am alan pen gurus an islam

40
AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA 1 Oleh Roslan Abd Jelani Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Pendahuluan Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas dalam pemikiran kita tentang apakah sebenarnya yang cuba kita perkatakan. Ini memandangkan tajuk di atas kelihatan begitu umum dan dari satu segi, tidak begitu releven untuk dihuraikan jika yang hendak disentuh di sini adalah pengurusan Islam itu sendiri sebagai satu korpus ilmu baru yang telah dibangunkan dengan rapi dan sistematik lalu 1 Tajuk di atas merupakan salah satu topik utama yang dibincangkan dalam Konvensyen Pengurusan Islam bertemakan Pengurusan dan Islam: Wahana ke Arah Memartabatkan Pembangunan Negara Abad 21 yang diadakan di Aseania Resort, Langkawi pada 18 – 19 November 2000, anjuran Universiti Utara Malaysia. Dalam membentangkan isu yang berkaitan, saya menampilkan semula sebahagian artikel yang ditulis oleh Tuan Hj. Mohd Affandi Hassan yang bertajuk “Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif “ untuk direnung dan difikir oleh para peserta konvensyen. Artikel ini telah dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1991), m.s. 26 – 71. Tulisan yang saya usahakan ini tidak lain hanyalah sebagai syarah kepada tulisan beliau. 1

Upload: othman-che-yusoff

Post on 25-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

cxvx

TRANSCRIPT

Page 1: Am Alan Pen Gurus an Islam

AMALAN PENGURUSAN ISLAM DI MALAYSIA1

Oleh

Roslan Abd Jelani

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

Pendahuluan

Sebelum kita dapat membincangkan perkara di atas, perlulah jelas dalam pemikiran kita

tentang apakah sebenarnya yang cuba kita perkatakan. Ini memandangkan tajuk di atas

kelihatan begitu umum dan dari satu segi, tidak begitu releven untuk dihuraikan jika yang

hendak disentuh di sini adalah pengurusan Islam itu sendiri sebagai satu korpus ilmu baru

yang telah dibangunkan dengan rapi dan sistematik lalu dijadikan sebagai premis utama

dalam pengamalan pengurusan di Malaysia.

Sebenarnya, semenjak negara kita mengecapi kemerdekaan sehinggalah pada alaf baru

ini, belum banyak lagi usaha yang dilakukan dengan giat dan sistematik oleh mana-mana

pihak sama ada pusat pengajian tinggi awam atau mana-mana institusi kerajaan bagi

membangunkan disiplin pengurusan yang benar-benar dilandaskan kepada kesatuan dua

1 Tajuk di atas merupakan salah satu topik utama yang dibincangkan dalam Konvensyen Pengurusan Islam bertemakan Pengurusan dan Islam: Wahana ke Arah Memartabatkan Pembangunan Negara Abad 21 yang diadakan di Aseania Resort, Langkawi pada 18 – 19 November 2000, anjuran Universiti Utara Malaysia. Dalam membentangkan isu yang berkaitan, saya menampilkan semula sebahagian artikel yang ditulis oleh Tuan Hj. Mohd Affandi Hassan yang bertajuk “Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif “ untuk direnung dan difikir oleh para peserta konvensyen. Artikel ini telah dimuatkan dalam buku Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1991), m.s. 26 – 71. Tulisan yang saya usahakan ini tidak lain hanyalah sebagai syarah kepada tulisan beliau.

1

Page 2: Am Alan Pen Gurus an Islam

bentuk ilmu iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli2 yang boleh dicapai melalui empat saluran

ilmu3 yakni:

i. Pancaindera (kaedah empirikal);

ii. Khabar Sadiq (al-Qur’an, al-Hadith, dan Khabar Mutawatir);

iii. ‘Aql Salim; dan

iv. Ilham (penampakan tentang hakikat sesuatu yang dipancarkan oleh Allah atas

jiwa yang mutma’innah).

Usaha-usaha Awal Pembangunan Disiplin Pengurusan Islam

Dalam aspek membangunkan disiplin pengurusan Islam, Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN) misalnya telah memulakan langkah awalnya dalam hal ini dengan menerbitkan

buku yang berjudul Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam pada

tahun 1990 yang diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi

Hassan; disusuli kemudiannya pada tahun 1992 dengan penerbitan buku The Tawhidic

Approach in Management and Public Administration: Concepts, Principles and an

Alternative Model yang dikarang oleh Mohd. Affandi Hassan, dan penerbitan Buletin

Pengurusan Islam; muncul selepas itu buku Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika

dalam Perkhidmatan Awam yang diterbitkan pada tahun 1994; dan kemuncaknya apabila

diadakan satu bengkel di peringkat kebangsaan pada 21 hingga 22 September 1995 yang

dihadiri oleh wakil-wakil penting dari semua institusi-institusi latihan kerajaan dan

institusi-institusi pengajian tinggi awam bagi tujuan membincangkan tiga perkara penting

yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dari perspektif Islam iaitu:

2 Usaha yang dinyatakan di atas hanya dilakukan secara individu oleh tokoh pentadbir dan tokoh akademik seperti Tuan Haji Mohd Affandi Hassan yang sering menghuraikan tentang pendekatan Tawhid dalam pengurusan, Profesor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud yang sering memperkatakan tentang prinsip adab pengurusan, Profesor Dr. Muhammad Kamal Hassan yang sering menjelaskan tentang aspek perbandingan pengurusan, dan Saudara Mohd Zaidi Ismail yang acapkali secara bersungguh-sungguh mena’rifkan istilah tadbir dan adab sebagai inti pati utama teori pengurusan.

3 Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id of al-Nasafi (Kuala Lumpur: Dept. of Publications, The University of Malaya, 1988), p. 101.

2

Page 3: Am Alan Pen Gurus an Islam

i. cadangan mewujudkan kurikulum kursus pentadbiran dan pengurusan dari

perspektif Islam;

ii. usaha-usaha bagi meningkatkan tahap kepakaran/kemahiran tenaga

pengajar/pensyarah di institusi-institusi latihan di seluruh negara dalam bidang

yang berkaitan; dan

iii. penubuhan sebuah pusat sumber maklumat pengurusan dan pentadbiran Islam.

Ekoran daripada bengkel tersebut, beberapa siri kursus pengurusan dan pentadbiran Islam

yang berbentuk latihan untuk jurulatih dan beberapa seminar umum telah diadakan.

Kursus dan seminar yang diadakan ini lebih menjurus ke arah memberi pendedahan awal

kepada para peserta tentang kerangka dasar pentadbiran dan pengurusan Islam yang

menyentuh perkara-perkara penting seperti prinsip al-Tawhid sebagai teras

pembangunan organisasi, mu’amalat Islam sebagai asas dalam metodologi pengurusan,

kepemimpinan Islam berlandaskan hakikat iman, ilmu, amal dan ihsan, pemupukan

semangat syura, dan konsep ikhtiar sebagai asas pembinaan kreativiti.

Walau bagaimanapun, usaha yang kelihatan dilakukan secara bersungguh-sungguh di

peringkat awal ini akhirnya mulai malap, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor:

i. usaha ini, walaupun berlaku di peringkat organisasi, tetapi ia lebih merupakan

inisiatif perorangan yang penuh ikhlas, beristiqamah, bersemangat ilmu,

berani, dan yakin bahawa prinsip Islam dapat diolah untuk dilahirkan sebagai

satu sistem pengurusan yang beradab. Patut diingat bahawa tidak sekelumit

pun timbul dalam jiwa orang yang sebegini matlamat yang berkepentingan

peribadi yakni sama ada untuk mengejar kedudukan, kuasa dan pangkat.

Contoh usaha dan keperibadian yang dipancarkan oleh individu-individu ini

sebenarnya tidak dipupuk dengan sewajarnya dalam diri pegawai-pegawai

awam yang lain, ditambah pula dengan kurangnya pengiktirafan organisasi

terhadap hasil usaha yang sebegini hingga mengakibatkan terbantutnya

perjalanan program tersebut;

ii. kurangnya keutamaan yang diberikan oleh peringkat pengurusan terhadap

aspek pembinaan disiplin pentadbiran dan pengurusan Islam lalu program

3

Page 4: Am Alan Pen Gurus an Islam

yang sebegini dibiarkan dalam keadaan terumbang-ambing. Akibatnya,

amanah bagi melaksanakan program tersebut diletakkan atas bahu orang yang

tidak beradab terhadap ilmu, selekeh dari segi mengolah bidang yang diceburi,

atau melaksanakan tanggung jawab tersebut dengan ala kadar sahaja sehigga

mengakibatkan usaha yang bersepadu dalam hal yang berkaitan tidak dapat

dilaksanakan;

iii. terpahatnya budaya kerja kebendaan yang bersifat anti ilmu yang berpaksikan

“hawa” dan zann atau rasa agak-agak di peringkat individu; tuntutan sosio-

politik dan desakan ekonomi jangka pendek di peringkat institusi dan negara.4

Ini sebenarnya menjadi punca kepada lahirnya pemimpin organisasi yang

rakus jiwanya yang hanya berlumba-lumba mengejar kedudukan dan pangkat

hinggakan komitmen yang jitu tidak dapat diberikan kepada program di atas

yang secara zahirnya seolah-olah tidak dapat menjanjikan apa-apa keuntungan

kebendaan; dan

iv. lahirnya kelompok pentadbir dan pengurus yang begitu pragmatik terhadap

sistem pemikiran Barat yang sekular yang bilangan mereka lebih ramai

berbanding dengan kelompok yang mempunyai ilmu dan keyakinan yang

kukuh terhadap Islam. Kelompok tersebut sebenarnya mengendong pemikiran

beku , bebal dan penuh keraguan (sceptic) hinggakan tidak terbit pada jiwa

mereka hakikat dan kebenaran sesuatu. Bagi mereka, perkara seperti

metafizik, tasawwuf, tawhid, dan prinsip fiqhiah amat tidak releven untuk

diketengahkan dalam konteks pengurusan masa kini.

Usaha bagi membangunkan disiplin pengurusan Islam ini juga turut dilaksanakan oleh

Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dengan

menggunakan prinsip al-Tawhid sebagai teras dalam latihan. Usaha yang baru dimulakan

ini dan berterusan sehingga kini lebih tertumpu kepada soal menerapkan semangat

keIslaman sejati dalam konteks pengurusan dan pembangunan organisasi. Program yang

sebegini, walaupun pada dasarnya tidak lagi bersifat apologatik atau akomodatif terhadap

4 Wan Mohd. Nor Wan Daud, “Budaya Kerja Bersepadu” , Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam, diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd. Salleh dan Mohd. Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1992), m.s. 130.

4

Page 5: Am Alan Pen Gurus an Islam

sistem pengurusan Barat tetapi masih di peringkat permulaan kerana subjek-subjek

utama dalam kursus yang ditampilkan ini hanya berkisar pada elemen-elemen teras yang

menjadi tunjang kepada pembinaan disiplin pengurusan Islam. Banyak lagi usaha yang

perlu dilakukan dalam hal ini misalnya menyenaraikan istilah-istilah dan konsep-konsep

utama pentadbiran Islam sambil pada masa yang sama membina teori dan sistem

pentadbiran dan pengurusan Islam.

Amat malang sekali, usaha sedemikian masih belum dapat dilakukan secara kolektif atau

secara gabungan dengan institusi-institusi “unggul” yang lain kerana program sebegini

lahir bukan atas dasar minat dan kesedaran bersama tetapi masih dalam lingkungan

inisiatif individu yang begitu yakin dan berazam tinggi bagi menampilkan prinsip

pentadbiran Islam sebagai landasan utama sistem pengurusan. Keadaan ini

menggambarkan betapa ceteknya fahaman para pengamal pengurusan tentang Islam;

hanya memberi perhatian terhadap aspek ritualnya semata-mata sehingga Islam sanggup

dijadikan sebagai alat untuk bersandiwara. Mereka alpa terhadap hakikat dan kebenaran

kukuh yang menandai Islam yang secara batin menghendaki kita supaya menyuburkan

satu bentuk kehidupan yang membolehkan kita, pada setiap detik dan ketika,

menghadirkan diri ke hadrat Illahi.

Kehidupan subur yang dinyatakan di atas, pada hakikatnya, perlu dimulakan di peringkat

diri terlebih dahulu. Keaiban, kadaifan, dan kemaksiatan diri hendaklah senantiasa

diperhitungkan (muhasabah); kemahabesaran mu’jizat Illahi yang ditajallikan dalam diri

hendaklah tidak boleh tidak direnung dan difikirkan (tafakkur); dan, pengawasan diri

dalam maksud diri aqali mengawali dan seterusnya menakluki diri hayawani sudah

semestinya setiap masa dilakukan (muraqabah). Perlu diingat bahawa amal-amal yang

terkandung dalam aspek pengurusan dan pentadbiran jika dilakukan bukan atas tujuan

untuk menyucikan jiwa, membaiki laku perangai dan budi pekerti, serta mencapai rasa

dan pengalaman rohani yang boleh menghampirkan diri kepada Allah, kelak ia akan

menfasadkan diri dan membutakan mata hati. Berwaspadalah! Barang siapa yang buta

(mata hati kerohaniannya) dalam dunia ini akan butalah juga ia di akhirat kelak, bahkan

5

Page 6: Am Alan Pen Gurus an Islam

lebih sesat lagi jalannya.5Oleh itu kita dapat perhatikan bahawa ramai pengurus dan

pentadbir yang asyik menyuarakan slogan kecemerlangan dan kemajuan organisasi

sebaliknya diri mereka semakin terbantut dan jiwa mereka pula semakin keroh;banyak

melakukan helah terhadap hukum agama dan banyak mengeluarkan dalil-dalil palsu;

sering merobek kesusilaan dan kesopanan insaniah; hinggakan hakikat iman, Islam dan

ihsan ditanggapi sebagai tiada kaitan dan keserasian dengan sains pengurusan moden.

Hakikat Sistem Pengurusan Moden

Akibat daripada pengabaian terhadap pembangunan disiplin pentadbiran dan pengurusan

Islam maka apa yang terhidang kepada kita pada masa kini hanyalah sistem pengurusan

yang diwarisi dari Barat yang secara zahirnya kelihatan enak tetapi terselit dalamnya

racun yang bakal mengundang bencana pada jiwa dan kefasadan pada aqal. Jika

dinukilkan sebagai satu misalan, disiplin pengurusan Barat itu ibarat sebatang pohon

palsu yang dihiasi dengan daunan yang indah warnanya dan buah-buahan yang rupanya

mempersonakan tetapi sayang, isinya tidak dapat dikecapi malah jauh sekali daripada

memberi kelazatan pada batin. Kebaikannya hanya semata-mata terhad sebagai hiasan

belaka yang bakal diubah-ubah rupanya dan kedudukannya sejajar dengan keinginan

nafsu yang jahil tentang batasan ma’na keindahan kerana butanya terhadap maksud ilmu.

Sains pengurusan Barat serta sistem yang turut serta bersamanya, jika direnung melalui

hati nurani yang hening, menampilkan penafian secara halus terhadap beberapa prinsip

teras agama. Ini diakibatkan oleh beberapa faktor:

i. Faktor Pandang Alam (Worldview)

Sains pengurusan itu lahir dalam kerangka pandang alam sekular yang biasa digelar

dengan nama humanisme. Faham inilah yang menobatkan manusia sebagai penentu

5 Rujuk Surah al-Isra’: 73

6

Page 7: Am Alan Pen Gurus an Islam

utama nilai kehidupan dunyawi ini dan pada masa yang sama meletakkan kebendaan

pada satu kedudukan yang paling istimewa.6 Proses menduniakan manusia ini dilakukan

dengan keadaan yang begitu licik melalui perancanaan disiplin pengurusan yang bersifat

rasional dan liberal sehingga sampai pada tahap mematikan iman lalu pengurusan itu

muncul dalam keadaannya yang bebas dari petunjuk ilmu wahyu. Walaupun perkara-

perkara yang menyangkut tentang agama munkin diperkatakan, tetapi ianya berlaku atas

dasar ‘utiliti ‘ dalam kaitannya dengan faedah ekonomi dan politik dan agama itu sendiri

hanya dianggap sebagai salah satu cabang budaya yang senantiasa perlu disesuaikan

dengan order baru kehidupan.

Perkembangan yang tidak sihat ini berlaku sejajar dengan peringkat kematangan yang

kononnya dicapai oleh Barat dalam faham mereka tentang Tuhan. Peringkat kematangan

ini mengandaikan bahawa manusia telah berupaya untuk mengetahui segala rahsia yang

terkandung di sebalik kejadian alam ini melalui pendekatan yang bersifat empirik dan

rasional yang boleh terhasil daripada penggunaan panca indera.7 Peringkat inilah yang

menandai kemunculan doktrin yang menyisihkan manusia daripada kekangan agama,

mengandaikan bahawa tidak ada alam lain kecuali alam nyata ini, menetapkan bahawa

manusialah yang layak menentukan nasibnya sendiri, berpegang bahawa prinsip taqdir

Illahi tidak berlaku atas manusia, dan menthabitkan bahawa tanggung jawab kepada

Tuhan telah beralih sepenuhnya kepada tanggung jawab kepada manusia.8

“Kematangan” inilah yang digunakan oleh Barat bagi mematangkan disiplin-disiplin ilmu

yang lain, salah satunya adalah pengurusan. Ini terbukti melalui kemunculan pemikiran

dan teori pertama dalam pengurusan yang dianggap sebagai klasik yang tertumpu kepada

pendekatan yang bersifat saintifik dan rasional. Teori ini mulai diperkenalkan oleh

Frederick Taylor (1856 – 1915), seorang jurutera daripada Amerika Syarikat. Teori

pengurusan yang diperkenalkan oleh Taylor ini telah secara nyata merendahkan martabat

kemanusiaan dengan mengandaikan manusia sebenarnya tidak lebih daripada faktor 6 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), para 9, ms. 18 – 22.7 Ibid, para 15 ms. 42. Lihat juga Nicola Abbagnano, “Humanism”, The Encyclopedia of Philosophy, reprint edition 1972, vol. 4: 66 – 72.8 Bagi memahami selanjutnya tentang aspek dasar Sekularisme,sila rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularisme (Kuala Lumpur: ABIM, 1978).

7

Page 8: Am Alan Pen Gurus an Islam

pengeluaran seperti mesin dan modal yang tenaganya perlu dimanipulasikan supaya

sesuai dengan aspirasi dan matlamat industri.

Teori ini dimantapkan kemudiannya oleh Henry Fayol dengan menggariskan beberapa

rangka dasar pengurusan saintifik yang berkisar pada fungsi perancangan, penyusunan,

urusan kakitangan, kepimpinan, dan pengawalan. Dalam perkembangan ini, akan

terzahir pada pandangan akal-budi kita bahawa golongan pragmatis dalam disiplin

pengurusan ini semakin menonjolkan keangkuhan mereka dengan mencanangkan unsur

kenisbian (relativity) dalam persoalan nilai. Ini disebabkan persoalan nilai dalam rangka

penyusunan sistem pentadbiran, bermula daripada peringkat perencanaan hinggalah ke

peringkat pelaksanaan, dihuraikan dalam konteks perkadaran (kuantitatif) yang banyak

bergantung kepada faktor-faktor keberhitungan (quantifiable factors), yang pada

hakikatnya lebih bersifat fungsian (functional). Oleh sebab itu, nilai yang diletakkan pada

setiap aspek pengurusan itu tidak lagi mengandungi makna yang mutlak sebaliknya

makna-makna itu senantiasa diubah suai mengikut ciri dan suasana perubahan sesuatu

industri.

Pada tahap akhir pembentukan teori pengurusan yang dianggap klasik ini, Max Weber

muncul bagi memperkenalkan teori organisasi yang berasaskan birokrasi. Teori ini

sebenarnya muncul sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh para pemikir Barat ke arah

mengubah sepenuhnya (transformation) ideologi Kristian supaya sesuai dengan

rasionaliti teknologi dan ekonomi. Rasionaliti inilah nanti yang dipakai sebagai asas

dalam kajian dan pembentukan organisasi sambil pada masa yang sama mengenakan

pengaruh saintisme dan modernisme. Nilai kerohanian tidak lagi dijadikan kriteria utama

dalam mengukur kemanusiaan seseorang sebaliknya banyak bergantung kepada

pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan teknikal. Ekoran daripada itu, lahirlah satu

bentuk hubungan dalam organisasi yang bersifat vertikal yang menampakkan penyataan

kehendak golongan atasan bagi mengukuhkan kuasa mereka yang perlu dilaksanakan

oleh golongan bawahan. Akibatnya, beberapa fenomena yang tidak menyenangkan jiwa

kelihatan muncul dalam persekitaran organisasi seperti pergelutan mencari kuasa,

semangat puak atau kelompok (cronisme), paksaan pendapat tanpa pensahihan, konflik

8

Page 9: Am Alan Pen Gurus an Islam

kepentingan, kecenderungan melakukan fasad sama ada pada aspek rohani dan jasmani,

cemburu dan berhasad ke arah menghilangkan peluang yang dikecapi oleh seseorang,

pengaturan dan perundangan yang menjurus ke arah memuaskan nafsu kelompok

minoriti yang memegang autoriti tertentu (oligarchy), dan pembentukan wawasan dan

matlamat yang menghanyutkan.

Secara umum, kita dapat menthabitkan bahawa teori-teori pengurusan yang dihasilkan

pada fasa pertama ini pada hakikatnya tertumpu pada dua aspek dasar sekularisme, iaitu:

i. penyuburan semangat positivisme yang membawa kepada penafian hakikat

kerohanian daripada alam semesta. Semangat ini kemudiannya dibangunkan

dalam akal manusia yang terbukti melalui teori-teori pengurusan yang

dibentuk lalu dinyatakan melalui amalan-amalan pengurusan yang berkaitan;

dan

ii. pemantapan aspek existencialisme dalam erti kata menyatakan maksud

kewujudan manusia di atas muka bumi ini tanpa dikaitkan dengan akhirat.

Akibatnya, ketetapan agama dan adab kerohanian telah dipinggirkan lalu

diganti dengan prinsip kebebasan dan autonomi yang berteraskan akal

hayawani. Hakikat ini terpampang pada setiap nilai yang disandarkan pada

faham- faham dan sistem-sistem pengurusan yang ditampilkan.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada ketika itu, muncul tokoh-tokoh birokrat yang berperi

laku songsang, tidak bermaruah, dan tidak berjiwa, tetapi pada pandangan Weber, sifat

sebegini amat berfaedah kepada organisasi.9 Apa yang cuba ditekankan hanyalah

kecenderungan diri hayawani ke arah mencapai keselesaan tubuh, mengisi kepuasan

nafsu, dan memperolehi kuasa. Kesemua keinginan ini terangkum dalam prinsip

hedonisme (inti pati kepada budaya hawa nafsu) yang tertumpu pada aspek utilitarian

bagi tujuan memaksimumkam atau mengoptimumkam keuntungan ekonomi. Pendekatan

pengurusan ini juga menerbitkan satu budaya kerja yang bersifat total-empirical yang 9 Kenyataan Weber ini telah ditentang oleh Merton, sarjana Barat yang terkenal dalam bidang pengurusan, dengan menyimpulkan bahawa budaya organisasi yang dibangunkan berdasarkan impersonal behaviour ini akan mengakibatkan lahirnya anggota organisasi yang tidak dapat memahami makna yang tersirat pada sesuatu fenomena dan situasi (tunnel vision) dan akan terikat dengan tradisi red-tape. (Rujuk Robert K. Merton et al. (eds.), Reader in Bureaucracy (New York: The Free Press, 1952), m.s. 364 – 371.

9

Page 10: Am Alan Pen Gurus an Islam

mengenepikan unsur-unsur non-factoral seperti maruah dan adab insani. Budaya

pengurusan yang sebegini disuburkan sampailah ke peringkat di mana fungsi akal

manusia dianggap semata-mata sebagai gerak balas kimia yang terangsang melalui

keinginan terhadap kebendaan.

Di sinilah mulanya bertapak pemikiran pengurusan yang kedua sebagai satu

kelangsungan daripada pendekatan saintifik dalam pengurusan. Pada peringkat ini,

tumpuan utama dialihkan kepada aspek tingkah laku dan motivasi yang dipengaruhi oleh

teori-teori hasilan ahli psikologi Barat yang bergelar behaviourist, antaranya B.F.

Skinner, A.H. Maslow, dan Sigmund Freud. Pendekatan humanistik dalam pengurusan

ini dimulai dengan uji kaji yang dilakukan oleh Elton Mayo dan rakan-rakannya di

Hawthorne (the Hawthorne Experiments) pada akhir tahun 1920-an, yang merumuskan

bahawa kepentingan sosial dalam organisasi perlulah lebih diutamakan berbanding

dengan kepentingan individu manakala para pengurus hendaklah bertindak sebagai

perantara dalam hubungan pekerja dengan pihak pengurusan.

Rumusan ini membawa kepada lahirnya kajian-kajian seterusnya dalam pengurusan yang

menumpukan aspek dorongan manusia yang berdasarkan prinsip rangsangan (stimulus

response) dan gerak balas lazim (conditioned reflexes) terhadap perkara-perkara yang

menyenangkan dan menimbulkan keghairahan pada nafsu. Kesemuanya ini dibincangkan

dalam skop kebahagiaan jasadiah dan kebahagiaan emosi sebagai faktor utama bagi

membangkitkan motivasi para pekerja. Keperibadian yang kukuh sama ada bagi pekerja

atau bagi mana-mana manusia hanya digambarkan dalam bentuk perasaan keamanan

yang mencukupi, hubungan yang berkesan dengan faktor-faktor zahiriah, dan kepuasan

jasmaniah,10 yang secara umumnya, ke arah melahirkan manusia saintifik. Di sekitar

perkembangan idea inilah, banyak sekali teori yang dihasilkan melalui uji kaji makmal

terhadap haiwan telah dialihkan untuk dipakai pada manusia. Sebagai mana yang

dijelaskan oleh J.B. Watson,

10 Untuk keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk A.H. Maslow dan B.Mitteman, Principles of Abnormal Psychology (New York: Harper, 1957).

10

Page 11: Am Alan Pen Gurus an Islam

(behaviorism) attempts to do one thing: to apply to the experimental study of man the

same kind of procedure and the same language of description that many research men had

found useful for so many years in the study of animals lower than man. We believe then,

as we believe now, that man is an animal different from other animals only in the types of

behavior he displays.11

Sebagai rumusan, secular reductionist view yang menjadi tunjangan dalam pemikiran

pengurusan di peringkat ini akhirnya mengakibatkan kejatuhan pada martabat

kemanusiaan (dehumanisation). Pendekatan yang dianggap objektif dan tidak berat

sebelah dalam memahami persoalan tingkah laku ini sebenarnya disejajarkan dengan

ideologi Barat yang bersifat kebendaan dan menganggap agama sebagai satu khayalan

yang perlu dibuang kerana ia dianggap menyekat kebebasan akal.12 Tidak hairanlah

ketika berleluasanya gejala behaviorisme dalam pemikiran pengurusan ketika itu,

perkataan-perkataan seperti kesedaran, kepercayaan, dan roh dianggap sebagai

sebahagian daripada perkataan yang menjijikkan.13 Oleh sebab itu, segala teori sama ada

yang menyentuh tingkah laku atau motivasi pekerja hanya berkisar pada gejala yang

dapat dikesan oleh panca indera semata-mata sehinggakan aspek nilai yang terbentuk

dalam diri seseorang pekerja itu dianggap berlaku atas dasar kemungkinan yang

didokong oleh faktor pengukuhan positif atau pun negatif.

Agenda pembentukan manusia saintifik sebagaimana yang terkandung dalam faham

behaviorisme dan yang kemudiannya disebatikan dengan pendekatan tingkah laku dalam

pengurusan, kelihatannya semakin dimajukan pada tahap ketiga pemikiran pengurusan

yang menggunakan pendekatan sistem. Dalam pendekatan ini, manusia bukan sahaja

dianggap saintifik tetapi pada masa yang sama, dianggap sebagai pemproses maklumat.

11 J.B. Watson, Behaviourism (London: W.Norton & Co., 1970), m.s. ix.12 H.F. Ellenberger, The Discovery of the Unconscious (London: Allen Lane, the Penguine Press, 1970), m.s. 525.13 Dalam menggambarkan era berleluasanya behaviorisme di Barat, John Eccles menyatakan, “ words like mind, consciousness, thoughts, purposes and belief were considered dirty words…..Ironically, the most prominent philosophical obscenities were a new class of four-letter-words – mind, self, soul, will.” Evolution of the Brain: Creation of the Self (London: Routledge Publishers, 1991) m.s. 225.

11

Page 12: Am Alan Pen Gurus an Islam

Andaian yang dipakai pada ketika itu ialah perkembangan setiap organisasi bukan sahaja

bergantung kepada faktor dalaman tetapi juga saling berkait dengan rangsangan yang

ditonjolkan oleh sesuatu faktor luaran khususnya faktor pembangunan sosio-budaya yang

berlaku sejajar dengan perkembangan teknologi. Kesalingberkaitan antara faktor dalaman

dan faktor luaran bagi sesuatu organisasi dimisalkan seperti interaksi yang berlaku antara

unsur karbon, hidrogen dan oksigen dalam proses photosynthesis tumbuh-tumbuhan.

Oleh sebab itu, setiap faktor luaran hendaklah turut diberi tumpuan dan perlu dianggap

sebagai fakta yang perlu difikirkan,diklasifikasikan dan disaring sebagai manfaat bagi

melancarkan fungsi dan mengembangkan lagi sumber dalam organisasi.

Ahli-ahli teori pengurusan yang muncul ketika itu telah mengkritik pendekatan saintifik

yang diperkenalkan oleh Taylor, sistem birokrasi Weber, dan pendekatan humanistik

kerana mengandaikan organisasi sebagai sistem yang tertutup sehingga menyebabkan

sesuatu objektif, prosedur, dan proses dibangunkan hanya berdasarkan pemboleh ubah

dalaman (internal variables) semata-mata. Oleh itu, mereka menetapkan bahawa

organisasi perlulah dianggap sebagai sistem yang terbuka yang perlu mengambil kira

tentang kesan yang turut dibawa oleh pemboleh ubah luaran (external varibles)14 walau

pun pada hakikatnya sistem itu lebih tertutup kerana masih tidak memberi pengiktirafan

yang sewajarnya terhadap unsur kerohanian yang menjadi pendorong utama pada tingkah

laku manusia.

Dalam mengaitkan setiap pemboleh ubah dengan sesuatu masalah yang timbul dalam

organisasi, muncullah aspek pengurusan operasi yang tertumpu kepada kaedah saintifik

dan matematik . Ekoran daripada itu,pendekatan kuantitatif dalam pengurusan mula

diberi penekanan utama. Segala penyelesaian masalah bersifat kebetulan (contingency)

kerana berdasarkan semata-mata kepada hasil penyelidikan yang bertunjangkan hipotesis

yang diandaikan.

14 Bagi mengetahui keterangan lanjut tentang hal ini, lihat David Easton, A System Analysis of Political Life (Chicago: University of Chicago Press,1979). Lihat juga Charles W. Churchman, The System Approach (New York: Delacorte Press, 1968).

12

Page 13: Am Alan Pen Gurus an Islam

Di samping itu, skop pengurusan yang sedemikian lebih banyak tertumpu kepada aspek

perkhidmatan berteraskan pelanggan (consumer-driven services), peningkatan imej

(image-based campaigning), autoriti yang bersifat sementera dan mengikut konteks

(temporal-contextual and rule-bound authority), dan persekitaran sama ada mikro atau

makro serta transformasi yang perlu dilakukan ke atasnya. Oleh sebab itu, kita akan

dapati bahawa teori-teori pengurusan yang muncul ketika itu amat mementingkan soal

menghasilkan makna15 pada sesuatu objek dan tindakan serta soal hubungan kuasa yang

terzahir dalam sesuatu proses dan sistem pengurusan. Tindakan manusia hanya

dimisalkan seperti teks sastera yang tertakluk kepada analisis dan kaedah kritikan yang

terhasil melalui sesuatu teori sastera (literary theory). Ini menunjukkan bahawa spekulasi

berperanan sebagai faktor penting dalam aspek penilaian sesuatu tindakan, manakala

pada masa yang sama, persoalan yang paling utama yang perlu senantiasa difahami iaitu

hakikat amal semakin tidak diendahkan.

Hasil daripada fungsi meletakkan makna pada setiap objek dan tindakan, maka dalam dua

dekad kebelakangan ini, kita dapat perhatikan bahawa persoalan nilai mula dibincangkan

dengan serius dalam pengurusan. Persoalan nilai yang dibincangkan ketika itu sering

dikaitkan dengan matlamat untuk melahirkan budaya korporat yang nampaknya menepati

ciri-ciri post-capitalist . Ini disebabkan budaya korporat dengan nilai-nilai yang ditanam

bersamanya itu didorong oleh cita rasa stakeholder yang bersifat eclectic16 dan senantiasa

ingin menyerlahkan apa yang boleh dipanggil sebagai expressive individualism. Walau

pun apa yang dilakukan itu bertujuan untuk menjamin kelangsungan (survival) organisasi

tetapi apa yang terhasil akhirnya adalah suasana yang tidak tenteram bukan sahaja dalam

ruang lingkup organisasi tetapi juga luar organisasi. Anasir yang sering muncul dalam

suasana yang sedemikian adalah eksploitasi oleh peneraju sesebuah organisasi bagi

15 Perlu diingat bahawa makna yang cuba diberi terhadap setiap objek dan tindakan itu adalah bersifat relatif kerana ia dilahirkan melalui kerangka pemikiran secular-humanism dan merangkumi konsep tragedi yang menggambarkan kekecewaan terhadap agama. Dalam hal ini, keraguan telah dipakai dengan meluasnya bagi mencapai kebenaran yang sudah tentu merupakan satu perkara yang mustahil. Akibatnya, sesuatu makna yang diberi itu telah menimbulkan kacau-bilau pada adab terhadap diri, bahasa dan alam.Bagi melihat tentang makna tentang ‘makna’ (ma’na), lihat Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur: ISTAC, 1989), m.s. 15. 16 Menurut J.F. Lyotard dalam bukunya The Postmodern Condition: A Report on Knowledge (Manchester: Manchaster University Press, 1984): “Eclecticism is the degree zero of contemporary general culture” (m.s. 76).

13

Page 14: Am Alan Pen Gurus an Islam

memenangi persaingan dan menyerlahkan kehebatan organisasinya. Tenaga dan

perbelanjaan organisasi banyak dihabiskan secara tidak wajar untuk membentuk imej,

menampilkan daya penarik (glamour), dan supaya menjadi tarikan media atau awam

(media or public figure) manakala istilah yang sering disalahgunakan untuk

menjustifikasi perkara ini adalah objektif strategik. Keadaan sebegini tidak ubah seperti

menjadikan organisasi sebagai sebuah sarkas yang ahlinya sentiasa berada dalam tragedi

untuk menyempurnakan pertunjukannya dan mendapat tepukan gemuruh dari para

penonton.17 Apa yang penting untuk kita perhatikan di sini adalah maruah manusia dalam

organisasi masih belum dikembalikan, yang terbukti melalui apa yang dikatakan oleh

Charles Handy,

…..people are regarded as a competative asset to be led, motivated, deployed and

developed, together with the firm’s other resources….18

Secara umumnya, perkembangan budaya korporat yang berlaku itu berkait rapat dengan

perkembangan yang pesat dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dan teknologi.

Perubahan pesat ini disebut oleh J.F. Lyotard sebagai “postmodern condition”19 yang

membawa perubahan yang fundamental dari segi pengalaman manusia bukan sahaja

kepada negara-negara Barat tetapi juga kepada negara-negara yang sedang membangun.

Postmodern condition ini juga dianggap oleh J. Habermas20 sebagai melengkapkan lagi

agenda Enlightenment yang dirasakan tidak dapat disempurnakan dalam era kemodenan.

Jika pengaruh pengurusan yang sebegini, menurut Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan,

berjaya melahirkan tiga kelompok penjawat awam iaitu kolonial-pragmatik, birokratik-

nasionalis, dan tradisional-moralis,21 maka saya ingin mengukuhkan lagi kenyataan

beliau itu dengan merangkumkan ketiga-tiga kelompok tersebut sebagai new petit

17 Organisasi sebagai sebuah sarkas ini dihuraikan dengan begitu menarik sekali oleh Tuan Haji Mohd. Affandi Hassan dalam artikelnya Citra Organisasi: Nilai dan Etika dalam Pentadbiran, Buletin Nilai dan Etika, Jld. 1 Bil. 1/1992.18 Charles Handy (ed.), The Making of Managers (London: NEDC/BIM/MSC, 1987), m.s. 13.19 J.F. Lyotard, ibid.20 J.Habermas, Modernity an Incomplete Project dalam H.Foster (ed), Postmodern Culture (London: Pluto Press, 1983).21 Lihat kenyataan dan penjelasan beliau ini dalam artikelnya Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan dan Pentadbiran Awam: Konsep, Prinsip, dan Model Alternatif, Kecemerlangan Pentadbiran: Dasar dan Amalan dalam Islam. Diselenggarakan oleh Shafie Hj. Mohd Salleh dan Hj. Mohd Affandi Hassan (Kuala Lumpur: INTAN, 1990) m.s. 29 – 31.

14

Page 15: Am Alan Pen Gurus an Islam

bourgeoisie.22 Bagi kelompok ini, imej merupakan perkara yang amat dipentingkan

sehingga kadangkala sampai pada peringkat mengorbankan matlamat dan inti pati utama

organisasi malah agama sekalipun. Dari satu segi, kelompok ini sebenarnya

memancarkan simbol postmodern yang memuja dan mendewakan keinginan hawa nafsu

(hedonisme) dan pada masa yang sama mewakili satu klas elit masyarakat antarabangsa

sebagaimana yang dihasratkan dalam proses globalisasi. Akibatnya, keseluruhan proses

pengurusan yang dikendalikan oleh kelompok ini, bermula daripada peringkat matlamat

sehinggalah ke peringkat pelaksanaan, semuanya bersifat artificial dan palsu. Apa yang

jelas kelihatan di sini ialah terkongkongnya amalan pengurusan itu pada tiga bentuk

keutamaan yang berteraskan keinginan hawa nafsu yang sentiasa meluap-luap iaitu:

i. keutamaan untuk merebut autonomi tertentu dalam sistem pentadbiran

sehingga membolehkan lahirnya kebebasan untuk bertindak sepenuhnya bagi

mencapai matlamat yang berteraskan hedonisme;

ii. keutamaan ke arah mengukuhkan kuasa dalam bentuk penyataan kehendak

pengurusan atasan yang senantiasa dipaksakan untuk dilaksanakan oleh

golongan bawahan walaupun kehendak tersebut mengandungi unsur-unsur

syubahah dan kadang-kadang bertentangan secara jelas dengan prinsip Islam;

dan

iii. keutamaan pada soal pengagihan kuasa, fungsi dan sumber sehingga

melalaikan aspek yang lebih penting untuk sentiasa dititikberatkan iaitu

bagaimana kuasa, fungsi dan sumber tadi, dari segi penggunaannya, berupaya

menepati prinsip keutamaan yang telah digariskan dalam Syari’ah supaya

kemuliaan manusia di sisi Allah S.W.T. akan terus dapat dipelihara manakala

fitrah kemanusiaan akan dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Secara jelas juga boleh dikatakan di sini bahawa inti pati pengurusan Barat yang

disajikan dalam sistem pengurusan negara ini lalu dimamah dengan lahapnya oleh

sebahagian pentadbir yang menduduki tampuk pentadbiran kerajaan, sebenarnya

membawa satu aspek kebebasan dalam amalan pengurusan yang bertentangan sama-

sekali dengan makna sebenar kebebasan dalam Islam yang dapat difahami melalui

22 Sekadar meminjam istilah yang digunakan oleh P.Bordieu dalam bukunya Distinction: a Social Critique of the Judgement of Taste (London: Routledge & Kegan Paul).

15

Page 16: Am Alan Pen Gurus an Islam

konsep ikhtiyar. Kebebasan dalam Islam merujuk kepada keadaan bebasnya diri natiqah

daripada cengkaman dan penguasaan diri hayawaniyyah yang cenderung mengajak

kepada kejahatan; bebasnya aql daripada dikuasai oleh nafsu yang lazimnya jahil tentang

had kebenaran; dan pada masa yang sama bebas daripada sebarang bentuk keraguan sama

ada zann, syakk dan wahm. Penghuraian yang jelas tentang makna kebebasan ini telah

diberikan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagaimana berikut:

The activity that is called ‘freedom’ is in ikhtiyar, which is an act, not in hurriyah, which

is a condition. The act that is meant in ikhtiyar is that of making a choice, not between

many alternatives, but between two alternatives: the good or the bad. Because ikhtiyar is

bound in meaning with khayr, meaning ‘good’, being derived from the same root khara

(khayara), the choice that is meant in ikhtiyar is the choice of what is good, better, or best

between two alternatives. This point is most important as it is aligned to the philosophical

question of freedom. A choice of what is bad of two alternatives is therefore not a choice

that can be called ikhtiyar, in fact it is not a choice, rather it is an act of injustice (zulm)

done to one self. Freedom is to act as one’s real and true nature demands --that is, as

one’s haqq and one’s fitrah demands – and so only the exercise of that choice which is of

what is good can properly be called a ‘free choice’. A choice for the better is therefore an

act of freedom, and it is also an act of justice (‘adl) done to oneself.23

Ekoran daripada ketidakfahaman tentang makna kebebasan, kebanyakan amalan

pengurusan yang dilaksanakan telah mencerminkan kesempurnaan manusia sebagai

haiwan yang semakin ghairah ditunggangi oleh syaitan. Ini mengakibatkan dunia

pengurusan dipenuhi dengan nilai-nilai palsu yang bertunjangkan nafsu, emosi, dan

khayalan yang tidak menampakkan lagi kesederhanaan dan keadilan manakala pada masa

yang sama menyisihkan nilai-nilai iman, ilmu dan amal saleh. Apabila nilai-nilai ini

tersisih, maka hati akan menjadi keras dan mula terpalam dengan wajah syirik, kufur dan

nifaq. Oleh itu, tidak hairanlah jika kebanyakan amalan pengurusan ditampilkan dengan

pola dan gaya yang bersesuaian dengan nilai yang ditetapkan oleh masyarakat umum atau

23 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur: ISTAC, 1995), m.s. 33 – 34.

16

Page 17: Am Alan Pen Gurus an Islam

stakeholder yang sebahagiannya berintipatikan prasangka dan kepura-puraan terhadap

agama.

Akibatnya, ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya yang wajib dijadikan sebagai tunjang

dalam segenap aspek pengurusan seolah-olah dianggap sebagai perkara yang bersifat

sampingan, yang ditekankan hanyalah aspek ritualnya sahaja. Pengorbanan semata-mata

kerana Islam dalam setiap khidmat yang ditaburkan telah beralih kepada “pengorbanan”

untuk mendapat nama, pangkat, dan kedudukan. Penghormatan kepada al-Qur’an, al-

Hadith, dan pendapat para ulama yang mutawatir sebagai sumber ilmu terutama dalam

aspek pengurusan dan pentadbiran, telah mula lenyap. Karya-karya para ulama yang

mu’tabar yang pada satu ketika dulu menjadi landasan dalam pembangunan tradisi ilmu

Islam yang begitu cemerlang telah tidak dijadikan rujukan utama oleh para pengurus kini,

kononnya tidak praktikal dan pada pendapat mereka, perlu ditafsirkan semula.

Pengiktirafan yang sewajarnya tidak diberikan kepada para ulama dan ilmuwan Islam

masa kini, dengan anggapan bahawa mereka hanya pandai berteori dan tidan layak untuk

dilibatkan dalam mana-mana perencanaan pengurusan dan pentadbiran negara kecuali

yang hanya menyangkut dengan agama semata-mata. Akhirnya, para pengurus ini

menjalankan setiap urusan pentadbirannya dalam keadaan seolah-olah Tuhan itu tidak

wujud atau Tuhan seperti tidak mengetahui apa yang dilakukannya atau yang

difikirkannya.

Keadaan yang digambarkan di atas berlaku dalam dunia pengurusan masa kini kerana

sebahagian daripada para pengamal pengurusan di negara ini tidak sedar betapa palsunya

gagasan Pengurusan Barat yang menjadikan hawa nafsu sebagai asas peri laku manusia.

Hal ini terpampang jelas dalam kata-kata seorang ahli psikologi, Abraham Maslow,

dalam bukunya Eupsychian Management, yang besar pengaruhnya dalam disiplin

pengurusan Barat:

17

Page 18: Am Alan Pen Gurus an Islam

My work on motivations came from the clinic, from a study of neurotic people…. I

would like to see lot more studies of this kind before feeling finally convinced that this

carry-over from the study of neurosis to the study of labour in factories is legitimate.24

Hakikat pengurusan yang sedemikian rupa nampaknya telah menghalang manusia

daripada mencapai pengertian yang sebenar tentang matlamat ia dizahirkan di atas muka

bumi ini. Jika aspek kegilaan inilah yang menjadi asas dalam pengurusan, terutama dalam

mengisi keinginan shahwat yang tidak mengerti suatu pun akan batas kebenaran, tidak

hairanlah jika semakin ramai manusia telah menghumban jauh kemuliaan martabat

kejadian yang dianugerahi oleh Allah S.W.T. padanya. Tidak hairan juga jika semakin

ramai manusia telah berubah kedudukannya daripada al-hayawan al-natiq kepada

hayawan hedonistik sehingga ghaflah akan maksud ‘ubudiyyah kerana ‘ashiq dan khayal

dalam kemashghulannya mengejar kebendaan. Dalam keadaan yang sebegini, manusia

akan mula ditunggangi oleh unsur shahwaniyyah dan ghadabiyyah yang lepas bebas yang

bakal menjunamkannya ke dalam jurang kecelakaan lalu akan terus membiarkan jiwanya

duduk dalam keadaan murung (huzn) dan menderita (ghummah). Penderitaan jiwa ini

kemudiannya akan terjelma dalam reaksi-reaksi yang bersifat neurotic dan psychotic

sehingga menakibatkan seseorang itu akan terus diselubungi dengan zulm dan fasad.

Punca kepada berlakunya tragedi yang sebegini sekurang-kurangnya telah dinyatakan

oleh Scott Peck, seorang ahli psychiatrist Amerika, seperti berikut:

The major reason for this strange state of affairs is that the scientific and religious models

have hitherto been considered totally immiscible – like oil and water, mutually

incompatible and rejecting.25

Kenyataan sebegini dapat didokong seterusnya oleh kenyataan Benson yang mengaitkan

masalah ini dengan keadaan dunia moden yang didominasi dengan semangat saintisme.

Menurutnya:

24 Petikan ini dipinjam daripada petikan yang dibuat oleh Hj. Mohd. Affandi Hassan, Pujangga Melayu (Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977), m.s. 636.25 M. Scott Peck, Denial of the Soul: Spiritual and Medical Perspectives on Euthanasia and Mortality (Hemel Hempstead, UK: Simon & Schuster, 1997), m.s. 129 dan 131.

18

Page 19: Am Alan Pen Gurus an Islam

Even when we (as scientist) acquire new information, even when we conquer mysteries,

we feel empty and unfulfilled. And faith is the only long-term solace.26

Ciri-ciri pengurusan sebagaimana yang dinyatakan di atas, jika dipakai dalam konteks

pembangunan, adalah bertepatan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Prof. Dr. Wan

Mohd. Nor Wan Daud, akan menghasilkan zero-sum development27 yakni pembangunan

yang semakin melambangkan keangkuhan manusia. Walaupun amalan pengurusan

tersebut menerbitkan satu bentuk pembangunan yang berjaya dari segi kebendaan tetapi

ia semakin menjauhkan manusia daripada kesederan “keberhutangan”28 kepada Allah

S.W.T.; menjadikan nafsu al-ammarah 29 semakin bermaharajalela; dan melahirkan peri

laku yang diistilahkan sebagai schizophrenia atau split personality ( yakni keadaan

fikiran atau emosi yang kacau-bilau akibat tidak mempunyai tujuan yang sehala)

sehingga membawa kepada konflik kejiwaan yang disebut oleh Emile Durkheim sebagai

anomie atau normlessness30. Bencana yang sebeginilah yang mungkin mengakibatkan

penyakit yang dinamai oleh Dr. V.E. Frankl sebagai noogenic neurosis31 iaitu sejenis

penyakit mental yang berlaku disebabkan oleh konflik di antara jiwa dengan nilai yang

pelbagai. Ini berpunca daripada kegagalan manusia mengenali makna sebenar kehidupan

atau mengenali hakikat diri yang sebenar.32

26 Herbert Benson, Timeless Healing (London: Simon & Schuster, 1996), m.s. 202 dan 208.27 Pandangan beliau yang amat menarik ini boleh dirujuk dalam artikelnya Some Basic Issues of Development, Malaysian Development Experience: Changes and Challenges (Kuala Lumpur: INTAN, 1994), m.s. 875 – 878.28 Prinsip keberhutangan yang dimaksudkan di sini adalah salah satu inti pati utama yang dapat menyatakan konsep al-Din. Perkara ini dihuraikan dengan terperinci oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku beliau Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (Kuala Lumpur: ABIM, 1976). 29 Keadaan ini merujuk kepada diri yang sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara keji (mazmumah) dan munkar dalam agama atau perkara-perkara yang melanggari fitrah insaniyyah.30 Robert K. Merton, Social Theory and Social Structure, edisi semakan dan penambahan (Glencoe: Free Press, 1957), m.s. 136 nota 6.31 Sila rujuk V.E. Frankl, Man’s Search for Meaning (London: Holder and Stoughton, 1964).32 Dalam Surah al-Hasyr 59:19, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, lalu Dia menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang yang fasiq.” Dalam ayat sebelum ini, Allah memerintahkan kita supaya menilai dan memerhatikan dengan pandangan mata hati kita sama ada setiap usaha yang kita lakukan itu membawa manfaat atau tidak kepada kita pada Hari Akhirat.

19

Page 20: Am Alan Pen Gurus an Islam

Kegagalan ini telah mengakibatkan faham liberal demokrasi Barat terpampang jelas

dalam matlamat pengurusan yang memberi perhatian kepada sains dan teknologi dalam

membina masyarakat. Hakikat sebegini akan dapat dilihat dengan jelas jika kita sedari

bahawa sains pengurusan Barat sebenarnya telah dan semakin hebat mendakyahkan satu

pandangan hidup yang mengutamakan tragedi dan nilai kebangsaan yang menepati jiwa

Barat dan kebudayaannya lalu dipaksakan untuk dialami oleh bangsa-bangsa lain melalui

ilmu-ilmu baru yang dibentuk bermula dari terpancarnya anasir saintisme di Barat.

Disiplin-disiplin baru yang dimunculkan oleh Barat juga, tidak terkecuali pengurusan,

secara halus menyatakan kekecewaan mereka dalam pengalaman beragama dan

menggambarkan rasa tidak senang serta prasangka mereka terhadap prinsip kewujudan

Tuhan.

ii. Faktor Epistemologi

Kebatilan sains pengurusan Barat juga dapat diselami melalui falsafah ilmu yang

dijadikan sebagai landasan dalam penggubalan disiplin tersebut. Kita perlu sedar bahawa

pembinaan disiplin pengurusan berlaku dalam keadaan pemikiran para pemikir

pengurusan Barat mengendong sikap saintifik yang secara jelas menentang ilmu wahyu

dan meragui sepenuhnya terhadap ma’na kerohanian. Landasan pemikiran yang tidak

bertitik tolak daripada kesedaran tentang hakikat wujud dan kewujudan ini kemudiannya

telah menerbitkan pelbagai bentuk kejahilan yang bermula daripada zann, syakk dan

berakhir dengan wahm.

Bentuk-bentuk kejahilan inilah yang “mewarnai” segala teori dan prinsip pengurusan,

lalu jika dipegangi, akan meranapkan kemuliaan dan martabat kemanusiaan. Oleh itu,

akan terlihatlah dalam dunia pengurusan khususnya, ramai manusia yang tubuhnya atau

rupa zahirnya sahaja manusia tetapi jawhar diri yang dikendongnya itu, yang pada

asalnya bersifat kemalaikatan, telah bertukar sifat sama ada sebagai hayawan, syaitan,

atau taghut (pewaris utama sifat fasad Fir’aun, Hamman, Qarun dan Namrud). Tidak

hairanlah jika amalan pengurusan itu dijalankan dengan penuh bernafsu yang bercapur-

baur dengan perasaan dengki, dendam, hasad, iri hati, angkuh, riya’, ‘ujub, takabbur dan

20

Page 21: Am Alan Pen Gurus an Islam

penuh dengan matlamat peribadi. Asas ketenangan dan kedamaian dalam organisasi

yang berteraskan semangat jihad dan pengorbanan jiwa raga bagi melaksanakan keadilan

dalam setiap aspek pengurusan mula diabaikan. Prinsip mewaqafkan seluruh hidup dan

tenaga bagi mencapai maslahah ummah melalui amalan pengurusan tanpa rasa terikat

kepada sesiapa kecuali kepada hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya, telah tidak

dipegangi. Maqam yaqin kelihatannya tidak banyak dicapai oleh para pengurus masa

kini. Maqam yaqin ini pada hakikatnya terpancar melalui kesediaan seseorang pentadbir

dan pengurus itu bertaubat apabila ia sedar telah membuat keputusan yang salah; sabar

jika belum sampai maksud yang dihajati; shukur setelah mencapai sesuatu kejayaan;

ridha dengan natijah yang diperolehi; takut (khauf) akan melakukan kebatilan dan

kezaliman; berkeadaan mengharap (raja’) untuk senantiasa dapat melaksanakan

kebenaran dan menyempurnakan ‘ubudiyyahnya kepada Allah S.W.T.; dan tidak putus

bermunajat dan bertawakkal kepada Allah S.W.T. dalam melakukan sesuatu ikhtiyar.

Dalam hal ini, benarlah sebagaimana yang sering diungkapkan oleh Profesor Syed

Muhammad Naquib al-Attas dalam tulisan-tulisan dan syarahan-syarahan beliau tentang

ilmu bahawa kekacauan dan kefasadan yang dilakukan dalam aspek keilmuan akan

mengakibatkan keadaan kacau-bilau dari segi adab sehingga sesuatu itu tidak disusun

dengan tertib dalam sistem kewujudan berdasarkan martabat dan darajatnya masing-

masing sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.. Dalam disiplin pengurusan

yang banyak berkisar pada pengkajian tentang tingkah-laku manusia dalam kehidupan

berorganisasinya, kebenaran ini terbukti apabila teori-teori pengurusan itu dihasilkan

melalui kaedah sains tabii (natural scientific method) yang penuh dengan ideologi

saintismenya ke arah melahirkan kebenaran yang bersifat objektif. Apabila terpakainya

kaedah ini, maka dengan jelas terjadinya pemisahan antara fenomena kerohanian dan

jasmani. Keadaan ini sinonim dengan gerakan logical positivism yang menobatkan akal

hayawani manusia sebagai sumber untuk mencapai ilmu dan pada masa yang sama

menghancurkan wibawa ilmu wahyu sebagai sumber utama ilmu. Inilah juga yang

dinyatakan oleh Syed Hossein Nasr sebagai reductionist , iaitu label kepada sains Barat

kerana ia bukan sahaja memisahkan antara akal dan wahyu bahkan menolak sama sekali

wahyu sebagai punca dasar ilmu.

21

Page 22: Am Alan Pen Gurus an Islam

Berdasarkan kepada suasana ilmu yang sebegini, Barat menetapkan bahawa kebenaran

sesuatu teori itu bergantung kepada sejauh mana teori tersebut menepati skala akal

hayawani manusia dan sejauh mana teori tersebut berjaya membuahkan faedah-faedah

kebendaan yang menyeronokkan hawa nafsu(hedonisme). Dalam kata lain, hujah bagi

menetapkan kebenaran sesuatu teori itu bergantung kepada khayalan dan emosi yang

penuh dengan kepalsuan nilai. Bagi Barat juga, teori pengurusan yang dihasilkan melalui

kaedah ini dianggap begitu pragmatik dan begitu unggul kerana berjaya menggabungkan

dalamnya kaedah logical dan empirical. Bagi kita pula sebagai orang Islam, kita

sewajibnyalah menetapkan kaedah ini sebagai kaedah shirik kerana ternyata wujudnya

pemisahan antara kaedah naqli dengan kaedah aqli.

Cabaran dalam Pelaksanaan Pengurusan Islam

Melalui kenyataan di atas dan berdasarkan pengalaman pengurusan yang dilalui oleh

negara kita semenjak kemerdekaan sehinggalah kini, sememangnyalah mustahil bagi kita

untuk memperkatakan amalan pengurusan Islam yang telah dan sedang dilaksanakan di

Malaysia. Cuma yang boleh difikirkan di sini adalah amalan pengurusan yang

bermiripkan Islam yang tidak semestinya Islam, atau pun amalan pengurusan yang

berperspektifkan Islam tetapi masih diletakkan dalam dominasi pemikiran pengurusan

Barat yang akibat akhirnya, beberapa prinsip Islam diubah suai dengan tidak beradab

sekali supaya menepati semangat sains pengurusan Barat tadi.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan mengenengahkan Dasar Penerapan Nilai-

nilai Islam dalam Pentadbiran pada tahun 1985 dan menggubal Pekeliling Am

tentang Garis Panduan bagi Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-nilai Islam

dalam Perkhidmatan Awam pada tahun 2001 bukanlah boleh dijadikan sebagai

justifikasi utama bagi kita menthabitkan bahawa kita telah mengamalkan pengurusan

Islam. Walau pun usaha tersebut merupakan usaha murni kerajaan bagi memastikan

semua tanggung jawab dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh semua penjawat awam,

22

Page 23: Am Alan Pen Gurus an Islam

namun terdapat beberapa persoalan utama yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum

kenyataan bahawa kita telah mengamalkan pengurusan Islam dapat dikeluarkan.

Pertama, apakah matlamat kita sebenarnya di sebalik usaha penerapan nilai-nilai Islam.

Adakah semata-mata mahu digunakan sebagai alat bagi mencapai maksud kenegaraan

yang menumpukan kepada kepentingan pragmatik ekonomi dan sosio-politik, atau

sebagai teras bagi melahirkan insan adabi yang senantiasa sedar tentang amanah

keinsanannya. Jika ianya dijadikan sebagai alat dalam maksud utilitarianisme bagi

mencapai keinginan yang bersifat hedonistik, sudah tentu ini akan membantu

menyemarakkan api kefasadan yang bakal merobek kalbu-diri yang selama ini telah

dibekalkan dengan kalimah tawhid. Kelak, akan lahirlah anasir pendewaan diri yang

membayangkan akibat pemikiran humanisme yang menetapkan bahawa Tuhan bersifat

statik dan tidak layak mencampuri urusan-urusan keduniaan kerana kononnya akan

menghilangkan kekudusan Tuhan. Di sinilah punca yang membawa kepada

faham kenisbian (relativeness) nilai lalu ma’na pada sesuatu nilai itu senantiasa

diubahsuai mengikut dorongan hawa nafsu.

Alangkah baiknya jika pelaksanaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan

sekarang dimulakan atas kesedaran untuk mengembalikan manusia kepada prinsip taklif

yang benar-benar menepati fitrah kemanusiaan yang meliputi dua aspek amanah yakni

amanah sebagai hamba Allah yang setiap detik wajib mengenal dan mengiktiraf

kewujudan-Nya dalam setiap sudut kehidupan dalam konteks menthabitkan tawhid

rububiyyah, dan amanah sebagai khalifah-Nya yang berperanan memakmurkan serta

membangunkan kehidupan dunyawi ini menurut ketetapan Illahi iaitu dalam konteks

menthabitkan tawhid uluhiyyah.

Kedua, adakah kita telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi menyisihkan

(dewesternization) gagasan pemikiran Barat yang berteraskan Sekularisme yang

mendominasi disiplin pengurusan. Adakah kita sudah cukup peka dan memahami setiap

andaian (presupposition) yang dipakai oleh Barat dalam membentuk pelbagai teori

23

Page 24: Am Alan Pen Gurus an Islam

pengurusan. Adakah kita sudah cukup sedar tentang akibat akhir yang bakal merundung

kehidupan kita ekoran daripada

sikap kita yang membuta tuli mengikut apa saja pemikiran yang dilambakkan oleh Barat

yang membuaikan kita dengan dendangan lagu kejayaan yang mengalpakan yang

muziknya dimainkan oleh pemusik-pemusik palsu.

Tidakkah kita mahu mengambil i’tibar daripada peristiwa yang menimpa Sayyidina

Adam ‘alaihi al-salam yang dipesonakan dan dialpakan oleh syaitan tentang buah pohon

khuldi yang jika dikecapi konon-kononnya dapat mengekalkan kehidupan baginda di

shurga, atau tidakkah kita sudah cukup diperingatkan oleh Rasulullah sallahhu ‘alaihi wa

sallam tentang bahana lubang biawak yang kononnya dapat menyelamatkan dan

membebaskan kehidupan kita tetapi sebenarnya bakal menggelapkan kalbu diri dan

membebalkan akal-budi.

Perlulah kita perhati dengan bersungguh-sungguh bahawa organisasi yang semata-mata

digerakkan berteraskan falsafah pengurusan Barat sebenarnya tidak berupaya

menzahirkan manusia sebenar yang benar-benar faham tentang ma’na dan hakikat insan

sebaliknya hanya berupaya membanyakkan manusia sekular, manusia politik atau

manusia ekonomi yang lalai bertafakkur tentang asal-usulnya, hakikat kejadiannya,

amanahnya di atas dunia ini, kedudukannya yang mulia sebagai makhluk pilihan,

ke’aiban dirinya, hakikat amalnya, dan kesudahan hidupnya. Organisasi yang sebegini

hanya membayangkan siyasah ‘akliah-hayawaniyyah yang senantiasa dikepungi

kejahilan zann, shakk, dan

wahm yang semakin meneguhkan penjara jiwa manusia yang berada dalamnya: mereka

merasakan sudah cukup mengenali dunia tetapi sebenarnya mereka semakin diperdaya

dan dimudaratkan oleh kehidupannya. Inilah akibat hati yang menjadi kerajaan di dalam

tubuh itu tidak dijaga sebaliknya nafsu diangkat menjadi raja hinggakan agama tidak

dapat dipegang sebaik-baiknya. Inilah api

yang terselindung di dalam sekam pengurusan Barat yang begitu hedonistik matlamatnya

sehingga membuat hati pengamalnya menjadi keras dan terpadam cahayanya, lupa

24

Page 25: Am Alan Pen Gurus an Islam

daratan kerana asyik bergelumang dengan prinsip-prinsip pengurusan yang penuh

khurafat, shubahah dan haram, cetek akal, dan hilang semangat peng’abdian.

Ketiga, adakah dalam akal kita telah tertunjang pandang alam Islam yang sempurna

sebagai landasan bagi melaksanakan Islamisasi dalam erti kata membebaskan diri

daripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan, dan selepas itu

membebaskan akal dan bahasa daripada pengaruh sekularisme lalu kembali kepada

kejadian asalnya yakni kepada fitrah, atau adakah kehidupan kita semakin suram

diselubungi dengan prinsip dualisme, humanisme, dan tragedi yang menjadi inti pati

utama pengurusan Barat yang diwarisi oleh kita selama ini. Haruslah disedari bahawa

walaupun disiplin pengurusan Barat terkandung dalamnya aspek kebijaksanaan

jasmaniyyah

namun kekuatan tersebut tidak berupaya melahirkan kejayaan dalam konteks al-falah jika

disiplin tersebut tidak ditundukkan kepada al-Din.

Pembentukan pandang alam Islam dalam akal amatlah penting kerana ia kelak akan

berfungsi sebagai acuan yang dapat menampilkan perspektif yang jelas dalam setiap

tindak-tanduk yang kita lakukan khususnya dalam mengendalikan soal pengurusan.

Tanpa adanya pandang alam Islam, kita akan cenderung menuruti nafsu dalam setiap

pertimbangan dan keputusan serta sangat kurang

memeliharakan yang sia-sia. Akibatnya, hati akan menjadi buta hinggakan akhirat tidak

akan menjadi nyata. Lebih malang lagi, disiplin pengurusan pada masa kini banyak

mengajar kita supaya masyghul teramat pada dunia sehingga secara tidak sedar terlepas

pegang pada agama, lebih menjadikan kita jahil berbanding ma’rifat, sering menyalah

suruh dan tegah Allah, tidak mengenali hakikat diri kerana asyik bergelumang dengan

cita-cita dunia yang mudarat, dan lupa akan akhirat lalu kepada Islam amatlah khianat.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan di atas perlulah dianggap sebagai cabaran yang

terpaksa dihadapi dalam konteks penggubalan disiplin pengurusan Islam kerana jawapan

kepada setiap persoalan tersebut akan dapat sekurang-kurangnya menzahirkan ma’na dan

25

Page 26: Am Alan Pen Gurus an Islam

maksud asasi tentang aspek pengurusan sebenar yang menepati prinsip dasar al-Din al-

Islam. Apa yang wajib dielakkan

ialah pengurusan itu janganlah ianya sampai ke peringkat pemujaan diri, akal dan nafsu

sebaliknya hendaklah ia dibataskan sebagai hiasan yang memancarkan lagi keindahan

sistem mu’amalah Islam dan pada masa yang sama, pelaksanaannya itu hendaklah

dipastikan sejajar dengan hakikat iman, Islam dan ihsan.

26