modul 3 - pen gurus an bilik darjah

Upload: irabeskal

Post on 09-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    1/15

    JABATA PEDIDIKA KHAS

    KEMETERIA PELAJARA MALAYSIA

    KURIKULUM LATIHA PEDIDIKA KHAS

    BERMASALAH PEMBELAJARA

    PERIGKAT ASAS

    MODUL

    SEPTEMBER 2007

    3

    Pengurusan Bilik Darjah

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    2/15

    Modul 3

    2

    PENGURUSAN BILIK DARJAH

    1.0 Pengenalan

    Kursus pengurusan bilik darjah ini memberi tumpuan kepada pengurusan

    program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah.

    Guru-guru akan didedahkan pada pengetahuan merancang, mengurus

    murid-murid di dalam bilik darjah dengan memberi penekanan khusus

    kepada kemahiran penyusunan kemudahan fizikal, organisasi murid,

    peraturan-peraturan bilik darjah, serta penggunaan bahan-bahan bantu

    mengajar secara berkesan.

    2.0 Matlamat

    Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah dalam

    bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

    3.0 Objektif

    Selepas mengikuti bidang ini, guru akan dapat :

    3.1 merancang, mengurus dan melaksanakan program pendidikan khas

    bermasalah pembelajaran.

    3.2 Memperoleh pengetahuan terkini dari segi idea, konsep dan

    pengurusan.3.3 menentukan keperluan peralatan dan penggunaannya secara

    berkesan dalam pengurusan bilik darjah pendidikan khas bermasalah

    pembelajaran.

    4.0 Jangka Masa : 3 jam

    5.0 Kandungan

    Bahagian 1 : Peranan guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran

    Bahagian 2 : Pengurusan bilik darjah pendidikan khas bermasalah

    pembelajaran

    Bahagian 3 : Bahan Bantu Mengajar

    6.0 Kuiz

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    3/15

    Modul 3

    3

    BAHAGIAN 1

    PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAHPEMBELAJARAN

    1.0 Peranan Guru Khas

    Seseorang guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran-

    pembelajaran. Ia lebih penting daripada alat-alat yang canggih kerana

    jika guru tidak tahu menggunakannya dengan berkesan, peralatan yang

    mahal akan menjadi satu pembaziran. Selain daripada kemahiran ini,

    guru-guru pendidikan khas haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran

    berikut:

    a) mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid serta menjalankan

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    b) membantu murid-murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-

    murid biasa dari segi sosial dan emosi.

    c) bekerja rapat dengan guru-guru kelas normal untuk membantu murid-

    murid berkeperluan khas mencapai perkembangan yang optimum.d) menyediakan alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang

    lebih berkesan dan menarik.

    e) berhubung dengan badan-badan kebajikan, persatuan-persatuan

    sukarela dan agensi-agensi yang berkenaan tentang perkara-perkara

    seperti bantuan wang, lawatan ke rumah dan rawatan perubatan.

    1.1 Ciri-Ciri Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    mengenali murid-murid

    menghormati murid-murid sebagai individu

    melayani soalan dan pertanyaan murid-murid

    mempunyai sifat-sifat kasih sayang

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    4/15

    Modul 3

    4

    tingkahlaku yang lembut

    periang dan mesra

    aktif dan kreatif

    adil

    tegas

    bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam melayan murid-murid

    mendekatkan diri dengan murid-murid

    empati

    *keberkesanan sesuatu aktiviti terletak pada kebijaksanaan dan daya usaha

    guru.

    1.2 Tugas-Tugas Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    Guru sebagai :

    fasilitator

    pemimpin

    pembimbing

    perunding-cara

    penyimpan maklumat/ rekod

    panel RPI

    merancang pengajaran dan pembelajaran

    sumber resos

    kaunselor

    role model

    menghadiri kursus bagi tujuan peningkatan profesionalisme

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    5/15

    Modul 3

    5

    BAHAGIAN 2

    PENGURUSAN BILIK DARJAHPENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

    2.0 Pengenalan

    Bilik darjah merupakan satu tempat di mana setiap murid menghabiskan

    sebahagian besar masanya di bangku sekolah. Pengurusan dan

    pengelolaan yang berkesan dapat membantu proses P & P berjalan

    dengan lebih baik.

    Pengurusan bilik darjah secara umumnya mengandungi komponen-

    komponen seperti berikut:

    penyusunan kemudahan fizikal/perabot bilik darjah.

    peraturan-peraturan bilik darjah.

    pembahagian kumpulan pengajaran dan pembelajaran.

    pengurusan tingkah laku.

    penjadualan.

    penyimpanan rekod.

    stesen-stesen pembelajaran.

    2.1 Penyusunan Kemudahan Fizikal/Perabot Bilik Darjah

    Aspek fizikal bilik darjah yang disusun dengan berkesan dapat :

    membolehkan aktivti dijalankan dengan terancang.

    mengurangkan kebisingan dan gangguan.

    memupuk interaksi murid.

    menambahkan masa yang dihabiskan dalam aktiviti pembelajaran.

    membolehkan guru memantau aktiviti murid.

    2.1.1 Cara Penyusunan Bilik Darjah Harus Membolehkan :

    guru dan murid bergerak tanpa halangan.

    memudahkan guru untuk mendapatkan bahan bantu mengajar.

    guru dapat menumpukan perhatian kepada semua murid.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    6/15

    Modul 3

    6

    2.1.2 Ruang Sudut Pengajaran Dan Pembelajaran

    ruang belajar untuk kumpulan besar.

    ruang belajar untuk kumpulan kecil.b

    sudut rekreasi.

    tempat Audio-Visual.

    sudut bacaan.

    sudut pameran.

    sudut 'Time-Out".

    tempat letak peralatan membersihkan diri.

    sudut pengurusan kebersihan diri.

    tempat letak peralatan kebersihan bilik darjah.

    sudut maklumat. Contoh: Biodata murid.

    sudut rekod

    2.1.3 Perabot Dan Bahan Bantu Mengajar

    papan buletin/maklumat.

    bahan-bahan cetak / carta-carta.

    OHP.

    APD.

    rak buku.

    rak kasut.

    komputer dll.

    2.2 Peraturan Bilik Darjah

    Peraturan perlu diwujudkan untuk situasi-situasi tertentu seperti:

    aktiviti keluar masuk kelas.

    menggunakan bahan-bahan yang dikongsi seperti almari, rak dll.

    ke kawasan-kawasan seperti tandas, kantin dll.

    meninggalkan tempat duduk.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    7/15

    Modul 3

    7

    menyerah kerja yang telah siap.

    menjaga kebersihan bilik darjah.

    padang permainan.

    perhimpunan dsb.

    2.3 Pembahagian Kumpulan Pengajaran Dan Pembelajaran.

    Prosedur untuk aktiviti kumpulan kecil:

    membentuk kumpulan dengan cepat dan tanpa gangguan.

    tentukan bahan-bahan untuk dibawa dalam kumpulan.

    menguruskan tingkah laku ahli kumpulan dan bukan ahli kumpulan.

    2.4 Pengurusan Tingkah Laku

    Tingkah laku yang tidak sesuai boleh diubah kepada tingkah laku baru.

    Tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa.

    2.5 Penjadualan

    Jadual waktu kelas khas disusun atur untuk :

    memberi struktur kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

    memastikan objektif pengajaran tercapai.

    menetapkan aktiviti yang akan dilaksanakan.

    2.6 Penyimpanan Rekod

    Mengumpul, menyimpan dan menggunakan data untuk tujuan pengajaran

    dan pembelajaran seperti j

    laporan doktor.

    laporan kaunseling/temubual dengan ibu bapa.

    soal-selidik tingkah laku.

    biodata murid/profil murid.

    buku rekod kesihatan murid.

    borang-borang penilaian.

    borang-borang rekod prestasi.

    Rancangan Pendidikan Individu dll.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    8/15

    Modul 3

    8

    2.7 Stesen-Stesen Pembelajaran

    Kepentingannya :

    dapat memupuk kemahiran pengajaran dan pembelajaran mengikut

    subjek yang diajar.

    guru-guru menjadi pakar/mahir dalam sesuatu mata pelajaran.

    bahan bantu mengajar yang berkesan dan menarik dapat disediakan

    dengan lebih efisyen.

    penilaian dan RPI dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan

    dan berfokus.

    disiplin murid lebih terkawal.

    jadual waktu lebih bermakna.

    isi pengajaran dan pembelajaran dapat diseragamkan di peringkat

    sekolah.

    Refleksi :

    Lakarkan pelan kelas anda. Adakah penyusunan kelas anda dapat

    memberi keberkesanan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

    kepada murid-murid anda? Jelaskan.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    9/15

    Modul 3

    9

    BAHAGIAN 3

    BAHAN BANTU MENGAJAR

    3.0 Pengenalan

    Semua bilik darjah pendidikan khas bermasalah pembelajaran hendaklah

    dilengkapi dengan bahan-bahan asas untuk melicinkan pengajaran dan

    pembelajaran. Bahan ini berubah mengikut kemampuan dan kepentingan

    individu dan cara pengendalian bahan tersebut. Tanpa pengetahuan dan

    cara pemakaian, bahan tersebut akan menjadi gajah putih dalam kelas

    dan membazir sahaja. Bahan-bahan ini dapat dikategorikan sebagai:

    3.1 Bahan Keperluan Asas

    Bahan ini digunakan untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang

    mudah dan rencam bertujuan untuk menarik minat murid-murid

    terhadap pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

    bahan carta : carta gambar, kad huruf, kad imbas, kad

    manila dll.

    mobil : ayunan tali, rumbai payung, jejala dll.

    wall pocket : Fail RPI, Data Murid, Kemajuan Murid dll.

    alat tulis : pen maker, pensel, warna, pen dll

    bahan tulis : kertas, kertas warna dll.

    bahan binding : masking tape, binding tape, eyelet,

    penebuk lubang dll.

    bahan tekapan getah : muka jam, haiwan dll.

    3.2 Bahan Pusat Sumber

    bahan buku yang boleh digunakan sebagai bahan bacaan, rujukan

    atau bahan pengulangan dalam bacaan dan sebutan untuk membina

    pengamatan yang baik terhadap subjek pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    10/15

    Modul 3

    10

    bahan-bahan maujud yang boleh mendekatkan kefahaman murid-

    murid kepada sesuatu topik semasa atau topik silam.

    bahan hasil kerja murid yang boleh dipamer untuk merangsang proses

    pembelajaran.

    bahan rakam OHP, VCR, VCD, TV dan komputer.

    bahan pengemas sarung plastik, laminator/laminator film dll.

    3.3 Bahan-Bahan Matematik

    bahan yang boleh digunakan untuk mengenal bentuk, warna dan nilai.

    bahan yang meransang kepada mengenal nombor, waktu, berat, tinggi

    dan panjang.

    bahan yang boleh melatih murid mengira wang dan nombor.

    bahan pengamalan tambah, tolak, baki, darab, bahagi dsb.

    3.4 Bahan-Bahan Bahasa Melayu

    bahan mengenal bentuk dan nama.

    sudut bercerita.

    bahan-bahan potongan akhbar dan bahan-bahan bacaan yang lain. bahan bacaan bergred.

    kad dll.

    3.5 Bahan-Bahan Pendidikan Seni

    sudut penghayatan seni. .

    alatan pembancuh warna.

    bahan-bahan melukis dari pelbagai jenis.

    bahan kerja tangan dari bahan terbuang, rotan, kertas dan

    sebagainya.

    bahan-bahan lukisan tentang haiwan dan sebagainya.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    11/15

    Modul 3

    11

    3.6 Bahan-Bahan Pendidikan Muzik

    radi

    VCD

    alat genderang.

    kaset-kaset

    kastenet

    tamborin dan lain-lain.

    3.7 Bahan-Bahan Urus Diri

    sinki basuh muka

    cermin muka bahan-bahan pembersihan diri yang bersesuaian dll.

    3.8 Bahan-Bahan Pendidikan Agama Islam

    papan rehal

    sejadah

    tasbih

    Al-Quran kitab

    telekong

    songkok

    kaset nasyid dan bacaan ayat-ayat Al-Quran.

    buku-buku cerita Nabi dll.

    3.9 Peralatan Pendidikan Jasmani

    bahan-bahan permainan padang

    skital dan gelung rotan

    pundi kacang / beg pasir

    bola berbagai saiz dll.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    12/15

    Modul 3

    12

    3.10 Bahan-Bahan Rekreasi Luar/ Dalam

    trampolin

    gelongsor petak pasir

    tali lompat dll.

    3.11 Bahan-Bahan Permainan Dalam

    catur

    dam

    tangga dan ular

    monopoli dll.

    3.12 Peraralatan Vokasional

    peralatan yang boleh merangsang kognitif dan memajukan daya

    pemikiran

    peralatan dapur

    peralatan berkebun

    peralatan bengkel / pertukangan kayu

    peralatan jahitan dll.

    3.13 Bahan-Bahan Latihan Mengikut Tahap Keupayaan Murid

    peralatan pengawalan pernafasan

    bahan-bahan terapi pertuturan

    bahan-bahan latihan untuk murid palsi selebral yang ringan

    bahan latihan pergerakan yang difikirkan perlu dll.

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    13/15

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    14/15

    Modul 3

    14

    KUIZ

    1. Berikut adalah ciri-ciri seorang guru khas bermasalah pembelajaran yang

    efektifkecuali

    (A) menghormati murid-murid sebagai individu.

    (B) sentiasa mengambil berat tentang murid dan membantu mereka

    melaksanakan tugasan.

    (C) bersifat peramah tetapi tegas dalam tindakan yang membawa kesan

    positif.

    (D) berinovatif dan menggunakan bahan bantu mengajar secara berkesan.

    2. Menyimpan rekod murid adalah satu tugas yang penting untuk seseorang

    guru khas bagi tujuan

    i. menyediakan RPI dengan lebih bersistematik dan berkesan.

    ii. memudahkan guru mengesan kemajuan dan pencapaian murid

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    iii. membolehkan pihak hospital menjalankan rawatan dan terapi

    yang diperlukan.

    iv. membolehkan ibu bapa mendapat maklumat tentang

    perkembangan anak-anak mereka.

    (A) i,ii dan iii sahaja.

    (B) i, ii, dan iv sahaja.

    (C) ii, ii, iv dan v sahaja.

    (D) i, iii, iv dan v sahaja.

    3. Prinsip asas dalam merancang sesuatu program khas seperti yang telah

    ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Khas perlulah berdasarkan:

    (A) kemampuan deria

    (B) kategori kecacatan

    (C) kemahiran yang berbeza

    (D) kebolehan dan kefungsian individu

  • 8/8/2019 MODUL 3 - Pen Gurus An Bilik Darjah

    15/15

    Modul 3

    15

    4. Apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa guru

    menyusun penempatan murid dalam kelas?

    i. ruang secukupnya untuk guru dan murid bergerak dengan bebas

    ii. saiz bilik darjah

    iii. kemudahan guru mencapai bahan bantu mengajar

    iv. kebolehan interaksi sosial murid

    v. masalah medical

    (A) i, ii, dan iii sahaja

    (B) i, iii dan iv sahaja

    (C) iii, iv dan v sahaja

    (D) ii, iii, iv dan v sahaja