bab 3- pen gurus an kontrak

Upload: nurairaashirah

Post on 07-Jul-2015

607 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

BAB 3 : PENGURUSAN KONTRAK

3.1 Pengenalan kepada sistem perolehan dan jenis kontrak 3.1.1 Proses Pembangunan

Sebelum sesuatu projek itu dijalankan atau dilaksanakan, perlulah mengetahui kawasan tapak projek itu dibina supaya pihak yang terlibat dapat membuat perancangan yang lebih teliti agar pembinaan dapat di siapkan mengikut apa yang telah di cadangkan. Selain itu, sangat penting untuk kita mengetahui perkara perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan sesuatu projek itu. Oleh itu, telah wujudnya proses-proses pembangunan projek pembinaan agar segala pembinaan yang dijalankan mengikut kehendak pelanggan. Di dalam sesuatu projek memerlukan skop pembinaan itu sendiri. Proses ini memerlukan banyak masa, tenaga dan kepakaran yang tinggi kerana projek pembinaan adalah projek yang sangat sukar dan memerlukan banyak perkara untuk mendapatkan hasil yang di inginkan. Oleh itu, untuk menguruskan sesuatu projek pembinaan bukanlah sesuatu yang mudah dan saling memerlukan antara satu sama lain.

31

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Proses pembangunan projek pembinaan mempunyai beberapa peringkat sebelum sesuatu projek dijalankan. Antara peringkat yang terlibat adalah : a. Taklimat b. Rekabentuk c. Dokumentasi d. Tawaran/tender e. Pembinaan f. Pentauliahan

Taklimat Taklimat akan diadakan oleh pihak pelanggan untuk melantik arkitek dalam mereka bangunan yang hendak dibina mengikut citarasa pelanggan tetapi masih dinasihati oleh penasihat yang terlatih agar pambinaannya mengikut aspek-aspek pembinaan yang sebenar. Di dalam taklimat ini juga, arkitek dimaklumkan mengenai kehendak pengguna dan had belanjawan.

Rekabentuk Dalam proses rekabentuk, arkitek akan mengkaji fiasibiliti bangunan yang dicadangkan oleh pelanggan, Ruang Kos Kualiti kemudian arkitek yang telah dilantik akan merekabentuk yang memenuhi kehendak pelanggan dari segi aspek :

MasaDalam pada masa itu, arkitek akan membuat rekabentuk secara lakaran dan skima mengikut 4 aspek merekabentuk tadi. Sebelum melakukan proses selanjutnya, arkitek perlu mendapatkan kebenaran merancang dari pihak berkuasa tempatan mengenai rekabentuknya itu.

42

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Dokumentasi Dokumentasi adalah proses dimana apabila arkitek siap menyediakan lukisan dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa, maka penyediaan dokumen tender dilakukan. Dokumen berperanan untuk membantu memilih kontraktor yang sesuai untuk melaksanakan kerja pembinaan dan melaksanakan projek yang telah dicadangkan. Didalam dokumen ini akan dinyatakan semua syarat-syarat dan keperluan-keperluan projek.

Tawaran/Tender Setelah siap segala dokumen, tawaran/tender akan dikeluarkan kepada semua kontraktor mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kontraktor akan membeli tender dan mengisi untuk bersaing mendapatkan projek. Petender yang terbaik akan dilantik untuk melaksanakan kerja pembinaan.

Pembinaan Kontraktor yang telah berjaya dalam saingan akan melaksanakan kerja-kerja pembinaan seperti diberikan dalam lukisan dan mengikut spesifikasi ( bentuk, saiz, kualiti ). Pada masa ini juga penyerahan projek dilakukan iaitu Letter of Award maka tapak bina diserahkan kepada kontraktor untuk menjalankan pembinaan.

Pentauliahan Proses ini adalah proses dimana apabila kontraktor berjaya menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, bangunan siap diserahkan kepada pelanggan dengan pengesahan arkitek dan perunding lain yang terlibat. Pelanggan akan memeriksa segala peralatan berfungsi seperti jangkaan.

3.2 Proses Tender

43

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Tender ialah suatu kenyataan yang dikeluarkan kepada seseorang untuk melakukan kerja disamping mendapatkan persetujuan daripada pihak yang berkenaan manakala proses menender pula merupakan proses taktikal bagi pemilihan satu-satu pihak bagi membekalkan suatu bekalan, perkhidmatan dan kerja. Tender merupakan proses utama yang dilakukan oleh pelanggan untuk mendapatkan kontraktor yang layak. Pemilihan kontraktor biasanya dibuat melalui pertandingan yang melibatkan antara perkara tertentu seperti harga dan masa pembinaan. Ini adalah antara faktor utama pemilihan kontraktor selain reputasi serta pengalaman kontraktor tersebut. Proses tender akan dimulakan apabila pelanggan menawarkan sesuatu projek kepada kontraktor di mana kontraktor akan bersaing menyerahkan tender yang paling optimum dan keputusannya adalah terletak kepada pelanggan untuk memilih kontraktor yang layak. Apabila tender daripada sesebuah kontraktor itu diterima oleh pelanggan, maka wujudlah ikatan yang dinamakan kontrak antara kontraktor yang dipilih oleh pelanggan.

3.3 Kaedah Perolehan Kerajaan Jenis-Jenis Perolehan 1. Kerja : pembinaan bangunan, jalan, baiki bangunan dan lain-lain PKK : kelas A F CIDB : G1 G7

2. Bekalan : membekalkan peralatan seperti peralatan makmal, alat tulis dan bahan makanan. 3. Perkhidmatan : melibatkan kepakaran atau kemahiran. Perkhidmatan perunding : kajian ekonomi, kerja ukur dan lain-lain.

44

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Perkhidmatan bukan perunding : pembersihan, kursus & latihan dan lain-lain.

Objektif Utama Perolehan 1. Menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling menguntungkan. 2. Mendapatkan harga yang paling menguntungkan dan berpatutan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dan tempoh penyerahan/siap yang ditetapkan. 3. Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan tempatan.

Pengurusan Perolehan Terdapat tujuh kaedah dalam pegurusan perolehan. Antaranya adalah :

45

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

1.

Pembelian Runcit/Terus Pembelian runcit adalah pembelian terus daripada mana-mana punca yang diketahui sentiasa memberikan harga yang munasabah dengan mengeluarkan pesanan tempatan. Kurang RM10,000 bagi sesuatu item atau kelas jenis ini maximum RM50,000.00 setahun dengan mana-mana pembekal tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan. RM10,000-RM50,000 setahun bagi sesuatu item atau kelas jenis item (pembekal bumiputera dan berdaftar kewangan sahaja/max RM100,000.00 setahun) Semua tawaran boleh dibuat terus kepada mana-mana pembekal yang diketahui menawarkan harga yang berpatutan, tertakluk kepada kaedahnya yang ditetapkan. Manakala bagi kontraktor Kelas F sahaja (kerja-kerja sivil) nilai kerja yang < RM20,000.00 boleh buat lantikan terus dikalangan kontraktor kelas F dan daftar PKK diketahui.

2.

Perolehan Secara Gotong-Royong Tidak memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknik. Tertakluk kepada had maksimum RM 100K Mendapat persetujuan Pegawai Pengawal dan diterajui oleh Pemimpin Masyarakat/JKKK Melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak kemasyarakatan. Sumbangan kewangan dari swasta boleh diterima. Elaun saguhati dan makan minum dihadkan sehingga 20% daripada pemberian kerajaan.

46

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

3.

Perolehan Secara Undi. Nilai tidak lebih daripada RM 100K bagi setiap kerja Untuk kontraktor kelas F berdaftar CIDB/PKK berdaftar di daerah tersebut. Sekiranya bilangan kontraktor tidak cukup, Jurutera Daerah boleh membuka kepada daerah berdekatan. Kerja membaiki bangunan, jalan, longkang, membersih kawasan dan lainlain (bukan pembinaan baru walaupun kurang RM100K) Telah menyempurnakan kerja undi yang diberikan sebelumnya dan kemajuan kerja tender dan sebutharga dalam tangan memuaskan. Bayaran berasaskan kepada Jadual Kadar Harga Kecil dan Memperbaiki. Sekiranya sesuatu undi mempunyai nilai yang kecil, beberapa kerja di tempat berasingan boleh digabungkan untuk memperolehi satu nilai yang lebih munasabah untuk kerja undi. Kerja mesti dimulakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh undi dikeluarkan, surat amaran akan dikeluarkan jika gagal. Jika gagal juga selepas surat amaran, kerja dibatalkan dan akan ditahan dari memasuki undi dan disyorkan gantung pendaftaraan PKK. Kemukakan nombor pendaftaran socso sebelum mula kerja Tidah boleh sub kecuali dengan kebenaran. Kuantiti biasanya dalam bentuk peruntukkan sementara (provisional sum) dan perlu ada pengukuran semula (remeasurement) dengan Pegawai JKR selepas penyiapan.

4.

Perolehan Secara Lantikan/Rundingan Terus Perolehan kerja RM200K, kurang tidak perlu. Sekiranya tidak boleh digunakan Wang Jaminan Perlaksanaan. Wang Jaminan Perlaksanaan (untuk kontrak kerja sahaja) sekiranya tidak membayar bon semasa tarikh pemilikkan tapak kaedah ini terpakai secara automatik (10% bayaran interim pertama sehingga cukup 15% untuk yang seterusnya). Bayaran pendahuluan kerja adalah :a. Dibenarkan bagi kerja yang dipelawa secara tempatan sahaja. b. Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada nilai kerja Pembina sahaja atau maksimum RM10 juta menikut nama yang lebih rendah bagi Nominated Sub Contractor (NSC). Didalam sebutharga perlu mematuhi syarat-syarat berikut :a. Surat Setuju Terima telah ditandatangani dan dikembalikan b. Bon Pelaksanaan telah dikemukakan. c. Polisi-polisi insurans sperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak telah dikemukakan d. Jaminan bagi bayaran pendahuluan telah dikemukakan.

7.

Perolehan Secara Tender

Bekalan/Perkhidmatan/Kerja melebihi RM500,000 setahun. Diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar utama tempatan berbahas amelayu (tender tempatan) Sekurang-kurangnya satu akhbar berbahasa melayu dan akhbar berbahasa Inggeris (tender antarabangsa) Diiklan tidak kurang dari 21 hari (tender tempatan) dan tidak kurang 56 hari (tender antarabangsa) Peti tender yang berkunci disediakan. Dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender dan dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Tender. Ditimbang dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan. Setuju Terima Tender (dikeluarkan oleh pejabat yang memanggil tender dan ditandatangan oleh NC/Ketua Pengarah)

50

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

3.4 Kaedah menender Terdapat beberapa jenis tender yng dipraktikkan di Malaysia. Antara yang sering diamalkan adalah :a. Tender Terbuka (Open Tender Bumiputera) b. Tender Terpilih (Selected Tender) c. Tender Perundingan (Direct Nego) Setiap jenis tender mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan perlaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian dalam proses menender. Pemilihan jenis tender dalam sesuatu projek pembinaan banyak bergantung kepada beberapa faktor utama seperti saiz projek, lokasi pembinaan, pengalaman dan sebagainya.

a.

Tender Terbuka (Open Tender Bumiputera) Terbuka untuk ditandingi oleh semua kontraktor/pembekal yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan bagi bekalan dan perkhidmatan dan Lembaga Pembangunan Industri pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi kerja. Persaingan secara tender terbuka adalah lebih adil dan dapat menjamin harga tender terbuka adalah lebih adil dan dapat menjamin harga tender yang ditawarkan mengikut pasaran semasa. Pelanggan akan mengiklankan tawaran dal akhbar-akhbar tempatan untuk menjemput kontraktor yang berminat menawarkan harga yang munasabah bagi projek tersebut. Antara perkara dinyatakan ialah nama pelanggan, tajuk projek, tempat dan tarikh dokumen diperolehi, tempat, tarikh dan masa tender ditutup, harga dokumen, kategori kontraktor yang layak, wang pendahuluan (earnest deposit).

51

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Penawaran harga oleh kontraktor biasanya berdasarkan jumlah anggaran kasar sesebuah pembinaan berdasarkan pengalaman kontraktor itu sendiri. Harga ini termasuklah harga bahan binaan, gaji pekerja, bayaran untuk sub-kontraktor, kerja sampingan dan juga keuntungan. Harga tender yang diserahkan itu merupakan tawaran yang muktamad tanpa apa-apa perundingan dan tawarmenawar dengan pihak pelanggan. Semua kontraktor yang berkelayakkan boleh mencuba nasib mereka untuk memenangi tender tersebut kerana pelanggan tidak terikat untuk memilih manamana pentender yang menawarkan harga yang paling rendah. Tujuan tendes jenis ini adalah untuk membolehkan pelanggan mendapatkan seorang kontraktor yang dapat menawarkan harga yang paling minimum bagi sesuatu projek pembinaan tanpa menjejaskan mutu kerja dan bahan binaan. Harga yang paling rendah tidak semestinya harga yang paling baik pada pandangan pelanggan. Dalam tender ini, pelanggan yang diwakili oleh perunding arkitek,jurutera dan juru ukur bahan akan membuat pelawaan kepada kontraktor untuk menender di akhbar-akhbar. Kebaikkan i. ii. iii. iv. v. Tiada elemen pilih kasih dari segi pemilihan. Memberi peluang kepada kontraktor baru. Tidak memerlukan kemahiran dan kelayakkan khusus. Menghindarkan pakatan harga sesama kontraktor kerana bilangan yang banyak. Menghasilkan satu persaingan yang baik dan menguntungkan pelanggan.

52

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Keburukkan i. ii. iii. iv. v. Tidak sesuai untuk projek yang perlu siap segera Kos mungkin meningkatkan disebabkan mutu kerja yang dihasilkan kurang berkualiti disebabkan harga tawaran yang terlalu rendah. Berisiko kerana kontraktor mungkin akan membuat tuntutan yang tidak munasabah untuk mengelakkan kerugian. Proses yang panjang diperlukan. Kurang menggalakkan penggunaan alatan-alatan moden kerana projek yang biasanya terlibat dengan tender terbuka adalah berkos rendah atau sederhana. vi. vii. viii. ix. Perlu banyak dokumen kerana mungkin ramai yang menyertai. Penggunaan tenaga yang tidak ekonomik kerana terlalu banyak pakar. Peluang rendah untuk memenangi tender. Pelanggan mungkin tertarik dengan harga rendah yang ditawarkan oleh kontraktor kurang berpengalaman dan ini sangat memberi risiko kepada projek.

b.

Tender Terpilih (Selected Tender) Tender terpilih adalah tender yang hanya dikemukakan kepada kontraktor-

kontraktor yang telah dipilih oleh pelanggan. Ini bermakna jumlah kontraktor yang boleh memasuki tender untuk tender jenis ini adalah kecil tetapi kontraktor ini dipilih berdasarkan kepada pengalaman dan kemahiran yang luas dalam sesuatu bidang. Kontraktor yang berpengalaman luas dan mempunyai kemahiran tertentu yang bersesuaian akan dikenalpasti terlebih dahulu dan hanya mereka sahaja yang akan dipelawa untuk menyertai tender. Bilangan kontraktor terpilih biasanya kecil iaitu lima hingga lapan orang. Persaingan juga berlaku tetapi dalam jumlah yang kecil. Melalui system tender ini, pemilihan kontraktor adalah berdasarkan lukisan lakar, senarai bahan dan juga penyediaan kontraktor binaan dan kelayakkannya.

53

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Kebaikkan i. ii. Tender terpilih mengurangkan risiko kegagalan pembinaan dan

mengurangkan kos penyediaan dokumen tender. Sesuai bagi kerja-kerja khas yang memerlukan kemahiran tertentu. Projek dapat disiapkan dengan baik kerana kontraktor yang berpotensi, bereputasi tinggi serta yang benar-benar layak telah dipilih di peringkat awal lagi. iii. iv. Tender terendah boleh diterima kerana kontraktor telah ditapis. Penggunaan tenaga yang ekonomik.

Keburukkan i. ii. Tidak semua kontraktor mendapat peluang. Terdapatnya pakatan herga di antara kontraktor yang disenaraikan. Kes ini berlaku jika kontraktor itu mengenali antara satu sama lain menjadikan harga lebih tinggi. iii. iv. Tender terhad hanya boleh dilaksanakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia sebelum ianya dilaksanakan. Kemungkinan berlaku pilih kasih semasa pemilihan.

c.

Tender Perundingan (Direct Nego) Dalam tender perundingan, pelanggan akan menghantar surat

kepada kontraktor tertentu untuk menjemput kontraktor tersebut menyediakan rangka perbelanjaan bagi projek yang dirancangkan. Pelanggan akan berunding denga seorang kontraktor secara langsung mengenai projek pembinaan yang akan dilaksanakan sebelum memilih kontraktor yang bersesuaian melalui tender perundingan. Biasanya pelanggan akan menjemput kontraktor yang mempunyai reputasi dan rekod yang baik yang diketahui latarbelakang projek yang terlibat serta semestinya berkemahiran. Biasanya, kos yang ditawarkan oleh kontraktor adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenis-jenis tender yang lain. Ini kerana kontraktor akan terlibat

54

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

secara langsung dari peringkat awal kitaran hidup projek pembinaan sehinggalah ke peringkat penyerahan projek kepada pelanggan. Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai kesesuaian rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang digunakan serta cara binaan yang boleh memaksimumkan keuntungan sesuatu projek pembinaan. Namun begitu, kos bagi membiayai proses tender adalah murah memandangkan pelanggan telahpun mempunyai kontraktor pilihan yang dirasakan layak tanpa perlu melibatkan jemputan untuk menender yang mengambil masa yang panjang dan tanpa melibatkan kontraktor yang ramai.

Terdapat dua jenis tender perundingan yang biasa dijalankan : Tender Yang Diambil Oleh Kontraktor Antarabangsa Tender ini biasanya dijalankan untuk membina projek yang besar, berteknologi tinggi dan memerlukan kepakaran yang sangat khusus. Contohnya adalah pembinaan lapangan terbang antarabangsa, empangan hidroelektrik, bangunan pencakar langit dan sebagainya. Satu jemputan tawaran akan dikeluarkan iaitu antara kontraktor antarabangsa yang terlibat. Tujuannya adalah memberi kemudahan kepada pelanggan untuk berhubung dengan kontraktor bagi mengetahui keupayaan dan kebolehan sebenar kontraktor bagi menjalankan projek tersebut. Kemudian, tawaran yang dihantar akan ditapis dan borang tawaran tender akan diberikan kepada kontrantor yang layak. Tender Oleh Firma Arkitek Dalam tender jenis ini, boring tawaran hanya dikeluarkan kepada sejumlah kecil kontraktor yang terpilih atau telah menjadi anak syarikat. Segala keperluan dan perbelanjaan akan dibincangkan bersama antara kontraktor terlibat dengan firma arkitek yang dilantik dan keputusannya adalah bergantung kepada arkitek yang bertanggungjawab.

Kebaikkan

55

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

i.

Pelanggan akan diberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai kesesuaian rekabentuk, penggunaan bahan binaan, teknologi yang digunakan serta cara binaan yang boleh memaksimumkan keuntungan sesuatu projek pembinaan di peringkat pra kontrak lagi.

ii. iii. iv. v.

Kos bagi membiayai proses tender adalah murah. Kerja dapat dilaksanakan dengan lebih awal. Kemampuan dan keupayaan kontraktor dijamin. Risiko kegagalan kurang.

Keburukkan i. ii. Tiada persaingan menjadikan harga mungkin tinggi Kurang member peluang kepada kontraktor lain

d.

Tender Pra Kelayakan Peraturan pra-kelayakan adalah bertujuan untuk menapis kontraktor-

kontraktor supaya mereka yang mempunyai pengalaman, kebolehan teknikal, kewangan secara pengurusan bagi melaksanakan sesuatu projek sahaja dibenarkan mengambil bahagian di dalam sesuatu tender yang diadakan setelah agensi mendapat kelulusan khas Perbendaharaan Malaysia.

3.5 Jenis-Jenis Kontrak Kontrak ialah satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Ianya merupakan satu persetujuan bertulis berdasarkan perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang mengikat kedua-dua belah pihak yang berkontrak yang terlibat iaitu pelanggan dan kontraktor. Jenis-jenis kontrak yang biasa dipraktikkan di Malaysia ialah:

56

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

a. Kontrak Lump Sum (Gumpalan/Harga Pukal) b. Kontrak Measure & Value (Ukur Dan Nilai) c. Kontrak Cost Reimbursement And Built (Kos Pembayaran Ganti) d. Kontrak Turnkey/Design And Built e. Management Contracting f. Build Operate Transfer g. Private Finance Initiative (PFI)

Kontrak Lump Sum (Gumpalan /Harga Pukal)

Berdasarkan kos dipersetujui di peringkat awal. Ia tertakluk kepada perubahan kerja, turun atau naik harga, peruntukan wang sementara dan wang kos prima di mana kos tadi boleh berubah. Dilaksanakan dalam tiga cara : a. Lukisan Dan Spesifikasi Untuk projek disiapkan cepat dan lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Kontraktor bertanggungjawab keatas kerja dan harga tanpa adanya tuntutan tambahan (kecuali perubahan dibenarkan) Maklumat diberi termasuk lukisan kerja lengkap. Tiada keruntuhan untuk jumlah harga tender. Untuk projek kecil Susah menilai perubahan.

b.

Senarai Bahan (Bill of Quantity) Digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM1 juta. Kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai. Harga tender lebih realistik kerana ditender atas asas yang sama (BQ)

57

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

c.

Harga terendah dapat diperolehi dengan lengkap Bill Of Quantity (BQ) dijadikan asas untuk memesan bahan dan penilaian harga buruh. Walaubagaimanapun memakan masa dalam penyediaan.

Lukisan Dan Jadual Kadar Harga Telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu : a) Kontrak Fixed Price merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja harganya kecil tidah di dalam kontrak tersebut serta boleh diubah setelah kontrak

ditandatangan. b) Kontrak Firm Price boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut. Digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan kebanyakkan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala digunakan dalam kerja penyenggaraan bangunan dan dapat dimulakan awal

Kontrak Measure And Value (Ukur Dan Nilai) Digunakan bagi bangunan-bangunan yang besar serta perlu dirahsiakan daripada pengetahuan masyarakat kedudukan bahagian-bahagian tertentu di dalam bangunan tersebut, seperti penjara, institusi kewangan atau bank kerana faktor utama yang diambil berat adalah faktor keselamatan. Pembinaan dilakukan secara cepat di mana tiada penyediaan lukisan spesifikasi yang setara dan senarai bahan bagi tujuan perlaksanaan. Masalah adalah dari aspek menentukan harga perbelanjaan sebenar khususnya pada peringkat permulaan kerja. Tawaran projek adalah secara sementara atau dikenali juga sebagai provisional. Bayaran hanya dibuat setelah kontraktor terlibat mamulakan kerja pembinaan berdasarkan pengukuran dan kerja-kerja yang telah disiapkan.

58

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Kos ditentukan dengan mengukur dan menilai kerja dilaksanakan dari semasa ke semasa kerana tiada butiran lengkap semasa menender. Dipecahkan kepada provisional BQ dan jadual kadar harga. Pelanggan tiada panduan untuk harga akhir dan yuran professional yang mahal.

Kontrak Cost Reimbursement/Cost Plus (Kos Pembayaran Ganti) Bayaran ditentukan dengan cara mengambil kira kos sebenar yang telah dibelanjakan ditambah dengan kadar atau julah tertentu sepertimana dipersetujui diperingkat awal (profit and overhead) Dibahagi kepada 3 kategori utama iaitu : a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap (Fixed Fee) yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurursan manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga alat-alat sampingan di dalam pembinaan projek berkenaan.

b) Wang Kos Prima + Peratus Yuran (Percentage Fee) biasanya, kospengurusan dan keuntungan telah dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan. Sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat.

c) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran (Fluctuation Fee/Target Cost) yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor dengan juruukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani. Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dengan memuaskan.

59

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Kontrak Turnkey/Design And Built Skop kerja merangkumi pemasangan segala kelengkapan dan peralatan untuk membolehkan projek beroperasi sepenuhnya. Harga adalah tetap iaitu secara lump sum Wang peruntukan sementara /kuantiti sementara dibenarkan. Program kerja akan jadi asas bayaran Tiada valuation order (vo) kecuali a) Perubahan atas kehendak pelanggan b) Disebabkan keadaan fizikal, halangan tidak dijangka c) Kekurangan rekabentuk yang perlu diselaraskan atas sebab keselamatan/fungsi/keselamatan. Kontrak ini adalah atas tanggungjawab sepenuhnya pihak kontraktor untuk menyiapkan projek. Kontraktor perlu merekabentuk, membina, menyelia, menguji dan mentauliah, menyenggara semasa tempoh senggaraan. Projek besar seperti pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada kontraktor untuk mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan pihak kerajaan yang bertindak sebagai pelanggan. Kebaikan kontrak ini adalah mengurangkan penglibatan pelangan secara langsung mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan masalah teknikal, kecekapan dan pengawalan kos pembinaan secara keseluruhan. Bayaran ditentukan berdasarkan amaun awalan dipersetujui berdasarkan peringkat penyiapan kerja.

Management Contracting kerja dibahagikan kepada pakej-pakej seperti kerja konkrit, kemasan dan lainlain dan setiap pakej ditender asing. Kerja-kerja sub tadi akan disela oleh kontraktor pengurusan (MC)

60

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Sesuai untuk projek besan dan komplek di mana kepakaran tertentu diperlukan dan MC diperlukan untuk kerja pengurusan rekabentuk dan penilaian, perancangan, kos, program kerja dan lain-lain.

MC terlibat pada peringkat awalan dan boleh menasihati dari sudut rekabentuk. Persaingan tinggi membolehkan nilaian wang kerana MC dipilih berdasarkan tender berasaskan yuran pengurusan manakala CS dilantik berdasarkan tender pakej

Perubahan rekabentuk yang fleksibel Kos akhir hanya dapat diketahui diperingkat akhir.

Built, Operate And Transfer Untuk projek besar seperti lebuhraya dan sebahagian daripada polisi penswastaan kerajaan Konsesi (pemaju/kontraktor) akan merekabentuk, membina dan mengoperasikan projek menggunakan dana sendiri dan pulangan balik diperolehi menerusi kutipan tol semasa pengoperasian dalam tempoh konsesi. Kerajaan mendapat balik keseluruhan projek apabila tamanya tempoh konsesi. Pelanggan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan utama melainkan menyediakan tanah untuk dimajukan Semua kos cukai oleh pihak berkuasa serta kerja penyenggaraan dibayar oleh konsesi Walaubagaimanapun pelanggan tiada kawalan atas rekabentuk, kos dan masa pembinaan. Tempoh konsesi yang terlalu lama.

Private Finance Initiative (PFI) Merupakan konsep baru dan dugunakan untuk projek kerajaan seperti hospital, penjara, kuarters polis dan universiti.

61

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Fasiliti ini direkabentuk, dibina dan dioperasi oleh swasta atas dana sendiri dan bukannya atas tanggungan kerajaan lagi. Untuk mengurangkan beban kerajaan di mana pemaju akan dibayar berasaskan kepada jumlah unit sama ada pesakit, banduan, pelajar yang menggunakan fasiliti tadi. Selalunya melibatkan projek yang besar dan pulangan pelaburan tidak dapat di agak dengan jelas.

3.6

Penerimaan Kerja (LA) & Pemilikan Tapak

3.6.1

Surat Setuju Terima (Letter Award/LA)

Surat setuju terima ialah surat yang mengesahkan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan kepada syarat yang telah ditetapkan dalam dokumen tender, syarat yang telah dipersetujui dalam Surat Niat dan apa-apa syarat lain yang telah dipersetujui melalui rundingan sebelumnya. Sehubungan dengan itu, apa-apa syarat yang telah dipersetujui sebelumnya hendaklah dinyatakan dengan jelas dan persetujuan tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian kontrak. Ia juga merupakan satu dokumen perundangan yang sah dan merupakan sabahagian daripada perjanjian kontrak. Apabila semua perkara telah diselesaikan dan tiada rundingan lanjut diperlukan, LA hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang Berjaya secepat mungkin sebaik sahaja keputusan Lembaga Perolehan diperolehi dan dalam tempoh sah laku tender. Apabila LA Berjaya dikeluarkan maka satu ikatan kontrak wujud di antara kedua-dua pihak setelah LA ditandatangani.

62

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

3.6.2

Syarat-Syarat Sebelum Mula Kerja Perlu menyediakan cover note polisi insurans dan resit premium Perlu ada Bon Perlaksanaan / Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) Jika kontraktor memilih bentuk jaminan bank dan sebagainya tetapi gagal mengemukakan jaminan, bentuk Bon ditukarkan secara automatic kepada WJP

3.6.3

Kehendak permulaan am I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. Program Kerja Carta Organisasi Wakil Tapak Papan Tanda Projek Pejabat Tapak Laluan Sementara Rumah Pekerja Jaga Dan Keselamatan Dinding Adang Gambar Kemajuan Peralatan untuk Pengurus Projek/Wakil

3.6.4

Program Kerja Kontraktor hendaklah dalam masa 14 hari dari tarikh surat setuju terima menghantar kepada S.O cadangan program kerja untuk mendapatkan kelulusan. Program kerja yang telah diluluskan hendaklah digunakan sebagai asas program kerja secara keseluruhan dan ianya hendaklah diubah mengikut keadaan semasa seperti adanya lanjutan masa.

63

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Sebaik-baiknya program kerja ini dibincangkan oleh semua pihak untuk mendapatkan persetujuan bersama agar program kerja yang akan diluluskan munasabah dan realistik.

3.6.5

Agen Tapak & Pembantu Kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan agen tapak sepenuh masa sebagai wakil pihak kontraktor di tapak. Agen tapak yang disediakan di tapak mestilah : a) Kompeten b) Effisien c) Berkelayakkan yang sesuai dengan kerja. d) Berpengalaman e) Mempunyai karektor yang baik f) Berkeupayaan untuk menerima arahan dalam bahasa Malaysia.

3.6.6

Mesyuarat Tapak Perlu diadakan untuk membolehkan kedua-dua pihak membentangkan masalah. Masalah dapat dibincang dan diselesaikan.

3.6.7

Rekod Tapak Bina Dalam bentuk buku harian Pegawai penyelia perlu kemaskini buku harian Catatan mesti dibuat setiap hari dan wakil kontraktor mesti tandatangan sebagai pengakuan.

3.73.7.1

3.7 Bayaran Pendahuluan, Bayaran Kemajuan Dan Perakuan Interim Bayaran Pendahuluan

64

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Bayaran pendahuluan mesti dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh milik tapak. Bayaran pendahuluan mesti disediakan sebelum bayaran interim pertama Perkara yang perlu disertakan : I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. Surat setuju terima Jaminan keatas pendahuluan Jaminan tidak boleh dibatalkan irrevocable Amaun yang dijamin mesti sama nilainya dengan pendahuluan Menggunakan format Treasury Pengesahan kesahihan jaminan. Bon perlaksanaan (sekiranya tiada sertakan persetujuan terhadap WJP) Polisi-polisi insurans

Potongan bayaran dibuat apabila nilai kerja termasuk bahan tak pasang mencapai 25% Untuk kontrak kerja pastikan potongan diselesaikan semasa kemajuan mencapai 75% Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan, pastikan potongan diselesaikan selewat-lewatnya melalui bayaran terakhir

3.7.2

Bayaran Interim Bayaran ini dibuat apabila : 1) Kontraktor telah laksanakan kerja dengan sempurna termasuk kerja perubahan. 2) Hantar bahan-bahan ke tapak (bayaran 90%) 3) Niali kerja mencapai had minima yang di tetapkan. Penilaian (valuation) dibuat tiap-tiap bulan atau lebih kerap Dibenarkan membuat bayaran interim sebanyak 3 kali (tanpa dokumen kontrak) asalkan tempoh tidak melebihi 4 bulan.

Perkara-perkara yang perlu disertakan untuk bayaran interim pertama :

1. Surat Setuju Terima 2. Bon Perlaksanaan 3. Polisi Insurans

65

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

4. Kelulusan Lembaga Perolehan

3.7.3

Tuntutan Bayaran Kemajuan Penyelia Projek mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai independent certifier dan wajib untuk menilai kemajuan kontraktor untuk tujuan dan memasukkan semua kerja yang telah siap di dalam penilaian walaupun kontraktor tidak membuat tuntutan. PAM 2006 Form of Contract menyatakan kontraktor wajib membuat permohonan bayaran kemajuan sebelum arkitek mengeluarkan sijil bayaran kemajuan, kegagalan membuat tuntutan akan menyebabkan kontraktor hilang hak ke atas bayaran kemajuan. Namun begitu pihak arkitek boleh mengeluarkan sujul bayaran kemajuan bergantung kepada kehendaknya dan juga keadaan. Namun begitu, tiada peruntukkan di dalam ketiga-tiga kontrak ini menyatakan kegagalan kontrak membuat permohonan akan menyebabkan kontraktor hilang hak ke atas bayaran kontrak.

3.83.8.1

3.8 Arahan Perubahan Kerja Dan Penilaian Perubahan Definisi Perubahan kerja Sebarang kerja yang berubah dari kontrak asal samada dari segi rekabentuk, bahan-bahan binaan atau kuantiti yang pada umumnya disebabkan oleh arahan Penyelia Projek. Pelarasan Harga Kontrak Proses melaras harga kontrak dengan mengambil kira segala perbezaan kos dari harga kontrak asal yang pada umumnya berpunca dari perubahan kerja untuk mengetahui jumlah herga kontrak sebenar kepada pelanggan.

66

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

3.8.2

Pengenalan Perubahan kerja memang sukar dielakkan dan akan lebih sukar bagi projek yang melibatkan pelbagai skop kerja. Sepatutnya perubahan ini dielakkan atau dikawal kerana ia akan menganggu program kerja dari segi kos dan masa. Keadaan memerlukan perubahan : a) Masalah penyesuaian tapak bina b) Mematuhi kehendak, peraturan dan undang-undang terkini c) Membaiki dan melengkapkan kesilapan pada rekabentuk dan dokumentasi. d) Sebab-sebab lain diperlukan pelanggan.

3.8.3

Takrif Perubahan Kerja Merangkumi perubahan/ubahsuai terhadap rekabentuk, kualiti dan kuantit berbanding dengan yang asal sepertimana terdapat didalam pelan kontrak, senarai bahan dan spesifikasi. Perubahan /ubahsuai termasuklah perkara berikut : a) Menambah sesuatu kerja yang mana sebelum ini tiada dalam kontrak. b) Menghapus atau membuang ssuatu kerja yang sebelum ini ada dalam kontrak. c) Menggantikan sesuatu kerja yang terdapat di dalam kontrak dengan yang lain. d) Mengubah jenis atau kualiti yang terdapat di dalam kontrak dengan yang lain. e) Mengalihkan apa-apa kerja, bahan-bahan/barang-barang yang dilaksanakan/dibekalkan oleh kontraktor. Secara prinsipnya, arahan lisan tidak perlu dilaksanakan selagi tidak disahkan secara bertulis

67

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Jika kontraktor melaksanakan arahan lisan tanpa pengesahan bertulis, risiko dibayar atau ditanggung oleh kontraktor.

3.8.4

Pengukuran Pengukuran dan penilaian terhadap perubahan kerja perlu dibuat dengan kadar segera supaya bayaran dapat dilaksanakan alam tempoh tertentu dalam kontrak. Ia terutama bagi kerja-kerja yang boleh diukur dengan tepat melalui lukisanlukisan perunding. Penangguhan pengukuran sesuai untuk kerja yang boleh diukur tepat setelah kerja dilaksanakan dengan membuat ukuran tapak dan bukanya melalui lukisan.

3.93.9.1

3.9 Kelambatan Dan Lanjutan Masa Pengurusan Kontrak I. Maksud tempoh kelambatan atau lanjutan masa II. Suatu tempoh yang terlewat daripada tempoh siap asal yang telah dinyatakan dalam Surat Setuju Terima Tender. Tempoh berdenda Berlaku jika Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja pada tarikh siap yang dibenarkan. PP perlu mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap Kontraktor pada tempoh ini akan dikenakan denda atau dipanggil Ganti Rugi Tertentu dan Ganti Rugi Ditetapkan. Kadarnya mengikut dalam dinyatakan di dalam Dokumen Kontrak.

68

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

III.

Lanjutan masa dibenarkan tetapi mestilah selaras dengan syarat syarat kontrak iaitu dengan menyatakan sebab-sebab kelambatan pada PP dan membuat notis bertulis.

IV.

Kontraktor perlu sedaya upaya untuk mengelakkan kelambatan dengan memprogramkan semula kerja untuk meminimumkan kelambatan sert memajukan jadual perlaksanaan asal dan pindaan.

3.9.2

Definisi Lanjutan Masa Tambahan tempoh menyiapkan pembinaan yang diberikan oleh PP kepada kontraktor atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh kontrak. Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa Sijil yang dikeluarkan oleh PP bagi mengesahkan bahawa kontraktor telah tidak dapat menyiapkan kerja pada tarikh tertera dalam kontrak atas sebab-sebab yang dibenarkan oled kontrak. Atas dasar ini tarikh penyiapan dilanjutkan ke tarikh baru mengikut kelayakan kontraktor dan disahkan oleh PP.

3.9.3

Sebab-Sebab Kelambatan Kemajuan Kerja

Kontraktor diberikan Extension Of Time (EOT) sekiranya punca kelewatan tersebut bukan dibawah kawalannya. Dibahagikan kepada tiga sebab utam :

a) Kelewatan berpunca dari pihak kontraktor tiada lanjutan masadiberikan dan perlu membayar gantirugi lewat serah (Liquidated and Ascertained Damages /LAD) atau di berhentikan dari memegang kontrak. b) Kelewatan berpunca dari tindakan PP. c) Kelewatan oleh sesuatu yang diluar kawalan pelanggan dan kontraktor.

69

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

3.10 3.10.1

Kerja Tidak Siap Dan Gantirugi Kerana Tidak Siap Perakuan Siap Kerja (Certificate Of Practical Complete/CPC) Kerja pembinaan tidak akan dikeluarkan Perakuan Siap Kerja secara praktikal melainkan terdapat perkara-perkara dibawah : a) Kerja telah siap mengikut syarat-syarat kontrak b) Lulus semua ujian yang dilakukan. c) Mempunyai kecacatan kecil yang tidak mengganggu fungsi bangunan tersebut. Apabila PP menngeluarkan Perakuan Siap Praktikal ia tidak boleh mengeluarkan Perakuan dengan menyatakan bahawa perakuan tersebut tertakluk kepada kontraktor membaiki kecacatan atau kerja-kerja yang masih belum disiapkan.

3.10.2

Perakuan Kerja Tidak Siap (Certificate of Non-Completion/CNC) CNC akan dikeluarkan jika kerja tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dalam kontrak.

3.10.3

Gantirugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD) LAD akan dikenakan pada kontraktor sekiranya kerja masih belum siap selepas tarikh penyiapan sepertimana yang dinyatakan dalam kontrak atau tarikh penyiapan baru berdasarkan lanjutan masa yang diluluskan. Pihak S.O akan mengeluarkan satu notis terlebih dahulu untuk mengenakan LAD kepada kontraktor sekiranya kerja belum siap selepas tarikh penyiapan.

70

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

Pihak S.O hendaklah mengeluarkan Sijil Perakuan Tidak Siap (CNC) untuk potongan LAD Potongan LAD boleh dinuat melalui sijil bayaran interim. Sekiranya amaun didalam bayaran interim tidak mencukupi, maka kontraktor membayar baki LAD terus kepada S.O dan sekiranya tidak mampu, Pihak S.O boleh membuat potongan bayaran LAD melalui Bon Perlaksanaan.

3.11

Akuan Muktamad Dan Perakuan Muktamad Dalam masa tidak lebih dari 3 bulan (maksimum) selepas CPC dikeluarkan, kontraktor hendaklah menyimpan semua butiran tuntutan beserta dengan dokumen sokongan. Ianya termasuklah semua butiran sokongan untuk menyokong tuntutan gantirugi dan perbelanjaan tambahan. Kegagalan kontraktor untuk menghantar segala butiran tuntutan dalam tempoh maksimum 3 bulan, pihak S.O boleh membuat penilaiannya sendiri berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang ada. Oleh kerana itu, maka dinasihatkan kontraktor untuk menyimpan segala resit-resit dan apa sahaj dokumen yang akan digunakan untuk dijadikan asas tuntutan akhir kontraktor. Setelah Perakuan Muktamad dikeluarkan, maka tugas S.O untuk mengeluarkan Perakuan Akhir (Final Certificate) Perakuan Akhir hendaklah dikeluarkan dalam masa 3 bulan selepas tamat tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) atau 3 bulan selepas Sijil Siap Mmembaiki Kecacatan dikeluarkan (CMGD) dikeluarkan mengikut yang mana terkemudian. Sebelum bayaran akhir dibuat kepada pihak kontraktor, pihak kontraktor hendaklah mengeluarkan Perakuan Statutori yang mengesahkan bahawa :-

a) Semua gaji pekerja telah dibayar.b) Semua sumbangan atau bayaran telah dilaksanakan (EPF,SOCSO)

71

POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DISEMBER 2010

72