bhg pen gurus an

Download Bhg Pen Gurus An

Post on 07-Jun-2015

4.249 views

Category:

Documents

12 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Latar belakang

LATAR BELAKANG PEJABAT KESIHATAN SETIU, TERENGGANU.Pejabat Kesihatan Setiu adalah salah sebuah dari tujuh (7) organisasi pejabat kesihatan di negeri Terengganu. Ianya ditadbirkan melalui sebuah pejabat kesihatan yang terletak di No. 5 & 6 tingkat bawah Wisma MDS, Bandar Permaisuri yang disewa dari Majlis Daerah Setiu. Pentadbiran pejabat ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Kesihatan Daerah Gred UD52. Pegawai Kesihatan Daerah bertanggungjawab secara langsung kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) dan seterusnya Pengarah Kesihatan Negeri. Objektif am perkhidmatan kesihatan adalah sebagaimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu seperti berikut:1. Meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup penduduk supaya mereka dapat menjalani tugas-tugas social dan ekonomi yang lebih produktif. 2. Menyediakan kemudahan pencegahan dan rawatan yang cekap, berkesan dan bersepadu terutamanya kepada penduduk luar bandar. 3. Mengurangkan kadar kejadian kes-kes penyakit berjangkit dan juga tidak berjangkit. Untuk mencapai objektif tersebut di atas, perkhidmatan kesihatan telah menyedia dan menjalankan program-program berikut diperingkat daerah di mana setiap program ini mempunyai objektif khasnya yang tersendiri (rujuk laporan unit-unit): Pengurusan Kesihatan Awam Program Penjagaan Kesihatan Asas dan Pembangunan Keluarga Kawalan Penyakit Berjangkit (termasuk vector dan AIDS/STD) Penguatkuasaam Kesihatan Am Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekitar Program Kawalan Mutu Makanan Pendidikan Kesihatan

Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar

Daerah Setiu meliputi sembilan (9) mukim dengan keluasan 130,436.03 km persegi. Jumlah penduduk dalam tahun 2001 adalah seramai 52,767 orang (Sumber: Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu). Kemudahan fizikal bagi penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit bagi penduduk daerah Setiu disediakan oleh empat (4) buah klinik kesihatan, 14 buah klinik desa, dua (2) buah klinik swasta serta sebuah farmasi. Kemudahan fizikal Perkhidmatan Kesihatan Daerah Setiu adalah sama seperti yang terdapat di daerah-daerah lain dari segi corak system yang digunakan. Setuap Klinik Kesihatan mempunyai klinik-klinik desa dalam operasinya sebagaimana yang berikut:Klinik Kesihatan Klinik Desa dalam kawasan operasi KD Fikri KD Bintang KD Banggol KD Guntong Luar KD Penarik KD Chalok Barat KD Sungai Lerek KD Bari Besar KD Gong Terap KD Merang KD Sungai Tong KD Langkap KD Pelong KD Bukit Munduk

KK Permaisuri

KK Rahmat

KK Sri Langkap

KK Sungai Tong

VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMalaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan

masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAMisi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk:

Mencapai sepenuh kemampuan kesihatan mereka.

Menghargai kesihatan sebagai asset bernilai. Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

VISI PEJABAT KESIHATAN DAERAH SETIU

DASAR PERKHIDMATAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SETIU

OBJEKTIF UMUMMeningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup semua lapisan rakyat di daerah ini, supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang

sihat yang membolehkan mereka produktif dari segi ekonomi. Memberi satu perkhidmatan pencegahan dan rawatan yang komprehensif. Berkesan (effective) dan cekap (efficient) khususnya di kawasan luar bandar. Mencegah kejadian penyakit berjangkit dan tidak berjangkit sehingga penyakit-penyakit ini tidak lagi merupakan masalah kesihatan umum.

OBJEKTIF KHUSUS1. Untuk membentuk keluarga sihat dengan: Menggalakkan pembangunan keluarga sihat Menggalakkan dan mengekalkan kesihatan wanita yang dalam lingkungan umur subur Menggalakkan dan mengekalkan kesihatan kanak-kanakdari lahir hingga mereka meninggalkan bangku sekolah.

2. Untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit dengan: Memperbaiki system ramalan dan pengesanan kejadian wabak penyakit berjangkit. Mengkaji sebab-sebab utama kejadian dan kematian akibat penyakit-penyakit tertentu dan mewujudkan kaedah-kaedah untuk pencegahan dan kawalan. 3. Untuk memastikan keselamatan makanan dengan: Memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah mematuhi piawaian, bebas dari kontaminasi atau pencemaran yang tidak diingini atau berunsur penipuan dan dilabel atau diiklan dalam cara yang tidak mengelirukan. Memastikan makanan yang dibuat diproses, diangkut, disimpan dan dikendalikan dalam keadaan bersih. Memastikan makanan yang diimport mematuhi piawaian negara ini dan makanan yang dieksport mematuhi piawaian negara ini dan negara yang mengimport. Memastikan orang ramai mendapat maklumat yang tepat dan mencukupi berkenaan dengan makanan. 4. Untuk memberi pendidikan kesihatan kepada oang ramai dengan: Mwujudkan minat terhadap kesihatan di kalangan orang ramai. Mewujudkan kesedaran terhadap aspek pengekalan kesihatan dan pencegahan penyakit di kalangan orang ramai. Member kesedaran kepada orang ramai tentang perkhidmatan kesihatan yang diadakan dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan ini. 5. Untuk meningkatkan kesihatan cara kerja dengan: Mengurangkan morbidity dan mortality akibat keracunan dan kemalangan di tempat kerja. Mencegah penyakit berkait dengan pekerjaan. Menggalakkan penggunaan alat-alat perlindungan di kalangan pekerja-pekerja tertentu. 6. Untuk mengawasi dan memastikan keselamatan bekalan air dan kesihatan alam sekitar di kawasan luar bandar. Membekalkan air yang selamat kepada penduduk luar Bandar yang tidak menerima bekalan air dari JBA atau agensi-agensi lain. Mengawasi mutu bekalan air termasuk air yang dibekalkan oleh JBA. Mengawasi kebersihan alam sekitar, khususnya dari segi pembuangan najis dan sampah sarap.

OBJEKTIF PROGRAM KESIHATAN KELUARGAOBJEKTIF AM

Untuk meningkatkan kesihatan keluarga.

dan

mengekalkan

OBJEKTIF KHASUntuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan wanita di dalam golongan umur reproduktif Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan bayi dan kanak-kanak sehingga ke umur lepas sekolah. Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan remaja dan golongan belia.

Untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan wanita selain daripada kesihatan ibu dan kesihatan reproduktif.

Untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan warga tua di dalam keluarga.

Untuk menyediakan perkhidmatan pesakit luar yang berkualiti di 1st Point of Contact

Untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang sesuai kepada golongan dengan keperluan khas.

OBJEKTIF BAHAGIAN PENTADBIRANMenentukan pengurusan pentadbiran pejabat dari segi kewangan, personel, pengurusan pentadbiran dan pencen dapat diberikan dengan lebih cekap dan sistematik kepada semua anggota.

FUNGSI UTAMA JABATAN

FUNGSI UTAMA JABATAN TERMASUK AKTIVITI BERIKUT: Pengurusan Kesihatan Awam Penjagaan kesihatan Asas Pembangunan Keluarga Kawalan Penyakit Epidemiologi Kawalan Mutu Makanan BAKAS

CARTA JABATAN

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM K ewangan / Hasil P erkhidmatan P entadbiran P embangunan

PENGURUSAN KESIHATAN AWAM Aktiviti-Aktiviti, Proses Kerja, Carta Alir dan Senarai-Senarai Borang Yang Digunakan

PENGURUSAN KEWANGAN W aran Pruntukan P enyediaan Gaji P engeluaran Pesanan Kerajaan P enyediaan baucer Bayaran P engurusan Panjar Wang Runcit P injaman Komputer / Kenderaan P enerimaan Hasil

PROSES KERJA BAGI MEREKOD URUSNIAGA WARAN PERUNTUKAN

JAWATAN Pembantu Tadbir Kanan Pembantu Tadbir (VOT) Pegawai Kesihatan Daerah /Pembantu Tadbir Kanan Pembantu tadbir (VOT)

PROSES KERJA 1. Terima waran peruntukan dari Jabatan Kesihatan Negeri (Mengikut Objek Am) 2. Semak PTJ, Aktiviti, Objek. Sediakan dua (2) salinan kelompok. 3. Kemukakan untuk tandatangan Daerah/Pembantu Tadbir Kanan. Pejabat Kesihatan

4. Asingkan dan edarkan waran asal bersama satu (1) salinan kelompok ke JAbatan Akauntan Negara, satu (1) salinan difailkan. 5. Sertakan Waran Peruntukan sampingan (Objek Sebagai) 6. Edarkan untuk tandatangan Pejabat Kesihatan Daerah. 7. Rekod urusniaga ke VOT berdasarkan waran sampingan yang telah disediakan. 8. Cetak Rekod Kawalan Harian, semak balik kod aktiviti, objek, kemudian back-up harian serta tutup Akaun Harian. 9. Edarkan Rekod Kaawalan Harian beserta waran sampingan ke

Pembantu Tadbir Kanan/ Pegawai Kesihatan Daerah untuk semakan dan tandatangan pada Rekod Kawalan Harian. Pembantu Tadbir Kanan / Pegawai Kesihatan Daerah 10. Failkan.

CARTA ALIRAN PROSES MEREKOD WARAN PERUNTUKAN

Terima waran dari Jabatan Kesihatan Negeri

Semak

Sediakan Kelompok

Tandatangan Pegawai Kesihatan Daerah / Pegawai Tadbir Kanan

Satu (1) salinan waran difail dan sediakan Waran Peruntukan sampingan Waran asal beserta Satu (1) salinan Edarkan untuk tandatangan Pegawai

Kelompok JAN

Kesihatan Daerah

Rekod urusniaga ke VOT Cetak Rekod Kawalan Harian dan Back-up Harian Edarkan Rekod Kawalan Harian ke Pembantu Tadbir Kanan untuk semakan

Failkan

SENARAI SEMAK TUGAS URUSNIAGA WARAN PERUNTUKAN

Tindakan 1. Pastikan waran yang diterima adalah betul

Tanda

Catatan

2. Adalah waran-waran yang diterima disediakan Waran Peruntukan Sampingan

AKTIVITI PENGELUARAN PESANAN KERAJAAN Peraturan Pentadbiran a) Pengeluaran Pesanan Kerajaan bagi pe