assigment psv sem 4

3
IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012 1.0 Pendahuluan Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah amat penting mengetahui dan memahami keempat-empat bidang daripada segi alatan dan teknik untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran PSV.Pengajaran dan pembelajaran tersebut mestilah dirancang berlandarkan Kurikulum KBSR/KSSR. Keempat-empat bidang tersebut ialah bidang menggambar,membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Bidang Menggambar Bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara aktiviti menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. Menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Ini .membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Seterusnya dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Membuat Corak dan Rekaan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. PSV 1

Upload: linda-md-akhir

Post on 27-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

IPGK IPOH AMBILAN FEBRUARI 2012

1.0 Pendahuluan

Sebagai seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah amat penting mengetahui dan memahami keempat-empat bidang daripada segi alatan dan teknik untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran PSV.Pengajaran dan pembelajaran tersebut mestilah dirancang berlandarkan Kurikulum KBSR/KSSR.

Keempat-empat bidang tersebut ialah bidang menggambar,membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.

Bidang MenggambarBidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara aktiviti menggambar ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.

Menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Ini .membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.Seterusnya dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.Membuat Corak dan Rekaan Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:i. Corak tidak terancang Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.ii. Corak terancang secara:Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat BinaanBidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.

Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Bidang Mengenal Kraf TradisionalBidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan sertamengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.PSV 2