pen gurus an harta wakaf di brunei

Download Pen Gurus An Harta Wakaf Di Brunei

Post on 21-Jun-2015

496 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KOLEJ PERNIAGAAN (COB) BPMS3113 PENGURUSAN MUAMALAT ANTARABANGSA TUGASAN INDIVIDU PENGURUSAN HARTA WAKAF DI BRUNEINAMA PENSYARAH

DR. HAJI MUHAMMAD NASRI HJ MD HUSSAIN NAMA: SHARALIZA BINTI NGAH NO MATRIK: 111600

1

PENDAHULUAN

Wakaf adalah satu amalan yang mulia dan amat digalakan oleh Islam. Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis. Wakaf bukan sahaja merupakan suatu amalan yang memberi ganjaran yang berterusan sekalipun orang yang berwakaf itu telah meninggal dunia, bahkan dapat mendidik jiwa manusia untuk melakukan pengorbanan dan bersikap prihatin terhadap kepentingan, kebajikan dan

kesejahteraan orang lain. Dalil Al-Quran melalui surah surah ali-imran ayat 92:

Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa wakaf itu adalah suatu amalan yang dianjurkan dan disuruh oleh Islam dan besar faedah serta berlanjutan pahalanya kepada orang yang berwakaf itu sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: (Sahih Muslim, 3/1255, Kitab Al-Wasiah): 2

Maksudnya: Apabila mati seseorang Islam itu, maka terputuslah segala pahala amalnya kecuali dari tiga sumber iaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat memberi faedah atau seorang anak salih yang sentiasa mendoakannya.

Berdasarkan kelebihan tersebut, perbuatan berwakaf telah menjadi amalan yang meluas dan lumrah di kalangan umat Islam sejak dahulu hingga sekarang. Di Negara Brunei Darussalam sendiri, amalan berwakaf telah menjadi amalan biasa masyarakat Islam dan

merupakan satu ibadah yang sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat termasuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sendiri, pembesar-pembesar negara, pegawai-pegawai dan kakitangan awam dan juga orang ramai.

Peranan Majlis Agama Islam BruneiDi Negara Brunei Darussalam, harta wakaf adalah di bawah

pengurusan sebuah badan yang bergelar Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). MUIB dalam mengendali dan mentadbir segala urusan harta wakaf adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang

sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Negara Brunei Darussalam (Laws Of Brunei), iaitu Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77). 3 Akta Majlis Ugama Islam

Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) telah memperuntukkan bahawa Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am, atau wakaf khas sebagaimana bab 100, Akta berkenaan yang berbunyi seperti berikut: Dengan tidak menghiraukan mana-mana syarat yang

bertentangan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau akuan yang membuat menguasai dan menyentuh suratcara atau akuan tersebut, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, samada wakaf am, atau wakaf khas, bagi semua nazar am, dan semua amanah dari setiap jenis yang membuat mana-mana amanah khairat bagi menyokong dan mengembangkan ugama Islam menurut

hukumsyarak, setakat mana-mana harta benda yang terlibat dengannya dan terletak di Negara Brunei Darussalam dan, jika penduduk atau orang lain yang membuat amanah, wakaf atau nazar am tersebut menetap di Negara Brunei Darussalam, setakat semua harta benda yang terlibatdenganya di mana sahaja letaknya. Di samping itu, Akta berkenaan juga memperuntukkan bahawa manamana amanah, wakaf atau nazar, yang menyentuh syarat-syarat Akta ini hendaklah dipegang oleh Majlis yang diamanahkan bagi maksudmaksud khairat demikian bagi menyokong dan mengembangkan Agama Islam, atau untuk faedah orang-orang Islam di Negara Brunei 4

Darussalam menurut hukum Syarak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis dari masa ke semasa. Bab 98 dari Akta Majlis Agama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) menyatakan seperti berikut: Semua harta benda, pelaburan dan kumpulan wang, termasuk Kumpulan wang sebelum ini yang menjadikan Kumpulan wang Agama Islam, yang diberikan dari masa ke semasa dalam Majlis bagi maksud Akta ini, selain daripada harta benda yang dipegang, menurut syarat-syarat Akta ini atau mana-mana amanah, wakaf atau nazar, yang menyentuh syarat-syarat Akta ini atau mana-mana amanah, bagi maksud yang tertentu atau tertakluk kepada amanah yang dinyatakan dengan tertentu, bersama dengan pendapatan daripadanya, hendaklah menjadi Kumpulan wang Wakaf Am Majlis dan hendaklah dipegang oleh Majlis yang diamanahkan bagi maksud-maksud khairat demikian bagi menyokong dan mengembangkan ugama Islam, atau untuk faedah orang-orang Islam di Negara Brunei Darussalam menurut hukum Syarak, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis dari masa ke semasa. Dengan syarat bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh memberi arahan tidak berlawanan dengan hukum syarak atau dengan syaratsyarat Akta ini kepada Majlis, mengenai dengan perbelanjaan bagi mana-mana bahagian daripada Kumpulan wang Wakaf Am atau 5

pendapatan daripadanya dan boleh, dengan cara yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh membatalkan mana-mana cadangan perbelanjaan daripadanya. Dalam mengendali dan mentadbir segala urusan pentadbiran harian harta wakaf tersebut di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Majlis Agama Islam adalah bertanggungjawab dalam perkara tersebut. Jabatan itu sendiri telah mewujudkan satu

bahagian yang dinamakan Bahagian Baitul Mal Dan Wakaf yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal harta Baitul Mal dan wakaf umat Islam di Negara Brunei Darussalam. Carta struktur Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dengan bahagianbahagian yang terdapat di dalamnya termasuk Bahagian Baitul Mal Dan Wakaf.

6

Carta organisasi Jambatan Majlis Agama Islam

Sistem perwakafan Negara Brunei DarussalamSistem perwakafan di Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada dua:i. Tidak berdaftar ii. Berdaftar

wakaf secara tidak berdaftara. Sistem perwakafan ini ialah apabila seorang hamba Allah/suatu pihak itu mewakafkan sesuatu kepada pihak-pihak tertentu seperti kelengkapan, peralatan dan lain-lain secara tidak bertulis dan hanya dilafazkan secara lisan sahaja. Timbang terima kedua belah pihak telah bersetuju untuk memberi dan menerima harta yang diwakafkan itu. b. Perwakafan cara ini kadang-kadang terjadi tanpa diketahui oleh pihak kedua iaitu orang yang menerima harta wakaf tersebut. Contohnya, seorang hamba Allah mewakafkan kitab suci Al-Quran di masjid tanpa diketahui oleh pegawai atau kakitangan masjid.

Secara berdaftarc. Sistem perwakafan ini ialah apabila seorang hamba Allah/suatu pihak mewakafkan jenis-jenis harta yang kebiasaannya merupakan 7

harta yang takalih seperti tanah dan bangunan dengan menentukan pertukaran nama pemilik secara sah di sisi undang-undang. Bagi sistem perwakafan serupa ini contohnya tanah; apabila wakaf

seseorang itu telah diterima, dilafazkan dan disahkan oleh pihak-pihak berkenaan, maka urusan tukar milik tanah daripada orang yang berwakaf kepada Majlis Agama Islam akan dilaksanakan menurut undang-undang. Apabila telah selesai, harta itu akan di tadbir oleh Majlis Agama Islam Brunei dan merupakan pihak yang akan mengurus harta wakaf berkenaan.

Jenis- jenis wakafHarta wakaf yang ditadbir dan dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam dapat dibahagikan kepada dua jenis terdiri daripada:i. Wakaf Khas ii. Wakaf Am

Wakaf KhasWakaf Khas adalah wakaf yang telah ditentukan sendiri oleh seorang yang berwakaf. Contohnya, sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh orang tersebut dan tanah yang diwakafkannya itu telah

ditentukannya untuk kegunaan-kegunaan tertentu, misalnya untuk didirikan masjid, surau, balai ibadat dan sebagainya.

8

Wakaf AmWakaf Am pula adalah merupakan wakaf yang tidak ditentukan secara khusus kegunaannya oleh orang yang berwakaf. Bagi wakaf jenis ini,

9

Majlis Ugama Islam adalah bebas untuk menentukan tindakantindakan yang patut dibuatnya ke atas harta wakaf jenis ini.

TATACARA (PROSEDUR) BERWAKAF Wakaf BerdaftarDi Negara Brunei Darussalam, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam peruntukan undang-undang tadi, pihak yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus hal ehwal harta wakaf secara berdaftar adalah Majlis Ugama Islam dan pengurusan bagi harta wakaf itu adalah tertakluk kepada jenis wakaf; sama ada wakaf itu wakaf khas atau wakaf am. Prosedur/tatacara berwakaf itu adalah seperti berikut: 1. Seseorang yang berhasrat untuk berwakaf, hendaklah menulis surat kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam, dengan

menyatakan hasratnya untuk berwakaf itu ( contohnya tanah ), dengan menyertakan keterangan tanah tersebut seperti berikut: I. II. III. IV. Kedudukan/lokasi dan statusnya (kekal/TOL/LTS), Keluasan tanah yang akan diwakafkan Tujuan tanah tersebut itu diwakafkan (khas/am). Salinan geran tanah.

2. Pegawai-pegawai Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei akan memeriksa tanah tersebut. 3. Setelah selesai membuat pemeriksaan tersebut, Pegawai-

Pegawai Jabatan Majlis Agama Islam Brunei akan membuat 10

laporan bertulis dan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ugama Islam untuk menentukan sama ada hasrat orang tersebut diterima atau sebaliknya. Lazimnya, bagi yang berhasrat untuk

berwakaf tanah, keluasan tanah adalah akan diambil kira lebihlebih lagi jika sesorang itu berhasrat untuk berwakaf bagi pembinaan masjid, surau atau balai ibadat. Sebagai contoh, tanah yang hendak diwakafkan itu berkeluasan satu ekar sahaja bagi pembinaan masjid, surau, atau balai ibadat; untuk

bangunan masjid, surau atau balai ibadat sahaja mungkin mencukupi, tetapi kemudahan-kemudahan lain seperti tempat letak kereta, penambahan di masa akan datang dan