assigment juu101 thn 1

14
Sidang Akademik 2005/2006 RPJJ USM JUU101 JUU 101/2 TEKNIK BERFIKIR TUGASAN : Dalam usaha membentuk masa!akat "alas#a m$%en %an be!tama%%un& ke!a'aan telah melan(a!kan )elba*a# kem)en+ Anta!ana& #alah : a+ Kem)en Kebe!s#han b+ Kem)en Be!bu%# Bahasa (+ Kem)en ,$!mat#lah J#!an K#ta %+ Kem)en Saan*#lah Sun*a# K#ta e+ Kem)en Keselamatan Jalan Raa -#l#h salah SATU %a!#)a%a kem)en %# atas& kemu%#an %en*an men**unakan pemikiran analitikal & b#n(an*kan kebe!kesanan kem)en te!sebut+ Be!%asa!kan pemikiran kreatif kemukakan (a%an*an. (a%an*an an* leb#h be!s# at #n$ at# ba*# mem)e!kasakan kem)en #n#+ Ta'uk an* %#)#l#h #alah : %+ Kem)en Saan*#lah Sun*a# K#ta 1+0 -ENDA,U UAN 1

Upload: kalobenor-nantidemertau

Post on 04-Oct-2015

250 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teknik Berfikir

TRANSCRIPT

PUSAT PENGAJIAN JARAK JAUH

JUU 101/2TEKNIK BERFIKIR

TUGASAN :Dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia moden dan bertamaddun, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen. Antaranya, ialah :

a. Kempen Kebersihan

b. Kempen Berbudi Bahasa

c. Kempen Hormatilah Jiran Kita

d. Kempen Sayangilah Sungai Kita

e. Kempen Keselamatan Jalan Raya

Pilih salah SATU daripada kempen di atas, kemudian dengan menggunakan pemikiran analitikal, bincangkan keberkesanan kempen tersebut. Berdasarkan pemikiran kreatif kemukakan cadangan-cadangan yang lebih bersifat inovatif bagi memperkasakan kempen ini.

Tajuk yang dipilih ialah : d. Kempen Sayangilah Sungai Kita1.0 PENDAHULUANSungai adalah sumber alam semulajadi yang tidak ternilai kurniaan Yang Maha Esa untuk hamba dan makhlukNya. Sungai seperti yang umum ketahui telah dieksploitasi secara berlebihan oleh makhluk yang bernama manusia. Bukan sahaja dieksploitasi bahkan telah dinodai dengan pencemaran hasil tindakan rakus dan tidak kebertamadunan manusia sendiri walaupun hidup dalam abad yang serba canggih dan moden ini. Seringkali apabila kita memejamkan mata membayangkan nyaman, tenang, segar, dan sejuk maka akan timbullah di benak fikiran kita untuk memaparkan visual sungai. Namun apakah tanggapan bayangan oleh fikiran kita ini akan berubah sedikit masa lagi? Tepuk dada tanya selera.2.0 OBJEKTIF

Untuk memelihara dan melindungi sungai dan persekitarannya daripada terus merosot, adalah menjadi satu keperluan untuk menimbulkan kesedaran dalam masyarakat mengenai kepentingan sungai dan peranan yang dimainkannya. Bagi mencapai tujuan ini Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ), Kementerian Pertanian Malaysia telah melancarkan di peringkat nasional Kempen Cintailah Sungai Kita pada awal Februari 1993 oleh Menteri Pertanian Malaysia dengan objektif awal untuk;

2.1 Memperkenalkan kepada orang awam langkah dan amalan yang boleh menyumbangkan ke arah pengekalan dan keindahan semulajadi sungai.

2.2 Mewujudkan kesedaran tentang pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu bagi menimbulkan keinginan untuk sama-sama memelihara dan mencintai sungai.

2.3 Mempertingkatkan pengetahuan dan teknik pengurusan sungai dan kawasan tadahan di kalangan agensi yang terlibat bagi menjamin pembangunan harmonis yang berkekalan.

3.0 SKOP PERBINCANGAN

Skop perbincangan adalah tertumpu kepada keberkesanan kempen Sayangilah Sungai Kita berlandaskan pemikiran analitikal dan mengemukakan cadangan-cadangan yang didasarkan atas pemikiran yang kreatif. Sehubungan dengan itu kita perlu memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran analitikal dan pemikiran kreatif ini.

3.1Pemikiran AnalitikalGaya berfikir secara analitikal adalah berdasarkan kepada pemikiran logikal kerana is didasarkan kepada maklumat dan fakta. Secara analitikal, kita akan menjalankan proses memecahkan sesuatu isu kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya kita dapat melihat setiap satunya dari perspektif yang mendalam. Menurut Munir Shuib dan Mohd. Zainul Fithri Othman (2005) Gaya berfikir secara analitikal adalah suatu pendekatan berfikir dengan cara terperinci dan mendalam untuk menyelesaikan masalah. 3.2Pemikiran Kreatif

Pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan untuk melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Apabila kita menggunakan gaya ini, kita berupaya untuk menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu. Apabila berfikir dengan menggunakan idea kreatif, matlamat berfikir adalah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, reka cipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan serta hasil perundingan.4.0PELAKSANAAN KEMPEN SAYANGILAH SUNGAI KITA4.1Kempen Fasa I

Lima aktiviti-aktiviti utama (dikenali sebagai Fasa I) yang masih diteruskan sejak tahun 1993 ialah;

Sungai Angkat, rujuk peta 4.1

Pemerhatian Sungai Pendidikan dan Ceramah

Ekspedisi Sungai

Pengindahan Sungai

4.2Kempen Fasa II

Pada tahun 1996, bersesuaian dengan tema Pencegahan Asas Pemulihan, Fasa II yang lebih menekankan kepada penguatkuasaan dan langkah yang lebih pro aktif telah diperkenalkan. Beberapa seminar kepada Pegawai yang terlibat dengan pengurusan sungai telah diadakan. Seminar ini bertujuan bagi mendedahkan pegawai-pegawai berkenaan kepada teknik-teknik pengurusan kawasan tadahan sungai yang lebih mapan merangkumi aspek pengurusan, perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah diambil disetiap negeri dan daerah adalah seperti berikut:4.2.1 Penubuhan jentera awal jawatankuasa pengurusan sungai (Task Force).4.2.2 Penyediaan inventori sungai bagi mengenalpasti punca-punca pencemaran yang berlaku di kawasan tadahan sungai.4.2.3 Memperkenalkan undang-undang / akta-akta yang sedia ada bersangkutan air dan sungai kepada pegawai-pegawai pelaksana dan

4.2.4 Rekabentuk sungai yang lebih lembut mengambil kira alam persekitaran dalam perancangan pencegahan banjir yang dijalankan oleh jurutera-jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) mula diperkenalkan melalui buku-buku dan garis panduan seperti berikut:4.2.4.1 Penerbitan Brosur : Penanaman Pokok-Pokok Yang Sesuai Di Tebing Sungai (1997)

Penciptaan Sungai Yang Kaya Dengan Alam Semulajadi (1997) Creation of Nature Rich Rivers (1997)4.2.4.2 Penerbitan buku: Rivers Towards The Making of Rivers Rich In Nature ( 1996) Panduan Rekabentuk Pemandangan dan Lanskap Sungai (1998)Antara negeri-negeri yang telah melaksanakan Fasa II kempen adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Selangor

4.3 Kempen Fasa III

Pada tahun 2000, program kempen perlu lebih agresif bagi mempertingkat komitmen dan kesungguhan jabatan-jabatan teknikal JPS dan juga orang ramai khususnya masyarakat terhadap usaha-usaha penjagaan sungai dan kawasan tadahannya. Oleh itu, penonjolan tokoh penting iaitu Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad telah dibuat dengan mejemput beliau bagi melancarkan kempen pada tahun ini ( gambar 1 dan 2 ) Program kempen kali ini masih meneruskan beberapa akitiviti lama dan ditambah dengan aktiviti baru iaitu Program Pembersihan Sungai, Program Pengindahan Sungai , Program Perawatan Pencemaran, Program Sungai Angkat, Program Pendidikan, di samping menyambung semula aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada Fasa II. Objektif kempen telah diubah seperti berikut iaitu;

Untuk menanam sikap bertanggungjawab, mewarisi, menyayangi dan menghormati kepentingan memelihara dan memulihara sungai-sungai di kalangan setiap lapisan rakyat jelata.

Untuk menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dan proaktif terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan sungai-sungai.

Untuk mendidik segenap lapisan masyarakat mengenai cara-cara bagi memelihara dan memulihara sungai-sungai.

5.0 KEBERKESANAN KEMPEN

5.1Kualiti Air

Bebarapa batang sungai di Malaysia telah menunjukkan peningkatan dari segi Indeks Kualiti Air ( WQI ). Kempen "Cintailah Sungai Kita" 1993 dan kempen-kempen yang berikutnya sedikit sebanyak telah memberi kesan dalam mengurangkan pencemaran lembangan-lembangan sungai di negara ini. Daripaa 25 lembangan sungai yang dianggap tercemar atau "mati" pada 1997, ianya berkurangan kepada 14 pada 2002 dan sembilan pada 2003. Sungai Klang misalnya telah menunjukkan peningkatan Indeks Kualiti Air ( WQI ) walaupun agak perlahan dalam tempoh awal kempen dilancarkan ( 1993-1995 ) . Namun pada tahun 1998 bacaan Indeks Kualiti Air Sungai Klang adalah WQI=49 dan telah mencatatkan kemajuan dengan bacaan WQI=55 pada bulan Jun 1999.

5.2Pengurusan Jabatan Pengairan Dan Saliran

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) sebagai "pengurus" sistem sungai negara ini tidaklah berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan apa yang telah dilakukannya. Pada September 2005 satu lagi kempen Cintailah Sungai Kita" akan dilancarkan. Sejak pelancaran pertama pada 1993, JPS telah dua kali menganjurkan kempen yang sama pada 2000 dan 2002 supaya isu cintailah sungai tetap segar di ingatan umum. Sejak dilancarkan, sejumlah 484 sungai dijadikan sebagai "sungai angkat".

Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah memasang perangkap-perangkap sampah rujuk ( gambar 3 ) di beberapa sungai-sungai utama. Perangkap sampah jenis Ontinuos Defective Seperation ( DCS ) telah dipasang di hulu sungai. Ini bertujuan mengurangkan jumlah sampah yang masuk ke sistem sungai. JPS juga telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) untuk memasang perangkap minyak untuk pusat-pusat penjajanya. Ianya bertujuan untuk mengasingkan air yang berminyak dari sisa makanan.

5.3Kesedaran Orang Ramai

Memang tidak dinafikan lagi bahawa tahap kesedaran orang ramai terhadap kempen ini telah meningkat. Jika dahulu adalah satu pemandangan yang biasa di kampung-kampung tandas dibina ditepi-tepi sungai. Jika 15 tahun yang lepas kita menyusuri di sepanjang tebing sungai Pahang, maka akan terlihatlah oleh kita akan bank-bank pelaburan tanpa faedah ( rujuk gambar 4 ) ini disepanjang perjalanan menyusuri tebing sungai tersebut. Tetapi kini jika kita menyusuri kereta di laluan jalan raya dari Bandar Temerloh ke Kampung Durian Tawar, fenomena 20 tahun lepas itu telah lenyap.

Pada tahun 1998 telah berlaku kemarau yang teruk. Ini telah menjejaskan dan mendatangkan krisis air kepada beberapa buah negeri seperti di Melaka dan Selangor. Krisis air 1998 ini telah mendapat liputan media yang meluas. Kesan daripada krisis tersebut telah meningkatkan lagi kesedaran orang ramai betapa pentingnya menjaga dan memulihara sungai sebagai khazanah alam.

Penyelongkaran dan pendedahan jenayah pencemaran sungai yang dilakukan media turut meningkatkan lagi kesedaran orang ramai. TV3 melalui wartawan sensasinya Karam Singh Walia telah beberapa kali menyelongkar dan mendedahkan individu dan syarikat-syarikat yang telah melakukan pencemaran sungai ini dan memaparkannya ke dalam rancangan berita Buletin Utama. NTV7 juga melalui rancangan Edisi Siasat telah melakukan perkara yang serupa dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak TV3. Kes-kes yang dipaparkan adalah hasil maklumat dari orang ramai.5.4 Peranan Pihak Berkuasa Tempatan

Tidak dapat dinafikan peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam menjayakan kempen ini. Peranan yang dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan ini adalah lebih menumpukan kepada pengindahan tebing-tebing sungai disamping menjaga kebersihan dan juga tujuan rekreasi.

Pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandara Kuching Selatan yang membangunkan tebingan Sungai Sarawak menjadi waterfront tidak dapat disangkal kejayaannya. Kuching Waterfront telah menjadi daya tarikan pelancong kerana keindahan dan keunikanya. Pihak berkuasa tempatan lain yang aktif menjayakan kempen ini adalah seperti Majlis Perbandaran Kuantan yang membangunkan tebingan Sungai Kuantan, dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang membangunkan tebingan Sungai Perak.

Kerajaan negeri juga memainkan peranan dalam memastikan usaha ini tidak menjadi sia-sia. Kerajaan negeri Pahang umpamanya saban tahun menganjurkan ekspedisi berakit dari Kuala Lipis ke Pekan menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi ini bersifat eco-pelancongan dan telah menarik minat ramai pelancong untuk menyertainya.6.0 CADANGAN TAMBAHAN UNTUK MEMPERKASAKAN KEMPEN SAYANGILAH SUNGAI KITA

Dengan menggunakan pendekatan pemikiran kreatif, saya mendapat beberapa idea sebagai cadangan-cadangan tambahan bagi memperkasakan kempen Sayangilah Sungai Kita. Cadangan-cadangan tersebut adalah ;

6.1 Menjadikan Sungai Dan Tebingan Sebagai Kawasan Rekreasi

Pihak berkuasa tempatan mahupun kerajaan negeri perlu bertindak dengan lebih aktif dalam menjadikan sungai dan tebingan sebagai kawsan rekreasi. Tumpuan pelaksanaan peru diperluaskan lagi dengan tidak hanya tertumpu kepada sungai-sungai yang berhampiran dengan bandar-bandar sahaja. Kerajaan negeri juga perlu mempromosikan sebanyak mungkin sungai yang terdapat di dalam negeri masing-masing. Ini memerlukan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Pihak kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan perlu kreatif dalam mencipta pelbagai produk pelancongan berasaskan sungai. Sebagai contoh ekspedisi berakit, cabaran berkayak pertandingan memancing dan sabagainya. Kita boleh mengambil contoh usaha yang telah dilakukan oleh negeri Belanda dalam menjadikan terusan-terusan di negara tersebut sebagai produk pelancongan. Apabila sesebuah kawasan telah diwartakan sebagai kawasan pelancongan secara tidak langsung penduduk setempat akan berusaha untuk menjaga kualiti produk pelancongan kawasan tempat mereka. Para penduduk akan lebih menghargai sungai di kawasan mereka disamping menjaga kebersihan sungai dan persekitaranya. Ini kerana produk pelancongan tersebut / sungai adalah berkaitan dengan maruah mereka. Tambahan pula bila kedapatan pelancong asing, maka para penduduk pastinya lebih gigih menjaga dan memulihara khazanah mereka. Usaha menjaga keindahan dan kebersihan sungai dan tebingannya kini tidak lagi dipikul oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tetapi turut dikongsi bersama penduduk tempatan.6.2 Penggubalan Undang-Undang

Pihak kerajaan perlulah menggubal undang-undang dan akta yang lebih tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai. Denda yang dikenakan perlu lebih tinggi agar ianya menjadi pengajaran kepada orang lain. Mungkin juga hukuman rotan boleh dijatuhkan. Pesalah yang melakukan pencemaran itu juga dipaparkan nama mereka di dada-dada akhbar ataupun televisyen. Ini akan menimbulkan rasa ngeri kepada orang lain. Disamping itu usaha pembersihan dan kos pembersihan sungai yang telah tercemar mesti ditanggung oleh pesalah itu sendiri. Selagi pencemaran tersebut belum diatasi, selagi itulah pesalah tersebut perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku. Sebagai contoh, jika di sepanjang sesebuah sungai itu terdapat perusahaan ternakan ikan dalam sangkar dan apabila pencemaran berlaku lalu ikan-ikan yang diternak itu mati. Pesalah yang telah disabitkan dengan kesalahan mencemar sungai itu perlu membayar pampasan dan ganti rugi kepada penternak-penternak ikan dalam sangkar atas kerugian yang ditanggung.6.3 Sebagai Hukuman Kepada Pesalah-Pesalah Sivil

Pihak kerajaan juga boleh menggantikan hukuman denda dan penjara ke atas kesalah-kesalahan ringan dengan denda melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat seperti pembersihan sungai atau tebingannya. Kita boleh mengambil contoh denda melakukan kerja-kerja khidmat masyarkat yang dilaksanakan di Amerika Syarikat atas kesalahan trafik. Di samping menjalani hukuman secara tidak langsung ianya dapat menyemai dan memupuk sayangkan sungai di kalangan masyarakat.6.4 Meningkatkan Kesedaran Golongan Muda

6.4.1Menjadi Satu Topik Pembelajaran Di Sekolah

Pada suatu masa dahulu di sekolah-sekolah telah diperkenalkan dengan subjek Alam Dan Manusia. Atas berberapa sebab subjek tersebut telah tidak diajar lagi di sekolah rendah. Adalah diharapkan agar pihak Kementerian Pelajaran mewujudkan semula subjek ini dan salah satu topiknya ialah Pemuliharaan Sungai. Pelajar-pelajar di ajar dan diberi kesedaran tentang kepentingan sungai kepada kehidupan kita.6.4.2 Mengadakan Lawatan Ke Sungai-Sungai Dan Tebingan Terpilih

Pihak Kementerian pelajaran dan Kementerian Alam Sekitar perlu menganjurkan lawatan-lawatan ke sungai-sungai dan tebingan terpilih untuk memberikan maklumat yang berkaitan dengan pemuliharaan sungai. Disamping itu lawatan ke loji-loji pembersihan air juga perlu dilakukan bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas kepaa pelajar-pelajar kenapa perlu dan pentingnya untuk kita menjaga dan memulihara sungai.

6.5 Mempertingkatkan Penguatkuasaan

Pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar perlu menambahkan lagi bilangan anggotanya disamping menubuhkan satu unit atau bahagian didalam organisasi jabatan tersebut yang mengkhusus dalam menangani masalah pencemaran sungai. Dengan bertambahnya bilangan anggota, pemantauan terhadap aktiviti mencemarkan sungai dapat dilakukan dengan lebih berkesan lagi. Pengawasan secara berterusan perlu dilakukan kerana pada masa ini pencemaran dari sisa-sisa perindustrian dilepaskan secara berkala. Apabila pemantauan yang kerap dapat dilakukan, maka pelepasan sisa-sisa perindustrian ke sungai melalui longkang-longkang dapat dibendung. 6.6 Mewajibkan Rakyat Menggunakan Perkhidmatan Sistem Pembentungan Nasional ( IWK )

Penyelenggaraan sistem pembentungan secara berjadual akan menghalang bahan cemar mengalir dan mencemari sumber-sumber air kita terutama sungai. Penggunaan tandas primitif seperti jamban lubang, tong, gantung dan jamban melintasi sungai atau longkang ( gambar 4 ) perlu dihapuskan. Melalui teknologi sistem pembentungan yang kini berkembang kepada proses olahan biologi dalam bentuk kolam-kolam pengoksidaan dan penstabilan. Oksigen, alga, bakteria dan mikrob-mikrob ynag terdapat di dalam air kumbahan adalah penting dalam proses olahan air najis untuk memastikan efluen atau air sisa yang dikembalikan ke perairan adalah selamat. Masyarakat masih lagi belum memahami dan menyedari bahawa system pembentungan dan tangki septik adalah serupa seperti manusia yang memerlukan pemeriksaan dan penjagaan rapi untuk kekal dalam keadaan baik. Maka, enap cemar atau pepejal najis yang terkumpul di dalam tangki septik perlu dikosongkan secara berjadual. Pada masa yang sama, loji olahan kumbahan dan rangkaian saliran paip pembentungan awam perlu diselenggarakan dengan efisen demi memastikan efluen atau air sisa yang disalirkan kembali ke perairan adalah sentiasa selamat.7.0RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Setelah kita meneliti dan mengkaji persoalan-persoalan di atas dapatlah disimpulkan bahawa masih jauh lagi perjalan kita dalam menyedarkan masyarakat Malaysia dalam isu pemuliharaan sungai. Seperti yang telah dibincangkan di atas, masyarakat, Jabatan Parit Dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat perlu bekerjasama mengembeleng tenaga dalam isu memulihara sungai. Bersama-sama kita boleh mengekalkan keindahan dan kebersihan sungai kita.Gambar-gambar :Peta 4.1

Sungai-sungai yang terlibat dengan

Program sungai angkat

Gambar 1Gambar 2

Majlis Pelancaran Kempen Cintailah Sungai Kita Peringkat Kebangsan

pada 10 November 2000 yang dirasmikan oleh

YAB DAto Seri Dr. Mahathir bin Mohamad

Perdana Menteri Malaysia

bertempat di Ampangan Jajar, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Bibliografi :

Munir Shuib, Azman Azwan Azmawati dan Azleena Zainal (2005) Menyelesaikan Masalah Secara Sistematik & Efektif. Petaling Jaya. Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.Salmah Zainal Abidin & Tham Weng Leong (1993 ) Ancaman Alam Sekitar AIR. Cheras. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Terry Jennings ( 1982 ) The Young Scientist Investigates WATER. Oxford. Oxford University Press.

http://218.208.23.3/jpsns/http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan/http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.phphttp://www.brunet.bn/news/pelita/21jan/minda.htmhttp://www.hbp.usm.my/PlanningStudio206/GrpThree/DataSekunder/alamsekitar2.htmhttp://www.iwk.com.my/http://www.jpsjohor.gov.my/jps-pontian/sejarah.htmhttp://www.kapitro.sarawak.gov.my/php/main/malay/tourism/news.phphttp://www.malaysia-today.net/blog/2005/04/bersihkan-sg-pinang-dulu-baru.htmhttp://www.water.gov.my/http://www.water.gov.my/http://www.water.gov.my/didnet/core_c.htmlBerikut adalah keratan akhbar daripada pelbagai akhbar yang disiarkan di Malaysia. Petikan ini dikumpulkan berdasarkan kepada maklumat yang bersangkutan dengan pengairan. Dua Pam Sementara Atasi Banjir Kilat ( Harian Metro -01/02/2001 )

JPS Pastikan Pembangunan Hartanah Patuhi Garis Panduan ( Berita Harian - 29/01/2001 )

Ketua Kampung Diminta Tidak Guna Racun Bersih Saliran ( Berita Harian - 29/01/2001 )

Projek Pembangunan di Port Dickson Perlu Jalani Pengukuran Pantai ( Utusan Malaysia - 23/01/2001 )

RM400 Million Request To Clean Up Sungai Juru And Sungai Pinang ( Sun - 18/01/2001 )

MPPJ To Draw Masterplan On Drainage ( Star - 12/01/2001 )

Kempen Sedarkan Rakyat DiLancarkan ( Berita Harian - 05/01/2001 )

Sungai Tercemar Kini Jadi Daya Tarikan ( Berita Harian - 05/01/2001 )

Pulihara Sungai Bukan Mudah ( Harian Metro - 03/01/2001 )

'Stop Dumping Garbage Into Drains And Rivers' ( Malay Mail - 02/01/2001 )

JPS Diminta Baiki Sistem Perparitan ( Utusan Malaysia - 02/01/2001 )

Pembersihan Tanah Punca Kelodak ( Berita Harian - 03/01/2001 )

Sumber Air Negara Mungkin Hadapi Masalah ( Utusan Malaysia - 03/01/2001 )

USM Initiates Eco-Friendly Drainage System ( Sun - 15/12/2000 )

A Test-Bed For New Drainage System ( New Straits Times - 15/12/2000 )

50 Lorries Deployed To Clear River Of Debris ( Sun - 30/11/2000 )

Ubah Sikap Cemari Sungai ( Harian Metro - 28/11/2000 )

Usaha Bersih Sungai Rekah Gagal ( Berita Harian - 27/11/2000 )

Learn To LOVE Our Rivers ( Malay Mail - 24/11/2000 )

Flash Floods The Norm In Puchong ( Malay Mail - 24/11/2000 )

JPS Cadang Wujud Pengurusan Kebersihan Sungai ( Berita Harian - 16/11/2000 )

Kempen Cintai Sungai Masuki Haluan Baru ( Utusan Melayu - 13/11/2000 )

Kaji Semula Undang-Undang Berkaitan Sungai ( Utusan Melayu - 11/11/2000 )

Kerajaan Rancang Jadikan Sungai Tarikan Pelancong ( Utusan Malaysia - 11/11/2000 )

Rivers Are Not Waste Dumps, Says Dr M ( Star - 11/11/2000 )

Love Our Rivers, Says Mahathir ( Sun - 11/11/2000 )

PBT Diminta Kenal Pasti Pencemar Sungai ( Utusan Malaysia - 03/11/2000 )

DID To Target Corporations And Individuals In Love Our Rivers Campaign ( Sun - 01/11/2000 )

Poster Kempen Cintailah Sungai Kita

Gambar 3

Perangkap sampah

Gambar 4

Bank pelaburan tanpa faedah

PAGE

(14(