hbef1403- tugasan seni dalam pendidikan

37
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN) FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012 HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 741117715068002 NO. KAD PENGNEALAN : 741117715068 NO. TELEFON : 0175547718 E-MEL : [email protected]

Upload: eka-rusmawaty-binti-sujak

Post on 12-Dec-2014

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Seni dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2012

HBEF1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI : 741117715068002

NO. KAD PENGNEALAN : 741117715068

NO. TELEFON : 0175547718

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN IPDA

Page 2: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu mata pelajaran wajib di peringkat

sekolah rendah. Mata pelajaran ini disampaikan kepada pelajar dengan tujuan ianya dapat

membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Kurikulum

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,

membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional.

Kurikulum Pendidikan Seni Visual memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat

patriotik bagi menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai

warganegara maju dan masyarakat berilmu. Melalui mata pelajaran ini, para pelajar

diasuh untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertata etika tinggi, bijaksana, serta

dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Apa yang

diharapkan adalah ia dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan tabah mengatasi

segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Jika dahulu ia dikenali dengan nama Pendidikan Seni, namun kini ia digantikan

dengan Pendidikan Seni Visual kerana ia dirasakan lebih sesuai. Dalam hubungan seni di

sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan

tidak merujuk kepada seni yang lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari atau seni

mempertahankan diri. Ianya bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk

minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-

nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat kreatif,

ekspresif dan aktif pelajar sekolah rendah melalui persepsi visual, imaginasi dan daya

pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni

visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini

penting kerana ia membantu pelajar membina keyakinan diri, membuat penilaian dan

mengenali cita rasanya sendiri.

Bilik darjah merupakan tempat berlansungnya proses pengajaran dan

pembelajaran serta tempat yang terpenting yang perlu ada pada sesebuah sekolah kerana

1

Page 3: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 tanpa bilik darjah tidaklah bangunan itu bergelar sekolah. Ia juga merupakan medan

perjuangan utama bagi kerjaya seseorang guru. Umumnya, bilik darjah adalah bilik- bilik

di sekolah di mana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar

sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih meluas, bilik

darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,

tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi

antara satu sama lain di dalamnya.

Oleh itu keperluan akan wujudnya sebuah bilik seni visual adalah penting bagi

membolehkan pelajar mencipta pengalaman belajar yang penuh bermakna. Pentadbiran

dan pengurusan bilik seni visual merupakan suatu aspek utama dalam konteks proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual perlu

bijak memainkan peranan penting dalam aspek ini agar dapat mewujudkan keadaan dan

suasana yang sesuai bagi proses kelangsungan pengajaran dan pembelajaran. Suasana

dalam bilik seni visual seharusnya berjaya menjadi daya penarik dan sumber ilham bukan

hanya kepada para pelajar dan guru bahkan seluruh warga sekolah dan pelawat yang

bertandang ke bilik tersebut.

2

Page 4: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068

1.0 PELAN CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI

Dalam tugasan ini, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena yang terletak di Pokok Sena,

Kedah adalah merupakan lokasi pilihan bagi menyempurnakan tugasan kerana saya

bertugas di sekolah tersebut. Sekolah Kebangsaan Pokok Sena tidak mempunyai bilik

seni yang khusus. Apa yang ada hanyalah ruangan bagi menempatkan peralatan-peralatan

dan kelengkapan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Selain itu,

terdapat juga ruangan di setiap kelas yang mempamerkan hasil kerja seni para pelajar.

i. Pelan lokasi Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Lokasi Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

3

Page 5: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068

ii. Pelan bangunan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Lokasi Bilik Seni Sekolah Kebangsaan Pokok Sena

Pelan di atas merupakan pelan bangunan Sekolah Kebangsaan Pokok Sena.

Dalam pelan tersebut, terdapat bilik yang dicadang akan diubahsuai menjadi sebuah bilik

seni. Bilik tersebut terletak di Aras 1, bangunan Blok C. Lokasi tersebut dipilih kerana

kedudukannya yang terletak jauh dari kesibukan jalan raya dan kebisingan. Keadaan yang

tenteram akan mewujudkan unsur teraputik dan memudahkan para pelajar mendapat

ilham serta ketenangan berfikir.

KUA

RTER

S G

URU

TANGGA

TANGGA

5 IBNU KHALDUN TANDAS

TANDAS

TANDAS

TANDAS

5 IBNU SINA 5 IBNU HANBAL

4 IBNU KHALDUN 4 IBNU SINA 4 IBNU HANBAL

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

MAKMAL SAINS B.

PERSALINAN

1 IBNU HANBAL

TANGGA

BILIK WUDUK

BILIK KAUNSELING

BILIK SENIBILIK

PENGAWASSURAU J-QAF

BILIK BOSS

B. SUMBER BEKALAN

DEWAN TERBUKA SK POKOK SENALA

LUA

N B

ERTI

NG

KAT

BANGUNAN PRA SEKOLAH SK POKOK SENA

TAMAN

PERMAINAN

PRA

TAMAN HERBA

PRA

TAMAN FLORA

BILIK MEDIA BILIK PEMULIHANPUSAT SUMBER

SEKOLAH

1 IBNU KHALDUN1 IBNU SINA

TANGGA

TANGGA

TANDAS

TANDAS TANDAS

TANDAS TANDAS

2 IBNU KHALDUN

3 IBNU KHALDUN

2 IBNU SINA

6 IBNU KHALDUN PPKI/BENGKEL

PEJABAT BILIK GURU

PONDOK BACAAN

RUMAH PAM

KAFE

TARI

A /

KA

NTI

N S

K PO

KOK

SEN

A

T. L

ETA

K KE

RET

A

T. L

ETA

K KE

RET

A

TEM

PAT

LETA

K KE

RET

A D

AN

BA

SIKA

L

T. LETAK KERETA

MAKMAL ICT

T. L

ETA

K KE

RET

A

3 IBNU SINA2 IBNU HANBAL 3 IBNU HANBAL

6 IBNU HANBAL6 IBNU SINA

PELAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA

PINTU MASUK 2

PINTU MASUK 3

PADANG SEKOLAH SK POKOK SENA

PONDOK BACAAN

PONDOK BACAAN

SURAU

TAMAN PPKI

RUMAH PAM

T. L

ETA

K KE

RET

A

TAPA

K SE

MA

IAN

B. KEBAL LPM/KPM PINTU

MASUK UTAMA

TAPAK PERHIMPUNAN

4

Page 6: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 iii. Pelan cadangan reka bentuk bilik seni

Pintu

Pintu

Petunjuk :

Papan Pameran Kabinet/Almari/Rak Sudut Alam Blok Pameran Sinki Papan Pameran Gantung

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Meja Pelajar

SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENAPELAN CADANGAN REKABENTUK BILIK SENI

Papan Hitam

Pentas

Meja Guru

Meja Pelajar

Meja Pelajar

Meja Pelajar

5

Page 7: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 2.0 PENGURUSAN IKLIM BILIK SENI

Pengurusan mempunyai pelbagai takrifan yang berbeza. Seperti bidang-bidang

pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk

ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum. Mary Parker Follett, seorang

pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja

melalui sumbangan orang lain (Azman Che Omar: 2003). Takrif pengurusan yang diberi

oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula

mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang

lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan (Azman Che Omar: 2003).

Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan

biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan tugasan kepada orang lain supaya

kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut. Pengurusan juga boleh

ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan

ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk

merancang mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual iaitu

membentuk keperibadian celik budaya, mempunyai nilai estetik yang tinggi, kreatif,

inovatif dan mempunyai rasa kesyukuran terhadap tuhan serta menghargai keindahan

alam, peranan guru amatlah penting. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual di sekolah disampaikan secara teori dan praktikal. Namun begitu, pendekatan mata

pelajaran ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya yang

meliputi tiga domain utama iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Antara perkara yang

perlu ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang

melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan

perkembangan persepsi dan daya intuisi. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan

abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat

dikembangkan.

6

Page 8: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks

yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik

darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan (Sharifah

Alwiah Alsagoff: 1983). Menurut Lee Shok Mee(1995) pula, pengurusan bilik darjah

boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan

suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran. Kesimpulannya,

pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik

darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Oleh

yang demikian, pengurusan bilik seni yang baik akan mempengaruhi proses

pembelajaran. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak

fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.

Guru pula perlu peka dengan keperluan dari segi aspek fizikal, emosi dan sosial

dalam menghasilkan ruang atau bilik khusus yang dapat memberi impak yang maksimum

terhadap pembelajaran para pelajar. Dengan itu secara amnya dapat dilihat bahawa

kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada peranan guru dan

tempat operasi mata pelajaran itu sendiri iaitu Bilik Pendidikan Seni Visual.

Iklim dan persekitaran bilik darjah berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti

pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Iklim bilik darjah

dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bilik seni juga

merangkumi keadaan fizikal, social dan emosi agar wujud suasana pembelajaran yang

sesuai dan kondusif.

(a) Aspek fizikal

Suasana fizikal sesuatu bilik seni merupakan rangka yang menentukan keadaan

pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau

menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat

dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan fizikal bilik seni

melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan

7

Page 9: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 dengan tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, ruang pameran dan berbagai- bagai

perabot lain dengan sempurna. Guru juga perlu berusaha memastikan bahawa bilik seni

adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan

dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan

diuruskan dengan menarik dan kemaskini.

Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan

suasana bilik seni yang kondusif dari aspek fizikal:

(i) Meja dan kerusi murid disusun mengikut kumpulan. Penyusunan tempat duduk

murid penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Apa yang penting ialah

guru dapat mengawasi setiap pergerakan dan tingkah laku pelajar agar pelajar sentiasa

selamat dan perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan kecederaan dapat

dielakkan.

(ii) Carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar di bilik Pendidikan Seni diatur

kemas dan menghiasi bilik seni tersebut bagi menggalakkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Susun atur dan hiasan bilik seni yang cantik dan kemas dapat menyuntik

unsur teraputik yang akan membuatkan para pelajar berasa selesa.

Beberapa sudut

pameran hasil seni

para pelajar yang

terdapat di Sekolah

Kebangsaan Pokok

Sena

8

Page 10: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 (iii) Saiz bilik yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi

keselesaan kepada pelajar menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. Kemudahan

ruang simpanan peralatan seperti almari atau kabinet juga akan dapat membantu guru

menguruskan bahan-bahan dan peralatan bilik seni dengan lebih sistematik.

(iv) Bilik Seni mestilah mempunyai tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi agar

membolehkan cahaya masuk dan udara beredar secara bebas dalam bilik. Keadaaan

cahaya dan udara bilik yang cukup dapat membangkitkan suasana yang segar dan

membawa keselesaan kepada pelajar.

(v) Keadaan kebersihan dan keindahan bilik seni pula dapat meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemudahan lain seperti sinki, juga perlu diambil

berat bagi memastikan kebersihan diri pelajar selepas melakukan aktiviti selain dapat

mendidik pelajar untuk berdikari.

(b) Aspek Sosial

Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid

dengan pelajar, khasnya dalam bilik darjah. Pelajar yang dapat berinteraksi dalam

Sebahagian daripada

peralatan seni dan

almari menyimpan

peralatan seni di

Sekolah Kebangsaan

Pokok Sena

9

Page 11: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Guru perlu dapat

merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas sewaktu proses

pembelajaran berlaku, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi

bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan

pembelajaran. Pelajar secara tidak langsung dilatih melalui sosiometri dalam penguasaan

berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan di sinilah proses pengajaran dan pembelajaran

akan berlaku.

Penekanan aspek sosial akan memberi impak besar terhadap minat pelajar kepada

mata pelajaran Pendidikan seni Visual. Selain itu aspek sosial juga boleh berfungsi

sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif yang

diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Guru perlu menyampaikan

pengajaran agar mewujudkan suasana interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar

dengan guru dan pelajar dengan bahan. Ini akan dapat menambah keberkesanan proses

pembelajaran.

(c) Aspek emosi

Suasana emosi merujuk kepada perasaan para pelajar terhadap guru mereka.

Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan

oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan

kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di

samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar.

Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh

guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta

menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan

tidak memilih kasih. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat

memotivasikan para pelajar.

Guru boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan

memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria, memenuhi kehendak mental, untuk

10

Page 12: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 keperluan berfikir, membentuk suasana yang meransang kreativiti dan menghasilkan

suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

3.0 AKTIVITI SENI VISUAL

i) MENGGAMBAR

Menggambar merupakan satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang

dihasilkan di atas suatu permukaan yang rata. Reprentasi itu mengandungi suatu

komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan yang rata

dalam bentuk dua dimensi. Ilustrasi yang digunakan menerangkan sesuatu objek dengan

lebih jelas. Gambaran huruf pula diterangkan dalam bentuk grafik. Oleh itu, definisi

menggambar yang lebih mudah difahami ialah membuat atau menghasilkan gambar.

Mengambar merupakan salah satu bidang daripada empat bidang kegiatan yang terdapat

dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual. Bidang kegiatan ini menegaskan

perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis

serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan

aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.

Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,

bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai

kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam

persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat

memperkembangkan persepsi visual pelajar dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti

warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan pelajar menyelaras apa

yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi

hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan

dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

11

Page 13: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Antara kegiatan-kegiatan menggambar adalah :

a) LUKISAN - Antara teknik yang sering digunakan untuk menghasilkan lukisan

ialah teknik lakaran, garisan, lorekan, silang-menyilang, gurisan, sgrafito, gosokan,

campuran dan sebagainya.

b) CATAN – Catan merupakan cara menghasilkan karya dengan menggunakan

bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Ianya

menggunakan berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain. Sapuan cat akan

menonjolkan karya dan memberi pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian

gambar.

c) KOLAJ - Kolaj adalah kaedah menggambar yang menggunakan tampalan dari

gubahan bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam

semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas

dan boleh bertindih. Bahan yang berlaian sifat atau jalinan dapat memberi kesan kepada

kandungan dan penyampaian gambar.

Kolaj

d) CETAKAN – Cetakan adalah salah satu cara menghasilkan karya dengan

mencetak. Terdapat pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh

digunakan. Untuk cetakan jenis blok, imej pada blok disediakan dan warna atau dakwat

cetakan dicetak di atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain ialah cetakan lino,

strawboard dan poliform.

12

Page 14: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 e) RESIS – Resis ialah kaedah menggambar menggunakan bahan yang tidak

bercampur antara satu sama lain contohnya warna air dan warna lilin atau warna air atau

cow gum. Resis biasanya menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan

untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas.

Warna air boleh disapukan ke atasnya iaitu kawasan yang tidak berlilin. Warna air akan

diserap manakala di kawasan yang berlilin warna air tidak akan diserap. Lilin akan

menolak warna air maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Di peringkat

sekolah rendah pelajar menggunakan krayon. Proses batik merupakan salah satu daripada

teknik resis.

Resis

f) GOSOKAN – Kaedah gosokan merupakan kaedah menggambar menggunakan

krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu yang kasar.

Contohnya duit syiling. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

g) STENSILAN - Stensilan merupakan kaedah menggambar menggunakan rupa

bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya

meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di

atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau

lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan

kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan

h) PERCIKAN – Percikan ialah kaedah menggunakan alat yang boleh memercikkan

bahan warna seperti berus (jalinan bertitik). Percikan boleh dihalang dengan

13

Page 15: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 menggunakan sesuatu objek atau kertas. Objek atau kertas boleh diubah kedudukannya

supaya kesan tindihan berlakuy apabila warna kedua dipercikkan.

i) GURISAN - Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris

keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Cara melakukannya

permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal

berlekat di atas kertas. Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu,

paku atau plastik supaya gambar terhasil. Kesan yang berlainan terhasil apabila guna

bahan yang berlainan

j) CAPAN - Capan boleh digolongkan dalam kategori cetakan. Ia menggunakan

bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.

Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. Jalinan berbagai

bahan sama dengan kesan jalinan pada hasil capan.

k) MOZEK – Mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan

menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik dan lain-lain ke atas sesuatu

permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak

bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada

mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan

keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

l) MONTAJ - Tampalan gambar-gambar yang dipotong yang membentuk satu cerita.

Bahan- bahan yang digunakan adalah kertas warna, gambar, majalah, surat khabar.

Contoh Bidang A - Menggambar

Tajuk – Menyusun gambar secara mozek

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kertas lukisan

2. Kertas warna (pelbagai warna) atau gambar

3. Gunting

4. Gam

14

Page 16: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Langkah – langkah menyusun gambar secara mozek

1. Lakarkan gambar yang sesuai seperti

ikan atau pemandangan dan tentukan warna

yang akan dipilih untuk gambar itu.

- Atau pilih gambar yang sesuai daripada

buku, majalah atau surat khabar lama.

2. Gunting kertas warna menjadi kepingan

segiempat sama yang kecil. Lekatkan

kepingan-kepingan kertas warna pada

bahagian yang telah ditentukan warnanya.

- Gunting gambar menjadi kepingan

segiempat sama yang kecil. Gamkan

gambar pada kertas lukisan atau kertas

warna.

3. Pastikan keratan yang digam tidak

bercantum antara satu sama lain. Lakukan

kemasan.

ii) REKAAN DAN CORAK

Rekaan dan corak salah satu daripada empat bidang kegiatan dalam kurikulum

Pendidikan Seni Visual. Ia merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu

15

Page 17: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 karya seni. Bidang kegiatan rekaan dan corak memberi peluang kepada pelajar

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi

suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana

hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak bermaksud suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau

secara bebas dan terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Seringkali corak boleh

diperoleh daripada:

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

Oleh itu, corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan

Corak Tidak Terancang. Antara cara mengkasilkan rekaan dan corak adalah melalui

kegiatan seperti:

Corak tidak terancang Corak terancang

a) Pualaman (Cat kilat dalam air)

Pualaman

b) Tiupan

c) Titisan

d) Ikatan dan celupan

e) Renjisan dan percikan

a) Lukisan

b) Catan

c) Cetakan

d) Capan

e) Lipatan dan guntingan

f) Resis

g) Kolaj

h) Kaligrafi

Bidang ini membolehkan pelajar mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam

16

Page 18: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan

olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang

kepada pelajar membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak

tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu

proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti

pergerakan, peragaan dan lakonan.

Contoh Bidang B – Rekaan dan corak

Tajuk – Menghasilkan corak garisan menggunakan teknik resis

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kertas lukisan (boleh dibahagi dua)

2. Warna air

3. Krayon

Langkah – langkah menghasilkan corak garisan

1. Lakar corak garisan di tengah kertas

lukisan menggunakan krayon.

2. Hasilkan pelbagai garisan ciptaan

mengikut kreativiti.

3. Warnai latar keseluruhan kertas lukisan

menggunakan warna air yang lebih gelap.

Lakukan kemasan.

17

Page 19: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068

iii) MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Membentuk dan membuat binaan merupakan satu proses penghasilan objek tiga

dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan

bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi.

Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua dimensi seperti dari

tanah liat kepada pasu bunga atau bentuk tiga dimensi iaitu daripada kota mancis kepada

lori.

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek

seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek

tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina

sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan

murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi

peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa

menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

di sekolah rendah iaitu arca timbul, arca asemblaj, arca bergerak, arca stabil, model,

diorama, boneka, topeng dan origami.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid-murid

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran

bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai

cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Contoh Bidang C - Membentuk dan membuat binaan

18

Page 20: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Tajuk – Membuat Pasu Bunga Gantung

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kertas lukisan (boleh dibahagi dua)

2. Gunting

3. Gam

4. Warna

Langkah-langkah membuat pasu bunga gantung:

1. Lipatkan kertas seperti

contoh di sebelah.

2. Potongkan bahagian bawah

yang berlebihan menjadi kertas

kepada segiempat tepat.

3. Lipatkan lagi bentuk

segitiga menjadi segitiga yang

kecil.

4.Lipatkan kertas dari arah

dalam, lalu membentuk

segiempat pula (aktiviti

dilakukan di depan dan

belakang kertas)

19

Page 21: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068

5. Hasilan segiempat pada

langkah empat akan

menghasilkan tiga lapisan di

dalam. Masukkan dua lapisan

ke dalam seperti yang

ditunjukkan dalam gambar.

6. Binaan untuk pasu sudah

pun siap. Sekarang, ambil

lebihan kertas yang dipotong

dalam langkah 1 dan lukiskan

bunga dan daun di atasnya.

Warnakan. 

Gunting dan tampal gambar

pada pasu. Tangkai bunga

hanyalah dilukis.

 

iv) KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja seni yang melibatkan

kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi

turun-temurun. Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan

nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-

unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan

20

Page 22: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan

tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad.

Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk

kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha

mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga

penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. Di sekolah rendah, pelajar

diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat permainan, alat

pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan

tembikar.

a) Alat domestik merupakan perlatan harian masyarakat tradisional seperti senduk

daripada tempurung, kukur kelapa daripada besi dan kayu, tenggala daripada kayu.

Teknik –teknik yang biasa digunakan ialah teknik luakan, assemble dan ukir.

b) Alat permainan dalam kraf tradisional ini adalah alat permainan yang dimainkan

untuk mengisi masa lapang selepas kerja menuai, seperti wau dan gasing.

c) Alat pertahanan diri atau senjata digunakan untuk memburu dan mempertahankan diri,

seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing dan sumpit.

d) Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan

mewarnakan kain.

e) Seni tekat adalah sejenis kraf tradisional yang mana tekstil dihasilkan dengan cara

menyulam benang ke tasa kain dasar jenis baldu.

f) Tembikar ialah barang kraf yang dihasilkan daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.

g) Seni anyaman pula ialah satu proses menyalin helaian daun pandan,mengkuang. Bilah

buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu melalui teknik selang-seli.

h) Senu ukiran kayu pula ialah sejenis kraf tangan untuk menghiasi rumah. Ia berfungsi

sebagai hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding atau tebar layar.

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional

dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan

teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses

pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

21

Page 23: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,

nyanyian dan cerita.

Contoh Bidang D – Kraf tradisional

Tajuk – Menghasilkan anyaman ikan

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kertas warna

2. Gunting

3. Gam

4. Kertas lukisan

Langkah – langkah menghasilkan gambar melalui hasil anyaman

1. Hasilkan satu bentuk anyaman mudah.

2. Guntingkan kertas warna atau kertas

lukisan seperti bentuk ikan.

3. Gamkan kertas warna yang digunting

tadi ke atas kertas anyaman. Lalukan

kemasan.

RUMUSAN

22

Page 24: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Kewujudan bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ia haruslah seberapa boleh diasingkan atau

dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas

menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat

mewujudkan mood atau suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik

minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh berusaha untuk mewujudkan iklim bilik

Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran dan pengajaran.

RUJUKAN / REFERENSI

Abd. Ghafar Md. Din, (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran, Selangor: Utusan

Publication & Distributor.

Atan Long Ph.D, (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azman Che Omar, (2003). Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002).

Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng, (2000). Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan

Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

23

Page 25: HBEF1403- Tugasan Seni dalam Pendidikan

HBEF1403 – SENI DALAM PENDIDIKANEKA RUSMAWATY BINTI SUJAK

741117715068 Rousliluddin Ambia, et. al. (2007). HBAE1103: Pengenalan Pendidikan Seni Visual,

Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Sharifah Alwiyah Alsagof, (1983). Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur:

Helnemann Asia.

Zulkafli Md. Hashim, (2009). Menggambar. Diakses atas talian pada Mac 01, 2012,

daripada blog Seni Dalam Pendidikan:

http://zul9990.blogspot.com/2009/09/menggambar-zul9990-pengenalan-

bidang.html

24