refleksi - assigment 3

6
REFLEKSI ASSIGMENT 3 Pengenalan. Sesi penyeliaan bahagian ini yang direkod secara terus memberi sedikit tekanan kepada saya. Setiap pergerakan supervisee dan klien diambil kira. Pergerakan saya sebagai supervisor jiga akan memberi kesan dalam penyeliaan sesi secara langsung. Kalau sebelum ini,sesi kaunseling ditonton melalui rakaman video, boleh menonton beberapa kali sebelum membuat penyeliaan. Ada masa untuk membuat penyediaan yang rapi dan tersusun. Penyeliaan secara langsung ini , memang mencabar dan sentiasa peka dengan setiap perkataan dan pergerakan dan mimik muka yang ditunjukkan kedua-dua supervisee dan klien. Sesi 1 Saya mulakan sesi penyeliaan dengan bertanya bagaimana sesi berjalan. Seperti biasasaya memuji kelebihan klien dari segi penstrukturan sebagai penghargaan kepada supervisee. Saya juga mendorong supervisee saya memberitahu pemahaman tentang isu kliennya secara terperinci.Nampaknya supervisee amat memahami

Upload: anbatilakathir

Post on 17-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI - ASSIGMENT 3

REFLEKSI

ASSIGMENT 3

Pengenalan.

Sesi penyeliaan bahagian ini yang direkod secara terus memberi sedikit tekanan kepada saya.

Setiap pergerakan supervisee dan klien diambil kira. Pergerakan saya sebagai supervisor jiga akan

memberi kesan dalam penyeliaan sesi secara langsung.

Kalau sebelum ini,sesi kaunseling ditonton melalui rakaman video, boleh menonton beberapa

kali sebelum membuat penyeliaan. Ada masa untuk membuat penyediaan yang rapi dan tersusun.

Penyeliaan secara langsung ini , memang mencabar dan sentiasa peka dengan setiap perkataan dan

pergerakan dan mimik muka yang ditunjukkan kedua-dua supervisee dan klien.

Sesi 1

Saya mulakan sesi penyeliaan dengan bertanya bagaimana sesi berjalan. Seperti biasasaya

memuji kelebihan klien dari segi penstrukturan sebagai penghargaan kepada supervisee.

Saya juga mendorong supervisee saya memberitahu pemahaman tentang isu kliennya secara

terperinci.Nampaknya supervisee amat memahami masalah kliennya.Walaupun masalah bebanan kerja

yang berpunca dari ketidakpakaran pembantu rumah.

Supervisee saya pun amat memahami masalah kliennya. Oleh itu, saya cuba membantu

supervisee mengenalpasti cara untuk mengatasi isu yang dibawa oleh kliennya.

Kekurangan yang saya nampak pada supervisee yang cubaberi alternative dan cadangan .

Semasa penyeliaan saya bertanya perancangan walaupun supervisee telah memberi beberapa

cadangan kepada kliennya.

Page 2: REFLEKSI - ASSIGMENT 3

Walaupun supervisee memberi cadangan tetapi perlu kliennya membuat sedikit kerja rumah

dan saya mahu supervisee perlu semak balik tugasanyang diberikan. Apabila saya bertanya tentang

peranannya. Supervisee memberitahu dia akan semak semula tindakan kliennya dalam mengamalkan

alternatifnya.

Saya juga memberi nasihat supaya supervisee gunakan pendekatan dalam sesi akan datang.Saya

mengakhiri sesi ini dengan memberi sedikit motivasi dan penghargaan.

SESI 2

Setiap kali sesi penyeliaan saya pastikan apakah perasaan supervisee. Ini kerana pastikan apakah

perasaan supervisee selepas tamat sesi kaunseling akan mencerminkan penilaian tentang sesi tersebut

samaada berjaya atau gagal.

Supervisee meluahkan perasaan yang seronok kerana melihat kliennya agak ceria. Supervisee

juga mengaku dia tidak banyak membantu klien tetapi perubahan pada diri klien memberi satu

rangsangan kepada dirinya.

Apabila menyebut atau meluahkan perasaan kepada orang lain, seseorang itu akan bertambah

yakin dengan pendapatnya.Saya juga mengulangi pujian saya dengan menyatakan penstrukturan baik .

Supervisee sangat yakin.

Saya juga meyakinkan supervisee iaitu fokus kepada isu klien. Perbincangan kami juga tentang

pendekatan yang akan digunakan . Supervisee juga menyatakan kliennya mempunyai kemahiran

berusaha untuk menyelesaikan masalah .Oleh itu, dia hendak menggunakan teori PCC.Kliennya rela

hendak gunakan ketegasan diri untuk keselamatan anaknya oleh itu supervisee mendorong kliennya

Page 3: REFLEKSI - ASSIGMENT 3

lebih tegas. Walaubagaimanapun supervisee akan cuba alternative lain untuk menyelesaikan

masalahnya jika klien bersetuju. Supervisee tahu batasannya dan menghormati keputusan klien yang

kekal menggunakan ketegasan.

Saya juga memuji supervisee yang telah mendorong klien mencapai kesejahteraan.Supervisee

juga menerangkan kesan-kesan ketegasan diri kepada klien supaya klien tidak buta tuli mengamalkan

ketegasan. Klien harus mengetahui batasannya.

Sesi 3

Dalam sesi ini, supervisee pula rasa sedih dan kecewa kerana , supervisee percaya dia tidak

dapat membantu klien kerana klien dalam keadaan kerisauan disebabkan oleh ketegasan pembantu

rumah tidak memberi makanan kepada anaknya. Tambhan pula video klip Perempuan Uganda mendera

seorang anak jagaannya telah memberi kesan buruk terhadap dirinya.

Sebagai supervisor , saya cuba imbas kembali kronologi sesi dari permulaan supaya supervisee

nampak perubahan dalam diri klien yang positif. Saya cuba memberi keyakinan kepada supervisee

bahawa dia telah mewujudkan ketegasan diri dalam diri kliennya. Ketegasan ini telah membantu

kliennya menyelesaikan masalahnya.

Saya juga minta melihat tujuan klien datang berjumpa dengan supervisor iaitu untuk masalah

orang gaji. Punca masalah ini adalah ketidak tegasan klien. Pada keseluruhannya isu klien telah selesai.

Walaubagaimanapun , supervisee harus memberi celik akal kepada klien untuk sejauhmana

ketegasan boleh diamalkan. Supervisee harus membezakan isu utama dan isu sampingan. Isu utama

Page 4: REFLEKSI - ASSIGMENT 3

telah selesai tetapi isu sampingan masih merisaukan klien. Oleh itu supervisee harus meneruskan

sesinya sehingga isu sampingan yang timbul boleh diselesaikan.

Pada akhir sesi ini, saya telah memberi keyakinan bahawa supervisee telah berjaya menangani

isu klien. Supervisee telah membuat terbaik kepada kliennya.

Saya juga sedia bantu untuk sesi akan datang jika perkhidmatan saya diperlukan.