qku3023 falsafah, etika & estetika kesukanan t1-ppt

17
TUGASAN 1 ( NITO ANAK TONY – D20112055167 ) APAKAH SUKAN BOLA SEPAK KINI MENJADI MEDAN PERTARUHAN? ADAKAH WANG RINGGIT LEBIH MENJADI KEUTAMAAN BERBANDING KUALITI PERMAINAN YANG BERSIH DARI ISTILAH RASUAH?

Upload: nitotony73

Post on 21-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tugasan 1 (Powerpoint)

TRANSCRIPT

Page 1: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

TUGASAN 1( NITO ANAK TONY – D20112055167 )

APAKAH SUKAN BOLA SEPAK KINI MENJADI MEDAN PERTARUHAN? ADAKAH

WANG RINGGIT LEBIH MENJADI KEUTAMAAN BERBANDING KUALITI

PERMAINAN YANG BERSIH DARI ISTILAH RASUAH?

Page 2: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

PERNYATAAN MASALAH

Rasuah telah wujud sejak berabad lalu dalam bidang sukan. Ia melibatkan pihak yang korup, pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Namun kini, ianya telah menular dalam kancah bola sepak dalam Negara mahupun pada peringkat antarabangsa. Ia diibaratkan seperti kembalinya virus pembunuh yang tidak mungkin dpat dihapuskan sepenuhnya.

Page 3: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

Isu mengenai rasuah ini boleh melibatkan banyak pihak dan atas banyak sebab dan punca.

Sepertimana yang berlaku pada jurulatih Juventus, Antonio Conte yang dikatakan antara individu yang dilaporkan terlibat dalam skandal rasuah Liga Itali dalam mengatur perlawanan tersebut. Malah bagi kes itu turut ditahan kapten Lazio, Stefani Mauri, bekas pemain tengah Genos, Omar Milanetto serta pihak polis bandar utara Cremona, turut menahan lima individu di Hungary yang disyaki terbabit dalam perjudian haram antarabangsa yang dipercayai didalangi seorang warganegara Singapura dikenali sebagai Tan See Eng.

Page 4: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

DEFINISI RASUAH

Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009)(Akta 694), rasuah didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah ataupun diskaun.

Page 5: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

R A S U A H ??

R – REPUTASIA – AKHLAKS – SENANG

U – ULATA – AMALANH – HANCUR

Page 6: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

JENIS KESALAHAN RASUAH

1) Meminta/Menerima Rasuah

2) Menawar/Memberi Rasuah

3) Membuat Tuntutan Palsu

4) Menyalahguna jawatan/Kedudukan

Page 7: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

PUNCA KEWUJUDAN RASUAH

Dalam Kamus Concise Law Dictionaray, P.G. Osbome menyatakan bahawa “bribey and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of such reward” . namun begitu bagaimana boleh terjadinya rasuah. Terdapat banyak faktor ataupun punca terjadinya rasuah dalam sukan. Antaranya:

Page 8: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

(i) Ketamakan

Berdasarkan sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo bertarikh 26 Disember 2008, penulis menyatakan bahawa pemain yang tamak sering kali menjadi punca permasalahan tetapi mungkin juga pemain tersebut tersepit. Mereka bermain separuh mati tetapi tidak diberi gaji yang dijanjikan. Jadi mereka sanggup menerima sogokan sehingga RM 20,000.

Page 9: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

(ii) Kelemahan Pengurusan Dalaman

Persatuan yang gagal mengurus kebajikan pemainnya, dimana gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggur menerima rasuah demi “survival” mereka.

Page 10: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

(iii) Penyalahgunaan Kuasa

Pihak pengurusan juga menyumbang kepada berlakunya rasuah apabila mereka boleh membuat percaturan dari segi teknik dan taktik permainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.

Page 11: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

Mengambil kejadian yang berlaku dalam Liga Siri A dan B pada tahun 2006 dimana pihak berkuasa berjaya mendapatkan rakaman perbualan telefon melibatkan pengurusan dan pemain kelab-kelab terlibat sekaligus mendedahkan dengan jelas skandal tersebut termasuk memilih pengadil yang telah dirasuah untuk mengadili perlawanan.

Ini telah menyebabkan kesemua kelab yang terlibat dikenakan hukuman berat iaitu Kelab Juventus telah diturunkan divisyen bawah iaitu Siri B dan ditarik balik kejuaraan liga tahun 2005 dan 2006 manakala kelab lain telah didenda serta kedudukan mata perlawanan pula dikurangkan untuk berlaku adil.

Page 12: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

(iv) Kewujudan Peluang

“Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk memberi, menerima, menawarkan dan menuntut sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambil kira bola sepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan.

Page 13: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

Merujuk kepada kejadian yang berlaku pada 24 February 2009 dimana para bookies bagi perlawanan Liga Perdana Blue Square pada mulanya telah mensasarkan bahawa pasukan bola sepak belia Rushden akan menang menentang Weymouth Football Club tetapi menukar pertaruhan apabila mensasarkan Weymouth Football Club akan menang. Keputusan akhirnya berpihak pada pasukan Weymouth dan menyebabkan pihak bookies terpaksa mengeluarkan satu juta saham dalam usaha untuk menjadikan kewangan kelab kembali stabil tetapi masih gagal.

Page 14: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

LANGKAH PENCEGAHAN RASUAH

I) Pemilihan jurulatih yang berkaliber

II) Jati diri atau prinsip kendiri atlit

III) Kebajikan atlit dan jurulatih dijaga dengan baik

Page 15: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

KESAN RASUAH TERHADAP SUKAN ANTARABANGSA

1) Individu

2) Masyarakat

3) Negara

Page 16: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untuk menjadikan masyarakat itu berintegriti dan mempunyai nilai budaya yang tinggi. Pemain perlu dididik dengan semangat kesukanan begitu juga dengan semua individu yang terlibat dengan sukan walaupun hanya sebagai pengurus atau penganjur sesuatu sukan. Jangan hanya kerana nila setitik, maruah dan mutu sukan menjadi semakin pudar.

Page 17: QKU3023 Falsafah, Etika & Estetika Kesukanan T1-PPT

THANK YOU