pen gurus an islam

Download Pen Gurus An Islam

Post on 10-Jun-2015

1.359 views

Category:

Documents

6 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia PENGURUSAN membabitkan proses pengumpulan dan penggemblengan sumber ekonomi termasuk manusia dan modal penting dalam mana-mana organisasi untuk mencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Dalam pengurusan moden berasaskan pendekatan Barat, beberapa pendekatan pengurusan diperkenalkan dan konsep diperkenalkan F W Taylor pada 1909 digunakan secara meluas bertujuan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Taylor berpendapat, untuk meningkatkan produktiviti hanya hal cara saintifik saja boleh digunakan di mana pekerja tidak perlu mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah kerja mereka sebaliknya akan dilatih untuk melaksanakan kerja yang ditetapkan oleh pengurusan. Pendekatan konsep pengurusan itu ada kecenderungan untuk menilai segala sesuatu dari segi keuntungan ekonomi. Penekanan adalah terhadap prestasi dan kecemerlangan yang diukur daripada keuntungan ekonomi berasaskan petunjuk kebendaan. Ada pakar pengurusan yang berpendapat konsep itu tidak sesuai dipraktikkan kerana ia melihat pekerja dalam perspektif negatif. Mengikut konsep pengurusan itu, pekerja harus diawasi dan hanya perlu buat apa disuruh tanpa perlu memberi sebarang pandangan kepada pengurusan. Pakar itu berkata, Taylor tidak langsung ambil peduli mengenai perasaan pekerja walaupun pada hakikatnya, perasaan pekerja boleh mempengaruhi produktiviti kerja. Jika seseorang pengurus mengamalkan sepenuhnya model pengurusan Taylor, bentuk pengurusan menjadi kaku dan menjejaskan produktiviti kerja disebabkan pekerja rasa terkongkong. Beberapa pakar pengurusan Barat membuang istilah pengurus dan pengurusan serta menggantikannya dengan konsep pemimpin dan kepemimpinan. Andainya manusia sebagai tenaga kerja dalam organisasi tidak boleh diurus, dikerah, diarah atau diatur, mereka perlu dipimpin supaya dapat menyumbang dengan cukup berkesan dalam proses mewujudkan nilai tambah kepada sistem ekonomi. Pakar pengurusan menekankan kepemimpinan ialah semangat, menghendaki personaliti contoh dan wawasan ke hadapan. Pengurusan perlu tetapi ketua penting. Kepemimpinan dan pengurusan tidak sama. Kepemimpinan mengenai beri arahan, membina kumpulan dan menjadi penggerak kepada yang lain melalui teladan dan perbuatan.

Justeru, satu lagi model pengurusan moden sudah dibentuk ke arah mementingkan kesejahteraan pekerja. Pengurusan moden juga memberi penekanan kepada nilai sejagat atau pandangan meluas dalam mengutamakan nilai murni dianggap sebagai nilai positif. Jepun memperkenalkan pendekatan pengurusan seperti Just-In-Time, Quality Control Circles (QCC), dan Tota; Quality Management (TQM). Negara Barat memperkenalkan konsep Management by Objectives (MBO), Management By Walking Around (MBWA) dan Management By Walking Outside (MBWO). Jepun, dalam pendekatan pengurusannya memberi penekanan kepada pengurusan pekerja dengan melihat sikap, ketaatan kepada organisasi, mementingkan kualiti, peningkatan teknologi dan kepuasan pelanggan. Ini bermakna pendekatan pengurusan Jepun dan Barat mementingkan pengamalan nilai murni. Model pengurusan saintifik diperkenalkan Taylor dan model pengurusan yang mementingkan kesejahteraan pekerja mempunyai persamaan dengan konsep Pengurusan Islam. Konsep Pengurusan Islam merangkumkan kedua-dua pendekatan di mana pekerja harus mengikut hukum syarak yang ditetapkan Allah, dan sebaliknya manusia tidak perlu pengawalan rapi. Pekerja diamanahkan melaksanakan tugas masing-masing dan berdasarkan amanah itu, mereka perlu memberi perkhidmatan yang baik tanpa perlu diawasi atau dipaksa. Sistem pengurusan Barat kini menekankan konsep nilai bersama sebagai asas untuk maju ke depan dalam organisasi. Tom Peters dalam bukunya In Search Of Excellence menekankan nilai bersama akan mengawal kemahiran, strategi, struktur, sistem dan gaya pengurusan. Di Jepun, pegangan Zen Buddhism menjadi teras syarikat seperti Matsushita kerana pengasasnya percaya moral dan agama memainkan peranan penting dalam organisasi. Penekanan kepada sistem nilai dalam konsep pengurusan moden adalah sama dengan konsep Pengurusan Islam. Dalam konsep pengurusan moden, sistem nilai yang diterima oleh satu masyarakat berbeza dengan masyarakat lain. Sistem nilai diamalkan dalam pengurusan moden adalah sistem nilai yang boleh berubah mengikut keadaan semasa. Krisis nilai timbul dan bertapak dalam kehidupan manusia apabila kemahuan hawa nafsu dan pengaruh syaitan menjadi pegangan dan manusia tunduk kepada keduanya dalam membuat keputusan serta peri laku.

Manusia sanggup melakukan perkara bercanggah dengan nilai sejagat, menyeleweng dan mengubah nilai diamalkan supaya dapat memenuhi kepentingan kebendaannya. Sistem nilai Islam mengatasi masalah bertukarnya nilai sejagat sesuatu masyarakat. Ini membezakan konsep pengurusan moden dengan pengurusan dalam Islam yang bermula dengan hakikat setiap manusia melihat peranannya sebagai khalifah serta pemegang amanah di dunia. Perspektif tauhid memberikan ukuran sejagat dan memberikan takrif tepat mengenai sistem nilai yang harus diikuti setiap manusia. Pokoknya, ia berasaskan pada teras bahawa setiap manusia dilahirkan di dunia sebagai hamba Allah dan perlu sentiasa setia kepada Allah. Mereka perlu memainkan peranan penting sebagai khalifah dan pemegang amanah. Jawatan, ilmu, kemahiran dan segala keupayaan termasuk masa adalah amanah Allah kepada kita untuk digunakan dengan berkesan. Kita akan dihisab atas tindak tanduk di dunia apabila tiba hari akhirat nanti. Ini satu bentuk pengawalan yang menentukan kita tidak akan mengubah sistem nilai. Dengan itu, pengurusan Islam tidak menghadapi perubahan nilai. Islam mengikat manusia dengan iman, ilmu dan amal. Islam menguasai manusia dengan hukum 'pahala-dosa'. Dalam Islam, tauhid menekankan kesetiaan kepada Allah dan Rasul SAW sebagai nilai utama yang mengatasi segala nilai lain diwujudkan dalam sistem organisasi. Ia memberikan implikasi bahawa setiap manusia berkhidmat untuk kebaikan manusia dengan matlamat mendapat keredaan Allah bukan untuk matlamat kebendaan. Sebagai pemegang amanah kepada Allah, manusia akan menggunakan segala ilmu, harta, kemahiran dan keseluruhan dirinya untuk kepentingan ummah. Kerja dan kegiatan adalah sebagai satu proses ibadah, motivasinya bukan ganjaran dunia tetapi pengharapan balasan di akhirat. Berasaskan paradigma tauhid, kita dapat memupuk satu matlamat hidup yang jelas dapat dipraktikkan termasuk memainkan peranan sebagai pemimpin, pengurus dan usahawan. Kita menyedari kehidupan di dunia mempunyai tujuan lebih jauh dan tinggi daripada kesenangan di dunia untuk mencapai keredaan Allah.

Go!

Home

Selamat datang !!

Pengenalan Pengurusan IslamOctober 30, 2007

PENDAHULUAN

Manusia tidak mampu untu hidup bersendirian. Manusia sentiasa perlu berinteraksi antara satu sama lain. Ia termasuk dalam hubungan yang melibatkan manusia sesama manusia dalam usaha melahirkan kesejahteraan, keharmonian, keadilan dan keselamatan bukan hanya untuk kehidupan dunia tetapi juga mrangkumi akhirat. Seperti bidang-bidang lain samada yang melibatkan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kemasyarakatan dan seumpamanya, begitulah juga bidang yang melibatkan soal pengurusan. Semuanya melibatkan hubungan secara langsung antara sesama manusia. Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya. Islam menyediakan garis panduan tertentu dalam melaksanakan sistem pengurusan.

KEPERLUAN KEPADA SISTEM PENGURUSAN ISLAM Ramai umat Islam yang tidak menyedari wujudnya sistem pengurusan dalam Islam kerana selama ini metreka terdedah dengan sistem yang datang dari barat. Mereka mengambil dan mengamalkan sestem pengurusan barat dengan bersandarkan kepada teori-teori tertentu samada teori klasik atau kontemporari. Antara konsep yang menjadi amalan ialah pengurusan saintifik yang dikemukakan oleh Taylor dengan menitikberatkan kepentingan pengkhususan kerja dalam bidang tugas.

Malaysia juga turut menerima tempias dari dasar pandang ke timur yang diterapkan oleh kerajaan, dengan mengambil dasr dan contoh sistem yang menjadi amalan di Jepun dan Korea Selatan. Antara sistem yang digunapakai ialah JIT( just-in-time)(kawalan kualiti total) Samurai Swordmanship dan pelbagai lagi. Semangat kerja orang jepun cuba diterapkan dalam sistem pengurusan masakini. Umumnya, semua teori tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu meningkatkan kualiti dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. Matlamat asal cukup baik, tetapi sebaliknya yang berlaku apabila banyak kes yang timbul yang menjurus kepada kegagalan. Kegagalan yang paling ketara ialah kegagalan yang membentuk sahsiah rupadiri kakitangan pengurusan itu sendiri. Ini kerana sistem itu gagal membentuk manusia yang cemerlang dan seimbang. Oleh itu sudah tiba masanya umat Islam kembali kepada sistem pengurusan Islam yang telah terbukti berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya yang melibatkan diri manusia itu sendiri. Antara sebab utama umat Islam perlu bebuat demikian ialah : Bersifat Rabbani Pengurusan Islam bersifat Rabbani kerana sistemya adalah berlandaskan kepada syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sistem pengurusan Islam bukanlah merupakan satu sistem yang direka dan dicipta oleh manusia tetapi merupakan satu sistem yang dicipta dan diturunkan sendiri oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Rasul yang dilantik. Oleh itu sistem pengurusan Islam, sentiasa terikat dengan segala peraturan dan ketetapan Allah s.w.t. Manusia hanya berhak mencipta dan menggubal sesuatu mengitku ruang serta cara yang diizinkan oleh syara sahaja.