tatacara pen gurus an aset alih sekolah
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Tugasan individuTRANSCRIPT

Tajuk :
Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan
dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,
huraikan bagaimana anda menangani masalah tersebut dengan
mengambilkira peraturan-peraturan semasa.
Abstrak :
Pengurusan aset wajar diberi keutamaan kerana ia merupakan aspek
penting dalam pengurusan kewangan. Peraturan mengenai
Pengurusan Aset Alih Kerajaan pada masa ini terkandung dalam
beberapa dokumen yang berasingan antaranya Arahan
Perbendaharaan (AP), Panduan Perbendaharaan-Tatacara Pengurusan
Stor (PP-TPS), Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan (SPP). Oleh kerana terdapat berbagai-bagai dokumen,
ianya telah menimbulkan kekeliruan di kalangan pegawai awam
terutamanya mereka yang terlibat dan bertanggungjawab secara
langsung ke atas pengurusan aset alih Kerajaan. Di samping itu, isu
kelemahan pengurusan aset alih Kerajaan sering dibangkitkan dalam
Laporan Ketua Audit Negara. Bagi menangani masalah tersebut dan
mengambil kira perkembangan semasa, pengurusan aset alih Kerajaan
di peringkat sekolah perlu diambil perhatian wajar oleh pengurus
sekolah.
1

1.0 PENGENALAN
Aset bermaksud harta benda kepunyaan atau milikan atau di
bawah kawalan Kerajaan yang dibeli atau yang disewa beli
dengan wang kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau
hadiah atau diperolehi melalui proses perundangan
Aset Alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu
tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan
atau dipasang bersekali dengan bangunan.
Aset Alih terbahagi kepada 2(dua) kumpulan iaitu:
Harta Modal
o Aset Alih yang harga perolehan asalnya ialah RM1,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ribu) dan ke atas setiap satu; atau
o Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara
berjadual tanpa mengira harga perolehan asal.
Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset
yang memerlukan penyelenggaraan seperti yang telah
disyaratkan di dalam manual/buku panduan pengguna.
Inventori
o Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada
RM1,000.00(Ringgit Malaysia Satu Ribu) setiap satu dan
tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual.
2

o Perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk
tanpa mengira harga perolehan asal.
2.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI
PENGURUS
SEKOLAH
Saya akan pastikan pengurusan aset alih Kerajaan dilaksanakan
secara teratur, cekap dan berkesan di sekolah saya dengan
melaksanakan perkara-perkara berikut :-
(a) Mewujudkan Unit Pengurusan Aset.
Memberi taklimat secara mendalam Tatacara Pengurusan Aset Alih
Kerajaan (TPA)
(b) Melantik:-
(i) Penolong Kanan Pentadbiran sekolah saya sebagai pegawai Aset
di peringkat sekolah saya yang dikategorikan sebagai sekolah PTJ
(ii) Guru Kanan-Guru Kanan menjalankan pemeriksaan ke atas
aset;
(iii) Lembaga Pemeriksa bagi melaksanakan pelupusan aset; dan
(iv) Jawatankuasa Penyiasat bagi menyiasat kes kehilangan aset.
(d) Mengemukakan laporan tahunan kepada saya iaitu:-
(i) Laporan Harta Modal dan Inventori;
(ii) Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori;
(iii) Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan
3

(e) Memastikan semua aset alih Kerajaan diuruskan mengikut tatacara
yang telah ditetapkan.
3.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT PENGURUSAN ASET
Sebagai pengurus sekolah saya akan pastikan semua ahli
jawatankuasa Unit Pengurusan Aset memahami dengan jelas tatacara
menguruskan semua aset alih Kerajaan di sekolah saya yang meliputi
aspek-aspek berikut mengikut Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5
Tahun 2007 dan mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
Aspek-aspek berikut ialah :
(a) Penerimaan;
(b) Pendaftaran;
(c) Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;
(d) Penyelenggaraan;
(e) Pelupusan; dan
(f) Kehilangan dan Hapuskira.
4

4.0 Carta Alir Pengurusan Aset Alih Di Sekolah Saya Yang
Mesti DiPatuhi Oleh Unit Pengurusan Aset
5
Penerimaan Aset Alih Bersama Punca Maklumat
Pegawai Aset atau penerima (KPT ke atas) akan mengisi borang KEW.P.A.-1
berkaitan Laporan Penerimaan Aset Alih Kerajaan
Pendaftaran Aset Alih Oleh Pegawai Aset
Pegawai Aset akan mengisikan salah satu dokumen berikut
Daftar Harta Modal KEW.PA-2
Daftar Inventori KEW.PA-3
Pegawai Aset akan kemaskini Senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan
Senarai Daftar Inventori KEW.PA-5
Cop pengesahan pendaftaran pada punca maklumat
Semua aset alih akan dilabelkan oleh Pembantu Am Rendah yang
dipertanggungjawabkan dengan menggunakan dakwat kekal dengan
nombor siri pendaftaran pada aset dan mudah dilihat
Tempatkan aset di lokasi
Pegawai Aset akan mengisikan Buku Daftar Pergerakan Harta
Modal/Inventori KEW.PA-6
jika berlaku pergerakan aset bagi tujuan pinjaman atau penempatan
sementara

5.0 PROSES KERJA PENERIMAAN ASET ALIH KERAJAAN
Pegawai Aset atau penerima (jawatan KPT ke atas) mesti
memastikan langkah-langkah berikut diambil :
Pemeriksaan teliti bagi memastikan aset diterima menepati
spesifikasi
Pemeriksaan teknikal pegawai yang bertauliah bila perlu.
Langkah-langkah yang perlu dipatuhi semasa sekolah menerima
aset
o Semak butiran dalam dokumen
o Periksa, kira, ukur, timbang atau uji serta merta
sebelum sahkan penerimaan.
o ** Sekiranya pengesahan tidak dapat dilakukan serta
merta maka dokumen itu dicatat “ Diterima dengan
6
Kemaskini senarai aset dengan mengisis KEW.PA-7
Simpan Daftar Aset

syarat ianya diperiksa, dikira, diukur, ditimbang dan
diuji”.
Pegawai Aset atau penerima akan menyediakan Borang
Laporan Penerimaan Kew. PA-1 jika terdapat kerosakan/
perselisihan
Borang Kew.PA-1 yang ditandatangani oleh pengurus sekolah
atau pegawai aset dihantar kepada agen penghantaran atau
syarikat pembekal oleh pihak sekolah
Pegawai penerima yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir
ke atas akan memastikan aset diterima beserta Surat Jaminan
daripada pembekal.
Pegawai penerima yang terdiri daripada Ketua Pembantu Tadbir
ke atas akan memastikan aset diterima bersama manual
penggunaan dan penyelenggaraan.
7

Contoh Borang Kew PA-1
6.0 PROSES KERJA PENDAFTARAN ASET ALIH KERAJAAN
Tempoh pendaftaran
o Dua (2) minggu dari tarikh pengesahan penerimaan
8

Punca Maklumat
Bagi mendaftar aset, dokumen berikut boleh dirujuk
o Pesanan Rasmi Kerajaan
o Nota Serahan (Delivery Order)
o Invois
o Dokumen Kontrak
o Kad Jaminan
o Manual Pengguna
o Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
o Aset yang disewa beli:
Surat Ikatan Perjanjian
Dokumen lain yang berkaitan
o Aset Yang Diterima Daripada Sumber Lain
Salinan Daftar jika diterima secara pindahan
Salinan surat kelulusan menerima hadiah
Salinan Sijil Lucuthak oleh Mahkamah
o Aset Yang Belum Berdaftar
Sekiranya tiada punca maklumat, pendaftaran
berasaskan maklumat di fizikal aset atau sumber-
sumber lain yang berkaitan
Urusan Pendaftaran
9

o Didaftarkan oleh Pegawai Aset (Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah) menggunakan KEW.PA-2 dan
KEW.PA-3
o Satu senarai Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai
Daftar Inventori KEW.PA-5 disediakan
o Salinan Daftar Harta Modal KEW.PA-4 dan Senarai Daftar
Inventori KEW.PA-5 (untuk sekolah saya yang bertaraf PTJ)
akan dikemukakan kepada Jabatan
Kemaskini Daftar Aset
Daftar aset dikemaskini bila berlaku
Penambahan/ penggantian/ penaiktarafan
Pemeriksaan aset
Pelupusan
Hapus kira
10

Contoh borang KEW.PA-2
11

Contoh Borang KEW.PA-3
12

Contoh Borang KEW.PA-4
13

Contoh Borang KEW.PA-5
14

7.0 PROSES KERJA PEMERIKSAAN ASET ALIH
15

Saya akan melantik dua orang guru atau Pembantu Tadbir
sebagai Pegawai Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung
dalam pengurusan aset untuk membuat pemeriksaan ke atas
harta modal dan inventori. Pegawai Pemeriksa akan mengisikan
Borang KEW.PA-10 (Laporan Pemeriksaan Harta Modal) dan
Borang KEW.PA-11 (Laporan Pemeriksaan Inventori)
Tujuan pemeriksaan
o Mengetahui keadaan dan prestasinya
o Memastikan setiap aset mempunyai daftar/rekod yang
lengkap, tepat dan kemaskini
o Memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti
yang tercatat dalam daftar
Pemeriksaan Aset Alih akan dijalankan sekurang-kurangnya satu
kali setahun.
8.0 PROSES KERJA PENYELENGGARAAN ASET ALIH
Pegawai Aset serta Guru Kanan-Guru Kanan dalam jawatankuasa
pengurusan aset akan ditugaskan untuk membuat pemeriksaan
ke atas aset alih di bawah bidang mereka secara berjadual.
Pemeriksaan ini termasuk juga mengsyorkan proses
penyelenggaraan yang perlu dijalankan jika ada. Pegawai Aset
dan Guru Kanan akan mengisi borang KEW.PA-13 (Senarai Aset
Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan)
Jenis penyelenggaraan
16

o Penyelenggaraan Pencegahan
Tindakan penyelenggaraan berjadual untuk
memeriksa, menservis, membaiki atau mengganti
komponen atau sumber fizikal secara teratur supaya
dapat berfungsi dengan lancar.
o Penyelenggaraan Pemulihan
Tindakan membaiki atau mengganti komponen atau
sumber fizikal supaya dapat berfungsi mengikut
standard yang ditetapkan.
Penolong Kanan Pentadbiran yang berperanan sebagai
Pegawai Aset adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan
langkah-langkah berikut:-
o Menyediakan Senarai Aset Yang Memerlukan
Penyelenggaraan
Aset yang memerlukan penyelenggaraan perlu dikenal
pasti dan
disenaraikan mengikut KEW.PA-13.
o Merancang Penyelenggaraan
Setelah aset yang memerlukan penyelenggaraan
disenaraikan, satu program penyelenggaraan hendaklah
dirancang dan disediakan.
o Melaksanakan Program Penyelenggaraan
17

Penyelenggaraan hendaklah dilaksanakan mengikut
jadual yang telah ditetapkan melainkan sesuatu aset itu
memerlukan penyelenggaraan segera.
o Merekodkan Penyelenggaraan
Setiap penyelenggaraan yang dilaksanakan hendaklah
direkodkan dalam Daftar Penyelenggaraan Harta Modal
KEW.PA-14.
o Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak
swasta
Kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak
swasta hendaklah diselia dan dipantau bagi
memastikan syarat-syarat yang ditetapkan dalam
perjanjian dipatuhi.
9.0 PROSES KERJA PELUPUSAN ASET ALIH
Unit Pengurusan Aset sekolah saya akan bertanggungjawab
sebagai Urus Setia Pelupusan
Tujuan Pelupusan Aset Kerajaan
o Memastikan sekolah saya tidak menyimpan aset yang
tidak boleh diguna atau tidak diperlukan
o Untuk menjimatkan ruang simpanan di stor atau pejabat
Tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Urus setia Pelupusan
ialah seperti berikut :
18

o Menyemak dan memastikan permohonan pelupusan
lengkap dan teratur
o Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Kuasa
Melulus
o Memaklumkan kelulusan kepada Jabatan untuk tindakan
o Memohon pelanjutan tempoh pelupusan
o Memohon kelulusan meminda kaedah pelupusan
10.0 PROSES KERJA KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH
Unit Pengurusan Aset Alih di sekolah saya akan
bertanggungjawab sebagai Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira
“Kehilangan” bermaksud aset yang tiada lagi dalam simpanan
disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran, bencana
alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam.
“Hapus kira” ialah satu proses untuk membatalkan rekod aset
yang hilang.
o Tugas-Tugas Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira Sekolah
Mendapatkan maklumat mengenai aset yang hilang
melalui Daftar Harta Modal/ Inventori
Mengemukakan Laporan Awal dan salinan Laporan
polis kepada Pegawai Pengawal
Mendapatkan hasil siasatan polis
19

Mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30 bagi
mendapatkan ulasan dan syor daripada Pegawai
Pengawal
11.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Pengurusan Aset Alih di peringkat sekolah saya akan dipertingkatkan
dan diperbaiki mengikut tatacara yang telah saya huraikan dalam
kertas kerja ini. Kefahaman yang mendalam tentang tatacara yang
betul serta tindakan-tindakan yang perlu diambil adalah amat penting.
Adalah diharapkan pihak Kementerian Pelajaran dapat menambahkan
perjawatan khusus untuk pengurusan aset alih dan pengurusan stor
sekolah seperti yang terdapat di Institut Perguruan dan Institut
Aminuddin Baki. Sekolah banyak menguruskan aset alih kerajaan
sejak-sejak akhir ini dan tatacara pengurusan aset alih oleh pihak
pengurusan sekolah perlu diberi perhatian berat kerana ia melibatkan
duit rakyat. Saya berharap kertas kerja ini akan memberi panduan
kepada guru dan staf sokongan sekolah saya.
12.0 KESIMPULAN
Pengurusan Aset Alih peringkat sekolah perlu diberi perhatian oleh
pihak pengurusan sekolah kerana kita mengurusakan harta kerajaan
dan kita dipertanggungjawab ke atas setiap harta berkenaan.
Rujukan :
20

1. Pekeliling Perbendaharaan (PP) Bil. 5 Tahun 2007 Tatacara
Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA)
2. Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia, Kementerian
Kewangan
3. Taklimat Tatacara Pelupusan Aset Alih Kerajaan Untuk
Pegawai-Pegawai Insitut Perakaunan Negara Dalam Bentuk
Fail pdf
4. Garis Panduan Pelupusan Peralatan/ Aset Bil. 5/ 2007 Dalam
Bentuk Fail pdf
5. Nota Kursus Pengurusan Kewangan dan Perakaunan PTJ,
Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
6. Borang-Borang KEW.PA
21

22