penulisan akademik stalin-complete assigment

32
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Isi Kandungan Bilanga n Tajuk Halaman 1.0 Pengenalan 1 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Dasar Luar Stalin dalam Kesatuan Soviet Campur tangan di Sepanyol Diplomasi dengan China Bersekutu dengan Perancis dan Czechoslovakia Diplomasi dengan Jerman 3 3-4 4 4-5 5 1

Upload: ainazizan

Post on 15-Nov-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stalin

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Isi Kandungan

BilanganTajukHalaman

1.0Pengenalan1

2.0

2.1

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7Dasar Luar Stalin dalam Kesatuan Soviet

Campur tangan di Sepanyol

Diplomasi dengan China

Bersekutu dengan Perancis dan Czechoslovakia

Diplomasi dengan Jerman

Diplomasi dengan Jepun

Bersekutu dengan Britain dan Amerika

Campur tangan di Korea Utara semasa Perang Dingin3

3-4

4

4-5

5

6

6-7

3.0

3.1

3.1.1

3.1.2Dasar Dalam Negara (Kesatuan Soviet)

Rancangan Lima Tahun

Dasar Pertanian Kolektif

Perindustrian7

8

9

4.0

4.1

4.2Keadaan Amerika Syarikat

Dasar Pemencilan/ Isolationism

Kemelesatan Ekonomi10

11-12

5.0

5.1

5.2Sebab-sebab Kesatuan Soviet mampu menyaingi Amerika Syarikat

Politik

Ekonomi13

14

6Kesimpulan15

7Lampiran 16-18

8Bibliografi19-20

1. Pengenalan

Gambar 1.1: Joseph Stalin

Joseph Stalin (1878-1953) merupakan seorang diktator yang memerintah Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) dari tahun 1922 sehingga kematiannya pada 1953. Beliau ialah Setiausaha Agung Majlis Pusat Parti Kominis Soviet Union dan kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi pemimpin Kesatuan Soviet. Stalin berkuasa selepas kematian Lenin dan berakhirnya konflik perebutan kuasa dengan Trotsky. Stalin menggunakan dasar sosialisme dalam satu negara semasa memerintah Kesatuan Soviet. Dasar ini juga tonggak kepada dasar pengkolektifan pertanian dan pengindustrian pesat Stalin dalam memajukan ekonomi Soviet. Ekonomi Soviet mengalami kepesatan berbanding semasa pemerintahan Lenin. Kepesatan ekonomi meyebabkan Stalin memberi tumpuan kepada dasar luarnya. Sebelum Perang Dunia Kedua, dasar luar Stalin dalam Kesatuan Soviet adalah menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara-negara lain. Tujuannya adalah sebagai langkah keselamatan Kesatuan Soviet jika berperang dengan mana-mana kuasa Barat di samping menyebarkan ideologi komunis. Namun begitu, selepas Perang Dunia Kedua, telah berlaku perubahan dalam dasar luar Stalin. Tujuan dasar luar Stalin selepas Perang Dunia Kedua adalah untuk menyebarkan ideologi Komunis ke seluruh dunia. Stalin, secara beransur-ansur memutuskan hubungan Soviet dengan negara-negara yang pernah menjalinkan hubungan dengannya sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa itu juga, berlaku persaingan antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai Perang Dingin. Semasa pemerintahan Stalin, Kesatuan Soviet berjaya menjadi salah satu kuasa besar dunia sehingga dikatakan mampu menyaingi Amerika Syarikat.

Gambar 1.2: Peta Kesatuan Republik Sosislis Soviet http://flagspot.net/flags/su(.html

2. Dasar Luar Stalin dalam Arena Antarabangsa.Diplomasi Stalin tidak jauh berbeza dengan Bismarck. Misalnya, Bismarck memilih sama ada untuk memihak kepada Austra-Hungary ataupun Rusia. Peperangan di antara kedua-dua kuasa itu boleh membahayakan Prusia. Oleh itu, Bicmarck memilih untuk berbaik-baik dengan Jerman yang suatu ketika dahulu pernah menjadi musuh ketat Rusia. Begitu juga dengan Stalin, jika Stalin terpaksa berperang, dia tidak mahu berhadapan dengan dua musuh sekali gus iaitu dengan Nazi dan kuasa Barat yang lain. Seperti Bismarck, Stalin tidak ragu-ragu untuk menjadikan musuh sebagai kawan atau sebaliknya demi menyelamatkan negara sendiri.

Pada tahun 1920-an, Stalin pernah membuat dasar luarnya dengan Britain dan China tetapi gagal. Kegagalan menjalin hubungan diplomasi ini disebabkan ideologi komunis Rusia tidak mendapat sambutan dalam kalangan pemimpin negara tersebut. Menjelang 1930-an, Stalin mula mengukuh semula dasar luarnya. Faktor yang mendorang mengukuhkan dasar luar Stalin ialah ancaman dari Asia dan Eropah. Di Asia, Jepun telah menceroboh negara China (Manchuria), manakala Jerman pula sedang meluaskan wilayahnya di Eropah. Hal ini membimbangkan Stalin kerana Jerman di bawah pimpinan Aldof Hitler sedang giat menjajah negara lain. Oleh yang demikian, Stalin telah mengambil langkah dengan menjalin hubungan diplomasi dengan negara lain sebagai langkah keselamatan di samping mengeksport barangan keluaran mereka ke luar negara. Secara umumnya, dasar luar Stalin boleh dipecahkan kepada dua iaitu dasar luarnya sebelum Perang Dunia Kedua dan selepas Perang Dunia Kedua.2.1 Campur Tangan dalam Perang Saudara di SepanyolPerang saudara di Sepanyol berlaku pada tahun 1936 sehungga 1939. Perang ini tercetus di antara golongan Republik dan golongan Nasionalis. Golongan Nasionalis dipimpin oleh Jeneral Francisco Franco. Franco mendapat sokongan daripada Jerman dan Itali. Soviet memberi sokongan kepada pihak Republik yang menyokong komunis. Pada 28 Ogos 1936, Soviet telah mengirim bantuan senjata ke Sepanyol. Tujuannya, adalah untuk menjadikan Sepanyol negara sekutunya sekira berlaku peperangan dengan mana-mana kuasa Barat. Selain itu, Stalin juga ingin menyebarkan komunis di Sepanyol. Walau bagaimanapun, perang saudara berakhir dengan kemenangan pihak Nasionalis.

2.2 Diplomasi dengan ChinaMenjelang abad ke-20, Jepun muncul sebagai salah satu kuasa kuat di Asia. Pada tahun 1920-an, Rusia dan China pernah menjalin persahabatan, tetapi gagal. Kegagalan ini disebabkan ideologi komunis di China ditentang oleh Chiang Kai-Sek pada awalnya. Menjelang tahun 1930-an, Stalin sekali lagi membuat hubungan diplomasi semula dengan China. Hal ini kerana Stalin ingin menyekat pengaruh Jepun dan seterusnya menyebarkan komunis di China. Jepun telah menduduki Manchuria pada tahun 1931. Isu yang dipertikaikan antara Rusia dan Jepun di China adalah berkaitan dengan hak penangkapan ikan oleh Jepun di perairan Rusia, konsesi Jepun di Pulau Sakhalin dan minat Jepun terhadap Manchuria. Jepun dan Rusia bersaing untuk merebut Manchuria kerana di Manchuria terdapat banyak industri. Manchuria juga daerah penting bagi China. Selain itu, Jepun telah mengambil kesempatan untuk terlibat dalam Perang Saudara di China. Di China, terdapat ramai pelabur Jepun. Oleh yang demikian, Jepun menghantar tenteranya ke China dengan alasan untuk melindungi pelaburnya. Kerajaan China di bawah pimpinan Chiang Kai-sek bersetuju membuat persahabatan dengan Soviet dan bersama-sama menghapuskan Jepun. Persetujuan Chiang ini disebabkan bantuan pihak komunis yang membebaskannya semasa ditangkap oleh tenteranya yang dihasut oleh Barisan Popular. Satu penyelesaian telah diambil. Soviet telah menandatangani perjanjian dengan Chiang Kai-shek dikenali nonaggression pact pada 29 Jun 1932. Soviet juga telah mengambil langkah untuk mengatasi ancaman Jepun di China dengan menghantar tenteranya. Tentera Soviet ditempatkan di Manchuria dan Mongolia. Diplomasi Stalin di China merupakan satu langkah keselamatan negara Soviet.

2.3 Bersekutu dengan Perancis dan CzechoslovakiaStalin juga membuat perjanjian dengan Perancis dan Czechoslovakia. Pada 2 Mei 1935, Soviet menandatangani perjanjian dengan Perancis dikenali sebagai perjanjian Franco-Soviet. Kedua-duanya setuju untuk membantu satu sama lain sekiranya diserang. Beberapa hari selepas menandatangani perjanjian dengan Perancis, sekutu Perancis iaitu Czechoslovakia telah menandatangani perjanjian yang sama dengan Soviet yang dikenali sebagai perjanjian Soviet- Czechoslovak.

2.4 Diplomasi dengan Jerman

Jerman dibawah pimpinan Hitler sedang giat melaksanakan dasar perluasan kuasa. Satu per satu wilayah di Eropah ditawan oleh tentera Nazi. Apabila negara-negara Barat membiarkan Hitler menakluki satu demi satu negara Eropah Timur yang berhampiran dengan Rusia, Stalin mengambil keputusan untuk menjalinkan persefahaman dengan Nazi di Berlin pada tahun 1939. Pada masa yang sama juga, Soviet telah membuat perundingan dengan Perancis dan Britain. Stalin membuat hubungan dengan kedua-dua pihak sudah pastinya untuk menyelamatkan negaranya daripada terlibat dalam peperangan.

Kuasa-kuasa Barat berharap permusuhan Soviet dan Jerman akan menghancurkan kedua-dua negara itu sendiri, tanpa tindakan daripada kuasa Barat yang lain. Tetapi harapan ini tidak menjadi kenyataan apabila Hitler dan Stalin menandatangani perjanjian persahabatan yang dikenali sebagai pakatan Nazi-Soviet pada bulan Ogos 1939. Pakatan ini merupakan tamparan hebat kepada pejuang dan penyokong sayap kiri Eropah yang anti-fasis. Mereka melihat Rusia sebagai revolusioner baru yang anti-fasis. Bagi Stalin, beliau sebenarnya bimbang dengan serangan dari pihak Jerman.Perjanjian Nazi-Soviet menguntungkan Rusia pada mulanya. Perjanjian ini membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Urkaine Barat), wilayah-wilayah Baltik dan Bessarabia. Perjanjian Nazi-Soviet ini juga lanjutan daripada perjanjian perkecualian Jerman-Soviet tahun 1926. Untuk beberapa ketika, Soviet dikecualikan dari serangan Jerman. Sebenarnya, Hitler secara rahsia talah merancang untuk menyerang Soviet. Pada 1940, Hitler membuat perjanjian yang dikenali Perjanjian Tiga Pihak antara Jerman-Itali-Jepun atau dikenali sebagai perjanjian Kuasa Paksi Rom-Berlin-Tokyo. Mulai saat ini, hubungan Stalin dan Hitler mulai tegang. Pada tahun 1941, Yugoslavia dan Greece telah ditakluki Jerman. Semasa Jerman melancarkan serangan terhadap Soviet, Jerman telah mendapat bantuan daripada sekutu-sekutunya seperti Sepanyol, Finland, Rumania, Itali serta Jepun. Kesatuan Soviet diserang pada bulan Jun 1941.

2.5 Diplomasi dengan Jepun

Stalin juga menjalinkan hubungan diplomasi dengan Jepun. Pada tahun 1941, Menteri Luar Jepun, Matsuoka telah melawat Eropah. Pada bulan April iaitu dua bulan sebelum Jerman, Jepun dan Itali menyerang Soviet, perjanjian perkecualian yang dikenali Soviet-Jepun telah ditandatangani. Walaupun perjanjian ini bertahan selama beberapa bulan, tetapi perjanjian tersebut merupakan satu perubahan yang bersejarah antara hubungan Jepun-Rusia. Sebelum ini, Rusia pernah tewas dalam peperangan dengan Jepun. Walau bagaimanapun, hubungan ini berakhir setelah Jerman-Jepun-Itali menyerang Soviet pada Jun 1941.

2.6 Bersekutu dengan Britain dan AmerikaHarapan negara-negara Barat untuk melihat Jerman dan Rusia untuk bertarung akhirnya menjadi kenyataan apabila Hitler menyerang Rusia pada bulan Jun tahun 1941. Kuasa-kuasa Barat melihat dasar Hitler lebih merbahaya dari Stalin. Selepas Jerman menyerang Soviet, negara eropah yang lain bersedia bekerjasama dengan Stalin dan menggunakan Stalin sebagai alat untuk menghancurkan Hitler. Ekoran daripada serangan Jerman, Stalin bersetuju menjalinkan hubungan dengan kapitalis Barat untuk menentang Jerman. Pada masa itu, Amerika di bawah pimpinan Presiden Franklin D Roosevelt mulai campur tangan dalam peperangan di Eropah. Perdana Menteri Britain, iaitu Churchill dan F.D Roosevelt menjanjikan pertolongan kepada Stalin. Ekoran daripada situasi ini, terjalinlah kerjasama di antara Soviet dengan Amerika dan Britain. Pada 26 Mei 1942, perjanjian British-Soviet telah ditandatangani antara Churchill dan Molotov. Stalin bersetuju menerima hutang bernilai satu billion dolar daripada Amerika.

2.7 Campur tangan di Korea Utara semasa perang dingin

Selepas perang Dunia Kedua, berlaku konflik di antara Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Perang Dingin. Secara beransur-ansur, Stalin memutuskan hampir semua hubungan Soviet dengan negara Barat. Amerika dan Britain bimbang terhadap penguasaan Soviet di Eropah Timur dan ideologi komunisme terhadap negara demokrasi di Eropah Barat. Bagi Soviet pula, mereka ingin mengekalkan penguasaan mereka di negara-negara Eropah Timur dan meluaskan ideologi komunis ke seluruh dunia. Dasar Stalin yang agresif menyebabkan Barat penubuhan North Atlantic Treaty Organization (NATO) pada tahun 1949. Perang Korea yang berlaku pada tahun 1950-1953 adalah medan pertarungan antara Kesatuan Soviet dan Amerika. Sebelum Perang Dunia Kedua, Korea adalah jajahan Jepun. Selepas Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pula menduduki Korea. Selepas Perang Dunia kedua Korea dibahagikan kepada dua. Korea Selatan di bawah pimpinan Syngmen Rhee disokong oleh Amerika manakala Korea Utara yang dipimpin oleh Kim II Sung pula disokong oleh Soviet. Pada mulanya, askar Soviet menduduki separuh bahagian utara dan askar Amerika menduduki separuh bahagian selatan. Askar Korea Utara kemudiannya melancarkan serangan hendap terhadap Korea Selatan dalam percubaan menyatukan negara yang berpecah itu melalui paksaan. Hasilnya, askar Amerika terpaksa dihantar semula ke Korea. Perang itu tamat beberapa bulan kemudian selepas kematian Stalin.

3.0 Dasar Dalam Negeri Walau bagaimanapun, dasar dalam negeri juga memainkan peranan penting dalam menjadikan kesatuan Soviet mampu menyaingi Amerika. Dalam memesatkan ekonomi Soviet, Stalin melaksanakan Rancangan Ekonomi Lima Tahun iaitu perancangan Stalin untuk membangunkan ekonomi USSR melalui dasar pengkolektifan pertanian dan menubuhkan industri berat. 3.1 Rancangan Lima Tahun StalinStalin melaksanakan dasar ekonominya dengan alasan untuk menyelamatkan Revolusi Rusia. Pada tahun 1928, Stalin telah melancarkan Rancangan Lima Tahun Pertanian Pertama yang bertujuan untuk memesatkan dasar industri dan dan dasar pertanian kolektif. Stalin ingin menambah kekayaan Rusia, menjadikannya negara ketenteraan dan negara yang serba lengkap dan mengatasi repultasi Rusia yang mundur. Stalin dalam ucapannya pada tahun 1929,menyatakan;

Negara kita akan menjadi negara pengeluaran bahan logam, pengeluaran automobil seperti negara kontraktor. Apabila dalam pengeluaran motokar dan traktor kita akan melihat negara manakah yang dikategorikan sebagai negara yang mundur atau maju. Rancangan Lima Tahun Pertanian yang pertama telah mencapai matlamatnya. Rancangan Lima Tahun Pertama telah dikendalikan oleh agensi yang dikenali sebagai Gosplan. Dengan polisi yang ditetapkan oleh Parti, Gosplan menentukan berapa banyak hasil pertanian dikeluarkan oleh setiap negara, berapa jumlah upah yang perlu diterima oleh setiap kelas pekerja dan harga barangan yang akan dibayar. Rancangan Lima Tahun pertama dalam pertanian berakhir pada tahun 1932. Kemudian, Rancangan Lima Tahun yang kedua diisytiharkan pada tahun 1933 dan berakhir pada tahun 1937. Manakala, Rancangan Lima Tahun yang ketiga tidak dapat disempurnakan kerana Rusia diserang oleh tentera Jerman. Selepas tahun 1945, rancangan pertanian yang baru telah diperkenalkan.3.1.1 Dasar Pengkolektifan Pertanian Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Lenin mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi Rusia. Kegiatan perniagaan mendatangkan keuntungan keoada golongan petani kaya atau Kulaks. Dasar Ekonomi Baru Lenin menjadikan corak ekonomi Rusia mirip kepada kapitalis, bukannya sosialis. Dalam ekonomi Kapitalis, golongan petani yang kaya kembali sebagai orang tengah dan peminjam wang. Pada tahun 1929, mereka membeli hasil-hasil tanaman daripada petani miskin untuk disimpan. Makanan yang disimpan ini akan dijual semula apabila harganya naik. Untuk mengatasi keadaan ini, kerajaan terpaksa menjual stok makanan supaya harga pasaran diturunkan. Pada mulanya, Stalin enggan mengambil tindakan terhadap golongan ini. Stalin khuatir semua petani akan menjadi gempar dan menyangkan bahawa kerajaanya akan mengembalikan dasar Komunisme Perang.

Setelah berkuasa, Stalin memperkenalkan dasar pengkolektifan pertanian. Untuk menjayakan dasar ini, Stalin menggunakan teknik paksaan dan kekerasan. Petani-petani dipaksa menanam tanaman yang ditetapkan oleh kerajaan. Setiap ladang kolektif dikenakan kuota. Petani yang mengusahakan ladang kolektif dihalang menjual hasil tanaman di pasaran. Tindakan keras akan dikenakan terhadap petani yang menyorok bijirin. Sesiapa yang tidak mengusahakan tanaman dan tidak mengeksport hasil tanamannya akan dipaksa menanggung pembiayaan bagi mesin yang diimport dari Barat. Penternak-penternak ayam, itik, lembu, kuda dan sebagainya telah bertindak balas terhadap dasar Stalin dengan menyembelihkan ternakan mereka. Ada juga yang membiarkan ternakan mereka dan mengakibatkan ternakan mereka mati. Walau bagaimanapun, Stalin berjaya mengatasi tentangan penternak-penternak ini.

3.1.2 PengindustrianDalam Kongres Parti yang keempat belas pada bulan April tahun 1925, pihak berkuasa Rusia telah meluluskan suatu program pelaburan untuk perkembangan industri. Hal ini kerana industri Rusia terjejas teruk akibat Revolusi dan Perang Saudara. Pada akhir tahun 1927, penumpuan khusus kepada industri barangan pengguna dan barang mewah berakhir. Industri Rusia memberi tumpuan kepada pengeluaran jentera pertanian, peralatan perang, dan perindustrian. Pada tahun 1929, Soviet mempunyai empat kawasan industri utama iaitu Leningard, Moscow, perlombongan dan Ukraine, dan Urals.

Stalin telah menghasilkan peningkatan dalam pengeluaran industri. Pada tahun 1930, pengeluaran industri telah meningkat sekali ganda daripada pengeluaran sebelumnya. Pada tahun berikutnya, pengeluaran meningkat sebanyak 20 peratus. Dari tahun 1928 hingga tahun 1938, pengeluaran besi dan keluli meningkat empat kali ganda dan arang batu meningkat sebanyak tiga setengah kali ganda. Pada tahun 1938, Soviet adalah pengeluar terbesar dunia dalam sektor pertanian dan kepala kereta api. Selepas gangguan pengeluaran semasa Perang Dunia kedua, industri Rusia maju semula. Industri telah menyediakan peluang pekerjaan bukan sahaja kepada rakyat Soviet, tetapi juga kepada rakyat dari negara luar. Jurutera dan juruteknik dari Eropah dan Amerika bekerja di Soviet. Kebanyakan mesin di industri diimport dari negara lain. Rancangan Lima Tahun ini telah memberi sumbangan dalam pengindustrian dan peningkatan hasil pertanian Soviet. Menurut Rosenberg, pada tahun 1930, terdapat 37 peratus daripada tanah pertanian ditempatkan dalam skim pengkolektifan. Pada tahun itu juga, tiga peratus daripada ladang besar kepunyaan negara dan 60 peratus daripada kawasan tanah pesendirian telah dimasukkan ke dalam skim yang sama. Pengkolektifan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Rusia. Antara tahun 1929 sehingga tahun 1939, 20 juta orang telah berhijrah ke bandar yang menyediakan peluang pekerjaan dalam industri baru.

Sesungguhnya, kepesatan ekonomi Soviet menyebabkan Stalin memberi tumpuan kepada dasar luarnya. Faktor ekonomi juga dianggap sebagai faktor yang menyebabkan Kesatuan Soviet mampu menyaingi Amerika Syarikat.4.0 Dasar Amerika Syarikat

Era sebelum Perang Dunia Kedua menyaksikan negara Amerika Syarikat yang masih mundur berbanding dengan Kesatuan Soviet. Terdapat dua faktor penting yang menyebabkan Amerika dikatakan mundur daripada Kesatuan Soviet. Pertama ialah dasar pemencilan atau Isolationism yang diamalkan Amerika ketika itu dan kedua ialah kemelesetan ekonomi Amerika.4.1 Dasar Isolationism Amerika Pada masa itu, Amerika Syarikat mengamalkan dasar Isolatinism atau dasar pemencilan. Isolationism dipimpin oleh pemimpin kongres Amerika yang menentang peperangan di Eropah Perdana Menteri Amerika, Roosevelt ingin meneruskan dasar ini kerana demi keselamatan rakyat Amerika dan mahu mengelakkan Amerika daripada ancaman kuasa asing.Dalam mengamalkan sikap berkecuali, Kongres Amerika telah meluluskan tiga akta Pengecualian atau Neutrally Act dari tahun 1935 hingga tahun 1937. Akta Pegecualian yang pertama pada tahun 1935 memberi jaminan bahawa Amerika Syarikat tidak akan membekalkan senjata kepada mana-mana negara yang berperang. Walau bagaimanapun, barangan seperti minyak, besi keluli dan tembaga tidak termasuk dalam akta ini. Akta ini dilanjutkan pada Februari 1936 dan terbentuklah Akta Pegecualian Kedua. Akta ini memasuklan dua ciri baru iaitu melarang sebarang pinjaman termasuk senjata kepada negara berperang dan Amerika tidak akan memberi pinjaman kepada negara berperang. Hanya peralatan bukan perang sahaja boleh dijual kepada negara-negara yang berperang dengan syarat perlu dibayar terlebih dahulu. Pada tahun 1937, Akta Pengecualian Ketiga diluluskan oleh Kongres. Pada masa itu, berlaku Perang Saudara Sepanyol. Akta ketiga ini melarang sebarang penghantaran senjata ke Sepanyol. Akta ini juga melarang rakyat Amerika menaiki kapal negara-negara yang berperang. Sesungguhnya, pengenalan akta ini menunjukan pemikiran terpencil Amerika ketika itu. Tindakan ini juga diambil berikutan dengan peristiwa pengeboman kapal Lusitania semasa Perang Dunia Pertama dahulu. Kapal Lusitania adalah milik British. Semasa kapal ini dibom oleh Jerman pada 7 Mei 1915, seramai 1198 orang penumpang telah terbunuh. Daripada jumlah itu dianggarkan 100 orang penumpang adalah rakyat Amerika.

4.2 Kemelesetan Ekonomi Amerika SyarikatAmerika mengamalkan ekonomi pasaran bebas atau laissez faire. Sejak berakhirnya Perang Saudara Amerika mengalami kitaran perniagaan menaik dan menurun yang ketara. Sebelum itu, Amerika pernah mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1819, 1837, 1857, 1873, 1893, 1907 dan 1920 sehingga 1921. Kemelesetan ekonomi pada tahun 1929 hingga tahun 1941 adalah yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah Amerika. Era ini juga mempamerkan pasaran ekonomi bebas yang tidak terkawal dan membawa kepada beberapa implikasi sosial dan ekonomi. Terdapat empat faktor yang membawa kepada kemelesetan tersebut. Empat faktor ini saling melengkapi antara satu sama lain iaitu kejatuhan ekonomi pada tahun 1920-an, kejatuhan pasaran saham, musnahnya perdagangan antarabangsa dan tindakan Rizab Persekutuan.

Faktor pangagihan kekayaan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kemelesetan ekonomi Amerika. Golongan kaya terus menjadi kaya dan golongan miskin terus menjadi miskin. Jurang perbezaan yang luas meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi Amerika disebabkan jumlah penawaran melebihi permintaan. Campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi tidak digalakkan. Banyak undang-undang yang diluluskan mengguntungkan ahli perniagaan Kemelesetan ekonomi diikuti dengan peningkatan kadar pengangguran disebabkan penggunaan mesin di kilang-kilang. Dianggarkan dua hingga empat juta orang dibuang kerja.

Perdagangan antarabangsa antara Amerika Syarikat dengan negara Eropah musnah selepas Perang Dunia Pertama. Pengenalan tarif Hawley-Smooth memburukkan hasil pertanian Amerika. Tarif yang tinggi menyebabkan 25 negara tidak mampu mengimport barangan Amerika. Hal ini kerana negara-negara tersebut mengalami kekurangan pertukaran asing disebabkan terpaksa membayar hutang peperangan serta ganti rugi perang. Penggunaan mesin dalam industri menyebabkan lebihan pengeluaran. Misalnya, pengeluaran kain bulu dan kain kapas pada tahun 1923 iaitu sebanyak 3.9 bilion Dolar menurun kepada 3.6 bilion pada tahun 1929. Pada masa yang sama, Amerika juga menghadapi saingan daripada industri tekstil di Jepun, India, Amerika Selatan dan China.

Faktor ketiga ialah kejatuhan pasaran saham. Kejatuhan pasaran saham memburukkan lagi ekonomi Amerika yang sememangnya tidak stabil. Pada 26 September 1929, Bank of England telah meningkatkan kadar faedah kepada 65 peratus bagi menghalang pengeluaran emas dan melindungi mata wang pound sterling dalam pertukaran antarabangsa. Hal ini membawa kepada penarikan keluar beberapa ratus juta Dolar dari New York ke London. Keadaan ini menyebabkan harga pasaran jatuh pada 30 September 1929. Pada 24 Oktober 1929, pasaran sahan jatuh dengan teruk. Faktor terakhir ialah tindakan Sistem Rizab Persekutuan Amerika. Sistem Rizab Persekutuan ini dikatakan yang gagal memainkan peranannya berhubung dengan polisi kewangan. Pada tahun 1920-an, setiap hari hampir empat atau lima bank baru dibuka. Tidak terdapat kawalan cekap di peringkat persekutuan berhubung dengan modal permulaan dan berapa banyak rizab simpanan bank yang dapat dipinjamkan. Antara tahun 1923 hingga tahun 1929, hampir dua bank ditutup setiap hari. Masalah perbankan ini tidak ditangani oleh Sistem Rizab Persekutuan. Sekiranya badan ini menyediakan pinjaman kepada bank-bank tersebut, sudah tentu bank ini tidak jatuh bankrap dan deflasi tidak perpanjangan.

5 Sebab-sebab Kesatuan Soviet mampu menyaingi Amerika Syarikat.Sebelum Perang Dunia Kedua, negara Soviet mampu memyaingi Amerika Syarikat. Hal ini disebabkan dasar dalaman seperti seperti rancangan lima tahun yang diperkenalkan oleh Stalin serta hubungan diplomatiknya dengan negara Barat yang lain. Perbandingan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet dilihat dari aspek politik dan ekonomi.

5.1 PolitikDasar pemencilan atau Isolationism menyebabkan Amerika Syarikat tidak campur tangan terhadap peperangan yang berlaku di Eropah. Dasar pemencilan menyebabkan Amerika menjadi mangsa serangan pengganas. Contohnya peristiwa Lusitania. Jerman melihat ketiadaan hubungan luar Amerika dengan kuasa eropah menyebabkan mereka berani menyerang Amerika. Tanpa perjanjian, Amerika tidak mendapat perlindungan daripada mana-mana kuasa Eropah. Selepas Rusia diserang, Jerman mula mengalih perhatiannya kepada Britain dan Amerika. Britain merupakan satu-satunya negara yang menentang Jerman dan Itali. Hal ini kerana Amerika masih lagi tegas dengan dasar pemencilannya. Walaupun Britain telah meminta bantuan Amerika untuk menentang kuasa fasis, tetapi Amerika tetap menolak. Sekutunya, iaitu Perancis telah jatuh ke tangan Jerman pada tahun 1940. Oleh itu, Britain terpaksa berhadapan dengan kuasa fasis tanpa bantuan kuasa lain.Berbanding Kesatuan Soviet, dasar Stalin yang menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara lain yang dirasakan akan mengancamnya telah menyelamatkan Soviet daripada diserang. Misalnya, Soviet menjalin hubungan diplomasi dengan Jerman pada tahun 1939, Czechoslovakia dan Perancis pada tahun 1935, China pada tahun 1932 dan juga beberapa negara lain. Qasim Ahmad menyamakan Stalin dengan Bismarck iaitu kerana dalam menjalinkan hubungan antarabangsanya, Bismarck tidak mahu Prusia berperang dengan negara lain. Begitu juga dengan Stalin, ingin mengelakkan Soviet berperang dengan Jerman atau kuasa Barat yang lain. Jika terpaksa berperang, Stalin tidak mehu berperang dengan dua musuh sekali gus. Seperti Bismarck, Stalin juga menjadikan musuhnya sebagai kawan atau sebaliknya untuk menyelamatkan negara sendiri.

5.2 EkonomiAmerika Syarikat mengamalkan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas atau laissez faire iaitu sistem ekonomi tanpa campur tangan kejajaan. Rusia pula mengamalkan sistem ekonomi sosialis iaitu sistem ekonomi yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan. Ketiadaan campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi Amerika Syarikat menyebabkan kegiatan ekonomi dalam negara tidak dapat dikawal. Oleh itu sering berlaku ketidakstabilan dalam ekonomi Amerika. Keadaan ekonomi Amerika diburukkan lagi dengan hutang dalam negara. Amerika telah memberikan pinjaman $4.2 bilion Dolar kepada Britain, $3.4 bilion Dolar kepada Perancis dan $16 bilion Dolar kepada Itali.

Ekonomi Soviet yang dikawal oleh kerajaan menyebabkan Soviet mengalami kepesatan ekonomi. Hal ini ekoran daripada pengenalkan Rancangan Lima Tahun yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru Lenin. Stalin mengutamakan hasil keluaran yang penting untuk negara seperti pertanian dan perindustrian. Barangan pengguna seperti pakaian kurang dihasilkan. Walaupun Stalin menggunakan kekerasan dan paksaan terhadap rakyat dalam melaksanakan dasarnya ekonomi, tetapi beliau berjaya mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negaranya6 Kesimpulan Dasar luar Stalin merupakan faktor yang menyebabkan Kesatuan Soviet dikatakan mampu menyaingi Amerika Syarikat dan seterusnya mendorong kemuncuan Soviet sebagai salah satu kuasa besar dunia. Walau bagaimanapun, faktor dalaman seperti kemajuan ekonomi Soviet juga penting kerana kepesatan ekonominya membolehkan Stalin memberi tumpuan kepada dasar luarnya. Secara keseluruhannya, dasar luar Stalin ini lebih kepada menjalinkan hubungan diplomasi dengan negara-negara lain disamping menyebarkan ideologi komunis. Tujuan utama Stalin menjalin hubungan diplomasi adalah sebagai langkah menyelamatkan Kesatuan Soviet daripada terlibat dalam peperangan. Sekiranya berlaku peperangan, Soviet sudah mempunyai sekutunya untuk menentang musuh. Walaupun bukan semua dasar luar Stalin berjaya, namun kita lihat bahawa tujuan Stalin menjalin hubungan diplomatik ini hanya untuk keselamatan dan kepentingan negaranya.7 Lampiran

Gambar 7.1Gambar 7.2(Sumber: Oleg A. Rzheshevsky, War and Diplomacy: The Making of the Grard Alliance, Netherland: Hardwood Academic Publishers, 1996)Gambar 7.3(Sumber: Oleg A. Rzheshevsky, War and Diplomacy: The Making of the Grard Alliance, Netherland: Hardwood Academic Publishers, 1996)

Gambar 7.4( Sumber: R.R Palmer et al, History of the Modern World Since 1815, The McGraw-Hill Companies, 2002) Gambar 7.5( Sumber: R.R Palmer et al, History of the Modern World Since 1815, The McGraw-Hill Companies, 2002) 8 Bibliografi a) Buku

Donaldson, Gary. A. 2003. American Foreign Policy the twentieth century in documents. United Srates: Pearson Education.

Donaldson, Robert H. dan Nogee, Joseph L. 2002. The Foreign Policy of Russia: Changing System,

Enduring Interests 2nd edition. New York: M.E Sharpe.

Dziewanowski, M. K. 1997. A History of Soviet Rusia And Its Aftermath 5th edition. New

Jersey: Prentice Hall.

Higley, Ronald. 1970. Russian Revolution. London: The Bodley Head. Findley, Carter Vaughan dan Rothney, John Alexander Murray.1998. Twentieth Century

World 4th edition. New York: Houghton Mifflin Company.

Kennedy, Paul. 1994. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar (terjemahan). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.Palmer, R.R. Colton, Joel dan Karmer, Lloyd. 2002. A History Of The Modern World since

1815. The McGraw-Hill Companies.

Qasim Ahmad. 1997. Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rao, B.V. 1991. World History. New Delhi: Sterling Publishers.Rzheshevsky, Oleg A. 1996. War and Diplomacy: The Making of Grand Alliance (From Stalins Achives). The Netherlands: Harwood Academic Publishers.

Shakila Yacob. 2005. Amerika Syarikat Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: DBP.

Stormberg, Ronald N. 1997. Europe In The Twentieth Century 4th edition. New Jersey:

Prentice-Hall.

Treadgold, Donald. W. 1986. Rusia abad ke-20 (terjemah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.Trofimenko, Henry. 1999. Russian National Interest and The Current Crisis In Russia.

USA: A Shgate Publishing Limited.

Young, John W. 1999. Amerika, Russia and the Cold War 1941-1998 2nd edition. London & New

York.b) EnsiklopediaEnsiklopedia Dunia: jilid 20, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

c) Laman Web

Franklin D. Roosevelt Foreign Policy dalam http://www.presidentprofiles.com/Grant-

Eisenhower/Franklin-D-Roosevelt-Foreign-policy.html. 17 Ogos 2009. Pan Americanism dalam http://www.americanforeignrelations.com/O-W/Pan-Americanism-

Pan-americanism-1900-1945.html.17 Ogos 2009. 9-10 am.Peta Kesatuan Republik Sosislis Soviet dalam http://flagspot.net/flags/su(.html. 17 Ogos 2009Soviet Union Foreign Policy dalam http://www.country-data.com/cgi-bin/query/r-12453.html. 17

Ogos 2009. Petunjuk

AzSSR Azerbaijan

BSSR Belarus

ENSV Estonia

SSSR - Georgia

HSSH - Karelia

K-FSSR - Kyrgyzstan

KSSR - Kazakhstan

LPSR Latvia

LTSR - Lithuania

RSFSR - Russia

RSSM Moldavia

RSST - Tajikistan

TSSR - Turkmenistan

USSR - Ukraine

zSSR - Uzbekistan

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm

131.

Ibid., hlm 200.

Robert H Donaldson & Joseph L Nogee, The Foreign Policy of Russia: Changing System, Enduring Interests 2nd edition.

New York: M.E Sharpe, 2002, hlm 58.

Donald W Treadgold, Rusia Abad Kedua Puluh (terjemah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 409-413.

Donald W Treadgold, Rusia Abad Kedua Puluh (terjemah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 416.

M. K Dziewanowski, A History of Soviet Russia and its Aftermath 5th edition, New Jersey: Prientice Hall, 1997, hlm 212-

213.

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm

200.

Donald W Treadgold, op, cit., hlm 428.

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm

200.

Donald W Treadgold, Rusia Abad Kedua Puluh (terjemah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 430-433.

Ibid., hlm 433-434.

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,

hlm 201.

John W. Young, Amerika, Russia and the Cold War 1941-1998 2nd edition, London & New York, 1999, hlm 91.

R.R Palmer et al, A History Of The Modern World since 1815. The McGraw-Hill Companies, 2002, hlm 728.

Ibid., hlm 729.

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 183.

R. R Palmer et al, A History Of The Modern World since 1815, The McGraw-Hill Companies, 2002, hlm 730-732.

M. K Dziewanowski, Russia in the 20th Century (6th edition), New Jersey: Prentice Hall, 2003, hlm 181.

R. R Palmer et al, A History of the Modern World since 1815. The McGraw-Hill Companies, 2002, hlm 732-733.

Ibid., hlm 732.

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 189.

R. R Palmer et al, op, cit., hlm 732.

Shakila Yacob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa, KL: DBP, 2005, hlm 273-274.

Ibid., hlm 274.

Gary A. Donaldson, American Foreign Policy: the 20th century in documents, US: Pearson Education, 2003, hlm 35.

Shakila Yacob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm

224.

Ibid., hlm 228.

Ibid., hlm 240.

Ibid., hlm 230.

Ibid., hlm 232.

Shakila Yacob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm

235-236.

Ibid., hlm 238.

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997,

hlm 201.

Shakila Yacob, Amerika Syarikat: Pembentukan Negara Bangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm

226.

24