strategi pen gurus an inovasi dan perubahan

Upload: jxing-lee

Post on 08-Jul-2015

882 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengurusan Inovasi dan Perubahan PendidikanStrategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan

InovasiPerkataan inovasi berasal daripada Bahasa Latin dan pada asalnya membawa maksud pembaharuan. Inovasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup masyarakat. Tujuan inovasi adalah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya.

Usaha dan tindakan untuk melakukan sesuatu inovasi amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia mampu melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif dan negara kreatif. Tempat terbaik untuk memupuk semangat kreativiti seperti inkuiri, kreativiti dan diskoveri pada pelbagai tahap murid adalah menerusi pembelajaran dan pengajaran: sama ada dalam pembelajaran formal mahupun tidak formal. Di Malaysia, potensi untuk melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif ini terpancar dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasiannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran. (Abd.Rahim, 1999)

Konsep inovasi dalam pendidikan meliputi aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah.

Pelaksanaan kurikulum merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum , teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran.

Pembaharuan ini terjelma melalui cara, kaedah, teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

Dalam konteks persediaan pengajaran seseorang guru di dalam kelas, mereka seharusnya memahami dan mengetahui bahawa inovasi yang hendak dilaksanakan seharusnya melibatkan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Konsep berfikir secara kreatif dan inovatif Kepintaran kreatif Tindakan kreatif Faktor-faktor dan elemen yang merangsang kreativiti Teknik-teknik berfikir kreatif Penyelesaian masalah secara kreatif

Guru yang inovatifMempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Memahami, mentafsir dan mengoperasikan kurikulum ke dalam bentuk aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran dengan mengadakan latihan dalaman untuk meningkatkan profesionalisme guru dan kakitangan sekolah.

Bijak mengurus masa dalam merancang, mencari dan membuat inovasi terhadap sesuatu bahan bantu yang akan digunakan dalam pengajarannya. Bersikap terbuka untuk menerima pandangan orang lain terhadap inovasi yang dilakukannya dan membuat penambahbaikan terhadap inovasi yang bakal dilaksanakan. Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum dalam usaha untuk memperkenalkan inovasi tersebut.

KesimpulanInovasi yang dihasikan sepatutnya berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi murid selaras dengan hasrat yang terkandung dalam FPK. Selain daripada sikap guru yang berkenaan, sikap pengurusan pihak sekolah juga akan menjadi penentu kepada kejayaan sesuatu inovasi yang diperkenalkan. Pihak pengurusan sekolah haruslah berupaya mewujudkan rasa penuh sepunya dalam kalangan komuniti sekolah dan sedia untuk bekerja sebagai satu pasukan.