assigment sejarah

15
SEKOLAH SAINS SOSIAL AJ10103 PENGHANTAR ILMU SEJARAH SEM I SESI 2013/2014 PENYELARAS: PROF MADYA RAHMAN TANG & EN. MOSLI TARSAT TUTOR: SHAFARINI SHAFINAH BINTI SIFATU MASA DAN TEMPAT: 9.00AM-10.00AM/BTG 4 SOALAN TUTORIAL: APAKAH SEJARAH? HURAIKAN PERSOALAN INI DENGAN MEMBERIKAN PANDANGAN BEBERAPA TOKOH SEJARAWAN. PEMBENTANG: MUHAMAD NAZRULHISHAM BIN NASIR (BA13110244)

Upload: nazrul427

Post on 29-Sep-2015

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

SEKOLAH SAINS SOSIAL

AJ10103

PENGHANTAR ILMU SEJARAH

SEM I SESI 2013/2014PENYELARAS:

PROF MADYA RAHMAN TANG & EN. MOSLI TARSATTUTOR:

SHAFARINI SHAFINAH BINTI SIFATUMASA DAN TEMPAT:

9.00AM-10.00AM/BTG 4

SOALAN TUTORIAL:

APAKAH SEJARAH? HURAIKAN PERSOALAN INI DENGAN MEMBERIKAN PANDANGAN BEBERAPA TOKOH SEJARAWAN.

PEMBENTANG:

MUHAMAD NAZRULHISHAM BIN NASIR (BA13110244)

MOHD. KHAIRI BIN HARUN (BA13110221)

1.0 PENGENALAN

Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya.Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran Al-Karim. Ulama telah menganggarkan kira-kira satu perenam daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah sejarah.Contoh ayat Al-Quran yang menyentuh tentang sejarah ialah dalam Surah al-Qasas, di mana sebahagian besarnya menceritakan kisah Nabi Musa menentang Firaun dan kaumnya.Selain itu, ia juga dapat dibuktikan dalam Surah al-Kahfi yang menceritakan kisah sekumpulan pemuda yang tidur di dalam gua dan terjaga pada sekian lamanya.2.0 PENGERTIAN SEJARAH Pengertian sejarah sebenarnya amat kompleks untuk diperbincangkan. Sejarawan mendefinisikan sejarah mengikut idea masing-masing yang dipengaruhi oleh zaman, tempat dan budaya masing-masing. Oleh itu terdapat banyak definisi sejarah mengikut sumber yang telah dicari.

Perkataan sejarah berasal dari perkataan Arab syajarat yang bererti pohon. Pohon atau pokok yang mempunyai dahan dan ranting dinisbahkan kepada salasilah dan jurai keturunan yang bercabang-cabang. MenurutKamus Dewan, sejarah bererti asal-usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo dan tawarikh. MenurutKamus Oxford Fajar, history bermaksud sejarah, tawarikh, asal-usul, riwayat (hidup).

Manakala dalam bahasa Inggeris perkataan history yang berasal dari perkataan Yunani, historia adalah membawa maksud penyelidikan. Namun terdapat perbezaan antara perkataan historia zaman Yunani dengan perkataan history pada zaman moden. Historia adalah karya-karya sejarah yang berunsur mitos dan legenda. Manakala history adalah karya sejarah yang berdasarkan kajian dan penyelidikan. Contoh karya Yunani ialah Illiad dan Odyssey yang dihasilkan oleh Homer. Antara sejarawan Yunani yang terkenal ialah Herodotus yang menghasilkan Historia pada abad ke 5 SM. Buku tersebut dianggap sebagai karya ulung orang Yunani dalam bidang sejarah.

Dalam bahasa Arab, terdapat dua perkataan yang digunakan sebagai sejarah iaitu tarikh dan tarikh. Penggunaan perkataan tarikh adalah berasal dari akar kata arrakha yang bermaksud penulisan sejarah. Tarikh juga didefinisikan sebagai catatan peristiwa yang dikaitkan dengan masa, waktu dan haribulan atau zaman.Perkataan tarikh digunapakai oleh bangsa Arab yang bermaksud sejarah secara umum, tahun-tahun dan kronologi. 3.0 PANDANGAN SEJARAH MENGIKUT TOKOH SEJARAWAN ISLAM

Antara tokoh sejarawan Islam yang terkenal ialah Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Abd Ar-Rahman bin Muhammad adalah seorang sejarawan Arab yang cukup terkenal dengan buku Mukaddimahnya. Beliau lahir di Tunis dengan mendapat pendidikan di Andalus. Ahli sejarah berpendapat bahawa kaedah yang digunakan oleh beliau dalam penulisan sejarah amat berbeza kerana pendekatan yang digunakan lebih global seperti menggabungkan ilmu agama yang berbentuk naqliyyah dengan ilmu bukan agama yang berbentuk aqliyah. Oleh kerana luasnya ilmu yang digunakan dalam penyelidikan maka Ibnu Khaldun lebih banyak menekankan soal tamadun dalam penulisannya daripada sejarah.. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh umat Islam pada masa itu menghadapi tekanan politik dari negara-negara Barat. Oleh itu penekanan aspek tamadun diutamakan untuk menyedarkan umat Islam pada masa itu bahawa perubahan telah berlaku dalam sejarah manusia. Tamadun material mesti berjalan seiring dengan tamadun rohani.Menurut beliau sejarah mengandungi penelitian dan usaha mencari kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda, dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab terjadinya peristiwa-peristiwa tersebut.

Dalam bahagian pendahuluan kitab Mukaddimah, Ibn Khaldun menyebut bahawa sejarah adalah suatu disiplin ilmu yang memiliki pelbagai pendekatan. Sejarah membuat kita faham akan hal ehwal sesuatu bangsa terdahulu kerana ia boleh dilihat melalui perilaku mereka. Oleh itu sejarah menurut beliau adalah sesuatu yang merujuk kepada peristiwa khusus mengenai suatu zaman dan bangsa. Perbicaraan umum tentang keadaan sesuatu daerah, bangsa dan zaman itu merupakan dasar bagi ahli sejarah. Kebanyakan permasalahan sejarah dibangun di atas dasar tersebut dan maklumat sejarah itu menjadi jelas oleh dasar tersebut.

Tokoh sejarawan Islam yang seterusnya ialah Al-Iji. Al-iji atau nama sebenarnya Muhammad bin Ibrahim al-Iji yang hidup pada kurun ke 8H/14M menyebut tentang teori sejarah dalam bukunya,Tuhfat al-Faqir ila Sahib al-Sarhir. Dalam buku ini, teori sejarahnya berdasarkan prinsip-prinsip agama yang dibahas mengikut perbahasan ilmu falsafah.Beliau yang berpendidikan ilmu agama yang khusus dalam bidang hadis, secara tidak langsung telah menyebabkan idea-ideanya tentang sejarah dipengaruhi oleh disiplin agama dan falsafah Beliau berpendapat sejarah ialah suatu kajian tentang alam tabii seperti geografi, fizik dan alam metafizik. Menurut beliau ,sejarah juga membicarakan tentang manusia, tokoh-tokoh tertentu atau lebih khususnya penyebar-penyebar agama. Disebabkan oleh terpengaruh dengan hadis, beliau lebih suka menggunakan perkataan khabar daripada tarikh bagi sejarah. Pada pandangan beliau khabar lebih umum kerana sebarang berita atau peristiwa dianggap sebagai khabar, manakala tarikh hanya merujuk kepada era, masa atau kronologi bagi peristiwa tertentu sahaja. Menurut al-Iji juga,sejarah merupakan suatu ilmu mengenai alam yang dicipta oleh Allah yang mengandungi ruang masa dan peristiwa yang menjadi objeknya iaitu makhluk itu sendiri terutama manusia dan kesan daripada aktiviti-aktiviti manusia tersebut melahirkan maklumat dan peristiwa. Matlamat dan tujuannya ialah mengkaji kedudukan pemimpin-pemimpin atau individu-individu yang terkenal di dunia, dan juga pelbagai jenis manusia yang dijadikan Allah di dunia ini. Faedahnya yang paling utama ialah untuk mengakui hasil ciptaan Allah dengan kewujudan alam ini

Sejarawan Islam yang seterusnya ialah Al-Kafiyaji. Al-Kafiyaji atau nama sebenarnya Muhyiddin Muhammad bin Sulayman adalah seorang ahli sejarah Islam dari Turki yang lahir di Anatolia pada tahun 788H/1386M dan meninggal pada 879H/1474M. Kitabnya mengenai sejarah Islam ialahAl-Mukhtasar fi Ilm al-Tarikh. Kitab ini merupakan monograf tertua tentang pensejarahan Islam. Al-Kafiyaji telah menggunakan pendekatan ilmu-ilmu agama seperti fikah dan hadis dalam penulisan sejarah. Menurut beliau, pensejarahan ialah cabang ilmu yang mengkaji ruang masa dan keadaannya dan juga suasana-suasana yang berkaitan dengannya serta memberikan penentuan dan waktunya.

Beliau juga turut menjelaskan erti tarikh dalam buku-nya, iaitu dari segi bahasa adalah masa dan waktu. Dari segi istilah pula tarikh bermaksud penentuan masa yang sesuai bagi masa lalu, sekarang dan akan datang. Ada juga yang mengatakan tarikh itu bermaksud waktu bagi satu-satu peristiwa yang pertama kali terjadi dan terus merebak, seperti terjadinya sesuatu agama, atau kejadian-kejadian besar seperti angin taufan, gempa bumi dan lain-lain malapetaka di langit dan di bumi. Menurut Sejarawan Islam seterusnya iaitu Roeslan Abdulgani, ilmu sejarah adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara sistematis keseluruhan perkembangan masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau beserta kejadian-kejadian dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis seluruh hasil penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan pedoman bagi penilaian dan penentuan keadaan sekarang serta arah proses masa depan.4.0 PANDANGAN SEJARAH MENGIKUT SEJARAWAN BARAT

Menurut sejarawan barat yang tersohor E. H. Carr, sejarah ialah suatu proses berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. Disebabkan Carr hidup pada kurun ke 20, idea-ideanya mengenai sejarah tidak lagi terpengaruh dengan cara pensejarahan orang Yunani, kerana Carr telah berpegang kepada fakta-fakta untuk mengkaji sejarah. Menurutnya lagi, sejarah juga adalah satu usaha untuk memahami dan mentafsir masa lalu, untuk menjelaskan sebab-sebab dan asal-usul sesuatu perkara agar dapat difahami.

Menurut sejarawan barat yang seterusnya iaitu G. Geff, sejarah yang biasa difahami ialah pengajian tentang masa lalu seseorang dan menjurus kepada manusia yang tinggal dalam sesebuah kelompok sosial. Sejarah bukan sahaja berkaitan dengan individu atau masyarakat tertentu sahaja tetapi ia berkaitan dengan pelbagai manusia yang hidup dalam pelbagai masyarakat. Sejarah membincangkan tentang dunia yang dibentuk oleh manusia itu sendiri. Selain itu menurut A. Marwick pula,beliau membahagikan pengertian sejarah kepada tiga aspek iaitu pertama sejarah merupakan keseluruhan masa lalu seperti sebenarnya berlaku.Kedua pula,sejarah merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu dan yang terakhir sejarah sebagai kajian yang sistematik terhadap masa lalu untuk suatu displin ilmu.

Sehubungan dengan itu juga menurut Robert V. Daniels, sejarah adalah memori pengalaman sekelompok manusia. Jika ia dilupakan atau dibiarkan maka tamatlah kisah tentang manusia. Tanpa sejarah kita tiada pengetahuan terhadap siapa kita atau bagaimana kita menjadi seperti ini, seperti seorang penjenayah yang hilang ingatan dan berada dalam gelap. Menurut beliau ejarah adalah rakaman masa lalu yang menggambarkan emosi, nilai, kesesuaian yang membolehkan hidup kita lebih bermakna yang memberi seseorang individu sesuatu untuk terus hidup, berjuang atau untuk mati. Dengan mengkaji peristiwa-peristiwa masa lalu, maka akan mewujudkan semangat ketaatan kepada negara, agama mahupun kelas-kelas dalam masyarakat. Sejarah juga merupakan inspirasi untuk mengamalkan sesuatu yang dianggap tradisi dan memuliakannya.

Menurut sejarawan barat yang lain iaitu Collingwood, ringkasnya sejarah berdasarkan sarjana Barat ialah penyelidikan , tindak tanduk masyarakat, pemikiran dan penyusunan semua pemikiran yang telah dikaji.5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan tentang pengertian sejarah mengikut pandangan sarjana Islam dan Barat. Sejarah mengikut pandangan Barat lebih terpengaruh dengan erti sejarah orang Yunani manakala Islam tidak terpengaruh dengan mana-mana bangsa lain. Ini bermakna sarjana Islam menghasilkan idea tentang sejarah yang tulen dan asli. Selain itu, matlamat pensejarahan dalam Islam adalah untuk memberi kesedaran, mengambil iktibar dan juga untuk menambah keimanan kepada Allah (swt). Matlamat pensejarahan Barat adalah semata-mata untuk mengkaji sejarah secara maddi dan menjadikannya sebagai suatu displin ilmu semata-mata.6.0 RUJUKAN

Teuku Iskandar,Kamus Dewan, Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaChambers Encylopedia, Vol VII, New Revised Edition, London: International Leraning System, 1971Munir Baalbaki,Al-Mawrid Al-Quareeb, Lebanon: Dar Al-Ilm li Al-Malayin, Beirut, 2001

Joyce M. Hawkins,Kamus Oxford Fajar, Edisi Kedua, Shah ALam: Penerbit Bakti, 1997

Ibn Khaldun,Mukadimah Ibn Khaldun,terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002

Mahayudin Hj. Yahaya,Ensiklopedia Sejarah Islam, Vol. V, Bangi: Penerbit UKM, 1989E. H. Carr,What is History?,Penguin Books Ltd, Middlesex, 1980David Cannadine, What is History Now?, Palgrave Macmillan Ltd, 2002

Gordon Geff, 1969,History and Social Theory, London: Merlin Press

Robert V. Daniels, 1966,Studying History: How and Why,New Jersey: Prentice Hall IncMohd Yusof Ibrahim,Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah Teuku Iskandar,Kamus Dewan, Edisi Baru, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm: 1133.

Joyce M. Hawkins,Kamus Oxford Fajar, Edisi Kedua, Shah ALam: Penerbit Bakti, 1997, hlm:181

Chambers Encylopedia, Vol VII, New Revised Edition, London: International Leraning System, 1971, hlm. 118-119.

Ibn Khaldun,Mukadimah Ibn Khaldun,terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm.11.

Mahayudin Hj. Yahaya,Ensiklopedia Sejarah Islam, Vol. V, Bangi: Penerbit UKM, 1989, hlm: 1529 &1563.

E. H. Carr,What is History?,Penguin Books Ltd, Middlesex, 1980, hlm: 27.

David Cannadine, What is History Now?, Palgrave Macmillan Ltd, 2002, hlm: 1.

Gordon Geff, 1969,History and Social Theory, London: Merlin Press, hlm: 11.

Robert V. Daniels, 1966,Studying History: How and Why,New Jersey: Prentice Hall Inc., hlm: 3-4.

Mohd Yusof Ibrahim,Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, hlm: 10.