assigment seni sem 9

33
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBAE3103 KRAF TRADISIONAL BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR NAMA : SHAHARUDIN BIN MOHD AMIN NO. MATRIKULASI : 820123065319001 NO. KAD PENGENALAN : 820123-06-5319 NO. TELEFON : 010-5432142 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KUANTAN LEARNING CENTRE SEMESTER SEPTEMBER 2014

Upload: niaga-qaseh

Post on 18-Dec-2015

76 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

assigment

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE3103KRAF TRADISIONAL

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOUR

NAMA:SHAHARUDIN BIN MOHD AMINNO. MATRIKULASI:820123065319001NO. KAD PENGENALAN:820123-06-5319NO. TELEFON:010-5432142E-MEL:[email protected] PEMBELAJARAN: KUANTAN LEARNING CENTRE

SEMESTER SEPTEMBER 2014

Isi Kandungan Muka Surat1.0 PENGENALAN22.04 JENIS KRAF TRADISIONAL 32.1Batik 3 2.1.1Motif Ragam Hias Batik52.2Ukiran62.2.1Motif Ragam Hias Ukiran82.3Tenunan92.3.1Motif Ragam Hias Tenunan102.4Anyaman112.3.4Motif Ragam Hias Anyaman12

3.0ANALISA PENGARUH ALAM SEKITAR PADA RAGAM 14 HIAS DAn FUNGSI MOTIF-MOTIF TERSEBUT4.0FUNGSI MOTIF RAGAM HIAS KEPADA BUDAYA195.0PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT DENGAN MOTIF 20 RAGAM HIAS6.0PENUTUP227.0RUJUKAN23

1.0PENGENALANKraf tradisional merupakan warisan peninggalan nenek moyang kita. Kraf tradisi melambangkan kebudayaan dan identiti sesebuah masyarakat. Ia merupakan harta yang bernilai yang perlu kita hargai dan kita pelihara supaya tidak ditelan dengan perkembangan dunia teknologi sekarang ini. Seni kraf dihasilkan dengan kerja tangan yang sangat halus dan cantik. Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan kerja sini yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi sejak turun-temurun ( Open University Malaysia, 2011 ). Kraf tradisional yang dihasilkan kaya dengan unsur-unsur budaya yang boleh dilihat melalui bentuk, sifat, gaya, gerak, garis dan warnanya. Setiap kraf tradisional yang dihasilkan berfungsi dalam kehidupan seharian seperti keris, lembing, batik dan sebagainya.Kraf-kraf ini dihasilkan untuk digunakan di dalam kehidupan harian dan juga di dalam upacara-upacara keagamaan semenjak dahulu kala dan berkembang sehingga sekarang.Menurut William Hunt dalam sebuah buku berjudul An Introduction to The Malayan Aboriginese mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantau Asia. Pendapat ini disokong oleh seorang ahli anthropologi iaitu Gustay Schenk yang mengatakan bahawa sebahagian kepulauan Indonesia merupakan tanah besar yang bersambung dengan Australia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Dato Sulaiman Osman ( 1994) pula berpendapat sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta bercampur gaul dengan budaya purba mereka.Kraf tradisional yang dihasilkan masyarakat Melayu dahulu adalah seperti batik, tenunan, tembikar, anyaman,gasing, wau dan ukiran. Kehalusan dan keindahan kraf-kraf yang dihasilkan menjadikan ia semakin berkembang sehingga sekarang dan telah terkenal di seluruh dunia. Kecantikan kraf-kraf ini dapat dilihat pada motif ragam hias yang dihasilkan pada permukaan kraf. Ragam hias ialah bentuk dasar hiasan yang biasanya akan menjadi pola berulang-rulang dalam sesuatu seni kraf.Apa yang uniknya kraf tradisional ini ialah keindahan motif ragam hias yang dihasilkan memberi pelbagai makna atau gambaran yang menceritakan tentang kisah dalam masyarakat Melayu sama ada berkaitan adat resam, budaya dan juga kepercayaan.

2.04 JENIS KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional merupakan warisan bangsa kita. Ia merupakan sesuatu peninggalan yang sangat berharga. Hasil cipta kraf tradisional ini sangat indah dimana ia kaya dengan unsur-unsur budaya pada rekaanya yang jelas terzahir melalui bentuk, sifat, gaya, garis, gerak dan warnanya. Pada setiap kraf tradisional yang dihasilkan mempunyai motif-motif yang menjadikan kraf tersebut sangat indah. Motif dalam seni membawa maksud sesuatu yang ingin disampaikan sama ada berbentuk corak atau reka bentuk yang bercirikan alam persekitaran seperti flora dan fauna. Terdapat 4 jenis kraf tradisional yang akan kita bincangkan iaitu batik, tembikar, ukiran dan. Kita juga akan membincangkan motif ragam hias setiap kraf tradisional tersebut.2.1Batik Batik merupakan satu kraf tradisional yang cukup terkenal bukan sahaja di kalangan rakyat negara kita bahkan juga di negara-negara luar. Keindahan seni lukisnya mempamerkan kreativiti dan kehalusan yang sangat tinggi. Perkataan batik berasal dari Indonesia yang membawa maksud rintik-rintik putih yang ada pada kain yang berwarna dan juga bercorak ( Open University Malaysia, 2011 ). Jika ditafsirkan di dalam Bahasa Melayu, batik membawa maksud titik. Dipercayai, seni batik mula wujud semenjak 2000 tahun yang lalu bermula di Mesir dan Parsi. Namun begitu, ia mula digunakan di China dan Jepun semasa abad ke 7. Kini, seni batik ini telah mula berkembang di negara kita dengan negara Kelantan dan Terengganu cukup terkenal dalam menghasilkan seni ini. Sejarah seni batik di negara kita bermula di Kota Bahru, Kelantan pada tahun 1914 dan kain batik di Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak yang berasal dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat seni batik ini dinamakan Kain Pereira atau Kain Pelangi iaitu sejenis kain sutera tiruan yang diimport di Siam. Bermula dari situ, seni batik mula berkembang ke Terengganu dan negeri-negeri yang lain.Seni batik boleh dihasilkan melalui empat jenis teknik yang berikut iaitu batik skrin yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker. Yang kedua iaitu batik blok yang menggunakan blok kayu yang kemudiannya digantikan dengan blok tembaga untuk menghasilkan corak. Yang ketiga ialah batik pelanggi. Batik ini dihasilkan tanpa menggunakan lilin. Yang keempat atau yang terakhir iaitu batik tulis atau canting yang dihasilkan menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk membuat corak.

batik skrin batik blok

batik canting batik pelangi

2.1.1Motif Ragam Hias BatikMotif batik banyak dipengaruhi alam sekitar seperti flora dan fauna. Motif-motif menunjukkan bahawa hubungan rapat dan kepekaan masyarakat dengan alam sekitar. Terdapat 6 jenis motif alam sekitar yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik iaitu : A )Unsur florai. Motif flora seperti bunga, ranting, pucuk, kudup, putik dan daun digunakan sama ada secara tunggal atau berterabur untuk menghiaskan kain batik ela.ii. Untuk menghiasi badan batik sarung, penggunaan motif seperti bunga, puntik, kuntum, ranting dan pucuk di susun menjalar datar dengan bentuk lembut. Selain itu, penggunaan motif helaian daun, kelopok, ranting dan bunga. Bunga disusun berdahan tegak.iii. Untuk menghiasi bahagian kepala kain, penggunaan motif pucuk rebung digunakan, reka corak digubah bukan secara realistic tetapi campuran gaya organik dan geometri. B )Unsur faunai. Penggunaan motif-motif seperti ikan, burung, rama-rama, dan pelbagai lagi haiwan.C )Unsur geometrii. Untuk fungsi unsur geometri dalam menghasilkan batik pula ialah : Hiasan gigi atau kaki kain : penggunaan susunan garis-garis halus, motif banji atau swastika, motif parang rosak dan motif pinggir awan. Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, jarring bersilang, siput, kisi-kisi,dan sebagainya. Menghiasi batik panjang : penggunaan motif kawung dalam susunan empat bentuk bujur.ii.Contoh motif berunsurkan geometri ialah parang rosak, kawung, jalur, kisi-kisi, swastika, keluk pinggir awan persegi, pilin berganda, buntut siput.D )Unsur benda buatan manusiai. Biasanya motif unsur benda buatan manusia digunakan untuk hiasan batik ela.ii. Contoh motif-motif berunsurkan benda buatan manusia ialah jaring ikan, wau, dan lain-lain lagiE )Unsur motif iseni. Isen bermaksud motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional atau sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak.ii. Contoh jenis isen ialah ada-ada, atap, cacah gari, berangan, cecek-cecek, cecek pitu, cecet sawut daun, gelandangan, mata dara, penutup, poleng, sisik dan sebagainya.

Contoh motif ragam hias batik

unsur flora unsur fauna unsur geometri

2.2UkiranUkiran kayu tradisional ialah hasil kreativiti orang-orang Melayu yang sangat indah dan mengagumkan, Ukiran-ukiran yang indah in iboleh dilihat pada masjid, rumah, istana perabot dan juga pada barangan kegunaan harian. Apa yang uniknya, ukiran tradisional ini bukan sahaja dihasilkan oleh masyarakat Melayu bahkan juga masyarakat yang lain seperti masyarakat Orang Asli, suku kaum di Sabah dan Sarawak. Menurut pendapat Khairuddin Talib pada tahun 2011, ukiran membawa maksud sebagai mengukir sesuatu bahan sebagai contoh kayu diukir dengan menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool. Sejarah awal ukiran di negara kita dipercayai berdasarkan maklumat yang dicatatkan pada sebuah buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada abad ke-17 bahawa tercatat keindahan seni bina semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah di Melaka pada tahun 1459 hingga 1477.Rakyat Melaka mengelar istana yang terukir indah itu sebagai Istana Hawa Nafsu . Satu lagi catatan mengenai ukiran tradisional ini ialah di dalam Hikayat Misa Melayu. Catatan dalam hikayat tersebut adalah mengenai seni ukir istana yang terletak di Pulau Indera Sakti,iaitu sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain pada tahun 1756 hingga 1780. Ukiran kayu zaman dahulu bertahan lama disebabkan pengukirnya menggnakan kayu-kayu yang berkualiti tinggi seperti cengal, merbuk dan sebagainya. Kita boleh lihat, banyak bangunan-bangunan lama yang terdapat di negara kita masih lagi utuh.Hasil ukiran kebanyakkan berunsurkan alam sekitar. Bentuk ukiran kayu Melayu mementingkan sifat yang bermula dari sesuatu punca dan terus timbul perlahan serta berliku-liku. Biasanya ukiran ini mempunyai imbanagan yang sama ukur di antara bahagian yang positif dengan yang negatif.

Contoh ukiran-ukiran kayu

2.2.1Motif Ragam Hias UkiranKecantikan sesuatu ukuran juga terletak pada motif ragam hias yang dihasilkan. Motif ragam hias yang terdapat pada ukiran kayu ialah : A )Unsur florai.Motif ini terdiri daripada bunga dan daun. Contoh motif bunga yang selalu diukirkan ialah ketumbit, cempaka, raya, ros, kedup, lawang, kemunting, kundur, terantai, tanjung, matahari, cengkin dan sebagainya.ii. Manakala ukiran menggunakan motif daun seperti ketola, bayam perasi, bayam kukur, jari buaya, selit, setualang, ketumbit, kangkung, pucuk paku, pucuk rebung, pucuk kacang, dan pelbagai lagi.B )Seni khat iaitu ukiran terdiri daripada ayat-ayat Al-Quran.C )Unsur fauna iaitu motif yang terdiri daripada itik pulang petang. D )Unsur geometri terdiri daripada motif yang mempunyai corak berupa bentuk geometri.E ) Unsur kosmo yang terdiri daripada bulan, matahari, bintang, awan, gunung, bukit dan sebagainya. F )Unsur Awan Larat yang terdiri daripada awan yang bergerak di langit. Awan ini melarat-larat ditiup angin sehingga menghasilkan bentuk yang indah.

Contoh motif ragam hias pada ukiran

Unsur flora Unsur fauna Unsur khat

Unsur geometri Unsur awan larat

2.3Tenunan Tenunan merupakan salah satu kraf tradisional yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia sangat halus dan tinggi kualitinya mencerminkan bahawa ia dihasilkan oleh tukang tempatan yang mempunyai kreativiti dan kemahiran tinggi. Perusahaan tenunan di negara kita sangat terkenal di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. A.J Hill ( 1949 ), berpendapat bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang dihasilkan di Kelantan dan Terengganu dengan menggunakan kei berkaki .Menurut definisi daripada Open University Malaysia, 2011, tenunan membawa maksud hasilan daripada jalinan benang lonseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ). Seni tenunan sangat terkenal dalam kebudayaan Nusantara. Ia semakin berkembang disebabkan kedudukan rantau ini yang strategik dari kedudukan geografinya. Kedudukannya yang strategik menjadikan ia tempat persinggahan kapal-kapal pedagang dari negara-negara Arab, India dan China. Antara bahan dagangan pada ketika itu ialah kain tenunan dan disebabkan itu seni tenunan banyak dipengaruhi dari negara-negara berkenaan.Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo, merupakan antara tenunan yang cukup terkenal di negara kita. Tenunan awal yang dihasilkan menggunakan alat tenun duduk yang masih lagi digunakan oleh masyarakat Iban sampai sekarang. Antara jenis kain tenunan ialah kain bujang atau samping, kain sarung, kain sarung tenunan corak berang, kain kampuh, kain lepas dan kain selendang.

tenunan songket

2.3.1Motif Ragam Hias TenunanMotif ragam hias mempengaruhi keindahan kain tenunan. Motif-motif yang digunakan pada kain tenunan cenderung kepada motif flora, fauna dan juga geometri. i )Motif berasaskan floraContoh corak-corak yang digunakan untuk menghasilkan ragam hias ialah bunga tanjung, bunga cengkeh, pucuk rebung, bunga gorek, bunga lawang, bunga kunyit dan sebagainya.

ii )Motif berasaskan faunaContoh motif fauna ialah kuda laut, kupu-kupu, ayam jantan, bunga merak, gigi belalang, dada kaki lipan, lawi ayam,siku keluang besar, siku keluang kecil.iii )Motif berasaskan geometriContoh motif geometri ialah mahkota dan bintang pecah lapan.

Contoh motif ragam hias pada tenunan

Unsur flora Unsur Geometri

2.4AnyamanSeni anyaman merupakan salah satu kraf tradisi masyarakat Melayu. Kraf ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Anyaman merupakan satu proses penyilangan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan seperti buluh, daun mengkuang, lidi, bertam dan sebagainya untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan yang digunakan mudah dikeringkan dan dilembutkan. Secara amnya, kebanyakan anyaman yang dihasilkan tidak banyak perbezaan dan ianya bergantung kepada tumbuh-tumbuhan yang digunakan. Antara produk yang dihasilkan daripada proses anyaman ialah bakul, tikar, tudung salji dan sebagainya.Sejarah permulaan seni anyaman ini dipercayai bermula pada zaman Neolitik dan kebanyakkan manusia pada masa itu menghasilkan tali, rumah dan peralatan-peralatan harian. Bahan daripada akar dan rotan merupakan bahan asas awal yang digunakan untuk menghasilkan anyaman. Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan bahawa semasa pemerintahan Long Yunus bermula pada tahun 1756 hingga 1794, anyaman digunakan oleh raja di negeri Kelantan. Anyaman yang digelar Tikar Raja itu dihasilkan daripada pokok bemban. Kini, seni anyaman ini sangat popular di serata negeri-negeri Malaysia. Seni anyaman tidak hanya menghasilkan produk-produk tradisional tetapi ia dipelbagaikan untuk menghasilkan produk-produk yang lebih menarik.

anyaman lidi anyaman mengkuang anyaman buluh

anyaman daun sal anyaman rotan

2.4.1Motif Ragam Hias AnyamanTerdapat dua ciri penting dalam ragam hias anyaman iaitu penciptaan kelarai ( motif ) dan corak.Kelarai dikhususkan kepada motif yang berbentuk sementara corak ialah merujuk kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Kebanyakkan kelarai dihasilkan berdasarkan unsur-unsur alam semula jadi iaitu flora dan fauna. Berikut adalah jenis-jenis kelarai :i.kelarai unsur floraii.kelarai unsur faunaiii.kelarai unsur geometriiv.kelarai unsur abstrakv.Kelarai unsur nama tempat dan nama pereka

Contoh motif anyaman kelarai

3.0ANALISA PENGARUH ALAM SEKITAR PADA RAGAM HIAS DAN FUNGSI MOTIF-MOTIF TERSEBUTKewujudan kraf tradisional berasaskan alam sekitar telah bermula sejak zaman dahulu. Beberapa penemuan barang kraf tradisional telah menampakkan penghasilan ragam hias pada permukaannya bermotifkan alam sekitar. Unsur alam sekitar seperti flora dan fauna banyak digunakan sebagai motif ragam hias pada kraf-kraf tradisi. Ini kerana mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar. Menurut satu dapatan kajian yang dijalankan oleh Hamdzun Othman pada tahun 2002, mendapati bahawa objek-objek dari alam semulajadi menjadi pilihan bagi menghasilkan motif yang menjadi unsur utama dalam menghasilkan ragam hias. Motif-motif dalam alam sekitar ini bukan sahaja mencantikkan kraf yang dihasilkan tetapi juga mengandungi falsafah tersendiri dan juga mempunyai pengajaran moral melalui motif yang dihasilkan yang dapat mendidik masyarakat pada ketika itu. Penghasilan motif-motif dari alam semulajadi seperti flora dan fauna menggambarkan bahawa kehidupan masyarakat pada ketika itu sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan dengan alam sekitar. Mereka menjadikan alam sekitar sebagai sumber makanan, perubatan, sumber ekonomi, kesenian, pendidikan, adat dan kepercayaan dan pelbagai lagi. Antara sebab tumbuhan dipilih sebagai motif ialah masyarakat Melayu menjadikannya sebagai tumbuhan hiasan di halaman-halaman rumah seperti bunga raya, kekwa, matahari, melor dan sebagainya. Selain mencantikkan halaman rumah, ia juga ada mengeluarkan bau yang wangi. Kalau kita lihat, kebanyakkan masyarakat Melayu di kampung-kampung suka menanam pokok bunga di halaman rumah mereka. Masyarakat dahulu bergantung pada perubatan tradisional. Ia terbawa-bawa sehingglah sekarang. Terdapat tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam perubatan seperti kunyit, daun bunga raya, daun sireh dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengaruh tumbuhan dalam perubatan telah digunakan sebagai motif ragam hias dalam kraf-kraf tradisi. Terdapat juga tumbuhan yang digunakan dalam upacara adat dan upaca ritual. Misalnya, daun kelapa dikibas apabila seseorang dirasuk. Contoh yang lain, daun sireh digunakan dalam adat perkahwinan orang Melayu. Maka, pengunaan tumbuhan dalam adat dan upacara ritual telah mempengaruhi dalam membuat motif ragam hias pada kraf-kraf tradisi. Berikut adalah contoh-contoh motif ragam hias yang dipengaruhi alam sekitar yang digunakan pada kraf-kraf tradisi :

3.1Batik

Sumber dari : http://rumahkainbatik.blogspot.com/2011/12/motif-daun-sirih.html

Daun sireh cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu dulu-dulu banyak menanam pokok sirih kerana ia mengandungi banyak khasiat. Daun sireh digunakan dalam perubatan tradisional seperti mengurangkan demam panas, mengurangkan sakit disebabkan gigitan seranga, mengurangkan bau nafas, kembung perut dan sebagainya. Masyarakt dahulu kala juga menggunakan daun sireh dalam bidang perbomohan dalam jampi serapah. Ia masih lagi digunakan sehingga sekarang. Selain itu juga, daun sireh juga digunakan untuk membuat sireh junjung dalam majlis pertunangan dan perkahwinan. Bagi kaum wanita, daun sireh juga dipercayai dapat merawat masalah keputihan. Dalam kehidupan masyarakat Melayu juga, daun sirrh digunakan sebagai satu bahan yang penting dalam adat ziarah. Tetamu yang datang akan dijemput untuk menjamah sireh dan pinang. Cara memakan daun sireh juga mempunyai maksud yang tersirat. Ia mencerminkan kesopanan dan kelembutan pada orang yang memakannya. Jari manis melambangkan sesuatu yang indah dan sopan, jadi jari tersebut digunakan dalam mengadunkan daun sireh dengan kapur. Selain itu juga, daun sireh digunakan dalam pantun-pantun yang berbudi. Jadi, penggunaan daun sireh yang cukup sebati dalam masyarakat Melayu, maka daun ini banyak digunakan sebagai motif ragam hias dalam menghasilkan batik.

3.2Tenunan

Motif pucuk rebung Sumber gambar : http://cetera-kucc.blogspot.com/2011/11/kerana-aya-sofya-bab-5.html

Pokok-pokok buluh hidup subur di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan kawasan air terutamanya ditebing-tebing sungai. Sungai merupakan kawasan penting bagi masyarakat dahulu. Di situlah tempat tinggal mereka dan juga tempat mereka mencari rezeki. Selain itu juga, sungai merupakan satu jalan perhubungan antara masyakat ssebuah kampung dengan sebuah kampung yang lain. Oleh sebab itu, tumbuhan buluh cukup sinonim dengan masyarakat dahulu kala. Ada pepatah Melayu menggunakan tumbuhan ini dalam peribahasa iaitu seperti aur ( buluh ) dengan tebing. Maka, keakraban ini ada pengkarya mengilhamkan pucuk rebung sebagai motif ragam hias dalam menghasilkan tenunan seperti songket. Penggunaan motif ini bukan sahaja pada tenunan , bahkan juga pada kraf tradisi yang lain seperti tembikar, wau, batik dan pelbagai lagi. Tumbuhan buluh juga menggambarkan kesuburan. Rebung buluh juga dikaitkan dengan proses mendidik anak. Agama Islam menekankan proses mendidik anak itu semenjak dari kecil lagi. Ibarat pepatah Melayu iaitu melentur buluh biar dari rebungnya . Begitulah eratnya perkaitan antara tumbuhan buluh dengan masyarakat Melayu.

3.3Ukiran Sama juga dengan kraf-kraf lain, elemen atau unsur alam sekitar banyak digunakan sebagai motif dalam ukiran Melayu. Pengaruh alam sekitar sangat kuat disebabkan banyak aktiviti seharian mereka melibatkan alam sekitar.

Ukiran motif bangau pada perahuSumber dari : http://adiatsauri.blogspot.com/2010/02/memburu-bangau-di-pulau-gajah-ii.html

Pengukir telah mengilhamkan haiwan bangau sebagai motif ragam hias yang diletakkan pada hujung perahu atau bahagian laluan perahu nelayan. Sebenarnya, motif bangau ini telah terkenal sebelum kedatangan Islam lagi di Tanah Melayu. Ketika itu, orang-orang Melayu telah menerapkan unsur-unsur keagamaan yang diambil dari agama Buddha dan Hindu dalam menghasilkan motif ragam hias pada ukiran. Penggunaan fauna bangau adalah disebabkan bangau merupakan haiwan yang cekap menangkap ikan. Oleh yang demikian, menurut kepercayaan mereka dengan meletakkan fauna bangau sebagai motif ragam hias pada ukiran perahu ia akan membawa rezeki kepada mereka sebagai nelayan. Selain itu juga, bangau ini akan membawa tuah dan juga akan melindungi keselamatan mereka semasa berada di laut.

4.0FUNGSI MOTIF RAGAM HIAS KEPADA BUDAYAKebudayaan boleh ditakrifkan sebagai satu cara hidup. Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Oleh yang demikian, kebudayaan mempunyai satu hubungan yang rapat dengan masyarakat. Adanya masyarakat, maka wujudlah budaya dalam masyarakat tersebut. Budaya merupakan satu lambang kepada sesuatu masyarakat dan untuk mengetahui masyarakat tersebut, kita perlu mengenali kesenian yang dimilikinya,Identiti sesuatu bangsa boleh dilihat pada motif-motif yang diilhamkan pada kraf-kraf yang dihasilkan. Setiap motif yang dihasilkan pada setiap kraf tradisi terdapat nilai-nilai ilmu di sebaliknya. Hubungan yang akrab antara manusia dengan alam akhirnya menghasilkan pelbagai motif yang berkaitan dengan alam. Menurut Hamdzun Othman ( 2002 ) dalam kajiannya, flora dan fauna banyak digunakan oleh masyarakat Melayu dahulu dalam aktiviti-aktiviti atau upacara-upacara seperti perkahwinan, kelahiran dan juga kematian. Penggunaan bahan perasa dalam masakan sangat penting bagi masyarakat Melayu. Ia bertindak sebagai aroma dalam masakan dan menjadikannya lebih sedap. Bunga lawang, bunga cengkih merupakan antara bahan-bahan yang diletakkan dalam masakan. Selain itu juga, bunga cengkih ini digunakan dalam perubatan tradisional dan pergigian. Oleh itu, bunga lawang dan bunga cengkih ini banyak digunakan sebagai motif ragam hias pada kraf-kraf tradisi seperti pada tenunan songket Melayu. Pucuk Rebung, iaitu motif ragam hias yang sinonim pada batik dan tenunan songket dipercayai menggambarkan kepercayaan orang Melayu dahulu dalam mendidik anak biarlah dari kecil agar tidak timbul masalah apabila dewasa. Ia membawa maksud bahawa rebung bersifat lembut dan akan mengeras apabila sudah matang atau tua. Secara tidak langsung mesej yang disampaikan ialah proses mendidik anak lebih mudah pada peringkat kanak-kanak berbanding apabila mereka sudah dewasa. Peribahasa ini masih lagi digunakan dalam masyarakat Melayu sampai sekarang. Dalam perkahwinan masyarakat Melayu terdapat pelbagai adat yang dijalankan. Ia termasuklah menggunakan daun sireh untuk dijadikan sireh junjung semasa majlis meminang dan juga semasa majlis perkahwinan. Penggunaan daun sireh adalah sebagai satu lambang utama semasa majlis peminangan terutamanya bagi masyarakat Melayu dahulu, telah memberikan satu inspirasi kepada pengkarya menjadikannya sebagai ragam hias dalam kraf tradisional. Antara kraf yang menggunakan ragam hias daun sireh ialah pada batik-batik tradisional Melayu. Penggunaan daun sireh juga bukan sahaja digunakan semasa majlis peminangan tetapi juga digunakan dalam perubatan Melayu tradisional.Ukiran merupakan satu karya yang dihasilkan melalui kerja tangan yang sangat halus dan mengambarkan kreativiti yang sangat tinggi yang ada pada pembuatnya. Seni ukir dapat dilihat pada rumah-rumah orang Melayu, istana-istana di raja, masjid-masjid dan juga alatan-alatan kegunaan harian. Ukiran-ukiran yang dibuat juga mempunyai maksud dan nilai yang tersendiri. Siti Zainon pada tahun 1985 menyatakan bahawa pengaruh kepercayaan agama Hindu sangat menebal dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu sehingga terdapat haiwan-haiwan dijelmakan sebagai tuhan. Oleh yang demikian, motif-motif berunsurkan haiwan seperti motif angkuk berbentuk burung dan juga ikan digunakan kerana haiwan itu dianggap pesuruh yang setia, kuat dan tinggi martabatnya dan dianggap perantara antara mereka dengan tuhan. Sehinggalah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, ukiran kalimah-kalimah berbentuk Islamik seperti Allah, Muhammad, dan sebagainya diukir pada kayu-kayu dan diletakkan pada rumah-rumah dan masjid-masjid. Selain itu, konsep ukiran teratai sering diletakkan pada mimbar-mimbar masjid membuktikan bahawa wujudnya penghayatan Islam di kalangan orang-orang Melayu.

5.0PERKAITAN AKTIVITI MASYARAKAT DENGAN MOTIF RAGAM HIASSeni kraf tradisional Melayu sudah wujud semenjak zaman Neolitik lagi. Penggunaan bahan dari alam semulajadi merupakakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kraf tradisional. Pada masa dahulu, kraf tradisional dihasilkan bertujuan sebagai alat kegunaan harian seperti tikar, tembikar dan sebagainya. Kepelbagaian bentuk motif yang dihasilkan daripada pengaruh alam sekitar mewarnai barangan kraf-kraf tradisional. Terdapat tiga motif utama alam semulajadi yang diaplikasikan pada permukaan kraf tradisional iaitu motif flora, motif fauna dan kosmos iaitu berkaitan dengan cakerawala. Masyarakat Melayu zaman dahulu menjadikan pingiran-pingiran hutan dan tepi-tepi sungai sebagai penempatan mereka. Mereka akan berburu ke hutan untuk mencari sumber makanan dan juga mencari sumber pendapatan seperti rotan, kayu-kayan, haiwan pemburuan dan sebagainya. Selain itu juga, hutan-hutan juga sebagai tempat mereka mencari keperluan harian seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bahan-bahan untuk ubat-ubatan. Oleh kerana itu, motif-motif daripada flora dan fauna dijadikan sumber motif dalam menghasilkan ragam hias pada permukaan kraf tradisi. Banyak motif berbentuk flora dan fauna dijadikan ragam hias pada batik, tembikar, anyaman, ukiran dan sebagainya. Antara motif-motifnya ialah buluh, rebung, cempaka, anggerik, burung, ikan dan pelbagai lagi.Selain itu juga, kebanyakkan masyarakat zaman dahulu terlibat dengan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi yang dijalankan di kawasan bukit dan juga daratan lembah. Terdapat tukang-tukang kraf menjadikan motif padi sebagai ragam hias dalam kraf yang mereka hasilkan. Motif ini bukan sahaja menarik tetapi juga menurut kepercayaan masyarakat Melayu dahulu semangat padi yang dijaga oleh makhluk halus yang boleh menghasilkan tanaman yang baik. Motif-motif padi banyak dihasilkan pada permukaan barangan kraf seperti tikar, tekat dan tembikar.Semua sudah maklum bahawa tumbuhan-tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat dahulu. Pada masa dahulu, kaum lelaki akan masuk ke hutan untuk mencari sumber makanan dan juga sumber yang boleh dijadikan pendapatan mereka. Manakala kaum wanita akan duduk di rumah untuk menjaga anak dan memasak. Kebiasaan kaum wanita akan menggunakan bahan perasa sebagai aroma bagi menaikkan rasa masakan. Bunga cengkih dan lawang biasanya digunakan di dalam masakan Melayu. Maka, kedua-dua perasa ini dijadikan motif yang sering digunakan di dalam menghasilkan kraftangan tradisional. Ragam hias yang bermotifkan pandan yang terdapat pada tenunan songket Melayu misalnya digunakan oleh kaum ibu sebagai pewangi dalam masakan dan juga sebagai pewarna. Selain itu juga, ada motif-motif daripada alam semula jadi yang dijadikan ragam hias sering digunakan dalam upacara adat dan keagamaan. Mereka menjalankan aktiviti ini bertujuan untuk memperolehi sesuatu hajat. Penggunaan daun kelapa misalnya dalam upacara ritual dipercayai digunakan untuk menghalau roh jahat dan juga digunakan semasa kanak-kanak berkhatan yang dipercayai dapat menghilangkan sakit semasa berkhatan. Daripada aktiviti keagamaan ini, penghasil kraftangan menjadikannya sebagai motif ragam hias. Contohnya ukiran-ukiran Wau adalah satu kraf tradisi negara dan telah dimainkan sejak berzaman sehinggalah sekarang. Masyarakat Melayu zaman dahulu akan memainkan sukan tradisi ini apabila berakhirnya musim menuai padi atau apabila musim tengkujuh tiba. Tempoh masa antara ini, mereka akan mengadakan majlis-majlis keramaian dan juga perlawanan permainan tradisional termasuk wau. Ketika itu, masing-masing akan cuba menghasilkan wau yang berbagai-bagai bentuk dan menghiasainya dengan ragam hias yang halus dan menarik. Selain itu juga, permainan tradisional ini juga merupakan satu aktiviti yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada waktu petang atau masa lapang setelah penat bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Penghasilan ragam hias wau sedikit sebanyak berkait rapat dengan kegiatan harian dan ekonomi yang mereka jalankan. Motif-motif berbentuk flora dan fauna seperti pucuk rebung dan bunga matahari banyak dihasilkan pada wau.

6.0PENUTUPKraf tradisi merupakan satu peninggalan nenek moyang kita yang sangat berharga. Ia melambangkan identiti atau kebudayaan sesuatu bangsa. Kraf tradisi merupakan satu proses penghasilan hasil seni yang memerlukan kreativiti dan kemahiran yang sangat tinggi.Kraf-kraf yang dihasilkan cukup indah dan mempunyai pelbagai maksud yang diterjemahkan melalui motif-motif dan corak-corak yang dihasilkan. Biasanya, barang-barang kraf tradisi ini dihasilkan untuk digunakan sebagai peralatan harian, upacara keagamaan atau upacara adat resam, aktiviti riadah dan pelbagai lagi. Warisan seni kraf masih lagi diperlihara sehingga kini seperti tenunan songket, batik, gasing, wau, anyaman, tekat, tembikar, dan perhiasan diri.Keunikan atau kecantikan sesuatu hasil kraf adalah terletak pada motif ragam hias yang dihasilkan. Ragam hias yang menghiasi setiap kraf mempunyai cerita dan maksud tertentu. Reka corak yang dihasilkan dipengaruhi dengan budaya dan juga aktiviti seharian masyarakat setempat. Penggunaan motif flora, fauna dan geometri banyak dijadikan ragam hias pada kraf-kraf tradisi. Begitulah istimewanya masyarakat Melayu zaman dahulu. Mereka kaya dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan alam sekitar. Mereka menggunakan alam sekitar ini untuk melakukan pelbagai aktiviti sama ada sebagai sumber makanan, perubatan, kesenian, pendidikan, adat dan kepercayaan, dan sebagainya. Mereka menggunakan bentuk bunga, haiwan dan kosmos sebagai motif pada kraf-kraf tradisi. Kini, motif ragam hias ini telah dipelbagaikan bentuk dan rupanya bergantung pada kreativiti pembuatnya. Kesimpulannya, kraf tradisi ini ia merupakan satu harta berharga bukan sahaja untuk bangsa Melayu tetapi juga kepada negara Malaysia. Ia harus sentiasa diperlihara dari satu generasi ke satu generasi agar ia tidak lupus ditelan dengan arus kemajuan dan kemodenan pembangunan.

7.0RUJUKANKhairuddin Talib. ( Oktober 2011 ). Kraf Tradisional.Open University Malaysia : Meteor Doc. Sdn. Bhd.Khatleen Chee. ( 2006 ). SPM focus U : Pendidikan Seni Visual. Bandar Baru Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Mohamad Nazri Ahmad. ( 2000 ). Siri Kraf Tangan : Batik & Seni Ukiran Keris. KualaLumpur : Pustaka Mawar.

Mohamad Nazri Ahmad. ( 2000 ). Siri Kraf Tangan : Seni Anayaman. Kuala Lumpur : Pustaka Mawar.

1