soalan kissm

Upload: tan-siow-chee

Post on 05-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    1/32

    Soalan 1A

    Encik Azlim adalah seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah

    biasakerajaan pada tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki

    rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan

    lingkungan 20km dari pejabatnya.

    Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasakerajaandan apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri

    melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan.

    Jawapan Soalan 1A1.0 Pengenalan

    Setiap penjawat awam yang berkelayakan boleh memohon untuk menggunakan

    kemudahan perumahan kerajaan yang telah dibina untuk kemudahan kakitangankerajaan.

    Di seluruh negara, pihak kerajaan telah membina banyak kemudahan bagikakitangannya bagi memudahkan mereka untuk mendapat rumah sebelum mereka

    mendapat tempat tinggal sendiri.

    Namun begitu, bagi memastikan harta kerajaan ini sentiasa berada dalam keadaan

    yang baik dan terjaga, terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan bagi setiap

    penjawat awam yang mendiami rumah kerajaan supaya mereka menjaga rumah yang telah

    diberikan dengan sewajarnya.

    Sebagai contoh Encik Azlim ini, terdapat beberapa perkara yang perlu beliau titik

    beratkan ketika menghuni rumah kerajaan.

    Antaranya adalah seperti dibincangkan di bawah.

    2.0 Tanggungjawab semasa menduduki rumah biasa Kerajaan

    2.1 Pegawai mesti patuh peraturan-peraturan dalam Bab E

    Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan atau sesebuah

    rumah yang disewakan khas untuknya oleh kerajaan, akan dikehendaki

    mematuhi peraturan-peraturan dalam bab ini.

    2.2 Meminda rumah adalah dilarang

    Pegawai-pegawai adalah dilarang membuat tambahan atau pindaan kepada

    mana-mana bahagian dalam atau luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu

    daripada JKR setempat.

    Mereka juga akanbertanggungjawab atas apa-apa kerosakan atau kekurangan

    kepada bangunan atau perabot-perabot di dalamnya yang bukan disebabkan oleh

    penggunaan yang sepatutnya.

    2.3 Menyewa dilarang

    Pegawai-pegawai adalah dilarang daripada menyewakan mana-mana bahagian

    rumah yang telah diperuntukkan kepadanya. Selain daripada keluarga dan orang-

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    2/32

    orang gajinya, serta tetamu- tetamu sementara, tidak ada orang yang boleh

    dibenarkan tinggal dalam rumah tersebut.Sesebuah rumah

    itu juga tidak boleh digunakan selain daripada tempat kediaman pegawai

    sendiri.

    2.4 Larangan menternak binatang

    Pegawai-pegawai adalah dilarang memelihara atau menternak binatang

    ternakan, termasuk ayam itik, di mana-mana bahagian rumah,dibawahnya atau dalam kawasannya.

    2.5 Tanggungjawab membersihkan kawasan

    Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah

    Kerajaan menjaga dengan sebaik-baiknya kebersihan dalam rumah dan juga

    dalam kawasan rumahnya, termasuk kerja-kerja memotong rumput dan

    membuang sampah sarap seperti tin-tin kosong, botol-botol dan lain-lain

    lagi.

    2.6.1 Tanggungjawab melaporkan kerosakan

    Tiap-tiap pegawai adalah dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya

    apa-apa kerosakan atau kekurangan tentang rumah yang didudukinya apabila sahaja

    kerosakan atau kekurangan itu berlaku atau diketahui. Laporan ini hendaklah dibuat

    di atas borang permintaan JKR yang berkenaan. Kegagalan pegawai

    melaporkan hal ini boleh mewajibkannya membayar sebahagian atau semua

    perbelanjaan membaiki atau mengganti yang diperlukan.

    2.6.2 Pegawai kena bayar kerosakan yang disebabkannya

    Mana -mana kerosakan atau kekurangan kepada alat-alat perkakas rumah

    kerajaan, pegawai boleh dikehendaki membayar semua atau sebahagian

    daripada belanja membaiki atau mengganti.

    2.7 Laporan memasuki rumah

    Pegawai yang ingin memasuki rumah kerajaan hendaklah melaporkan tarikh

    memasuki rumah tersebut. Seorang pegawai yang berpindah dari rumah

    kerajaan hendaklah melaporkan kepada pihak JKR sebelum 14 hari.

    3.0 Laporan tarikh masuk kepada Pegawai Perumahan

    Pegawai dikehendaki melaporkan tarikh sebenar ia masuk ke rumah tersebut kepada

    Pegawai Perumahan yang akan memberitahu Ketua Pejabatnya supaya memotong sewa

    dari gajinya pada tiap-tiap bulan. Salinan-salinan pemberitahuan Pegawai Perumahan

    itu hendaklah juga dihantar kepada Akauntan Negara dan Juruaudit negara.

    3.1 Laporan kosongkan rumah

    Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah Kerajaan hendaklah

    melaporkan hal itu kepada Jabatan Kerja Raya setempat dan juga Pegawai

    berkenaan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mengosongkan rumah

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    3/32

    tersebut

    3.2 Pegawai mesti menyerahkan kunci dll.

    Pegawai juga dikehendaki menyerahkan semula kunci rumah kepada JKR

    setempat apabila beliau telah berpindah bersama-sama dengan semua alatan dan

    perabot yang sedia ada di dalam rumah tersebut.

    3.3 Langkah yang perlu diambil selepas memiliki rumah sendiri melalui pembiayaankerajaan

    Pegawai keraiaan yang memiliki rumah sendiri melalui pembiayaan perumahan

    kerajaan dalam lingkungan 25 km dikehendaki mengosongkan rumah

    kerajaan apabila memiliki melalui skim tersebut siap dan selamat diduduki.

    Tempoh mengosongkan rumah biasa kerajaan tersebut adalah 45 hari dari

    tarikh rumah siap dan selamat diduduki mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 13,

    Tahun 2007. Pegawai juga boleh menuntut elaun perpindahan secara "lump sum" bagi kali

    pertama.

    4.0 Penutup

    Sebagai seorang penjawat awam, sewajarnya kita menghargai segala

    kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk digunakan

    semua kakitangan kerajaan. Apabila menggunakan harta kerajaan,

    sewajarnya harta-harta ini dijaga seperti amanah yang telah diberikan oleh

    majikan kita kerana harta ini turut dikongsi dengan kakitangan awam yang lain dan

    bukanlah hak milik kekal kita. Ingatlah hak-hak penjawat lain yangakan menghuni

    rumah kerajaan yang kita duduki sekarang dan jagalah kemudahan yang diberi

    dengan sebaik mungkin agar dapat digunapakai oleh individu lain di masa akan

    datang.

    SOALAN KISSM 2APerkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota

    organisasiharus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran

    yangmencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungiawab

    mereka.Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan

    perkhidmatanyang lebih efisien dan efektif. Untuk itu, setiap anggota

    organisasi hendaklahsentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan

    dan kemahiran yang sediaada.Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam

    (INTAN), 1991: 55

    Bincangkan bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat

    meningkatkantahap profesionalisme keguruan selaras dengan teras kelima

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    4/32

    dalam Pelan IndukPembangunan Pendidikan 2006-2010

    Jawapan Soalan 2A

    1.0 Pengenalan

    Teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 adalah

    untuk mengangkat martabat profesyen keguruan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk

    meningkatkan kembali kembali taraf profesionalisma kerjaya ini di mata masyarakat.

    Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak insiden-insiden yang kurang

    menyenangkan yang melibatkan institusi pendidikan tanah air baik dari segi sistemnya

    mahupun dari segi pelaksana dasar itu sendiri iaitu guru dan juga seterusnya para pelajar

    semua.

    Guru yang merupakan nadi utama dalam menggerakkan sistem pendidikan

    seharusnya memberi sepenuh perhatian dan daya usaha mereka dalam memartabatkan

    profesyen ini agar kembali dihormati dan diyakini oleh golongan masyarakat amnya.

    Banyak yang perlu dijadikan amalan dalam budaya kerja guru hari ini agar kerjaya

    sebagai seorang guru akan terus disanjung tinggi di mata masyarakat.

    BerdasarkanPIPP, terdapat beberapa aspek yang boleh dijadikan panduan dan amalan

    bagi para guru.

    2.0 Amalan untuk meningkatkan profesionalisme keguruan

    2.1 Mengamalkan budaya ilmu.

    2.1.1 Pembelajaran sepanjang hayat Budaya ilmu merupakan kunci kepada

    kecemerlangan sebuah tamadun.

    Tanpa ilmu pengetahuan, walau sehebat mana ataupun sekaya

    mana sesebuah negara itu, rakyatnya tidak akan dapat

    menggunakan segala kelebihan yang mereka miliki untuk memajukan dirisendiri dan juga negara.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    5/32

    Maksud budaya ilmu adalah seperti amalan suka membaca, bertukar-

    tukar idea untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran

    dengan guru-guru lain terutamanya guru- guru cemerlang dan juga

    amalan sentiasa dahagakan ilmu-ilmu baru yang sememangnya banyak

    terdapat samada di dalam buku mahupun mahupun dalam kursus-kursusyang

    disediakan oleh pihak kementerian.

    2.1.2 Mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun

    Sepanjang tahun dalam kalendar persekolahan, terdapat banyak jenis

    kursus yang disediakan untuk para guru di seluruh pelusuk negara.

    Kursus yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran ini secara amnya

    adalah bagi memberi latihan kepada guru-guru agar mereka

    sentiasa memiliki kemahiran terkini dalam dunia pendidikan. Kemahiran dan

    maklumat yang disampaikan ketika kursus ini pula mesti dibawa balik dan

    disampaikan pula secara inhouse kepada guru-guru lain agar

    ilmu yang diperoleh ketika berkursus turut sama dikuasai oleh guru-guru di

    sekolah. Setiap guru mesti memenuhkan sekurang- kurang 7 hari dalamsetahun dengan menghadiri kursus sama ada kursus panjang atau

    pendek.

    2.1.3 Menghadiri seminar, forum dan bengkel

    Aktiviti seperti ini biasanya bersifat pendek dan tidak mengambil masa

    yang terlalu lama. Seperti juga kursus, seminar, forum dan juga bengkel akan

    dapat memberi maklumat yang berguna kepada para guru agar

    mereka sentiasa peka dengan perkembangan terkini dunia pendidikan.

    2.1.4 Mengamalkan budaya membaca

    Membaca merupakan jambatan ilmu. Jika seorang guru itu ingin

    melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya, maka buku

    seharusnya menjadi teman rapat dan sentiasa dibawa ke mana sahaja.

    Pada masa kini, murid-murid seawal usia 6 tahun sudah memiliki

    tahap berfikir yang setanding dengan kanak-kanak lain yang lebih dewasa dari

    mereka. Kadang kala soalan yang diajukan kepada guru-guru mereka juga adalah

    beraras tinggi dan di luar imaginasi orang yang lebih dewasa. Bagi seorang

    guru yang mempunyai pengetahuan yang luas hasil dari amalan membacayang diamalkan, tidak menjadi satu masalah bagi mereka untuk

    menerangkan segala bentuk soalan yang diajukan yang diajukan oleh

    murid-muridnya.

    2.1.5 Membuat penyelidikan

    Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota

    organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan

    kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan

    tanggungiawab mereka. Penyelesaikan masalah secaraprofesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisiendan efektif. Untuk

    itu,setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    6/32

    meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia ada.

    2.2 Kreatif dan inovatif

    2.2.1 Sentiasa mencari kaedah-kaedah terbaru

    Guru yang cemerlang dan inovatif biasanya mempunyai sikap yangkreatif dalam memperbaharui ilmu-ilmu berkaitan pedagogi yang

    dimilikinya. Kini terdapat banyak kaedah-kaedah mahupun

    pendakatan yang pelbagai yang boleh digunakan agar murid- murid

    lebih cepat memahami dan menguasai kemahiran yang diajar. Sentiasa

    mempelbagaikan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

    mengelakkan murid-murid merasa bosan dan sentiasa

    membuatkan murid-murid berminat dengan apa yang diajar.

    2.2.2 Sentiasa menggunakan teknologi terkini dalampengajaran

    Teknologi terutamanya yang melibatkan ICT dalam penyediaan bahan

    bantu mengajar amat popular di kalangan guru-guru disekolah dalam

    menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Metod yang digunakan ini

    didapati amat sesuai dalam menarik minat murid-murid agar lebih

    fokus dengan apa yang diajar. Penggunaan teknologi juga memudahkan

    lagi tugas guru dalam pengajaran di mana sebagai contoh, dengan

    menggunakan projektor LCD, guru dapat menjimatkan masa untuk menulis dipapan

    putih dan paparan yang boleh dihasilkan juga amat menarik.

    2.2.3 Penggunaan bahan-bahan pengajaran yang pelbagai

    Selain daripada pengunaan ICT dalam menyediakan bahan bantu

    mengajar, bahan-bahan maujud lain juga yang sesuai boleh digunakan dalam

    membantu pengajaran. Dengan menggunakan pelbagai bahan ini, murid

    akan lebih terangsang minda mereka untuk belajar dan pengalaman

    menimba ilmu akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

    2.3 Meningkatkan Integriti

    2.3.1 Akan menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas

    Guru merupakan satu tugas yang amat mulia samada dari segi

    kemanusian mahupun di sisi agama. Jadi sebagai seorang guru yang

    baik, seharusnya tugas yang diberi dijalankan dengan jujur dan ikhlas

    agar ilmu yang diajarkan kepada murid-murid mendapat keberkatan.Tanpa rasa keikhlasan hati adalah amat sukar bagi seorang guru itu untuk

    membentuk peribadi murid-muridnya agar menjadi insan yang baik dan berguna serta

    berjaya dalam semua aspek kehidupan.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    7/32

    2.3.2 Tidak akan melakukan penyelewengan terhadap tugas dan harta awam

    Semua harta kerajaan seharusnya digunakan dan dijaga dengansebaik-

    baiknya kerana semua kemudahan yang diberi kepada guru-guru itu

    bukan hak mutlak mereka sebaliknya akan diguna semula oleh orang lain

    yang selayaknya. Jadi seorang penjawat awam terutamanya guru

    jangan sekali-kali melakukan penyelewengan terhadap segala amanah yangdiberikan kepadanya samada dalam tugas mahupun harta kerajaan

    yang dipinjamkan untuk memudahkan tugas seorang guru itu.

    2.3.3 Akan menjalankan sebarang tugas dengan penuh telus

    Seorang guru juga perlu memiliki sikap yang sentiasa tulus dalam

    melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan

    telusdalam semua perkara. Guru menjadi contoh dan teladan kepada

    murid-murid, jadi peribadi yang telus akan memberi gambaran

    yang baik kepada murid-murid akan kemuliaan tugas seorang guru itu.

    2.3.4 Akan mengguna kuasa dengan adil dan saksama

    Guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah. Jadi seorang guru itu perlu

    adil kepada semua pelajarnya tanpa membezakan latar belakang dan

    juga fizikal murid-murid tersebut. Setiap murid mempunyai hak untuk

    belajar, jadi tugas guru adalah memastikan semua ilmu atau

    kemudahan itu sampai kepada setiap orang murid tanpa pengecualian.

    Penerapan nilai juga perlu, iaitu nilai merentas kurikulum agar sikap yang

    terpuji dapat diterapkan dalam diri setiappelajar secara tidak langsung.

    2.3.5 Membenci sikap tamak dan haloba

    Sikap tamak dan haloba tidak sepatutnya ada dalam diri seorang guru.

    Jika sebaliknya, bagaimana seorang guru itu boleh menjadi contohdan teladan kepada murid-muridnya. Guru juga seharusnya berasa bersyukur

    tentang nikmat yang diperolehi kerana jika dibandingkan dengan

    negara-negara lain, kebajikan guru di Negara ini lebih

    diutamakan dan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan.

    2.4 Meningkatkan akauntabiliti diri

    2.4.1 Dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungiawab

    Tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru itu amat besar.Bukan

    sekadar mengajar, cabaran yang lebih berat adalah untuk mendidik

    murid-murid agar menjadi insan yang berguna. Jadi dengan mempunyai

    sikap baik dan rasa tanggungjawab yang tinggi maka seorang guru

    itu pasti akan dapat melahirkan muri-murid yang cemerlang dan berjasa

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    8/32

    kepada negara.

    2.4.2 Akan memastikan pencapaian objektif dan matlamattugas-tugas dan

    organisasi

    Selain di kelas, guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap organisasi

    sekolah dan juga bertanggungjawab memastikan pencapaian objektif

    yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah. Tugas-tugas selainmengajar yang diberikan juga perlu dilakukan dengan penuh

    dedikasi dan rasa tanggungjawab yang tinggi.

    2.4.3 Sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan, undang-undang yang

    berkuatkuasa serta prosedur dan arahan

    Semua penjawat awam tertakluk kepada undang-undang dan peraturan

    yang telah ditetapkan sebagai seorang penjawat awam.Guru juga

    mempunyai etika kerja yang perlu dijaga dan diutamakan. Dengan sentiasamengikut prosedur dan arahan yang diberi, pasti seorang guru itu tidak akan

    menghadapi sebarang masalah dalam meneruskan kerjayanya sebagai

    seorang pendidik.

    2.4.4 Menjadi cekap dan mengutamakan sikap berhati-hati dan cermat

    Kemahiran dalam pengurusan sumber dan bahan dapat dipupuk secara

    perlahan-lahan jika seorang guru itu seorang yang cekap dan

    bertanggungjawab dengan tugasnya. Semua kemudahan yang disediakan

    perlu digunakan dengan cermat dan berhati-hati. Mereka perlumemastikan tidak ada pembaziran yang menjejaskan penggunaan sumber-sumber

    awam.

    3.0 Penutup

    Tugas utama seorang guru itu adalah mendidik murid-murid supaya setiap

    modal insan yang dilahirkan adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan

    Negara untuk mengisi kekosongan jawatan dan juga sebagai pemimpin-

    pemimpinnegara. Untuk melaksanakan tugas ini, sikap guru yang profesional dan

    juga berintegriti tinggi serta sentiasa ingin memajukan diri sendiri amatdiperlukan.

    Tanpa amalan kerja dan juga sikap yang berakauntabiliti, maka seorang

    guru itu masih belum lagi memiliki ciri-ciri seorang penjawat awam yang

    profesiona ldalam menjalankan tugasnya. Oleh yang demikian, sebagai

    kesimpulannya sikap-sikap dan amalan baik seperti yang telah dibincangkan

    sebelum ini perlu dijadikan garis panduan dalam menjalankan tugas agar guru yang

    cemerlang dapat dilahirkan dan meningkatkan lagi profesionalisma keguruan di negara ini.

    Soalan 1A

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    9/32

    a. Jelaskan prosiding jenayah yang perlu dimulakan terhadap Guru A

    oleh Ketua Jabatan.

    Dalam mana-mana struktur organisasi, tidak terkecuali institusi pendidikan, adalah

    menjadi tanggungjawab dan amanah tiap-tiap pegawai yakni Ketua-Ketua Jabatan

    untuk menjalankan pemerhatian, kawalan dan pengawasan tatatertib dan kelakuan ke ataspegawai- pegawai bawahannya.

    Lebih penting lagi, seorang Ketua Jabatan haruslah membuat pertimbangan dan

    mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap seseorang pegawai yangtelah melakukan

    kesalahan tatatertib ataupun melanggar undang-undang dan peraturan yang telah

    ditetapkan.Peraturan 28(3) menggariskan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam mengambil

    tindakan tatatertib terhadap pegawai yang tertakluk kepada prosiding jenayah.

    Pertama sekali,Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan pertuduhan jenayah

    yang dihadapkan terhadap Guru A daripada Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar

    Mahkamah Seksyen yang mengandungi pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadapGuru A, tarikh dan waktu penangkapan sekiranya Guru A ditangkap, maklumat sama ada

    Guru A dijamin ataupun tidak, dan maklumat-maklumat lain yang relevan.

    Seterusnya, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan kepada Pihak Berkuasa

    Tatatertib, ataupun PBTT, untuk tindakan selanjutnya. BerdasarkanPEKELILING

    PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2008 [JPA(S)TT. 71/3/1 (16)],sekiranya terdapat

    lebih daripada satu peringkat PBTT yang terlibat dengan seseorang pegawai, laporan Ketua

    Jabatan hendaklah dikemukakan kepada PBTT yang mempunyai kuasa untuk mengenakan

    tindakan tatatertib atau hukuman selain daripada turun pangkat atau buang kerja.

    Akhir sekali, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan aduan supaya tindakan

    tatatertib diambil terhadap Guru A dan mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib jenis- jenis

    tindakan tatatertib yang boleh diambil sebelum prosiding jenayah di mahkamah diputuskan.

    Sekiranya Guru A dibebaskan, tiada hukuman akan dikenakan terhadapnya.

    Namun begitu, jika sabit kesalahan, Ketua Jabatan boleh mengesyorkan samada

    pegawai itu dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat, apa-apa hukuman selain

    dibuang kerja atau turun pangkat, ataupun ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan

    awam.

    Kecekapan dan kewibawaan seseorang Ketua Jabatan dalam memantau prestasi dan

    mengawasi kelakuan pegawai-pegawai bawahannya adalah sangat penting untuk

    memastikan perkembangan, kelancaran, dan produktiviti sesebuah organisasi.

    Justeru, seseorang ketua dalam organisasi yang tidak menjalankan kawalan dan

    pengawasan serta gagal mengenakan tindakan tatatertib ke atas pegawai bawahan yang

    melakukan kesalahan boleh disifatkan sebagai pasif dan cuai dalam melaksanakan tugasnya

    dan tidak bertanggungjawab.

    Oleh itu,wajarlah jika sekiranya seseorang ketua dikenakan tindakan tatatertib atas

    kegagalan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    10/32

    b. Huraikan lima jenis hukuman tatatertib yang tidak dengan tujuan

    buang kerja atau turun pangkat yang boleh dikenakan terhadap Guru B

    dan kesannya terhadapkenaikan pangkat guru tersebut.

    Sekiranya seseorang pegawai didapati melakukan kesalahan tatatertib,

    Pihak Berkuasa Tatatertib, atau PBTT, dengan syor Ketua Jabatan, mempunyai kuasauntuk menjatuhkan mana-mana satu hukuman atau apa-apa kombinasi dua atau lebih

    hukumantatatertib iaitu

    (i)amaran,

    (ii)denda,

    (iii)lucut hak emolumen,

    (iv)tangguh pergerakan gaji, dan

    (v) turun gaji.

    Yang pertama, Guru B boleh diberi hukuman amaran atau warning . Hukuman ini

    dilaksanakan apabila seseorang pegawai didapati bersalah dan amaran diberikan

    untuk mengingatkannya bahawa hukuman yang lebih berat akan dikenakan sekiranya

    sesuatukesalahan diulangi.

    Amaran juga adalah sesuai apabila Ketua Jabatan atau pegawai yang mempunyai

    kuasa berpendapat bahawa adalah kurang wajar bagi seseorang pegawai dikenakan

    hukuman yang lebih berat lagi setelah mempertimbangkan keadaan, jenis kesalahan

    tatatertib, dan kelakuan pegawai yang melakukan pelanggaran peraturan.

    Namun begitu, hukuman ini boleh juga dilaksanakan bersama-sama dengan hukuman

    lain bagi kesalahan berat contohnya seperti kes kesalahan tatatertib Guru B. Sebagai

    implikasi daripada hukuman ini, Guru B tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh enam

    bulan atau satu urusun mana terdahulu. Seterusnya, denda atau fire juga boleh dikenakan

    terhadap Guru B berasaskan emolumen ataupun pembayaran gaji dan upah kepadanya.

    Guru B boleh dikenakan denda maksimum yang tidak melebihi amaun yang sama

    dengan tujuh hari emolumen. Selanjutnya, jika Guru B didenda lebih daripada sekali dalam

    satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan terhadapnya tidak boleh melebihi amaun

    yang sama dengan 45% daripada emolumen bulanannya.

    Sebagai kesan terhadap kenaikan pangkatnya, Guru B tidak layak dinaikkan pangkat

    dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu. Lucut hakemolument atau

    forfeiture of emoluments juga merupakan salah satu daripada jenis hukuman tatatertib

    bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang boleh dikenakan terhadap Guru B.

    Lazimnya, hukuman lucut hak emolumen dikenakan bagi kes ketidak hadiran tanpa

    cuti. Oleh hal yang demikian, dalam kes ini, sekiranya Ketua Jabatan telah mengenalpasti

    sama ada sepanjang tempoh perjalanan prosiding jenayah terhadap Guru B, dia juga didapati

    bersalah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa

    sebab yang munasabah, hukuman lucut hak emolumen boleh dijatuhkan. Kesannya, Guru B

    tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 18bulan atau satu urusan mana terdahulu .

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    11/32

    Selain itu, hukuman tangguh pergerakan gaji ataudeferment of salary

    movementboleh dikenakan bagi tempoh tiga, enam, sembilan, atau 12 bulan dan

    dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji Guru B. Sepanjang tempoh hukuman

    ini berkuatkuasa,Guru B tidak berhak menerima pergerakan gaji dan tarikh pergerakan gaji

    akan berubah ketarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman.

    Di samping itu, tarikh pergerakan gaji Guru B akan kekal pada tarikh yang diubah itu

    sehinggalah Guru B mencapai tangga gaji maksimum. Namun begitu, Guru B tidak layakdinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

    Akhirnya, Guru B juga boleh dikenakan hukuman turun gaji atau reduction of salary.

    Antara peruntukan hukuman ini, gaji guru berkenaan akan diturunkan secara mendatar

    dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji.

    Selain daripada tarikh hukuman dijatuhkan, Lembaga Tatatertib juga mempunyai

    kuasa untuk menetapkan tarikh pelaksanaan hukuman. Bagi tempoh hukuman pula,

    penguatkuasaannya tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan.

    Sama dengan hukuman tangguh pergerakan gaji, Guru B tidak berhakmenerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah

    ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Sebagai implikasi, Guru B tidak

    layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian .

    Secara ringkas, lima jenis hukuman tatatertib yang tidak dengan tujuan buang kerja

    atau turun pangkat iaitu (i)hukuman amaran, (ii)denda, (iii)lucut hak emolumen,

    (iv)tangguh pergerakan gaji, dan (v)turun gaji, adalah lebih berat daripada hukuman

    yang sebelumnya. Contohnya,hukuman amaran adalah lebih ringan daripada denda dan lucut

    hak emolumen adalah lebih berat daripada denda. Ini boleh disimpulkan melalui tempoh

    seseorang pegawai tidak layak untuk dinaikkan pangkat sepanjang tempoh pelaksanaan

    hukuman tatatertib, yakni tempoh tersebut untuk hukuman amaran adalah lebih singkat

    daripada hukuman turun gaji.

    KOMPONEN III(Arahan Perkhidmatan & Arahan Keselamatan)

    Tugasan 3 Soalan 3A

    a. Huraikan tindakan yang harus dilaksanakan oleh ketua jabatan bagi

    menguruskan penghantaran dokumen tersebut ke tempat-tempat yang

    berbeza mengikut peringkat keselamatannya berdasarkan Arahan

    Keselamatan.

    Ketua Jabatan bertanggungjawab terhadap keselamatan di jabatan di bawah

    kawalannya termasuklah keselamatan maklumat-maklumat serta dokumen-dokumen penting

    dan rasmi. Oleh itu, Ketua Jabatan haruslah mengambil langkah-langkah mematuhi Arahan

    Keselamatan supaya pengurusan dokumen terperingkat adalah terkawal dan kebocoran

    rahsiakerajaan dapat dielakkan. Ini termasuklah mengemukakan laporan kepada Pegawai

    Keselamatan Kerajaan yang berperanan menasihat, membantu, menjalankanpemeriksaan dan penyiasatan keselamatan di semua jabatan secara bebas apabila

    dikehendaki.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    12/32

    Bagi penghantaran dalam sesebuah pejabat , pengurusan penghantaran dokumen

    terperingkat dibuat menerusi fail terperingkat di antara penjawat awam yang diberi

    kebenaranuntuk mencapai dokumen tersebut. Selain penjawat awam ini, Ketua Jabatan juga

    bolehmemberi kebenaran kepada penjawat lain untuk mengurus penghantaran dalam

    sesebuah pejabat melalui peti atau beg berkunci.

    Ketua Jabatan juga bertanggungjawab untuk memastikan penghantaran atau

    pergerakan fail dibuat melalui Pendaftaran Rahsia iaitu satusistem bagi menerima,memproses, menyimpan, dan menghantar dokumen terperingkat di bahagian

    berasingan daripada dokumen tidak berperingkat.

    Bagi penghantaran ke jabatan lain dalam bangunan, kawasan atau bandar yang sama,

    Ketua Jabatan haruslah memastikan bahawa dokumen semua peringkat, kecuali dokumen

    TERHAD, dihantar menerusi sistem satu lapis sampul surat melalui peti atau beg berkunci

    ataupun menerusi sistem dua lapis sampul surat melalui Utusan Selamat. Dokumen TERHAD

    bolehlah dihantar melalui pos tidak berdaftar manakala dokumen tidak terhad boleh dihantar

    melalui pos biasa atau cara lain yang sesuai.

    Di samping itu, sebarang proses membawa dokumen terperingkat yang SULIT danTERHAD ke luar pejabat haruslah diluluskan kebenarannya oleh Ketua Jabatan. Pengurusan

    penghantaran dokumen terperingkat ke lain-lain tempat di Malaysia ,contohnya ke satu

    bandar atau negeri yang lain, memerlukan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

    Ketua Jabatan haruslah memastikan bahawa pengurusan penghantaran tersebut

    adalahmengikut prosedur yang telah ditetapkan iaitu menggunakan perkhidmatan Semboyan

    atau Utusan Selamat untuk dokumen RAHSIA BESAR dan perkhidmatan Semboyan atau Pos

    Berdaftar A. R. untuk dokumen RAHSIA atau SULIT. Bagi dokumen TERHAD, Ketua Jabatan

    bolehlah meluluskan penghantaran melalui pos biasa.

    Akhir sekali, Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa sebarang penghantaran

    kepada penerima di luar Negara adalah menggunakan sistem dua lapis sampul surat

    dandihantar kepada Pendaftar Rahsia, Kementerian Luar Negeri, ataupun KLN.

    Di KLN, sampul surat dalam akan dihantar dengan kaedah khas ke tempat tujuan di

    luar negara. Sekiranya penghantaran maklumat terperingkat melalui telefon telegraf dan

    perkhidmatan capaian tanpa wayar atau wireless ingin digunakan, Ketua Jabatan perlulah

    mendapat kebenaran daripada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan terlebih dahulu.

    b. Jelaskan jenis-jenis sistem penghantaran dokumen terperingkat

    supaya tidak berlaku kebocoran.

    Dokumen terperingkat ialah dokumen yang mengandungi maklumat dan perkara rasmi

    yang perlu diberi perlindungan untuk kepentingan keselamatan. Berbeza dengan dokumen

    tidak terperingkat yang juga mengandungi maklumat rasmi, dokumen terperingkat ditanda

    dengan peringkat keselamatan sama ada RAHSIA BESAR, RAHSIA SULIT,ataupun TERHAD.

    Walaupun tidak bertanda, dokumen tidak terperingkat tetap perlu diberi perlindungan

    keselamatan secukupnya atas dasar Hak Kerajaan.

    Jenis sistem penghantaran dokumen terperingkat yang pertama ialah sistem satu lapis

    sampul surat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci . Sampul ini hendaklah ditanda

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    13/32

    dengan peringkat keselamatan, nombor rujukan, dan nama serta alamat penerima. Sebelum

    sampul dihantar kepada penerima, ia haruslah dimeteri dengan meteri pejabat yang

    menghantarnya.

    Yang kedua ialah sistem dua lapis sampul surat yang tidak dihantar melalui petiatau

    beg berkunci. Sama dengan sistem satu lapis sampul surat, sampul surat dalamharuslah

    ditanda dengan peringkat keselamatan, nombor rujukan, dan nama serta alamat penerima,

    dan dimeteri dengan meteri pejabat.

    Setelah itu, sampul surat dalam inidimasukkan ke dalam sampul surat kedua yang

    ditulis nama dan alamat penerima dan digam. Selain itu, penghantaran dokumen

    terperingkat juga boleh dilakukan melalui sistempeti atau beg berkunci. Sesebuah jabatan

    atau organisasi yang menggunakan perkhidmatanini akan dibekalkan dengan dua kunci

    keselamatan. Kunci yang pertama dipegang oleh pejabat yang menghantar manakala kunci

    yang kedua pula dipegang oleh pejabat menerima.

    Akhir sekali, Utusan Selamat juga merupakan salah satu jenis sistem penghantaran

    dokumen terperingkat. Penghantaran dokumen boleh dilakukan sama ada melalui

    SemboyanTentera, pemandu kapal terbang dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atauMalaysia Airlines System Berhad (MAS), ataupun melalui seseorang yang dibenarkan melihat

    perkara terperingkat iaitu dokumen yang dihantar.

    Selain daripada itu, cara-cara lain yang sesuai yang dibenarkan oleh Ketua Jabatan

    juga boleh digunakan selepas dipersetujui oleh Pegawai Keselamatan Kerajaan.

    a) i. Definasi Piagam Pelanggan.

    ii. Ciri-ciri Piagam Pelanggan yang dikatakan jelas dan senang

    disebar.

    (9 markah)

    b) Bagaimanakah Sistem Maklumbalas Pelanggan boleh dilaksanakan?

    (6 markah)

    Jawapan

    a) i. Piagam Pelanggan adalah satu pernyataan komitmen secara bertulis oleh

    agensi-agensi kerajaan terhadap penyampaian kelauran atau

    perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

    Ia merupakan satu jaminan agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran atauperkhidmatan mengikut kualiti yang ditetapkan.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    14/32

    ii. Piagam Pelanggan hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami. Maklumat-

    maklumat di dalamnya hendaklah menyatakan hanya perkara utama dengan

    tepat.

    Ia juga senang disebarkanuntuk pengetahuan orang ramai. Penyebaran boleh

    dibuat sama ada melalui risalah-risalah,handbills atau poster yang boleh

    dipamerkan di tempat-tempat strategik di agensi atau di tempat-tempat orang

    awam.

    (9 markah)

    b) Sistem maklum balas pelanggan boleh dilaksanakan di sesebuah agensi adalah seperti

    berikut:

    i. Borang maklumbalas pelanggan

    ii. Peti cadangan

    iii. Pengesahan berita

    iv. Kajian Pakar Perundingan

    v. Penyediaan Perkhidmatan hotlinevi. Client Survey.

    (6 markah)

    CONTOH-CONTOH SOALAN

    1. Encik Azmi telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir

    Gred N27. Semasa dilantik, beliau dikenakan syarattempoh percubaan

    selama 1 hingga 3 tahun. Setelah genap tiga (3) tahun berkhidmat, beliau

    masih belum disahkan dalam perkhidmatan kerana masih gagal

    peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan.(a) Nyatakan tindakan awal yang perlu diambil oleh ketua jabatan Encik Azmi

    sekiranya beliau hendak

    memperakukanEncik Azmi dilanjutkan tempoh percubaannya.

    ( 8 markah)(b) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh

    percubaan tersebut?

    ( 2 markah)(c) Apakah implikasi kepada perkhidmatan Encik Azmi sekiranya tempoh

    percubaan beliau dilanjutkan

    dengan berdenda?

    (5 markah)

    Jawapan

    (a) (1) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonan

    pelanjutan tempoh percubaan Encik Azmi yang dibuat mengikut sub peraturan

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    15/32

    (2) kepada Suruhanjaya. Bagi maksud subperaturan

    (3) Ketua Jabatanhendaklah mengemukakan permohonan itu dalam borang yang

    dinyatakan dalam Jadual Keempat menyatakan butir-butir seperti berikut:

    i. Sebab pegawai itu tidak disahkan;

    ii. Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi

    atau tidak dan jika patut diberi, samaada dengan atau tanpadenda;

    iii. Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikemaskini; dan

    iv. Senarai peperiksaan, jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu,

    tarikh dan keputusan peperiksaan itu.

    (8 markah)

    (b) Pihak yang berkuasa meluluskan permohonan pelanjutan tempoh percubaan ini ialah

    Suruhanjaya PerkhidmatanAwam.

    (2 markah)

    (c) Implikasi kepada perkhidmatan Encik Azmi ialah

    i. Hilang kekanannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh

    pelanjutan itu;

    ii. Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh

    pelanjutan percubaannya dengan denda; dan

    iii. Diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahannyaberkuatkuasa.

    (5 markah)

    2. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha

    memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari

    sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang

    pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.

    a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan?

    ( 5 markah)

    b) Selain daripada mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara,

    Nyatakan lima(5) usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk

    memelihara rekod di dalam

    jagaan mereka.

    (10 markah)

    Jawapan

    a) Rekod Kerajaan Rekod kerajaan ialah segala jenis surat, dokumen, rekod, daftar,

    bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar, mikrofilem, filem, wayang , gambar

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    16/32

    dan rakaman suara yang diterima atau dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan dalam

    apa-apa bentuk jua sekalipun untuk tujuan menjalankan dan menunaikan urusan rasmi

    mereka.

    b) Usaha-usaha memelihara rekod jabatan

    i. Bilik simpanan sesuaiJabatan jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-

    rekod hendaklah disimpan dalam bilik-bilik sesuai yang tidak lembab,bocoratapnya atau berlubang dindingnya. Bilik simpanan rekod mestilah terhindar

    dari tikus dan serangga termasuk anai-anai. Untuk menjaga dr

    kelembapan,bilik simpanan memerlukan pusingan udara spt pemasangan kipas angin.

    Di mana bangunan2 dihawadinginkan,maka bilik-bilik rekod hendaklah juga

    dihawadinginkan.

    ii. Rekod patut disimpan atas rak-rak

    - jgn diletak di atas lantai.

    - sebaik guna rak-rak besi yg beri ruang sebanyak 6 inci di antara lantai

    dan rak pertama

    - mudahkan pusingan udara dan pembersihan.Sekiranya rak-rak kayu

    digunakan, perlu diawasi dari anai2 atau bubuk dengan menyembur

    diedrin terlebih dahulu kepada rak-rak kayu.

    iii. Mengeringkan rekod

    - jika rekod basah,anginkan spy kering (jgn dijemur atau disalai).

    - yg lapuk hdklah dibersihkan-beranai/semut dikeluarkan/dibinasakan

    serangga tersebut.

    iv. Rekod koyak perlu dibaiki

    - yg koyak ditampal dengan kertas lain (guna pelekat tepung ubi kayu )

    - gam cair atau tape cellulose tidak elok digunakan (rosakkan/cacatkan)

    - yg tanggal dari fail disemat semula dgn segera.

    v. Bilik rekod dijaga/dibersihkan

    - jgn guna tpt makan minum/merokok/simpan bahan2 lain sptasid,cat,dakwat,

    minyak spirit.

    - dibersihkan selalu/guna pencuci hampagas digunakan elak habuk

    terkumpul.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    17/32

    3. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil

    daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan

    yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan

    negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan

    menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa

    penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai.

    Kenyataan di atas adalah Tonggak Nikmat Mencipta dalam Tonggak Dua Belas.

    a) Berikan empat (4) amalan positif dan negatif bagi Nikmat Mencipta.(8 markah)

    b) Berikan tiga (3) contoh beserta huraian bagi setiap amalan positif dan negatif

    tersebut.

    (7 markah)

    Jawapan

    Nikmat Mencipta

    a) Amalan Positif

    i. Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan

    dimanfaatkan.

    ii. Sentiasa berada dalam cabaran intelektual.

    iii. Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesai masalah.

    iv. Over-zealous dengan pekerjaan.

    v. Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran.

    vi. Senang bermain dengan idea dan berani mencuba.

    Amalan Negatif

    i. Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada.

    ii. Takut menemui kegagalan.

    iii. Memandang remeh usaha orang lain.

    iv. Pemikiran tidak dinamik

    v. Mempertahankan status quo membuta tuli.

    vi. Tidak suka pembaharuan.

    vii. Tidak sabar dalam penciptaan baru.

    (8 markah)

    b) Contoh Positif

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    18/32

    i. Apabila wujud pengiktirafan kepada usaha original, maka seseorang yang

    mengemukakan idea itu akan bangga jika ia dilaksanakan, tetapi tidak diremah jika

    tidak sesuai.

    ii. Apabila seseorang pegawai yang mempunyai idea baru memberitahu atau

    menyampaikan kepada ketuanya,maka idea itu tidak dibiarkan begitu sahaja, maka

    idea itu dibiarkan begitu sahaja, tetapi dibincang dandiambil perhatian.

    iii. Semua pegawai dianggap berbakat dan digalakkan untuk mengetengahkan

    bakat masing-masing dalam sebarang bidang.

    iv. Menggalakkan penubuhan kelab yang bersifat kreatif, misalnya kelab seni dan

    budaya, kelab senifoto dan lukisan.

    v. Memberi hadiah kepada pegawai yang telah melahirkan idea kreatif yang

    dilaksanakan oleh organisasi.

    vi. Memberikan penghargaan di majlis perhimpunan kepada pegawai telah

    menunjukkan bakat serta prestasi yang baik di dalam sesuatu bidang.

    vii. Memberi peluang kepada pegawai organisasi menikmati kesan yang berkualiti

    seperti persembahan simfonidan gemelan

    Contoh Negatif

    i. Sesuatu idea yang baik akan terbiar begitu sahaja apabila terdapat sikap takut

    untuk mencuba.

    ii. Pegawai organisasi diminta oleh pengurusan untuk member idea, cadangan

    atau fikiran tetapi kesemua usaha itu tidak diberi perhatian. Amalan begini

    boleh menyekat daya kreatif pegawai organisasi dan hilang kepercayaankepada pengurusan.

    iii. Takutkan perubahan akan meghalang lahirnya idea baru dalam organisasi.

    iv. Perasaan dengki akan menghalang kreativiti dan pemikiran baru.

    v. Pegawai organisasi yang berbakat akan hilang minat dan daya usaha jika bakat

    mereka tidak dihargai.

    4. (a) Nyatakan dua prinsip asas dalam Sistem Belanjawan diubahsuai.

    (5 markah)(b) Apakah matlamat yang hendak dicapai dengan terlaksananya sistem ini.

    (10 markah)

    Jawapan

    (a) Dua prinsip asas yang digunakan dalam Belanjawan Diubahsuai

    i. Kuasa membuat keputusan diberi seberapa praktikal yang boleh kepada

    peringkat bawahan.

    ii. Kuasa yang diberi mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti.

    (15 markah)

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    19/32

    (b) Matlamat dapat dicapai melalui sistem ini

    i. Agensi tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi

    pelasana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh member tumpuan

    kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.

    ii. Agensi pelaksana diberikuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan

    aktiviti mereka. Agensi pelaksanalah yang mengenal pasti lebih awalmasalah-masalah pelaksanaan yang mungkin timbul dan tindakan sewajarnya untuk

    diambil. Oleh itu, kelewatan melaksanakan sesuatu program/aktiviti

    dapat dielakkan.

    iii. Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai dan

    segera bagi melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan

    kepada konsep let manager manage yang member kuasa yang lebih

    luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan

    program/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan

    program/projek mereka.

    iv. Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi

    pusat kepada agensi pelaksana ditunrunkan sejauh mana yang boleh

    kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan

    peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk

    melaksanakan tugas mereka.

    (4 faktor x 2.5 = 10

    markah)

    5. a) Dalam peraturan kewangan kerajaan, setiap wang yang

    diterima oleh pegawai kerajaan hendaklah dikeluarkan resit.

    Resit itu pula hendaklah disediakan oleh seorang pegawai lain dan

    ditandatangi oleh pegawai yang menerima wang.

    Dalam keadaan manakah peraturan ini boleh dikecuali?

    (10 markah)

    b) Encik Shah adalah seorang pemungut hasil. Pada suatu hari

    salah seorang Pembantu Tadbir (P/O) di jabatannya telah melaporkan

    kepada bahawa beliau telah tersalah tulis tiga (3) helai boring resit dan

    akibatnya ketiga-tiga borang resit berkenaan telah menjadi rosak.

    Apakah nasihat yang perlu diberikan oleh Encik Sahah kepada

    Pembantu Tadbirnya mengenai perkara ini.(5 markah)

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    20/32

    Jawapan

    a) i) Satu skim bermesin yang diluluskan bagi mengeluarkan resit adalah digunakan.

    jj) Satu bayaran tetap ada tercatat pada resit dan jumlah terimaan mestilah

    dicatatkan di dalam Buku Tunai padahujung hari.

    iii) Pungutan seorang diri terpaksa dibuat ketika pungutan di luar Ibu Pejabat dan

    segala catatan pungutan didalam Buku Tunai hendaklah dibuat sebaiksahaja tiba di pejabat.

    iv) Bagi perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh Akauntan Negara/Akauntan

    Negeri.

    (10 markah)

    b) Resit baru mestilah dikeluarkan dan resit yang tersalah tulis itu perlulah dibatalkan

    dan disimpan berserta salinannya untuk tujuan diaudit.

    (5 markah)

    6. Pendekatan-pendekatan berikut boleh meningkatkan keberkesanan

    kepimpinan dalam sesebuah organisasi.

    Huraikan tiga (3) daripada pendekatan di bawah.

    a) Latihan kepimpinan.

    b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan.

    c) Perubahan sikap dan nilai.

    d) Pengalaman dan pusingan kerja.

    Jawapan

    a) Latihan Kepimpanan.

    Setiap individu yang baru mengangotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi

    supaya mereka memahamiakan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Latihan

    kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari semasa ke semasa.

    b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan

    Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai islam di dalam

    pentadbiran.Memberi kesedaran kepada individutentang pandangan islam terhadap

    kepimpinan akan member kesan kepada diri individu itu sendiri.

    c) Perubahan sikap dan nilai

    Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan (sensitivity training) dimana seseorang

    itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan memberi peluang kepada orang lain

    untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pemimpin.

    d) Pengalaman dan pusingan kerja

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    21/32

    Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk

    menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan dengan system

    pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).

    (3 x 5 = 15 markah)

    7. Huraikan lima(5) nilai-nilai peribadi asas dalam perkhidmatan awam dalam

    menjalankan tugas sehariannya.

    (15 markah)

    Jawapan:

    Nilai peribadi asas setiap anggota perkhidmatan awam

    i) Amanah

    Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk

    melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan

    dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota awam kerana tugas mereka

    adalah mengurus dan menjaga kepentingan serta harta benda awam.

    ii) Bertanggungjawab

    Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti

    dilaksanakan. Seseorang penjawat awam yang telah diberi tanggungjawab untuk

    menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan melaksanakan tugas

    tersebut.Oleh itu ia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap dirinya dan kepada Tuhan.

    Ia dikehendaki melaksanakan tugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat

    tugasnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat dengan cemerlang dan memberikan

    hasil yang maksimum. Semua anggota perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan

    hingga peringkat tertinggi mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab. Ejayaan mereka

    memikul tanggungjawab akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam.

    Sebaliknya mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna boleh

    dikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub dalam Peraturan-peraturan

    Pegawai Awam (K&TT) 1993.

    iii. Ikhlas

    Ikhlas bermasud hati yang bersih, jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam

    kerjanya ia akan melaksanakan tugastersebut dengan sempurna dan menghasilkan

    output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas, seseorang itu akan sentiasa

    merungut, menyalahkan orang lain, menunjuk- nunjuk dan gagal melaksanakan

    ugasnya dengan baik. Seseorang yang tidak ikhlas, tidak dapat melaksanakan tugas yang

    cemerlang secara berterusan.

    iv. Berdedikasi

    Berdedikasi bermaksud pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan

    sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua anggota perkhidmatan

    awam. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    22/32

    mengharapkan sebarang tambahan upahan, ganjaran dan juga puji- pujian. Setiap tugas

    akan dilaksanakan dengan cepat, berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai

    sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaikikelamahan dirinya dan

    bersedia menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar.

    v. Berdisiplin

    Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang. Pekerjayang berdisiplin adalah merekayang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang.

    Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepad ajaran agama dan sentiasamenjaga imej

    dan maruah diri dan jabatannya.

    vi) Bekerjasama

    Bekerjasama bermaksud saling tolong-menolong antara satu sama lain, terutamanya

    bekerjasama dalam memberikan kebaikan kepada jabatan, dan kepada manusia. Kita

    ditegah bekerjasama dalam perkara- perkara yang membawa kepada kerosakan.

    Sebagaimana yang diperlukan oleh perkhidmatan awam, setiap pekerja mestilah

    mempunyai semangat bekerjasama sebagai satu pasukan. Nilai kerjasama ini dapatmelahirkan suasana kerja yang harmoni, aman, gembira danmengeratkan hubungan

    silaturahim. Suasana demikian akan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja.

    vii) Bersih

    Bersih bermaksud kebersihan dari aspek fizikal (misalnya diri, pakaian, bangunan

    pejabat, rumah, kawasan persekitaran, pengurusan dan pemilikan harta) dan juga

    kebersihan moral (hati yang baik, fikiran bersih, jiwa yang murni, tidak sombong,

    angkuh dan sebagainya). Kebersihan dari segi tempat tinggal akan mewujudkan

    kesihatan yang baik dan terhindar daripada penyakit. Kebersihan daripada aspek rohani

    akan menghindarkan seseorang itu daripada perasaan dengki., khianat,tamak haloba, dansifat-sifat lain yang cela.

    viii) Tekun

    Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang yang

    tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja

    yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripadakepentingan peribadi,

    sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan sentiasa meningkatkan

    mutu kecekapan dan produktiviti.

    ix) Sederhana

    Kesederhanaan adalah sikap yang menentang akan sikap keterlaluan sama ada

    keterlaluan dalam menetapkansesuatu peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan

    seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkah laku.

    (5 faktor x3=15)

    8. Dasar Pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan

    di 7 negara ini.Jelaskan lima (5) aktivitiyang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah

    mencapai matlamat di atas.

    (15

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    23/32

    markah)

    Jawapan:

    i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

    ii) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.

    iii) Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor rendah daya pengeluarannya

    berpindah kepada sektor yang lebihlumayan.

    iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara yang di kawasan

    Bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

    v) Memodenkan kehidupan di luar bandar.

    vi) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumputera.

    vii) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

    viii) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

    kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

    (5 faktor x 3 = 15

    markah)

    9. Proses kerja yang terdapat di dalam Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

    ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut

    peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.

    Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.

    (15 markah)

    Jawapan

    Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat di dalam

    MPK dan FM ialah:

    i) Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas.

    ii) Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yangperlu diambil semasa menjalankan

    tugas.

    iii) Membantu kerja penyeliaan.

    v) Memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila mengemaskini

    diperlukan.

    v) Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang.

    vi) Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    24/32

    vii) Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai.

    viii) Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat.

    ix) Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan.

    (15 markah)

    10. Dasar Pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinandi Negara ini.

    Jelaskan lima (5)aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah

    mencapai matlamat di atas.

    (15 markah)

    Jawapan

    i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

    ii) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.

    iii) Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor rendah daya pengeluarannya

    berpindah kepada sektor yang lebih lumayan.

    iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara yang di kawasan

    Bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

    v) Memodenkan kehidupan di luar bandar.

    vi) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

    11. Encik Alif seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab

    terhadapa surat menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa

    pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain.

    (a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas

    minit.

    (5

    Markah)(b) Apakah tindakan perlu terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan?

    (5

    Markah)

    (c) Apakah tindakan diambil jika surat yang diterima untuk perhatian

    salah seorang pegawai?

    (5 Markah)

    Jawapan:

    (a) Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit dengan tulisan merahdengan menuliskan nombor rujukan surat dan tarikhnya berserta tarikh surat itu

    dikandungkan.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    25/32

    (5 Markah)

    (b) Bagi surat yang failnya tidak dapat dikesan, Encik Alif hendaklah meminta Bahagian

    Pendaftaran Fail supaya membuka sampul kecil sebagai langkah sementara. Ia surat rasmi

    itu dibuka dan dicop tarikh penerimaannya.

    (5 Markah)

    (c) Surat untuk perhatian pegawai di jabatanya, surat tersebut hendaklah dihantar teruskepada pegawai berkenaan tanpa dibuka.

    (5 Markah)

    12. Nyatakan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah Agensi

    kerajaan bagi melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam.

    (10

    faktax1.5=15m)

    Jawapan

    Amalan-amalan yang boleh dilaksanakan:

    i) Pemberian penghargaan.

    ii) Mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara pelaksanaan Etika

    Perkhidmatan Awam.

    iii) Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social.

    iv) Mengeluarkan berita jabatan

    v) Mengadakan majlis jamuan minum the dan sebagainya.

    vi) Menganjurkan majlis syarahan/ceramah agama

    vii) Memberi kakitangan kursus/latihan

    viii) Mengadakan pertandingan pejabat terbersih.

    ix) Mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat.

    x) Menyediakan manual kerja

    xi) Penyediakan buku panduan

    xii) Mewujudkan perpustakaan jabatan.

    ( 10 fakta x 1.5 = 15Markah )

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    26/32

    13. (a) Encik Ezwan seorang Penolong Pengarah telah diperuntukan sebuah

    bilik khas. Beliau sedang mengambiltindakan terhadap sepucuk surat Sulit.

    Semasa beliau meninggalkan biliknya kerana berbincang dengan pegawai

    atasannya, beliau mendapati surat Sulit tersebut telah hilang. Beliau telah

    mencari ke merata tempat namunmasih tidak dapat dikesan.

    Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ezwan

    mengenai kehilangan surat tersebut.(8

    Markah)

    (b) Cik Arisah seorang Pegawai Tadbir di Jabatan Y telah diarahkan

    untuk menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat dokumen terperingkat

    yang telah dimusnahkan tanpa mengikut peraturan. Hasil siasatan mendapati

    kenyataan berkenaan ada kebenarnya. Beliau telah memanggil pegawai-

    pegawai yang terlibat dan menasihati mereka tentang cara-cara pemusnahan

    dokumen-dokumen terperingkat yang betul.

    Nyatakan nasihat yang perlu disampaikan oleh Cik Arisah.

    (7 Markah)

    JAWAPAN

    13. (a) i. Surat yang hilang itu hendaklah dicari dengan segera dan kehilangan itu

    dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan

    yang akan menyiasat dan mengemukakan laporannya yang

    mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada

    Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Sekiranyakehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hendaklah dimaklumkan supaya

    taksiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat dan tindakan

    menyelamat dan pembetulan keadaan dapat diambil.

    (8 Markah)

    ii. Jika surat tersebut terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah

    menimbangkan sama ada atau tidak tindakan tatatertib diambil atau

    penyiasatan di bawah Akta Rahsia RAsmi 1972 patut dijalankan. Laporan

    kepada balai polis yang berhampiran hendaklah dibuat sekiranya

    difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku.

    (8Markah)

    (b) Dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendaklah

    dimusnahkan hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecil-kecil atau dirincih

    dengan penggunaan mesin perincih dan dibakar mengikut

    peraturan- peraturan yang terselamat di bawah penyeliaan penjawat awam yang

    dibenar mengendalikan documen tersebut.Abunya hendaklah dihancurkan sehingga

    tidak dikenali lagi. Buangan terperingkat hendaklah diberi

    perlindungankeselamatan yang sepatutnya sehingga dimusnahkan. Rujukan

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    27/32

    kepada Pegawai Keselamatan Kerajaanhendaklah dibuat untuk lain-lain cara

    pemusnahan.

    (7 Markah)

    14. Semua wang hasil yang diterima oleh sesebuah jabatan Kerajaan sama ada

    dalam bentuk wang tunai, cek, kiriman pos dan lain-lain hendaklah dikeluarkan

    resit rasmi bagi mengaku terima wang yang diterima. Daftar dan senarai

    pungutan mestilah dibukukan oleh seorang anggota yang lain daripada kasyer.

    a) Terangkan peraturan-peraturan biasa dalam mengeluarkan resit.

    (7Markah)

    b) Nyatakan keadaan di mana penyediaan resit rasmi boleh dilakukan

    oleh seorang

    anggota sahaja.

    (8Markah)

    Jawapan

    (a) Resit rasmi mestilah dikeluarkan bagi mengaku terima wang yang diterima oleh

    sesebuah jabatan kerajaan.

    i. Resit mestilah dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika pembayar hadir

    sendiri, resit itu diserahkan kepadanya. Jika diterima melalui pos atau

    penghantar, resit dihantar pada hari itu juga.

    ii. Resit mestilah ditandatangani dengan berkarbon oleh pegawai yang menerima

    wang itu tetapi mestilah ditulis oleh pegawai lain.

    (7 markah)

    (b) Resit rasmi boleh dikeluarkan oleh seorang pegawai sahaja dalam keadaan-keadaan

    berikut:

    i. Resit dari skim bermesin ada digunakan.

    ii. Bayaran tetap tercetak pada resit.

    iii. Pungutan luar di mana seorang pegawai terpaksa bekerja seorang diri.

    iv. Seorang pegawai lain tidak ada, dengan kebenaran khusus dari Akauntan

    Negara / Bendahari Negeri.

    (8 markah)

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    28/32

    15. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan mekanisma bagi

    membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian

    masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan.

    Jelaskan lima (5) faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaannya.

    (15Markah)

    Jawapan

    Faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan KMK

    i) Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Ini

    termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam

    melaksanakan program ini.

    ii) Sistem latihan yang berkesan.

    iii) Sokongan dari semua peringkat.

    iv) Pengwujudan system pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK.

    v) Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat tulis,

    projector overhead,transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya.

    vi) KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara kecil-

    kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan.

    (5x3 =15 markah)

    16. Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi

    penyampaian perkhidmatan kepad para pelanggannya. Antara langkah tersebut

    termasuklah memastikan setiap jabatan menyediakan dan mematuhi Piagam

    Pelanggan.

    Sila jelaskan

    a) i. Definasi Piagam Pelanggan.

    ii. Ciri-ciri Piagam Pelanggan yang dikatakan jelas dan senang

    disebar.

    (9

    markah)

    b) Bagaimanakah SistemMaklumbalas Pelanggan boleh dilaksanakan?

    (6

    markah)

    Jawapan

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    29/32

    a) i. Piagam Pelanggan adalah satu pernyataan komitmen secara bertulis oleh

    agensi-agensi kerajaan terhadap penyampaian kelauran atau perkhidmatan yang

    diberikan kepada pelanggan. Ia merupakan satu jaminan agensi kerajaan

    untuk menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut kualiti yang

    ditetapkan.

    ii. Piagam Pelanggan hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami. Maklumat-

    maklumat di dalamnya hendaklah menyatakan hanya perkara utama dengantepat. Ia juga senang disebarkan untuk pengetahuan orang ramai. Penyebaran

    boleh dibuat sama ada melalui risalah- risalah,handbills atau poster

    yang boleh dipamerkan di tempat-tempat strategik di agensi atau di

    tempat-tempat orang awam.

    (9 markah)

    b) Sistem maklumbalas pelanggan boleh dilaksanakan di sesebuah agensi adalah seperti

    berikut:

    i. Borang maklumbalas pelanggan

    ii. Peti cadangan

    iii. Pengesahan berita

    iv. Kajian Pakar Perundingan

    v. Penyediaan Perkhidmatan hotline

    vi. Client Survey.

    (6 markah)

    17. Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu

    mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

    (15 markah)

    Jawapan

    Dasar Pendidikan Negara sebagaimana dalam Akta Pelajaran 1961 menjadikan perpaduan

    sebagai matlamat akhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut;

    a) Kurikulum yang sama

    i. Kurikulum sekolah diubah supaya berorentasikan Malaysia tanpa mengira

    bahasa pengantarnya.

    ii. Semua sekolah rendah menggunakan KBSR dan semua sekolah menengah

    menggunakan KBSM.

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    30/32

    iii. Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakanMalaysia telah diserapkan

    ke dalam semua mata pelajaran. Dengan cara ini, semangat kebangsaan dan sifat

    taat setia kepada negara dapat dipupuk.

    iv. Sifat-sifat toleransi, persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi

    melahirkan sebuah masyarakat yang bersepadu.

    (5 markah)b) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

    i. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua

    sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai 1970.

    ii. Mata pelajaran BahasaMelayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah

    aliran bahasa Cina dan Tamil. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan lagi

    perhubungan dan persefahaman antara kaum di negara ini.

    (4 markah)

    c) Kegiatan Kokurikulum Aktiviti kokurkulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di

    sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

    Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu aktiviti berpersatuan, unit

    beruniform dan sukan/olahraga.Dengan cara ini, usaha melahirkan generasi muda yang

    berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu paduakan mudah dicapai.

    (3 markah )

    d) Satu sistem peperiksaan yang sama.

    Peperiksaan yang sama dan seragam telah dimulakan oleh kerajaan seperti Sijil

    Rendah (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

    Dengan adanya peperiksaan yang seragam dan sama ini, maka perasaan rendah diri

    dapat dihindarkan dan satu imej dan identiti yang sama dan sepadu dapat dibentuk.

    (3 markah)

    18. Faktor dorongan adalah merupakan faktor yang mempengaruhi kecekapan

    dan mutu perkhidmatan awam.

    Huraikan tiga (3) faktor galakan dan tiga (3) faktor penyelenggaran

    sebagaimana yang dimaksudkan di bawah faktor dorongan tersebut.

    (15 markah)

    Jawapan

    a) Faktor Galakan

    i. Keperluan/keinginan seseorang itu untuk mencapai sesuatu tujuan di manaia akan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup menempuh

    berbagai dugaan bagi mencapai sesuatu.

    ii. Penghargaan

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    31/32

    * Daripada pihak atasan seperti pemberian pingat.

    * Penurunan kuasa kepada pegawai bawahan.

    * Penghargaan bagi perkhidmatan yang cemerlang.

    iii. Sifat kerja yang baik

    * Menerima maklumbalas mengenai kerja-kerja yang telah dilaksanakan.

    * Ia perlu merasa bahawa ia mempunyai sedikit sebanyak hak dalam

    menentukan matlamatnya.

    * Ia perlu merasa bahawa sumbangnya terhadap pencapaian objektif

    adalah penting.

    iv. Peluang untuk memajukan diri sendiri seperti latihan dan kenaikan pangkat.

    (7.5 markah)

    b) Faktor Penyelenggaraan

    i. Polisi dan prosedur pentadbiran yang sempurna ianya mestilah difahami dan

    diamalkan dengan adil dan saksama oleh penjawat-penjawat awam.

    ii. Penyeliaan penyeliaan yang berkesan situational agar daya kreativiti tidak

    terjejas dan akan meningkatkan mutu kerja.

    iii. Suasana kerja dari segi susun atur pejabat, peralatannya dan sebagainya.

    iv. Gaji diberi berasaskan keperluan asas hidup dan ianya hendaklah setimpal

    dengan tugas dan anggungjawab serta mencukupi.

    v. Kemudahan sesuai dengan kedudukan kemudahan diberi hendaklah

    bersesuaian dengan jawatan.

    vi. Kerja yang terjamin mengelakkan mereka daripada mencari kerja lain.

    (7.5 markah)

    19. Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian di dalam

    pengurusan tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan stafkaunter. (15 markah)

    Jawapan

    i) Program latihan terancang-tenaga manusia berkualit -sebelum penempatan

    dilakukan.

    ii) Program motivasi-dorong tingkat keupayaan Cth -Wujudkan system komunikasi antara

    staf kaunter

    - pihak pengurusan(bincang masalah/cara2 atasi).

    iii) Wujudkan system pengiktirafan - hargai yg beri perkhidmatan cemerlang

  • 8/2/2019 Soalan kissm

    32/32

    iv) Pastikan bil.staf cukup berbanding beban kerja.

    v) Sistem giliran kerja -dpt pendedahan yg cukup mengenai semua bidang

    tugas/tingkatkan keupayaan mereka.

    20. Kewujudan sesebuah organisasi turut dipengaruhi oleh persekitarannya. Di

    antara yang wujud ialah persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan

    persekitaran dalaman.

    Terangkan apakah yang dimaksudkandengan persekitaran kerja,

    persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman?

    Jawapan

    a) Persekitaraan kerja

    Persekitaran yang paling dekat dgn organisasi, terdiri drpd tuan punya organisasi,

    kerajaan, pelenggan, masyarakat, pesaing dan pembekal.

    b) persekiraan masyarakat

    Di pengaruhi 4 faktor besar

    1. sosial,budaya masyarakat (pemikiran,nilai system kepercayaan dan perilaku

    masyarakat)

    2. Tekanan politik,system perundangan thdp organisasi

    3. Tahap teknologi yang telah dicapai

    4. Prestasi ekonomi yg wujud dlm masyarakat

    C) Persekitaraan dalaman

    1. Proses pengumpulan maklumat dan cara berkomunikasi

    2. Proses mendapatkan maklumat dan cara membuat keputusan

    3. Proses pertukaran input menjadi output