buku pen gurus an ppkibp skh

Download Buku Pen Gurus An PPKIBP SKH

Post on 17-Jul-2015

87 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

KANDUNGAN

Bil Perkara 0Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Hamzah Motto PPKI SK Hamzah Misi dan Visi Rasional dan Matlamat Objektif

Muka surat1 2 3 4 5 6 7 8 8 9 10 11 13 17 21 22 23 24 28 29 31

1

Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 1.0 Definisi 1.1 Garis Panduan Dan Syarat Kemasukan Murid Ke Program Pendidikan Khas Carta Alir Kemasukan Pelajar 1.2 Calon-calon yang Layak diterima 1.3 Pertukaran Murid Pendidikan Khas

2

Latar Belakang Unit Pendidikan Khas PPKI SK Hamzah 2.1 Syarat-Syarat Kemasukan Pelajar Ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran SK Hamzah 2.2 Peraturan Pelajar ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran SK Hamzah 2.3 Senarai nama guru dan PPM

3

Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Khas Carta Organisasi PPKIBP SK Hamzah

4 5 6

Kategori Pelajar di PPKIBP SK Hamzah Pakej matapelajaran yang diajar Perancangan Tahunan 2012 6.1 Maklumat Pelajar yang Mengikuti Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 2012 Senarai Nombor Telefon Ibu Bapa Murid Catatan

7 8

0

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN(PPKI BP)SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH 18500 MACHANG KELANTAN

KOD SEKOLAH NOMBOR TELEFON NOMBOR FAX

: DBB2183 : 09-9751094 : 09-9758509

MOTTO

"BERILMU, BERDIKARI, BERAKHLAK"

1

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

MISI PPKIPPKIPrihatin dan penyayang untuk melahirkan citra insan istimewa yang unggul. Pembentukan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kreatif, inovatif dan dinamis ke arah pembentukan insan istimewa yang harmonis. Integrasi ke arah pembentukan individu yang mampu merealisasikan aspirasi negara.

VISI PPKIMenyediakan pendidikan asas yang kukuh dan berkesan serta berdaya maju kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi SK Hamzah dan membentuk murid menjadi insan yang berdisiplin, berilmu, berakhlak serta dapat berdikari dan memberi sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara.

2

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

RASIONALKanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program Khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek masa, bahan budaya, kelas, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMATKurikulum murid-murid bermasalah pembelajaran adalah bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berdikari dan dapat menyumbangkan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

3

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

OBJEKTIFSetiap murid diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka : Menguasai kemahiran berkomunikasi. Menguasai kemahiran berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam masyarakat setempat. Mengetahui dan memperkembangkan mengenai hal diri dan alam persekitaran. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreativiti dan intelektual. Membolehkan murid melakukan menjalankan kerja dengan sendiri. praktis asas dan dapat perasaan ingin tahu

Menguasai kemahiran-kemahiran asas ke arah bidang kerjaya.

4

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKI BP) SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH, MACHANG, KELANTAN

1.0

DEFINISI Pelajar-Pelajar Bermasalah Pembelajaran merupakan pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut kefungsian pelajar-pelajar dalam kebolehan-kebolehan berikut: a. b. c. d. e. f. Kebolehan kognitif Tingkah laku sosial / perkembangan sosial Penguasaan bahasa (lisan/pertuturan) Keupayaan membaca dan menulis Kemahiran perkembangan Kemahiran Matematik

5

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

1.1 GARIS PANDUAN DAN SYARAT KEMASUKAN MURID KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN.

1.1.1. Murid/ Pelajar Baru 1. Calon berumur 7 tahun pada tarikh permohonan. 2. Borang yang tidak lengkap adalah dianggap gagal 3. Calon yang disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor yang disediakan. Setiap butiran dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (Laporan doktor adalah diwajibkan) 4. Calon ditemuduga oleh panel terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada layak atau tidak layak ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. 5. Perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan. Penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja.

6

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH ( 1 ) 18500 MACHANG, KELANTANCARTA ALIR KEMASUKAN PELAJARPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI / PRA INTEGRASI

Melengkapkan Borang BPKKKU (Pindaan 1 2009)BORANG PENDAFTARAN KANAK-KANAK KURANG UPAYA (0-18 TAHUN)

.Borang cadangan penempatan. Sijil Lahir (murid ) Kad Pengenalan (ibu//Bapa) Gambar berukuran pasport ( 4 Keping )

2HUSM( RUJUKAN PAKAR )

1.Borang cadanganpenempatan. 2 Sijil Lahir (murid ) 3 Kad Pengenalan (ibu//Bapa)

HBKB

Membuat Pendaftaran Di Jabatan Kebajikan MasyarakatKAD OKU

4

4

Mendapatkan Surat Tawaran Penempatan Sekolah Murid Berkeperluan Khas

566Membuat Pendaftaran Di Sekolah yang dicadangkan.

55 5

PPD Daerah

JPN ( Unit Pendidikan Khas )

6

7 77PENEMPATAN

77

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

1.1.2. Calon-calon yang layak diterima: 1. Boleh urus diri tanpa bantuan orang lain 2. Tiada kecacatan fizikal yang teruk 3. Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (susah kawal),ganas atau mental yang teruk. 4. Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan, penyakit jantung dan lain-lain. 5. Calon yang layak hanya akan ditempatkan ke sekolah integrasi yang sesuai dan bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat, calon adalah dianggap sebagai calon menunggu. 6. Setiap calon yang layak diterima masuk adalah dalam tempoh percubaan selama 3 bulan. Pihak sekolah/Penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan dan prestasi pembelajaran calon tersebut. Sekiranya layak/lulus,calon tersebut akan mengikuti pembelajaran seterusnya. Bagi calon yang gagal, disarankan ke program lain seperti PDK (Kebajikan Masyarakat), program swasta atau bimbingan penjaga masing-masing. 7. Calon yang telah ditemuduga dan gagal boleh memohon semula penempatan sekiranya calon telah melalui pemulihan dan dianggap layak. 8. Tempoh pembelajaran seseorang murid di Program Pendidikan Khas Integrasi adalah daripada umur 7 tahun ke 13 tahun untuk Sekolah Rendah 9. Tetapi walau bagaimanapun, prestasi bulanan setiap murid akan menentukan tempoh pembelajarannya.Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid itu menunjukkan prestasi yang menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya). Maka murid berkenaan boleh disarankan untuk direhatkan/berhenti bagi satu tempoh sehingga murid berkenaan menunjukkan sikap atau kelakuan dan minat yang positif. 1.1.3. Pertukaran Murid/Pelajar Pendidikan Khas

Pertukaran murid Program Pendidikan Khas hendaklah menggunakan borang pertukaran yang standard. Borang tersebut hendaklah di hantar terus ke Unit Pendidikan Khas,Jabatan Pelajaran Negeri untuk di proses dan tindakan selanjutnya. Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Jabatan Pelajaran Negeri Unit Pendidikan Khas tidak boleh diterima. Borang-borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar/Pengetua sekolah berkenaan.

8

BUKU PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN KHAS SK HAMZAH

2.0

LATAR BELAKANG UNIT PENDIDIKAN KHAS (PPKI BP) SK HAMZAH

Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKIMP) di sekolah ini telah bermula pada 16 Jun 1996. Pada awal penubuhannya, kelas Pendidikan Khas ini hanya mempunyai satu blok bangunan sahaja yang terdiri daripada 3 bilik darjah yang telah diubahsuai dan dijadikan bilik-bilik khas. Pada tahun ini telah ditempatkan 3 orang guru untuk mengajar seramai 9 orang murid yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Pada tahun 1998, baikpulih telah dilakukan bagi meningkatkan prasarana yang sedia ada. Pada tahun 2008, baikpulih atap bumbung akibat anai-anai telah dilakukan. Pada ketika ini, murid-murid, guru-guru serta PPM terpaksa

menumpang mengajar dan belajar di Pra Sekolah SK Hamzah sepanjang pembaikan dijalankan. Bilangan murid dari tahun ke tahun semakin meningkat. Kini, bilangan murid telah meningkat sebanyak 35 orang murid dan kakitangan yang terdiri daripada seorang guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, 9