahan pula, kerajaan juga lebih mementingkan sekolah yang beraliran pendidikan Melayu pada masa itu. Menurut laporan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, negara kita mempunyai sebanyak 1290 buah Sekolah Jenis Kebangsaan

Page 8: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)

(Cina) pada masa ini. Seperti yang kita ketahui, taraf SJK (C) di Malaysia adalah sekolah bantuan modal dan sekolah ini mendapat bantuan kerajaan mengikut perkiraan berdasarkan bilangan murid. Selain itu, sumber kewangannya juga dari pungutan atau derma daripada masyarakat. Kini, pendidikan Cina bukan sahaja memainkan peranan penting dalam kebudayaan Cina Malaysiatetapi juga mempunyai kedudukan yang tidak boleh diabaikan dalam pendidikan Malaysia.

Page 9: Assigment 1 Sekolah Dan Masyarakat ( Pendidikan Moden Dan Tradisi)