assigment kissm
DESCRIPTION
assigment kissm 2010TRANSCRIPT
Bahagian A
Tugasan individu
SOALAN 1B
a) Jelaskan syarat dan kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh ketua
jabatan untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut.
b) Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Guru C.
1
Guru C ialah guru yang berdedikasi dan pernah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Tasek Kesuma Kajang. Beliau telah dinaikkan pangkat ke
Gred 44 (Hakiki) dan ditempatkan di kawasan pedalaman sebagai Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau
Sebatik, Tawau, Sabah.
1.0 Pengenalan
Semua orang dalam sesuatu perkhidmatan sememangya mengimpikan kenaikan
pangkat. Dengan adanya kenaikan pangkat ini seseorang itu akan menikmati ganjaran
yang selaras dengan pangkat yang telah diberikan kepada beliau. Antara contoh
keistimewaan yang bakal diperolehi sekiranya seseorang penjawat awam mendapat
kenaikan pangkat ialah dari segi gaji, kuasa dan juga elaun yang dibayar kepada beliau.
Definisi untuk kenaikan pangkat ialah peningkatan jawatan secara hakiki dari satu gred
yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama.
Di dalam situasi ini, guru tersebut telah mendapat kenaikan pangkat. Beliau telah
dinaikkan pangkat ke Gred 44 (Hakiki) dan ditempatkan di kawasan pedalaman. Beliau
telah berpindah dari sebuah sekolah di bandar di Semenanjung Malaysia ke sebuah
sekolah pedalaman di negeri Sabah.
2
2.0 Syarat kenaikan pangkat
Berikut adalah antara syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh ketua jabatan
untuk memperakukan kenaikan pangkat seseorang guru.
i. Berasaskan merit.
Merit digunakan sebagai pengukur untuk megukur seseorang penjawat awam
dinaikkan pangkat. Berikut merupakan instrument dan kaedah dalam
menentukan merit kenaikan pangkat temuduga, peperiksaan/ujian, kursus juga
digunakan selain kaedah atau kriteria lain yang sesuai.
ii. Sokongan Ketua Jabatan.
Untuk seseorang itu dinaikkan pangkat, beliau mestilah mendapat sokongan
ketua jabatan. Ketua Jabatan haruslah berpuas hati dengan kemampuan dan
kelayakan bawahannya barulah ia akan disokong untuk dinaikkan pangkat. Ini
kerana, Ketua Jabatan adalah orang yang mengetahui segala kemampuan dan
kebolehan anak buahnya. Tanpa sokongan dari Ketua Jabatan maka seseorang
itu tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
iii. Kecekapan dan prestasi kerja pegawai selama 3 tahun berturut-turut.
Prestasi kerja dan kecekapan pegawai juga diambilkira untuk kenaikan pangkat.
Prestasi kerja selama tiga tahun berturut-turut akan dinilai. Sekiranya prestasi
kerja pegawai ini memenuhi syarat maka ia akan dipertimbangkan untuk
pangkat. Ia dilihat dari Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun
terakhir dengan wajaran seperti berikut :-
a) Tahun Pertama – 20%
b) Tahun Kedua – 35%
c) Tahun Ketiga – 45%
Jumlah = 100
3
iv. Tiada menerima sebarang tindakan tatatertib.
Sebarang tindakan tatatertib yang pernah diambil terhadap seseorang pegawai
mungkin akan menyebabkan masalah untuk dipertimbangkan untuk kenaikan
pangkat. Ini kerana sekiranya pegawai itu pernah dikenakan tindakan tatatertib
maka ia akan menggambarkan bahawa pegawai tersebut tidak telus dan tidak
bertanggungjawab terhadap tugasnya. Antara tindakan tatatertib yang mungkin
boleh diambil terhadap seseorang penjawat awam ialah penahan kerja dan
digantung dari tugas.
v. Pengistiharan harta.
Setiap pegawai kerajaan mestilah mengisytiharkan hartanya. Pengisytiharan
harta ini mestilah dibuat setiap tiga tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh
membuatkan pegawai tersebut disoal. Proses pengisytiharan harta ini juga akan
menunjukkan sikap jujur pegawai tersebut. Pengisytiharan harta ini boleh
mengelakkan gejala rasuah berlaku dalam perkhidmatan awam.
vi. Keutuhan pegawai
Keutuhan pegawai di sini boleh dilihat dari segi moral pegawai. Antara sikap
moral yang perlu ada pada seseorang pegawai adalah seperti bersikap amanah,
bertanggungjawab, berhemah tinggi, kerajinan dan keadilan. Huraian bagi
amanah ialah sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan
dan keyakinan orang lain. Tanggungjawab pula ialah kesanggupan diri
seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna. Berhemah tinggi pula bermaksud beradap sopan dan berbudi pekerti
mulia dalam pergaulan seharian. Dalam erti kata lain pegawai harusmenjaga
nama baik kerajaan, memberi imej bersih kepada penjawat awam, berdedikasi
dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah dalam menjalankkan tugas
yang diberikan.
4
3.0 Kriteria
Berikut pula merupakan kriteria yang diperuntukkan untuk seseorang yang akan
dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat:
i. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai.
Dari segi kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, seseorang
pegawai tersebut haruslah memenuhi perkara-perkara ini. Pegawai tersebut
tidak akan dinaikkan pangkat sekiranya beliau tidak layak untuk memegang
jawatan tersebut. Ini kerana ia akan menyebabkan organisasi akan mengalami
masalah terutamanya dalam aspek pengurusan. Selain itu pegawai tersebut
harus juga mahir dalam bidang yang diterajuinya. Beliau haruslah mempunyai
pengetahuan yang tinggi dari semua bidang terutamanya dalam bidang kerjanya
sendiri. Perkara-perkara tersebut boleh juga diukur dari berapa tahun
pengalaman seseorang pegawai dalam bidang yang diceburinya. Ini kerana
banyak perkara dan pengetahuan akan dipelajari melalui pengalaman yang tidak
mungkin dapat dipelajari secara formal di dalam buku atau melalui mana-mana
individu yang lain.
ii. Sifat peribadi; kesesuaian dengan jawatan atau pangkat beliau yang baru.
Sifat peribadi yang paling penting untuk seorang pegawai ialah amanah. Ini
kerana dengan dinaikkan pangkat maka tanggungjawab yang diberikan kepada
seseorang pegawai itu adalah semakin besar. Begitu juga dengan kuasa yang
ada padanya. Sekiranya beliau tidak amanah maka akan berlaku masalah salah
guna kuasa dan masalah tidak dapat menjalankan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan kepadanya sesuai dengan jawatan.
5
iii. Potensi dan kepimpinan.
Seseorang yang dilihat mempunyai potensi dalam bidang pengurusan dan
mempunyai pengalaman akan dipertimbangkan untuk memegang kedudukan
sebagai pemimpin sesuai dengan potensi yang ada padanya. Kepimpinan ini
penting kerana ia akan digunakan untuk mengawal keadaan sekiranya beliau
berada di tahap yang lebih tinggi, yang mana beliau akan menguruskan orang
yang berada di bawah kendaliannya.
iv. Kegiatan luar dan sumbangan pegawai terhadap masyarakat dan negara.
Kegiatan luar, sumbangan terhadap masyarakat dan negara. Ini merupakan satu
lagi syarat untuk kenaikan pangkat. Untuk dinaikkan ke satu lagi tahap,
seseorang itu mestilah mempunyai sumbangan sama ada terhadap organisasi
mahupun terhadap masyarakat dan ianya diiktiraf. Selain itu dari sumbangan
secara langsung, hubungan yang baik dengan pihak lain juga diambil kira
sebagai sumbangan yang tidak langsung. Seseorang yang mempunyai pangkat
yang tinggi semestinya mempunyai pergaulan dan perhubungan yang amat baik
dengan orang lain. Ini dapat dilihat daripada kerjasama yang diberikan
contohnya dalam sesuatu kerja kumpulan yang dilakukan bersama-sama.
v. Aspek lain yang difikirkan relevan.
Selain dari perkara-perkara yang telah disebutkan di atas seseorang pegawai
akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat sekiranya beliau difikirkan layak
di atas sebab-sebab lain yang difikirkan relevan oleh jabatan. Antaranya ialah
keperluan di jabatan untuk mengisi kekosongan jawatan.
6
4.0 Jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Guru C
Berikut pula merupakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh
Guru C sebagai ganjaran kepada beliau yang mendapat kenaikan pangkat dan telah
diarahkan untuk berpindah dari Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah. Definisi elaun
dalam Dewan edisi keempat elaun merupakan bayaran yang diberikan kepada
seseorang secara tetap kerana menjalankan tugas. Antara elaun-elaun yang boleh
dituntut ialah elaun keraian, elaun kesukaran, elaun wilayah, elaun angkut barang dan
paking, elaun makan, elaun perbatuan dan lain-lain. Elaun ini merupakan satu
kemudahan kepada penjawat awam untuk melaksanakan kerja di luar pejabat dengan
penuh dedikasi. Selain itu ia juga dapat mengurangkan beban pegawai di satu-satu
kawasan beliau bertugas;
i. Elaun keraian.
Elaun keraian merupakan elaun yang dibayar kepada pegawai kerajaan bagi
tujuan meraikan tetamu dan orang kenamaan kerajaan atau sebagai imbuhan
tambahan kerajaan. Elaun untuk gred DG44 ialah sebanyak RM500. Kelayakan
untuk mendapat elaun ini ialah ia akan dibayar terus kepada kategori iii iaitu
pegawai yang bergaji RM3,228.00 ke atas. Pegawai di bawah kategori iii juga
layak sekiranya mendapat kelulusan JPA berdasarkan sifat tugasnya. Surat
pekeliling perkhidmatan: SPP 8/80, PP 9/91.
ii. Elaun kesukaran.
Elaun kesukaran ialah elaun yang dibayar kepada pegawai yang bertugas di
pedalaman. P1, P2 dan P3 merupakan gred bagi tahap kesukaran sesuatu
tempat yang dikatakan sebagai pedalaman. Bayarannya pula ialah P1=RM500,
7
P2=RM750 dan P3=RM1000 P4=RM1250, P5=RM1500. Diberi kepada anggota
yang berkhidmat di kawasan terpencil berdasarkan kriteria berikut:-
a) kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan elektrik)
b) kemudahan awam yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon
awam dan kemudahan perubatan) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2000.
iii. Elaun wilayah (17% dari gaji pokok).
Dibayar kepada pegawai kerajaan yang bertukar wilayah. Dalam kes ini pegawai
tersebut telah ditukarkan dari wilayahnya iaitu di Selangor dan ditukarkan ke
negeri Sabah. Maka dengan ini pegawai ini layak untuk menuntut elaun wilayah.
Elaun ini merupakan elaun wilayah tempat berkhidmat. Elaun wilayah ini
merupakan elaun yang telah diperuntukkan khusus untuk penjawat awam. Surat
pekeliling perkhidmatan berkaitan ialah SPP6/87, SPP2/90, SPP9/91,
SPP11/2001 Pindaan JPA(S)63/151/KLT.9(21) BTH 30.04.2002
Kadar yang dibayar adalah seperti berikut :-
Lingkungan Gaji
(termasuk Elaun Pemangkuan)
Peratusan Daripada Gaji Yang
Diterima
RM4340.60 dan ke atas 12.5
RM4340.50 – RM2534.40 15
RM2534.39 – RM1283.70 17.5
RM1283.69 – RM778.80 20
RM778.79 – RM553.30 22.5
RM553.29 dan ke bawah 25
iv. Elaun angkut barang dan paking (ikut resit dan munasabah)
8
Untuk berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain maka barangan turut akan
dibawa bersama. Maka dengan ini tuntutan bagi elaun ini penting kepada Cikgu
C kerana ia akan memudahkan beliau untuk mengangkut barang-barang
keperluan diri dan keluarga dari semenanjung ke Sabah.
v. Elaun perbatuan.
500 km pertama 70 sen/km
501-1000 km 65 sen/km
1001-1700 km 55 sen/km
1700 km dan seterusnya 50 sen/km
Berikut adalah jadual yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada Cikgu C
dalam membuat tuntutan perjalanan beliau dari Selangor ke Pulau Sebatik,
Sabah. Jarak tempat baru bertugas Cikgu C melebihi jarak perjalanan
(perbatuan) yang ditetapkan, oleh itu Cikgu C layak membuat tuntutan
perjalanan.
.
9
5.0 Penutup
Jika kita melihat di sini, terdapat banyak perkara yang jabatan akan pertimbangkan
untuk menaikkan pangkat seseorang penjawat awam. Ia perlu dilakukan secara teliti
agar kepentingan organisasi dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara
tidak langsung dapat dijaga. Ini juga adalah kerana kebajikan rakyat juga dapat dijaga
sekiranya golongan ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.
Bagi elaun-elaun pula secara keseluruhannya, segala elaun ini diberikan kepada
penjawat awam dapat dilihat sebagai satu daripada pengiktirafan kerajaan terhadap
kepentingan penjawat awam dalam jentera pembangunan kerajaan. Ia diharap dapat
memantapkan lagi perkhidmatan awam. Selain itu ia diharap agar beban seseorang
pegawai dalam sesuatu perkara dapat diringankan. Selain itu juga ia diberikan agar
kerajaan dapat menjaga kebajikan penjawat awam.
10