2.0 diari mingguan pen gurus an ko

20
2.0 Diari Mingguan Pengurusan Ko-Kurikulum Minggu : 1 Aktiviti : Sesi perkenalan dan pembelajaran BAB 1 dan BAB 2 Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu) Masa : 8.00 pagi 10.00 pagi Lokasi : Auditorium 2 Kandungan Aktiviti : i. Sesi pengenalan dengan pensyarah UKT 1013 Pengurusan Ko- Kurikulum , Encik Anizan Bin Md Noor memperkenalkan diri. ii. Sesi pengenalan diikuti oleh pengenalan empat orang instructors yang akan meninjau Setiap aktiviti mengikut pembahagian kumpulan masing-masing. iii. Sesi pembelajaran bagi bab 1 berlansung dan diikuti oleh sesi pembelajaran bab2 iv. Bab 1 adakah difokuskan mengenai pengenalan , sejarah, konsep, falsafah dan matlamat kokurikulum di Malaysia v. Bab 2 pula adalah mengenai komponen kokurikulum, kemahiran mengurus kokurikulum , tugas jawatankuasa kerja PPAKK dan pelaksanakan aktiviti kokurikulum. Refleksi : Setelah mempelajari pengenalan terhadap pengurusan kokurikulum, saya lebih memahami tentang Ko-Kurikulum berbanding sebelum ini. Sebelum mempelajari pengkhususan ini, saya menganggap kokurikulum merupakan subjek di luar bilik darjah dimana ianya wajib disertai oleh setiap pelajar yang dapat meningkatkan keupayaan seseorang pelajar. Ko-Kurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan

Upload: shakir

Post on 13-Jun-2015

711 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

2.0 Diari Mingguan Pengurusan Ko-Kurikulum

Minggu : 1

Aktiviti : Sesi perkenalan dan pembelajaran BAB 1 dan BAB 2

Tarikh : 10 Januari 2009 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan Aktiviti :

i. Sesi pengenalan dengan pensyarah UKT 1013 Pengurusan Ko-Kurikulum , Encik

Anizan Bin Md Noor memperkenalkan diri.

ii. Sesi pengenalan diikuti oleh pengenalan empat orang instructors yang akan meninjau

Setiap aktiviti mengikut pembahagian kumpulan masing-masing.

iii. Sesi pembelajaran bagi bab 1 berlansung dan diikuti oleh sesi pembelajaran bab2

iv. Bab 1 adakah difokuskan mengenai pengenalan , sejarah, konsep, falsafah dan matlamat

kokurikulum di Malaysia

v. Bab 2 pula adalah mengenai komponen kokurikulum, kemahiran mengurus kokurikulum

, tugas jawatankuasa kerja PPAKK dan pelaksanakan aktiviti kokurikulum.

Refleksi :

Setelah mempelajari pengenalan terhadap pengurusan kokurikulum, saya lebih memahami

tentang Ko-Kurikulum berbanding sebelum ini. Sebelum mempelajari pengkhususan ini, saya

menganggap kokurikulum merupakan subjek di luar bilik darjah dimana ianya wajib disertai oleh

setiap pelajar yang dapat meningkatkan keupayaan seseorang pelajar. Ko-Kurikulum ialah satu

saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dimana

sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Aktiviti, proses dan isi kandungan

pengajaran dan pembelajaran Ko-Kurikulum dilaksanakan samada melalui empat bahagian

kokurikulum iaitu badan beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Selain itu, saya

dapat mengetahui tentang sejarah, konsep, falsafah dan matlamat Ko-Kurikulum. Seterusnya,

saya telah mempelajari tentang pengurusan Ko-Kurikulum dalam bab 2. Di dalam bab ini, saya

Page 2: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

mempelajari komponen Ko-Kurikulum, kemahiran mengurus, tugas jawatankuasa kerja PPAKK

dan pelaksanakan aktiviti Ko-Kurikulum. Melalui pembelajaran ini, saya dapat meningkatkan

pengetahuan saya di dalam mengurus sesuatu majlis mahupun aktiviti disamping mengetahui

cara yang lebih terperinci perlaksanan aktiviti yang dirancang.

Minggu : 2

Aktiviti : Pembelajaran bab 3 , Penubuhan kelab dan persatuan dan pengagihan

tugasan bagi setiap kumpulan dilakukan

Tarikh : 17 Januari 2009 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan Aktiviti :

i. Pembelajaran bab 3 iaitu penubuhan kelab dan persatuan.

ii. Mengetahui definasi kelab dan persatuan serta peraturan-peraturannya.

iii. Contoh perlembagaan ditunjukkan oleh pensyarah dan pensyarah menerangkan

bagaimana ianya dibentuk

iv. Pensyarah membahagikan kami kepada 5 kumpulan beserta dengan tugasan masing-

masing dan dipimpin oleh seorang instructors.

v. Setiap kumpulan mengadakan mesyuarat untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa tertinggi.

Refleksi :

Pada minggu ini saya telah mempelajari bab 3 tentang penubuhan kelab dan persatuan dimana

disedari bahawa bukan mudah untuk membentuk sesebuah persatuan mahupun kelab,

perancangan yang rapi diperlukan. Selepas sesi pembelajaran, pensyarah mengagihkan kami

kepada 5 kumpulan beserta dengan tugasan masing-masing dan dipimpin oleh seorang

instructors. Pembahagian kumpulan adalah bergantung kepada pembahagian kokurikulum iaitu

sukan dan permainan, kelab, persatuan, unit beruniform dan kebudayaan. Bagi kumpulan saya

Page 3: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

iaitu kumpulan 4, kami menerima tugasan dalam bidang sukan dan permainan. Instructors

kumpulan saya ialah Encik Azzarul. Setelah itu, kami bermesyuarat untuk melantik ahli-ahli

jawantankuasa. dan menentukan aktiviti yang akan kami jalankan nanti. Kelab sukan dan

permainan yang kami tubuhkan ialah Kelab Senam Robik 2009 dan program yang akan kami

anjurkan adalah program senam ria dengan konsep santai.

Tugasan :

i. Rancang dan adakan satu acara yang berasaskan sukan dan permainan

ii. Sediakan perlembagaan kelab dan kertas kerja untuk dibentangkan pada minggu

berikunya.

iii. Laporan untuk masyuarat aktiviti disediakan

Minggu : 3

Aktiviti : Pembelajaran bab 4 iaitu berkaitan tentang penubuhan pasukan pakaian

seragam

Tarikh : 24 Januari 2009 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan Aktiviti :

i. Proses pembelajaran bab 4 pengurusan kokurikulum

ii. Pembelajaran adalah berkaitan tentang pengenalan kepada PPS dan dasarnya.

iii. Selepas belajar, setiap kumpulan diberi masa setengah jam untuk proses perbincangan

aktiviti yang akan dijalankan oleh kumpulan masing-masing.

Page 4: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

Refleksi :

Setelah mempelajari bab 4 ini, saya mengetahui bahawa PPS merupakan suatu

persatuan/badan/pasukan/pertubuhan/pergerakan yang ditubuhkan secara formal oleh sesebuah

institusi atau agensi berdasarkan sesuatu akta dengan setiap ahlinya memakai pakaian seragam

yang ditetapkan mengikut peraturan yang telah diwartakan atau termaktub dalam peraturan dan

undang-undang PPS berkenaan. Penubuhan PSS bukanlah sesuatu yang mudah dan ia

memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak. Saya juga dapat mempelajari bagaimana proses

penubuhan seseatu PSS yang juga merupakan perkara baru bagi saya. Selepas sesi pembelajaran

tamat , kami diminta untuk membincangkan aktiviti kumpulan masing-masing berdasakan

aktiviti yang akan dijalankan. Pendapat instructor kumpulan juga diminta bagi memastikan

program yang akan dijalankan adalah mengikut apa yang dikehendaki oleh pensyarah kami.

Minggu : 4

Aktiviti : Pembelajaran bab 5 , Pentadbiran dan pengurusan persatuan/ kelab dan

pasukan beruniform di sekolah - kesetiausahaan

Tarikh : 7 Februari 2009 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan Aktiviti :

i. Proses pembelajaran bab 5 diadakan.

ii. Kandungan pengajaran adalah berkaitan dengan tugas seorang setiausaha.

iii. Selepas belajar, setiap kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang aktiviti bagi

kumpulan masing-masing seperti minggu- minggu sebelumnya.

Page 5: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

Refleksi :

Seorang setiausaha perlulah berdedikasi dan sedia melakukan segala tugas yang diamanahkan.

Tugas seorang setiausaha adalah melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan surat-

menyurat, pengoperasian dan pengendalian fail dan rekod, pendokumentasian data dan

maklumat bagi memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar. Setelah sesi pembelajaran,

kami diminta untuk membincangkan aktiviti kumpulan masing-masing serta menetapkan tarikh

aktiviti. Kumpulan 4 telah menetapkan tarikh bagi program kami adalah pada 1 Mac 2009 iaitu

pada hari ahad.

Minggu : 5

Aktiviti : Membincangkan bab 6,7,8 tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum,

pengurusan risiko dan pertandingan.

Tarikh : 14/2/2009 (sabtu )

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan aktiviti:

Mulanya degan bab 6 tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum, dalam bab ini kami belajar

tentang dasar pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Manakala, dalam bab 7 kami belajar matlamat

pengurusan keselamatan dan langkah-langkah pengurusan risiko, tujuan kami belajar adalah

semasa kami menjalankan sesuatu aktiviti, kami perlu memastikan keselamatan bagi setiap

pelajar supaya dapat mencegah risiko atau kemalangan daripada berlaku. Bagi bab 8, kami telah

Page 6: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

belajar tujuan pertandingan dan jenis-jenis pertandingan yang terdapat dalam kokurikulum

contoh perlawanan, kalah mati, liga dan cabar mencabar. Selepas habis kuliah kami, setiap

kumpulan diberi masa setengah jam untuk berbincang aktiviti bagi kumpulan masing-masing.

Jurulatih hendak setiap kumpulan dapat menghantar kertas kerja kepada dia sebelum

menjalankan aktiviti masing-masing.

Refleksi :

Hari ini saya telah mempelajari banyak pengetahuan antaranya terdapat strategi semasa

melaksanaan aktiviti kokurikulum, kami perlu menetapkan matlamat dan objektif, menyediakan

sumber kepakaran dan kemudahan asas yang sesuai dan mencukupi serta lokasi yang sesuai.

Bukan itu sahaja, saya berasa rupanya mengadakan suatu aktiviti adalah perkara tidak mudah,

semasa kami menjalankan aktiviti, kami ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan

bagi setiap pelajar supaya dapat mencegah risiko atau kemalangan daripada berlaku. Sebelum

kami mengadakan sesuatu aktiviti, kami perlu mengenalpasti risiko atau bahaya yang berkaitan

dengan sesuatu aktiviti kokurikulum. Juga dalam sesuatu aktiviti, kami perlu menyediakan

peralatan pertolongan cemas, bukan itu sahaja, kami diri sendiri pun harus mengetahui cara-cara

pertolongan kecemasan supaya kami dapat menolong orang semasa berlaku sebarang

kemalangan. Selain itu, tujuan mengadakan pertandingan adalah untuk memberi peluang kepada

pelajar atau peserta menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam sesuatu acara yang

dianjurkan secara tidak langsung ia dapat meningkat keyakinan pelajar atau peserta.

Tugasan:

Pensyarah menyuruh setiap kumpulan perlu menyediakan perlembagaan dan kertas kerja bagi

kumpulan masing-masing serta membentang kertas kerja di kuliah pada minggu hadapan.

Page 7: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

Minggu : 6

Aktiviti : Presentation perlembagaan dan kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti kumpulan masing-

masing.

Tarikh : 21 /2/2009 (sabtu )

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan aktiviti:

Mulanya dengan kumpulan pertama iaitu Kelab Alunan Suara Melody Kita, program yang

dianjurkan oleh kelab tersebut ialah pertandingan nyanyian medley pada hari 14/3/2009(Sabtu),

tema lagu yang dipilih mesti berkaitan warisan budaya sepanjang zaman. Kumpulan kedua pula

adalah kelab sejarah, program yang akan dijalankan adalah explorace, tajuk explorace iaitu

selami sejarah dalam beriadah. Aktiviti mereka akan diadakan pada hari 15/3/2009. Tujuan

explorace tersebut untuk mengingatkan golongan pelajar terhadap sejarah asal usul budaya di

Malaysia, antaranya aktiviti terdapat iaitu teka rasa, permainan tradisional, kuiz dan sebagainya.

Seterusnya sampai kumpulan ketiga iaitu kelab pengakap, mereka akan menganjurkan kem

perkhemahan asas pengenalan pengakap pada tarikh 21/3/2009 sehingga 22/3/2009 selama 2 hari

1 malam. Tujuan menganjurkan kem tersebut adalah membantu mahasiswa atau mahasiswi lebih

mengenali kemahiran pengakap. Akhirnya adalah kumpulan keempat iaitu kelab senamrobik,

program yang akan dianjurkan adalah program senamria 2009 pada hari 1/3/2009 (Ahad),

tujuannya untuk memupuk pengetahuan kesihatan di kalangan pelajar UPSI

Refleksi :

Hari ini saya telah mengetahui program-program yang akan dianjurkan oleh kumpulan masing-

masing pada masa yang akan datang. Untuk menyiapkan satu perlembagaan dan kertas kerja

Page 8: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

dalam masa satu minggu adalah perkara yang tidak mudah, ia memerlukan kerjasama ahli-ahli

kumpulan bukan sahaja bergantung setiausaha aktiviti. Dalam masa satu minggu, kami telah

menbuat 2 kali perjumpaan untuk berbincang bagaimana melancar aktiviti tersebut. Semasa

membuat perlembagaan dan kertas kerja, kumpulan kami telah mengalami banyak masalah

contoh terdapat beberapa ahli tidak dapat hadir, atau pendapat antara ahli tidak sama. Namun

kumpulan kami telah berjaya mengatasi masalah tersebut dengan baik, apabila terdapat ahli

kumpulan memberi pendapat, kami cuba menerima pendapat bagi semua ahli-ahli, seterusnya

kami memilih pendapat atau idea yang paling terbaik dan sesuai untuk aktiviti kami. Walaupun

dalam proses tersebut, kami telah mengalami banyak masalah, tetapi akhirnya kami dapat

mengatasi bersama-sama dan berkerjasama untuk menghasilkan kertas kerja kumpulan kami.

Minggu : 7

Aktiviti : Presentation perlembagaan dan kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti kumpulan masing-

masing.

Tarikh : 28/2/2009 (sabtu )

Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Lokasi : Auditorium 2

Kandungan aktiviti:

Mulanya dengan kumpulan kelima iaitu Kelab Belia UPSI, program yang akan dianjurkan ialah

program explorace kembara amal pada 29/3/2009(Ahad) di Dewan Rahman Talib, setiap

kumpulan diwajib menghantar 10 peserta untuk menyertai program tersebut. Selepas itu,

kumpulan ketiga akan menyambung setelah kumpulan kelima menghabiskan dan mereka hanya

membentangkan perlembagaan kelab kelana siswa kerana kumpulan ketiga tidak

membentangkan perlembagaan kelab mereka pada minggu lepas. Setelah semua kumpulan sudah

menghabiskan pembentangan masing-masing, jurulatih telah mengajar kami tentang garis

Page 9: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

panduan format surat antaranya terdapat surat rasmi, memo, mini mesyuarat, kesalahan bahasa

dalam surat rasmi dan sebagainya.

Refleksi :

Saya telah banyak belajar tentang garis panduan format surat, contoh dalam minit mesyuarat,

paling atas akan dimulakan dengan nama pengerusi dan akhir dengan nama setiausaha. Di

samping itu fungsi makluman adalah hanya untuk ahli-ahli tertentu sahaja, contohnya jika

perkara yang dibincang adalah berkaitan peralatan, maka fungsi makluman hanya untuk AJK

peralatan sahaja. Juga dalam mini mesyuarat tidak perlu sebarang tandatangan.

PENGALAMAN AKTIVITI KENDIRI

Minggu : 8

Aktiviti : Program Senam Ria, Kelab Senam Robik 2009

Tarikh : 1/ 3 /2009 (ahad )

Masa : 10.00 pg – 12.30 tghari

Lokasi : Padang UPSI

Kandungan aktiviti :

i. Program yang dijalankan oleh kumpulan 4, kelab Senam Robik 2009 iaitu Program

“Senam Ria” yang merangkumi aktiviti senam robik dan sukaneka

ii. Aktiviti senam robik yang dilakukan diketuai oleh seorang instructor jemputan dan ajk aktiviti kumpulan 4

iii. Setiap kumpulan perlu menghantar peserta bagi menyertai setiap acara sukaneka yang dilakukan iaitu acara couple run, telaga botol, cari gula dalam tepung, belon beracun dan ping pong sudu.

Page 10: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

Refleksi :

Aktiviti yang dilakukan oleh kumpulam 4 pengurusan kokurikulum adalah santai dan

menyeronokkan. Dalam aktiviti senam robik yang dilakukan saya dapat memanaskan badan dan

bersenam dengan cara yang relaks. Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara senam robik

yang baru seperti poco-poco dan lain lagi. Di dalam aktiviti sukaneka yang dilakukan, saya dapat

melepaskan tekanan dan merehatkan diri sambil melakukan aktiviti cerdas. Dengan melakukan

aktiviti seperti ini, keperluan oksigen di dalam otak akan bertambah dan dapat mencerdaskan

otak berfikir secara kreatif dan kritis.

Minggu : 11

Aktiviti : Perkhemahan Asas Pengenalan Pengangkap

Tarikh : 21/ 3 /2009 – 22 /3/2009

Masa : Dua hari

Lokasi : Sg Samak, Tanjung Malim

Kandungan aktiviti :

Aktiviti pengajaran asas pengangkap dijalankan. Peserta juga diajar bagaimana menyesuaikan

diri apabila berada di dalam hutan selain pelbagai aktiviti yang mencabar dilakukan.

Refleksi :

Saya tidak dapat menyertai aktiviti ini kerana hanya 6 orang setiap kumpulan dibenarkan

menyertainya. Tetapi melalui rakan – rakan saya mendapati bahawa aktiviti ini dapat

menigkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi kehidupan selain mereka dapat mempelajari

pelbagai ilmu barau tentang dunia pengangkap.

Page 11: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

Minggu : 12

Aktiviti : Program Explorace Kembara Amal

Tarikh : 29 / 3 /2009 (ahad )

Masa : 8.30am-12.30pm

Lokasi : Dewan Rahman Talib

Kandungan aktiviti :

Page 12: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

i. Explorace amal dilakukan, diantara aktiviti amal di dalam explorace tersebut adalah

mengutip daun kering, mengutip derma dan membasuh bas. Dimana sambil berseronok,

sambil beramal

ii. Sementara itu, di dewan ditayangkan klip video kejadian di Palastin da kutipan derma

juga diadakan

Refleksi:

Melalui aktiviti ini, saya dapat menjalankan kerja amal disamping berseronok menyertai

pertandingan explorace. Walaupun pengendalian agak tidak memuaskan kerana ada satu

cheakpoint yang lami pergi, mereka tersalah membaca klu dan menyebabkan kami terpaksa

berlari dengan jauh. Walaupun begitu, saya tetap seronok menjalankan aktiviti sepanjang

program berlansung.

Pengalaman aktiviti kendiri

Minggu : 13

Aktiviti : Pertandingan Nyanyian Medley

Tarikh : 10/4/2009 (Ahad)

Masa : 8.30pm-11.30pm

Lokasi : Dewan Rahman Talib

Kandungan aktiviti:

Page 13: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

i. Pertandingan konsert di antara kumpulan diadakan

ii. Setiap kumpulan menghantar wakil bagi pertandingan nyanyian solo dan nyanyian

berkumpulan

iii. Persembahan daripada penganjur

Refleksi :

Aktiviti yang diadakan sangat menarik dan tidak membosankan. Setiap peserta mempunyai

kelebihan tersendiri dan mereka mampu menunjukkan keyakinan mereka dalam bidang nyanyian

walaupun vokal yang dibawa tidak mantap. Tidak kering gusi saya melihat telatah semua peserta

yang bertanding. Juara solo dipegang oleh kumpulan 2 manakala juara berduet dimenangi oleh

kumpulan 3.

Pengalaman aktiviti kendiri

Minggu : 13

Aktiviti : program explorace persatuan sejarah

Tarikh : 12/4/2009 (ahad),

Masa : 8.30am-12.00pm

Lokasi : Padang UPSI

Kandungan Aktiviti :

Page 14: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

i. Aktiviti explorasi sejarah dijalankan dimana pelbagai aktiviti mengenai sejarah

diterapkan di dalam aktiviti explorasi berikut.

ii. Dimana pelajar yang tidak terlibat di dalam progran explorasi dikekendaki berada di

dalam dewan kuliah B, di situ tayangan klip video tentang kemerdekaan dijalankan.

Refleksi:

Bagi saya, aktiviti yang dijalankan adalah menarik selain dapat menimbulkan kembali

ingatan saya tentang sejarah kemerdekeen negara kita Malaysia. Selain itu, aktiviti yang

dijalankan di setiap cheakpoint juga amat menarik dan tidak membosankan. Tetapi pada saya ,

sepatutnya aktiviti ini dijalankan lebih awal memandangkan minggu peperiksaan hampir tiba.

Minggu : 13

Aktiviti : Pembentangan laporan aktiviti kumpulan

Tarikh : 11 / 4 / 2009

Masa : 8.00 pg – 10.00 pg

Lokasi : Auditorium c

Kandungan aktiviti :

Hanya pembentangan kumpulan diadakan untuk memberikan laporan sepanjang aktiviti

masing-masing dilakukan. Laporan adalah merangkumi sebelum, semasa dan selepas aktiviti

dijalankan. Pensyarah memberikan amanat terakhir kepada para pelajar.

Refleksi:

Segala laporan dan panduan aktiviti yang dijalankan dan ilmu yang disampaikan akan

saya gunakan apabila tiba di sekolah nanti.

Page 15: 2.0 Diari Mingguan Pen Gurus An Ko

Minggu : 14

Aktiviti : Pembentangan laporan aktiviti kumpulan

Tarikh : 18/ 4 / 2009

Masa : 8.00 pg – 10.00 pg

Lokasi : Auditorium c

Kandungan aktiviti :

Hanya pembentangan kumpulan diadakan untuk memberikan laporan sepanjang aktiviti

masing-masing dilakukan. Laporan adalah merangkumi sebelum, semasa dan selepas aktiviti

dijalankan. Pensyarah memberikan amanat terakhir kepada para pelajar.

Refleksi:

Segala amanat yang diberikan dan ilmu yang disampaikan akan saya gunakan apabila tiba

di sekolah nanti.