assigment seni hbef1403

13
PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER / 2011 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Upload: ridzuanahmad

Post on 10-Aug-2015

61 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assigment Seni Hbef1403

PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER / 2011

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

Page 2: Assigment Seni Hbef1403

1. Pendidikan Seni Visual 2. Pengenalan Seni Visual 3. Gambar Seni Visual 4. Peta Minda 5. Pendidikan Seni Muzik 6. Pengenalan Seni Muzik 7. Gambar Seni Muzik 8. Peta Minda 9. Pendidikan Pergerakan 10. Pengenalan Pendidikan Pergerakan 11. Gambar Pergerakan Silat 12. Peta Minda 13. Rujukan

Page 3: Assigment Seni Hbef1403
Page 4: Assigment Seni Hbef1403

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid

kerana subjek ini menekankan aspek penggabungjalinan dengan mata pelajaran yang lain atau sebalikya. Di samping itu ia

merupakan alat bantu mengajar yang mempunyai daya tarikan yang tinggi di kalangan murid sekolah rendah kerana

keharmonian warna dan reka bentuknya yang menarik serta nilai estetikanya. Selain daripada itu, Pendidikan Seni Visual ini

merupakan salah satu medium yang digunakan oleh pelajar untuk meluahkan perasaan, melahirkan kreativiti dan berinovasi.

Salah satu bidang dalam Pendidikan Seni Visual ialah melukis dan membuat gambar. Antara teknik menggambar yang sering

diajar kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah lukisan, catan, kolaj, gurisan, percikan dan lain-lain

lagi. Pendekatan bertema seringkali digunapakai dalam menghasilkan sesuatu karya seni untuk memenuhi keperluan

pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Tema bukan sahaja sebagai subjek atau tajuk tetapi tema meneroka

pengalaman murid dari segi perspektif atau pandangan mereka dalam sesuatu isu. Ia merupakan kandungan maklumat dan

memberi peluang kepada pelajar untuk memindahkan maklumat dalam bentuk ilustrasi bergambar. Sebagai contoh karya seni

catan yang dihasilkan oleh tokoh seni terkenal iaitu Vincent Van Gogh yang bertajuk “ The Potato Eaters” yang dihasilkan

pada bulan April 1885 dengan menggunakan cat minyak dan kanvas.. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani

Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan dan kehidupan sejagat. Asas seni reka yang dihasilkan dalam

lukisan karya Vincent Van Gogh yang menarik perhatian ramai kerana unsur seni yang menekankan kombinasi garisan,

warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya

sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak.

 

Page 5: Assigment Seni Hbef1403
Page 6: Assigment Seni Hbef1403
Page 7: Assigment Seni Hbef1403
Page 8: Assigment Seni Hbef1403

Pada amnya muzik boleh dianggap satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrument dari persekitaran, rekaan dengan cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika. Muzik dalam Bahasa Arab didefinisikan sebagai handasah alsawt bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik. Dalam bahasa Yunani dikenali sebagai Muses yang bermaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Konsep muzik di mana bunyian disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tertentu. Konsep muzik ini merangkumi melodi, harmoni, irama, warna, ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Dalam tarian zapin terdapat elemen-elemen seperti :-

a) MELODIMelodi mengandungi pic iaitu bunyi tinggi atau rendah. Jeda jarak pic antara dua not. Skel ialah susunan lapan not dalam satu tanda nada dimainkan mengikut langkah tertentu.Solfa nyanyian pic mengikut not C. b) HARMONIHarmoni ialah gabungan dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini akan membentuk kod yang digunakan untuk mengiringi melodi. Elemen-elemen dalam harmoni terdiri daripada:- Triad-Arpeggio Pergerakan Kodc) IRAMAIrama ialah gabungan pelbagai jenis not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama yang berbeza. Detik, Meter, Corak Irama, Rentak dan Tempo. d) EKSPRESIEksperi iaitu ciri fizikal yang mempengaruhi sesuatu vokal atau instrumental. Ciri-ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda isyarat.Dinamiks – simbol yang berkaitan dengan bunyi kuat dan lembut.Istilah- seperti tempo, alla marcia, andante, allergo, Coda dan lain-lain lagi.Tanda Isyarat – simbol-simbol yang digunakan dalam notasi muzik dengan maksud khusus.e) BENTUKBentuk ialah karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri. Karya yang mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Penyusunan idea muzik dalam bentuk dua bahagian, tiga bahagian, rondo, strofik dan tradisional.f) WARNA TONWarna Ton ialah bunyi yang mempunyai sifat dan kualiti tersendiri. g) JALINANJalinan muzik merupakan satu ciri cara pemuzik mengadunkan bunyi muzik agar menjadi lebih menarik dan diminati ramai. Jalinan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu monofoni, Homofoni dan Polifoni.

Page 9: Assigment Seni Hbef1403
Page 10: Assigment Seni Hbef1403
Page 11: Assigment Seni Hbef1403

PENGENALAN

Pendidikan pergerakan merupakan salah satu perkara penting yang menyumbang ke arah pembentukan sahsiah dan

sikap murid tentang keperluan sosial, emosi dan estetik murid berlandaskan model holistik perkembangan kanak-kanak. Pada

dasarnya pergerakan ini membantu pelajar meningkatkan kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan

penambahbaikan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang menekankan aspek penerokaan, inkuiri penemuan dan kreativiti. Di

samping itu pendidikan pergerakan ditafsirkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas yang

melibatkan pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, meloncat, melompat dan lain-lain lagi. Dalam pada itu, pergerakan bukan

lokomotor juga memainkan peranan penting seperti membongkok, meregang, memulas, berpusing dan lain-lain lagi. Salah satu tujuan

program pendidikan ini diajar di sekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran yang lebih komplek dengan yakin.

Pendedahan kepada persepsi motor juga penting bagi pembinaan pergerakan berkordinasi. Contohnya silat memerlukan seseorang

pesilat belajar mengimbang badan. Selain itu kesedaran badan yakni keupayaan dan kemampuan melakukan pergerakan berdasarkan

saiz badan juga penting supaya pergerakan kelihatan cantik dan menarik. Dalam pada itu aspek penggunaan ruang juga penting dalam

silat di mana seseorang pesilat itu perlu melakukan pergerakan ke kiri dan ke kanan serta melompat ke atas dan ke bawah. Disamping

itu aspek kordinasi tangan- mata atau mata- kaki penting supaya sesuatu pergerakan secara berkumpulan seragam dan menarik. Pesilat

mementingkan pergerakan individu. Antara senjata yang digunakan seperti keris, rotan dan lembing serta berlatar belakangkan muzik

tradisional.

Page 12: Assigment Seni Hbef1403
Page 13: Assigment Seni Hbef1403

Rahmat Salihon (2003) Pendidikan Seni Visual tingkatan 1, Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan

Raja Baharudin (1999) Kursus Amali Pendidikan Seni PMR, Selangor Darul Ehsan : Pan asia Publication, Bhd.

Kementerian Pendidikan malaysia. (2003) Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah rendah (Semakan). Kuala

Lumpur:PPK

http://www.slideshare.net/syireen/konsep-5p

http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83

http://pendidikanmuzik.blogspot.com/2009/04/asas-muzik.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/4939-bicara-

akademia-penguasaan-3m.html

http://www.slideshare.net/idyana/konsep-pergerakan-asas-muzik-dan-pergerakan-3604457

http://cheguabbas.blogspot.com/2011/01/pergerakan-asas.html

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2010/10/pengetahuan-asas-dalam-pergerakan.html