kadir assigment 1

8
1.0 PENGENALAN Dalam menuju pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, sektor ekonomi dan kecanggihan teknologi dikatakan menjadi tonggak utama namun tidak kurang sektor tenaga manusia. Tenaga manusia sebenarnya merupakan penggerak yang penting agar sumber ekonomi dan teknologi dapat diadun dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di Malaysia kakitangan sektor awam menjadi tonggak utama di sebalik nama kerajaan Malaysia. Kakitangan awam yang bekerja di setiap pelusuk bangunan dalam pelbagai bidang sentiasa menjadi harapan semua lapisan masyarakat dalam menjamin pembangunan, kemajuan dan keselamatan serta keamanan negara ini. Namun begitu para kakitangan sekor swasta juga memainkan peranan yang tersendiri dalam usaha mencorak Malaysia menjadi sebuah negara membangun dengan gayanya yang tersendiri. Justeru itu setiap kakitangan awam perlu memberi serta menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh beretika. Dalam memastikan setiap kakitangan awam menjalankan amanah mereka dengan penuh beretika kerajaan Malaysiasentiasa bertindak prihatin iaitu dengan menguatkuasakan pelbagai program serta dasar yang berkaitan. Salah satunya ialah dengan memperkenalkan Program Gerakan Budaya Kerja Cemerlang. 2.0 ETIKA KERJA DALAM SEKTOR AWAM Etika kerja didefinisikan sebagai prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi bagi mengawal tingkahlaku pekerja atau ahli organisasinya. Dalam konteks ini ia adalah

Upload: gogase-gandy

Post on 18-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kadir ass 1

TRANSCRIPT

Page 1: Kadir Assigment 1

1.0 PENGENALAN

Dalam menuju pembangunan dan kemajuan sesebuah negara, sektor ekonomi dan kecanggihan

teknologi dikatakan menjadi tonggak utama namun tidak kurang sektor tenaga manusia. Tenaga

manusia sebenarnya merupakan penggerak yang penting agar sumber ekonomi dan teknologi

dapat diadun dengan cara yang terbaik dan berkesan. Di Malaysia kakitangan sektor awam

menjadi tonggak utama di sebalik nama kerajaan Malaysia. Kakitangan awam yang bekerja di

setiap pelusuk bangunan dalam pelbagai bidang sentiasa menjadi harapan semua lapisan

masyarakat dalam menjamin pembangunan, kemajuan dan keselamatan serta keamanan negara

ini. Namun begitu para kakitangan sekor swasta juga memainkan peranan yang tersendiri dalam

usaha  mencorak Malaysia menjadi sebuah negara membangun dengan gayanya yang tersendiri.

Justeru itu setiap kakitangan awam perlu memberi serta menjalankan tanggungjawab mereka

dengan penuh beretika. Dalam  memastikan setiap kakitangan awam menjalankan amanah

mereka dengan penuh beretika kerajaan Malaysiasentiasa bertindak prihatin iaitu dengan

menguatkuasakan pelbagai program serta dasar yang berkaitan. Salah satunya ialah dengan

memperkenalkan Program Gerakan Budaya Kerja Cemerlang.

2.0 ETIKA KERJA DALAM SEKTOR AWAM

Etika kerja didefinisikan sebagai prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi

bagi mengawal tingkahlaku pekerja atau ahli organisasinya. Dalam konteks ini ia adalah

bertujuan untuk mengawal tingkahlaku kakitangan sektor awam. Etika merupakan satu bentuk

kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai sesebuah

organisasi. Melalui prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam etika kerja, seseorang akan dapat

mengetahui perbuatan-perbuatan yang dilarang dan perbuatan-perbuatan yang digalakkan oleh

organisasi. Umunya etika kerja dibentuk berdasarkan nilai-nilai universal yang kemudiannya

disesuaikan dengan lunas undang-undang negara, sistem nilai masyarakat setempat dan

peraturan-peraturan tertentu yang ditetapkan oleh organisasi. Bagi perkhidmatan sektor awam

etika kerja merupakan unsur terpenting untuk dititikberatkan kerana setiap kakitangan kerajaan

perlu memiliki tingkahlaku yang sempurna dalam pandangan orang ramai.

Page 2: Kadir Assigment 1

3.0 CIRI CIRI DAN JENIS JENIS PENYELIDIKAN

Sesuatu kerja yang dianggap penyelidikan perlu ada unsur menyelesaikan masalah, samada

masalah itu kecil atau besar atau penting atau kurang penting. Dengan menyelesaikan masalah

ini, anda telah membuat sumbangan kepada  ilmu. Kadangkala masalah mungkin penting pada

sesuatu masa tetapi remeh pada masa yang lain. Di dalam sesuatu tesis, anda akan berjumpa

bahagian penyata masalah atau ‘Statement of Problem’. Bagi tesis yang tiada penyata masalah,

perkara yang ingin diselesaikan mungkin dimasukkan ke dalam objektif.  Tidak semua universiti

mempunyai projek penyelidikan  dalam kurikulumnya. Mungkin pelajar mereka diberi projek

projek kecil dalam banyak mata pelajaran dan tanpa Projek Sarjana Muda (PSM) mereka masih

lagi boleh menggalakkan pemikiran kreatif dan memupuk kebolehan ‘problem solving’.  Bab ini

memberi pengenalan kepada perkara perkara yang  berkaitan.

 

3.1 PENYELIDIKAN :   TUJUAN DAN TAHAP

Sesuatu penyelidikan yang membelanjakan beratus ratus ribu ringgit akan mempunyai tujuan dan

tahap yang berbeza daripada kajian yang mempunyai had perbelanjaan  beberapa ratus

ringgit.  Projek bertahap kebangsaan atau antarabangsa akan bertujuan menghasilkan sesuatu

yang penting, seperti penemuan vaksin untuk menyembuhkan sesuatu penyakit atau

teori  sepenting pemecahan atom dan lain lain. Pada tahap rendah seperti projek sarjana muda,

tujuan dasar adalah memberi latihan kepada pelajar untuk berusaha secara berdikari, kreatif  dan

meningkatkan kebolehan analitik. Oleh itu, jika hasilkan yang diperolehi tidak membawa nilai

komersial atau penemuan penting, ianya masih berjaya jika  bahagian bahagian penyelidikan

wujud dalam kajian tersebut.

Penyelidikan juga boleh dibagikan kepada gunaan dan teori atau dipanggil juga dasar.  Dalam

sesuatu organisasi,  misinya akan menentukan pecahan peruntukan kepada gunaan dan teori.

Ramai  penyelidik merasakan kajian dasar adalah penting kerana tanpanya  kajian gunaan tidak

boleh bergerak. Namun ada yang merasakan, jika konsep sudah ada maka penggunaannya

mestilah dilakukan dan tidak penting mengulang sesuatu yang sudah dikaji.  Sekiranya dikaji

perkembangan sains dan teknologi, kedua duanya gunaan dan dasar perlu bergerak sama kerana

Page 3: Kadir Assigment 1

peralatan yang canggih boleh menghasilkan pengukuran yang berbeza dari yang didapatkan 30

tahun lalu. Dengan itu, teori dan konsep mungkin perlu ditukar. Kajian gunaan dalam

kejuruteraan adalah lebih ditekankan kerana latihan yang diberi kepada pelajar lebih

mementingkan penggunaan. Jika pelajar atau penyelidik mengkaji sesuatu yang asas pun,

penggunaanya hendaklah dapat ditentukan dari awal.  Umpamanya, jika pelajar mengkaji

pergerakan elektron dari satu logam ke arah logam lain, hasil kajian ini perlu diketahui

kegunaannya dan tidak ditinggalkan setakat mengumpul data. 

4.0 PENERBITAN

Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan ini disediakan dengan tujuan untuk membantu

Jawatankuasa Penerbitan menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cekap

dalam usaha membangun dan memajukan bidang penerbitan akademik.  Di samping itu, garis

panduan ini diharapkan dapat memberi maklumat yang lebih jelas kepada pihak yang berminat untuk

menerbitkan hasil karya mereka.

4.1 OBJEKTIF DASAR PENERBITAN

Antara objektif Garis Panduan, Dasar dan Peraturan Penerbitan adalah seperti berikut: 

Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan ilmiah dalam bahasa Melayu, B.

Inggeris dan B. Arab dari segi kualiti dan kuantiti.

Untuk meningkatkan penerbitan buku dan bahan terbitan  ilmiah dalam bahasa Melayu,

bahasa Inggeris dan bahasa Arab dari segi kualiti dan kuantiti.

Memartabatkan kecemerlangan  ilmu dalam bentuk penerbitan buku-buku ilmiah.

Menjadikan Penerbit mereka sebagai Penerbit yang cemerlang dan disegani dalam penerbitan

buku-buku ilmiah.

Menawarkan khidmat profesional penerbitan seperti penyuntingan, grafik, atur huruf dan

juga mengurus penerbitan untuk warga Universiti.

Beroperasi sebagai sebuah pusat  tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada

penjualan buku dan produk lain.

Meningkatkan penerbitan buku secara web-based (e-pub).

Meningkatkan promosi buku-buku terbitan di dalam dan luar negara.

Page 4: Kadir Assigment 1

Meningkatkan jalinan kerjasama dengan penerbit-penerbit luar di dalam dan luar negara, dalam

bentuk penjualan hak cipta atau kerjasama penerbitan dalam penerbitan buku sama ada fizikal

atau e-pub.

Meningkatkan pengurusan pemasaran yang efektif dan efisien termasuk pembelian buku secara

atas talian (online bookstore).

Beroperasi sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang turut menjana pendapatan daripada

penjualan buku dan perkhidmatan lain.

5.0 PERUNDINGAN

Banyak aspek yang harus dipersiapkan terutama tim perunding dari serikat pekerja/serikat buruh

apakah mereka memiliki pengetahuan dan ketrampilan yang baik. Mereka hendaknya

mempersiapkan diri dengan beberapa pengetahuan yang menyangkut: teori dasar ekonomi dan

iklim politik, perundang-undangan dan aturan yang berlaku, kondisi perusahaan (profit and loss),

hubungan antara serikat pekerja/serikat buruh, dan sebagainya. Ada enam langkah yang bisa

diambil, yaitu: 1. Tahap Persiapan. Persiapan adalah dasar dari suatu negosiasi yang efektif, dan

tentunya untuk pencapaian sukses negosiasi. Persiapan mungkin akan memerlukan waktu

beberapa hari atau minggu tergantung dari kondisi tuntutan yang akan diajukan; “Mengetahui

Apa”. Maksudnya adalah mengetahui apa yang dipikirkan/diinginkan oleh pekerja/buruh

anggota kita7 . Hal ini menjadi suatu persoalan yang paling penting, setiap orang harus terlibat

didalamnya baik anggota ataupun bukan anggota (dibaca: belum menjadi anggota), ini adalah

strategi rekrutmen yang baik dan biarkan serikat pekerja/buruh tetap relevan dalam memenuhi

kebutuhan pekerja; Kumpulkan fakta-fakta, diskusikan persoalan-persoalan dan pikirkan

banyak kemungkinan pilihan yang bisa dicapai; o perkirakan apa yang pengusaha inginkan

dalam negosiasi; o pilih anggota yang sangat memahami lingkungan tempat kerja untuk hadir,

memberikan informasi/masukkan8 ; o jangan mempunyai terlalu banyak anggota dalam tim

negosiasi; o pastikan bahwa tim negosiasi tersebut mewakili dari lingkungan kerja (sebagai

contoh kalau lingkungan tersebut lebih separo pekerja perempuan, sekurangnya tim tersebut

mempunyai separo negosiator perempuan); o siapkan agenda, hal ini adalah penting untuk

mencatat perencanaan tindakan dan selanjutnya untuk mencegah kesalahpahaman dan kesalahan,

jika panduan yang jelas akan apa yang dilakukan tersedia, banyak waktu dan usaha akan

Page 5: Kadir Assigment 1

dihemat. Agenda bisa formal atau informal. Jika pokok persoalan, jangkauan dan tujuan telah

ditetapkan

6.0 PENGKOMERSIALAN

Dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) Kerajaan telah menetapkan untuk

mengukuhkan Sistem Inovasi Nasional dan mempergiatkan usaha-usaha pengkomersilan hasil

projek R&D yang dibiayai oleh sektor awam. Selaras dengan hasrat ini, Bahagian I&P telah

ditubuhkan pada Disember 2007 bagi membantu Kerajaan di dalam mencapai matlamat tersebut

melalui program-program inovasi dan pengkomersilan MOSTI. Penubuhan Bahagian ini

merupakan penggabungan dari Bahagian Strategik dan Pengkomersilan (S&P) dengan Sub-Unit

Inovasi yang sebelum ini diletakkan di bawah Unit Pengurusan Teknologi (UPT).

 

6.1 Objektif

Menyokong usaha-usaha ke arah peningkatan keupayaan inovasi negara.

Meningkatkan kadar pengkomersilan aktiviti penyelidikan dan pembangunan sektor awam.

7.0 PENUTUP

Dengan perkenalan kepada apa itu etika kerja dan mengetahui kelebihan, kegunaan dan

kepentingannya tidak dapat disangkal lagi bahawa etika perlu dititikberatkan dalam kalangan

kakitangan sektor awam demi mewujudkan sebuah jentera perkhidmatan yang bermutu dan

disenangi serta memuaskan hati semua pihak. Segala aktiviti yang disusun dalam program

gerakan budaya kerja cemerlang adalah amat berpatutan dan bersesuian dengan keadaan masa

kini bagi meningkatkan mutu kualiti pekerja sektor awam khususnya. Sejak perlaksanaannya

dalam tahun 1989, perkhidmatan sektor awam dari hari ke hari berusaha keras membuat

perubahan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki, dan semuanya agar rakyat merasai

perkhidmatan yang memuaskan. Nilai-nilai murni yang terkandung dalam etika dan juga di

dalam program gerakan budaya kerja cemerlang untuk diterapkan sendiri mencerminkan nilai-

nilai sejagat. Bukan sahaja untuk kegunaan semasa memberikan perkhidmatan, malah secara

tidak langsung dapat mendorong para kakitangan sektor awam menghindarkan diri dari segala

perlakuan negatif seperti rasuah, menipu, pecah amanah dan sebagainya dalam kalangan

Page 6: Kadir Assigment 1

masyarakat. Sesugguhnya prinsip-prinsip atau nilai-nilai murni yang dihayati secara berterusan

akan menyerlahkan akhlak mulia pengamalnya.