bab 4 report pen gurus an

Post on 30-May-2018

228 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    1/31

    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

    Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat,

    Johor Darul Takzim.

    FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

    DBK 1242

    PENGURUSAN BENGKEL DAN MAKMAL

    TUGASAN KUMPULAN 4

    DISEDIAKAN OLEH :

    RASIDAH BINTI KASSIM LB070110

    MULTAZIMAH BINTI MAT DAUD LB070111

    NOOR HASNIDA BINTI MOHD NAJIB LB070113

    ROIHAN BINTI ROMLI LB070125

    DISERAHKAN KEPADA :

    PN. MIMI MOHAFFYZA BINTI MOHAMAD

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    2/31

    ISI KANDUNGAN

    PERKARA MUKA SURAT

    4.0 Pengenalan Pengurusan 4

    4.1 Definisi Pengurusan 4

    4.2 Fungsi Pengurusan 5

    4.3 Pengurusan Personel 8

    4.3.1 Proses Penstafan Perancangan Sumber Manusia 8

    4.3.2 Bahagian Personel 13

    4.3.3 Dasar Pengurusan Personel dalam Organisasi 13

    4.3.4 Peranan Pengurusan Personnel 15

    4.3.5 Perubahan dan Pekembangan Organisasi 16

    4.4 Pengurusan Staf 17

    4.4.1 Hierarki Keperluan Manusia 17

    4.4.2 Pemilihan Staf 19

    4.4.3 Langkah-langkah Pemilihan Staf 20

    4.5 Latihan Staf 23

    4.5.1 Latihan Dan Pembangunan 23

    4.5.2 Perbezaan Latihan Dan Pembangunan 23

    4.5.3 Objektif Latihan 24

    4.5.4 Faedah Program Latihan 25

    4.5.5 Prinsip-prinsip latihan 26

    2

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    3/31

    4.6 Motivasi 26

    4.6.1 Pengertian Motivasi 26

    4.6.2 Teori motivasi 26

    4.6.3 Pendekatan dalam memotivasi individu 27

    4.7 Disiplin 28

    4.7..1 Jenis-jenis Tindakan Disiplin 29

    4.8 Kesimpulan 31

    Rujukan 32

    3

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    4/31

    BAB 4

    PENGURUSAN

    4.0 PENGENALAN

    Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini adalah hasil

    sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada masa lalu. Idea, konsep dan

    kaedah yang diketengahkan oleh mereka dapat membantu pengurus menguruskan

    organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing.

    Bagaimanapun tidak semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai

    untuk diamalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana teori yang

    difikirkan dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan organisasi. Juga tidak

    ada satu teori yang paling baik untuk digunakan bagi setiap keadaan atau situasi.

    Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka, bergantung

    kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut bagi mendapat

    satu kaedah yang paling berkesan.

    4.1 DEINISI PENGURUSAN

    1. Pengurusan adalah seni mencapai kerja melalui manusia (Mary Parker Follet)

    2. Proses mencapai matlamat organisasi melalui cara bekerja dengan manusia dan

    sumber organisasi lain. (Certo 1997)

    3. Proses menyelesaikan sesuatu tugas melalui dan bersama orang lain. (Institiut

    Pengurusan Malaysia)

    4.2 FUNGSI PENGURUSAN

    4

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    5/31

    1. PERANCANGAN

    a) Perancangan boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana pengurus menentukan

    matlamat dan memutuskan apakah tindakan yang paling sesuai yang perlu diambil

    untuk mencapai matlamat tersebut.

    b) Menurut Certo (1997), perancangan adalah satu proses menentukan bagaimana

    sistem pengurusan akan mencapai matlamatnya. Perancangan menentukan

    bagaimana organisasi mampu menuju kearah yang dikehendaki.

    c) Menurut penulis Modul PJJ UKM, perancangan merupakan satu aktiviti yang

    melibatkan perkara seperti menentukan apa matlamat yang hendak dicapai oleh

    sesuatu organisasi itu, bagaimana cara untuk mencapai matlamat yang ditentukan

    dan menggunakan kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk mencapai matlamat

    tersebut.

    2. PENGORGANISASIAN

    Terdapat berbagai definisi yang telah digubal oleh penulis-penulis buku tentang

    pengorganisasian diantaranya:

    Stoner dan Wankel (1986): Pengorganisasian merupakan satu proses di mana

    aktiviti kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk mencapai

    matlamat dan tujuan sesebuah organisasi.

    Jaafar Muhammad (1992): Pengorganisasian ialah penyusunan sumber-sumber

    organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan

    objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai.

    5

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    6/31

    Gatewood, Taylor dan Farell: Pengorganisasian ialah aktivitiaktiviti yang terlibat

    dalam merekabentuk suatu struktur organisasi yang sesuai, memberi tugas kepada

    pekerja serta membentuk perhubungan-perhubungan yang berguna di antara

    pekerja-pekerja dan di antara tugas-tugas.

    Certo (1997): Fokus utama pengorganisasian adalah menentukan setiap aktiviti

    aktiviti yang akan dilakukan oleh sumber manusia dalam organisasi, dan bagaimana

    sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atau digabungkan dengan cara yang

    terbaik untuk mencapai objektif organisasi.

    3. PENGARAHAN / KEPIMPINAN

    1. Satu proses membimbing, mengarah dan mempengaruhi ahli organisasi untuk

    melaksanakan tugas bagi mencapai matlamat tertentu dengan menjamin

    ketaatan, kesetiaan dan kepatuhan.

    2. Kepimpinan adalah proses pengarahan tingkahlaku orang lain kearah

    penyempurnaan sesuatu objektif.

    4.KOMUNIKASI

    Stoner (1995): Komunikasi sebagai suatu proses bagaimana manusia mencuba

    untuk berkongsi makna melalui penghantaran pesanan yang simbolik. Di sini 3

    perkara utama yang ditekankan oleh Stoner adalah:

    Komunikasi melibatkan manusia

    Komunikasi melibatkan perkongsian maksud

    Komunikasi melibatkan simbol.

    6

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    7/31

    5 PENGAWALAN

    Terdapat beberapa definisi yang telah dikenal pasti, di antaranya:

    Pengawalan ini boleh didefinisikan sebagai satu proses di mana pengurus

    memastikan aktiviti yang sebenar ( yang dijalankan) sama sepertimana yang telah

    dirancangkan dan mengambil tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan

    untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    Mengikut Robert J Mockler ( 1972 ) kawalan pengurusan adalah suatu usaha yang

    sistematik untuk menetapkan piawai-piawai prestasi agar selari dengan rancangan

    matlamat, untuk mereka bentuk sistem Maklum balas.

    6 PENSTAFAN

    Merupakan satu proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia secara

    berterusan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud di dalam organisasi.Atau boleh juga kita katakan penstafan merupakan calon-calon yang berkelayakan

    dan mempunyai kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan akibat

    daripada kekosongan yang wujud umpamanya persaraan, pertukaran, perberhentian,

    kematian dan sebagainya.

    7 PEMBUATAN KEPUTUSAN

    Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua ( 2 ) atau lebih alternatif

    yang ada.

    Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan

    masalah yang dihadapi.

    7

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    8/31

    4.3 PENGURUSAN PERSONEL

    1. Mendapatkan, mengembangkan dan mendorong sumber manusia supaya organisasi

    mencapai objektif.

    2. Membentuk struktur dan iklim organisasi untuk mewujudkan perpaduan dalam

    organisasi.

    3. Menggunakan sepenuhnya kemahiran pekerja.

    4. Menentukan organisasi mencapai tanggungjawab sosial kepada kakitangan .

    4.3.1 PROSES PENSTAFAN

    Perancangan

    SumberManusia

    Pengambilan

    PemilihanInduksi &

    Orientasi

    Latihan &

    Kemajuan

    Penilaian

    PencapaianKakitangan

    PertukaranKakitangan

    Penamatan

    Perkhidmatan

    8

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    9/31

    4.3.1.1 Perancangan Sumber Manusia

    Mengikut R Wayne Mondy dan Robert M Noe ( 1986), perancangan sumber manusia

    adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah pekerja yang

    perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu. Dengan kata lain

    ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk melaksanakan kerja-

    kerja organisasi.

    4.3.1.2 Pengambilan

    Ianya merupakan proses menarik minat individu yang mempunyai kelayakan tertentu

    mengisi atau memohon jawatan tertentu yang wujud dalam satu-satu organisasi.

    Pengambilan juga dikenali dengan rekrumen.

    Kaedah pengambilan dalaman termasuklah tawaran pekerjaan dan penempatan

    pekerjaan dari kalangan ahli organisasi itu sendiri.

    Kaedah pengambilan luaran pula termasuklah;

    Iklan Agensi pekerjaan

    Merekrut melalui sekolah, kolej, universiti

    4.3.1.3 Pemilihan

    Manakala langkah-langkah dalam pemilihan pula adalah;

    i. Menyemak borang permohonan.

    Untuk mempastikan maklumat yang dinyatakan adalah sama dengan

    diskripsi yang ditetapkan.

    Untuk mendapatkan maklumat maklumat asas mengenai calon tersebut.

    9

  • 8/14/2019 Bab 4 Report Pen Gurus An

    10/31

    ii. Temuduga Awal

    Calon-calon akan ditanya mengenai maklumat asas mengenai calon.

    Tujuannya melihat kemahiran komunikasi dan juga kesesuaian boleh buat

    kerja atau tidak.

    iii. Proses Penilaian atau Pengujian

    Untuk menguji kemahiran atau kelayakan atau IQ yang ada pada calon

    tersebut.

    Termasuklah juga ujian kognitif, numerikal dan taakulan.

    Tujuannya melihat kebolehan individu melakukan kerja.

    iv. Temuduga Peringkat kedua (dengan Majikan atau Pengurusan Atasan)

    Ujian pengetahuan pekerjaan berasaskan