assigment falsafah dan etika (ict).docx

29
-1- EDC2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURU ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 2 2.0 ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL 3 : PENDEKATAN DAN CABARANNYA MENERUSI ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID 17 2.1 Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi Negara. 4 2.2 Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajar 5 2.3 Isu guru perlu menguasai Teknologi dalam pendidikan. 6 2.4 Menjadikan sekolah gedung penyelidikan 7 dan pembangunan pendidikan. 2.5 Penggunaan ICT yang menyeluruh dalam 8 proses pengajaran dan pembelajaran 3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik 11 3.1 Pendidikan Bestari 12 3.2 Pendidikan untuk seumur hidup 12 3.3 Syarat untuk berubah 15 4.0 Refleksi 19 5.0 Rujukan 20

Upload: wawaipgbm

Post on 20-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

-20- EDC2102 FALSAFAH DAN ETIKA GURUISI KANDUNGANMUKA SURAT1.0 Pengenalan 22.0 ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL 3: PENDEKATAN DAN CABARANNYA MENERUSI ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID 17

2.1 Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi Negara.42.2 Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajar 52.3 Isu guru perlu menguasai Teknologi dalam pendidikan.62.4 Menjadikan sekolah gedung penyelidikan 7dan pembangunan pendidikan.2.5 Penggunaan ICT yang menyeluruh dalam8proses pengajaran dan pembelajaran 3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik 113.1 Pendidikan Bestari123.2 Pendidikan untuk seumur hidup123.3 Syarat untuk berubah154.0 Refleksi195.0 Rujukan 206.0 Lampiran

1.0PENGENALAN Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Tidak dinafikan, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.Semakin banyak kajian yang dijalankan berkaitan pendidikan dengan kepentingan pendidikan teknologi pengajaran pendekatan dan cabarannya. Oleh itu artikel yang diterbitkan oleh Pusat Sumber pendidikan negeri Kedah Darul Aman Jilid 17 bilangan 1 dalam majalah WAWASAN turut membincangkan Isu pendidik dan Pendidikan di Era Digital Pendekatan dan Cabarannya.

Di dalam artikel ini penulis menekankan isu utama iaitu peranan guru dalam menghadapi perkembangan dan perubahan yang sangat pantas. Di mana dunia tanpa sempadan dengan adanya teknologi maklumat. Oleh itu guru memainkan peranan yang utama dalam melahirkan generasi akan datang yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan yang wujud.

Antara isu lain yang terkandung dalam artikel berkenaan adalah tanggungjawab guru melahirkan insan yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan jasmaninya. Isu tanggunjawab guru ini akan dihuraikan melalui punca permasalahan lantas mewujudkan cabaran-cabaran tersebut. Malahan huraian berkenaan cara mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

2.0 ISU-ISU PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DI ERA DIGITAL : PENDEKATAN DAN CABARANNYA MENERUSI ARTIKEL MAJALAH WAWASAN JILID 17

Sebelum isu-isu yang terdapat dalam artikel Majalah Wawasan jilid 17 tersebut diulas dengan lebih mendalam, wajarlah konsep teknologi pendidikan di Era digital dikupas secara ringkas

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Yusuf Hashim menyatakan bahawa bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa teknologi maklumat (information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Berbalik semula kepada artikel Majalah Wawasan tersebut, isu berkenaan peranan guru terhadap pembinaan budaya aplikasi ICT di kalangan pelajar sekolah. Isu pendidik perlu melahirkan individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani, intelek, emosi dan jasmani, isu guru perlu mengenal potensi pelajar, guru perlu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dalam proses pertumbuhan dan perkembangan yang dilalui pelajar, isu menjadikan sekolah gedung penyelidikan dan pembangunan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rentetan dari isu ini cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh guru untuk menanganinya.

2.1 Melahirkan individu terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Satu usaha yang berterusan itu sendiri memberi makna bahawa guru perlu mempertingkatkan kemahiran dari semasa ke semasa mengikut perkembangan era globalisasi. Penulis membincangkan bahawa kejayaan sesebuah Negara disebabkan kualiti pendidikan. Penulis berpendapat bahawa peranan guru adalah penting untuk menyediakan pelajar menjadi tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki salah satu cirinya bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara.

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkan melaksanakan tugasnya secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan. Kebestarian sesuatu pengajaran itu bergantung kepada sejauh manakah seorang guru dapat mengintergrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu kearah melahirkan seoarang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan.

2.2 Isu guru perlu mengenalpasti potensi pelajarMenurut teori kecerdasan individu Howard Gardner (1943) berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan IQ. Mengikut Gardner (1991) potensi manusia mempunyai kecerdasan logikal matematik, kecerdasan visual, kecerdasan muzik, kecerdasan tubuh kinestetik dan kecerdasam interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. Penulis menekankan bahawa sistem pendidikan yang semakin maju kehadapan memerlukan satu program yang sistematik untuk membolehkan pelajar-pelajar tadi diberikan pendedahan, bimbingan yang sewajarnya dan konsisten agar mereka berjaya. Ini kerana senario pengajaran dan pembelajaran yang tidak terbatas dengan penggunaan Teknologi Maklumat proses pengajaran dan pembelajaran tidak memerlukan bilik darjah. Tujuan program ini adalah bagi memastikan guru dapat membiasakan diri bagi mengintergrasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus akan memberi kesan dan impak positif kepada pencapaian serta prestasi akademik murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan.Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pelbagai program bagi menyebarkan sekaligus memperkukuhkan dunia pendidikan di Malaysia bukan hanya bagi memudahkan guru malahan juga mempunyai pelbagai kebaikan kepada murid-murid. Antara inisiatif yang disediakan adalah melalui video pendidikan melalui web iaitu EduWeb TV dan juga School Net.

Amnya video pendidikan melalui web ataupun dikenali sebagai EduWeb TV memudahkan guru-guru memilih dan seterusnya menjadikan soalan peperiksaaan yang telah disediakan di web tersebut sebagai satu panduan dalam menyediakan set soalan peperiksaan Selain daripada itu juga, guru boleh memilih dan seterusnya menggunakan video yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Para murid juga boleh melayari video-video pendidikan dengan mudah terus daripada pelayar web. Tambahan lagi, para murid turut boleh mengikuti pelbagai soalan yang disediakan. pelajar lain menggunakan topik yang disediakan oleh anda.

Sememangnya keupayaan guru dalam mengaplikasikan EduWeb Tv ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang diterangkan di atas. Hal ini turut diperakui olehNorasiah Abdullah (2009) iaitu penggunaanEduWeb Tv merupakan satu medium bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan serta mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

Selain daripada EduWeb TV,Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyentuh berkenaan dengan School Net. Sememangnya program School Net ini merupakan satu insiatif dan menjadi tujuan kerajaan berkehendakkan guru yang berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

SchoolNet merupakan rangkaian persendirian maya yang menyediakan sambungan internet jalur lebar ke sekolah dan ia adalah pendekatan terbaru sistem pendidikan negara bagi menyediakan kemudahan pembelajaran melangkaui bilik darjah. MenurutNor Fariza Ramlan(2012), SchoolNet menyediakan pelbagai aplikasi kepada penggunanya, termasuk aplikasi komunikasi elektronik seperti e-mel dan kumpulan berita, aplikasi akses jarak jauh, aplikasi pemindahan dokumen, aplikasi pengedaran maklumat dan aplikasi pencarian maklumat. Hal ini menunjukkan bahawa hanya guru yang berkeupayaan dalambidang teknologi maklumat dan komunikasi mampu mendepani perubahan kemajuan ini. Oleh sebab itulah kerajaan begitu optimis bagi menyediakan guru yang berkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Guru yang berkeupayaan dalam bidangteknologi maklumat dan komunikasi dengan kemahiran mengendalikan School Net juga dilihat sebagai satu podium bagi memastikan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai guru pakar tercapai. MenurutNor Fariza Ramlan(2012), pelaksanaan SchoolNet ini mampu meningkatkan perkongsian ilmu dengan mengoptimumkan tenaga pengajar pakar di negara ini. Melalui teknologi ini, seorang guru pakar mampu mengajar sesuatu mata pelajaran melebihi daripada satu kelas di sekolah yang sama dan sekolah lain.

Selain itu, guru yangberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi.serta dapat menguasai SchoolNet dengan sebaiknya boleh memanfaatkan infrastruktur berkenaan bagi mengubah bilik darjah mereka menjadi persekitaran menarik justeru dapat menambah minat pelajar terhadap pendidikan.

Dengan teknologi ini juga, seorang guru yangberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasiboleh mengajar sesuatu subjek kepada bilangan bilik darjah lebih banyak di sekolah sama dan sekolah lain. Portal SchoolNet ini membolehkan guru berkongsi modul pembelajaran dan pengajaran interaktif sesama mereka. Jelas di sini menunjukkan guru yang mempunyaiberkeupayaan dalam bidang bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting bagi mengendalikan inisiatif yang telah dilaksanakan bagi kemudahan banyak pihak sekaligus mampu meningkatkan mutu pendidikan negara.

2.3Isu guru perlu menguasai Teknologi dalam pendidikan.Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada guru juga dapat dilihat daripada kenyataan yang tertulis dalam Dewan Masyarakat (Mei 2012) yang menyatakan bahawa kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Atas dasar kepentingan inilah barisan guru-guru di Malaysia perlu memperkukuhkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini adalah kerana barisan guru adalah titik permulaan dalam memastikan kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain daripada itu, penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menurut Wan Mustama (2004) dalam Jurnal Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan adalah usaha bagi meningkatkan kemahiran guru terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka lebih kreatif dan inovatif dalam teknik pembelajaran di samping memiliki ilmu dan pengetahuan lebih luas. Daripada kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kini ilmu pengetahuan bukan sekadar diperoleh daripada bahan-bahan bercetak malahan ianya kian berkembang dalam dunia tekonologi maklumat. Oleh hal demikian, guru yang berupaya menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi dilihat mampu memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada. Selain daripada itu juga, guru yang kreatif dan inovatif kesan daripada penguasaan bidang teknologi maklumat dan komunikasi amat penting bagimemperkembangan potensi murid secara bersepadu dan menyeluruh yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini diperkukuhkan dengan kenyataanAb. Rahim Selamat (1992) iaitu melalui pengajaran & pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

2.4 Menjadikan sekolah gedung penyelidikan dan pembangunan pendidikan.Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja banyak berbeza dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan Negara yang pesat.Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bermakna system latihan perguruan yang diwarisi dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan yang baru. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan masa depan supaya memainkan peranannya secara lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.Perkembangan dalam teknologi multimedia dan intenet merupakan satu fenomena yang tidak dapat disangkal lagi akan kepetingannya. Teknologi ini semakin popular dan digunakan dalam kebanyakkan aspek kehidupan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali daripada merasai bahang daripada teknologi ini dan ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi memastikan system pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidal lagi relevan dengan keperluan semasa.Tambahan lagi, pelajar-pelajar dewasa ini mempunyai capaian terhadap maklumat yang tidak terbatas dan mereka tidak lagi hanya tertumpu pada buku teks dan penerangan guru semata-mata. Maka sewajarnya seseorang guru itu seiring dengan dunia pelajar masa kini dengan berani melibatkan diri serta mendalami dunia multimedia ini sepenuhnya.

2.5 Penggunaan ICT yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menurut artikel yang dipilih untuk mencapai hasrat penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelanjaran, dua jenis perubahan utama untuk guru diperlukan. Pertama guru harus diyakinkan bahawa terdapat sangat banyak kebaikan dan kepetingan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan computer dan alatan IT secara cekap dan efektif. Sememangnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kemahiran golongan pendidik terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Muhammad Hasan (2000), dalam tempoh RMK-8 Bahagian Pendidikan Guru menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk memberi penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dengan mengkaji semula kurikulum latihan guru dan menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru dan menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Jelas di sini menunjukkan kerajaan telah berusaha meningkatkan keupayaan guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi melalui pelaksanaan khusus.

2.5 Cabaran yang harus ditangai oleh Para Pendidik adalah untuk menyepadukan ICT dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai budaya.Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam system pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan.

Menurut Galbraith (1967) yang dipetik dari Noriati A. Rasyid, et a.l (2009) teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan yang praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Tumpuan dan penekanan terhadap penguasaan ICT kepada guru sememangnya mempunyai tujuan yang penting. Hal ini adalah guru merupakan pengerak dalam sesuatu sesi proses pengajaran dan pembelajaran.

Cabaran pendidik untuk menyepadukan ICT dengan pengetahuan dimana berkaitan sikap negatif pendidik. Kebanyakan pendidik telah sebati dengan kaedah pengajaran traditional dan sukar menyesuaikan diri dengan teknologi intruksional. Yusup Hasyim (1998) mempersetujui kenyataan yang telah dikeutarakan oleh Becker & Watt (1966) iaitu ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan. Menurut Becker & Watt (1966) juga, ada kalangan guru yang buta teknologi menyebabkan timbul sikap negatife dan tidak berminat mengajar mengunakan teknologi maklumat dan komunikasi selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk pengajaran.Pendidik mestilah berkemahiran mengunakan ICT supaya dapat mengaplikasikan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

3.0 Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran pendidik dan pendidikan pada Era Globalisasi . Sebagai seorang guru kita mestilah sentiasa bersedia menghadapi cabaran dari pelbagai aspek. Zaman sentiasa berubah begitu juga di dalam pendidikan seharusnya berkembang mengikut peredaran zaman. Oleh itu guru tidak sepatutnya memandang enteng isu yang telah dikupas oleh penulis. Dalam menangani pendidikan di Era digital beberapa cadangan dapat di kenalpasti antara ialah :

3.1 Pendidikan BestariDi mana semua sekolah dinaik taraf sebagai sekolah bestari yang merupakan pemangkin utama dalam mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ICT. Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek SekolahBestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.3.2 Pendidikan untuk seumur hidup.Dalam menghadapi perubahan-perubahan yang berlaku seharusnya pendidik perlu menangani isu ini dengan mengubah corak pembelajaran. Sepertimana yang diketahui sejarah pendidikan awal di negara semasa kedatangan british bahawa pengajaran berlaku di masjid dan tempat beribadah. Pada ketika itu pendidikan berpusatkan guru. Di dalam Falsafah pendidikan negara sendiri mengatakan bahawa pendidikan adalah salah satu usaha berterusan. Dimana konsep belajar seumur hidup itu penting untuk memasuki era digital. Menurut penulis 4 faktor yang membolehkan seseorang guru dapat menghadapi cabaran yang berubah dengan pantas. Belajar untuk mengetahuiGlobalisasi yang menyentuh semua aspek kehidupan menjadikan rakyat Malaysia menuju era baru, yang seakan tanpa jarak. Berdasarkan hal ini, maka diharapkan agar tercapai anak-anak yang secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak, dan keterampilan diri.Potensi anak ini dipusatkan kepada pada tiga tahun pertama kehidupannya.Masaini adalah merupakan masa yang sangat penting, dimana potensi kecerdasan, perkembangan kognitif dan perilaku dasar terbentuk pada masa ini, yang diyakini jika anak mampu dengan ini, maka akan menghasilkan generasi yang berkualiti. Oleh itu pendidikan awal kanak-kanak seawal usia mampu melahirkan generasi modal insan negara. Dasar yang dibuat akan memperluaskan kandungan matapelajaran mengikut standard kurikulum yang ditetapkan. Belajar untuk membuat Era digital memerlukan setiap individu mempunyai kemahiran computer kerana semua pekerjaan berorientasikan ICT. Di sebabkan oleh itu siapa yang ingin memajukan diri perlu mengetahui kepetingan ICT. Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Belajar untuk menjadi Insan Kita sebagai insan mula belajar dari peringkat bayi dalam kandungan ibu lagi. Di dalam kandungan Ibu, kita sudah mula belajar dan mendengar tentang kehidupan. Walaupun kita belum dapat melihat cerahnya matahari namun kita telah mula belajar mengenali kehidupan. Bermula dengan tangisan yang pertama barulah proses pembelajaran di dunia realti bermula. Bagaikan kain putih yang bersih, yang mencorakkan diri kita ialah ibu bapa dan persekitaran kita. Oleh kerana itu, ibu-ibu yang faham tentang proses ini akan memperbanyakkan membaca Al-quran, dan surah-surah tertentu dan dendangan zikir serta munajat semasa mengandung supaya insan yang dilahirkan menjadi insan yang mulia. Begitulah juga sebaliknya. Proses pembelajaran ini mempengaruhi sikap insan itu apabila ia dilahirkan. Proses pembelajaran tidak akan berhenti sehinggalah ke hembusan nafas yang terakhir. Dalam konteks belajar atau pembelajaran ini pada lazimnya kita melalui system pembelajaran seperti berikut:

Pembelajaran Formal iaitu proses pembelajaran yang telah distrukturkan melalui sistem persekolahan dan pengajian di institut pengajian tinggi dan sebagainya;Pembelajaran Informal iaitu proses pembelajaran yang kita lalui melalui sistem yang tidak distrukturkan seperti menghadiri kursus-kursus atau pembelajaran yang diperolehi didalam aktiviti persatuan dan kemasyarakatan.Pembelajaran Unformal iaitu proses pembelajaran melalui visual pancaindera secara peribadi atau pengalaman kehidupan yang dilalui diri sendiri, pembacaan, kajian dan sebagainya.Bagi insan yang tercicir atau gagal di dalam proses pembelajaran formal ia bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan. Masih ada proses informal dan unformal yang boleh kita jadikan landasan dalam mencipta kejayaan. Malah telah terbukti banyak insan di dunia ini yang berjaya dalam kehidupan tanpa segulung ijazah. Masih ada ruang dan peluang pembelajaran yang disediakan untuk kita berjaya nya insan yang memanfaatkan ilmunya lebih baik dari seribu orang ahli ibadah Hadis.

Sesungguhnya insan yang mengajarkan ilmu yang dipelajari dan mengajar kepada orang lain merupakan insan yang mulia dan merupakan golongan tangan yang di atas dan sesungguhnya tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah. Belajar itu perlu, menuntut ilmu itu perlu dan yang paling perlu ialah beriman dan mengamalkan ilmu itu.

Belajar untuk hidup bersamaMenurut penulis belajar untuk hidup bersama adalah saling bantu membantu dalam menuju era globalisasi yang tiada sempadan. Mereka yang mempunyai kepakaran dalam ICT membantu mereka yang kurang kebolehan. Jika semua pendidik mempunyai semangat intergriti kita mampu merealisasikan pelaksanaan kurikulum berteraskan aplikasi ICT ini. Murid ialah Klien utama dalam dunia pendidikan dan sudah semestinya perlu diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan terhadap kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia ada dan sikap murid amat penting sebelum perancangan dibuat agar dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang disasarkan dan menjadi penentu keberkesanan reka bentuk sistem pengajaran di rancang.

3.3 Syarat untuk berubahGuru memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kejayaan pelajar. Oleh itu sikap negatif guru yang tidak mahu menerima perubahan harus dikikis kerana seseorang tidak akan berubah sekiranya dia tidak mempunyai kemahuan dan tidak bersedia berubah.Menurut Mohad Sahri Abdul Rahman, 1996 seseorang akan berubah jika dengan syarat-syarat berikut: (1) Keyakinan yang mendalam Setiap apa yang ingin dilakukan memerlukan usaha. Motivasi dalaman seorang guru seperti yakin sekirannya apa yang dilakukan akan memberi impak yang besar dalam dunia pendidikan. Oleh itu sekirannya tiada keyakina n tidak ada langkah yang dapat digerakkaan dan tidak akan wujud perubahan dan peningkatan.(2) Ilmu yang mantapMenurut penulis ilmu adalah alat kepada perubahan. Sekiranya kita hanya mempunyai komputer tiada individu yang berilmu menganalisis idea dan mengaplikasi penggunaannya maka tiadalah proses yang dikatakan teknologi pengajaran. Ilmu yang mantap ini akan merubah kehidupan dari kemunduran kepada kejayaan. (3) Generasi yang terdidikUntuk melahirkan generasi yang terdidik adanya penambahbaikan terhadap kurikulum mengikut kesesuaian peredaran masa. Ini perlu dilaksanakan dengan kolobratif berbagai pihak supaya usaha untuk melahirkan generasi yang terdidik.(4) Kepimpinan yang baikKepimpinan yang baik ialah memiliki pengetahuan ilmu yang luas. Sepertimana yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirannya dalam erti kata lain yang memimpinnya. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli dibawah untuk mencapai matlamat. Mengetahui tugas dan tanggungjawab merupakan amanah yang wajib dilaksanakan dengan sempurna merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam unsur ke sembilan iaitu unsur rakyat Malaysia yang bertanggungjawab(5) Anggota yang bersepaduBerat sama dipikul ringan sama dijijing perumpamaan ini memberi makna kerjasama di dalam pasukan sangat penting dalam sesebuah organisasi. (6) Wawasan yang jelas Seseorang akan berubah sekiranya mempunyai matlamat yang jelas. Setiap rancangan mempunyai misi dan visi yang jelas supaya apa yang ingin dilakukan mencapai objektif yang jelas. Dalam Falsafah pendidikan kebangsaan unsur yang terakhir iaitu unsur ke sebelas ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Ini akan membantu pembangunan negara dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nilai semangat kerjasama dan nilai perpaduan.Perkara yang lebih penting ialah adanya rakyat yang mampuu menguasai teknologi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan pembangunan negara kita. Kesimpulannya, bagi, melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis, pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlu dititikberatkan dahulu kerana 4 elemen inilah yang menjadi pemangkin sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi mencapai Wawasan 2020.(7) Kerja yang berterusanFalsafah pendidikan kebangsaan merupakan satu landasan negara kearah membentuk satu sistem pendidikan yang seimbang. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas dan sumber inspirasi kepada semua rangka kearah pembangunan pendidikan ini sebenarnya mempunyai beberapa unsur-unsur penting yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat sama ada warga pendidik, para pelajar, mahupun sesiapa sahaja rakyat Malaysia. Unsur yang pertama ialah Pendidikan Suatu Usaha Berterusan. Ungkapan tuntutlah ilmu sampai keliang lahad merupakan satu ungkapan yang sangat sesuai bagi menterjemah isi penting ini. Pendidikan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita meninggal dunia. Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan lagi. Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya.Jika dilihat dari perspektif lain, pendidikan suatu usaha berterusan ini membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa sekarang. Sehubungan dengan itu, pendidikan secara berterusan merupakan satu elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 RefleksiSemasa melaksanakan tugasan ini saya dapati banyak cabaran yang dihadapi oleh seorang guru. Ini berlaku semasa proses memilih artikel atau jurnal semasa di perpustakaan dan yang diakses melalui internet. Akhirnya saya tertarik dengan isu yang cuba diketengahkan oleh penulis dalam Majalah Wawasan sepertimana artikel yang telah saya ulas.

Dari pembacaan juga saya dapati teknologi pengajaran telah di aplikasi di banyak sekolah dan memberi impak yang besar dalam arus pendidikan. Bagaimanapun setiap kebaikan ada keburukannya di mana guru perlu menangani salah laku pelajar yang mungkin tersebar dari penyalahgunaan ICT. Ini juga menjadikan tugas dalam profesion perguruan semakin mencabar.

Selain itu juga masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Ini merupakan salah satu cabaran yang paling utama di ketengahkan oleh penulis. Sebagai seorang guru saya akan mencuba memahirkan diri dan berubah mengikut peredaran masa supaya tidak dikatakan seperti kata bidalan seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu sebagai memenuhi tuntutan ini saya akan mencuba yang terbaik dalam memahami dan mengaplikasikan penggunaan kaedah yang telah dipelajari di dalam matapelajaran Teknologi Pengajaran .

5.0 Rujukan

Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Siri Pendidikan Fajar Bakti Fajar BaktiNoriati. A. rashid (et.al). (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford FajarSafian bin Abd Rasyid (2002) Pengurusan Sumber. Komponen Teknologi PengajaranNorasiah Binti Abdullah, et. al (2013) Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn BhdMok Soon Sang (2014) Falsafah dan Pendidikan Malaysia. Penerbitan Multimedia Sdn BhdSharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam, (2011) Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah Jurnal Pendidikan MalaysiaSandra Rahman (2013) Isu penggunaan ICT merentas Kurikulum Standar Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) : Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Oktober 2013, Bil. 1 Robiah Sidin (2007) ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan Malaysia (volume 32, No. 1, 2007)

6.0 LAMPIRAN